iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Friday, November 27, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 7 ]




Aduhhhhhh... sakitnya kepala... dia mengeluh sambil tangannya memegang kepala yang masih bengang dan sakit berdenyut-denyut, matanya terasa sedikit berpinar-pinar, tangan yang merangkul pinggangnya di tolak kasar, tubuh yang rapat dengan tubuhnya juga ditolak, tiada tindak balas, kelihatan terlalu lena barang kali , mungkin keletihan kepenatan atau.. apa sajalah.. dia bangun terhuyung-hayang mencapai pakaian yang bertaburan di lantai, dia perlu pulang, sebentar lagi ada meeting dengan client. dia tahu sangat dengan perangai daddynya, daddy tak kisah dia nak berhibur ke apa ke, tapi disiplin dengan pelanggan mesti dijaga, janji dengan pelanggan perlu dipegang, tak mahu memberi imej buruk kepada sumber syarikat.. dia tidak mahu dileteri sepanjang hari oleh daddynya.

Beberapa keping not 5o ringgit dikeluarkan dari dompetnya dan dicampaknya kepada wanita yang masih lena itu, entah perempuan mana entah, dia sendiri tak berapa cam, mungkin malam tadi dia terlalu mabuk, sampai tak sedar apa yang terjadi sehingga dia membawa balik perempuan itu, mungkin pelayan di kelab itu, pedulilah... tak penting rasanya..

Badan terasa berbau hapak, bajunya juga lembab, melekit dengan tumpahan air kencing syaitan yang diteguknya malam tadi, dia sendiri tak faham dengan dirinya, dia tidak merokok tapi dia minum sedangkan minum tu lebih teruk dari merokok..

************

"Selamat pagi Balqish? dah sihat?" pagi-pagi dia telah disapa oleh Haizam, terkejut juga, entah apa mimpi lelaki itu..

"Hurm.. selamat pagi encik, ok alhamdulillah, rasa segar," dia menjawab dengan nadanya yang sengaja cuba di ceriakan.. senyuman manis diukir di wajahnya, menutup gugup, walang yang bertandang.

"Baguslah kalau awak dah sihat, eh tapi betul ni awak dah sihat, kalau awak masih rasa tak sihat, awak boleh balik sambung cuti lagi.. "

"Saya sure saya dah sihat encik, jangan risau, cuma selesema ni saja yang degil tak nak baik-baik.." yakin dia dengan jawapannya.

"Ok saya bukan apa Balqish, saya takut apa-apa terjadi nanti, tak pasal-pasal masuk metro, boss buli staff yang sakit sampai pengsan.. kan ke haru gitu.." ujar lelaki itu dengan nada gurau..

"Eh... kesitu pulak encik ni, tak adanya jadi macam tu, encik ni fikir bukan-bukan.."

"hehehhe.. manalah tau kan.. Oh lupa pula..Balqish, ni tiket bas untuk pergi seminar kat johor tu, awak pergi dengan Mona, company kita hantar 2 wakil untuk seminar ni.." lelaki itu menghulurkan 2 keping tiket kepadanya..

"Eh betul ke awak larat nak pergi seminar tu? kalau awak rasa masih tak sihat, saya boleh suruh Suraya atau pun Ailin gantikan tempat awak.." sambung lelaki itu masih tidak meyakini tahap kesihatannya dirinya itu.

"Betul encik jangan risau, saya masih larat kalau setakat untuk pergi seminar saja, bukannya masuk hutan pun.." hisy..banyak cakap pula dia ni hari ni.. getus hatinya hairan.

*************

Fuhhh.. nasib baik aku sampai tepat-tepat padanya, kalau tidak, mau bernanah telinga aku ni kena leter dengan daddy.. Daniel menarik nafas lega.. tapi dia perasan jelingan tajam mata daddynya, sengaja dia buat-buat tak faham.

"Kamu ke mana malam tadi sampai muka macam orang tak cukup tidur? mata merah, wajah kusam tak bermaya.. kelab mana pula kamu berlibur?" soal daddynya selepas selesai meeting dengan pelanggan mereka.. tidak puas hati dengan penampilan anak bujangnya itu.

"Alah daddy..biasalah ke mana lagi, kata orang muda.." dia menjawab acuh tak acuh, isy lagi mau tanyalah daddy ni.

"Ya daddy faham kamu masih muda, tapi cubalah kawal diri tu, waktu hari kerja janganlah melepak kat kelab sampai lewat malam, mabuk-mabuk tak ingat dunia, cubalah belajar disiplinkan diri kamu tu.. lepas tu tengoklah siangnya pergi kerja dalam keadaan macam ni, tak bersemangat, macam mana nak tunjuk contoh yang baik pada staff kalau dah gaya laku awak pun teruk...." isy budak ni, karang kita cakap banyak dia kata kita bising, aku dulu muda-muda taklah seliar macam ni, hai ada anak sorang macam ni pun dah bikin aku pusing kepala.

"Daddy ni.. kalau sehari tak leterkan Niel tak boleh ke? dah lah nak balik rumah, nak sambung tidur, kepala Niel sakit ni..! "dia memegang kepalanya, memang dia merancang ingin berehat sebab rasanya hari ni cuma ada satu meeting saja dalam jadualnya.

"Tengok tu daddy cakap sikit kamu kata bising, hai apa nak jadilah dengan kamu, hah nanti jangan buat perangai macam ni waktu jumpa client kita dari Singapore tu.." pesan Tan Sri Darwish

"Ya daddy.. saya tau tu.. tak lupa lagi, rasanya dah lebih 10 kali daddy ingatkan Niel" bagi dia jahat macam mana pun, kata-kata daddy dan mummy memang tak pernah dilawannya.. sebab mereka insan yang paling bermakna dalam hidupnya, itu prinsip dia.

************

Dia menelan ubat selesema yang sememangnya di bawa dari rumahnya sebagai persediaan untuknya, bersendirian di kamar yang dikongsi dengan Mona, sepatutnya hari ini dia pulang ke Kuala Lumpur setelah 3 hari di sini tapi tahap kesihatan yang kurang memuaskan mungkin kerana faktor cuaca yang tidak menentu membuatkan dia mengambil keputusan untuk bermalam sehari lagi di hotel ini dan Mona pula pulang bersendirian

Balqish memicit-micit kepalanya yang dirasakan sedikit berdenyut, badan juga sedikit seram sejuk, suhu penghawa dingin yang agak rendah di bilik seminar sepanjang 3 hari ini menyebabkan demamnya kembali menyerang, sekali gus dia teringat pesan Suraya, nasib dia membawa ubat-ubatan yang di ambil dari klinik hari tu, kalau tidak tak taulah apa nak jadi.

Mona juga sebenarnya risau akan keadaan dirinya, dan agak risau ingin meninggalkan dirinya bersendirian tadi tapi setelah dia meyakinkan berulang kali barulah gadis itu dengan berat hati meninggalkan dirinya di sini. Dia mahu berehat, tak mahu diganggu... telefon bimbitnya juga di offkan.. tak mahu menjawab mana-mana panggilan.

Mata semakin memberat... hurmmm.. kuat juga penangan ubat ni.. dia mengomel sendirian, lampu utama dimatikan dan dia menyalakan lampu tidur tubuhnya rebah di pembaringan, dunia sekeliling terasa sepi sesepinya.. dia terlena dalam tidak sampai beberapa minit melayang terus ke alam mimpi, namun... sebenarnya dia terlupa sesuatu.. ya sesuatu yang mungkin akan membahayakan dirinya..

*********

"Kevin.. sila minum, I belanja you hari ni.." pelawanya girang, mereka berlaga gelas meraikan perjanjian yang termeterai antara syarikat masing-masing sebentar tadi.

Suasana bunyi yang bising bingit sedikit pun tidak mengganggu perbualan mereka, apa yang pasti mereka masing-masing kegembiraan, berbual sesekali tertawa terbahak-bahak jika ada benda yang melucukan mereka.

"Minum lagi Daniel.. " dia menuangkan lagi air memenuhkan kembali gelas yang hampir kosong itu dan Daniel hanya menggangguk, pesanan daddy agar dia mengawal dirinya sedikit hilang dari ingatan.. dia ingin berhibur sepuasnya.. kepenatan kerja seharian harus dilupakan.

Dan seperti selalunya, dirinya pasti mabuk kalau masuk ke kelab...

"Daniel, you dah mabuk sangat ni.. mari I hantar you balik bilik you.." suara Kevin mula sayup-sayup di pendengaran, dia sendiri tak sedar apa jawapan yang keluar dari mulutnya.

Apa yang pasti tubuhnya terhuyung hayang di papah oleh lelaki itu, selalunya begitulah, bila dia ke kelab mesti akan mabuk, dia tak tahu kenapa dia mudah lupa diri...


************

Meriahnya suasana majlis pernikahan ini, penuh dengan adat istiadat dan suasana kampung.. memang inilah majlis yang diidam-idamkan olehnya sedari dulu. Dia tidak sangka hari ni segala impiannya tercapai, impian untuk hidup dengan lelaki yang di sayangi di cintai olehnya.

