iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, March 29, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[33]


Kenapa dengan dia ni? sejak balik tadi mukanya ketat semacam saja... isk ada yang tak kena ke? nak tanya pada mummy, mummy pun buat muka macam jeruk terlebih cuka... nak tanya si Daniel... errr macam tak berani saja.. tak pernah-pernah sebelum ni mukanya tegang macam ni.. Balqish memandang dua orang insan yang sedang duduk di sofa yang terdapat di ruang tamu itu.. isk perang apa pula yang mereka sedang lancarkan ni? seorang mengadap ke kanan seorang mengadap ke kiri..

Bibir Daniel kelihatan berketap terkumat-kamit.. hisy baca mentera apa pula dia ni... tak fahamlah dengan mereka berdua ni.. dahlah sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut masing-masing sejak tadi.. kesudahannya aku ni dah jadi macam tunggul kayu... tak pun boneka.. apa aku tanya seorang pun tak menjawap.. geram ni..

"Mummy.."

"Daniel"

Eh.. apa kenanya ni? sekali bersuara dua-dua pula serentak nak bercakap.. Balqish memandang wajah Daniel dan Puan Sri Nuha.. hairan, tak faham, kurang mengerti dengan perangai dua beranak ini..

"Kamu dah fikir apa yang mummy cakap dalam kereta tadi Niel?"

"Tak... bukannya urusan Niel pun, kenapa Niel pula nak kena pening-pening kepala untuk fikir benda mengarut yang tak masuk akal tu.."

"Amboi senang kamu cakap bukan urusan kamu ya, habis tu urusan siapa? takkan urusan mummy pula? pandai ya... dah makan lepas tu biar macam tu saja, cubalah belajar bertanggungjawab sikit.."

Eh makan apa pula ni? sejak bila pulanya Daniel ni pandai makan sendiri-sendiri ni? lepas tu biar begitu saja? bukan selalunya aku yang jadi tukang kemaskan ke? Balqish masih blur tak faham makna yang tersirat di sebalik kata-kata mummy mentuanya itu.

"Apa buktinya mummy yang Niel yang makan dia? eh mummy ramai lagilah yang makan dia, dia sengajalah tu nak sabotaj Niel, nak kenakan Niel, dia cemburu tengok kehidupan Niel sekarang ni.."

"Err... chop-chop... apa benda sebenarnya ni mummy? abang? makan apa ni? Qish tak fahamlah.."

Mereka berdua berpandangan tak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan Balqish itu.

"Kenapa abang dan mummy diam? tak nak kongsikan ke apa yang meributkan mummy dan abang ni?"

Larr orang tanya tak mahu jawab pula... susah sangat ke soalan aku ni... isk aku rasa budak darjah satu pun boleh jawab soalan aku ni.

"Tak ada apa-apalah...." Puan Sri Nuha membuka mulut akhirnya, serba salah nak memberitahu perkara sebenarnya, takut menambahkan lagi kekalutan yang sedia ada.

"Kalau tak ada apa-apa kenapa muka mummy dan abang tegang semacam saja?" masih tak puas hati lagi dengan jawapan yang di berikan oleh emak mentuanya itu.

"Qish ni kenapa? dah mummy kata tak ada apa-apa, jadi maknanya tak ada apa-apalah.. tu pun tak faham ke?" tiba-tiba Daniel membentak, mungkin marah yang bergumpal didalam dadanya membuatkan dirinya mudah naik angin.

"Abang ni kenapa? kalau ya pun tak ada apa-apa, janganlah marah-marah orang..." lirih nadanya, rasanya ini pertama kali Daniel meninggikan suaranya di hadapan emak mentuanya.

Balqish menggetap bibir, entah kenapa mudah sangat air matanya memenuhi tubir matanya, menanti masa untuk gugur menuruni pipinya.. dah dia balik dengan muka masam mencuka, kita tanyalah... ingat nak ambil berat pada dia, tapi tak sangka dia marahkan kita pula... ceh lain kali jangan harap aku nak ringankan mulut ni untuk bertanya pada kau.

"Kamu berdua ni, boleh tak jangan bergaduh depan mummy ni, pening kepala mummy tau tak dengan sikap kamu berdua ni.." tegur Puan Sri Nuha bila dia melihat bunga-bunga pergaduhan yang sudah mula tercetus diantara anak dan menantunya.

"Dahlah... Niel nak naik dulu, nak rest... "

Balqish hanya memerhati langkah Daniel yang laju memijak anak tangga sehinggalah tubuh itu hilang di sebalik pintu biliknya.

