iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, December 3, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 8 ]


"Macam nilah aku bagi kau RM100,000 kau tutup mulut kau ok, then kalau kau mengandung, kau gugurkanlah kandungan kau tu pakai duit yang aku bagi ni.. ok tak?" cadang Daniel.

"RM100,000.oo oi awak ingat harga diri saya nilai macam tu ya? terlalu murah tau tak, huh awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab, kalau tak saya buat report polis, lagi pun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya.." ugut Balqish geram dengan perangai lelaki itu yang baru dikenali tak sampai beberapa jam itu. Suka hati saja nak bagi cadangan macam tu, cadangan tak bernas langsung, tak realistik tak boleh diterima langsung oleh akal fikiran aku yang waras ni.

"Aku tak sengajalah, lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk, kau sendiri yang cuai, ada ke nak tidur tak kunci pintu apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?? Kevin pun satu, pekak sangat lain yang aku cakap lain yang di dengarnya.." dia membebel geram, silap sendiri mungkin namun tetap tak mahu di akui.

Aku tak kunci pintu ke malam tadi? isyk aku ni memang selalu cuai, patutlah Su selalu risau nak biarkan aku sendiri, tapi ni benda dah jadi apa aku nak buat ni?? dahlah aku tak kenal siapa dia, sombong pulak tu.. hai kenapalah kecik sangat dunia ni? mana aku pergi mesti ada muka dia, ni aku kat Johor pun boleh jugak aku terserempak dengan dia, alahai.. patutlah macam aku kenal dia ni rupa-rupanya mamat tukun tu..isk dia menggetap bibir.

Tadi sebaik dia sedar dari pengsan lelaki itu telah tiada, disangkanya lelaki itu telah melarikan diri tapi bunyi siraman air dari bilik air melegakan hatinya, bingkas dia bangun menyarung pakaiannya dan dalam terkocoh-kocoh dia hampir tersungkur akibat tersepak sesuatu, dan bila dia berpaling melihat rupanya dia tersepak dompet milik lelaki itu yang terjatuh, apa lagi pantas IC lelaki itu diambil, sebagai jaminan lelaki itu untuk tidak melarikan diri.

"Ok now apa yang kau nak aku buat sebagai penebus silap yang aku dah buat ni?" soal Daniel tiba-tiba setelah hampir seketika mendiamkan diri. Balqish tersentak.. terbang lamunannya tika ini.

"Saya nak awak bertanggungjawab..!" tegas dia meminta.

"Bertanggungjawab?? maksud kau kita nikah?? no.. no.. no.. aku tak kenal kau, macam mana aku nak nikah dengan kau! lagi pun aku muda lagi tau, tak bersedia jadi laki orang terutama pada orang macam kau ni.. isk" dia membantah keras cadangan Balqish, gila apa dia ni.. hisy tak sanggup aku. Entah anak siapa, asal pun datang dari mana, semuanya aku tak tahu..

"Awak tak kenal saya, tapi awak ceroboh hak saya.. saya tak kira, kalau awak tak nak bertanggungjawab, saya hebahkan hal ni pada media biar semua tau siapa awak, saya tau awak banyak pengaruh, tapi kalau awak tak mahu dapat malu baik awak ikut cadangan saya ni..lagi pun saya dah record apa yang awak cakap ni" dia mengugut siap menayangkan handphonenya sebagai bukti dia bukan main-main dengan katanya.. oh kau ingat sesenang saja kau nak lepas tangan ya? kau main kasar aku lagi kasar, biar kau tau siapa aku.

Gila apa perempuan ni, adeh aku terperangkap sudah, ligat betul dia ni sempat dia rakam apa yang aku cakap ni dalam pada kalut-kalut ni.

"Oi kau ugut aku ya? bukannya kau seorang yang dah kena ceroboh tau? kat luar tu ramai saja perempuan-perempuan yang dah tak ada harga diri, zaman sekarang mana penting semua tu.. kau ni kolotlah.." tempelak Daniel, aduh lorat betullah pompuan ni, nikah dengan dia umpama aku gantung diri aku ni sendiri tau..

"Jadi awak nak samakan saya dengan mereka? awak yang kolot sebenarnya, terikut sangat gaya hidup yang entah apa-apa, nama saja islam tapi mabuk, halal haram pun tak tau nak beza.. semua main redah saja, yang jadi mangsa siapa? saya jugak..huh" dia dah mula hilang sabar, kau jangan sampai aku mula membebel, karang keluar segala yang tak sepatutnya...

