iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Friday, November 27, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 7 ]




Aduhhhhhh... sakitnya kepala... dia mengeluh sambil tangannya memegang kepala yang masih bengang dan sakit berdenyut-denyut, matanya terasa sedikit berpinar-pinar, tangan yang merangkul pinggangnya di tolak kasar, tubuh yang rapat dengan tubuhnya juga ditolak, tiada tindak balas, kelihatan terlalu lena barang kali , mungkin keletihan kepenatan atau.. apa sajalah.. dia bangun terhuyung-hayang mencapai pakaian yang bertaburan di lantai, dia perlu pulang, sebentar lagi ada meeting dengan client. dia tahu sangat dengan perangai daddynya, daddy tak kisah dia nak berhibur ke apa ke, tapi disiplin dengan pelanggan mesti dijaga, janji dengan pelanggan perlu dipegang, tak mahu memberi imej buruk kepada sumber syarikat.. dia tidak mahu dileteri sepanjang hari oleh daddynya.

Beberapa keping not 5o ringgit dikeluarkan dari dompetnya dan dicampaknya kepada wanita yang masih lena itu, entah perempuan mana entah, dia sendiri tak berapa cam, mungkin malam tadi dia terlalu mabuk, sampai tak sedar apa yang terjadi sehingga dia membawa balik perempuan itu, mungkin pelayan di kelab itu, pedulilah... tak penting rasanya..

Badan terasa berbau hapak, bajunya juga lembab, melekit dengan tumpahan air kencing syaitan yang diteguknya malam tadi, dia sendiri tak faham dengan dirinya, dia tidak merokok tapi dia minum sedangkan minum tu lebih teruk dari merokok..

************

"Selamat pagi Balqish? dah sihat?" pagi-pagi dia telah disapa oleh Haizam, terkejut juga, entah apa mimpi lelaki itu..

"Hurm.. selamat pagi encik, ok alhamdulillah, rasa segar," dia menjawab dengan nadanya yang sengaja cuba di ceriakan.. senyuman manis diukir di wajahnya, menutup gugup, walang yang bertandang.

"Baguslah kalau awak dah sihat, eh tapi betul ni awak dah sihat, kalau awak masih rasa tak sihat, awak boleh balik sambung cuti lagi.. "

"Saya sure saya dah sihat encik, jangan risau, cuma selesema ni saja yang degil tak nak baik-baik.." yakin dia dengan jawapannya.

"Ok saya bukan apa Balqish, saya takut apa-apa terjadi nanti, tak pasal-pasal masuk metro, boss buli staff yang sakit sampai pengsan.. kan ke haru gitu.." ujar lelaki itu dengan nada gurau..

"Eh... kesitu pulak encik ni, tak adanya jadi macam tu, encik ni fikir bukan-bukan.."

"hehehhe.. manalah tau kan.. Oh lupa pula..Balqish, ni tiket bas untuk pergi seminar kat johor tu, awak pergi dengan Mona, company kita hantar 2 wakil untuk seminar ni.." lelaki itu menghulurkan 2 keping tiket kepadanya..

"Eh betul ke awak larat nak pergi seminar tu? kalau awak rasa masih tak sihat, saya boleh suruh Suraya atau pun Ailin gantikan tempat awak.." sambung lelaki itu masih tidak meyakini tahap kesihatannya dirinya itu.

"Betul encik jangan risau, saya masih larat kalau setakat untuk pergi seminar saja, bukannya masuk hutan pun.." hisy..banyak cakap pula dia ni hari ni.. getus hatinya hairan.

*************

Fuhhh.. nasib baik aku sampai tepat-tepat padanya, kalau tidak, mau bernanah telinga aku ni kena leter dengan daddy.. Daniel menarik nafas lega.. tapi dia perasan jelingan tajam mata daddynya, sengaja dia buat-buat tak faham.