"My..." wajah Puan Sri Nuha di pandangnya mohon penjelasan kononnya.

"Entahlah Qish... mummy pun tak tahu nak kata apa lagi.."

"Mummy pun nak naik dululah Qish, mengantuk pula rasanya.. yelah semalaman tak tidur langsung.." dia beralasan, selebihnya dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab andai Balqish terus bertanyakan soalan kepadanya, serba salah, sungguh bila dia memandang wajah polos milik menantunya itu, dia tak sampai hati... ingin memberitahu letak duduknya perkara sebenar.. tak sanggup membayangkan bagaimana rupa menantunya andai mengetahui apa sebenarnya yang terjadi, mesti dia kecewa, mesti dia hampa... ah aku perempuan, dan aku faham bagaimana rasa pedihnya luka andai suami yang disayangi sanggup melakukan perkara yang sebegitu rupa.

Lah... aku juga sendiri di sini.. ingat turun ni nak taulah juga apa yang sebenarnya berlaku, tapi masing-masing boleh pula pakat-pakat tak mahu jawab isk ni yang buat aku bertambah rasa ingin nak tahu ni.... Balqish mengomel geram, bengang dirinya ditinggalkan sendirian dengan pelbagai persoalan tanpa di beri jawapan yang sepatutnya.

*********

Datin Adlyn hanya memandang kosong pada tubuh Suhail yang masih terbaring lemah itu.. pucat benar kelihatannya wajah anak itu.. entahlah.. dia sendiri sehingga kini masih lagi sukar untuk menerima kenyataan yang terbentang di ruang matanya kini.

Sungguh... dia sendiri masih tak tahu apa sebenarnya perasaan yang sedang melanda jiwanya kini... marah hampa kecewa.. bercampur aduk.

Dato' Zakuan yang telah lama terlena di atas sofa di ruang kamar VIP itu dipandangnya, penat benar wajah suaminya itu.. dia pun turut berasa letih juga tapi entahlah... fikirannya sungguh berserabut sehingga tiada asa hendak menuruti nafsu tidurnya.

Perbincangan yang berlangsung sebentar tadi masih lagi belum jumpa titik penamatnya, ya dia hanya melihat wajah tegang Daniel ketika meninggalkan mereka tadi, tak tahu apa yang mereka berdua bincangkan tadi...

Kalaulah dia dapat mengagak benda ini bakal terjadi, mungkin awal-awal lagi dia telah menikahkan Daniel dengan Suhail... kalaulah dia dapat menghidu perubahan perangai Suhail dari awal, mungkin perkara sebegini dapat dielakkan... isk itu semua kalau ada 'kalau'... masalahnya semua benda yang memalukan ini telah pun terjadi.. itu kenyataannya... walaupun terlalu pahit dia terpaksa menelannya juga... Suhail manusia biasa, seperti dia juga tak dapat lari daripada melakukan silap dan siapalah dia untuk menghukum anak itu walaupun jiwanya benar-benar terluka dengan perbuatan anaknya kali ini.

Dalam hal ini dia tak tahu ingin meletakkan silap pada siapa, mungkin salah dia juga, kerana mahu melihat Suhail menjadi sempurna sampai anak itu memberontak dalam diam, atau mungkin salah Dato' Zakuan kerana terlalu menyekat langkah puteri tunggal mereka... atau juga salah Suhail sendiri?? kerana terlalu mengikuti jiwa remajanya, sampai tidak dapat membezakan halal dan haram.

ALLAH beratnya ujianMu kali ini... sampai aku rasa aku tak mampu menggalasnya..

"Lyn.. are you ok?" terasa bahu di usap lembut secara tiba-tiba...

"Abang... dah bangun?" sengaja di biarkan soalan suaminya itu terbiar sepi.. tak ada daya menjawabnya..

"Abang tak boleh lena... Lyn fikir apa... tak nak kongsi dengan abang ke?"

"Entahlah bang... Lyn fikir pasal kita... agaknya dosa apa yang kita telah lakukan sampai kita di uji begini?"

