iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Tuesday, February 23, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[28]


"Alamak.. mummy dengan daddy awak tu.. errr apa kita nak jawab nih?? eh yang awak tu terlopong mulut tu kenapa? karang masuk lalat nanti kan payah..." tegur Balqish perlahan.. hisy boleh pula dia tercengang.. entah apa-apalah dia ni.

"Qish.. kenapa tiba-tiba aku rasa macam nak jadi halimunan ni Qish? alahai macamana mereka boleh ada di sini pulak ni?"

"Err.. mummy... daddy buat apa dekat sini?" akhirnya itu yang terkeluar dari mulutnya.. apa aku nak kata ni.. rahsia dah terselak habis ni, penutupnya dah melayang jauh dah tak boleh nak tutupkannya lagi.

"Ewah-ewah, boleh tanya lagi apa kita buat dekat sini kan daddy.." sengaja dengan nada sinis Puan Sri Nuha menjawab..

"A'ah kan yang, daddy dengan mummy datang sini nak datang makan-makan.. heii kamu ni dah tahu tempat ni hospital dah tentulah daddy dan mummy datang nak tengok kamu dan isteri dan cucu kami ni..."

Gulppp.... cucu mummy dan daddy??? eh siapa? eh anak akulah dengan si Qish terlupa pulak..

"Oh patutlah mummy suruh kamu kahwin kamu tak nak.. ya? itulah inilah macam-macam alasan kamu beri.. rupanya kamu dah kahwin senyap-senyap siap dah ada anak dah lagi ni, bertuah punya budak.." bebel Puan Sri Nuha geram.. heyyy kita barulah tengah merancang nak buat majlis besar-besaran rupannya dia dah pun lama selesai, bertuah punya budak.. pot pet bla bla..."

Daniel dan Balqish berpandangangan.. hanya mampu tersengih mendengar leteran Puan Sri Nuha itu, ya memang ada benarnya juga kata mummynya itu.

"Aaa... mana mummy dengan daddy tau tentang kami ni?? siapa yang bagitahu ?peliknya.."

"Hoh lagi nak tanya, dah muka kamu terpampang dekat dalam tv tadi takkan kamu tak perasan? macamana boleh sampai terberanak dekat tepi jalan ni? hisy nasib baik tak apa-apa cucu mummy tu.."

Puan Sri Nuha mula membebel perlahan, tabiat yang tak dapat dielakkan.. alahai mummy ni tolonglah tolong jangan membebel dekat sini, mesti si Qish tu seronok tengok aku kena leter ni..

"Patutlah dari awal lagi bila daddy nampak kamu berdua ni, hati daddy berat menyatakan ada sesuatu antara kamu berdua ni, puas jugalah daddy menidakkannya... tapi betul rupa-rupanya ... hai cuba cerita dengan kami ni Niel, apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa kamu sanggup nikah dengan Balqish ni..."

"Niel bukan sengaja nak sembunyikan pada mummy dan daddy.. cuma..."

"Cuma apa Niel?" soal Tan Sri Darwish kurang sabar..

"Niel cuma takut daddy dan mummy tak boleh terima pilihan Niel ni, yalah Qish ni bukannya sama dengan semua perempuan yang mummy carikan, lagi pun Niel tak boleh hidup tanpa Qish ni.. " wah.. pandainya aku mencipta drama.. ah lantaklah asalkan mereka tak marahkan aku sudahlah..

Amboi tak boleh hidup tanpa aku konon.. cettt porrah.. mulut manis ya.. Balqish mencebik.. rasa urat perut seperti digeletek.. nak tergelak pun ada juga.. tapi tahan sajalah kan..

"Kalau kamu cakap terus terang yang kamu dah ada pilihan sendiri, tak adalah mummy nak paksa-paksa kamu lagi Niel.."

"Ni kamu Balqish nak berpantang di mana lepas ni?" soal Puan Sri Nuha memandang terus kewajahnya hingga membuatkan dirinya terkelu... errr nak jawab apa ya?

"Saya cadang dekat rumah kami saja err... auntie.."

"Apa yang auntie-auntie ni? mummy ok.. kamu tu kan dah jadi isteri si Daniel ni.."

"Ya aun... err mummy.. " masih mahu tersasul juga lidahnya.. tak biasa lagilah katan.

"Haa macam nilah.. kamu duduk dengan mummy sajalah sepanjang tempoh berpantang ni, yalah kalau jadi apa-apa senanglah mummy nak tengokkan kamu tu, nak harapkan si Niel ni, entahlah.. hisyy isteri dah nak bersalin pun tak sedar, kan dah terbesalin dekat tepi jalan.. hisy bikin ribut sajalahkan... kan dah masuk berita, tak pasal-pasal satu Malaysia tahu tau.."

"Alah mummy bukan salah Niel pun, dia yang banyak sangat makan buah pelam muda,"

"Makan buah pelam muda???" terjenggil mata Puan Sri Nuha mendengarnya.. hesy bertuah punya budak...

Balqish menelan air liur... gerun melihat wajah Puan Sri Nuha yang berkerut-kerut itu..

"Awak macamana ni? mummy awak macam marah saja tu.." dia berbisik perlahan.

"Macamana apa lagi? macam tulah.. itulah aku dah larang dah, jangan curi-curi makan kan dah terbersalin... haa.. eh tau pula kau takut dengan mummy, dengan aku kau tak tahu pula nak takut..." Daniel membalas juga dalam nada yang berbisik, siap selitkan dengan bebelan sekali tu.

Eh.. eh kita minta pendapat dia, dia siap membebel sekali pula, memang pantang ada peluang dia ni, tak nak lepaskan langsung.

"Hah apa yang kamu berdua bisikkan dari tadi tu?" tegur Tan Sri Darwish hairan melihat anak dan menantunya asyik berbisik.. entah apalah yang di bincangkan dia sendiri tak pasti.

"Eh kamu dah buat keputusan ke nak namakan apa untuk anak kamu tu?"

"Er dah mummy..." jawab mereka serentak.

"Hah nak namakan apa?"

"Daniela..."

"Batrisyia mummy.."

"Eh yang mana satu ni?" soal Tan Sri Darwish..

"Kamu berdua ni memang selalunya macam ni ke? tak sependapat.. tapi yang peliknya boleh pula kamu bersama ya? musykil mummy dibuatnya.."

"Er tak adalah mummy, kadang-kadang aja macam ni.. kan sayang kan?" jawab Daniel pantas siap merangkul bahu Balqish lagi..

"Ok mummy dah buat keputusan, di sebabkan kamu berdua masing-masing tak tahu nak beralah, jadi mummy rasa nak namakan anak kamu tu Daniela Batrisyia ok.. dah lepas ni jangan nak gaduh-gaduh lagi.. macam budak-budak.. sedarlah diri tu sikit dah jadi mak dan ayah budak.. isk.."

Mereka berdua hanya mampu tersengih mendengar kata Puan Sri Nuha itu... diam.. dan akhirnya bersetuju dengan nama yang di cadangkan.