Dia tersenyum lebar.. matanya sesekali dijeling ke arah pasangannya yang sedang duduk mengadap tok kadi itu.. mereka berbalas pandang bila mata masing-masing bertemu.. lelaki itu mengenyit mata nakal ke arahnya, dan dia menggetap bibir geram.. nakal!! dalam keadaan macam ni pun masih sempat mengusik aku, ah gementar rasanya kerana sebentar lagi status diri ini akan berubah..

Dia mencuri dengar ketika kadi mula berjabat tangan pasangannya itu, mula melafazkan akad dan lelaki itu dengan penuh yakin dan hanya sekali lafaz, dia sah menjadi milik lelaki itu. Dia tersenyum gembira, seronok bukan kepalang, impian mereka menjadi nyata.

Dia mengucup tangan lelaki itu ketika majlis membatalkan air sembahyang, dan lelaki itu membalas dengan mengucup dahinya, hanya bahasa mata menjadi perantara bicara mereka.

Majlis pernikahan tanpa persandingan, itu yang dipintanya, sebab yang penting nikah manakala bersanding itu hanya pada adat.

Mereka kini bergandingan menuju ke kamar, seharian melayan tetamu yang tidak putus hingga membuatkan mereka terlalu kepenatan, suara bisikan mengusik dan deheman sanak saudara membuatkan wajahnya merah padam. Biasalah bila pengantin baru menuju kebilik.. mesti akan di usik teruk...

Tiba-tiba... terdengar telefon bimbitnya berbunyi, mula-mula sayup-sayup tapi makin lama semakin jelas.. dia membuka matanya perlahan-lahan.. eh..eh aku mimpi rupanya. Boleh pulak mimpi kahwin tapi siapa ya pasangan aku tu?? cuba diingat kembali wajah dalam mimpi itu, tapi tidak berjaya... kabur..

Telefon bimbit yang terdapat diatas meja kecil itu dicapainya.. ah awal lagi, baru pukul 6 pagi, malasnya nak bangun.. dia menggeliat malas. Tubuhnya dipaling kekiri memeluk bantal peluk yang terdapat disisinya.

Kenapa keras sangat bantal peluk ni? kenapa aku rasa sejuk semacam ni?.. dia mula rasa hairan dalam keadaan mamai begini.. ah mungkin sebab aku tak sihat lagi kot... tapi eh..eh kenapa lampu tidur ni mati pulak, aku rasa malam tadi aku nyalakan sebelum tidur peliknya... isy.. dia mengomel perlahan, kehairanan mula terbit di sanubarinya.

Tangannya dipanjangkan untuk menyalakan kembali lampu tidur itu, dia tidak betah dalam keadaan terlalu gelap sangat... dan apabila lampu telah terpasang alangkah terkejutnya dia melihat pakaiannya bertaburan di lantai.. aikk takkan aku nikah kahwin betul-betul, dia menggosok-gosok matanya, rasanya aku hanya mimpi tadi.. dicubit pipinya... sakit!!!! sahih aku tak mimpi ni, tapi kalau tak mimpi ini apa??

Teringat pula bantal peluk yang terdapat di sisinya.. jangan-jangan... lambat-lambat dia berpaling.. sekujur tubuh di sisinya dan....

"Huarrgggggggghhhh!!!! siapa kau??" dia menjerit nyaring, terkejut benda yang disangka bantal rupanya sekujur manusia.

Dan lelaki itu yang terjaga, terkejut akibat jeritannya yang kuat itu memandang ke arahnya dengan terpinga-pinga.. mamai lagilah tu.

"Kau siapa? macam mana boleh ada dalam bilik aku?" lelaki itu menyoal, rasanya malam tadi aku tak bawak perempuan balik sebab Kevin yang hantar aku ke bilik... dan mana pulak datang dia ni.

"Eh..orang tanya dia, dia tanya kita balik.. ini bilik saya.. saya yang sepatutnya soal awak macam tu.." dia membalas geram, dia cuba bangun tapi bahagian ari-ari terasa pedih.. GOSH!! apa sebenarnya yang terjadi ni.. ujian apakah pula ni.

"Bilik kau?? " lelaki itu bingkas bangun masih tak perasan tentang keadaan diri dan Balqish yang terkejut melihat keadaan lelaki itu terasa melayang separuh nyawa.. pandangan gelap berpinar secara tiba-tiba, tubuh terasa ringan dan toing-toing.. dia pengsan.. ya ALLAH anggaplah segalanya tiada apa-apa dan aku hanya mimpi selepas aku bangun nanti segalanya seperti biasa doanya dalam hati.

"Oi...oii.. lah pengsan pulak dia," aku ni nampak macam hantu ke? dia kehairanan, serentak tubuhnya di tilik..larhh patut pun..

Apa aku nak buat ni, tinggalkan dia macam tu saja atau? tapi aku tak kenal siapa dia. Mesti Kevin salah dengar nombor bilik yang aku sebut ni, 313 bukannya 317.. aduyyaii bala-bala tapi hairan macam mana aku dapat masuk dalam bilik dia? dia tak kunci pintu bilik ke? alahai... tulah daddy dah pesan kawal diri sikit, ni dah jadi macam ni siapa susah? aku jugak..

Dia menggosok-gosok tengkuknya, mencari akal untuk menyelesaikan hal ini.. tapi dia buntu.. kepala pula mula berdenyut, minum lagi sampai mabuk kan dah dapat bala.. padan muka aku.

Ah.. baik mandi segarkan diri.. barulah dapat berfikir dengan betul aku ni.. putusnya akhirnya, terus mengutip pakaiannya menuju ke bilik air.

Tuesday, November 24, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 6 ]



"Qish oh Qish, sudah-sudahlah tu oi main hujan tu.. nanti demamkan susah, tak dapat pergi kerja.. isk"

Suraya yang sedari tadi memerhati tingkah sahabatnya mula membebel bimbang, hai dia ni kan, macam orang duduk kat gurun sahara saja tau, macam tak pernah jumpa hujan, pantang ada peluang mesti nak main hujan, ke mak dia dulu lahirkan dia waktu hujan turun, isk pening kepala aku dengan perangainya, bukan main suka dengan hujan, matanya masih tak lepas memandang ke arah tingkah sahabatnya itu, memerhati Balqish yang nampak riang sekali, menari entah apa-apa rentaknya pun dia tak tau. Ceh kalau hujan bukan main suka, tapi bila ada petir dialah yang paling penakut sekali... isy tak faham aku budak ni.

Pulang dari pejabat tadi, hampir separuh jalan, hujan pula turun, pada mulanya agak renyai-renyai tapi semakin lama semakin lebat, dan Balqish sampai sahaja di perkarangan rumah sewa mereka, terus sahaja meredah hujan lebat itu, tak peduli jiran-jiran yang melihat perlakuannya, dia membiarkan tubuhnya dibasahi air hujan itu, membiarkan air matanya mengalir bersama hujan yang turun itu. Dia tidak mahu Suraya sedar akan kesedihannya, dia tidak mahu Suraya melihat dia menangis.

Memang dari pejabat tadi dia menahan air matanya dari terus tumpah . Sebabnya hanya satu, Haizam, ya Haizam lelaki yang berjaya mencuri hatinya dan berjaya meremukkan hatinya tadi, dia memang diibaratkan bertepuk sebelah tangan saja tapi dia tidak peduli, kalau hati dah sedih buat apa nak disimpankan? lama-lama sendiri yang sakitkan? kalau rasa-rasa nak menangis buat apa nak tahankan? menangis sajalah, biar terkeluar sekali luka yang ditanggung, biar hilang sekali sakit yang ditahan bersama air mata itu, biar pergi sekali kecewa yang dipendamkan. Dia menangis sepuas-puasnya hatinya tanpa esakan tanpa bunyi hanya air mata bisu yang mengalir lebat selebat hujan yang sedang turun kini.

Lama dia berkelakuan begitu, sehinggalah tubuhnya terasa sedikit menggigil, barulah dia masuk kedalam rumah, dan Suraya apa lagi, seronok membebeli dirinya, katanya mengalahkan anak jiran, dirinya itu, mereka pun tak tahu main hujan dan dia hanya tersenyum menayang gigi, cuba menyembunyikan rasa gundah hatinya yang berlagu sendu kini.

****************

Dia termenung panjang, masih memikirkan hala tuju hubungannya dengan Sally, ikutkan rasa hatinya memangnya dia sudah tawar hati dengan gadis itu semenjak peristiwa itu, tentang lepas laku gadis itu, fikirnya andainya dia memaafkan gadis itu menerima gadis itu kembali, hubungan mereka mungkin boleh belangsung seperti biasa, seperti sedia kala, tapi terus terang dia tidak mampu, dia tidak mahu menipu perasaannya, menipu hatinya, dia tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit, menipu dirinya dan menipu Sally.

Mujurlah Syeryle ke luar negara kerana memenuhi tuntutan kerjanya, kalau tidak mungkin hidupnya bertambah kucar-kacir dengan perangai gadis itu pula, pening-pening-pening, inilah risikonya kalau nak jadi mat romeo Niel, heh tahan sajalah kan, hidup tanpa perempuan ni macam tak ada makna saja rasanya tau, sebab mereka ni kaum yang paling beremosi, bila emosi mereka memuncak, macam-macam hal boleh jadi.

