iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, November 19, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 5 ]



"Balqish, awak tolong betulkan balik ayat-ayat dalam fail ni, tunggang langganglah kerani baru kita tu buat" arah Haizam sambil meletakkan beberapa buah fail ke atas mejanya.

Balqish tersentak, terkejut dengan kehadiran lelaki dengan arahannya seawal pagi lagi, huh tu dia, belum pun sempat aku panas punggung duduk atas kerusi ni, dia dah hadiahkan aku kerja, kalau sedikit tak apa juga, ini sebabun.. isk dia ni memang pantang nampak muka aku, suka sangat membuli aku ni punyalah ramai staff lain yang ada aku jugak yang selalu kena dengan dia ni, hai apa nak buat, dia boss dan aku ni pula makan gaji, nak tak nak kenalah terima apa saja arahannya selagi tidak melanggar etika kerja.. bebelnya dalam hati, tapi..lain pula yang lahir dari mulutnya..

"Ok Encik Haizam, encik nak saya siapkan bila??"

"Hurm kalau boleh as soon as possible, dah siap nanti letak atas meja I ya?"

"Ok, beres boss!"

"Thanks, " ucap lelaki itu sebelum berlalu sempat dia menghadiahkan seyuman manis kepada Balqish, sehingga membuatkan gadis itu terpana... oh aku jatuh cinta lagi.. rasa nak luruh jantung ini dengan panahan matamu wahai jejaka pujaan hatiku..dia mengelamun, mula menerawang khayal entah ke mana..

"oii angau ka?" Rizal si mat dispatch di pejabatnya itu memekik kearah telinga, memang itu tabiat lelaki itu, pantang tengok dia termenung, mesti ada saja yang nak diusiknya kalau ada peluang.

"Opocot...kurang asam jawa betullah kau ni, kacau sajalah kerja kau ni, kau tak ada kerja ke nak buat? surat dah habis hantar semua ke?" dia membebel geram sempat pula dia menyoal dalam geramnya itu..

"Ehehe alang-alang dah aku lalu dekat sini, tengok pulak kau termenung, so aku kacaulah kau dulu sebelum pergi buat kerja, aku nak pergi hantar suratlah ni, bye Qish... dont miss me, buat kerja jangan curik tulang nanti gaji tak halal...ehehe" ujar lelaki dengan nada tawanya, tetap riang seperti selalu macam tiada masalah sebelum berlalu melakukan tugasnya.

"Ceh taulah aku, tak payah cakap..." wajahnya sedikit mencuka akibat diusik oleh lelaki itu, alah bukan dia serius pun marah, marah-marah gurau..

Sudahlah Qish, sambung buat kerja kau ni, nanti karang alamat balik lewat lagi kau tu kalau tak sempat siap..tukas hatinya, dia mula tunduk mengadap kerja-kerja yang diberi oleh Haizam, laju jari jemarinya menaip, dia tenggelam dalam dunianya sehinggalah..

"Excuse me, boleh saya tau mana bilik Haizam" dia disapa satu suara yang lembut, lunak merdu, pantas dia mengangkat wajahnya.. hampir terjuling biji matanya, mak oit seksinya dia tapi.. melayu ke dia? muka macam minah saleh.. eh tapi dia boleh cakap melayu..ah mix kot.. dia menghadiahkan senyuman kepada gadis itu, senyum itu satu sedekah terpulang dia nak terima atau tidak, bisik hatinya.. dan gadis dihadapannya pula agaknya memang tak lokek dengan senyuman membalas kembali senyuman yang diberi.

"Bilik Encik Haizam? cik jalan terus jumpa satu bilik sebelah bahagian kiri, tulah bilik dia..err tapi cik ni siapa?" Balqish menyoal, tak pernah nampak pun sebelum ni..

"Oh thanks, saya Yasmin, girlfriend dia.." ucap gadis itu dengan senyum manis sambil menghulurkan tangan ingin berjabat salam dengannya , wajahnya agak kemerahan, mungkin malu, atau mungkin bangga memberitahu tentang status dirinya..