******

"Qish.."

"Hurm..."

"Macamana dengan baby kau?"

"Sihat alhamdulillah.. comel macam aku juga.."

"Eh perasannya.. aku tak tanya pun budak tu comel ke idak.." balas Suraya selamba.. dengan Balqish dia tak perlu nak menapis bicaranya, masing-masing dah masak dengan perangai sesama sendiri.

"Hahaha.. aku tahu kau jelous tu Su,"

"Eh tak ada kerjalah nak jelous-jelous ni.."

"So family dia boleh terima kau?" sambung Suraya lagi..

"Alhamdulillah.. setakat ni nampaknya bolehlah.. tapi kadang-kadang rimas jugak aku dengan mummy mertua aku tu, semua yang aku buat mesti nak dilarangnya.. "

"Wahh... bagus-bagus.. nasib baik dia dapat terima kau.. untung kau Qish.. nampak sangat mummy mertua kau tu care dengan kau.."

"Yalah betul jugak tu kan Su.. tapikan yang paling best si Daniel tulah... hehehe tak dapat dia nak buli aku lagi sepanjang aku di sini.. yalah depan family dia, dia kena layan aku elok-elok.."

"Hehehe padan dengan muka dia, kalau tak mesti seronok dia nak membuli kau.. eh Qish lupa pulak.. boss kirim salam dekat kau, dia kata tahniah dapat baby baru.. nanti ada masa dia nak jenguk kau.. ha aku pun nak jenguk kau jugak, tapi tak tahu bila.. teringin juga nak tengok rupa anak kau tu.. mesti cun macam auntie Su dia.. haha"

"Wehh perasannya kau.. dahlah Su.. mummy mertua aku dah jeling-jeling manja tu, aku rasa karang sat lagi juling pula mata dia tu, mesti dia naik hairan dengan siapa aku bergayut sedangkan si Daniel tu ada dok terlena dekat sofa tu.. hisy tengok tv, tv yang tengok dia, selalu begitu tau dia tu.."

Terkekeh Suraya mendengarnya.. Qish... Qish dari dulu sampai sekarang, bicaranya mesti mencuit hati.. aku harap kau takkan pernah berubah, walaupun masa sentiasa berlalu bertukar waktu.

"Ok Qish.. cakap sajalah kau dah ngantuk dan nak join hubby kau tidur.. alah malu-malu pulak dengan aku ni.."

"Oi.. amboi-amboi kau.. tak sayang mulut sungguh.. "

"Ok good night mama..."

Hampeh punya Suraya..tak sempat nak kata apa dia dah letak fon.. bertuah sungguh kawan aku nan seorang ni..

"Qish dah habis cakap dengan telefon dah? mummy dah tidurkan Batrisyia tu, kamu pergilah gerakkan Daniel tu, suruh dia tidur dalam bilik.. dari kecik sampai besar tak pernah nak berubah kalau tengok tv mesti tertidur.."

Owh tabiat dari kecil rupanya.. memang entah apa-apa dia ni.. isk malas betul nak mengejutkan dia ni, dah spesis yang liat nak bangun.. alahai.

Monday, February 15, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[27]

"Awak, anak kita.." lemah sahaja suara yang kedengaran kini.. Balqish benar-benar tak berdaya, dia kehilangan tenaga kini.. darah yang mengalir agak banyak membasahi tempat duduknya dan telah melemahkannya..

"Qish..bertenang.. anak kita selamat ni.. tengok ni.. " Daniel mengunjukkan bayi yang masih berlumuran darah yang di kendongnya pada Balqish...

Balqish hanya tersenyum, kesakitan yang dirasakan sebentar tadi hilang terbang pergi entah ke mana bila melihat wajah anak yang di kandung selama lebih 9 bulan kini ada di ruang mata... ah anak mama...lega rasanya.. tapi..dia terlalu letih kini.. penat.. dia kehabisan tenaga.. matanya menjadi berat tiba-tiba.. ingin terpejam.

"Qish.." Daniel menyeru perlahan.. memanggil Balqish yang dalam keadaan separa sedar itu.

Panggilan Daniel itu kedengaran seolah-olah terlalu jauh dari pendengarannya.. dia rasa dirinya seolah diawang-awangan...

"Qish.. tolonglah jangan pengsan dulu..Oh tuhan apa aku nak buat ni.." uri masih tak keluar lagi.. orang kata si ibu boleh mati kalau urinya masih tak keluar.. sebelah tangan memangku anak yang masih berlumuran darah dan sebelah lagi memegang tangan Balqish..

Tokk!..Tok..! tiba-tiba cermin keretanya di ketok.. dia tersentak..

"Apahal ni encik??" soal seorang anggota polis trafik yang tiba-tiba muncul, mungkin hairan bila melihat keretanya yang berhenti dilorong kecemasan itu..

"Tolong saya tuan, isteri saya.." tak sempat dia menghabiskan katanya.. anggota polis itu sudah memotongnya.. mungkin terkejut melihat situasi yang terbentang di depan matanya..

"What?? isteri encik nak bersalin??"

"Bukan nak bersalin tuan, dia dah bersalin pun.. " dia membetulkan ayat anggota polis itu, isy sepatutnya aku yang kelam kabut.. bukan dia ni.. bisik hatinya sambil merujuk kepada anggota polis itu.

"Errr tuan tolong call ambulance.. saya terlupa tadi.. " baru dia teringat dalam keadaan kelam kabut menyambut kelahiran anak yang pertama tadi, langsung dia lupa segalanya... almaklumlah telah terpaksa menjadi bidan terjun.. Qish..Qish nasib baikkan aku balik hari ni, hisy buatnya kau terberanak sorang diri dekat rumah tu tak tahulah aku apa nasib kau.. haru biru.. tulah degil lagi.. suka sangat buat benda bukan-bukan.. entah berapa bijilah buah mempelam tu kau telan sampai baby ni dah tak tahan nak duduk dalam perut lagi.. sabar sajalah aku dengan dia ni.. kalau marah nanti mesti menangis tak henti-henti..

"Ya... ya.."

Daniel mencapai baju kemejanya yang sememangnya terdapat bergantungan di tempat duduk belakang.. terus dibalut pada tubuh bayi yang masih berlumuran darah.. gunting.. ya dia mesti mencari gunting.. tali pusat baby masih belum di potong.. tangannya menggagau pada dashboard.. ah mana pula gunting ni.. aku dah pening ni tak tahan dengan bau hanyir darah lagi..

"Encik cari apa?" pintu kereta yang dibuka dari luar mengejutkannya..terjenggul kepala anggota polis trafik itu..

"Tuan ada gunting?"

"Gunting?? sekejap ya.."

Gunting yang dihulurkan dicapainya.. klip kertas yang mengepilkan beberapa keping fail dicapainya.. dia perlukan itu.. dengan tangannya yang menggigil menggeletar dia memotong tali pusat anak itu.. tawakal sajalah..

"Tuan tolong.. " dihulurkannya bayi kecil itu kepada anggota polis itu meminta untuk memegang anak itu.