Akhir-akhir ini mummynya begitu seronok mendesaknya menamatkan zaman bujangnya walaupun berkali dia menerangkan dia masih muda, tapi mummynya kata dia dengan daddynya dulu pun berkahwin muda, yelah mereka yang berkahwin muda takkan nak suruh aku jadi macam mereka? belum puas enjoy dah kena dukung anak, layan isteri, huarggh tak sanggup aku, banyak benda lagi yang boleh aku lakukan daripada menjadi seorang ketua keluarga, suami dan juga ayah....

"Niel, mummy rasa Suhail tu calon yang paling layak dengan kamu, jadi isteri kamu, bolehlah bantu hidup kamu yang sedikit terumbang ambing, kucar-kacir tak terurus tu.."

"Tapi mummy saya tak suka dia, saya tak cintakan dia macam mana nak jadikan dia isteri Niel? lagi pun saya dah ada pilihan hati saya sendiri"

"Alah...kamu ni, sekarang memanglah kamu tak sukakan dia, tak cintakan dia, tapi bila kamu dah hidup bersama nanti, dah saling kenal hati budi masing-masing, mummy yakin mesti kamu boleh terima dirinya, entah-entah nanti nak berenggang seminit pun tak boleh.. macam kami ni.."

"Bosanlah... mummy ni, kita dahlah tak kenal siapa dia tu sebenarnya, janganlah puji dia melambung sangat, kadang-kadang orang yang nampak baik sopan santun nilah yang paling bahaya tau daddy.."

"Habis kamu nak samakan Suhail tu dengan teman-teman wanita kamu yang lainlah ya? yang pakai baju serupa tak pakai baju ? isk.. apalah nak jadi dengan kamu ni, budak tu punyalah baik dengan daddy dan mummy, hormat dengan orang tua-tua, solat tak tinggal, menjaga pergaulan.. bla.. bla.. pot..pet..pot..pet..." Tan Sri Darwish pula menyambung bebelan mummynya, hisy 2x5 saja mereka ni, sama saja pemikirannya.

Alahai, yelah tu , kalau hati dah suka, semua nampak baik kan? nampak sempurna, puji pun melambung-lambung, dia mengomel bengang..

"Dahlah mummy, daddy, boringlah, balik-balik benda yang sama yang diulang, kalau macam nilah gayanya, malaslah Niel nak balik sini selalu.. bosan tau.." Kunci kereta di capainya, hai kita balik sini ingat nak legakan sikit sesak dalam kepala otak ni, tapi nampaknya bertambah sesak siap berserabut sekali.. tak faham aku dengan mereka ni, nak dilawan, mummy dengan daddy aku, nanti kata anak derhaka, jahat-jahat aku ni, orang tua aku adalah yang terlalu sensitif sekali, tak boleh buat main.. dia mendengus.

"Hah tengok tu, kita cakap sikit saja, mulalah bosan, tu nak kemana pulalah nak merewangnya tu..isk.. sabar sajalah dengan anak yang seorang ni, nasib satu saja tapi ini pun dah cukup memeningkan kepala siap migrain sekali, alahai.. anak.."

"Hah kamu jangan lupa, jumpa client kita di johor minggu ni, apa-apa nanti kamu tanya Zairyn, daddy dah suruh dia uruskan semuanya, jangan malukan daddy pulak nanti,"

"Yelah Niel tau tu, masih belum lupa lagi ingatan ni, berapa kali nak ingatkan.." jawabnya sambil jari menunjukkan kearah kepalanya.


***************

Achhoooo...!!! entah yang ke berapa kalinya dia bersin dia pun tak ingat, dia menggigil kesejukan.. itulah orang cakap tak mahu dengar, padan muka diri sendiri, bisiknya perlahan.. adeyy demam-demam macam ni rindu pula pada mak, dia mengeluh.

"Qish minum milo ni.." Suraya menghulurkan segelas milo panas kepadanya, wajahnya terlukis bimbang, tangannya dipanjangkan untuk mendemah dahi Balqish, panasnya... isy

" tulah cakap orang tak mau dengar, kan dah demam, degil begitulah" dia membebel perlahan.

Balqish tersenyum mendengarnya, hai macam orang tualah dia ni, membebel sajalah.. tiba-tiba dia rasa sayu pula..

"Qish kita pergi kliniklah ek?" pujuknya lagi masih tak putus asa, macamlah dia tak tahu yang temannya itu takut dengan klinik, bau ubat pun dah rasa nak muntah..

"Tak naklah, aku ok ni kejap lagi oklah.. bangun tidur nanti sure aku rasa sihat.. don't worry ok, kau pergilah tidur, dah lewat ni, esokkan kerja, nanti lewat pula bangunnya.." dia tak mahu membimbangkan Suraya dengan keadaannya kini

"Kau ni degillah Qish, hisy badan kau panas sangat ni,.."

"Please Su, aku nak rehat.. tolong jangan paksa aku, kalau kau sayangkan aku," pohonnya, memang dia rasa lemah, segalanya sakit, kepala rasa nak pecah..huhuhu mak saya rindu mak.. air mata bergenang tiba-tiba, hai time sakit macam ni memang manja, sikit-sikit air mata nak tumpah..

Kalau dulu waktu-waktu demam begini, maklah yang paling risau, paling bimbang dan yang paling dia ingat setiap kali dia tersentak terjaga dari lenanya dek kerana kepanasan yang membahang, mak mesti ada sentiasa disisinya menjaganya, dia tau walau penat macam mana pun, mak mesti sedaya upaya cuba menyembuhkan demamnya, dengan air yang telah didoakan oleh datuknya, air itulah yang disapu ketubuhnya untuk menghilangkan panas badannya, kini.... tiada lagi mak, tiada lagi air jampian datuknya... yang ada cuma Suraya temannya yang sedang digayut risau....

"Qish kau menangis?? kau sakit sangat ke? kita pergi klinik ya? aku boleh call tunang aku, minta tolong dia hantarkan, mahu?" dia risau, melihat air matanya temannya mengalir, sungguh belum pernah sepanjang mereka berteman dia melihat Balqish menangis, sebab temannya itu tabah orangnya...

"Tak... aku ok, tak payah susahkan dia Su, dah lewat malam ni..." dia mengeleng lemah.. terasa jari jemarinya digenggam oleh Suraya, gadis itu masih lagi setia disisinya, sekali-sekali mengelap tubuhnya dengan tuala basah, mengurangkan kepanasannya..... dia tidak tahu sampai bila sehinggalah dia terlena pun gadis itu masih lagi setia berada disisinya.. terima kasih teman..


*************

Hingar bingar suasana tika ini, dengan bunyi muzik berdentam dentum... dia pun tak tahu kenapa dia mesti berada disitu.. dia hairan kenapa bila rasa serabut, tempat nilah yang mesti dicari? sedangkan bukannya ada ketenangan di sini, yang ada bau hapak asap rokok dan bau air kencing syaitan... pelik sungguh manusia ni kan? sering kali mengambil jalan mudah untuk melupakan masalah sendiri.

Dia mengeluh, gelas yang telah berisi semula diteguk airnya, sekali nafas isinya kering, dia tak ingat ini kali yang keberapa, yang penting segala resahnya hilang. Badan mula rasa melayang, perasaan tiba-tiba rasa ingin menari... dia menari macam orang kurang waras, berdiri pun tidak stabil...ah... siapa peduli tentang semua ini? yang penting kita enjoy dan lupakan segala masalah...betul tak? aku muda lagi, tak perlu nak fikir halal haramnya, nanti dah tua aku buat amal banyak-banyak...errr tapi sempatkah aku tua kalau dengan gaya hidup begini?? entahlah..lantaklah.. Niel kau ni dah hilang akal ke? asyik fikir bukan-bukan saja..

Dia menari, bertukar-tukar pasangan ikut mana yang dia suka, heh rasa seronok yang mula terbit ditambah pula dengan mabuk yang mula menguasai diri... dia lupa segalanya, rasa malu, moraliti segalanya terbang melayang, dengan siapa saja dia rasa ingin berkucupan, semuanya di diredahnya, memang patut pun islam menghalang arak itu, sebab araklah boleh menjatuhkan gahnya martabat seseorang tu, seperti dia, yang layu dengan pelukan syaitan, lupa segala ajaran mummy dan daddy, lenyap segalanya dek asakan nafsu, nikmat yang sementara...

"Hidup ni sekejap saja, rugi kalau kita biarkan ia berlalu dengan begitu saja, betul tak kawan..." Raimon Tan temannya berbisik ke telinganya, dan dia yang separa mabuk hanya menganggukkan kepala ketawa terbahak-bahak, seronok...dengan sebotol arak di tangannya... Daniel, Daniel....

*************

"Selamat pagi...apa kau rasa sekarang ni?" ucap Suraya kepadanya seraya dia membuka matanya, kepala masih terasa berat.. dia terpinga-pinga, pukul berapa sekarang ni ek? soal hatinya, gosh...!! aku ada meeting pagi ni, dia bingkas bangun tapi terbaring semula seketika kemudian akibat dihalang oleh Suraya...

"Kau nak ke mana ni Qish? aku dah apply kan cuti untuk kau.." beritahu temannya, dan dia yang masih agak mamai hanya memandang temannya terkebil-kebil..

"Are you alright Balqish???" soal Suraya sambil melambai-lambai tangannya ke wajah Balqish, hisy risau pulak aku tengok dia ni.. terping-pinga, terkebil-kebil macam orang hilang ingatan isk..