Berdesing telinga Daniel mendengarnya, tangan rasa ringan saja nak menampar gadis itu.. hai karang jadi hari ini dalam sejarah nanti, tak pernah-pernah aku pukul perempuan tapi yang ni lancang sangat mulutnya. Mummy, daddy aku pun tak pernah nak bising-bising dengan apa yang aku buat ni, tapi dia pulak yang lebih-lebih dasar perempuan kampung! datang dari ceruk manalah dia ni entah.

"Eh kau siapa nak cakap macam tu kat aku?" dengan sabar yang masih bersisa dia menutur kata, dia menarik nafas dalam.. cuba mengawal diri.

"Siapa saya??? saya mangsa awak..awak faham tak?? mangsa kerakusan awak! mangsa lelaki yang bertuhankan nafsu seperti awak!" jeritnya dengan getaran suara, akhirnya dia teresak-esak, menangis, sedih, pilu dan buntu mengenang nasib diri yang sudah tercemar. Apalah dosa yang aku buat sampai aku perlu dihukum sebegini rupa. Ya Allah tetapkan iman aku, tetapkan hati aku sesungguhnya aku tak kuat menanggungnya, menggalasnya.

Ah kalaulah aku tahu, memang semalam juga aku dah balik KL, kalaulah aku tahu memang aku terima offer si Haizam nak gantikan tempat aku dengan orang lain, tapi itu kalau aku tahu... masalahnya sekarang segalanya dah jadi.. dah tak boleh nak patah balik.. ya ALLAH beratnya dugaMu kali ni. Dia terjelepok di ambal, teresak hiba, dia tak peduli kewujudan lelaki itu kini, pantangnya untuk tidak menangis dihadapan orang juga turut dilanggarnya. Uwaaa.... uwaaa....

Daniel mula gelabah... alahai ni yang aku lemah ni kalau perempuan menangis depan aku, ah terima jelah pemintaan dia, nikah saja, lepas nikah aku ceraikanlah dia.. bukan susah.

"Ok...ok.. jangan menangis, aku setuju dengan cadangan kau.."

"Betul ni?? " dia bertanya minta kepastian, takut lelaki itu hanya sekadar berkata saja untuk menyedapkan hatinya.

"Yalah.. ada nampak aku main-main ke? dah-dah kemas barang-barang kau kita balik KL, dalam 2 minggu lagi kita nikah.." betul ke apa yang aku buat ni? apa kata mummy dan daddy nanti?? ah redah sajalah.. benda dah jadi.

**********

"Kau ok Qish??" Suraya menyoal, risau melihat keadaan temannya itu, semenjak balik hanya berkurung dalam bilik saja, bermuram melayan air mata, hilang terus Balqish yang kuat dan tabah yang dikenali dulu.

"Entahlah Su, aku tak larat dah rasanya.. kenapalah aku yang menjadi mangsa?? kenapalah aku yang mesti diuji sebegini rupa??" sebak hatinya mengenang nasib diri yang semakin kelam.

"Sabarlah Qish, ini saja yang mampu aku katakan, aku tahu aku tak berada di tempat kau, menangggung beban yang kau galas, rasa apa yang kau rasa, tapi sebagai kawan aku sentiasa ada disisi kau, menemani kau, menyokong kau.. kau kena kuat, tabah dan redha.. kau jangan persoalkan kenapa kau yang diuji olehNYA sebab segalanya ada hikmahnya suatu hari nanti.. siapa tahu kan??" pujuk Suraya, tak sanggup melihat temannya terus berlara duka, tubuh Balqish diraihnya di bawa kedalam pelukan dan gadis itu kini teresak-esak lagi, basah bahunya dek air mata gadis itu. Dia menggetap bibir, dia sendiri merasa hiba melihat temannya berpelakuan begini.

"Bukan sebab aku tak redha Su, cuma aku rasa ia terlalu berat buat aku, terlalu....ah aku tak tau nak cakap macam mana.. tapi aku memang tak bersedia dengan semua ni, aku tak kenal dia, mana asal usulnya, bagaimana sikapnya, tapi dia dah rampas apa yang milikku.. apa yang sepatutnya aku serahkan kepada seorang lelaki yang bergelar suami" sedihnya hai perasaan, sabarlah wahai hati dengan dugaNYA kali ini, tapi aku hanya manusia biasa yang ada rasa kecewa........ kecewa sebab mengapa ia mesti berlaku pada diriku?? kenapa bukan orang lain? adakah aku cukup kuat untuk terus hidup bersama dengan dirinya nanti? entahlah aku hanya berserah pasrah.