"Lyn... kadang-kadang DIA uji kita bukan sebab dosa yang telah kita lakukan, tapi DIA uji kita sebab nak tengok seteguh mana keimanan kita padaNYA.. adakah kita hanya dekat padaNYA waktu kita dalam kesempitan sahaja atau kita sentiasa mendekatinya tak kira susah dan senang..." lembut nadanya menuturkan... kalau isterinya kecewa, dia lagilah kecewa, berkali-kali ganda rasanya, yalah dia seorang lelaki, seorang pemimpin ketua keluarga.... namun dia tak mampu menjalankan dengan baik.. seorang anak pun dia tak mampu membimbingnya dengan baik...

"Lyn malu bang, selama ni kita sering menjadikan anak kita contoh kepada anak-anak teman-teman kita, tapi tak sangka anak kita lebih teruk daripada anak-anak teman-teman kita... entahlah bang, mungkin ni balasan pada kita juga sebab terlalu bangga-banggakan dia.."

"Entahlah Lyn... tipulah kalau abang kata abang tak ada rasa malu... tapi benda dah pun terjadi... nak tutup pun lambat laun orang akan tahu juga... redha sajalah.. ni semua pengajaran buat kita.. dan kita hanya mampu merancang, selebihnya hanya DIA yang tentukan..."

"Jadi abang rasa kita perlu buat apa?"

"Seperi yang Suhail kata, kalau betul Daniel yang lakukan abang nak dia bertangungjawab... abang nak dia nikah dengan anak kita.."

"Tapikan dia dah beristeri, siap dah ada anak lagi.."

"Ah abang tak kira... dia lelaki boleh berkahwin lebih dari satu..." tekadnya muktamad... itu saja jalan yang mampu difikirkan kini.. lagi pun siapa lagi lelaki yang sanggup terima perempuan yang telah tidak suci seperti Suhail itu.

"Abang sanggup tengok anak kita bermadu ke?"

"Lyn pilihan apa lagi yang kita ada..."

"Ok kalau itu yang abang rasa jalan yang kita ada... I ikut sahaja kehendak you tu.."

************

Balqish mencuri pandang ke arah Daniel yang sedari tadi hanya diam membeku saja di sofa yang terdapat dalam bilik tidur mereka.. Hairan melihat perangai mendiamkan diri lelaki itu, biasanya pantang ada peluang Daniel suka menghampirinya, menyakat dirinya..

"Er... Daniel..." dia menyeru nama lelaki itu.

Diam...! tiada reaksi.. nampaknya lelaki itu betul-betul tenggelam dengan dunianya sendiri.

"Daniel.." sekali lagi dia memanggil... siap melambai-lambaikan tangannya ke hadapan wajah lelaki itu.

Tetap juga tiada reaksi...Isk mamat ni tidur dengan mata celik ke apa...

"Awak..." dia menyentuh perlahan dahi Daniel.. mana tau kot-kot lelaki itu kurang sihat ke, lain benar perangainya... isk normal je suhunya tak ada pula panas..

"Ha... er nak apa?"

"Awak ni ok ke tidak... asyik termenung saja dari tadi..."

"Aku ok.." hanya dua patah jawapan yang di berikan...

A'ah.. yalah tu ok... ok apanya kalau bahasa pun dah bertukar 'abang' ke 'aku'... hari tu dia yang beria nak bahasakan dirinya 'abang'.. Balqish mencebik.

"Awak nak saya masakkan apa-apa ke?"

Tiada jawapan... eeii suami aku ni... aku cakap dengan dia serupa aku cakap dengan sofa nilah..

"Awak saya tanya ni.. awak nak makan apa-apa tak? saya nak masak ni.."

"Masak jelah apa-apa, nanti abang makanlah.."

"Betul ni? tak nak suruh saya masakkan apa-apa?" dia bertanya lagi inginkan kepastian..

"Qish ni kenapa? kan aku dah jawab tadi.. heiisy sejak bila jadi tak faham bahasa ni? orang dah lah serabut dia boleh pulak pot-pet pot-pet macam mak nenek.. dah aku dah jawab sekali tu dahlah, ni nak juga tanya-tanya lagi..." bentak Daniel tiba-tiba, membuatkan Balqish terkejut, tersentak, terkesima, tak pernah-pernah dirinya di marahi sebegini.

"Qish tanya saja... sebab awak nampak lain... kalau ya pun awak tengah serabut.. janganlah buat perangai macam ni.. marah-marah saya macam ni..." sedihnya di marahi tanpa sebab.

Daniel meraup mukanya.. serba-salah bila mendengar nada suara Balqish seperti orang ingin menangis. Perlahan-lahan dia menapak, melangkah menghampiri Balqish.. Bahu isterinya di pegang...

