iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Wednesday, October 21, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 1 ]



"Ina oh Ina... bangunlah nak oi.. matahari dah tegak ni?" laungan kuat emak memecah sunyi pagi rumah papan beratapkan separuh zink dan rumbia itu.

Isk anak dara aku sorang nilah kan, kalau dapat tidur memang tidur mati.Sabar jelahkan, karang aku kata lebih-lebih dia kata aku kuat berleter,hisy sabar jelah... bebel emak dalam hatinya...

"Mak saya dah bangun ni..." sambil menggosok-gosok matanya masih terpisat-pisat lagi gayanya.. aduy pagi-pagi lagi radio karat dah start bersiaran, semalam dahla tidur lewat, ingat nak bangun lambat sikit tapi macam tak dapat je gamaknya...isk..tertekan sungguh.. Emak bukannya boleh tengok aku terbongkang, silap-silap bernanah telinga ni mendengar beliau berleter lagipun emak kalau mula berleter susah nak jumpa titik berhentinya, silap-silap dari pagi bawak ke petang, dari siang bawak ke malam.. adeys mati cek...

"Hah bangun pun, anak dara apa bangun matahari tinggi hari..." Emak menegur.

"Saya tidur lewat malam tadi ingat nak bangun lewat sikit, tapi nampak gayanya macam tak dapat je.. huhuhu" dia duduk di meja makan terus mencapai kepingan cucur goreng yang masih panas petanda baru lepas di goreng..baru ingin disuap ke mulut.. tangannya telah di tepis..

"Hisy budak ni kot ia pun lapar basuhlah muka tu dulu... tak senonoh betul anak dara aku ni.. hey..." marah emak..terkumat-kamit mulutnya tak berkenan dengan perangai anak daranya yang satu itu..

Dia hanya tersengih menayangkan giginya, konon-konon nak buat muka comellah tu... perasan

"Ala mak ni.. tak bagi can langsung.. malaslah nak bangun, punggung ni dah rasa macam dah melekat kat kerusi ni.." rengeknya manja.

"Jangan nak mengada-ngada pergi basuh muka tu dulu lepas tu baru makan...pengotor!"

Ah kenangan lalu.. Qistina Balqish mengeluh.. kalau emak masih ada memang tak ada peluang nak bangun meninggi hari macam ni.. keluhnya..

Perlahan dia bangun dari katilnya, lambat-lambat katilnya itu dikemaskan, kesan letih semalam masih tak hilang, sengal-sengal masih terasa.. nasib baik hari ni hari sabtu boleh jugak aku bermalas-malasan..

Hurm hari ni nak basuh kereta dululah.. bisik hatinya..

Dia menyanyi-nyanyi kecil, sambil tangannya lincah menggosok kotoran pada badan wokswagen kesayangannya..

Kesiankan kau kereta, lama dah tak mandi.. comot betol.. isk.. kereta peninggalan arwah datuknya itu dijaga dengan penuh kasih.. terlalu sayang untuk berpisah dengan wolkswagen merah maroon yang dalamnya telah dihias dengan warna pink itu walaupun ada yang menawarkan puluhan ribu ringgit padanya.. kereta ini ada valuenya yang tersendiri tak mungkin dia sanggup menjualnya..

La..la..la... riang hatiku badan bertuah punya kereta yang comel dan antik.. uik suka-suki jea aku tukar lirik lagu ni..ekekeke dia tertawa sendiri dengan tingkah sendiri..

************

Daniel Muaz terjaga dari lenanya bila telefon bimbitnya yang berada di sisi tak henti-henti berbunyi.. hisy siapa pulak yang call pagi-pagi buta ni.. kacau sungguh!, memekak jelah.. orang nak tidur pun tak senang.. sungutnya geram..

Tanpa melihat siapa pemanggilnya, terus butang hijau telefonnya ditekan..

"Hello.. nak apa??" kasar dia bertanya..

"Hello daddy ni.. tidur jelah kamu tau"

Tersentak dia mendengar jawapan dari si pemanggil, terus mata yang hampir tertutup terbuka luas.

"Hah daddy... nak apa, pagi-pagi dah call ni.. kacau jelah Niel nak tidur.."

"Pagi kamu kata?? cuba kamu tengok jam dah pukul berapa? hey matahari dah tegak kat kepala pun kamu kata masih pagi, apa nak jadi kat kamu ni ha? hey mesti malam tadi balik lewat lagi kan? entah kelab mana pulak kamu berpoya-poya ..." bebel Tan Sri Darwish geram... sungguh, dia geram teramat sangat dengan perangai anak bujangnya yang satu ni..

"Daddy ni bisinglah.. daddy nak apa ni call Niel ni?" malas nak mendengar bebelan daddynya terus berpanjangan, pantas dia memotong bicaranya.. orang tua ni bukan boleh dibiarkan, karang tak pasal makin meleret-leret pulak.. bisik hatinya..

"Tulah bila daddy cakap kamu kata bisinglah, apalah.. hisy nasib kamu dah besar, kalau tak siaplah kamu..dahlah kerja tak mahu...bla..bla...bla...pot pet..pot..pet.."

"Daddy..!" sedikit tinggi nadanya.. kepala ni dahlah terasa sedikit pening, mungkin penangan minum malam tadi..

"Besok hari isnin daddy nak kamu masuk office.. kerja, no excuse nak berehat or apa ke, dah cukup lama dah rasanya daddy bagi kamu rehat semenjak balik Malaysia kan.." arah lelaki itu tegas..

"Tapi daddy..."

"Tak ada tapi-tapinya, kalau kamu nak daddy tarik balik credit card dan elaun kamu, kamu boleh tolak arahan daddy..." selamba lelaki itu memberi dia pilihan..