"Qish... dalam hidup kita nikan banyak sangat yang kita tak dapat nak jangka kadang-kadang tau, sebab benda yang nampak buruk di mata kita tu sebenarnya baik untuk kita, mungkin DIA pilih kau sebab kau mampu nak bimbing dia... aku tau kau kuat, kau sahabat yang paling tabah aku pernah jumpa, jangan sebab ni kau jadi lemah, rapuh.. jangan sebab benda ni kau terjelepok longlai... fikirkan kau ada kehidupan lain, kau ada kerjaya ni pun dah dekat seminggu kau cuti, Encik Haizam dah tanya... jangan hancurkan hidup kau kerana benda ni, jangan kau hilang segalanya hanya sebab benda ni.." panjang lebar dia memujuk.. sungguh dah sehabis daya dia cuba memulihkan kembali rasa hati temannya itu.

"Aku faham tu Su... cuma..." belum sempat dia menghabiskan katanya itu, telefon bimbitnya berbunyi. Dilihat siapakah gerangan si pemanggilnya, nama Daniel yang tertera.. lambat-lambat butang hijau di telefon bimbitnya di tekannya, perlahan-lahan dia melekapkan telefon itu ke telinganya.

"Qish... next week hari jumaat, kita nikah kat pejabat agama.. yang lain kau tak perlu risau aku dah uruskan.." tanpa memberi salam lelaki itu terus memberitahu tujuannya dan dia hanya menjawab sepatah. Ya ALLAH aku hanya berserah padaMu.

Dia memejamkan mata selepas mematikan talian, perlahan tubuhnya di sandar ke dinding... betul ke apa yang aku buat ni?? hati menyoal bicara..

"Qish siapa call kau?? ada apa hal?" Suraya menyoal, hairan pula melihat gadis itu hanya diam selepas menerima panggilan tadi.

"Daniel, minggu depan kami nikah.." lemah dia memberitahu.

"Alhamdulillah.. tak sangka kau dulu dari aku.. langkah bendul pula.." usiknya sengaja mahu menimbulkan mood ceria antara mereka.

"Yalah Su... hai lain yang dirancang lain yang jadi.. tapi aku tak pernah terfikir akan jadi macam ni..."

"Qish, kita ni makhluk yang kerdil, kadang-kadang lain yang kita minta, tapi lain pula yang DIA berikan, dan sebagai hambaNYA kita kena belajar jadi redha.."

Terdiam dia mendengar kata Suraya itu, berfikir dia sejenak.. redhakah aku dalam menerima takdirNYA kali ni?? entahlah.. tapi yang pasti aku buntu.. ah apa pun aku kena jadi redha.. kuat sebab ni baru sedikit saja ujianNYA.. kau kena kuat Qish.

"Terima kasih Su sebab ingatkan aku.. sekarang aku baru sedar.. betul kata kau aku kena kuat.. mungkin selepas ni akan ada ujian yang lebih besar dari ni." sebuah senyuman walaupun hambar cuba diukirkan pada wajahnya.

Lega hati Suraya mendengarnya, aku tau kau boleh Qish.. kau kental jiwanya.. kau kuat... kau tak mudah melatah.


************

Hairan... teruk sangatkah demamnya Balqish sampai seminggu bercuti.. Haizam kehairanan, biasanya jarang gadis itu mengambil cuti tapi kali ini panjang pulanya bila dia sudah mula cuti.. hisy.. dahlah kerja menimbun kat pejabat ni, nak harapkan Ailin yang selesaikan, gadis itu masih baru mana mungkin dia mampu menyiapkan semuanya, dan nak harapkan Suraya, dia pun dah ada kerjanya sendiri tak akan aku nak menambahkan bebannya lagi.. hisy nak suruh Mona lagilah tak dapat, dia pun banyak kerja.. dia mengurut-ngurut tengkuknya yang terasa sengal, jam di pergelangan tangan di kerlingnya.. hurm pukul 9 malam dah.. aduh lewat lagi aku hari ni. Kalau ada si Balqish kan senang, ringan sikit kerja aku ni.. eh..eh balik-balik si Balqish jugak yang aku ingat, tersedak-sedak dia tengah berehat kat rumah tu.

