Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin & Nuril Razi, dan penulis langsung tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, kecuali pada blog laman Penulisan2u. Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah anda dapat MEMADAMKAN daripada blog anda, sebelum saya mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah anda berikan.

Sahabat (^.^)

iklaneka

Novel : Sayang Aku Cinta Kamu [2]

>> Friday, August 19, 2011


"Apa? Awak mahu berhenti Zairynn?" Daniel Muaz kehairanan, ribut tak ada, angin pun tiada, tiba-tiba gadis itu mahu meletakkan jawatannya.

Nak kata dia memberi tekanan yang teruk kepada gadis itu, rasanya tidak juga. Nak kata bebanan kerja yang dilambakkan kepada gadis itu melampaui batas seorang perkerja, pun tidak juga. Dia bukan sorang boss yang suka memberi bebanan kepada perkerja, lagi-lagi kalau pekerjanya itu sorang wanita. Isk tak gentle sorang lelaki membebankan seorang wanita, lagi-lagi kalau lelaki budiman macam aku ni. Sempat juga memuji diri sendiri dalam pada fikirannya tengah ligat dengan pelbagai persoalan yang bermain di benaknya.

"Saya mahu further studylah boss"

"Alah awak boleh buat belajar waktu malam, siang kerjalah di sini, saya janji saya tak akan menekan awak sangat dengan kerja yang terlampau banyak"

"Bukan saya tak mau Encik Daniel, tapi...."

"Tapi apa lagi Zairynn? awak dah tak seronok berkerja dengan saya lagi ke?"

"Saya, saya...."

"Saya apa? tergagap-gagap kenapa pula ni?"

"Saya mau mendirikan rumahtangga lepas tu ikut suami sekali, dia pun melanjutkan pelajaran, jadi dah alang-alang macam tu, saya pun sambung sekalilah. Senang macam tu, kami pun tak terpisah jauh..." malu-malu seperti seorang gadis gedik, sambil memintal hujung rambutnya yang panjang mengurai dia memberitahu.

Alahai.... miang juga si Zairynn ni kan. Hurm nak buat macam mana, berumahtangga tu kan fitrah sebuah kehidupan untuk membina institusi kekeluargaan. Betul juga kata dia, buat apa berumahtangga andai berjauhan tidak bersama. Tempat seorang isterikan di sisi suami dan aku tak boleh menafikan hak yang itu.

"Awak tak pernah mentionkan dekat saya yang awak bakal menamatkan zaman bujang Zairynn?" ribut tak ada, angin tak ada, alih-alih berita gempak itu yang keluar daripada mulut setiausahanya itu.

"Sebelum ni, tak confirm lagi, tapi sekarang ni dah confirm barulah saya berani beritahu awak boss..." terangnya.

"Habis tu macam mana dengan saya?" Daniel bertanya, blur macam budak-budak.

"Lah macam mana apa pula boss? boss tak pernah pun beritahu saya yang boss pun menaruh hati pada saya.." dia bertanya lurus.

Pukkk!!! Lahaula wala.. apa ke bendalah lurus bendul si Zairynn ni.. Daniel menepuk dahi.

"Oii Zairynn awak mengigau apa ni? dengar dek isteri saya, alamat tidur luar saya malam ni tau"

"Errr salah ke boss?" alahai malunya, mana nak sorok muka ni.

"Itulah awak, saya maksudkan lain, awak maksudkan lain"

"Boss maksudkan apa?"

"Maksud saya, apa jadi pada saya kalau awak berhenti, siapa nak jadi setiausaha saya? saya cuma selesa berkerja dengan awak je tau, staf-staf perempuan yang lain saya tak betah"

"Boss ni, itu pun mau susah hati ke? carilah pekerja baru buat ganti tempat saya ni" isk itu pun mau ajar ke? Apalah dia ni, belajar je tinggi, tapi benda mudah pun tak reti mau fikir, sempat dia mengomel dalam hati.

Cari pekerja baru? Ala lecehnya... dia berfikir...

"Hah, apa kata....!" wajah suramnya berbunga ceria tiba-tiba.

"Apa boss ni? dah dapat calon untuk gantikan tempat saya ke?" hairan bila melihat Daniel Muaz terjerit tiba-tiba. Gaya macam dah dapat selesaikan masalahnya yang satu ni.

"Saya mau baliklah Zairynn.. Dah tak ada apa-apa lagikan?"

Tengok orang tanya lain, lain pula dijawabnya. Eeee.. benci tau dengan dia ni.

"Boss"

"Ok Zairynn kalau awak nak berhenti, siapalah saya untuk menghalangkan? Siapkan notis berhenti satu bulan awak tu, nanti letakkan atas meja saya ya. Soal pengganti awak tu, pandai-pandailah saya. Awak tak perlu nak risau" satu senyuman manis dihadiahkan kepada gadis itu. Sekurang-kurangnya bila gadis itu berhenti akan membuka satu lagi peluang untuk dirinya. Dalam kepala sudah mula merangka-rangka pelbagai rancangan.

Haisyh tak sabar rasanya nak balik rumah.

Zairynn melopong melihat tingkah laku bossnya. Hairan, sekejap saja angin bossnya itu boleh berubah serta merta. Macam perempuan! isk isk.

***********

"Pleaselah sayang..." rasanya dah hampir dua jam dia macam tu, memujuk dan merayu. Dua benda yang tak mampu dihentikan dalam saat-saat kritikal begini.

Eh kritikal ke? ala Daniel kau yang saja buatkan nampak macam kritikal kan? Ejek hati kecilnya nakal.

Itu bukan saja-sajalah tapi itu taktik, kau apa tau? monolognya membalas jengkel ejekan hati kecilnya.

