iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Sunday, January 31, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[24]

Panasnya... dia menolak duvet yang menyelimuti tubuhnya.. terasa suhu sedikit membahang ketika dia tersedar sebentar tadi, sehingga membuatkan badannya sedikit berpeluh.. huh dah pukul berapa ni? macam lama saja aku tidur ni, Daniel meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang biasa di letakkan di atas meja kecil yang terdapat di sisi kati.. namun tiada... eh ke mana pula perginya handphone aku ni...biasanya ada aku letak di sini.

Badan terasa sedikit segar... panas juga sudah mula berkurangan rasanya... dia duduk perlahan bersandar pada kepala katilnya.. cuba menyusun kembali memori-memorinya yang sedikit berterabur.. eh Qish ni kenapa dia tidur di sini pula.... dia terkejut... baru dia perasaan yang kepala Balqish elok terlentok dengan tangannya erat memeluk kedua kakinya.. mesti dia penat jaga aku semalaman... wajah itu direnungnya... lena sekali kelihatannya.. perlahan-lahan dia menarik kakinya.. tak mahu mengejutkan lena Balqish.. tubuh milik Balqish di cempungnya dan dengan penuh cermat dia meletakkan tubuh itu ke atas katil miliknya..

Balqish dilihatnya sedikit bergerak mengiring ke arahnya.. wajah itu tetap manis walaupun dalam keadaan tidur, dia merebahkan kembali tubuhnya... terasa ingin pula berbaring di sisi Balqish.. ah isteri yang tak pernah dihargai kehadirannya... dia mengeluh... Qish.. agaknya sampai bila hidup kita begini? kau tak teringin ke kalau-kalau kita hidup normal macam pasangan lain tu? berkongsi suka duka bersama.... dan melakukan segalanya bersama... ah kan seronok kalau kau dapat dengar apa yang aku katakan ini... Daniel mengeluh.

Tubuh kecil itu dirangkulnya perlahan... dan matanya jatuh pada perut Balqish yang semakin membesar itu... terasa tak sabar pula menantikan kehadiran si kecil ini, moga ia akan membawa sinar bahagia buat kita semua, dan semoga dia dapat mengubah kehidupan kita ni.

Tangannya perlahan membelai rambut Balqish... dan akhirnya kucupan lembut hinggap di ubun-ubun isterinya itu... tak sangka tindakannya itu membuatkan Balqsih merangkul erat tubuhnya malah kepalanya beralih berbantalkan lengan sasanya pula... Qish... Qish... aku tak fahamlah dengan kau ni tau... kadang-kadang manja, tapi kadang-kadang garang macam singa ... tapi itulah daya penarik kau dan aku tak pernah jumpanya pada wanita-wanitaku yang lain... hai andailah aku diberi pilihan... aku nak sangat kalau kita dapat bermula dari awal.. berkenalan.. bercinta dan kemudian bertunang dan akhirnya berkahwin... kadang-kadang aku masih tak percaya yang kita ni suami isteri... kita dekat tapi macam jauh sangat... kenapa ya kau tak pernah beri aku peluang mendekati kau? yalah semakin aku cuba untuk rapat... semakin pula kau cuba untuk menjauh..

Memang dia akui Balqish bukanlah jenis yang diidamkan oleh jiwa lelakinya itu, tapi... semenjak mereka tinggal bersama banyak sangat kelakuan Balqish yang memikat hatinya... telatah Balqsih yang sedikit cuai membuatkan sedikit sebanyak dia berusaha melindungi Balqish.. kesudian Balqish bersusah payah belajar memasak membuatkan sedikit terusik perasaannya..

"Awak... saya tak retilah nak siang sayur ni...awak tolong siangkan ya..."

"Eh apa pula aku, aku lagilah tak reti... kau siang sajalah macamana pun..."

"Alah awak tolonglah.. saya nak goreng ikan ni... kalau awak tolong lagilah cepat siapnya.. kalau cepat siap, cepatlah kita makan.. kan ke awak kata awak dah lapar sangat tadi.."

"Yelah.. aku buat.. pandailah kau ni bercakap kalau nak aku tolong kau.."

Balqish hanya tersenyum mendengar Daniel yang sedikit merungut itu bila disuruh membantu, dalam pada merungut tetap jua melakukan apa yang disuruhnya, itulah Daniel...

"Aduh.." dia terjerit kecil bila jarinya secara tak sengaja dihiris oleh mata pisau..

"Hah kenapa tu..?"

"Tak ada apa-apa.. kena pisau sikit nih.."

"Tulah awak buat kerja tak ikhlaslah tu.. meh sini saya tengokkan luka tu.." belum sempat dia menjawab Balqish telah pun memegang tangannya melihat jari telunjuknya yang sedikit terluka.. terus tangannya di tarik ke sinki.. luka di jarinya di cuci.. dan ditampalkan dengan plaster.

"Dahlah awak pergilah dok depan, rehat biar saya buat ni seorang.."

"Ai tadi suruh aku tolong, ni suruh aku rehat pula.. mana satu ni?"

"Yalah saya baru suruh awak tolong sikit saja pun awak dah cedera.. nanti kalau saya suruh tolong banyak-banyak nanti lagi teruk pula cederanya.."

Akhirnya hanya Balqish saja yang memasak, dan semenjak hari itu Balqish tak pernah meminta dirinya membantu melakukan itu dan ini.. agaknya Balqish tak mahu dia cedera lagi kot.. hehe sayang juga dia dengan aku kan? oi Daniel.. tolonglah tolong jangan perasan.. bisik hati kecilnya.. dia tergelak sendirian bila mengenangkan peristiwa itu.

"Qish tolonglah... esok sajalah kita cari ya..? aku penat ni.." dia berusaha memujuk Balqish yang sedari tadi asyik merayu-rayu agar kehendaknya di penuhi..

"Saya tak kira.. saya nak juga sekarang... saya taknak tunggu esok.." wajahnya sudah mula mencebik.. ingin menangis mungkin.

"Mana kita nak cari tengah-tengah malam ni Qish? siang-siang tadi tak nak minta.."

"Baru sekarang terasa nak makan... awak pergilah cari.. kesian anak kita nak makan.." dia masih mendesak..

"Esok sajalah aku cari.." dia kembali tunduk mengadap meja kerjanya.. menyemak beberapa dokumen penting.

Balqish terdiam mendengar keputusan lelaki itu... rasa sebak datang tiba-tiba..

"Tak apalah.." kecewa sekali nadanya... sampai hati buat macam ni.. dia melangkah keluar dari bilik kerja lelaki itu..

"Tu nak pergi ke mana tu Qish?"

"Pergi mana-mana yang saya sukalah... buat apa bersama dengan orang yang tak hargai kita.. huhu baby.. papa jahat.. dia dah tak sayangkan kita.. " dia teresak-esak..

Alahai ni yang aku lemah ni..

"Yalah-yalah... aku carikan.. hisy siang-siang tak nak, mana aku nak cari kuih Donat tengah-tengah malam ni Qish? kalau petang tadi boleh jugalah aku cari dekat kedai-kedai tepi jalan tuh.."

"Alah... buku resepi kan ada.. awak buatkanlah.." sekelip mata wajah yang berjuraian air mata itu bertukar menjadi ceria.. bercahaya..

Dan malam itu menjadi sejarah dalam hidupnya sepanjang 25 tahun, dia membuat kuih Donat.. kuih yang tak sama saiznya, ada besar ada kecilnya tapi dia tak peduli.. yang pasti dia rasa satu perasaan yang lain hadir bila melihat wajah Balqish yang penuh gembira ketika menikmati kuih buatan tangannya itu, seolah belum pernah menikmatinya dalam seumur hidupnya..

"Awak nak sikit?? sedap tau.." belum sempat dia menjawap Balqish sudah pun menyuakan kuih itu kemulutnya.. dan dia tanpa berfikir panjang terus menjamah kuih itu.. rasanya itulah pertama kali sewaktu mereka hidup bersama mereka berkongsi makanan.. hurm biasa saja rasanya... tulah orang mengandung ni memang pelik sikit rentaknya.. ikutkan sajalahkan..

Daniel tersenyum sendirian.. tak sangka banyak sungguh peristiwa yang mencuit hati sepanjang waktu mereka bersama.. Balqish memang agak pandai memancing emosinya dengan sikapnya yang selamba saja itu..

Qish-Qish... agaknya bagaimana ya perasaan kau terhadap aku? Kalau kau bagi peluang pada aku, mungkin kita akan menjadi pasangan suami isteri hingga ke akhir hayat... aku rasa hidup aku dah terbiasa dengan kehadiran kau di sisi.

Baby... papa sayang mama tau... syiii.. jangan bagitahu mama tau.. ni rahsia kita je tau.. bisiknya perlahan sambil mengusap perlahan penuh kasih pada kandungan isterinya itu.

*********

Suhail duduk di kerusi yang di sediakan di situ.. badannya bergoyang-goyang mengikut rentak alunan muzik yang membingit berdentam-dentum itu.. sedikit pun dia tak rasa terganggu dengan situasi itu. Bau asap rokok, arak dan pelbagai bau manusia yang ada di situ sedikit pun tidak menyekat kehendaknya untuk terus berlama berada di situ.

Huh... hampir seminggu tidak menjejakkan kaki ke sini, baru hari ini dia dapat berkunjung ke sini, ni semua gara-gara orang tuanya yang sibuk mahu dia mengikuti mereka melakukan kerja-kerja amal di beberapa buah masjid yang berada di sekitar kawasan tempat tinggal mereka. Dia mencebik... huh.. aktiviti yang membosankan..

Malam ini dia hanya memakai gaun warna merah terang yang mendedahkan dadanya yang putih melepak itu.. setiap kali dia menggoyangkan tubuhnya mengikut rentak muzik yang berkumandang.. isi dadanya seolah mahu turut meloncat keluar. Rokok di celah jemarinya di bawa kemulut... dan di sedut dalam.... asapnya kelihatan keluar berkepul-kepul dari rongga hidung dan mulutnya..

"Hai... may I join you? are you alone?" tegur satu suara yang agak garau.. dekat ditelinganya..

Suhail tersentak... terus matanya mencari siapakah gerangannya yang menegurnya... wajahnya mengukir senyuman penuh menggoda kepada lelaki yang menegurnya itu... hurm agak kacak.. rasanya bukan melayu tulen ni...

"Sure.. silakan.."

"Thanks... nak minum? I belanja you hari ni.."

Hai baiknya.. belum kenal lagi dah nak belanja aku, biasalah lelaki suka sangat pancing perempuan dengan wang ringgit.

Lelaki itu mengangkat tangannya melambai kepada seorang pelayan di situ... dan tak sampai 5 minit dua gelas berisi air berwarna keperangan tiba di meja mereka..

"Thanks.. I Suhail... you?" dia menghulurkan tangan ingin berjabat tangan.

"I am Ricky... nice meeting you.." ujar lelaki itu sambil menyambut tangannya dan dibawa ke mulut terus dikucupnya lembut. Mata lelaki itu melirik kepadanya dengan senyuman menggoda.

"Selalu ke you lepak sini sorang-sorang?" dia bertanya sekadar menghangatkan suasana antara mereka..

"Tak juga.. biasanya dengan my friend tapi dia tak dapat join pula hari ni.. tu yang I sorang saja ni.."

"Oh.. eh kalau you tak kisah.. boleh I temankan you? I pun sorang saja ni.." lelaki itu menawarkan dirinya.

Dia hanya tersenyum mendengarkan tawaran lelaki itu...

Mereka berlaga gelas.. dan tegukan demi tegukan, gelas demi gelas air itu mengalir masuk kedalam tubuhnya... dia lupa segalanya.. dia mahu enjoy... dia mahu lupakan segalanya yang mengongkong hidupnya... dia lupa dosa pahala, halal haram..