Ah dia tak tahu apa-apa, dan dia tidak sepatutnya menjadi mangsa tempat aku menghamburkan marah.

"Qish abang minta maaf.. ab.. abang.."

"Dahlah... saya maafkan awak, saya tahu awak tak sengaja.." tangannya menepis lembut tangan Daniel yang berada di bahunya, petanda protes.

"Abang tak sepatutnya marah Qish.. I am sorry ok.." tubuh isterinya di tarik lembut kedalam dakapannya walaupun Balqish meronta-ronta minta dirinya di lepaskan..

"Abang minta maaf.." suara itu dirasakan begitu hampir di telinganya..

Balqish terasa kucupan lembut hinggap di dahinya..

"Lepaslah.. saya dah maafkan awak.." dia menolak perlahan tubuh sasa suaminya itu.

"Eeeii.. bencilah dengan awak ni, pantang ada peluang suka ambil kesempatan..." Balqish memasamkan muka, tidak berkenan dengan perbuatan Daniel menciumnya tadi.

Daniel tersenyum.. terusik hatinya dengan reaksi Balqish itu, entah kenapa jiwanya terasa lapang setiap kali bersama dengan Balqish... dan Balqish dah pandai merajuk minta di pujuk... wah perkembangan yang baik ni...

"Ni kenapa senyum-senyum pula? tadi bukan main masam lagi..."

"Tak ada apa-apalah.. dahlah pergilah memasak... abang nak mandi kejap.."

Terbeliak mata Balqish bila mendengar kata Daniel itu...

"Hah awak tak mandi lagi?? eeiii tak senonohlah awak ni, tak mandi lagi dah peluk-peluk orang.."

"Dah orang tu merajuk... orang ni peluklah dia sebab nak pujuk dia.."

"Dah-dah pergi mandi, saya nak masak ni... lepas mandi nanti tolong tengok-tengokkan Batrisyia mana tau kot dia terjaga minta susu ke.."

"Ok sayang... eh jom mandi sekali dengan abang.." sengaja dia menarik tangan Balqish ingin mengusik.

"Tak naklah.. saya dah mandi tadi..." isk suami aku nilah kan.. dia diam aku risau... tapi bila dia tak diam... aku yang letih melayan kerenah tercabut skrunya ni.

Thursday, March 25, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[32]


"I tak percaya ini boleh berlaku dalam keluarga ni, belum pernah lagi benda ni terjadi dalam sejarah keturunan I yang sebelum-sebelum ni tau" sudah beberapa kali ayat itu diulangi, dia mundar mandir, masa dirasakan seolah-olah terlalu lambat berlalu.

"Sabar sayang, cuba you bawa bertenang, duduklah... dari tadi abang tengok asyik dok ke hulu ke hilir, bertambah serabut abang meihatnya adalah..." tegur Dato' Zakuan, mungkin sudah kehilangan sabar dengan tingkah Datin Adlyn itu.

"Macamana I nak sabar abang, anak kita tu dekat dalam sana tengah bertarung nyawa tau tak?, ya ALLAH apalah salah I ni sampai perlu di uji begini" dia menghempaskan punggungnya pada kerusi kosong yang terdapat bersebelahan dengan suaminya itu, air mata sudah mula berlumba-lumba turun daripada tubir matanya terus membasahi pipinya, hancur luluh terasa hatinya kini, mana taknya bila mengenangkan anak yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari sanggup meremuk redamkan jiwanya dengan laku yang tak pernah diduga oleh akal warasnya itu.

"syiii... tenang sayang, janganlah menangis macam ni, ini ujian ALLAH pada kita, mungkin ini peringatan buat kita, teguran kepada kita" Dato' Zakuan menarik tubuh Datin Adlyn rapat ke tubuhnya, mengusap lembut bahu isterinya itu, memujuk dengan bisikan lembut agar tangisan isterinya yang kuat memburai dapat di hentikan, agar hati isterinya yang sedang dirundung walang itu dapat dilegakan.

Ah mudahnya menjadi wanita, sungguh kadang-kadang terdetik juga rasa cemburu dalam jiwa lelakinya, yalah... bila marah, sedih atau pun gembira mereka tidak penah segan silu menitiskan air mata, tapi aku?? aku merasa sebak, kecewa dengan apa yang menimpa kini tapi langsung tak mampu menitiskan air mata, kenapa ya? egokah aku? duhai anak kenapalah kau begitu tega menduga rasa papa dan mama dengan lakumu yang sebegitu itu? tak kesiankah kau kepada kami ini? dia menggetap bibir, marah, kecewa, sedih, pilu dan segala macam rasa bertinidih-tindih dalam jiwanya sampai tak tahu nak di terjemahkan dalam perkataan kini.