"Aaa...aku ok... eh..kau tak pergi kerja ke Su? dah pukul berapa ni?.." dia bertanya hairan, dilihatnya di luar matahari sudah agak tinggi, tapi Suraya temannya itu masih lagi belum bersiap untuk ke pejabat.

"Aku cuti hari ni, nak jaga kau," selamba saja wajahnya memberitahu.

"Hah...aku dah ok ni Su, aku susahkan kau lagi..." dia mengeluh, kesal dengan keadaan dirinya itu..

"Alah...rileklah tak ada susahnya, kita kan kawan, kawan bukan waktu senang saja tau, waktu susah pun mesti sama-sama, dah pergi mandi, aku dah siapkan air panas untuk kau, lepas tu kita breakfast ek..."

"alahai ni yang buat aku touching ni dengan ayat-ayat kau ni Su, huhu... nanti kalau kau dah berkahwin, siapalah yang jadi teman aku ni..." bergenang pula air mata ni..isy..dia menggetap bibir.

"Dah-dah... jangan nak hujan pagi ni, errr... malam tadi kau tidur meracau, mungkin panas sangat kot, risau aku..."

"Meracau? aku cakap apa Su?" hairan...rasanya aku tidur dengan tenang malam tadi..dia menggaru-garu kepalanya yang tak berapa nak gatal itu.

"Entahlah... macam kau panggil seseorang.. tapi tak jelas sangatlah...eh..eh dah pergi mandi.. busuklah..." ujar Suraya seraya menutup hidung mengusik dirinya.. Balqish tertawa kecil dengan usikan temannya itu, agak-agaknya ada tak kawan yang sebaik kau selepas ni Su?? soal hatinya..

Thursday, November 19, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 5 ]



"Balqish, awak tolong betulkan balik ayat-ayat dalam fail ni, tunggang langganglah kerani baru kita tu buat" arah Haizam sambil meletakkan beberapa buah fail ke atas mejanya.

Balqish tersentak, terkejut dengan kehadiran lelaki dengan arahannya seawal pagi lagi, huh tu dia, belum pun sempat aku panas punggung duduk atas kerusi ni, dia dah hadiahkan aku kerja, kalau sedikit tak apa juga, ini sebabun.. isk dia ni memang pantang nampak muka aku, suka sangat membuli aku ni punyalah ramai staff lain yang ada aku jugak yang selalu kena dengan dia ni, hai apa nak buat, dia boss dan aku ni pula makan gaji, nak tak nak kenalah terima apa saja arahannya selagi tidak melanggar etika kerja.. bebelnya dalam hati, tapi..lain pula yang lahir dari mulutnya..

"Ok Encik Haizam, encik nak saya siapkan bila??"

"Hurm kalau boleh as soon as possible, dah siap nanti letak atas meja I ya?"

"Ok, beres boss!"

"Thanks, " ucap lelaki itu sebelum berlalu sempat dia menghadiahkan seyuman manis kepada Balqish, sehingga membuatkan gadis itu terpana... oh aku jatuh cinta lagi.. rasa nak luruh jantung ini dengan panahan matamu wahai jejaka pujaan hatiku..dia mengelamun, mula menerawang khayal entah ke mana..

"oii angau ka?" Rizal si mat dispatch di pejabatnya itu memekik kearah telinga, memang itu tabiat lelaki itu, pantang tengok dia termenung, mesti ada saja yang nak diusiknya kalau ada peluang.

"Opocot...kurang asam jawa betullah kau ni, kacau sajalah kerja kau ni, kau tak ada kerja ke nak buat? surat dah habis hantar semua ke?" dia membebel geram sempat pula dia menyoal dalam geramnya itu..

"Ehehe alang-alang dah aku lalu dekat sini, tengok pulak kau termenung, so aku kacaulah kau dulu sebelum pergi buat kerja, aku nak pergi hantar suratlah ni, bye Qish... dont miss me, buat kerja jangan curik tulang nanti gaji tak halal...ehehe" ujar lelaki dengan nada tawanya, tetap riang seperti selalu macam tiada masalah sebelum berlalu melakukan tugasnya.

"Ceh taulah aku, tak payah cakap..." wajahnya sedikit mencuka akibat diusik oleh lelaki itu, alah bukan dia serius pun marah, marah-marah gurau..

Sudahlah Qish, sambung buat kerja kau ni, nanti karang alamat balik lewat lagi kau tu kalau tak sempat siap..tukas hatinya, dia mula tunduk mengadap kerja-kerja yang diberi oleh Haizam, laju jari jemarinya menaip, dia tenggelam dalam dunianya sehinggalah..

"Excuse me, boleh saya tau mana bilik Haizam" dia disapa satu suara yang lembut, lunak merdu, pantas dia mengangkat wajahnya.. hampir terjuling biji matanya, mak oit seksinya dia tapi.. melayu ke dia? muka macam minah saleh.. eh tapi dia boleh cakap melayu..ah mix kot.. dia menghadiahkan senyuman kepada gadis itu, senyum itu satu sedekah terpulang dia nak terima atau tidak, bisik hatinya.. dan gadis dihadapannya pula agaknya memang tak lokek dengan senyuman membalas kembali senyuman yang diberi.

"Bilik Encik Haizam? cik jalan terus jumpa satu bilik sebelah bahagian kiri, tulah bilik dia..err tapi cik ni siapa?" Balqish menyoal, tak pernah nampak pun sebelum ni..

"Oh thanks, saya Yasmin, girlfriend dia.." ucap gadis itu dengan senyum manis sambil menghulurkan tangan ingin berjabat salam dengannya , wajahnya agak kemerahan, mungkin malu, atau mungkin bangga memberitahu tentang status dirinya..

"Oh..saya Balqish" ujar Balqish mengangguk sambil menyambut salam gadis itu.. agak lesu.. , lembutnya kulit tangan dia, mesti jarang buat kerja rumah ni, alah biasalah orang berada ni mesti guna orang gaji, sesuailah tu dengan encik Haizam tu.. huhu baru tadi aku jatuh cinta dengan senyumanmu, lirikan matamu kini.. aku telah putus cinta...huargghh, hancur hatiku menjadi keping-keping berderai jatuh bertaburan di lantai pejabat ni.. eh..eh Qish kau dah start mengarut ni, bisik hati kecilnya..

************


"Awak tak faham bahasa Melayu ke Zairyn, nanti saya cakap bahasa Uganda karang, kan sudah beritahu saya tak mahu jumpa siapa-siapa dan jawab panggilan siapa pun awak faham tak?"

Zairyn terkelu, hai nilah nasib jadi kuli, bila bos marah mesti jadi tempat lepas geram, menyampah betullah.. itu tak lain tak bukan gaduh dengan awek dia lah tu, itulah siapa suruh awek keliling pinggang, kan dah pening.. marah dengan orang lain aku juga yang jadi mangsa keadaan.. hampeh sungguh.

"Saya mintak maaf encik...tapi.."

Belum sempat dia menghabiskan cakapnya, Daniel telah memotong..

"Maaf-maaf tu sajalah yang awak tahu, kalau maaf tu mampu menyelesaikan semua masalah senanglah sikit dunia ni, aman tak ada masalah..hisy "

"Encik dengarlah dulu apa saya nak cakap ni.." marah dia saja yang dia tau, marah aku dia tak tengok lagi, nanti tak pasal-pasal aku karate 14 dia ni karang.

Terdiam Daniel mendengar suara Zairyn yang mula berubah nadanya.. eh.. eh dia pula yang marahkan aku..boleh tahan jugak si Zairyn ni.

"Hah apa dia..?"

"Cik Sally call, dia menangis-nangis, dia kata dia call telefon bimbit encik, tapi encik tak mau angkat, encik ni cubalah jadi matang sikit, tak malu ke buat perempuan menangis? encik tu kan lelaki, silalah bertanggungjawab dengan perbuatan encik tu, jangan main ambil mudah, lepas tangan macam itu saja.. fikirkan sikit maruah dia sebagai perempuan.. bla..bla..pot..pet..pot..pet.." Zairyn mula berleter.

Tercengang Daniel bila dileteri sebegitu, isk semua perempuan sama ke macam mummy? suka membebel? yang si Zairyn ni pulak suka-suka saja nak bebelkan aku macamlah dia tau perkara sebenar, yang si Sally ni pun satu, tak faham-faham, dah tau aku dah tak layan tu sudahlah, ni tergedik-gedik pulak call office ni sudahnya kan haru, tapi.. mana pulak dia dapat nombor telefon office ni? ah lantaklah tu bukan masalahnya..

"Amboi-amboi.. sesedap mulut saja awak mengata saya, membebelkan saya ya? awak apa tau? dah-dah sambung saja call tu, jangan nak berleter, serabut saya tau tak.." arahnya isk memeningkan kepala aku sajalah semua perempuan ni.

Ekeke tau pun kau serabut, aku ni yang sedari tadi asyik bagi alasan macam-macam kat perempuan tu kerana kau punya hal tak serabut ke? sudahnya perempuan tu melalak kat situ makanya terpaksalah aku beritahu kau.. menyusahkan aku saja dua-duanya.. macam budak-budak, Zairyn mengomel geram dalam hati dengan kerenah mereka berdua.