Semuanya macam sekelip mata, macam dalam mimpi.. Balqish mengadu sakit perut.. kemudian sekarang tanpa apa-apa persediaan dia telah menyambut kelahiran anak sulongnya..

Balqish yang keletihan di pegangnya.. tolonglah jangan pengsan Qish..bisiknya.. dia tahu agak membahayakan jika seorang ibu pengsan sedangkan uri masih tertinggal dalam perut.

Lambat lagi ke ambulance ni.. dia mengeluh.. sebuah lagi kereta polis peronda berhenti di sisi keretanya.. keluar beberapa anggota.. dan terdapat seorang anggota perempuan, mungkin boleh membantu..

"Sabar encik, ambulance dalam perjalanan.. kami pun tak tahu nak bantu macamana lagi.. kami baru first time jumpa kes macam ni.."

Huh mana pula datangnya reporter ni? dia kehairanan bila tiba-tiba wajahnya di simbahi lampu kamera.. hisy orang dahlah tengah panic ni, dia boleh pula menyibuk dekat sini, kalau nak bantu takpalah, ni tak sekadar meributkan lagi suasana adalah.. Daniel merengus.. nasib baik aku tengah macam ni.. kalau tidak memang aku dah halau mereka ni.. huh esok mesti terpapar muka aku ni dekat paper.. ah lantaklah..

"Hah tu pun ambulance dah tiba encik.." wajah anggota polis perempuan yang sedari tadi berkerut mungkin juga risau sepertinya juga kelihatan sedikit bercahaya.. mungkin juga lega sepertinya..

Perjalanan menuju kehospital agak lancar.. mungkin sebab diiringi oleh anggota polis.. dia betul-betul lega.. lega sebab Balqish dapat di selamatkan dan bayi mereka juga dapat di selamatkan..

Ah aku dah jadi papa.. eh macam tak percaya saja.. ke apa aku masih dalam mimpi.. eh betullah Daniel.. yeahh aku dah jadi papa.. horayyy...!! dia tiba-tiba memekik seorang diri dalam keretanya..

Eh tadi jantina anak aku apa ya? boleh pula dia tak perasaan tentang itu.. kelam kabut sangat tadi.. ah tak kisahlah apa pun yang penting aku dah jadi papa..

*******

"Mummy... mummy.. cepat tengok ni!" panggil Tan Sri Darwish kalut.. entah kenapa tengah-tengah malam begini dia tergerak untuk menonton televisyen dan bulat matanya bila melihat paparan berita secara langsung itu..

"Apanya daddy.. mummy nak tidur ni.." malas melayan kerenah suaminya.. tapi terpaksa turuti juga..

"....seorang ibu muda melahirkan anaknya di tepi jalan dan disambut oleh suaminya sendiri.."

Cepat-cepat dia menalakan pandangannya pada skrin televisyen dan bulat matanya.. bila melihat wajah yang terpapar..

"Eh daddy tu bukan wajah anak kita ke?" terus segar matanya.

"Yalah mummy.. tu yang daddy panggil mummy.. nak pastikan betul ke tidak apa yang daddy lihat ni.."

Telefon di atas meja kecil yang terdapat di situ di capainya terus nombor Daniel didailnya..

"Eh mummy nak buat apa tu?"

"Mummy nak call si Niel tu.."

"Isy tak angkat pula dia.. eh daddy dekat hospital mana tadi mereka di bawa??"

Setelah pasti Daniel dan pasangannya di bawa ke hospital mana.. terus Puan Sri Nuha bingkas bangun menukar pakaiannya.."

"Eh yang kan dah tengah malam ni, mummy nak pergi mana?" hairan Tan Sri Darwish bila melihat telatah isterinya itu.

"Mummy nak pergi tengok Daniel.."

"Eh esok sajalah.."

"Tak mummy nak tengok sekarang juga.." isi dada dah terasa mahu meletup.. tak mampu nak menampungnya kini.. segalanya bercampur aduk, berbaur.. kalaulah betul itu isteri anaknya bermakna dia dah mendapat cucu.. ya benda yang selama ini selalu diidam-idamkan, selalu diimpikan.. tapi apa perasaannya kini?? gembira??? atau pun marah.. gembira sebab telah mendapat cucu atau marah sebab Daniel telah membelakanginya.. berkeluarga tanpa pengetahuannya.. mana satu ya? dia sendiri tak pasti.. yang pasti inilah berita yang paling mengejutkan sepanjang hayatnya yang pernah di terimanya.

Ah dia perlu juga bertemu anaknya sekarang juga.. menanti hari bertukar siang, seolah terlalu lama baginya.. tak boleh tidak.. dia mesti juga bertemu Daniel untuk mengetahui hal yang sebenarnya.

"Kalau daddy tak mahu pergi tak apa, mummy boleh pergi seorang diri.." putusnya bila melihat suaminya kaku tidak berganjak di tempatnya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Kejap.. tunggu daddy nak tukar baju.." satu yang dia faham benar tentang sikap isterinya ialah, jika dia telah membuat keputusan maka tiada siapa yang akan mampu mengubahnya lagi..

Lelaki ke perempuan cucu aku tadi ya? tak perasan pula pemberita tu cakap tadi.. isy tak kisahlah apa pun..

*********

"Macam mana keadaan isteri saya doktor??" pantas dia menerpa sebaik saja melihat kelibat seorang wanita pertengahan usia keluar dari bilik rawatan..

"Alhamdulillah keadaan isteri encik tak apa-apa, segalanya selamat.. tahniah encik..."

"Daniel.."

"Tahniah encik Daniel awak dapat baby perempuan.. sihat dan comel macam mama dia.. dan tahniah juga sebab awak berjaya menyambut sendiri kelahiran anak awak tu.. tu pengalaman yang tak ternilai tau.. mana awak belajar membidan ni?" soal doktor itu.

"err tu tindakan refleks tu doc.. boleh saya tengok anak dan isteri saya doktor?"

"Ya silakan.. tapi isteri awak masih lena lagi.. dia kepenatan mungkin kehilangan banyak darah.. oh ya awak boleh azankan anak awak sekali.. tapi saya nasihatkan awak bersihkan diri dulu.. baju encik tu berlumuran darah.. dah nampak macam gaya orang baru lepas kemalangan saja.."

Eh... doktor ni suka-suka hati dia saja nak cakap macam tu.. isk aku pun macam mana boleh tak perasaan yang rupa diri aku yang tak semenggah ni... isk.. isk..

"Err encik bilik air kat sana kalau nak bersihkan diri.."

Daniel mengangguk.. matanya mengikut arah yang di tunjukkan oleh doktor itu..

"Terima kasih doktor.." nasib baik ada bawa baju spare dekat dalam kereta tu..

Tak sampai beberapa minit dia selesai membersihkan diri.. terus mengambil wudhu' tak sabar rasanya nak tengok baby.. dia bergegas..