Telefon bimbit menjerit-jerit meminta perhatiannya sehingga membuatkan dia tersentak.. huisy terkejutnya aku, nasib baik tak tertumpah air kopi ni kat atas kertas-kertas ni.. kalau tak teruk aku... dia menengus.. alamak!! Yasmin!! alahai mati aku... dahlah semalam cancel date, hari ni aku lupa pulak.. mengamuk lagilah dia..

"Hello Yas... so sorry I lupa... but I promise 3o minit lagi I sampai.." pantas dia memohon maaf sebelum sem[at gadis itu menyemburnya.

"Itulah you.. asyik lupa-lupa jelah... you memang macam tu pentingkan kerja dari I ni.. kalau macam nilah gaya you, lebih baik you kahwin saja dengan kerja you..." nada rajuk kedengaran di hujung talian.

"Sorrylah sayang... I betul-betul tak sengaja.. I sibuk sangat kat office ni sampai terlupa janji kita.." dia memujuk, risau rajuk si buah hatinya berpanjangan..

"Sorry... tu sajalah ayat you.. benci tau you ni.. ok yang ni I maafkan you, tapi kalau lain kali buat lagi.. siap you.. I tak nak layan you lagi.."

"Ok sayang... thanks.. kejap lagi I sampai tau..." dia tersenyum lebar, mujurlah gadis itu tak mengamuk, kalau tidak bertambah serabutlah lagi otaknya..


***********

Usia aku baru saja menjengah 25.. macam tak percaya aku kena pikul semua ni tapi siapa yang perlu aku salahkan?? sedangkan segala silap itu berpunca dari diriku.. Daniel mengeluh... beberapa hari ini memang tidurnya tidak berapa nak lena.. semuanya berpunca hanya kerana hal itu..

Selama ni memang aku tak pernah nak peduli kalau tidur dengan siapa-siapa, tak pernah terfikir akan menjadi satu isu yang membebankan... ah tapi itu sebab masing-masing rela.. tapi yang ni sebab dia tak rela dan aku bukannya sengaja... ah sengaja tak sengaja tapi silapnya tetap terletak pada aku. Kalau aku lepas tangan dia kata nak report polis dan kalau dia report mesti hal ni akan jadi kecoh dan semua orang tau, mummy dan daddy mesti bising dan aku mana nak sorok muka ni???

Tak sangka perempuan tu cekap, dalam kelam kabut sempat lagi dia rakam apa yang aku cakap.. Ah Niel.. jangan kau fikirkan sangat benda ni.. kaukan lelaki, kau mampu, kalau kau rasa kau tak sesuai dengan dia, kau boleh cari yang lain, lelakikan boleh kahwin 4.. hati jahatnya berbisik nakal.. Ya tak ya juga kan kenapalah aku tak terfikir hal ni? kenapalah aku nak serabut-serabut sangat, lagipun kan segalanya dah aku uruskan, after nikah nanti dah boleh hidup macam biasa dia bukannya pilihan aku, aku sure aku takkan terliur tengok dia?? tapi betul ke tu Niel?? kau pasti dengan hati kau?? ya aku pasti sepastinya..

Dan aku tak sangka semuda ini aku akan menamatkan zaman bujang aku, aku tolak rancangan mummy untuk nikahkan aku dengan Suhail sebab dia bukan pilihan hatiku, tapi aku dapat pula perempuan ni, yang aku sendiri tak tahu dari mana datangnya dia, siapa mak bapak dia, apa kerjanya.. yang aku tahu namanya saja. Aku pasti mummy pasti akan mengamuk dengan aku kalau dia dapat tau.. huh.. dia mengeluh berat betul beban kali ni, lebih teruk dari beban kalau-kalau aku kantoi berdating dengan Syeryle, Sally, Nita atau yang lain-lain tu serentak.. apa nak buat, nasi dah jadi bubur, ubi dah jadi bingka.. pisang dah jadi pengat.. eh apa aku mengarut ni..hisy

5 comments:

hana_aniz said...

huhuhu..
sambung cepat2 kak nuril?
tak saba nak tau pe jd nnt..

keSENGALan teserlah.. said...

whoaaaaa..
menarik2..
smbung2..

Sha said...

wuuu..seb bek niel brtgjwb..
kalo x..malu ler..huhu..
best2..cpt2 smbg tau..
nwy thx 4 d new n3..
xsbr nk tau ksh slnjtnye

suriyani said...

salam nuril..
mkin bes ni..!!
so,cepat2 cntinue..
keep on writing..

sinichies_girl88 said...

best...best...
nk lagi...
lpas ni komperem niel jatuh cnta kan qish hehheh
nk lagi...sambung byk2 heheh
:)