***********

Suara hilai tawa yang datang dari arah bilik Haizam mengganggu tumpuannya, Balqish menggetap bibir, menahan geram.. hisy bencinya, menyampah betul, kot iya pun nak dating janganlah dating dalam pejabat ni, perempuan tu pun satu, dah tahu sekarang waktu pejabat lagi nak datang mengganggu..gatal! eee...geram! geram! dah ni.

Balqish bangun, menyusun fail-fail yang berselerak diatas mejanya, salah satu fail dicapainya dan kakinya di atur menuju ke bilik Haizam sengaja ingin mengintai perlakuan pasangan itu sebenarnya.

Dia berhenti dihadapan pintu pejabat milik lelaki itu, menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk pintunya.. belum sempat diberi kebenaran untuk masuk dia terus memulas tombol pintu...

Mak oii!! hampir tercabut biji matanya melihat drama sebabak milik bosnya, rapatnya mereka macam orang nak... entahlah apa-apa sajalah.

"Maaf encik saya mengganggu agaknya, sebenarnya saya ada benda yang musykil sikit tu yang saya nak tanya encik..takut nanti kalau saya main buat saja, salah pula jadinya" beritahunya agak gugup, gugup bukan disebabkan panahan mata bosnya dan teman wanita bosnya, tetapi gugup melihat aksi diluar jangkauan akalnya tadi.

"Apa dia yang awak musykilkan tu?" soal lelaki, cuba bernada bersahaja seolah tiada apa-apa yang terjadi tadi, huh nak coverlah tu.

"Saya tak fahamlah ayat ni, so saya agak was-was hendak betulkan sebab agak pening dan berbelit sedikit.." dia memberitahu, sebenarnya hanya sebagai alasan saja untuk dia bertandang ke bilik lelaki itu, bukan dia tak faham, tapi buat-buat tak faham, sementalah hatinya tengah menggelegak mendengar hilai tawa mereka tadi.

Lelaki itu menghampiri, melihat fail yang diunjuknya, hampir 5 minit mereka berbincang segalanya selesai dan dia melangkah keluar..hatinya agak sebal memikirkan perkara yang dilihat tadi.

Keluhan nafas berat dilepaskan, hurm lelaki semua sama ke? nampak baik tapi tetap akan cair dengan perempuan? huh tak sangka Encik Haizam perangai macam tu juga, nampak alim tapi alim-alim kucing saja, desisnya agak geram.. ah tapi tak boleh salahkan lelaki itu juga, kalau perempuan dah pakai kain yang jenis tak cukup kain, lepas tu pula berdua-duaan berada depan mata siap dalam bilik sekali, tok imam yang warak pun boleh tertanggal serbannya kalau begitu...isk..

**************

Daniel memandang wajah Sally yang masih teresak-esak dihadapannya, huh tu dia perempuan begitulah, bila diri sudah rasa bersalah mulalah menangis melalak macam budak kecil.. hai banyak betul stok air mata mereka ni dari tadi tak kering-kering.. rimas betullah dari tadi asyik menangis saja taunya, orang di sekeliling sudah pandang-pandang siap bisik-bisik lagi macamlah aku yang bersalah.

"Sudahlah Sally I dah jemu tengok air mata you tu, kalau you tak mahu berhenti menangis lagi, I tinggalkan you sorang-sorang kat sini nanti.." ugutnya, geram, yelah aku dah kata sudah tu sudahlah, tak akan aku nak belai, usap ke apa, nanti apa pula kata orang di sekeliling.

"You... you..janji jangan tinggalkan I lagi, buat I macam hari tu" dalam sedu-sedan dia menagih janji dari Daniel.

"Ya.. I janjilah, tapi yang ni yang last, lagi sekali you buat perangai macam hari tu, jangan harap I nak jumpa you lagi, tengok muka you faham?" agak tegas dia memberitahu. Memang dia tidak suka perempuan yang lepas laku.

Peristiwa di kedai buku yang agak memalukan bagi dirinya hanya kerana sikap Sally yang terlalu emosional sedangkan perempuan tu tidak apa-apa pun bagi dirinya. Sally yang melebih sehingga benda yang kecil menjadi kecoh..hai perempuan

"Ok I promise darling.." ujar Sally siap angkat tangan macam orang berikrar saja lakunya.

Aku dah kata dah, senang jadi perempuan ni, modalkan saja dengan air mata, pasti lemah lelaki yang melihatnya, tu sebab orang kata air mata ni senjata buat wanita..hatinya berbisik nakal.

Huh tu dia, macam budak-budak dapat gula, terus berseri wajahnya.. pandai sungguh kau berdrama depan aku ya Sally.. dia mengomel perlahan, terkena dengan lakonan wanita itu.

************

"Qish, sudah-sudahlah termenung tu.. kau termenung pun bukannya Haizam tau punkau sukakan dia, dahlah mari makan sikit, pagi tadi kau tak sempat breakfast kan? nanti gastrik kan susah.." pujuk Suraya

Suraya memandang wajah Balqish yang agak muram, huh dah macam orang putus cinta betul-betul ni.. payah budak ni, parah.. parah..

"Alah Qish, susah-susah kau bagitahu sajalah kat Haizam perasaan sebenar kau dekat dia, yang kau suka kan dia, habis cerita, aku pun tak pening tengok kau frust macam ni.." Suraya memberi idea kepadanya.

Hampir tersembur nasi yang baru ingin dikunyahnya, gila ke apa dia ni, bagi aku idea yang macam tu tak bernas langsung..

"Oi kau gila ke apa Su? aku tak mahulah jadi perigi cari timba, lagi pun aku bukannya terdesak sangat gilakan dia sampai tahap macam tulah..aku cuma..." dia terhenti seketika..

"Hah tau pun tak nak, dah kau punya muka memang dah macam muka orang yang betul-betul hilang boyfriend, orang yang baru kena kebas boyfriendnya so aku bagilah cadangan macam tu.. hah kau cuma apa Qish?" dia menyoal.

"Taklah Su, aku cuma terkilan, tak sangka encik Haizam tu perangai macam tu, aku ingat dia lelaki yang lain daripada yang lain, yang tak suka ambil kesempatan pada perempuan tapi rupanya sama saja, 2x5 je.."

"Itulah kau, lain kali jangan menilai orang tu dari luaran saja tau, kenal dulu sebenar-benarnya, terkena perkara macam ni, barulah kau bukak mata luas-luas.." nasihat Suraya.

"Yelah Su aku tau dah, now si Haizam tu dah keluar dari list lelaki yang boleh dijadikan calon untuk aku.." ucapnya dalam nada gurauan.

"Macam-macamlah kau ni Qish, dah-dah cepat habiskan nasi kau tu, nanti tak sempat pulak nak solat Zohor.."


*****************

"You, I tengok your staff tu macam tak sukakan I je.." beritahu Yasmin ketika mereka sedang asyik menikmati makan tengahari bersama.

Terhenti kunyahannya mendengarnya, perlahan dia meletakkan sudu dan garpu di atas pinggannya, napkin dicapai mengesat bibir sebelum memulakan bicara.

"Kenapa pula you kata macam tu Yas?" dia menyoal hairan, bukankah ini kali pertama Yasmin bertandang ke pejabatnya.

"Tak adalah, I tengok mata dia lain macam saja pandang I tadi.." ungkapnya merujuk kepada perlakuan Balqish tadi, memang dia perasan renungan gadis itu agak tajam kepadanya.

"Perasaan you sajalah tu, I rasa dia biasa saja tadi.." ujar Haizam cuba menyahkan perasaan kurang senang dalam diri Yasmin.

"You memang rasa biasalah, tapi I ni kan perempuan, mestilah I faham perasaan perempuan lain, renungan matanya macam mengandungi perasaan lain, jangan-jangan dia hati dengan you tak??" ujar Yasmin

"Ah mengarutlah sajalah you ni Yas, dia staff I, memang I suka dia, tapi suka dia sebagai seorang boss suka dengan staffnya itu saja sebab dia pekerja yang berdedikasi, hasil kerjanya berkualiti.." terang Haizam tak mahu Yasmin terus bersyakwasangka.

"Lah kan I dah kata, mungkin itu perasaan you padanya, tapi dia mungkin sebaliknya, siapa tau kan? yalah you kacak, bergaya berkedudukan..I rasa semua gadis akan tergilakan You" sambungnya bernada cemburu dengan kekasih hatinya dan Haizam hanya tersenyum mendengarnya

"Dahlah Yas, perasaan you saja tu, mungkin betul dia tak ada apa-apa perasaan dengan I, you jangan risau, siapa pun yang datang kepada I, you tetap dihati I tiada yang lain mampu mengisinya.." janjinya.

"Ya lah mungkin perasaan I je.." jawab Yasmin akhirnya, lemah kedengaran.. agak kecewa bila perasaannya tidak dipedulikan oleh lelaki itu, aku yakin budak tu suka dengan Haizam, matanya sudah menceritakan segalanya.

Tuesday, November 10, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 4 ]



"Mummy tak fahamlah dengan perangai si Niel tu daddy, perempuan keliling pinggang tapi kahwinnya tak jugak, kita ni bukannya semakin lama tegak berdiri tegap menongkat langit.. kalau boleh sebelum pergi tu teringin juga nak tengok dia berkeluarga, punya anak.." Keluh Puan Sri Nuha dengan perihal anaknya yang satu itu suatu malam waktu mereka sedang berehat di balkoni seusai makan malam.