Wajah putih bersih anaknya di perhatikan.. comelnya anak papa.. perlahan-lahan tubuh anak kecil itu didakapnya.. eh doktor kata aku boleh azankan baby.. tapi... aku lupa azan tu macamana.. semua tu dah lama aku tinggalkan.. aku tak ingat.. entah kenapa otaknya terasa kosong tiba-tiba.. lidah terasa kelu.. dia mengeluh..

Lama wajah si kecil di perhatikan.. baby, papa lupa macam mana nak azan.. maafkan papa.. sebak rasanya.. tulah lama sangat meninggalkan suruhanNYA.. tiba-tiba timbul rasa keinsafan dalam diri.. dia sebak.. tubir mata rasa penuh tiba-tiba..

"Awak.." terasa lengannya di sentuh perlahan..

"Kau dah sedar Qish?" dia tersenyum cuba menyembunyikan rasa duka yang bertanda di wajahnya.

"Awak kenapa??" agak lemah sekali suaranya.. dia tahu ada sesuatu yang tak kena pada lelaki itu.. nampak kemuraman di wajah itu walaupun tetap cuba di sembunyikan dengan senyuman manis di wajahnya, Balqish tetap sedar... sebab senyuman lelaki itu tetap sirna tanpa cahaya di matanya..

"Tak ada apa-apa... thanks Qish.."

"Untuk apa?"

"Untuk anak kita ni.. dia comel.."

"Awak tak nak kongsi apa yang awak rasa sekarang ni?"

"Tak.. tak ada apa-apalah.. Qish kau kena rehat.. kau kan masih lemah.."

"Saya tak nak berehat selagi awak tidak kongsikan apa yang bermain dalam hati awak tu.." dia duduk perlahan-lahan walaupun agak payah.. wajahnya berkerut sedikit.. terasa sedikit kesakitan setiap kali dia bergerak..

Hisy.. tengok tu dalam keadaan sakit-sakit macam ni pun masih tak berubah dengan sikap keras kepalanya.. Qish.. Qish.. Daniel menggelengkan kepalanya.

"Awak ceritalah.." dia mula memaksa..

"Qish..aku.. aku.."

"Aku..aku apa dia ni.. cuba cakap tu terus saja, heii sejak bila awak jadi gagap ni?"

"Aku terlupa macamana nak azan Qish.. kau pun tahu kan aku tak pernah ... buat semua tu.." dia berterus terang walaupun malu sebenarnya..

"Owh pasal tu ya.. awak ni tu pun malu nak cakap.. ok saya sebut.. awak ikut azankan perlahan-lahan dekat baby kita ya..?"

"Ok.." senang hatinya sebab Balqish tidak mentertawakan kedangkalan ilmu agamanya..

"Eh kita nak namakan apa ya dekat anak kita ni?" mereka belum pernah membincangkan apa-apa nama untuk anak itu..

"Saya nak namakan dia Batrisyia.. yalah sayakan dah Balqish.."

"Tak mahulah.. nama tu tak best.. hurm nama Daniela pun best jugak.."

"Tak naklah.. tak sedaplah nama tuh.."

"Eh sedaplah.. Daniela ok.."

"Tak nak.. Batrisyia ok.."

"Danielalah.. diakan anak aku.."

"Eh saya yang melahirkannya.."

"Daniela.."

"Batrisyia.."

Masing-masing tak mahu beralah dengan pilihan nama yang telah dipilih..

"Danielalah.. Batrisyialah.. kamu berdua ni macam budak-budak tahu tak.. sampai keluar tahu tak suara kamu tu.." tiba-tiba ada suara asing yang menyampuk pertelingkahan antara mereka berdua..

Mereka tersentak, terus terdiam.. eh macam pernah ku dengar suara ini, tapi di mana ya.. mata masing-masing terarah pada pintu.. tak sabar melihat siapakah gerangan yang mencampuri urusan mereka..

Pintu bilik rawatan kelihatannya dikuak perlahan-lahan.. suasana menjadi sunyi.. hui suspen weh..

Gulp..!! Daniel dan Balqish berpandangan sesama sendiri bila melihat empunya diri berdiri di pintu..

"Mummy.." Daniel terlopong... alamak rahsia dah tak jadi rahsia lagi.. matilah aku lepas ni.. nak menjawab apa ya..

"Hai anak mummy sayang.." Puan Sri Nuha tersenyum.. tapi..

Lain macam saja senyum mummy tu.. alahai memang sahih, sure, pasti aku kena lepas ni..

Nuril's wrote : Sumtimes saya ktiadaan masa untuk mnulis.. saya mnta maaf.. kpd smua yg tnanti-nti ntry bru stiap hari.. saya bukannya pnulis spnuh masa.. akhir2 ni.. krja sllu menekan.. smpaikan hari minggu pun sya bkerja.. jdi saya cuba juga wat ntry msa bkerja.. tapi kdg2 saya kkringan idea.. saya tak mahu tburu-buru.. tkut jlan ceritanya lari pula.. salam kemaafan dari saya.. dan selamat membaca kepada smua yang singgah ke blog saya ni.. saya masih amatur dan perlu banyak belajar.. kalau silap tu. ayat yang menyinggung pembaca.. i apologize.. really sory.. x terniat mahu pun berniat untuk menyakiti hati dan jiwa yg mbaca..~ salam.. lots of love.. from me to olz..

Monday, February 8, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[26]

Makcik mengeluh perlahan sebaik saja pintu bilik cik mudanya dibuka... hurm masih seperti siang tadi dengan badan yang berbungkus selimut hampir keseluruhannya. Dulang yang berisi semangkuk bubur nasi dan segelas air diletakkan perlahan di atas sebuah meja kecil yang terdapat di situ.

"Cik.. bangun ya.. makan sikit, dari siang tadi tak makan apa, nanti bertambah sakit pula.." kejutnya perlahan. Dahi Suhail di sentuhnya, agak panas, tapi tidak sepanas siang tadi lagi suhunya.

"Makcik saya tak ada selera nak makan.." jawabnya lemah.

"Isk tak bolehlah macam tu cik muda, kalau perut kosong macamana nak makan ubat ni.." pujuk makcik sabar melayan kerenahnya.

"Hurm.." dia mengeluh, melihat makcik masih sabar berdiri di sisi katilnya membuatkan dirinya mengambil keputusan, terpaksa menuruti, yalah kalau tak mesti lagi lama pembantu rumahnya berada di situ. Digagahi juga dirinya untuk menelan bubur nasi itu, terasa tawar, hambar.. rasa ingin terluah kembali.. berpeluh dahinya, dan akhirnya hanya beberapa sudu saja yang mampu ditelannya.

"Cik tadi Dato' dengan Datin ada call, tapi makcik tak sampai hati nak kejutkan cik.."

"Mereka apa khabar makcik?"

"Mereka semua sihat alhamdulillah, tadi makcik beritahu kata cik demam, jadi mereka bilang suruh bagi cik makan ubat, lagi satu mereka mungkin pulang agak lewat dari tarikh asal.."