Tu dia.. hurm daddy dah start menggunakan cara kotor.. nak tak hendak aku kena ikut rentaknya kali ni.. kalau tak miskinlah aku gamaknya.. bisik hatinya..

"yelah-yelah.. isnin nanti Niel masuk office.."

"Hah.. kan bagus kalau gitu.." Riang nada daddynya kedengaran..

"oh ye sebelum terlupa, mummy suruh kamu balik waktu dinner nanti.. dia kata nak kenalkan kamu dengan seseorang.."

Huh tu tak lain tak bukan nak mencari pasangan untuk akulah tu... boring-boring.. macamlah zaman dahulu kala, nak ada jodoh-jodohkan pulak... malasnya...keluhnya perlahan..

"Tengoklah daddy kalau saya tak ada apa hal.." Malas dia menjawab.

**************

Orang kata pagi-pagi kena banyakkan senyum biar rezeki mudah masuk, so kita kena senyum.. tapi janganlah senyum tak tentu hala tau.. nanti akibatnya.... jeng jeng..

"Yang kau ni asyik senyum dari tadi kenapa Qish? buang tebiat ke?" isk kot ia pun pemurah dengan senyuman, janganlah sampai senyum tiap masa sampai orang pandang pun dah nampak macam orang tak betul.. entah hape-hape entah budak ni.. Suraya membebel dalam hati..

"Lah aku nak senyum pun kau kata buang tebiat.. isk senyum tu kan satu sedekah yang murah dan senang, kalau tak mampu sedekahkan duit, sedekahkan senyum cukuplah..dapat tambah pahala.." tu dia sekali dia menjawab, panjang lebar tak mahu kalah..

"Ye aku taulah satu sedekah, dapat pahala, tapi janganlah sampai dengan tiang letrik, hatta kucing yang melintas jalan pun kau senyum sekali.. dah macam orang tak betul jea orang tengok tau tak...?"

"Ler...dia nilah kan.." mati terus senyumannya tadi..

Hehehe ambik kau... Suraya tersenyum melihat wajah Qistina Balqish yang telah bertukar kelat..

"Lah janganlah masam sangat.. senyum sikit..." usiknya perlahan..

"huh tak mo.. tadi kata macam orang tak betul..." ada nada rajuk yang kedengaran..

"Alololo.. merajuk pulak.. nak senyum tu boleh, tapi agak-agaklah.. hehehe meh senyum sikit.. ha kan comel gitu..."

Isk tak jadi nak merajuk kalau begini...

"Kau ni ada-ada jelah.. sehari tak usik aku memang tak sah kan? hisy tak kuasa nak layan, pergi balik meja kau, aku nak sambung buat kerja ni.. syoh..syoh..."

"uik menghalau nampak.. tak apa tak apa.. ada lori ada bas, ada hari aku bawak bas kau jalan kaki.. huh..."

"Oi apa kena bawak bas, dengan jalan kaki dengan situasi bicara kita ni.. mamai ke apa? dah lah pantun tak jadi.. wakakaka.." dia ketawa mengejek Suraya.. best dapat buat minah ni bengang..

"Huh.. benci..." Suraya berlalu..bengang menjadi mangsa usikan..

"Benci tapi sayangkan?" dengan tawa yang masih bersisa dia menyambung..

***********

"Astaghfirullahalazim... apa gaya kamu pakai ni Niel.." Mengucap panjang Tan Sri Darwish tatkala dia melangkah masuk kebilik pejabatnya..

Mula-mula riang hatinya bila setiausahanya memberitahu yang si Daniel ni dah datang office.. tapi sekarang, rasa macam nak kena serangan jantung pulak rasanya..

"Kamu ingat kamu nak pergi party ke apa? dengan baju t-shirt tak berlengannya, dengan jeans yang lusuh, koyak rabak... hey kamu nak bagi daddy kena heart attack apa?" bebel Tan Sri Darwish..

"Alah daddy.. bukan daddy tak tahu yang Neal ni tak suka protokol..leceh lah daddy, nakpak skema.. alah apa salahnya pakai macam ni, pakaian tak penting, yang penting kualiti kerja.." dia menjawab mempertahankan diri.

"Tak penting kamu kata? kamu ingat daddy ni meniaga pasar malam ke apa? pakaianlah benda pertama orang tengok sebelum kerja tau tak?? kamu nak bagi client daddy lari ke apa? lagi pun tak lama lagi kamu akan jadi ketua kat sini, kenalah tunjuk contoh yang baik sikit kat orang bawahan.."

"Hisy... lecehlah daddy ni.."

"Apa yang lecehnya?? Daddy nak kamu balik rumah sekarang, tukar pakaian dan datang balik office sebelum 10 am.."

"Ala...."

"No excuse.. pergi tukar now..."

"Yelah-yelah.." malas betullah, dah lah nak kena formal, macam budak-budak skema jelah gamaknya.. isk

"Ha.. anting-anting kat telinga kamu tu jangan lupa tanggalkan sekali, kamu bukan nak pergi party tapi nak ke pejabat... bla..bla..."

Masih kedengaran bebelan daddynya.. nasib baik daddy.. kalau orang lain..entahlah..

5 comments:

Anonymous said...

best..keep it up..
cepat skit sambung erk

Anonymous said...

best3..cpt sambong..

Nuril Bahanudin said...

Assalamualaikum wbt...
InsyaALLAH sy akan cuba update scpt mgkin...
Nanti kisah yg lbh dramatik lg dr sy..:)

faiicie said...

aiseh...mcm bdk2 jer kena bebel...hahahah

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com