"Kamu ke mana malam tadi sampai muka macam orang tak cukup tidur? mata merah, wajah kusam tak bermaya.. kelab mana pula kamu berlibur?" soal daddynya selepas selesai meeting dengan pelanggan mereka.. tidak puas hati dengan penampilan anak bujangnya itu.

"Alah daddy..biasalah ke mana lagi, kata orang muda.." dia menjawab acuh tak acuh, isy lagi mau tanyalah daddy ni.

"Ya daddy faham kamu masih muda, tapi cubalah kawal diri tu, waktu hari kerja janganlah melepak kat kelab sampai lewat malam, mabuk-mabuk tak ingat dunia, cubalah belajar disiplinkan diri kamu tu.. lepas tu tengoklah siangnya pergi kerja dalam keadaan macam ni, tak bersemangat, macam mana nak tunjuk contoh yang baik pada staff kalau dah gaya laku awak pun teruk...." isy budak ni, karang kita cakap banyak dia kata kita bising, aku dulu muda-muda taklah seliar macam ni, hai ada anak sorang macam ni pun dah bikin aku pusing kepala.

"Daddy ni.. kalau sehari tak leterkan Niel tak boleh ke? dah lah nak balik rumah, nak sambung tidur, kepala Niel sakit ni..! "dia memegang kepalanya, memang dia merancang ingin berehat sebab rasanya hari ni cuma ada satu meeting saja dalam jadualnya.

"Tengok tu daddy cakap sikit kamu kata bising, hai apa nak jadilah dengan kamu, hah nanti jangan buat perangai macam ni waktu jumpa client kita dari Singapore tu.." pesan Tan Sri Darwish

"Ya daddy.. saya tau tu.. tak lupa lagi, rasanya dah lebih 10 kali daddy ingatkan Niel" bagi dia jahat macam mana pun, kata-kata daddy dan mummy memang tak pernah dilawannya.. sebab mereka insan yang paling bermakna dalam hidupnya, itu prinsip dia.

************

Dia menelan ubat selesema yang sememangnya di bawa dari rumahnya sebagai persediaan untuknya, bersendirian di kamar yang dikongsi dengan Mona, sepatutnya hari ini dia pulang ke Kuala Lumpur setelah 3 hari di sini tapi tahap kesihatan yang kurang memuaskan mungkin kerana faktor cuaca yang tidak menentu membuatkan dia mengambil keputusan untuk bermalam sehari lagi di hotel ini dan Mona pula pulang bersendirian

Balqish memicit-micit kepalanya yang dirasakan sedikit berdenyut, badan juga sedikit seram sejuk, suhu penghawa dingin yang agak rendah di bilik seminar sepanjang 3 hari ini menyebabkan demamnya kembali menyerang, sekali gus dia teringat pesan Suraya, nasib dia membawa ubat-ubatan yang di ambil dari klinik hari tu, kalau tidak tak taulah apa nak jadi.

Mona juga sebenarnya risau akan keadaan dirinya, dan agak risau ingin meninggalkan dirinya bersendirian tadi tapi setelah dia meyakinkan berulang kali barulah gadis itu dengan berat hati meninggalkan dirinya di sini. Dia mahu berehat, tak mahu diganggu... telefon bimbitnya juga di offkan.. tak mahu menjawab mana-mana panggilan.

Mata semakin memberat... hurmmm.. kuat juga penangan ubat ni.. dia mengomel sendirian, lampu utama dimatikan dan dia menyalakan lampu tidur tubuhnya rebah di pembaringan, dunia sekeliling terasa sepi sesepinya.. dia terlena dalam tidak sampai beberapa minit melayang terus ke alam mimpi, namun... sebenarnya dia terlupa sesuatu.. ya sesuatu yang mungkin akan membahayakan dirinya..

*********

"Kevin.. sila minum, I belanja you hari ni.." pelawanya girang, mereka berlaga gelas meraikan perjanjian yang termeterai antara syarikat masing-masing sebentar tadi.