"Daddy pun dah tak tahu nak kata apa lagi mummy, entah perangai siapalah yang diikutnya, pantang nampak perempuan berdahi licin, habis semua nak di ayatnya.. "

"Eh, bukan dulu muda-muda daddy pun macam dia ke?? boleh pula kata tak tahu ikut perangai siapa, tulah bapa borek anak rintik..." ejek isterinya itu.

"Ala tu masa zaman daddy muda-muda, sebelum kenal dengan mummy, tengok dah kenal dengan mummy terus daddy berubah, terus hilang dah romeonya, daddy percaya Niel tu akan berubah jugak suatu hari nanti kalau dah jumpa perempuan yang betul-betul sesuai dengan dirinya, macam kita ni serasi bersama" sempat lagi dia bergurau dengan isterinya dalam pada serius mengutara bicara.

"Itu mummy taulah daddy, tapikan daddy, mummy berkenan sangat dengan si Suhail tu, dahlah cantik lemah lembut, budi pekerti bagus dan yang paling penting ilmu agama dia cantik, bertambah lagi mencantikkan dia di pandangan mata mummy ni.." memang dia berkenan habis dengan anak gadis kenalannya itu, yelah mana tau dengan menjodohkan anak bujangnya dengan gadis itu akan membantu mengubah laku anak itu.

"Amboi-amboi mummy, kalau hati dah suka melambung-lambung dipujinya, nanti-nantilah, anak kita tukan masih muda lagi, baru nak masuk 25 tahun belum puas lagi merasa bebas dah dibebankan dengan tanggungjawab, daddy takut nanti rumahtangga entah ke mana dia pun entah ke mana"

Puan Sri Nuha mencebik mendengar bicara suaminya itu, suka sangat menyebelahi anaknya tu, tu sebab budak tu manja, getusnya dalam hati kurang senang.

Memang betul apa yang Tan Sri Darwish katakan, dia sendiri pun dulu waktu usia seperti anaknya memang kaki perempuan, perempuan bersilih ganti macam tukar baju sahaja, sehinggalah bertemu dengan isterinya barulah perangainya sedikit berubah dan bersedia memikul tanggungjawab.

"Tapikan mummy, sampai sekarang daddy tertanya-tanya tentang sesuatu perkara" setelah hampir seketika mereka terdiam, Tan Sri Darwish tiba-tiba bersuara menyebabkan Puan Sri Nuha memandang wajah suami penuh hairan..

"Apa yang daddy tertanya-tanyanya??" dia menyoal tidak sabar mengetahui apa yang menjadi persoalan kepada suaminya itu.

"Daddy tertanya-tanya, mummy ada gunakan daddy ke sampai daddy tunduk kat mummy tak cari perempuan lain walaupun ramai lagi yang berminat nak jadi yang nombor dua, tiga dan empat..." bersahaja dia meluahkan mengusik isteri kesayangannya itu.

"Daddy...!! Puan Sri Nuha membentak, geram dipermainkan, kita ingatkan dia serius rupa-rupanya dia kenakan kita pula.. bebelnya dalam hati geram..

"Tak nak kawan daddy.." bingkas dia bangun dengan rajuk yang dibuat.

"Alahai mummy, makin mummy merajuk makin daddy sayang dekat mummy.."


***********

"Qish jom keluar? aku bosanlah duduk terconggok saja dekat rumah ni tak buat apa-apa" ajak Suraya.

"Alah ada sajalah kau ni, aku baru nak duduk rumah,hari ni manja-manjakan diri, dahlah next week aku tak ada cuti" Balqish mengeluh mendengar ajakan temannya itu. Macamlah aku tak tahu keluar kau tu pergi mana, Suraya ni kalau dapat shopping bukan nak ingat dunia, tak pasal-pasal nanti aku jadi tukang angkat barang tak bertauliah dia nanti, isk.. dia bergumam.

"Kau nak pergi mana Su? Shopping?? malas lah.. hah apa kata kalau kau dah bosan sangat tak ada benda nak buat kau pergi tolong basuhkan kereta kesayangan aku tu, ada juga faedahnya, kau dapat pahala, kereta aku pun bersih....hehehe.." Sambungnya mengusik.

"Qish...!! orang serius dia main-main pulak, aku bukan nak pergi shopping, tengah bulan ni dah keringlah, apa kata kita pergi tengok wayang, kat Mid Valley, ke Times Square..nak tak??"

"Huh tak naklah aku, aku bukannya suka pergi tengok movie kat panggung tu, dahlah tak ada privacy , lepas tu kena duduk saja tak boleh nak baring-baring macam tengok tv kat rumah ni..."

Dia mendengus, sudahlah tempat tu ramai orang, lepas tu ramai pulak couple-couple yang suka ambil kesempatan, kalau dah namanya dalam gelap hai.... faham-faham jelahkan.. isk aku tak mahu dapat dosa free... huhu.

"Hah kalau macam tu kau cadangkan tempat yang mana kau nak pergi " Masih tak berputus asa temannya itu.. nampak sangat kebosanan tu.

"Aku cadangkan ek??" bersinar matanya tiba-tiba, sambil meletakkan jari telunjuk kedagunya, kononnya berfikirlah tu.

"Hah!!" dia menjerit tiba-tiba.

Kus semangat budak ni, buat terkejut I sajalah dia ni, sambil mengurut dadanya, Suraya membebel geram dalam hati.

"Hah kemananya?" dia bertanya, kurang sabar.

"Kita pergi Kinokuniya nak? tak pun kita pergi MPH Mid tu, aku nak cari buku Ma Lee Chuswan tu, Selamat Tinggal Sayang, yang aku punya dulu tu dah hilanglah, tak ingat siapa yang pinjam" beritahunya sedikt teruja.

Memang begitu selalunya, dia memang akan kelihatan gembira, bahagia kalau dapat pergi mana-mana kedai buku..

"Cadangan kau di tolak!" tegas, huh macam gaya hari penamaan calon pulak Suraya membangkang cadangan yang di utarakan oleh Balqish.

"Kenapanya?" Balqish bertanya hairan, tadi minta ku bagi cadangan, ni aku dah bagi dia pula yang menolak, hisy tak fahamlah aku.

"Yelah kau tu kan macamlah aku tak tau, kalau dah dapat masuk kedai buku, ibarat kau macam nak berumah terus dekat situ nanti, melekat... tak ingat jalan balik, macam tak ingat dunia pun ada jugak isk.." Suraya mendesis.

"Alah kau ni," ada nada rajuk yang kedengaran, persis anak kecil yang sedang merajuk dengan ibu ayah bila kehendaknya tak dituruti.

Adeyys ni yang aku lemah dengan dia ni, Suraya mengeluh.. menarik nafas dalam sebelum membuat keputusan.

"Ok-ok kita pergi, tapi 2 jam je tau, macam budak-budaklah kau ni, tapi sebelum tu teman aku pergi Low Yat dulu, aku nak beli barang untuk laptop aku ni" dia memutuskan akhirnya.

"Yeayyy sayang kau.." spontan Balqish menjerit siap bertepuk tangan macam budak-budak dapat gula-gula. Tubuh Suraya dipeluknya penuh teruja.

"Uik apa ni?? peluk-peluk, nanti orang nampak karang entah apa yang diaorang fikirkan pula" Suraya menolak perlahan tubuh temannya.

"Ler mananya orang nak nampak cik Suraya oi, kan ke kita dua orang je kat dalam rumah ni, apalah kau ni, muda-muda dah nyanyuk...ekekeke" tempelak Balqish dalam tawanya.

"Iya tak ya jugak, isk apalah aku ni.." Balqish di jelingnya, amboi pantang dengar aku silap sikit, seronok dia gelakkan aku, tak apa- tak apa Aiman tak kisah, eh silap Suraya tak kisah...dengusnya.

**********

"Aduyyyai... loya dah mata aku tengok drama free di siang hari dibawah sinaran cahaya lampu terang ni..." Suraya membebel kasar tiba-tiba.

Mata yang loya?? isk setahu aku tekak yang loya, hisy dia ni SPM dapat berapalah sampai suka-suka je match-match ayat macam tu.. Balqish membebel dalam pada itu matanya tetap juga memandang kearah apa yang dilihat oleh temannya itu.

Uihhh... macam pernah ku lihat mamat tu, tapi dimana ya?? siapakah gerangan dia itu..? matanya tertancap pada pasangan kekasih yang asyik berpelukan di atas escalator itu...

"A'ah lah Su, mata aku pun dah ikut loya sekali, isk apa dia ingat kita ni negara barat ke, nak bermadu asmara kat tempat public.. tak malu sungguh!" dalam tak sedar dia terikut sekali dengan rentak bicara Suraya.

Diperhatinya lagi kearah pasangan itu, penuh minat... hisys lelaki pun bertindik ingat smartlah macam tu, dia mendengus, tapi mukanya familiar.. di mana ya? di mana?... dikerahnya ingatannya untuk mengingati semula siapa lelaki itu.

"Hah...! mamat tukun..." dia terjerit kecil tiba-tiba.

"Tukun??? what do you mean by tukun???" masih blur, Suraya bertanya.

"Alah kau ingat tak pasal lelaki yang aku ceritakan hari tu?? yang kata kereta aku tu tukun.. tulah dia orangnya.." beritahu Balqish.