"Oh..saya Balqish" ujar Balqish mengangguk sambil menyambut salam gadis itu.. agak lesu.. , lembutnya kulit tangan dia, mesti jarang buat kerja rumah ni, alah biasalah orang berada ni mesti guna orang gaji, sesuailah tu dengan encik Haizam tu.. huhu baru tadi aku jatuh cinta dengan senyumanmu, lirikan matamu kini.. aku telah putus cinta...huargghh, hancur hatiku menjadi keping-keping berderai jatuh bertaburan di lantai pejabat ni.. eh..eh Qish kau dah start mengarut ni, bisik hati kecilnya..

************


"Awak tak faham bahasa Melayu ke Zairyn, nanti saya cakap bahasa Uganda karang, kan sudah beritahu saya tak mahu jumpa siapa-siapa dan jawab panggilan siapa pun awak faham tak?"

Zairyn terkelu, hai nilah nasib jadi kuli, bila bos marah mesti jadi tempat lepas geram, menyampah betullah.. itu tak lain tak bukan gaduh dengan awek dia lah tu, itulah siapa suruh awek keliling pinggang, kan dah pening.. marah dengan orang lain aku juga yang jadi mangsa keadaan.. hampeh sungguh.

"Saya mintak maaf encik...tapi.."

Belum sempat dia menghabiskan cakapnya, Daniel telah memotong..

"Maaf-maaf tu sajalah yang awak tahu, kalau maaf tu mampu menyelesaikan semua masalah senanglah sikit dunia ni, aman tak ada masalah..hisy "

"Encik dengarlah dulu apa saya nak cakap ni.." marah dia saja yang dia tau, marah aku dia tak tengok lagi, nanti tak pasal-pasal aku karate 14 dia ni karang.

Terdiam Daniel mendengar suara Zairyn yang mula berubah nadanya.. eh.. eh dia pula yang marahkan aku..boleh tahan jugak si Zairyn ni.

"Hah apa dia..?"

"Cik Sally call, dia menangis-nangis, dia kata dia call telefon bimbit encik, tapi encik tak mau angkat, encik ni cubalah jadi matang sikit, tak malu ke buat perempuan menangis? encik tu kan lelaki, silalah bertanggungjawab dengan perbuatan encik tu, jangan main ambil mudah, lepas tangan macam itu saja.. fikirkan sikit maruah dia sebagai perempuan.. bla..bla..pot..pet..pot..pet.." Zairyn mula berleter.

Tercengang Daniel bila dileteri sebegitu, isk semua perempuan sama ke macam mummy? suka membebel? yang si Zairyn ni pulak suka-suka saja nak bebelkan aku macamlah dia tau perkara sebenar, yang si Sally ni pun satu, tak faham-faham, dah tau aku dah tak layan tu sudahlah, ni tergedik-gedik pulak call office ni sudahnya kan haru, tapi.. mana pulak dia dapat nombor telefon office ni? ah lantaklah tu bukan masalahnya..

"Amboi-amboi.. sesedap mulut saja awak mengata saya, membebelkan saya ya? awak apa tau? dah-dah sambung saja call tu, jangan nak berleter, serabut saya tau tak.." arahnya isk memeningkan kepala aku sajalah semua perempuan ni.

Ekeke tau pun kau serabut, aku ni yang sedari tadi asyik bagi alasan macam-macam kat perempuan tu kerana kau punya hal tak serabut ke? sudahnya perempuan tu melalak kat situ makanya terpaksalah aku beritahu kau.. menyusahkan aku saja dua-duanya.. macam budak-budak, Zairyn mengomel geram dalam hati dengan kerenah mereka berdua.


***********

Suara hilai tawa yang datang dari arah bilik Haizam mengganggu tumpuannya, Balqish menggetap bibir, menahan geram.. hisy bencinya, menyampah betul, kot iya pun nak dating janganlah dating dalam pejabat ni, perempuan tu pun satu, dah tahu sekarang waktu pejabat lagi nak datang mengganggu..gatal! eee...geram! geram! dah ni.

Balqish bangun, menyusun fail-fail yang berselerak diatas mejanya, salah satu fail dicapainya dan kakinya di atur menuju ke bilik Haizam sengaja ingin mengintai perlakuan pasangan itu sebenarnya.

Dia berhenti dihadapan pintu pejabat milik lelaki itu, menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk pintunya.. belum sempat diberi kebenaran untuk masuk dia terus memulas tombol pintu...