"Jom menari nak.." ajak lelaki itu sambil menarik tangannya.

Dia hanya mengikut saja rentak lelaki itu, pandangan pula semakin berbayang.. dia mabuk kini.. rentak tari juga telah sumbang, pincang..... dia hanya melentukkan kepala ke bahu lelaki itu, membiarkan lelaki itu memeluk tubuhnya... langsung tidak menolak bila bibir lelaki itu mula menjalar ke segenap wajahnya, dia hanya tersenyum menikmati sentuhan lelaki itu...

Dia hanya ketawa mengekek bila lelaki itu merangkul tubuhnya membawa keluar dari club itu.. dia langsung tak peduli lelaki itu mahu membawanya ke mana.. dia hanya ketawa gembira.. dia sendiri tak tahu untuk apa ketawanya itu, cuma dirinya mahu ketawa lalu dia menghamburkan tawanya keluar, lepas dan bebas... mereka berjalan terhuyung-hayang... penangan air kencing syaitan yang baru saja mengalir masuk ke dalam tubuh.. dia lupa sedangkan setitis air haram itu masuk ke tubuhnya, segala amal yang dilakukannya takkan diterima selama 40 hari.. itu baru setitis... tapi dia dah minum bergelas-gelas malah berbotol-botol... ah waktu muda nilah nak enjoy puas-puas, bisik sang iblis pada telinganya..

*********

"Hai ni kenapa muka masam macam tikus tertelan asam jawa ni?" soal Daniel agak hairan.. sedar-sedar dari tidur tadi.. wajah Balqish sudah mula mencuka.

Hanya jelingan tajam yang diberikan kepadanya sebagai jawapan kepada soalannya.

"Huihh seksinya kau punya jelingan tu macam nak tercabut biji mata.. eh kenapa ni? pagi-pagi tak eloklah masam-masam ni, nanti rezeki susah nak masuk.."

Aku ada buat salah ke sampai dia marah macam ni... Daniel tertanya-tanya.. cuba diingati apa yang telah dilakukan.. tak ada rasanya.

"Awak tulah.."

"Kenapa pula dengan aku?"

"Pantang ada peluang, suka sangat ambil kesempatan.."

Sebentar tadi, sedar saja dari tidurnya dia tersentak.. tangannya begitu sedap memeluk tubuh lelaki itu dan kepalanya pula elok sekali beralaskan lengan lelaki itu... mereka memang dekat sekali, rapat.. sehinggakan dahi mereka bersentuhan..

"Lah aku ada buat apa pula?"

"Awak curi-curi peluk saya kan? jahat tau.. "

"Mana ada... kau yang peluk aku dulu.."

Err betulke aku yang peluk dia dulu? ke dia tipu saja...

"Eleh kalau awak tak tidur sebelah saya, tak adalah saya peluk awak... "

"Habis kalau tak tidur sebelah kau, aku nak tidur mana.. kan ni katil aku..."

"Tidurlah mana-mana pun janji bukan sebelah saya.."

"Eeeii.. orang dah tolong angkat kan dia, bukannya nak ucapkan terima kasih.." Daniel bergumam perlahan.

"Eleh orang tak suruh pun awak tu angkat saya.."

"Habis takkan nak biarkan kau terlentok tidur duduk sambil peluk kaki aku ni... lenguh tau tak.. apa kau ingat kaki aku tu teddy bear ke?"

Err aku peluk kaki dia?? betul ke? alahai malunya...

"Err saya gi mandi dululah..."

Dah malulah tu kan...ehehe.. Qish Qish macam-macamlah kau ni.. dia tergelak kecil dengan telatah Balqish itu.

Baru beberapa langkah menuju kearah pintu, Balqish tiba-tiba memusingkan tubuhnya dan melangkah ke arahnya kembali.. Eh dia nak apa pula ni.. aku ada salah cakap ke tadi?

Selamba tangannya menyentuh dahi Daniel, kemudian leher pula..

"Hurm dah baik demam awak.. pandai juga saya jaga awak ya.." terasa sedikit lega bila merasakan suhu badan lelaki itu sudah kembali ke normal.

Ingatkan apalah tadi.. ceh cuma nak merasa suhu badan aku saja...

"Dah awaknya jangan nak termenung pula... pergi mandi cepat lepas tu siap-siap.. nanti lambat pula pergi kerja.. dahlah dah lama awak tu bercuti.."

"Ya... aku taulah.. ke kau nak mandi sama dengan aku, aku tak kisah..." dia mengusik.. kelakar macam budak-budak dilayannya aku ni.

Balqish menjengilkan matanya mendengar kata lelaki itu..

"Gatal...!"

"Suami kau juga.." Daniel ketawa mengekek bila Balqsih menjelirkan lidahnya seusai dia menghabiskan ayatnya.. seronok dapat mengusik Balqish..


~> Nota jari jemari Nuril... salamunalaik... shbt rkn2 pmbaca... ramai yg tertanya-tanya napekah si Nuril ni lmbt sgt post kan new ntry ltely... huhu sya minta maaf kpda anda smua.. sy agak ksibukan(sibuk apa ntah..) heuheu.... tapi sy jnji sy akan cuba sdaya mgkin utk tidak mengabaikan novel2 sy ni...
Sy btrima kasih bbyk pd smua pmbca stia yg x pts2 mmbri sokongan2..
hehehe masyeh2... luv u olzZzzzZzzzZZz(ttdo dah eh2)

Thursday, January 28, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[23]

"Ha hari ni Balqish mula kerja balik kan Suraya?" soal Haizam bila dia terlihat Suraya yang sedang menyusun kertas yang sedikit berselerak diatas meja kerjanya itu.

"Kalau ikut yang si Qish kata, hari inilah dia mula kerja balik boss, tapi... tak taulah betul ke tidak, yalah ni pun dah jam berapa, tapi tak nampak pun kelibatnya lagi dekat office ni.."

"Agaknya dia lambat sikitlah tu, ha nanti kalau dia dah datang, suruh dia masuk bilik saya ya Suraya.." pesannya.. hai lama tak menatap wajah itu terasa rindu pula.. kesian Yasmin kenapa perasan yang wujud terhadap Balqish tidak sama dengan perasaan yang wujud terhadap Yasmin... sampaikan kadang-kadang dia tidak faham dengan dirinya sendiri.

"Ok boss.." awal-awal lagi dah mencari si Qish.. taulah staff kesayangan.. eh.. siapa pula yang call aku pagi-pagi ni.. Suraya kehairanan bila telefon bimbitnya berbunyi meminta perhatian.. isy mana pula perginya phone ni.. mulutnya terkumat kamit sambil tangannya menggagau dalam beg tangannya.

Haa.. panjang umur.. baru tadi aku sebut pasal dia, ni dah pun call..

"Morning mama.."

"Morning Su... Ha'ah yalah kau punya mama kan.."

"Hehehe Qish takkan tu pun nak marah.. ni kenapa kau call aku? kau nak masuk lewat ke? kenapa? kereta kau sangkut dengan traffic ke?"

"Bukan nak masuk lewat Su, tapi tak masuk langsung kot.. huhu aku rasa aku terpaksa cutilah hari ni.."

"Hah? cuti? awatnya? sakit lagi ke? " risau pula rasanya.

"Taklah... bukan aku yang sakit, tapi ni si Daniel ni tiba-tiba pulak boleh demam, semalam sihat walafiat saja aku tengok.. pelik sungguh.."

"La... Daniel pula yang tak sihat.. macam-macamlah korang berdua ni.."

"Tulah.. nak buat macamana Su, nak tinggalkan dia sorang diri dekat rumah ni rasa macam tak sampai hati pula.. karang kalau apa-apa jadi aku juga yang menyesal tak sudah.."

"Aku rasalahkan Qish, mesti dia demam sebab dia penat jaga kau tu, tak cukup rehat.. adillah ni kan, hari tu kau sakit dia jaga kau, sekarang kau pulak jaga dia... kira serilah tu.."

"Agaknyalah.. tapi badan dia panas sangatlah Su, risau aku.. dahlah aku ajak pergi klinik dia tak mahu.."

"Kau dah bagi dia makan ubat belum tu Qish?.."

"Macamana aku nak bagi dia makan ubat, kejut pun tak nak bangun.. hisy susahlah jaga dia ni.. dahlah keadaan aku tengah macam ni.. dia pula tak sihat.. hurm dugaan sungguh.."

"Beginilah kau banyak-banyakkan sabar ya Qish, kau tu pun jangan lasak sangat.. jangan cuai.."

"Oklah Su, kau kirim salam dekat Encik Haizam tu, kata aku terpaksa cuti.. ni aku ada kerja sikit.. nak masak.. lepas tu nak paksa bapak budak tu makan..hehe.."

"Eh bapak budak kau panggil dia.. haha macam-macamkan korang berdua ni.. yalah mama budak.. tadi awal-awal lagi boss pesan kalau kau dah datang dia nak jumpa kau, agaknya dia rindukan kau tu.. kesian dia kempunan nak jumpa kau hari ni.. alahai.."

"Tulahkan.. "

Hai perasaan pergilah.. aku tak sepatutnya fikirkan pasal lelaki lain sedangkan aku ni telah dimiliki walaupun bukan atas dasar cinta sekalipun.. aku kena belajar terima dia dalam hidup aku ni, bukannya lelaki lain.. jangan sebab ikutkan perasaan aku ni, nanti anakku ini membesar tanpa papanya di sisi..

"Hello Qish.. kau masih ada ke dekat sana tu..???" soal Suraya bila agak lama Balqish terdiam..

"Ya.. aku masih ada ni, Oklah Su, bye.. pergilah sambung siapkan kerja.."

Hai agaknya apalah yang bermain dalam hatinya tu.. Suraya mengeluh perlahan.. belas juga kadang-kadang mengenangkan nasib temannya itu, tak satu-satu.. ada saja yang menimpanya.. aku harap kau tabah menempuh hari-harimu Qish.. bisiknya perlahan, selepas mematikan talian.. dia tahu Balqish mungkin tidak mendengar apa yang dibisiknya, tapi itu tak penting.. apa yang penting bagi dirinya ialah sokongan dari dirinya sendiri untuk mengiringi hari-hari yang Balqish bakal tempuhi pada masa akan datang.

Kau tak pernah keseorangan.. percayalah.. aku sentiasa untuk menyokong jatuh dan bangun kau Qish..

********

Masih tidur lagi.. hurm dah pukul berapa ni.. dia ni tak mahu bangun ke? Balqish melangkah perlahan memasuki bilik itu sambil kedua tangannya menatang dulang berisi bubur nasi yang masih panas berwap petanda baru siap di masak.

Perlahan-lahan dulang itu diletakkan ke atas meja kecil yang terdapat di situ.. dia bangun perlahan.. pinggang terasa sedikit sengal, biasalah semenjak kandungannya semakin membesar ni, tubuhnya sering lenguh-lenguh.. perlahan kakinya melangkah menuju ke arah tingkap, menyelak langsir yang menutupi tingkap itu.. membiarkan cahaya matahari bebas masuk ke dalam bilik itu.

Tangannya dipanjangkan untuk menyentuh dahi lelaki itu.. isy panas lagi.. wajahnya berkerut risau.. macam tak berkurang pun panasnya.. dia mengeluh.. tuala lembab yang diletakkan di atas dahi lelaki itu di ambilnya.. di basahkan semula dan diletakkan kembali..


"Awak.. " perlahan dia menyeru lelaki itu..

"Hurm..." Daniel bergumam dalam mata yang terpejam..

"Awak bangun ya.. makan sikit.. dari pagi awak tak makan apa-apa pun lagi.. nanti perut masuk angin pula kan susah.. lagi pun kalau perut kosong macamana nak makan ubat, kalau tak makan ubat macamana nak cepat sembuh.." dia memujuk perlahan, heh gaya dah macam seperti ibu-ibu memujuk anak kecilnya pula.. sesuailah tu..