Tercengang Suraya mendengarnya, gaya macam Mat Salleh... belum sempat dia membuka mulut lebih lanjut, tiba-tiba pasangan itu melintasinya. Dia terpengun, bila yang lelakinya sempat mengenyit mata ke arahnya ketika mereka bertemu pandang.. ahh... kacaknya dia... aku dah terkena panahan asmara... Suraya terkesima..

"Oii...tidur dalam celik ke apa..?" tangan Balqish yang melambai-lambai pada wajahnya mengejutkan dia dari alam apa entah yang hampir menenggelamkan dirinya. Ah... lelaki itu ada tarikannya, isk ingat sikit Suraya, kau tu dah bertunang... dia mengingatkan dirinya.

"Huh dasar lelaki miang, makwe ada dekat sebelah pun sempat lagi kenyit mata dekat orang lain.. malangnya perempuan tu dapat boyfriend yang miang..." Balqish membebel perlahan sedangkan Suraya di sisi masih dalam keadaan separa khayal...

"Dahlah... jomlah kita masuk Kinokuniya, karang tak sempat pulak, dahlah kau bagi aku masa dua jam saja..." tangan Suraya ditariknya kuat, hampir terdorong gadis itu..

Isk dia nilah kan, Suraya menggetap bibir sedikit geram...!

Matanya begitu galak memerhati susunan demi susunan novel yang pelbagai judunya di rak itu, Suraya yang disisinya sedikit pun tak diendahkan sehinggakan gadis itu kebosanan...

"Sayang... cepatlah... tolong ambilkan I buku tu..." tiba-tiba ada suara yang agak manja menyapa pendengarannya..

Alahai gediknya, berbulu telinga aku mendengarnya, pantas diangkatnya wajahnya ingin melihat siapakah pemilik suara itu... Lah.. perempuan yang bersama dengan mamat tukun tadi, eh tapi mana pulak perginya mamat tu? dia tertanya-tanya sendirian. Ah pedulilah.. not my business.. putusnya..

Ha..! tu pun buku yang aku cari.. tiba-tiba matanya tertancap pada buku yang di carinya sedari tadi, tanpa berfikir panjang buku itu terus dicapainya.. dan dia terus berpaling selepas mendapatkannya..

"Su aku dah.... buk!!! " dia terlanggar sesuatu.. agak keras.. serentak dia terjerit kecil... sakitnya hidung aku.. keras betul dadanya, orang ke dinding ni? Rupa-rupanya dia telah terlanggar mamat tukun itu, lah sejak bilanya dia ada kat belakang aku ni isk...

"Huh perempuan miang, sajalah tu nak buat trick nak mengorat boyfriend kita.." telinganya agak berdesing mendengar sindiran perempuan tu.

Belum sempat dia membalas, "Qish kau ok?? tulah lain kali hati-hati, kau ni selalu sangat cuai.." Suraya menghampiri siap menilik segenap tubuhnya takut-takut ada kecederaan, padahal eksident sikit saja.

"Bukan cuai, tapi saja nak menggedik.." Suara perempuan itu masih lagi tak puas hati.

Eh eh.. boyfriend dia tak apa-apa dia pulak yang lebih.. aku tomoi jugak perempuan ni karang, kesabaran yang semakin menipis buat Balqish.

"Sudahlah tu Sally dia memang tak sengaja, lagipun I yang silap, berdiri dekat laluan dia tadi.." Daniel bersuara, mula rimas dengan perlakuan Sally.

"Eleh you sukalah, yelah perempuan langgar dia, macam dalam drama pulak kan?" Sally mencebik menempelak.

"Hello??? boyfriend you tu kalau bagi free pun aku tak nak lah weh, dahlah mata keranjang nasib bukan bola keranjang.." Balqish mula hilang sabar, spoil mood aku jelah.

"Iyalah kau kata bagi free pun tak nak, sebab kau tak dapat, cuba kalau dapat, perempuan macam kau mana layak dengan dia.."

Eh, eh lebih dah minah ni, Suraya di sisi dah mula pucat, dia ni penakut sikit orangnya.

"Huh free pun aku tak ingin lah weh, lelaki macam ni tepi jalan pun dah dapat.." sengaja ingin membakar.

"Qish dahlah tu ek, kita keluar ya, malu orang tengok.." Suraya menarik tangannya.

"Sally kan I dah kata sudah tu sudahlah, macam you pula yang kena langgar tadi.." Daniel mula bengang, leceh betul, dia pula yang lebih-lebih, tu lah dia perempuan emosi sangat, apa diaorang ingat aku ni barang dagangan ke, main tolak tarik, stock murah yang dekat tepi jalan boleh dapat.. isk bengang betul, dua-dua sama saja.

"Mana boleh sudah macam tu je sayang, I masih tak puas hati dengan perempuan gedik ni.." kasar dia membentak.

"Ok kalau you tak nak sudah, you selesaikan apa yang you rasa tak selesai lagi, I nak keluar, nak balik, penat layan kerenah you dari tadi tak faham-faham.." putusnya, sudah malas melayan kerenah Sally.

Balqish dan Suraya yang mendengar bicaranya berpandangan sesama sendiri, serentak mereka mengukir senyum.. ekeke padan muka kau perempuan, apa kau ingat lelaki suka ke perempuan yang over sangat ni... hehe

"I'm sorry pasal tadi.." Daniel meminta maaf sebelum berlalu..

"Niel...!! you tak boleh tinggalkan I macam ni.." kedengaran suara Sally menjerit kearahnya siap hentak-hentak kaki lagi, tapi dia tak menoleh langsung.. selamat tinggal Sally, you out of my list.. siapalah lelaki malang yang boleh tahan dengan kau Sally, harap muka je cantik, perangai huh susah nak cakap... isk..

Hai kena cari spare yang baru pula nampaknya, tapi kawan perempuan tadi tu cantik juga, ada lesung pipit di pipi kiri, boleh masuk dalam list tu.. hehe.. sempat lagi hatinya berbisik nakal.

Hehehehe kesian-kesian.. tulah terlepas laku kan dah kena reject... hihi.. dahlah baik aku pergi bayar buku ni then balik rumah rest lagi bagus daripada layan perempuan gila ni.

Tuesday, November 3, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 3 ]



Hampes punya orang, suka-suka suami tiri mak dia je panggil kereta aku tukun, muka je ada nampak sedikit handsome tapi mereng rupanya kereta dengan tukun pun tak tahu nak beza, hai anak siapalah tu, belajar kat mana entah, kesian mak bapak dia.. isk.. isk.. dalam pada dia mengutuk lelaki itu sempat lagi dia bersimpati pada keluarga lelaki yang tak di kenalinya itu...alahai macam-macmlah kau ni Qish..

Masih tengiang-ngiang herdikan lelaki tadi, huh bila difikirkan memang rasa marah akan membara tiba-tiba, isk istighfar Qish, jangan biarkan marah menguasi diri, nanti syaitan suka.. cepat-cepat diingatkan dirinya.

Huh, baik aku pergi mandilah daripada aku ingatkan benda-benda yang tak berfaedah dan menyakitkan hati tadi.. tukasnya, dia bingkas bangun mencapai tuala yang tergantung di dinding biliknya... la la la.. sabun di bilik mandi... dia menyanyi kecil.

**********

Bengong punya orang, tak pasal-pasal hari ni aku rabak dekat beribu, ni semua sebab nak memujuk si Nita punya pasallah tadi. Kunci kereta dicampak kasar pada meja solek yang terdapat dalam biliknya, dan tanpa menukar pakaian dia terus merebahkan tubuhnya pada katil di kamarnya itu.

Hatinya masih panas, geram juga masih membara dengan peristiwa yang melambatkan masanya tadi. Kalau tak kerana kereta buruk tu rosak kat tengah-tengah jalan tadi, dan kalau jalan tak sesak dan bertambah di sesakkan oleh kereta buruk tahap tukun tu tak adalah aku lambat tadi, tak perlulah susah-susah aku nak keluarkan duit beli kan jam tangan untuk si Nita tu.. hampeh.. kalau aku jumpa kereta buruk tu aku langgar sampai kemek, biar tak boleh bergerak langsung, kalau bergerak menyusahkan orang jea, rosak tengah-tengah jalan.. Huh bebelnya geram. Si Nita apa lagi senyum usah cakaplah, macam nak sampai ke telinga dah aku tengok senyumannya tadi dapat hadiah seutas jam tangan bertatahkan belian.. dasar perempuan materialistik, nasib baik kau lawa, kalau tak memang aku say good bye je..

Ni sekarang aku kena fikir hal si Syeryle pulak.. tak tau macam mana aku nak bagi tau kat dia yang plan nak pergi bercuti tu kena cancel, mahu muncung sedepa minah tu nanti.. hisy semua silap daddy suka bagi tau last minute.. buat aku pening kepala jelah.. dia mengeluh.

Alah Niel susah-susah kalau dia tak faham jugak situasi kau, kau tinggalkan je si Syeryle tu, kau kan kacak bergaya, sekali petik 10 yang datang, apa ke hal mengharap pada si Syeryle tu, dia bukan ikhlas pun dengan kau, dia cuma sayangkan duit kau je tu.. hati kecilnya berbisik jahat.