Mak oii!! hampir tercabut biji matanya melihat drama sebabak milik bosnya, rapatnya mereka macam orang nak... entahlah apa-apa sajalah.

"Maaf encik saya mengganggu agaknya, sebenarnya saya ada benda yang musykil sikit tu yang saya nak tanya encik..takut nanti kalau saya main buat saja, salah pula jadinya" beritahunya agak gugup, gugup bukan disebabkan panahan mata bosnya dan teman wanita bosnya, tetapi gugup melihat aksi diluar jangkauan akalnya tadi.

"Apa dia yang awak musykilkan tu?" soal lelaki, cuba bernada bersahaja seolah tiada apa-apa yang terjadi tadi, huh nak coverlah tu.

"Saya tak fahamlah ayat ni, so saya agak was-was hendak betulkan sebab agak pening dan berbelit sedikit.." dia memberitahu, sebenarnya hanya sebagai alasan saja untuk dia bertandang ke bilik lelaki itu, bukan dia tak faham, tapi buat-buat tak faham, sementalah hatinya tengah menggelegak mendengar hilai tawa mereka tadi.

Lelaki itu menghampiri, melihat fail yang diunjuknya, hampir 5 minit mereka berbincang segalanya selesai dan dia melangkah keluar..hatinya agak sebal memikirkan perkara yang dilihat tadi.

Keluhan nafas berat dilepaskan, hurm lelaki semua sama ke? nampak baik tapi tetap akan cair dengan perempuan? huh tak sangka Encik Haizam perangai macam tu juga, nampak alim tapi alim-alim kucing saja, desisnya agak geram.. ah tapi tak boleh salahkan lelaki itu juga, kalau perempuan dah pakai kain yang jenis tak cukup kain, lepas tu pula berdua-duaan berada depan mata siap dalam bilik sekali, tok imam yang warak pun boleh tertanggal serbannya kalau begitu...isk..

**************

Daniel memandang wajah Sally yang masih teresak-esak dihadapannya, huh tu dia perempuan begitulah, bila diri sudah rasa bersalah mulalah menangis melalak macam budak kecil.. hai banyak betul stok air mata mereka ni dari tadi tak kering-kering.. rimas betullah dari tadi asyik menangis saja taunya, orang di sekeliling sudah pandang-pandang siap bisik-bisik lagi macamlah aku yang bersalah.

"Sudahlah Sally I dah jemu tengok air mata you tu, kalau you tak mahu berhenti menangis lagi, I tinggalkan you sorang-sorang kat sini nanti.." ugutnya, geram, yelah aku dah kata sudah tu sudahlah, tak akan aku nak belai, usap ke apa, nanti apa pula kata orang di sekeliling.

"You... you..janji jangan tinggalkan I lagi, buat I macam hari tu" dalam sedu-sedan dia menagih janji dari Daniel.

"Ya.. I janjilah, tapi yang ni yang last, lagi sekali you buat perangai macam hari tu, jangan harap I nak jumpa you lagi, tengok muka you faham?" agak tegas dia memberitahu. Memang dia tidak suka perempuan yang lepas laku.

Peristiwa di kedai buku yang agak memalukan bagi dirinya hanya kerana sikap Sally yang terlalu emosional sedangkan perempuan tu tidak apa-apa pun bagi dirinya. Sally yang melebih sehingga benda yang kecil menjadi kecoh..hai perempuan

"Ok I promise darling.." ujar Sally siap angkat tangan macam orang berikrar saja lakunya.

Aku dah kata dah, senang jadi perempuan ni, modalkan saja dengan air mata, pasti lemah lelaki yang melihatnya, tu sebab orang kata air mata ni senjata buat wanita..hatinya berbisik nakal.

Huh tu dia, macam budak-budak dapat gula, terus berseri wajahnya.. pandai sungguh kau berdrama depan aku ya Sally.. dia mengomel perlahan, terkena dengan lakonan wanita itu.

************

"Qish, sudah-sudahlah termenung tu.. kau termenung pun bukannya Haizam tau punkau sukakan dia, dahlah mari makan sikit, pagi tadi kau tak sempat breakfast kan? nanti gastrik kan susah.." pujuk Suraya

Suraya memandang wajah Balqish yang agak muram, huh dah macam orang putus cinta betul-betul ni.. payah budak ni, parah.. parah..