Pulang lewat? bagus juga tu, tak adalah mereka lihat keadaan aku ni, mesti akan timbul syak wasangka kalau-kalau mereka melihat keadaan aku sekarang ni, silap-silap mereka paksa aku buat pemeriksaan di hospital.. teringat akan kerenah kedua orang tuanya, pantang andai melihat dirinya tidak sihat, pasti akan mula risau..

"Lagi mereka kata apa lagi makcik?" berkerut-kerut wajahnya ketika menelan pil yang dihulurkan oleh pembantu rumahnya, tekak terasa perit mungkin akibat kerap kali meluahkan segala isi perutnya.

"Itu saja yang mereka pesan, lagi pun taliannya agak kurang jelas.." walaupun sudah menjadi penduduk tetap di Malaysia, namun slang Indonesia wanita separuh umur itu masih tidak berubah..

"Owh.."

Siang nanti nak tak nak aku kena pergi farmasi, aku nak cari pregnancy test sama ada positif atau negatif.. andailah positif aku mengandung.. apa yang aku perlu buat? suruh mama nikahkan aku dengan calon pilihannya secepat mungkin?? ya mungkin.. itu saja jalan yang aku nampak sekarang ni.

*********

Dia bersandar kepenatan di sofa yang terdapat di ruang tamu rumah agam itu, kepenatan.. membuang habuk yang melekat pada dinding, sofa dan segala hiasan yang terdapat disitu. Hari ini mereka berpindah masuk ke sini, tiada banyak barang yang di bawa cuma beberapa beg pakaian sahaja kerana segalanya sudah lengkap di sini.

Adeyss lenguh pinggang.. dia mengusap perlahan pinggangnya yang terasa sedikit lenguh, akibat bebanan kandungannya yang semakin membesar mungkin.

Daniel yang terbaring di sofa panjang tidak jauh daripadanya sudah mula terlena... hisy sekejapan dah tidur dia ni, kata tadi nak berehat lima minit saja.. entah apalah dia ni, Balqish mengomel perlahan.

Cantik sungguh rumah ni, tak pernah langsung terlintas dalam hidupnya untuk tinggal di rumah serba mewah ini, hidupnya, segalanya berubah kini semenjak terlibat dengan lelaki itu.. takdir yang tidak pernah diduga.

"Awak... bangun.." dia mengejut perlahan, mengusik ibu jari kaki lelaki itu.

Dia ni dahlah kalau dah dapat tidur tu jenis yang susah nak bangun.

"Ala sepuluh minit Qish.." lelaki itu menjawab dengan mata yang masih lagi terpejam.

"No way.. tak adanya sepuluh minit, sepuluh minit bagi awak tu paling kurang ialah satu jam kan... banyak lagi tempat yang kita tak siapkan lagi.. bangun cepat kalau tidak saya simbah dengan air sirap ni.. " Balqish mula membebel seperti selalunya.

Owh buat tak tahu saja ya.. aku cakap betul-betul ni.. jag yang berisi air sirap dicapainya bila menanti hampir lima minit namun Daniel masih lagi tidak mahu membuka mata bangun daripada pembaringannya

Bursss... yeahaa.. ambik... hoho kejut tak mau bangun ya.. dia tergelak nakal.

"Qish... " terus duduk dalam keadaan tersentak, dan Balqish hanya tertawa nakal seronok dapat "membangunkan" lelaki itu.

"Apa ni, tengok habis basah, melekit pula tu.. hisy nanti karang mesti aku kena hurung semut.." Daniel mula merungut, baju dan seluarnya berubah menjadi warna merah.

"Padanlah muka awak, siapa suruh nak mengelat.."

"Dahlah.. kau ni main kasarlah.. aku nak mandi.. malas nak melayan kau.." ujar lelaki terus berlalu dan Balqish hanya mengekori langkah lelaki itu dengan pandangan matanya, senyuman nakal masih lagi tidak luntur dari wajahnya... heys janganlah anak aku nanti lahir nakal macam perangai aku juga.

"Lepas mandi nanti tolong saya balik.." laungnya agak kuat.

Dia menyanyi kecil sambil melakukan kerjanya, sesekali terasa tendangan bayi daripada dalam perutnya.. wah baby mama nak ajak mama bergusti ke.. bisiknya perlahan.. kadang-kadang terasa sedikit geli juga bila bayi bergerak-gerak.. tak lama lagi baby akan lahir.. hai gementar pun ada juga menanti saat itu.. minta-minta segalanya menjadi mudahlah.. dahlah aku ni bukan isteri yang baik pun.

"Eley dia pun bukannya buat kerja.. pandai kata orang..." tersentak dirinya bila ditegur oleh lelaki itu, terasa begitu dekat suara itu di telinganya., isy dia ni bila masanya dah ada tercegat dekat belakang aku ni, tak perasan pun.

"Eiii awak ni terkejutkan saya sajalah.. suka tau.. lain kali buatlah lagi, biar saya terberanak terus dekat sini.." Balqish merenung geram wajah lelaki itu yang selamba sedikit pun tidak beriak bersalah akibat membuatkan dirinya terkejut tadi.

"eh.. eh marahkan kita pulak, dia yang asyik berangan sampai aku datang pun tak perasan.. eh Qish kau berangankan apa hah? teringatkan boyfriend ya?" soal lelaki itu.

"Boyfriend? mengarutlah awak ni, saya manalah ada boyfriend tak macam awak tu girlfriend keliling pinggang.. kasanova.."

"Alah tak nak mengaku konon.. mesti kau teringatkan si Haizam tu kan?"

Tersentak Balqish bila nama Haizam bossnya itu meniti dibibir Daniel, apa kenalah dia ni hari ni.. kaki sibuk betullah.

"Eh awak ni kenapa Daniel? tiba-tiba saja tanya macam tu? awak cemburu ya?"

"Tak ada maknanya aku nak cemburu tau, jangan nak perasan.. lagi pun kau tu bukannya ada ciri perempuan idaman aku ni.." selamba dia berkata, sikit pun tidak menghiraukan perasaan Balqish yang bakal mendengarnya itu.

"Owh.. saya tak ada ciri-ciri wanita idaman awak ya? awak pun sama tak ada ciri lelaki idaman saya langsung.. dah lah buaya darat.. tak macam encik Haizam tu.. dahlah kacak, bergaya, caring pula tu.." sengaja dia berkata begitu ingin melihat perubahan di wajah lelaki itu... namun hampa wajah Daniel tetap selamba.

Uish betul ke Qish dengan Haizam ada apa-apa? dari gaya dia cakap macam ya saja.. eh kenapa perasaan aku macam tak tentu arah saja bila mendengar kata si Qish ni.

Daniel ni memang tak ada ke perasaan langsung dekat aku ni, tak fahamlah dengan dia ni, habis selama ni dia bersusah payah jaga aku tu apa maknanya? takkan semuanya atas dasar tanggungjawab saja? ah Qish kau janganlah perasan yang Daniel tu sukakan kau.. bukan dia kata ke kau tu bukan wanita idaman dia? dah jelas dah tu dia jaga kau sebab kau mengandungkan anak dia.