Ye tak ye jugak.. tapi.. ah aku tak boleh tinggalkan dia, dia kan model popular, semua orang nak berdamping dengan dia, lelaki yang berada di sisi dia mesti orang pandang tinggi, tak ada siapa yang layak di sisinya kecuali aku yang kacak bergaya ni.. ceh start perasanlah kau ni Niel.

Nak bagi alasan apa ek pada dia..Daniel meletakkan kedua-dua tangannya di belakang kepalanya, berfikir dan terus berfikir sehingga membawa ke alam lena.

*************

"Malas betullah nak pergi seminar tu.." Balqish mengeluh, membaca notice di board notice yang terdapat di situ. Ada namanya tertera di situ.

Hari minggu baru nak manja-manja kan diri, nak bermalas-malasan, ni dah kena pergi seminarlah pulak, Seminar meningkatkan kualiti kerjalah, apalah.. macam-macamlah hallah, apa selama ni kerja-kerja aku aci tangkap siap je ke? tak berkualiti.. dia membebel geram..

"Alah sabarlah Qish, may be boss hantar kau sebab kau ada potensi, mana tau lepas ni kau dapat naik pangkat ke, kan best begitu." Suraya memujuk menyedapkan hatinya yang dilanda kegeraman.

"Yelah tu.. alah boss tu jelous dengan aku, tak boleh tengok orang senang sikit, ada je kerja yang dia nak bagi, benci.." dia menarik muncung.

"Eleh benci-benci pun kau suka gak kat boss kau tu, mulut je kata benci tapi hati banyak sayang kan? Dah-dah pagi-pagi tak elok muncung-muncung nanti lama-lama jadi macam tikus mondok"

"Diamlah ada-ada jelah kau ni.. Eh kau pernah tengok ke tikus mondok tu macam mana?" dia menyoal.

Belum sempat Suraya menjawab perntanyaannya, dia menyambung lagi bebelannya kembali..

"Hisy dah lah jauh nak pergi, lepas tu transport sendiri, hai alamatnya aku naik bas jelah, malas nak drive.." getusnya..

"Alah kau naik bas lepas tu claimlah tambangnya dengan company.. apa susah "

"Dahlah malas nak fikir pasal ni, bengang semalam tak habis lagi tambah pulak yang ni, huh buat muka aku tambah cepat berkedut jea.. Huh"

Suraya hanya diam mendengarnya, malas nak komen apa-apa, dia tahu apa yang telah berlaku semalam, awal-awal pagi lagi si Balqish dah menceritakan kepadanya.. sebelum minah ni bertambah panjang membebel, baik aku diam jea... tak nak kata apa-apa..

Qish... Qish.. kau tak ada aku sunyi, kalau ada aku pulak pening nak melayan kerenah kau yang macam-macam ni.. hai apa nak buat, dah kawan kenalah terima seadanya..


*************

Dia bersiul-siul riang, gembira.. sedikit bebannya terasa sudah berkurang.. sebentar tadi dia telah menelefon Syeryle, memberitahu yang plan mereka terpaksa di cancelkan.. Mulanya memang gadis itu seolah mahu melenting je nadanya, tapi selepas dia menerangkan sebabnya bahkan memujuk gadis itu dengan mengajaknya pergi lunch dan shopping sekejap lagi, terus nada melenting itu bertukar rentak menjadi riang.. Ah perempuan semuanya murah, segalanya mudah kalau ada duit, sogok je dengan belanja shopping dan barang kemas ke apa ke, terus marah menjadi manja, macam kucing.. ceh..!

Seperti kebiasaannya selalu dia meletakkan kakinya diatas meja mengelamun, melayan perasaan sambil menanti waktu lunch..

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar, tanpa ketukan, tanpa diberi salam pula tu.. dia tersentak terkejut, hampir terjatuh dari kerusinya.

"Daddy ni kot iya pun ketuklah dulu, buat Niel terkejut jelah.." Sungutnya bila melihat siapa gerangan yang bertandang ke biliknya.

"Huh, cantik gaya kamu duduk?? daddy bagi meja tu bukan untuk letak kaki..hisy dah besar-besar pun tak reti-reti nak senonoh sikit.." Bebel lelaki itu.

Zairyn yang berada di sisi mengulum senyum menahan tawa melihat Tan Sri Darwish meleteri anak bujangnya.. ekekeke buat malu je dah besar-besar pun kena bebel, getus hati kecilnya.

"Daddy ni kalau tak bebelkan Niel sehari tak boleh ke?" dia menarik wajah, huh jatuh imej aku kena bebel depan si Zairyn pulak tu, mesti seronok dia mengata aku nanti.

"Dah perangai kamu tak senonoh, daddy tegurlah, kamu tu yang suka buat daddy berleter.. hah kita ada meeting kejap lagi dengan Mulia Bhd.." beritahu lelaki itu.

"Hah?? bukan esok ke meeting kita dengan syarikat tu?" dia terkejut, macam mana ni.. isk

"Yelah sepatutnya esok, tapi client kita nak cepatkan hari ni.. kamu jangan nak bagi apa-apa alasan.."

"Tapi daddy...saya.."

Tak sempat habis cakap, bicaranya di potong..

"Tak ada tapi-tapi, kamu dah lupa apa yang daddy cakap? client tu duit faham??" tegas lelaki itu mengingatkan.

"Yelah daddy... Niel faham.." lemah sekali nadanya.

Alahai kena cancel lagi dengan si Syeryle ni, ingat tadi dah settle dah dengan dia... memang mengamuk sakanlah nampaknya minah tu.. huhu masalah.. masalah.. Mulia Bhd pun satu, dah elok-elok esok, nak cepatkan hari ni pulak..nyusahkan betul.. sungutnya geram.


**************

"You ni kan.....argghh kalau you ada depan mata I, memang I dah cekik-cekik you tau, berjanji tak pernah nak tepat, ada jelah alasannya" Bentak Syeryle kasar di talian.

Daniel menelan air liur, huh kau ingat aku ni suka ke mungkir-mungkir janji ni.. sempat dia mengomel mendengar leteran Syeryle itu.

"Darling, I'm sorry tapi you tolonglah faham, Daddy tiba-tiba bagi tau yang ada meeting with client, tak kan I nak lari, tak join meeting tu kot, nanti rosaklah imej daddy nanti.." dia memohon pengertian gadis itu.

"Ah... macam-macamlah alasan you.. dasar lelaki lidah bercabang.." marah Syeryle lagi.

"Eh you tengok ke lidah I sampai kata I lidah bercabang? I ni manusia bukan ular ada lidah bercabang.." Daniel berjenaka.

"Arghh... you ni tak faham atau buat-buat tak faham? itu perumpamaan tau tak, hisy belajar jea sampai US.."

"I fahamlah sayang, tapi saja jea buat-buat tak faham.."

"Huh menyampah dengan you.."

"Alah menyampah tapi sayangkan? beginilah sayang, I janji after meeting kita keluar ek? lepastu kita pergi shopping you cakap apa jea you nak nanti I belikan.." Dia memujuk tak putus asa. Fuh..mintak-mintak si Syeryle ni cairlah dengan tawaran aku ni..

"Ok kali ni jea, next time buat lagi I tak akan layan you lagi"

"Ok i promise..." janjinya, next time kalau aku buat lagi, kau tak layan aku cari perempuan lain, bukan susah.. bisik hatinya nakal.

Dia menarik nafas lega.. lepas satu beban, walaupun bakal dikopakkan oleh si Syeryle nanti, bukan dia tak tahu selera gadis itu, hanya memakai yang berjenama je, even selipar masuk toilet pun mesti yang berjenama juga.. perempuan memang leceh, cerewet tak bertempat .. ah tak kisahlah.

*********

"Heh I dah cakap dah Betty, Si Daniel tu kalau I protes sikit je dia dah gelabah"

"You tu senanglah nak kawal Daniel tu, muka cantik segala lengkap, model pulak tu, mana tak lelaki tunduk dengat you.."

Sheryle ketawa, bangga mendengar pujian temannya itu.

"Heh nasib baik dia handsome dan yang utama poket dia pun handsome sekali, kalau dia pokai, dah lama I bohlayan dia tu, sudahlah berjanji jarang nak tepat" dia merengus kecil, geram juga kadang-kadang dengan sikap Daniel yang itu.

"Hehehe.. you tu memang selalu pandang itu, tapi yang hairan, tahan pula dia dengan perangai pisau cukur you tu.."

"oi cakap elok-elok sikit, I ni pisau cukur tahap professional.. dia nakkan I so dia kenalah berkorban dengan I"

"Kalau dia dah tak nak kat I pun I tak kisah, ramai lagi lelaki-lelaki yang kaya dan kacak kat luar tu sudi nak terima I dan tunaikan kehendak I" sambungnya sedikit angkuh.

Mencebik Betty mendengarnya, alah selagi kulit muka kau masih tegang memanglah ramai terkejar-kejar tergila-gilakan kau, nanti dah berkedut sana-sini, barulah kau sedar, dan kau pula yang akan terkejar-kejar nanti.. bisik hatinya jengkel juga kadang-kadang dengan sikap Syeryle tu.. tapi apa nak buat, dengan berkawan dengan Syeryle saja yang mampu membuatkan dia dapat mengenali ramai lelaki-lelaki kaya dan berharta. Terpaksa terima..