"Aku tak ada seleralah Qish.. rasa macam nak vomit saja.." Daniel menjawab lemah, kepala macam rasa nak pecah, lepas tu pula tekak terasa loya semacam dan di tambah pula dengan badan yang terasa seram sejuk..

"Tak bolehlah macam tu.. awak makan sikit ya? saya suapkan.. sikit pun jadilah.. lepas makan bubur ni, awak boleh makan ubat.. dan lepas tu awak boleh rehat balik, saya takkan ganggu.."

"Taknaklah.. aku tak ada seleralah Qish.. aku nak tidur.. " lemah dia menjawab, dia inginkan rehat, rehat secukupnya.. tanpa gangguan dari siapa-siapa.

"Daniel.. kalau awak sayangkan baby ni, baik awak makan sikit.." puas memujuk namun nampaknya tak berkesan akhirnya Balqish mengugut.

"Saya rasa baby ni mesti risau kalau awak sakit.." sambungnya lagi bila melihat lelaki itu hanya diam membisu tanpa apa-apa kata.

"Hurm.." akhirnya dia terpaksa akur, Balqish tersenyum memerhatikan reaksi lelaki itu, heh bukan susah nak bagi dia akur dengan aku ni.

"Kau tak makan sekali ke Qish?" soal Daniel.

"Tak.. saya tak lapar lagi.." tangannya penuh berhati-hati menyuapkan bubur nasi kepada Daniel.

"Cukuplah.." Daniel menepis perlahan pada suapan yang masuk kali ke lima, tekak rasa pahit, semua benda rasa tak sedap.

"Minum.." Balqish menyuakan gelas berisi air kosong kepadanya.

Daniel meneguk perlahan air yang di suakan kepadanya, setiap kali dia menelan air itu pasti wajahnya sedikit berkerut... sehingga menimbulkan rasa hairan pada Balqish.

"Kenapa???"

"Tekak aku sakitlah.. perit rasanya kalau nak menelan sesuatu.

"Makan ubat ni awak.." beberapa biji pil di hulurkan kepadanya.

Lambat-lambat tangannya mencapai pil tersebut dan di bawa ke mulutnya..

"Awak ni demam panas ni, badan awak panas benarlah Daniel.. jomlah saya bawa awak pergi klinik.."

"Tak payahlah Qish.. aku cuma perlukan sedikit rehat saja, lagi pun lepas ni aku rasa baiklah.. aku kan dah makan ubat.."

"Cuba jangan degil, saya boleh drive kalau awak tak larat nak drive.."

"Jangan nak mengada-ngada, kau pun bukannya sihat sangat Qish.. lagi pun aku tak apa-apa pun, kau janganlah risau sangat.."

"Eee.. awak ni degillah.. ajak pergi klinik pun tak mahu, cuba kalau saya ni, mesti awak dah membebel panjang kan? ke awak ni takut nak jumpa doktor?"

"Takut dengan doktor?? heh tolonglah Qish, jangan samakan aku dengan kau.."

"Dah tu kalau tak takut dengan doktor kenapa liat sangat bila ajak pergi klinik.."

"Qish kau ni membebel sajalah dari tadi, ni kau dah makan belum? jangan sebab sibuk nak jaga aku, kau tak makan pula.."

Eh tengok boleh pula dia ubah topik.. nak mengelatlah tu.. Balqish mengomel perlahan..

"Dahlah.. awak tak payah ingatkan saya pun saya tetap tak lupa.. sukahati awaklah kalau tak nak pergi klinik, saya malaslah nak cakap apa-apa, pujuk budak kecil lebih senang dari pujuk orang dewasa yang takut jumpa doktor macam awak ni.."

Tersenyum dia mendengar kata Balqish itu, hai nada macam orang berjauh hati saja ni.. dia buat tidak peduli, matanya semakin layu.. mungkin kesan ubat yang di ambil mula menular dalam dirinya... bebelan Balqish juga sudah kedengaran sayup-sayup saja bunyinya..

Aik dah tidur dah.. aku cakap seorang diri rupanya.. dia ingat aku suka sangat ke membebel ni kot.. aku bukannya apa, cuma risau kan dia saja.. takut demamnya semakin teruk, dahlah sekarang ni tengah musim demam H1N1, aku tak mahu dia pun termasuk dalam salah satu mangsa wabak ni.. Balqish mengeluh.. tuala yang telah di lembabkan itu digapainya.. perlahan dia mengelap pada bahagian tubuh Daniel yang terdedah.. penuh berhati-hati, tak mahu mengejutkan lenanya.. mudah-mudahan panasnya berkuranglah.. doanya dalam hati,

Wajah pucat lelaki itu direnungnya.. entah kenapa akhir-akhir ini dia semakin terasa kehadiran lelaki itu di sisinya, yalah mungkin sebab kesudian lelaki itu memenuhi segala pemintaannya tanpa sedikit pun bantahan ketika dia terlantar hari tu.. apakah dia memang telah di takdirkan untuk aku?? seringkali wujudnya persoalan didalam dirinya bila setiap kali dia memikirkan tentang aturan hidupnya ini..

Sesuatu yang tak disangka..
Sering kali mendatangi kita,
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar suatu kebetulan..

Teringat pula bait-bait lagu Suratan Atau Kebetulan.. ah.. agaknya ini memang takdir kehidupan aku kot, bertemu bersatu dengan cara yang aku sendiri tak pernah terfikirkan.. mungkin aku perlu belajar menerima lelaki ini dalam hidup aku..

Tangannya membetulkan selimut pada tubuh Daniel itu.. sesekali biar aku jaga dia pula.. yalah selama ni asyik dia saja yang jaga aku sakit.. bisik hati kecilnya perlahan.

Friday, January 22, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[22]


Minggu-minggu yang menggetirkan telah berlalu.. dia menarik nafas lega. lega selega-leganya.. Rahsia tetap kekal menjadi rahsia walaupun nyaris juga terbongkarnya. Minggu yang paling melelahkan rasanya buat dirinya.

Kandungannya kini menginjak ke usia 6 bulan.. tak sangka ya cepat sungguh masa ni berlalukan, tak lama lagi baby akan lahir.. namun banyak lagi persiapan yang belum siap di lakukan.

"Qish.. aku rasakan kita pindah rumah lain nak tak?"

"Pindah? eh awak ada rumah lain ke selain rumah ni?"

Baru dia teringat sesuatu, tak banyak yang di ketahui tentang lelaki itu sebenarnya, mereka pun jarang menyelidiki antara satu sama lain.

"Taklah.. ada kawan aku ni dia keluar negara bekerja di sana tiga tahun, jadi dia suruh aku tolong jagakan rumah dia.. lagi pun aku rasa elok juga kalau kita pindah sana buat sementara, lagi pun tak adalah nanti kita kelam kabut kalau keluarga aku datang menjengah ke sini lagi, nak tak?"

Betul juga kata lelaki itu, kalau tak mahu rahsia mereka terbongkar lebih baik berpindah, itu memang jalan yang agak selamat juga bila di fikirkan kembali.

"Habis rumah awak ni macammana?"

"Rumah ni, nanti sekali sekala kita jenguklah.. so macam mana kau setuju tak dengan cadangan aku ni?"

"Saya tak kisah.. saya ikut awak sajalah.."

"OK kalau macam tu, hujung minggu nanti aku bawak kau pergi tengok rumah tu ok?"

"Ok.. err awak.."

"Ya ada apa?"

"Terima kasih.." ucapnya..

"Terima kasih untuk apa?" soal Daniel, agak hairan bila tiba-tiba Balqish mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Yalah sebab awak tak beritahu family awak pasal saya ni.."

"Tak ada hallah Qish.. lagi pun aku pun belum bersedia lagi.. aku belum kuat nak mendengar leteran mummy tu.. kau pun faham kan?"

Dia menggangguk, tersenyum tiba-tiba bila teringatkan akan Puan Sri Nuha, memang wanita itu pada pengamatannya agak banyak berbicara... ada saja benda yang ingin di katakannya. Ah.. untunglah kau Daniel masih punya mak, dapat mendengar leterannya dan celotehnya.. macam aku ni.. semua tu hanya tinggal kenangan.. mak Ina rindukan mak.. rindu nak dengar mak bebelkan Ina, suruh Ina buat itu dan Ini.. mak anak mak yang malas ke dapur ini sudah pandai memasak tau..

Teringat.. ya antara sebab yang membuatkan arwah mak sering memarahinya adalah kerana tabiatnya yang liat menolong didapur.. dia lebih sanggup menghabiskan masanya mengemas rumah dari menolong emak didapur untuk memasak.. menggeleng kepala dia biar teringat tingkah-tingkahnya di waktu lalunya..

"Eh yang kau tiba-tiba menggelengkan kepala ni kenapa? mengutuk aku dalam hatilah tu.." tegur Daniel.

"Mana ada saya kutuk awak, tolong jangan perasan ok.. " terlupa pula dia bersama dengan Daniel.. ceh boleh pulak aku termengelamun.

"Yalah tu.. kau tu bukannya betul sangat.."

"Betullah.. tak percaya sudah.. lagi pun berdosa kutuk-kutuk orang ni.."

"Eh pandai pula kau kata berdosa ek.. sajalah tu.. pot pet pot pet.." Daniel mula berceloteh panjang.

"Awak.. awak boleh tolong saya tak?" tegur Balqish sehingga membuatkan celotehnya terhenti.

"Ha tolong apa?"

"Tolong diam boleh tak.. hisy awak ni sepatutnya jadi perempuan tau.. awak pun sama macam mummy awak tu kuat membebel.. hai ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. awak cakap mummy kuat berleter tapi awak pun sama juga.. isy.."

"Mana ada aku membebel.. tu nasihat sajalah.."

"Dah-dah.. lagi saya layan awak lagi panjang awak mengarut.. saya nak naik atas nak masuk tidur..

"Jom.."

"Siapa nak tidur dengan awak..?"

"Eh aku tak cakap pun nak tidur sama dengan kau.. aku nak cakap jom naik atas sama-sama.. lain kali biarlah aku habiskan cakap dulu baru nak potong.."

Ceh terkena aku kali ni.. dia yang cakap sangkut-sangkut kata aku pula yang potong cakap dia.. sakit hati je..

"Good night baby.. meh kiss papa.." ucap lelaki itu sambil mendekat wajahnya ke perut Balqish kononnya ingin mencium baby.

Hisy perangai terlebih dia dah mai dah.. cepat-cepat dia menjauhkan dirinya dari Daniel..

"Baby kata dia tak nak kiss awak.. sebab awak busuk.."

"Tu bukan baby yang kata.. tapi kau yang kata kan? cemburulah tu sebab aku tak nak kiss kau kan?"

Balqish menjelir lidahnya ke arah Daniel bila mendengar kata lelaki itu.. Hekeleh perasan sungguh mamat ni, lagi aku layan lagi sakit hati di buatnya.

Daniel hanya tergelak kecil melihat telatah Balqish itu, kelakar juga perempuan ni... macam budak kecil pun ya juga.. haha.

"Good night Qish.. mimpikan aku tau.." masih lagi dalam mood mengusik.. seronok melihat Balqish bengang dengan dirinya.

"Good night.. tak naklah mimpikan awak.. bukannya handsome pun.." selamba dia membalas.

"Ai yang tak handsome nilah yang kau rindu selalu.."

"Perasan....! wekk"

*********

"Daddy dah tidur ke tu?" dia perlahan pada suaminya yang sedang berbaring di sisinya.

"Hurm.. belum lagi.. ada apa mummy?" tubuhnya di kalih mengadap wajah isteri tercinta.. perlahan tangannya merangkul tubuh wanita kesayangannya itu.