Eh kenapa Qish diam saja? dia terasa ke dengan apa yang kata tadi? suasana rancak tadi tiba-tiba bertukar sepi.. masing-masing lebih selesa melayan perasaan sendiri.

Ouch..! tiba jarinya tergesel dengan bucu sebuah hiasan kaca yang agak tajam.

Tersentak Daniel dengan jeritan Balqish itu, terus menerpa kearah wanita itu...

"Tengok... heiiss macamanalah aku tak risaukan kau ni, kau ni selalu sangatlah cuai.., mesti ada saja kemalangan jadi dekat kau ni.." dia mula membebel memegang jari telunjuk Balqish yang terluka.

"Tepilah.. sikit saja ni.. bukannya teruk pun.. kalau tak nak tolong tak payah nak membebel.."

"Aik merajuk ke apa? lain macam saja ayat tu... ala busyuk-busyuk intan payung abang..."

Tergelak terus Balqish mendengarnya.. tak jadi nak marah bila mendengar lelaki itu berkata begitu, eeii dia bahasakan dirinya abang... macam pelik sajakan bunyinya tu..

"Awak ni kan... eiii malas nak kawan awak hari ni.." dia menggetap bibir konon-kononnya marah benarlah tu, tapi hakikatnya dia cuba menahan ketawanya yang hampir meletus.

"Duduk situ... aku pergi ambil first aid dekat dalam kereta.." disebabkan sikap Balqish yang agak cuai dan selalu terluka di sana sini, telah menjadikan dia seorang yang sentiasa beringat.. tidak pernah langsung meninggalkan first aid kalau mereka keluar bersama berdua.

Hai kadang-kadang aku keliru dengan sikap ambil berat dia ni, buat aku jadi rimas, buat aku rasa lebih selamat dan dalam masa yang sama buat aku rasa lebih di hargai.. Hai Daniel kenapalah kau mesti hadir dalam hidup aku ni dan mengucar-kacirkan perasaan aku ni?? aku tak faham tau dengan kau ni sebenarnya.

Ada sesuatu yang memelikkan dirikan semenjak mereka mendirikan rumah tangga, rasanya jarang sekali lelaki itu pulang lewat kecuali jika ada hal-hal yang tertentu.. agaknya ke mana pergi teman-teman wanitanya? mereka dah ditinggalkan ke atau meninggalkan si Daniel tu? hai kalau aku fikirkan pasal lelaki ni sampai ke bila pun tak sudah-sudah... misteri oiii..

Kadang-kadang dia memang agak rimas dengan lelaki itu, ada saja yang tak kena dengan apa yang dilakukannya.. jika hendak di bandingkan dirinya dengan lelaki itu... rasanya lelaki itu yang lebih banyak membebelnya. Dia sendiri keliru dengan perasaannya.. kadang-kadang dia benci, menyampah dengan lelaki itu namun kadang-kadang dia nak lelaki itu sentiasa berada di sisinya... perasaan ni memang rumit kan? serumit situasi aku sekarang.. tapi rumit lagi cinta.. eh jadi aku sekarang ni sedang bercinta ke? bercinta dengan lelaki yang kuat membebel tu?? oh tidakkkk...!!!!

"Kau ni kenapa Qish tergeleng-geleng kepala tu? nanti jadi teleng kepala tu baru tau.."

Hisy kenapalah dia ni selalu sangat muncul tanpa mengeluarkan bunyi apa-apa.. Balqish menggetap bibir.

Luka di jarinya dibersihkan dengan berhati-hati.. nasib baik tak dalam..

"Qish aku lapar ni..."

"Kenapa awak nak saya masakkan apa-apa ke? tapi kita mana ada bahan.."

"Ehh tak payahlah masak.. kita makan dekat kedai sajalah.."

"Malaslah nak keluar.. awak pergi sorang sajalah.."

Dalam keadaan macam ni, nak bergerak sangat pun rasa cepat penat, mengah...

"Mana boleh.. kau tak nak makan ke?"

"Awak bungkuskanlah untuk saya..."

"Kalau macam tu tak payah makanlah.. tak seronoklah keluar makan sorang-sorang.."

"Eii mengadalah awak ni.. tadi kata lapar.. kalau dah lapar pergilah makan..sakit nanti baru tau, tu pun nak berteman.. macam budak-budaklah awak ni."

"Dah kau tak nak teman.."

"Saya penatlah nak gerak.. hah apa kata awak call pizza sajalah.. "

"Ok jugak tu.. aku pun dah lama tak makan pizza.."

Sementara menanti pizza yang di pesan, tiba.. mereka berdua hanya berbaring santai di sofa ruang tamu.. masing-masing dengan perut yang dah mula berbunyi minta di isi.

"Qish.."

"Hurm apa??" soalnya dengan mata yang semakin layu.. ingin tertidur.

"Nah.." sekeping kertas bertulis tangan di hulurkan kepadanya.

"Apa ni??" soalnya agak hairan, takkan surat cinta kot.

"Bacalah.." jawab lelaki itu sepatah.

"What?? sampai macam tu sekali awak buat saya ni? ingat saya budak-budak ke?"

Terkekeh-kekeh lelaki itu melihat raut terkejut yang tertera di wajahnya.

"Peringatan.. kau tu kan selalu cuai.."

Peringatan sepanjang aku outstation.
1~ Pergi kerja dengan Pak Damin dilarang drive dengan tukun kau tu.
2~ Setiap malam sebelum tidur jangan lupa minum susu.
3~ Jangan berlari semasa turun naik tangga.
4~ Jangan pakai kasut tumit tinggi.
5~ Jangan lupa kunci pintu rumah kalau nak tidur.
6~ Penting!!! Jangan curi-curi makan buah pelam muda dekat belakang rumah tu..


"So?" soal lelaki itu sambil menjungkitkan keningnya.. Dari tadi dia melihat wajah Balqish yang berkerut membaca tulisan yang tertera di kertas itu.

"Deal.. tapi yang no enam tu tak janji.."

"Jangan nak mengada.. kalau kau langgar aku pecat Pak Damin nanti"

"Uik kenapa pula Pak Damin yang kena?"

"Yalah mesti kau suruh dia yang tolong petikkan nanti.."

Eh macam tau-tau sajalah dia ni.

"Yalah-yalah.. bencilah awak ni, itu tak boleh ini tak boleh.. eh kenapa awak tak tambat saja kaki saya ni.. biar saya tak gerak-gerak.."

"Kau nak aku buat macam tu Qish? aku ok saja.." karang aku buat betul-betul mau kau melalak nanti. Tu mesti tak puas hatilah tu.. tengok berkerut-kerut saja wajahnya.. ingat aku tak taulah tu.

Bunyi deruman enjin motor dan loceng pintu utama ditekan yang kedengaran membantutkan terus bicara Balqish yang baru saja ingin terkeluar.

"Hah tu pun pizza dah sampai.. kejap aku pergi tengok.."