Suasana bunyi yang bising bingit sedikit pun tidak mengganggu perbualan mereka, apa yang pasti mereka masing-masing kegembiraan, berbual sesekali tertawa terbahak-bahak jika ada benda yang melucukan mereka.

"Minum lagi Daniel.. " dia menuangkan lagi air memenuhkan kembali gelas yang hampir kosong itu dan Daniel hanya menggangguk, pesanan daddy agar dia mengawal dirinya sedikit hilang dari ingatan.. dia ingin berhibur sepuasnya.. kepenatan kerja seharian harus dilupakan.

Dan seperti selalunya, dirinya pasti mabuk kalau masuk ke kelab...

"Daniel, you dah mabuk sangat ni.. mari I hantar you balik bilik you.." suara Kevin mula sayup-sayup di pendengaran, dia sendiri tak sedar apa jawapan yang keluar dari mulutnya.

Apa yang pasti tubuhnya terhuyung hayang di papah oleh lelaki itu, selalunya begitulah, bila dia ke kelab mesti akan mabuk, dia tak tahu kenapa dia mudah lupa diri...


************

Meriahnya suasana majlis pernikahan ini, penuh dengan adat istiadat dan suasana kampung.. memang inilah majlis yang diidam-idamkan olehnya sedari dulu. Dia tidak sangka hari ni segala impiannya tercapai, impian untuk hidup dengan lelaki yang di sayangi di cintai olehnya.

Dia tersenyum lebar.. matanya sesekali dijeling ke arah pasangannya yang sedang duduk mengadap tok kadi itu.. mereka berbalas pandang bila mata masing-masing bertemu.. lelaki itu mengenyit mata nakal ke arahnya, dan dia menggetap bibir geram.. nakal!! dalam keadaan macam ni pun masih sempat mengusik aku, ah gementar rasanya kerana sebentar lagi status diri ini akan berubah..

Dia mencuri dengar ketika kadi mula berjabat tangan pasangannya itu, mula melafazkan akad dan lelaki itu dengan penuh yakin dan hanya sekali lafaz, dia sah menjadi milik lelaki itu. Dia tersenyum gembira, seronok bukan kepalang, impian mereka menjadi nyata.

Dia mengucup tangan lelaki itu ketika majlis membatalkan air sembahyang, dan lelaki itu membalas dengan mengucup dahinya, hanya bahasa mata menjadi perantara bicara mereka.

Majlis pernikahan tanpa persandingan, itu yang dipintanya, sebab yang penting nikah manakala bersanding itu hanya pada adat.

Mereka kini bergandingan menuju ke kamar, seharian melayan tetamu yang tidak putus hingga membuatkan mereka terlalu kepenatan, suara bisikan mengusik dan deheman sanak saudara membuatkan wajahnya merah padam. Biasalah bila pengantin baru menuju kebilik.. mesti akan di usik teruk...

Tiba-tiba... terdengar telefon bimbitnya berbunyi, mula-mula sayup-sayup tapi makin lama semakin jelas.. dia membuka matanya perlahan-lahan.. eh..eh aku mimpi rupanya. Boleh pulak mimpi kahwin tapi siapa ya pasangan aku tu?? cuba diingat kembali wajah dalam mimpi itu, tapi tidak berjaya... kabur..

Telefon bimbit yang terdapat diatas meja kecil itu dicapainya.. ah awal lagi, baru pukul 6 pagi, malasnya nak bangun.. dia menggeliat malas. Tubuhnya dipaling kekiri memeluk bantal peluk yang terdapat disisinya.

Kenapa keras sangat bantal peluk ni? kenapa aku rasa sejuk semacam ni?.. dia mula rasa hairan dalam keadaan mamai begini.. ah mungkin sebab aku tak sihat lagi kot... tapi eh..eh kenapa lampu tidur ni mati pulak, aku rasa malam tadi aku nyalakan sebelum tidur peliknya... isy.. dia mengomel perlahan, kehairanan mula terbit di sanubarinya.