"Tak ada apalah daddy.. mummy cuma tak boleh tidur.. "

"Mummy fikirkan apa sampai susah sangat nak tidur tu? marilah kongsi dengan daddy.. "

"Mummy teringatkan anak bujang kita tu.."

"Alah mummy tak perlulah nak risaukan dia, dia kan dah besar pandai-pandailah jaga dirinya tu.. lagi pun anak kita tu kan lelaki.. "

"Bukan macam tulah daddy.."

"Habis tu apa?"

Hairan.. cuba memahami apa yang sedang bermain dalam fikiran isterinya itu.

"Yalah.. mummy kan rasa teringin sangat nak bercucu.. hari tu tengok kawan dia si Balqish tu.. rasa semakin membuak-buak keinginan ni.. lagi pun mummy tengok bila Daniel ambil berat si Balqish tu macam dah ada tokoh nak jadi ayah dah anak kita tu.."

"Alahai mummy... susahlah kalau nak suruh anak kita tu cari isteri, macam-macam alasan di berikannya.. tapi kan mummy..." bicaranya terhenti.. wajahnya mengukir senyuman lebar.. sengaja..

"Tapi apanya daddy??" cakap tu biarlah terang, buat suspen sajalah tu.

"Kalau mummy nak anak lagi.. daddy on time pun boleh cari calon mama baru.. muka daddy ni pun boleh tahan lagi kan walaupun dah berusia.. mesti ramai yang nak lagikan? aaduh.." dia menjerit kesakitan.. cubitan Puan Sri Nuha hinggap di pahanya..

"Rasakan.. mummy cakap betul-betul, daddy main-main pula.. oh gatal ya, tak sedar diri dah tua ada hati nak pasang lain.. daddy tidur luar malam ni.. jangan tidur dengan mummy.. " masam wajahnya.. merajuk..

"Mummy ni kalau merajukkan makin cantiklah.. teringat daddy waktu awal-awal perkahwinan kita tu.."

"Dah-dah jangan nak puji-puji ambil hati mummy pula.. mummy merajuk ni.. tak nak kawan daddy hari ni.." tubuhnya di pusingkan menghadap arah lain.."

"Ala mummy sayang.. busyuk masyam daddy.. merajuk pula dia.." terasa rangkulan erat ditubuhnya.. membuatkan dirinya tersenyum dalam dia, kasih yang tersemai hampir 30 tahun lalu masih tetap hangat dan subur, tak pernah berkurang dan malah sentiasa utuh..

"Tengok mummy dah senyum tu.."

*********

"Awak oh awaknya.. cepatlah.. awak dah bangun ke belum tu? nanti kita lambat pula sampai ke pejabat.." Balqish menyeru perlahan di sebalik pintu biliknya, penat dah dari tadi terpekik mengejutkan lelaki itu tapi tetap sepi tiada jawapannya..

Heee.. dia ni kan betullah, perangai liat nak bangun dia tak pernah nak berubah.. dia mengomel perlahan, geram.. kita dahlah sibuk, mana nak siapkan breakfast lagi, nak streka baju dia lagi.. lepas tu nak bangunkan dia lagi satu masalah.. perlahan tangannya memulas tombol pintu milik lelaki itu.

Ya ALLAH, tak bangun lagi dia, terbuntang matanya geram, melihat lelaki itu masih lagi di seliputi selimut di tubuhnya.

"Awak.." dia menggoyangkan perlahan tubuh itu.

"Hurm.." Daniel menjawab.. entah kenapa matanya terasa berat untuk dibuka dan kepalanya terasa sakit berdenyut-denyut teramat sangat.."

"Bangunlah.. " seru Balqish perlahan..

"Hurm.."

Dia ni.. hurm-hurm.. tu sajalah.. perlahan di tariknya selimut di tubuh lelaki itu, serentak memerah wajahnya.. lelaki itu tidak berbaju.. hanya berseluar pendek.

Terketar jari-jemarinya menyentuh bahu lelaki itu untuk mengejutkannya, masih terasa janggal walaupun sudah agak lama mereka tinggal bersama... tapi.. uih panasnya.. dia ni demam ke? semalam elok saja sihatnya.. ni tiba-tiba boleh pula pula jatuh sakit..

"Awak demam ke?" tangannya mendemah dahi lelaki itu, kemudian leher.. panas sangat ni..

Hai macam-macam hallah, hari tu aku, ni dia pula yang sakit, agaknya teruk sangat kena jaga aku sampai dia pula yang jatuh sakit.. dia menarik selimut menutupi tubuh lelaki itu, macam tak dapat pergi kerja saja aku ni hari ni..

Dia mengambil tuala kecil yang terdapat di dalam almari milik lelaki itu.. dilembabkan dan di letakkan ke atas dahi lelaki itu.. biar kurang sedikit panasnya.. bisik hatinya.

Ah nak call Su.. aku kena EL hari ni, takkan nak pergi kerja pula tinggalkan dia sorang macam tu, hari tu aku sakit dia yang jaga, ni dia sakit aku pulalah yang kena jaga.. teringat pula yang lelaki itu bersusah payah menjaganya, dan semua kehendaknya lelaki itu cuba penuhi walaupun kadang kala lelaki itu menyungut... tapi dia tahu lelaki itu tak sampai hati menghampakan perasaannya, sebab dia tahu lelaki itu sayang sangat dengan anak yang dikandungnya itu, sayang melebihi segalanya mungkin.

Tuesday, January 19, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[21]

Aaaa... mimpi ngeri sudah jadi nyata.. gulp dia menelan air liurnya terasa kelat berpasir, peluh mula merembes di dahi.. entah kenapa secara tidak sedar tangannya menggenggam jari jemari milik Balqish.. urghh sejuknya tangan dia, macam ais.. kalau aku pun gerun maknanya dia lagilah kan.. macam mana ni.. aku tak bersedia lagi nak menempuh hal ini.

Kalau itu mummy dan daddy dia, bermaksud itu mummy dan daddy mentua aku.. tapi layakkah aku menjadi menantu mereka? sanggupkah mereka menerima aku ni? padankah aku dengan mereka? aku ni menantu yang tak diundang.. yang tak di alu-alukan dan yang tak di sedari akan kewujudannya.. yang tak ada apa-apa untuk di sandarkan.. darjat, pangkat harta.. semua tu manalah ada pada aku ni.. Ah aku tak kira walaupun apa pun terjadi aku tak mahu rahsia ini terbongkar.. wajah Daniel di sisi di renungnya dan dengan nada yang tegas dia menyatakan pendiriannya.

"Awak..saya tak kira walau apa pun yang terjadi saya tak mahu rahsia kita ni terbongkar, saya tak bersedia lagi nak bersemuka dengan family awak ni?"

"Kau ingat aku ni dah bersedia ke? aku pun tak jangka mereka akan datang ke sini cari aku semata-mata sebab aku tak datang pejabat tu.." hai akal tolonglah berkerja keras cari alasan yang munasabah sikit untuk aku ni.

"Cepatlah fikirkan jalan.. otak aku dah blank ni.." Daniel menggesa.. hisy ada juga aku undur kereta ni karang lepas tu cabut... tapi nampak macam tak patut saja kalau, macam aku ni anak yang kurang adab pula kelihatannya.

"Mana saya tau, otak saya pun dah macam tiba-tiba jadi beku saja ni.."

"Eh awak nak ke mana tu?" cepat dia menegur bila melihat Daniel mula menanggalkan tali pinggang keledarnya dan membuka pintu kereta.

"Aku nak keluarlah jumpa mummy dan daddy aku, takkan nak duduk saja dalam ni, aku rasa mereka pun pandang pelik saja dekat aku dari tadi.."

Dari dalam keretanya lagi dia sudah perasan riak perubahan di wajah kedua orang tuanya itu, pasti mereka tertanya-tanya siapakah perempuan yang sedang berada dengannya itu.

"Daniel.." dia menekankan suaranya walaupun masih dalam nada yang perlahan, terkawal.. memanggil lelaki itu agar tidak keluar dari perut kereta namun lelaki itu tidak mengendahkannya. Dilihat lelaki itu berjalan menuju ke arah pintu utama.. mendekati kedua orang tuanya..

"Hai mummy, daddy.." kedengaran Daniel menyapa kedua ibu bapanya.

Balqish di dalam kereta memandang penuh was-was, perlu ke aku duduk saja di sini atau keluar bertemu mereka? kalau mereka tanya aku nak jawab apa? tak senang duduk rasanya, punggung terasa panas.. tenang Qish.. tenang.. janganlah gelabah sangat.. kau kena tunjuk diri kau tak salah apa-apa, lagi pun memang kau tak buat salah pun apa yang kau nak risaukan, bisik hati kecilnya memberi semangat..

"Hai Niel.. manalah kamu pergi ni, daddy call tak berangkat.. rumah pula macam tongkang pecah.. apa nak jadilah dengan kamu ni.."

"Niel busy sikit daddy.. eh mummy dan daddy buat apa dekat sini? dah lama ke sampai?"

"Mummy saja datang sini, rindu dengan anak mummy sorang ni, Niel tu bukan nak jenguk-jenguk mummy.. dahlah telefon jarang nak diangkat jadi mummy datanglah ke sini jenguk kamu.. dari siang tadi mummy tunggu kamu.. dah siap masak pun.. rumah kamu pun mummy dengan daddy dah tolong kemaskan.."

"Terima kasihlah mummy, susah-susah saja.."

"Eh yang kita tercegat saja dekat sini kenapa? marilah kita masuk daddy dah lapar sangat ni dari tadi tunggu kamu.." Tan Sri Darwish memegang perutnya konon-kononnya lapar sangatlah perutnya.

"Ha jomlah kita masuk... eh.. nanti tadi terlupa pula.. kamu tak nak kenalkan kawan kamu tu pada mummy ke Daniel? tak akan nak biarkan dia duduk saja dalam kereta tu saja.."

Kawan...?? alamak asyik sangat berbual sampai terlupa aku pada Balqish.. dia mengerutkan wajah..

"Apa yang kamu tunggu lagi, pergilah panggil dia, ajak dia keluar, bolehlah kita makan malam sekali..

"Er.. ya ya mummy saya pergi ajak dia.." lambat-lambat dia menuju ke arah keretanya..

"Jom... jumpa mummy dan daddy aku.."

"Awak dah bagitahu mummy awak tentang kita ke?"

"Belum.. aku tak beranilah.."

"Habis kita nak jawab apa kalau mereka tanya?"

Daniel hanya mengangkat bahunya.. pertanda tak tahu nak jawab apa.. no idea!

"Eh eh angkat bahu pula.. tu kan family awak.. isk.. "

"La.. yang pergi berbisik-bisik dari tadi tu kenapa, kamu bincangkan apa ni? kalau ya pun nak berbincang marilah masuk ke dalam dulu.. " tegur Puan Sri Nuha yang hanya memerhati tingkah mereka berdua, entah apa masalahnya, seorang berkerut-kerut seorang berpeluh-peluh.. panas sangat ke cuaca hari ni sampai berpeluh tu.

"Err.. sorry mummy, dah cepatlah Qish jom keluar.."

"Saya takut..."

"Kau takutkan apa? aku kan ada.."

Dia serba salah.. berat rasa hatinya ingin keluar bersemuka dengan keluarga mentua segeranya itu.

"Cepatlah.. jangan sampai aku dukung kau depan mereka.." ugut Daniel geram pula dengan perangai Balqish yang berlengah-lengah tu..

Mendengar ugutan lelaki itu membuatkan dia cepat-cepat menanggalkan tali pinggang keledarnya.. tak mahu didukung di depan keluarga lelaki itu, dia tahu Daniel bukan jenis yang main-main dengan katanya, jika dia kata dia mahu lakukan maka dia akan lakukan.. mana dia hendak sorok mukannya andai Daniel mengotakan katanya nanti.

"Hah.. tau pun takut.." hehehe dia ketawa perlahan melihat kekalutan Balqish itu dan Balqish pula hanya menghadiahkan dia jelingan tajam sebagai membalas kata-katanya itu.