Entah apa-apalah mamat ni, dia ingat aku tak pandai jaga diri sendiri ke apa.. sebelum ni tak ada dia hidup aku berjalan lancar saja.. eh berjalan lancar??? kalau berjalan lancar tak adalah aku dan dia terpaksa bersama.... kalau buat novel kisah aku dan Daniel ni, agak-agak laku tak untuk dijual.. hai selama ni aku asik terbaca kisah macam ni dalam novel saja.. tapi sekarang tak sangka terjadi betul-betul dalam hidup aku.. agaknya nilah yang dipanggil rahsia kehidupan kan? mana yang kita tak pernah fikirkan itulah yang akan datang kepada kita.

Friday, February 5, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[25]

"Hurm... macamana...? kau suka tak rumah ni?" soalnya bila dilihatnya Balqish hanya mendiamkan diri sedari tadi, matanya melilau ke sana-sini... agaknya terpegun melihat segala hiasan, perabot yang terdapat di dalam rumah agam itu.

Dia mengangguk... huiii lawanya... semua hiasan bermotifkan kayu jati... mesti mahal ni... kalau aku kerja sepuluh tahun pun belum tentu aku mampu membeli perabot-perabot yang terdapat di sini.. bisik hati kecilnya.

"Lawanya... eh betul ke kita nak tinggal dekat sini awak? tak apa ke? kawan awak tu tak kisah ke?"

"Betullah... ingat aku main-main ke... tak apa.. dia yang suruh aku jaga rumah ni, alah lagi pun bukan kita nak tinggal terus di sini pun... nanti kalau kita dah beli rumah yang lain kita pindahlah.."

"Owh... eh saya nak pergi tengok kawasan sekeliling pula..."

"Jom..." selamba tangan Balqish di tariknya.. sedikit pun tidak menghiraukan Balqish yang telah bertukar rona di wajahnya..

Hisy menyampah tau dengan dia ni, orang baru nak bersendirian... dahlah semenjak dua menjak ni perangai dia pelik.. buang tebiat ke apa... Balqish mengomel dalam diam...

"Lepaslah... hisy tak malu betul pegang-pegang tangan orang... saman karang baru tau.."

"Hekeleh... kau ingat saman kau tu boleh laku ke dekat mahkamah tu....??" terkekeh Daniel mendengar kata Balqish itu... memang selalunya begitulah, tak dia yang memulakan pasti Balqish yang memulakan pula...

Wah lebatnya buah pelam dekat pokok ni... heii tak sangka cantik juga pemandangan dekat belakang rumah ni... tiba-tiba tekaknya terasa terliur.. di ruang mindanya terbayang keenakan buah pelam muda.... lagi-lagi kalau di cicah dengan kicap dan ditambah dengan sedikit gula... slurpp... enaknya...

"Awak...." lembut memanggil siap dengan jelingan manja menggoda, kot mana tau lelaki itu akan terlembut hati dengan pemintaannya nanti.

"Nak apa?? ni kenapa tiba-tiba panggil orang dengan lemah lembut ni?? adalah tu yang kau nak dari aku ni kan?"

Dia ni bukannya boleh di percayai sangat... ada sajalah tu yang dirancangnya dalam kepala otaknya tu..

"Boleh tak kalau saya nak makan buah pelam tu?" lembut dia bertanya...

"Tak boleh...!" tegas Daniel menjawab..

"Alah... tapi baby ni yang nak makan... dia siap bisik dengan saya lagi kata... mama-mama.. baby teringin sangat nak makan buah pelam tu... alah bolehlah awaknya.."

"Amboi pandai kau mereka ayat ya.. tak boleh ok... jangan nak ngada-ngada.. nanti baby sakit perut dekat dalam tu kan susah..."

"Alah.. sikit pun jadilah.. awak sampai hati ke tengok saya kempunan nanti.."

"Tak... dah jom masuk dalam... hari dah nak senja ni.. tak elok senja duduk luar ni..." dia perasan perubahan wajah milik Balqish itu... ah... nanti kalau aku bagi apa yang dia nak... kalau jadi sesuatu aku juga yang susah..hisy...

"Huh sampai hati awak... huhuhu... uwa....uwa..." dekat situ juga air matanya tumpah, kecewa kehendaknya tak dipenuhi....

Alahai... ni yang aku lemah kalau dia dah menangis ni, kenapalah perempuan ni cepat sangat mengeluarkan air mata dan kenapalah lelaki ini cepat sangatlah lemahnya bila melihat air mata perempuan ni...

"Yalah-yalah... tapi sikit saja tau..." dahlah pokoknya agak tinggi, galah pula tak ada... hai terpaksalah juga aku panjatnya.

"Yeah... terima kasih..." dia melonjak sedikit, gembira...

Hisy dahlah pokoknya tinggi... nampak gayanya kenalah aku panjat juga pokok ni... Daniel mendongak memandang ke arah pokok pelam yang tumbuh meninggi dengan buahnya yang lebat bergayutan ini.

Sebiji buah pelam berjaya di petiknya.. lalu dia kembali ingin turun daripada pokok itu.. sebelah tangan memang buah itu dan sebelah tangan lagi memeluk batang pokok itu... namun entah macamana.. pegangan tangannya terlepas lalu dia gagal mengimbangi badannya... bukkkk!! tubuhnya jatuh terlentang di atas rumput... lalu mencetuskan tawa daripada Balqish... amboi bukan main seronok dia ketawakan aku... hai nasiblah badan.. kerana sebiji pelam aku yang jatuh... nasib baik tak tinggi sangat..

"Awak tak apa-apa?" Balqish pantas mendapatkan Daniel yang masih terlentang itu... bimbang pula kalau-kalau lelaki itu tercedera ke apa..

"Tak... aku ok.."

"Mendengar jawapan daripada lelaki itu membuatkan dia menarik nafas sedikit lega... terus buah pelam yang jatuh bergolek d atas tanah itu diambilnya.. di bawa masuk ke dalam rumah.. dalam fikirannya sudah mula berkira-kira apa yang akan dilakukan dengan buah pelam nan sebiji itu, langsung tidak menghiraukan diri Daniel itu lagi..

Hai buah itu juga yang di ambilnya.. aku ni di biarkan macam tu saja.. macam tak wujud saja depan mata dia.. kot iya pun tolonglah aku ni bangun dulu ke, ucap terima kasih ke.. ni tidak.. blah macam tu saja.. dahlah sebab dialah sampai aku terjatuh tergolek ni... Qish... Qish.. Daniel mengomel perlahan.. matanya tak lepas-lepas memerhati langkah kaki Balqish yang melenggang sehinggalah hilang kelibatnya di sebalik pintu... gembiralah tu.. kehendaknya sudah di penuhi..

*********

Aduhh... sakitnya kepala... sampai nak buka mata pun tak mampu rasanya.. Suhail mengerang dalam biliknya sendirian.. kedua ibu bapanya sudah dua minggu tiada di rumah.. masing-masing keluar menunaikan umrah untuk kali ke berapa dia pun sudah tak ingat..