"Alah Qish, susah-susah kau bagitahu sajalah kat Haizam perasaan sebenar kau dekat dia, yang kau suka kan dia, habis cerita, aku pun tak pening tengok kau frust macam ni.." Suraya memberi idea kepadanya.

Hampir tersembur nasi yang baru ingin dikunyahnya, gila ke apa dia ni, bagi aku idea yang macam tu tak bernas langsung..

"Oi kau gila ke apa Su? aku tak mahulah jadi perigi cari timba, lagi pun aku bukannya terdesak sangat gilakan dia sampai tahap macam tulah..aku cuma..." dia terhenti seketika..

"Hah tau pun tak nak, dah kau punya muka memang dah macam muka orang yang betul-betul hilang boyfriend, orang yang baru kena kebas boyfriendnya so aku bagilah cadangan macam tu.. hah kau cuma apa Qish?" dia menyoal.

"Taklah Su, aku cuma terkilan, tak sangka encik Haizam tu perangai macam tu, aku ingat dia lelaki yang lain daripada yang lain, yang tak suka ambil kesempatan pada perempuan tapi rupanya sama saja, 2x5 je.."

"Itulah kau, lain kali jangan menilai orang tu dari luaran saja tau, kenal dulu sebenar-benarnya, terkena perkara macam ni, barulah kau bukak mata luas-luas.." nasihat Suraya.

"Yelah Su aku tau dah, now si Haizam tu dah keluar dari list lelaki yang boleh dijadikan calon untuk aku.." ucapnya dalam nada gurauan.

"Macam-macamlah kau ni Qish, dah-dah cepat habiskan nasi kau tu, nanti tak sempat pulak nak solat Zohor.."


*****************

"You, I tengok your staff tu macam tak sukakan I je.." beritahu Yasmin ketika mereka sedang asyik menikmati makan tengahari bersama.

Terhenti kunyahannya mendengarnya, perlahan dia meletakkan sudu dan garpu di atas pinggannya, napkin dicapai mengesat bibir sebelum memulakan bicara.

"Kenapa pula you kata macam tu Yas?" dia menyoal hairan, bukankah ini kali pertama Yasmin bertandang ke pejabatnya.

"Tak adalah, I tengok mata dia lain macam saja pandang I tadi.." ungkapnya merujuk kepada perlakuan Balqish tadi, memang dia perasan renungan gadis itu agak tajam kepadanya.

"Perasaan you sajalah tu, I rasa dia biasa saja tadi.." ujar Haizam cuba menyahkan perasaan kurang senang dalam diri Yasmin.

"You memang rasa biasalah, tapi I ni kan perempuan, mestilah I faham perasaan perempuan lain, renungan matanya macam mengandungi perasaan lain, jangan-jangan dia hati dengan you tak??" ujar Yasmin

"Ah mengarutlah sajalah you ni Yas, dia staff I, memang I suka dia, tapi suka dia sebagai seorang boss suka dengan staffnya itu saja sebab dia pekerja yang berdedikasi, hasil kerjanya berkualiti.." terang Haizam tak mahu Yasmin terus bersyakwasangka.

"Lah kan I dah kata, mungkin itu perasaan you padanya, tapi dia mungkin sebaliknya, siapa tau kan? yalah you kacak, bergaya berkedudukan..I rasa semua gadis akan tergilakan You" sambungnya bernada cemburu dengan kekasih hatinya dan Haizam hanya tersenyum mendengarnya

"Dahlah Yas, perasaan you saja tu, mungkin betul dia tak ada apa-apa perasaan dengan I, you jangan risau, siapa pun yang datang kepada I, you tetap dihati I tiada yang lain mampu mengisinya.." janjinya.

"Ya lah mungkin perasaan I je.." jawab Yasmin akhirnya, lemah kedengaran.. agak kecewa bila perasaannya tidak dipedulikan oleh lelaki itu, aku yakin budak tu suka dengan Haizam, matanya sudah menceritakan segalanya.

2 comments:

Sha said...

opzz..silap2..

best2..
smbg2..

Anonymous said...

nk lg
nk lg..