"Daniel tak nak kenalkan dekat daddy dan mummy ke siapa kawan Daniel ni?" soal Tan Sri Darwish yang sedari hanya diam menjadi pemerhati.. dalam hatinya memang telah timbul segala persoalan tentang siapa gerangan perempuan yang bersama anaknya itu, puas di tilik paras rupa, pakaian atas bawah, cuba di cam wajah itu manalah tahu mereka pernah jumpa di mana-mana ke tapi nampaknya tiada dalam ingatan maknanya memang tidak pernah.

"Err daddy, ni Niel kenalkan .. Balqish.. err Qistina Balqish... dia ni.. err.. dia.." dia apa ya..

"Dia apa Niel? tergagap-gagap pula dia.." sergah Puan Sri Nuha hairan dengan gelagat Daniel, susah sangat ke nak bagitahu siapa perempuan tu...

"Saya kawan Daniel Puan Sri.." tambah Balqish.. ah lantaklah.. alasan ini saja yang terlintas di dalam kepala aku sekarang ni..

"Owh kawan Daniel.. auntie ingat siapa tadi.. maklumlah Daniel ni ramai teman wanita, auntie ingat kamu pun termasuk dalam salah seorang darinya.."

Bukan teman wanita Puan Sri.. tapi saya ni isteri gelap dia.. tapi.. dia hanya mampu meluahkan dalam hati saja.. hai ingatkan cuma ada kekasih gelap saja macam lagu kumpulan Ungu tu.. tapi isteri gelap pun ada.. dunia, dunia dan akulah antara salah satu isteri gelap itu.. isk sempat lagi merapu otak ni..

**********

"Su... macamana ni, family Daniel datang sini.." dia berbisik perlahan tak mahu mereka menyedari situasinya.. sebentar tadi dia meminta kebenaran untuk ke bilik air seketika..

"Hah family dia datang? habis mereka macamana? mereka dah tahu pasal kau dan Daniel ke? mereka marah kau? mereka halau kau?", kalut dia bertanya, risau pula kalau-kalau Balqish di marahi.

"Su.. yang kau lebih kalut mengalahkan aku ni kenapa? mereka belum tahu apa-apa lagi.. aku cakap aku kawan Daniel.. kau tahu apa mummy dia cakap dengan aku tadi? dia ingat aku ni termasuk salah satu teman wanita si Daniel tu..

"Hai family dia pun tahu dia playboy kan? kesian kau jadi isteri playboy..hehe"

"Su.. aku tak ada masa nak dengar kau mengarut.. kalau kau nak melawak pun lain kalilah.. ni aku nak tumpang tidur rumah kau malam ni boleh tak? family Daniel bermalam di sini hari ni.."

"Aik kenapa pula nak tidur sini? dekat rumah kau tak cukup bilik ke apa?"

"Bukanlah.. aku cakap aku kawan Daniel, so takkan nak bermalam rumah dia pula? fikir logik lah sikit Su oi.. tapi.. kalau kau tak sudi tak apalah.. aku cari jelah hotel murah.. tidur satu malam.." sengaja dia buat nada begitu, ingin menduga temannya itu.

"Oi aku tak cakap pula tak boleh.. datanglah.. kau boleh tidur sini berapa hari kau suka.. nak tinggal sini terus pun tak apa.. lagi aku suka.."

"Ha.. ni yang aku sayang dekat kau ni.. eh Su.. nanti kita sambung lagi ya.. dah lama aku dekat dalam toilet ni, nanti mereka risau pula, nanti aku nak ke sana aku call kau ya.."

"OK-OK.. eh kau nak datang sini naik apa? drive sendiri? bahayalah malam-malam macam ni, aku jemput kaulah ek..?"

"Kau tak payah risaulah Su.. tak perlulah susah-susah nak jemput aku, nanti pandai-pandailah aku, naik teksi ke, tak pun suruh si Daniel tu hantar.. Ok Su bye.."

********

"Kamu ok ke Balqish? auntie tengok muka kamu berkerut-kerut saja dari tadi kenapa? tak sihat?"

"Err.. tak ada apalah auntie.. biasalah awal-awal mengandung macam nilah, memang rasa tak selesa sikit" dia mengukir senyuman cuba menutup rasa gundah yang membadai di jiwanya.

"Ni Daniel kata, suami kamu tiba-tiba kena outstation, tu yang dia kena tolong jemput kamu di hospital, betul ke?"

Suami aku outstation?? amboi pandai dia buat skripkan.. dia menjeling wajah Daniel yang berada di sisi Tan Sri Darwish.. nampaknya lelaki itu sedang menahan diri daripada tertawa.. jahatnya dia... kesian mummynya kena tipu dalam tak sedar..

"A'ah.. auntie.. abang tu memang macam tu, tapi apa nak buat dah kerja dia macam tu.. dah nasib terimalah seadanya.." tengok.. ingat kau seorang saja pandai berlakon? aku pun boleh juga apa..

"Kesian kamu, dahlah tak sihat lepas tu suami pula tiada disisi.. ni malam ni kamu bermalam di mana?"

"Tulah saya ingat nak balik rumah sendiri sekejap lagi.. kalau tak keberatan nak minta Daniel tolong hantarkan.."

Dari ekor matanya dapat dilihat perubahan pada wajah Daniel, nampak sangat lelaki itu kurang senang dengan apa yang baru dikatakannya sebentar tadi, tiba-tiba telefon bimbitnya yang berada dengannya bergegar pertanda ada mesej masuk..

[Daniel] Kau nak bermalam dekat rumah siapa?

Huih pantasnya dia hantar mesej, wajah lelaki itu di renungnya.

[Balqish] rumah Surayalah..

Dia membalas..

[Daniel] Jangan nak mengada-ngada..

Eh marah pula.. suka hati akulah.. dia menggetap bibir memandang ke arah Daniel..

"Eh tak payahlah balik Balqish, kamu bermalam saja di sini, esok auntie suruh Daniel hantar kan kamu balik, bahaya kamu bermalam seorang diri ni, kalau apa-apa jadi kan susah lagi-lagi kamu dalam keadaan macam ni.."

Terkaku jari-jemarinya yang lincah menekan butang-butang telefonnya untuk membalas mesej Daniel itu, ada senyuman yang tersungging di bibir lelaki itu.. seronoklah tu.. nanti kau.. jaga.. kakinya yang berada di bawah meja memijak kaki milik lelaki itu sekuat hati..

"Aduh..!!"

"Apa kena kamu ni Niel?," soal Tan Sri Darwish yang sedikit terkejut dengan tingkah Daniel yang menjerit tiba-tiba.

"Err tak ada apa-apa daddy.. tangan Niel tiba-tiba tercucuk tulang ikan ni.." memang nak kena Balqish ni.. tak apa ada masa nanti siaplah kau.

Padan muka.. Balqish tergelak kecil mendengar alasan yang di berikan oleh lelaki itu..

"Err.. kalau macam tu yang auntie kata, saya ikut sajalah kalau auntie rasa saya ni tak menyusahkan.." hai nampaknya kena call Su ni, beritahu dia yang aku tak jadi nak tumpang tidur.

"Tak ada yang susahnya.."

"Balqish tahu tak tadi, waktu mula-mula uncle nampak Balqish, uncle ingat Balqish ni isteri si Niel ni, yalah mana tau dia nikah senyap-senyap tanpa beritahu kami.."

Gulp.. hampir tercekik dia mendengar kata-kata Tan Sri Darwish itu.. kami memang suami isteri pun Tan Sri.. seperti biasa dia hanya mampu meluahkan di dalam hati saja.

"Kenapa uncle cakap macam tu.."

"Tak adalah, uncle nampak kamu dengan Daniel tadi macam sesuai jadi pasangan.. ah perasaan uncle saja.. lupakan apa yang uncle mengarut ni.."

Terdiam seketika mendengarnya..

"Hisy daddy ni mengarutlah, dengar dek suami dia mesti dia kecil hati nanti.."

"Betul apa daddy cakap.. hai kadang-kadang daddy cemburu tengok kawan-kawan daddy semua dah merasa menimang cucu, nak menunggu kamu tu macam kempunan saja daddy ni.. " lirih pula kedengaran nadanya.

Tan Sri tak kempunan.. nilah cucu Tan Sri sebenarnya, itupun kalau Tan Sri sudi terimanya, bisik hati kecilnya.

"Tulah Niel ni, mummy suruh kahwin tak mahu, tu anak auntie Adlynn kamu tu, si Suhail tu lawa budaknya, baik pula budi pekertinya, apa lagilah yang kamu nak tunggu? tak ada duit? mummy dan daddy boleh sponsor cakap saja nak berapa.."

"Mummy, daddy boleh tak kalau sesekali kita berjumpa, kita stop bincang pasal kahwin-kahwin ni, Niel rimaslah.."

"Rimas konon, yang kamu tu ke hulu ke hilir mengusung anak dara orang ni, ingat mummy tak rimas melihatnya.."

Tolonglah jangan mula, dia mendesis perlahan.. rasa kurang senang bila mummynya sudah mengeluarkan topik yang terlalu biasa di pendengarannya.. Balqish di hadapannya di renungnya, kelihatan sedang bermain-main dengan nasi dalam pinggannya..

Kenapa agaknya? dia terasa ke mendengar kata mummy tu suruh aku berkahwin? atau... ke dia tengah tahan gelak sebab tengok aku ni dah besar panjang pun kena leter.. mereka berlaga pandangan dan kelihatan ada senyuman mengejek terbit di wajah itu.. sahih Balqish tengah mentertawakan dirinya di dalam hatinya itu.

"Hah Daniel, si Zairyn kata kamu MC sebab kucing kamu masuk wad? musykil daddy tau, sejak bilanya kamu suka membela kucing?"

"Aa.. lama dah daddy.. kucing tu.. kucing tu masih lagi kena tahan.. dia kena selesema.. kena kuarantin lah kiranya daddy.." huhuhu alang-alang dah daddy tanya.. terpaksa jugalah bohong.. bohong sunat tak apa kot.. eh ada ke bohon sunat? tu semua bidaah nak menghalalkan cara saja.. isk.

Aku yang sakit masuk wad dikatanya kucing... bertuah punya Daniel.. heii kalau kau ada dekat dengan aku ni memang aku dah cubit-cubit kau dah.. geram.. geram tau tak.. suka-suka dia sajalahkan.. tak apa Balqish sabar ya.. jangan ikut sangat marah tu.

********

Boringnya.. apa aku nak buat dalam bilik ni.. baru pukul 10 malam, awal lagi untuk melelapkan mata.. biasa waktu-waktu macam ni dia masih lagi asyik menonton televisyen.

"Hah Balqish, kamu pergilah berehat.. tak elok orang mengandung ni tidur lewat-lewat malam.." tegur Puan Sri Nuha bila melihat dirinya masih lagi di ruang tamu menjadi pendengar setia mereka berbual anak beranak.

Dan di sebabkan itulah kini dia berada didalam biliknya.. kebosanan.. sebentar tadi dia baru selesai berbual dengan Suraya di telefon memberitahu dia tidak jadi untuk datang menumpang tidur.. handphone yang berada di tangannya tiba-tiba bergegar, dan bila dilihat terdapat mesej dari Daniel tertera di situ, hai nak apa lagilah dia ni..

[Daniel] kau dah tidur ke?

Hai duduk serumah pun nak bermesej-mesej.. hilang akal betul mamat ni malam ni..

[Balqish] Dah tidur dah.. ni sy mengigau bls msj awk.. eh awk nak apa ni?

Terus butang send ditekan.. semakin hari perangai dia ni semakin memeningkan kepala aku..

[Daniel] xda apa.. saja kacau kau.. aku x blh tidurlah.. eh kau dah minum susu blm ni?