Tangannya dipanjangkan untuk menyalakan kembali lampu tidur itu, dia tidak betah dalam keadaan terlalu gelap sangat... dan apabila lampu telah terpasang alangkah terkejutnya dia melihat pakaiannya bertaburan di lantai.. aikk takkan aku nikah kahwin betul-betul, dia menggosok-gosok matanya, rasanya aku hanya mimpi tadi.. dicubit pipinya... sakit!!!! sahih aku tak mimpi ni, tapi kalau tak mimpi ini apa??

Teringat pula bantal peluk yang terdapat di sisinya.. jangan-jangan... lambat-lambat dia berpaling.. sekujur tubuh di sisinya dan....

"Huarrgggggggghhhh!!!! siapa kau??" dia menjerit nyaring, terkejut benda yang disangka bantal rupanya sekujur manusia.

Dan lelaki itu yang terjaga, terkejut akibat jeritannya yang kuat itu memandang ke arahnya dengan terpinga-pinga.. mamai lagilah tu.

"Kau siapa? macam mana boleh ada dalam bilik aku?" lelaki itu menyoal, rasanya malam tadi aku tak bawak perempuan balik sebab Kevin yang hantar aku ke bilik... dan mana pulak datang dia ni.

"Eh..orang tanya dia, dia tanya kita balik.. ini bilik saya.. saya yang sepatutnya soal awak macam tu.." dia membalas geram, dia cuba bangun tapi bahagian ari-ari terasa pedih.. GOSH!! apa sebenarnya yang terjadi ni.. ujian apakah pula ni.

"Bilik kau?? " lelaki itu bingkas bangun masih tak perasan tentang keadaan diri dan Balqish yang terkejut melihat keadaan lelaki itu terasa melayang separuh nyawa.. pandangan gelap berpinar secara tiba-tiba, tubuh terasa ringan dan toing-toing.. dia pengsan.. ya ALLAH anggaplah segalanya tiada apa-apa dan aku hanya mimpi selepas aku bangun nanti segalanya seperti biasa doanya dalam hati.

"Oi...oii.. lah pengsan pulak dia," aku ni nampak macam hantu ke? dia kehairanan, serentak tubuhnya di tilik..larhh patut pun..

Apa aku nak buat ni, tinggalkan dia macam tu saja atau? tapi aku tak kenal siapa dia. Mesti Kevin salah dengar nombor bilik yang aku sebut ni, 313 bukannya 317.. aduyyaii bala-bala tapi hairan macam mana aku dapat masuk dalam bilik dia? dia tak kunci pintu bilik ke? alahai... tulah daddy dah pesan kawal diri sikit, ni dah jadi macam ni siapa susah? aku jugak..

Dia menggosok-gosok tengkuknya, mencari akal untuk menyelesaikan hal ini.. tapi dia buntu.. kepala pula mula berdenyut, minum lagi sampai mabuk kan dah dapat bala.. padan muka aku.

Ah.. baik mandi segarkan diri.. barulah dapat berfikir dengan betul aku ni.. putusnya akhirnya, terus mengutip pakaiannya menuju ke bilik air.

4 comments:

hana_aniz said...

balqish terlupa kunci pintu ke?
bahaya giler...
bermulalah episod cinta mereka..
wakakaka,,,
nak lagi kak nuril!

suriyani said...

salam nuril..
lbh kurng nak same je coment hana_aniz kt chpter6..hehehe..:D
btol la hana..qish lupe kunci pn2..cian dia..:(
so,nuril cntinue cpat2 erkk????

Sha said...

yea2..deorg dh brtemu..
lpas nih mesty mkin mnrik..
smbg2..

faiicie said...

nampak dah konflik crita nie...best2!!!