"No!"

"Alah kenapa pulak 'tidak'? Tempat seorang isteri disisi suaminya tau, lagipun..." mula ingin membebel menguatkan hujahnya. Isk keras juga hati isteri aku ni.

"Dah-dah Encik Daniel Muaz, jangan nak mula berleter ek, saya penat ni. Aliff pun penat juga tonton perangai papa dia yang dah macam budak-budak ni" Qistina Balqish merengus.

Rimas di dalam rumah sendiri. Ke mana saja dia pergi pasti langkahnya diekori. Oleh siapa? Siapa lagi kalau tak si 'suami kesayangannya' itu.

"Abang minta sekali ni saja Qish"

"Memanglah abang mintak sekali je, yalah takkan awak tukar setiausaha berkali-kali kan?"

Apa entah dia ni. Pulang daripada pejabat tadi, wajah Daniel Muaz berseri-seri gembira, ingatkan menang tender ke apa tadi, sekali si secretary dia berhenti rupanya. Secretary berhenti sepatutnya susah hati, ni terbalik pula aksinya. Rupa-rupanya dalam diam dia merencana sesuatu. Nah.. inilah rupanya yang difikirkan. Bertuah punya suami.

"Ala.. abang nak kita selalu bersama" dia beralasan.

"Eh sebelum ni bukan selalu kita bersama ke?" lurus bertanya.

"Abang rasa prestasi abang akan lebih cemerlang kalau ada sayang yang sentiasa di sisi abang"

Huh alasan, dia mencebik dalam diam.

"Qish mengata abanglah tu"

"Mana ada? berdosa tau tak syak saya macam tu"

"Macam abang tak taulah tu kalau gaya dah mencebik macam muncung itik tu" bukan betul sangat dia ni.

"Katalah apa saja, keputusan saya muktamad, saya tak mau kerja dengan awak" mula memasuki mood seriusnya.

"Bagi satu alasan yang kukuh supaya abang boleh berhenti mendesak?"

"Sebab saya tak mahu 24jam berkepit dengan abang, jemu..."

"What??? Qish cakap Qish jemu dengan abang? oh sampainya hati kau? Kau guris hatiku ini tau" gaya seorang pemuisi sedang mendeklamasikan puisinya. Tertunduk-tunduk Qistina Balqish cuba menahan tawa yang hampir memburai keluar dek gaya selamba suaminya itu.

Berbakat juga laki aku ni kan..

"Apasal Qish gelak? abang serius ni tau!" marah.

"Tau" sepatah dia menjawab.

"Lagipun kalau hari-hari, 24 jam asyik mengadap muka abang, tak luaslah pemandangan mata Qish ni.. Tak dapat menjamu mata ni melukis potret mamat-mamat handsome..."

"Ooo... sengaja ya? Menjamu mata ya? miang!" hidung si isteri ditarik geram.

"Auuuchhh sakit tau" memasam wajahnya.

"Padan.. siapa suruh miang, abang suruh kerja dengan abang tak mau, lepas tu.. oo itu rupanya ek? Abang dah faham, tak apa, esok abang robohkan galeri Qish tu, biar tak dapat melukis lagi, biar tak dapat nak miang lagi!"

Amboiii, sampai macam tu sekali tahap cemburu dia. Bahaya suami aku ni.

"Abang ni, bergurau pun nak marah, buatlah kalau abang berani mau buat, nanti Qish saman abang taulah"

"Eleh sikit-sikit mau saman, ingat abang hairan dengan saman Qish tu? pergi jalanlah"

"Dah-dahlah, malas nak gaduh dengan abang tau. Tengok Aliff tu ha bulat-bulat matanya tengok perangai papa dia yang macam budak tak cukup umur tu"

"Eh-eh kata abang pula, dia pun 2x5"

Huh, balik-balik aku juga yang kena kan? Dia mendengus geram.

"Sayang" bahunya dirangkul dari arah belakang. Daniel mula menggelabah bila melihat Balqish yang mendiamkan diri. Urghh habislah aku kalau dia merajuk, kang tidur bertemankan sofa pulak aku malam ni.

Ha tu nak memujuk akulah tu. Hello saya bukan mudah dipujuk tau, tapi saya sukalah kalau dia mula mau manja-manjakan diri saya ni, hati bergelak ketawa nakal. Memang betul kata suami ku, aku ni miang, tapi miang dengan yang halal tak apa kan? Ekekekeke...

"Kerjalah dengan abang"

"Tak mahu, nanti jemu tengok abang selalu, tak dapat nak simpan rindu dah bertemu"

"Habis siapa mau jadi secretary abang?"

"Buatlah interview, cari pekerja baru yang lebih berkelayakan. Qish cukuplah jadi secretary abang di rumah, takkan nak di office sekali, nanti galeri tu tak ada siapa mau tengok, lepas tu terpaksa tutup, mesti customer Qish akan rindukan Qish tau. Kesian mereka"

"Yelah-yelah orang tak sudi macam mana nak paksa kan? Siapalah kita ni" lirih nadanya, seperti dibuat-buat juga kedengarannya.

"Jangan nak buat ayat sentap-sentap macam tu ya, saya tak terusik tau, sikit pun tara" tegas.

"Sampainya hatimu sayang"

"Baru kau tau meh? hahaha" slang seperti pelat wanita cina yang sengaja di buat-buat.

"Dahlah... saya nak masak ni, karang tak makan pula suami kesayangan saya ni"

Huh... tu nak melarikan dirilah tu. Daniel mencebik bibir

0 comments:

  © Blogger templates Frelance by Nuril Bahanudin 29.05.2011

Back to TOP