Lah.. dia ni.. tak boleh ke kalau satu hari aku tak perlu minum susu tu.. tak sukalah... mengeluh dia membaca mesej dari lelaki itu.

[Balqish] Hari ni sy x mau minum.. dahlah sy nak tidur, slmt mlm.

[Daniel] Jgn nak mengada.. 5 minit lagi aku ketuk pntu blk, kau kena minum, tu utk kshtan kau & bb juga.

Tengok tu.. orang tak mahu mesti nak juga paksa-paksa.. dasar Hitler sungguh dia ni.. semuanya nak guna kuasa veto.. hai nasiblah aku bersuamikan dia dan nasiblah anak aku berpapakan dia.. jangan ikut perangai macam papa tu sudahlah ya baby.. papa tu suka paksa mama.. kesian dekat mama ni.. bisiknya perlahan sambil mengusap perutnya penuh kasih.

Friday, January 15, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[20]

Langit luar yang berawan kelam dan hanya dihiasi jutaan bintang itu diperhati dan direnung dengan penuh minat, entah kenapa perasaan jemu tidak pernah menerjah hadir walaupun sudah berjam-jam lamanya dia berdiri memandang pemandangan yang sama itu. Angin malam yang bertiup lembut sepoi-sepoi sesekali menerjah masuk melalui tingkap yang terbuka itu menampar lembut kulit tubuh sasanya yang hanya memakai baju t-shirt berlengan pendek itu.. hurm sejuk juga terasanya dicampur pula dengan angin yang terlahir dari putaran ligas kipas yang tergantung di siling itu, memang membuatkan dia sedikit menggigil.


Balqish yang sedang lena di katilnya di renungnya.. tenang sekali tidurnya.. tak mengigau seperti malam semalam.. hari ini masuk hari yang ke dua dia terpaksa bermalam di sini, teringat pula kerja-kerja di pejabat yang pastinya sudah menimbun sedia menantinya untuk disiapkan.

"Encik Daniel, awak tak masuk office lagi ke hari ni?" soal Zairyn di talian siang tadi ketika dia memberitahu akan ketidakhadirannya lagi hari ini.

"Tak Zairyn kenapa? Tan Sri ada cari saya ke?"

"Yuplah.. dia bising Encik tak datang, macam-macam dia tanya pada saya ni, sampai saya tak tahu nak jawab apa dah.."

"Awak cakap dengan daddy, dia tak perlu risau atau apa ke, nanti ada masa saya call dia.."

Hai kesian juga dengan Zairyn ni, macam dia tidak kenal benar dengan perangai daddynya itu, pasti akan bertanya selagi belum dapat jawapan yang memuaskan hatinya.

"Ok.. ni encik ni sebenarnya kenapa tak datang office ni, cuba encik beritahu saya terus terang apa ke halnya.."

"Ala.. Zairyn saya bukan suka-suka tak datang office tu.."

"Yalah saya tau, tapi apa sebabnya encik oi?" hisy orang tanya tu jawab sajalah, ni lagi nak pusing sana pusing sini..

Hisy apa aku nak bagi alasan dekat Zairyn ni, banyak tanya pula dia ni mengalahkan mummy pula hari ni.

"Er... saya.. saya.." dia berkira-kira untuk memberi alasan.

"Saya, saya apanya encik?" hairan susah sangat ke nak bagitahu akan halnya? pelik betullah..

"Saya punya kucing masuk wad.." hah terkeluar juga alasan yang dirasakan bernas dalam akal fikirannya itu.

"Ha kucing masuk wad? lah kucing encik yang masuk wad bukannya encik, itupun sampai tak datang pejabat, apalah encik ni.."

Ni baru kucing yang masuk wad dah jadi tak tentu arah tapi kalau kekasih hati pula mesti sewel jadinya, hisy tak faham sungguh dengan orang-orang kaya ni sayangkan kucing melebihi sayangkan diri sendiri... Zairyn bermonolog sendiri.

"Yelah tu kucing kesayangan saya, kalau dia tak ada tak lena tidur saya tau.." hai Qish, kau jadi kucing akulah gamaknya, sorry aku terpaksa membuat alasan begitu... huhu kalaulah dia tau aku buat alasan macam ni mesti dia membebel dua hari dua malam tanpa henti.. pot pet pot pet.. aduh tak sanggup aku nak membayangkannya dan nak mendengarnya.

"Err Zairyn, lain kali sajalah kita sambung, saya nak letak phone ni, nak drive.. nanti kalau ada hal-hal penting awak call saya nanti ya.."

Cepat-cepat dia mematikan talian, dia tahu semakin lama dia melayan kerenah setiausahanya itu, pasti lebih banyak yang akan dipersoalkan oleh gadis itu.

"Awak tak tidur lagi?" teguran lembut itu menyentakkan lamunannya. Pantas dia berpaling dilihatnya Balqish sudah terjaga dari lenanya dan sedang duduk bersandar memandangnya..

"Kenapa? ada apa-apa yang kau perlu kan? kau lapar? nak makan? ke nak ke toilet?" soal Daniel tanpa menjawab pertanyaan Balqish itu.

"Tak... saya terjaga.. lepas tu tak boleh lena kembali, saya tengok awak asyik termenung saja, kenapa? awak ada masalah ke?" rasanya ini pertama kali dalam sejarah hidup mereka bersama dia bercakap dengan nada yang baik, lembut penuh mengambil berat.

"Tak adalah.. mana ada aku termenung, aku tengok langit.. saja nak kira bintang.. " dia menjawab, dia berjalan perlahan menghampiri katil Balqish dan akhirnya duduk di kerusi yang terdapat di sisi katil itu.

"Tengok langit kira bintang? eheh sejak bila jadi mamat yang melayan perasaan ni? ke awak rindu dengan kekasih-kekasih hati awak tu? yalah dah dua hari awak kena jaga saya.. kesian awak.." sengaja dia mengusik.

"Uik.. tolong jangan nak mulakan ok, aku tak ada mood nak bergaduh tengah-tengah pagi ni ok.."
suka sungguh dia ni cari pasal dengan aku, tak padan dengan keadaan yang tak sihat tu, Daniel mendesis, terkadang dia memang agak bengang dengan sikap Balqish yang suka mencari pasal dengannya.

Tersenyum dia mendengar kata yang terlahir dari Daniel itu, sebenarnya bukan niat dia pun untuk mencetuskan bunga-bunga pergaduhan antara mereka tapi sekadar untuk menghilang sunyi yang hadir antara mereka, entah kenapa dia kadang-kadang terkedu lidah untuk berbicara jika hanya tinggal mereka berdua sahaja, rasa kekok, segalanya serba tak kena..

"Awak rasa bila saya boleh keluar ya? kerja dekat pejabat tu mesti dah menimbun menunggu saya ni, lagi pun kesian Suraya tak ada kawan dekat office tu.." bukan kerja sebenarnya yang dirisaukan, hakikatnya lebih kepada rasa bosan yang dirasai akibat terlantar tanpa melakukan sebarang aktviti.

"Entah.. aku tanya doktor siang tadi, dia kata kalau keadaan kau dah semakin ok, siang nanti dah boleh keluarlah.." hai dia ingat dia sorang saja banyak kerja dekat pejabat tu, aku ni taklah ya..

"Seronoknya kalau dah boleh keluar.. saya dah rasa bosan sangat duduk sini, asyik-asyik kena periksa itu ini ,kalau nurse lelaki best juga, boleh juga cuci mata, ni tak semua nurse perempuan.. boring tau, dahlah lepas tu kena makan ubat pula.. loya tau tekak ni nak menelannya.."

Alahai kedengaran manja pula suara dia ni pagi-pagi ni, ke perasaan aku saja ni..

"Baby macammana sihat ke?"sengaja menyoal sebelum perasaannya mula menerjah memikirkan yang tidak-tidak, isk haru nanti.

"Baby sihat saja ni, kuat macam mama dia juga.." riang rasa hatinya bila teringatkan baby yang dikandungnya itu, syukur pada ALLAH sangat-sangat kerana masih terus mengizinkan anak itu terus bersamanya.

"Boleh tak aku nak pegang baby kita ni?"

Terpempan dia mendengar pemintaan Daniel itu, rasanya sepanjang mereka bersama belum pernah lelaki itu meminta itu, terkelu lidah untuk menjawabnya.

Perlahan-lahan tangannya menyentuh perut Balqish yang sudah berubah bentuk itu buat pertama kalinya, ada sesuatu perasaan yang hadir menyentak jiwanya, perasaan yang sukar digambarkan, dan sukar di mengertikan.. seronok, gembira segalanya ada.. adakah perasaan ini yang di rasai oleh semua orang yang bakal menjadi seorang ayah? dia tertanya-tanya dalam hatinya. Tangannya mengusap lembut penuh kasih, dan dalam waktu yang sama Balqish rasa perasaannya hampir nak pecah membendung rasa segalanya ada.. wajah sudah bertukar rona warna kemerahan.. malu usah cakaplah.

"Anak papa.." Daniel menyeru perlahan sebelum tunduk mengucup lembut perut Balqish itu..

"Awak... saya nak pergi toilet.." dia meminta izin, dada dah rasa nak pecah dengan jantung yang berdegup kencang dengan debar usah katalah.. hisy buang tebiat sungguh lelaki ini hari ni, tiba-tiba datang perangai romantik dia, mamai ke apa.. seram aku.. tapi.. seronok juga.. rasa macam diri ni dihargai..

********

"Setiausahanya kata, Niel MC sebab kucingnya masuk wad.." hairan bila ke masanya anak itu bela kucing? sejak bila Daniel jadi pencinta haiwan ni? tertanya-tanya di benak hati Puan Sri Nuha dengan tingkah anak bujangnya yang aneka ragam itu.

"Yelah.. dah itu saja yang si Zairyn beritahu pada daddy.. eh tapi betul ke anak kita ada bela kucing mummy? seingat daddylah dulu waktu kecik-kecik si Daniel tu bukannya suka dengan kucing.."

"Entahlah daddy, mummy pun tak faham sungguh dengan perangai anak kita tu.. alahai.. mummy tak kira, esok siang kita pergilah rumah dia, jenguk dia, sihat ke tidak.. ada dia telefon daddy?"

"Tak ada pula, Zairyn kata, Niel ada juga kata nak telefon Daddy, agaknya dia terlupa kot.. pergi rumah dia? sukahati mummylah daddy ikut saja.."

"Yelah.. telefon kita pun tidak, kita telefon dia pun jarang berangkat, susah-susah biar kita jenguk dia kan senang.."

"Ok jugalah tu, daddy pun malas rasanya nak masuk office esok, nak rehat rasanya.."

Memang esok dia hanya bercadang ingin berehat saja di rumah memandangkan dia memang tiada agenda penting, lagi pun usia macam sekarang ni memang patut pun dia berehat saja di rumah tak memikirkan kerja lagi.. Tan Sri Darwish mengeluh hai kalaulah ada anak yang ramai kan seronok, meriah sikit rumah ni, tak adalah sunyi sangat rasanya.. Daniel di suruh kahwin tak mahu pula, kalau tidak mesti hidupnya sekarang sudah lengkap di kelilingi anak dan cucu.. haisyy..

*********

"Hurm nampaknya kesihatan puan sudah agak baik.. hurm.. puan dah boleh balik rumah hari ni.."

Riang hatinya, berbunga senyuman di wajahnya mendengar kata dari Doktor Naim itu..

"Alhamdulillah, betul ke doktor? terima kasih doktor.." hee gembiranya.. mana pula Daniel ni, kata pergi beli air tapi kenapa lama sangat ni..

"Ya.. tapi puan kena jaga diri, hati-hati dengan setiap langkah tu dan jangan buat kerja-kerja yang berat sangat.."