"Makcik...oh makcik..." dia memanggil pembantu rumahnya..

"Ya Cik Muda, ada apa yang perlu makcik buat..?" soal Makcik seraya muncul dari sebalik pintu biliknya.. eh Cik Muda ni.. sepertinya kurang sihat saja keadaannya..

"Makcik tolong picitkan kepala saya ni.. sakit sangat rasanya.." pintanya..

"Baik Cik Muda.." perlahan tangan Makcik menyentuh kepalanya.. memicit dengan perlahan..

"Aduh... badan cik panas sangat ni, sepertinya sedang demam panas.. makcik telefonkan doktor ya? biar dia tengok bagaimana keadaan Cik Muda ni.."

"Tak usahlah mak cik, saya tak apa-apa, demam biasa saja ni, bukan teruk sangat pun.. lagi pun lepas saya makan ubat dan tidur nanti eloklah ni.." pantas dia menggelengkan kepalanya, membantah cadangan makcikitu.

Jauh di sudut hatinya dia sebenarnya risau.. takut apa yang di agakkan oleh hatinya menjadi kenyataan dan terbongkar pula jika di panggil doktor untuk merawatnya... dahlah haidnya tidak datang-datang lagi untuk bulan ini... dia memejamkan mata.. mengerutkan dahinya menahan kesakitan yang berdenyut-denyut di kepalanya.. kalaulah itu menjadi kenyataan.. apalah yang perlu aku lakukan? gugurkan lagi? entahlah.. mungkin akan membahayakan nyawa aku.. kalau aku terus simpan... siapa pula yang perlu aku pertanggungjawabkan? masalahnya sudikah lelaki-lelaki yang pernah aku tiduri itu bertanggungjawab? mana satukah pulanya bapa kepada bayi ini nanti?

Silap dia juga.. langsung tak berhati-hati.. kalau berdasarkan pengalamannya pada kandungan yang lepas-lepas.. memang betullah dia sedang hamil.. mungkin masih awal, dua minggu.. tiga minggu ataupun sebulan.. memang dia ingat lagi waktu kehamilan yang pertama dulu badannya jadi lemah tak bermaya, langsung tak berdaya melakukan apa-apa kerja pun.. dan sekarang keadaannya sama, saling tak beza seperti dulu...

Suhail mengeluh...

"Cik sakit sangat ke?" soal makcik bila mendengar keluhan yang terlahir dari cik mudanya itu.

"Err... agak jugalah makcik.., makcik boleh tolong ambilkan saya air kosong... air yang dekat atas meja tu dah habislah pula.. tak larat pula saya nak ambilnya sendiri..

"Baik.. sebentar ya cik.."

Hai aku kena cari jalan juga macamana nak selesaikan masalah aku ni kalau telahan aku ni benar...

"Makcik.. kalau ada siapa-siapa yang telefon, atau datang cari saya, katakan saya tak mahu di ganggu ya...? saya nak rehat.. " arahnya bila terlihat makcik yang kembali sambil menatang sebiji dulang membawa air yang di pesannya.

"Baik Cik.. cik kalau nak apa-apa panggil makcik ya, makcik ada di dalam bilik makcik.."

Suhail hanya mengangguk.. matanya dipejamkan, konon-konon mahu lenalah tu.. namun sebenarnya dia tidak ingin diganggu dan terusan di asak soalan oleh pembantu rumahnya bertanya itu dan ini.. dia hanya kembali mencelikkan mata bila di rasakan makcik sudah beredar dari biliknya..

*******

"Qish... hujung minggu ni kita pindah terus dekat rumah tu ya.. kau jangan lupa kemaskan barang-barang kau.. bawa apa yang patut saja.. barang baby pun bawa sekali tau.."

"Awak dah fikir masak-masak ke ni nak pindah situ?"

"Yup... aku dah fikir dah.. lagi pun ni untuk kebaikan kita juga kan.."

"Eh lupalah... awak kandungan saya ni dah lapan bulan.. tapi katil untuk baby, kereta sorong baby kita belum beli lagilah.." baru dia teringat yang persiapan untuk si kecil belum sempurna lagi.

"Ha'ahlah... aku pun terlupa.. nasib baik kau ingatkan.. tak apalah.. nanti kita belilah.. "

Tengok tu, semua nak aku ingatkan.. pelupa sungguh mamat ni kan.. Balqish menggeleng-gelengkan kepalanya...

"Eh Qish sebelum aku terlupa.. minggu depan aku nak kena outstation dalam beberapa hari.."

"Awak nak outstation dekat mana tu?"

"Entahlah aku tak pasti lagi... lagi satu aku dah cari driver untuk kau.. Pak Damin namanya, taklah susah kalau-kalau kau nak pergi mana-mana nanti sepanjang aku tak ada.."

Eh baiknya hati dia siap sediakan aku driver lagi... eh orang gaji tak ada ke awak??? soalnya namun hanya terluah dalam hatinya saja... Qish, Qish orang dah bagi driver kau minta pula maid.. tak bersyukurlah kau ni... tegur hati kecilnya... eh bukan aku minta betul-betullah, aku gurau saja...

"Ha lagi satu.. sepanjang aku tak ada, jangan nak buat apa-apa yang tidak-tidak, dan yang paling utama jangan curi-curi makan buah pelam muda belakang rumah tu.. kalau aku dapat tau kau curi-curi makan siap kau..."

"Yes boss...!!" alah.. bukan dia ada pun... kalau aku teringin sangat aku makanlah sikit...

"Jangan nak yes boss saja... kau tu bukannya boleh di percayai sangat..."

"Yelah.. saya tak makanlah.. kecuali kalau saya teringin sangat... ehehe.." dia membuat memek muka nakal..

"Tengok, aku dah agak dah... tak apa.. nanti aku pagarkan pokok tu biar kau tak boleh dekat.."

"Uik... hai sampai macam tu sekali?? sampainya hati awak.."

"Yalah itu untuk kebaikan kau dan baby jugakan.."

Yelah tu... Hitler memang begitukan.. semua nak kena dengar cakap dia saja.. harap muka saja handsome.. tapi perangai dia kejam ya amat.. eh handsome ke dia?? handsome jugalah.. tapi tak boleh puji depan dia, nanti dia perasan pula.. dia tersengih-sengih sendirian dengan monolognya itu.

"Ha tu tersengih-sengih tu adalah tu kan.." sergah Daniel geram.. kita bercakap dengan dia boleh pula dia tersengih macam perempuan tiga suku saja gayanya..

"La awak ni... saya sengih pun tak boleh ke? kalau saya masam nanti awak kata baby keluar nanti muka masam.. dia saya sengih biar baby keluar tersengih ceria.. comel macam saya ni.."

"Apa-apalah Qish.. kau kan banyak yang tersirat dalam hati kau tu... suka sangat mengata aku.."

"Isy.. tak baik tau awak ni tuduh saya macam tu..." tapi memang betul pun... hehe..