"Tak apa doktor saya akan pastikan dia sentiasa berhati-hati, dan saya akan pastikan dia tak buat kerja teruk-teruk.." sampuk Daniel yang baru muncul tiba-tiba.

"Baguslah begitu encik Daniel, cuma.. orang mengandung ni sensitif sikit, semua kehendak dia mesti kena ikut, jadi kena banyakkan bersabar dengan kerenah mereka ni, kalau tak sabar nanti macam-macam pula boleh jadinya..."

"Ha.. awak dengar tu doktor kata tu, lain kali saya buat kerja dekat dapur, ringan-ringan sikit tangan tu tolong saya.. lepas ni awak pula yang kena masak seminggu.." Balqish yang dari tadi hanya diam mendengar saja kini bersuara.. sengaja ingin mengenakan Daniel.

"Aik.. aku pula yang kena masak?? bukan kau kata hari tu aku masak tak sedap ke? sup tawarlah, sayur masin sangatlah..." terkeluar bahasa kau dan aku seperti selalu, terlupa akan kehadiran doktor itu di antara mereka.

Hisy mereka berdua ni, macam budak-budaklah.. Doktor Naim menggeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkah mereka berdua, tercuit juga hatinya.. kelakar pun ada juga.. agaknya semua pasangan muda zaman sekarang macam nilah kot.. pasangan moden.

"Er.. saya keluar dululah ya.. nanti kita jumpa di bilik saya.." pesan Doktor Naim sebelum berlalu.

Daniel hanya mengangguk dan hanya ekor matanya saja menghantar langkah doktor itu...

"Nah awak tolong saya packing barang-barang saya ni.." Balqish menghulurkan beg kepadanya..

"Hai aku juga yang kena buat ke?"

"Yalah.. kan doktor kata saya kena banyak berehat.." hii seronoknya dapat buli dia, time nilah aku nak balas dendam, hatinya berbisik nakal.

"Tapi kan kau dah puas berehat.." masih tak puas hati.

"Buat sajalah, banyak tanya pula dia, kalau tak nanti saya bagitahu doktor yang awak dera saya, biar doktor tu bebelkan awak lagi, biar padan muka.." ugutnya.

"Bagitahulah, aku tak takut pun.."

"Oh tak takut ya? dok.." dia menjerit ingin membuka mulut memanggil Doktor Naim..

"Ok jangan-jangan.. aku buat.. hisy itu pun nak mengadu macam budak-budak.." dia mendesis geram dengan perangai nakal Balqish hari ni.

Eleh kata orang perangai macam budak-budak, diri sendiri pun sama dia tak sedar pula.. Balqish mencebik mendengar ungakapan dari Daniel tadi. Matanya seronok memerhatikan tingkah Daniel yang sibuk mengemaskan barang-barangnya, tersungging senyuman nakal di wajahnya..

*********

"Ya ALLAH ni rumah ke sarang tikus ni," terbeliak biji matanya, terkejut melihat keadaan dapur rumah anak bujangnya itu macam tongkang pecah, dengan sinki penuh dengan bekas-bekas yang telah digunakan tanpa di basuh.

Hai sejak bila si Daniel pandai memasak di rumah ni, pandai memasak tapi tak pandai berkemas, apa nak jadilah budak sorang ni.

Apron yang tersangkut di dinding di capai, lengan bajunya terus di sinsing sehingga ke paras siku, tanpa berlengah dia terus memulakan aktiviti pembersihan, memang dia rimas, matanya sakit melihat keadaan yang bersepah tidak terurus itu.

"Daddy ooo daddy.." Puan Sri Nuha melaung memanggil suaminya.

"Ya nak apa mummy..?"

"Tolong mummy buang sampah ni, si Niel ni tong sampah dah penuh pun tak reti nak buang, hisy entah ke manalah budak tu, dengan keadaan rumah tak terurusnya.."

"Entahla mummy, susah-susah suruh saja dia pindah balik, duduk dengan kita sekali, senanglah kita nak menjaganya.. "

"Mummy dah cakap banyak kali dah tapi dia degil.. hisy tak fahamlah dengan budak tu, dah daddy tolong buang sampah tu, lepas tu tolong mummy siang sayur ni, mummy nak masak untuk kita ni.."

Nasib sebelum datang tadi mereka telah singgah terlebih dahulu ke super market, nak harapkan barang-barang di rumah Daniel hurm.. tak adalah nampaknya, dengan peti aisnya kosong, dan lauk-pauk di atas dapur terbiar basi.. macam manalah dia boleh hidup dengan keadaan macam ni, hai orang lelaki macam tulah dia.

Usik-mengusik menceriakan suasana dapur, begitulah selalunya memang ada sajalah kerenahnya jika mereka berdua berdua bersama dan agaknya itulah yang menjadi resipi rumah tangga mereka terus kekal bahagia sehingga kini... tak sampai berapa jam saja beberapa hidangan telah berjaya disiapkan.. terlakar riak puas di wajah Puan Sri Nuha, dah lama rasanya dia tidak memasak untuk anak tunggalnya itu.

"Hurm mummy lapar pula perut daddy mencium bau hidangan ni.. agaknya pukul berapalah anak kita ni balik ya.."

"Sabarlah daddy, kejap lagi baliklah anak kita tu..."

Seusai saja Puan Sri Nuha berkata, kedengaran deruman enjin kereta menderu masuk..

"Hah agaknya itu dia kot, panjang umurnya.. baru kita sebut-sebut.." riang hatinya pantas dia menuju ke hadapan ingin menyambut kepulangan si anak.

Memang tepat jangkaannya bila melihat kereta milik Daniel elok terparking..

Daniel memerhati keadaan sekililing rumahnya.. terkejut melihat kereta milik Tan Sri Darwish elok terparking di halaman..

"Isy.. tu macam kereta daddy aku saja, Qish apa kita nak buat ni?" wajah Balqish yang berada di sisinya di renung, memikirkan alasan apa pula perlu diberikan kali ini.

Haisyy.. waktu macam ni boleh pula mereka datang, perkara yang tidak pernah diduga berlaku kini... belum sempat memikirkan alasan yang patut... Puan Sri Nuha dan Tan Sri Darwish sudah terjenggul dengan wajah ceria di pintu utama membuatkan Daniel dan Balqish berpandangan sesama sendiri... mereka terpempan di tempat duduk masing-masing, terkaku tak tahu nak buat apa-apa..


Monday, January 11, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[19]


Apa yang aku nak masak untuk dia ni.. Daniel mula berkira-kira menu apa yang sesuai untuk Balqish.

Tangannya ligat menyelak helaian demi helaian buku masakan yang tersusun dihadapannya, dah hampir satu jam dia di situ, duduk mengadap buku-buku itu namun satu keputusan pun belum dapat di ambil olehnya..

Qish suka makan apa ya? selama ini memang dia tidak ambil tahu sangat apa kesukaan Balqish itu, baginya itu bukanlah urusan dia, dan juga bukanlah sesuatu yang penting baginya.

Agak-agaknya kan kalau aku masak nanti dia nak makan ke tak? yalah manalah tahu aku termasak makanan yang bukan menjadi kesukaan dia ke, isk..

Ah redah sajalah.. aku dah masak kira nasib baiklah tu.. dia nak makan ke tidak itu terpulang pada dialah.

Dia bangun daripada duduknya, menuju ke arah peti ais, sayur, ikan, ayam.. segalanya di keluarkan satu persatu diletakkan ke sinki.

Alahai macam mana nak siang ikan ni? nak kena buang kepala ke tidak? nak potong macam mana?, ayam ni pula macam mana caranya? nak kena buang kulit dia ke? hisy tak pernah-pernah seumur hayat aku ni buat kerja-kerja dapur ni, biasanya mummy yang buat tak pun tukang masak dekat rumah tu.. dia menggaru-garu kepala kebuntuan.

Aku nak tanya siapa ya.. Suraya.. ya hanya dia satu-satunya yang boleh membantu.. tapi perempuan tu mesti membebel panjang nanti..

Ah pedulilah.. nombor telefon teman Balqish itu di dailnya, tidak sabar menanti talian dijawab.. mana dia ni..

"Hello Su.."

"Hah awak nak apa? saya tengah busy ni, dalam office ni, nanti boss saya nampak mati saya.." soal Suraya kehairanan, nak apa pula lelaki itu pagi-pagi ni dahlah aku tengah sibuk dengan kerja yang menimbun ni atas meja ni sampai aku rasa tak cukup jari tangan ni, rasa nak guna jari kaki sekali kalau boleh untuk siapkannya..

"Suraya, I nak masak ni tapikan I buntu, so I call you sebab nak tanya youlah." terus di beritahunnya apa niat sebenar dia menelefon.

"Awak nak masak apa tu? apa yang membuntukan awak? eh bukan ke Qish kata dekat rumah tu banyak buku masakkan, apa kata awak rujuk sajalah dekat buku-buku tu kan senang.

"Itu saya tahulah Suraya cuma saya buntu, kalau kita siang ikan perlu ke kita buang kepalanya dan kalau kita siang ayam perlu ke buang kulitnya.."

"Uik itu pun tak tahu ek.. tulah lain kali intai-intai sikit kerja dekat dapur tu.. kalau siang ikan tak perlu nak buang kepala, awak just potong sikit muncung dia, dan ayam pula sukahati awaklah nak buang kulitnya atau tak, yalah setengah orang tak suka kulitnya sebab banyak lemak tapi setengah orang suka pula." panjang lebar Suraya memberitahu dan sempat juga di selitkan sedikit bebelan, hai kalau dah di namakan perempuan begitulah gayanya kan.

"Thanks Suraya, err Balqish suka makan apa ya?" dia bertanya cuba menyelidiki yalah Suraya mesti tahu apa kesukaan Balqish, kata mereka kawan baik.

"Entah.. saya rasa dia suka makan megi goreng dulu sebab itu saja yang dia tahu nak masak kalau dia tinggal seorang diri.."

"Oh..." tapi tak akan aku nak masak megi goreng kot untuk dia, mana elok untuk kesihatan makanan tu dahlah tak ada khasiat langsung.

"Ha.. satu saya ingat, Qish tak suka makan masakan yang pedas sebab dia tak tahan pedas.." ya itu yang dia ingat, kalau Balqish makan makanan pedas, secara automatik temannya akan berulang alik ke tandas.. perutnya tidak mampu menampung kepedasan.

Oh patutlah dia tak pernah masakkan aku yang pedas-pedas selama ini, tak tahan pedas rupanya.. ceh sebijik macam budak-budak.. hatinya berbisik perlahan.

"Awak ada apa-apa lagi nak tanya saya ni ke? kalau tak saya nak letak phone ni, yelah nanti karang bos saya nampak dia kata saya curi tulang pula bergayut waktu kerja.." memanglah bossnya bukan dari seorang yang pemarah tapi atas dasar hormat seorang pekerja kepada bossnya dia rasa tidak sepatutnya melakukan itu.

"Tak ada dah rasanya.. ok terima kasih banyak-banyak, nanti kalau ada masalah I call lagi.."

"OK bye.." terus talian di matikan dan dia kembali meneruskan kerja-kerjanya.

"Balqish mana Suraya?" soal Haizam yang entah dari mana munculnya.

Uikk kuss semangat, dah lama ke dia terpacak dekat belakang aku tadi? mesti dia dengar apa yang aku bualkan tadi..

"Err.. Balqish MC hari ni Encik, dia tak sihat..."

"MC? tak Sihat? kenapa?" Hairan semalam tengok sihat saja, ceria sepanjang hari menyiapkan kerja-kerjanya, tapi hari ni.. isy ada sesuatu yang tak elok berlaku kepadanya ke? hatinya mula digamit risau, perasaan ingin tahu mula mebuak-buak dalam dirinya, wajah Suraya direnungnya inginkan penjelasan.

"Ye boss, dia tergelincir dekat dapur rumah dia, now kena tahan dekat hospital.. " jelas Suraya.

Kena tahan? macam teruk saja nampaknya..

"Kalau macam tu tengahari nanti awak temankan saya ya Suraya, saya nak pergi melawat dia.." putusnya.. risau bila memikirkan apa yang menimpa kepada Balqish.

Suraya hanya menganggukkan kepalanya mendengar pemintaan bossnya itu.

Sementara itu di rumah Daniel, dapur yang tak serupa dapur jadinya..

Adeys.. beberapa kali dia mengaduh akibat terkena percikan minyak panas gorengan ayam.. huisy susah juga ya memasak ni.. dia mendengus..

Hisy siapa pula yang call ni? tiba-tiba telefon bimbitnya yang diletakkan diruang tamunya berbunyi minta diangkat, pada mulanya dia hanya ingin membiarkan tapi bila difikirkan takut ada panggilan penting bergegas dia mendapatkannya.

Ceh salah nombor rupanya, dahlah banyak tanya pula tu, aku dah banyak kali kata salah nombor, boleh dia tanya lagi, Daniel membebel perlahan, geram dengan pemanggil yang telah mengganggu kerjanya tadi dan membuatkan dia terkejar-kejar..

Eh bau apa ni..? tiba-tiba hidungnya tercium bau yang seakan sesuatu yang hangit, kembang kempis hidungnya..

Alamak... ayam aku..!! bergegas dia berlari pula menuju ke dapur.

Menepuk dahi sendiri bila dia melihat ayam yang digoreng telah bertukar warna kehitaman.. alahai rentung sudah..


********

"Daniel mana Zairyn?" soal Tan Sri Darwish.. kehairanan bila melihat jam di tangan sudah menginjak jam sebelas pagi namun biliknya masih kosong, kelibatnya masih tak kelihatan. Hai pagi-pagi lagi dah hilang.. budak bertuah.

"Entahlah Tan Sri, tadi encik Daniel ada telefon dia kata mungkin dia tak masuk hari ni, ada hal peribadi sikit.." Zairyn memberitahu.

"Hal peribadi? hal apa? penting sangat ke halnya tu sampai tak masuk pejabat?" soal Tan Sri Darwish ingin tahu..

"Entahlah Tan Sri, tak pula di cakapnya hal apa.." Zairyn mengangkat bahu, manalah aku tahu dia tak bagitahu takkan aku sibuk-sibuk nak tanya, nanti karang dikatanya aku busy body. Aku ni setiausahanya di pejabat saja bukan di rumah sekali.

"Oh hari ini dia tak ada meeting dengan client ke?"

"Tak ada pula, hari ni memang jadual dia agak freen Tan Sri.." isk awatlah banyak tanya pula Tan Sri ni hari ni, kalau nak tau sangat ke mana anak dia pergi apa kata call saja Encik Daniel tu, hisy macamlah aku jaga dia 24 jam sampai semua hal tentang dia aku tahu..

Hairan hal peribadi apa agaknya yang diuruskan oleh si Niel ni, nak kata ada isteri belum lagi, ni mesti hal gaduh dengan girlfriend ni.. ya tak lain tak bukanlah tu.. girlfriend keliling pinggang tulah jadinya, Tan Sri Darwish meneka-neka dalam hatinya.

Hai nampaknya tak jadilah nak pergi rumah dia hari ni, teringat pula akan hasrat Puan Sri Nuha yang ingin membuat kejutan kepada anak tunggalnya itu, yalah buatnya kalau pergi nanti rumahnya tak ada orang, bukan ke sia-sia, nampaknya lain kalilah.. bisik hatinya.

Zairyn hanya memerhatikan saja tingkah Tan Sri Darwish yang terdiam seolah memikirkan sesuatu.. ah biarlah bukan urusan aku tak perlu nak sibuk-sibuk hal orang.

******

Langkah kakinya terhenti tiba-tiba dihadapan pintu wad itu bila telinganya mendengar suara wanita dan lelaki berbual-bual berselang-seli. Hairan, siapa pula yang datang ni... perlahan-lahan di dekatkan wajahnya pada pintu yang sedikit rengang.. Dari situ dia nampak ada seorang lelaki.. sedang membelakangi pintu dan sedang bercakap dengan Balqish.. siapa ya lelaki itu??

Amboi bukan main mesranya dia... Daniel mengetap bibir geram.. bertambah geram bila melihat ada sejambak bunga yang berada di tangan Balqish.. tu tak lain tak bukan pemberian lelaki itulah tu... dia mendengus, entah apalah niat lelaki itu... jangan-jangan dia ada hati dengan Balqish tak, tak pun dia tu boyfriend Balqish, yalah manalah tau kan sebab sebelum-sebelum ni aku mana tau status si Balqish tu sewaktu belum berkahwin, mana tau kekasih orang ke.. hatinya mula meneka-neka.. eh kenapa pula aku runsing-runsing ni.. isy cuba menafikan gelodak hatinya kala itu...

Pintu ditolak perlahan dan dia melangkah masuk, nanti kau....

"Hai sayang.. macam mana rasa sekarang ni? dah kurang?" soal Daniel sengaja menekankan perkataan sayang di hadapan lelaki itu, kalau tak silap aku ni lelaki yang aku jumpa waktu di klinik masa Qish pengsan hari tu, ya lelaki yang sentiasa mencurigai hatinya dengan renungan hati itu, hatinya kuat menyatakan yang lelaki itu punya perasaan pada Balqish.

Balqish terkejut.. uik mimpi apa dia ni sampai panggil aku sayang ni? pelik.. ke sengaja nak menunjuk depan Encik Haizam yang dia lelaki baik.. isk pelik pelik pelik... kadang-kadang dia sendiri pun sukar untuk menduga perangai Daniel itu, berubah-ubah tak tentu masa.

"Hurmm.. saya dah rasa ok sikit.. eh lupa nak kenalkan ni boss saya Encik Haizam, mungkin awak pernah jumpa dia dulu.."

"A'ah.. abang pernah jumpa dia dulu waktu Qish pengsan dulu.." mereka berjabat salam, bertukar senyuman.

Abang?? isk.. dah bahasa diri abang pula, tadi panggil aku sayang.. macam-macamlah dia ni.. apa-apa sajalah.. sukahati kaulah Daniel tak kuasa aku nak pening-pening fikirkan perangai kau tu.

"Awak masak apa tu? macam sedap saja baunya.." terus dia mengajukan tanya, menutup rasa hairan yang mula bertandang menyesakkan benaknya.

"Qish nak makan? meh abang suapkan.. mesti lapar kan dari semalam tak makan apa-apa kan.." dia duduk di kerusi yang terdapat pada sisi katil itu, tangan lincah membuka bekas nasi yang dibawa olehnya.. alamak lupa bawak sudu pula.. dia mengeluh.. tulah terkocoh-kocoh sangat tadi sampai semua tertinggal.. tak apalah guna tangan sajalah.

"Untung awak ya Balqish dapat suami yang penyayang macam Encik Daniel ni.. " Haizam yang sedari tadi memerhati tingkah mereka berdua, bersuara.

Yalah untung Encik Haizam oii.. dia memang macam ni, tapi dekat depan orang lain saja, tu tak lain tak bukan mesti ada motif tersembunyi tu, jawab Balqish namun hanya mampu terluah dalam hatinya saja.

Suraya yang hanya diam berdiri didalam bilik itu juga sudah naik hairan dengan tingkah laku suami kepada teman baiknya itu, nak bersuara serasa seperti tidak patut kiranya.. perati sajalah drama dua tiga babak depan mata ni.. isyh..

Dia mengunyah perlahan nasi yang disuapkan kepadanya.. sup ayam dengan sayur goreng.. boleh tahan cuma sayur terlebih masin dan sup pula terkurang garam.. hurm best juga sakit ni ya, dapat juga aku merasa air tangan lelaki ini, aku hanya main-main saja waktu suruh dia masak tu, hai tak sia-sia aku buat drama air mata.. Balqish tersenyum dalam hati.

"Hurm sedap tak abang masak?" soal Daniel kurang sabar, bila melihat Balqish yang begitu enak menikmati makanannya.

Balqish hanya mengangguk menjawab soalannya, sedikit pun tidak bersuara...

Jam dipergelangan tangannya di perhati sekali lalu, eh boss ni tak nak gerak ke? waktu break dah habis ni.. Suraya berdehem perlahan memberi isyarat kepada Haizam dengan lirikan matanya.

"Hurm.. Balqish waktu lunch pun dah nak habis, I beransur dululah ya, jaga kesihatan tu ya, jangan lupa makan ubat dan jangan buat kerja berat-berat.." pesannya.

Eh lelaki ni, yang dia sibuk-sibuk ingatkan itu dan ini pada Balqish kenapa? macamlah aku ni tak ada nak jaga dia... hatinya mengomel kurang senang dengan kata-kata yang terlahir dari mulut lelaki itu.

"Jangan risau Encik Haizam, Balqish masih ada saya untuk menjaga dia.." balas Daniel sinis, sengaja buat begitu agar lelaki itu sedar yang dirinya masih mampu menggalas tanggungjawab menjaga Balqish.

"Ok Qish, aku balik office dululah.. nanti ada masa aku datang lagi.. lagipun aku tak naklah kacau korang berdua..." sengaja mengusik sempat dia mengenyitkan matanya kepada temannya itu dan dilihatnya wajah Balqish sedikit memerah mendengar katanya.

Suasana kembali sepi dan hanya bunyi kipas yang berputar di siling sahaja yang kedengaran..

"Thanks.." terharu pula dengan layanan lelaki itu kepadanya hari ni.

"Awak tak makan sekali?" soal Balqish bila melihat lelaki itu hanya menyuapi dirinya dan bukan pada dirinya sendiri..

"Tak.. aku rasa kenyang lagi.."

Tengok.. kan dah berubah intonasi suaranya.. aku dah agak dah dia ni..

"Eh apa kena ya awak ni?"

"Kenapa pula?" soal Daniel kembali, sengaja buat-buat tidak mengerti..

"Ya lah tadi depan mereka bukan main romantik lagi awak, siap sayang abang.. "

"Saja.... aku tak suka cara lelaki tu pandang kau, kau tau tak.. macam lelaki gatal, dengan isteri orang pun nak miang-miang.." Daniel merengus geram bila teringatkan renungan mata Haizam itu.

Balqish terdiam mendengar jawapan yang keluar dari mulut Daniel itu.. namun hanya seketika sebelum wajahnya mengukir senyum secara tiba-tiba.. ada sesuatu yang mencuit hatinya..

"Awak cemburu ya..."

"Mana ada.. tak ada masa aku nak cemburu dengan kau.." pantas dia memotong cakap Balqish tak mahu Balqish terus menekan dirinya sehingga tak mampu membendung rasa hatinya nanti.

"Habis kalau tak cemburu kenapa pula boleh berubah tiba-tiba bila berdepan dengan Encik Haizam tadi?"

"Jadi kau sukalah aku panggil kau sayang dan aku bahasakan diri aku abang?... aku tak kisah kalau kau nak.." sengaja dia beralih topik..

"Eh please... tak ingin saya nak panggil awak macam tu tau.. dah saya tak nak layan awak mengarut.. saya nak minum, dahaga.."

"Ambillah sendiri.. kan dekat saja dengan kau tu.. dahlah aku nak pergi cuci tangan ni.."

Tercengang mendengar jawapan dari Daniel itu.. Ceh.. ingat kita ingin sangat ke nak manja-manja dengan dia.. bohlayanlah... dia menggetap bibir geram, dengan penuh berhati-hati dia mencapai gelas yang telah berisi air diatas meja kecil disisinya lalu di bawa ke mulut dan di teguk perlahan... kesian anak mama.. dahaga ya..

Cemburukah aku ni?? entahlah kadang-kadang aku keliru dengan rasa hatiku sendiri ni.. Daniel mengeluh perlahan..