Menggigil, menggeletar habis seluruh tubuh bila terkenangkan pengakuan yang terlahir daripada bibir pucat Suhail beberapa jam tadi, pandangannya terasa gelap tiba-tiba, dunia pula seolah-olah berhenti berputar, sungguh.... tak tahu ke mana harus disorokkan mukanya andai perilaku anaknya yang telah kecundang dengan tuntutan nafsu itu tersebar.. terasa wajahnya seperti telah dicontengkan oleh arang yang takkan mampu dibersihkan lagi.

"Siapa yang lakukan semua ni nak? cakap pada papa? papa mahu orang tu bertanggungjawab.." asaknya pada Suhail yang sedang dalam keadaan separuh sedar itu.

Suhail hanya mampu menggelang lemah... sungguh dia pun masih tak pasti siapa gerangan bapa kepada kandungannya itu.

"Cakap dengan mama lelaki mana yang buat Suhail sampai macam ni? mama nak jumpa lelaki itu, dia mesti bertanggungjawab.. dia tak boleh tinggalkan kamu macam tu saja..." bentak Datin Adlyn pula, geram melihat si anak hanya membisu, hatinya yakin, kuat menyatakan anaknya itu tidak bersalah, masakan anak sebaik Suhail sanggup membelakangkan dosa dan pahala demi nafsu...

"Betul kata mama tu, kalau Suhail tak cakap masakan kami akan tahu siapa yang perlu bertanggungjawab... cakaplah siapa dia orangnya?" pujuk Dato' Zakuan pula bia dilihatnya Suhail hanya membisu kala di soal oleh isterinya itu.

Suhail tetap juga diam, matanya pula terpejam dengan wajah yang berkerut menahan sakit yang semakin menekan.

"Siapa?"

Menggeleng.. sungguh dia tak tahu lelaki yang mana satu yang berjaya meninggalkan benih dalam rahimnya itu..

"Masakan kamu tak tahu..?"

Tetap diam membeku, tiada jawapan yang lahir dari bibir pucat itu..

"Jangan sampai sabar papa hilang Suhail?"

Ah entah kenapa otaknya seolah terhenti, tak mampu berfungsi... agaknya mungkin sebab kesakitan yang terlalu menekan sehingga dia hilang punca.. segala ingatan jadi kabur..

"Siapa lelaki itu?" agak keras kali ini nadanya...

"Di...di..." dia tergagap-gagap..

"Di.. di.. tu siapa? " sergah Datin Adlyn semakin hilang sabar..

"Di.. di.. dia Daniel mama.."

"What??? biar benar? mama tak percaya?" bentak Datin Adlyn kuat.. pengakuan si anak di rasakan tak mampu diterima dek akal fikiran warasnya, masakan anak teman baiknya itu sanggup merosakkan anak gadisnya itu.

"Lynn.. habis tu you nak kata anak kita reka ceritalah ya? I tengok budak Daniel tu sosial juga apa.. perempuan pun keliling pinggang dan tak mustahillah apa yang Suhail kata tu benar.." sokong Dato' Zakuan pada pengakuan anaknya itu.

"Kalau benar budak tu yang lakukan pada anak kita, I nak dia bertanggungjawab, I tak nak dia lepas tangan macam tu saja, apa dia ingat anak kita ni tak ada nilai ke apa?, senang-senang usik anak orang lepas tu tinggal macam tu saja..." dia menggetap bibir geram.. rasa hati mahu pecah menahan amarah yang membara secara tiba-tiba, rasa seperti dikhianati juga pun ada..

"I nak call dia sekarang, I nak dia bertanggungjawab atau I bawak kes ni ke muka pengadilan biar dia meringkuk dalam penjara, apa dia ingat anak kita ni anak patung ke.."

Pintu yang dikuak secara tiba-tiba dari arah dalam membuatkan dia tersentak, segala lamunan tentang peristiwa beberapa jam tadi pecah bertaburan.. Bingkas dia bangun mendapatkan Doktor wanita separuh usia yang memakai tag nama Majidah itu..

"Doktor bagaimana keadaan dia ?" tak sabar-sabar dia bertanya.. ingin mengetahui keadaan sebenar anak tersayang.. gerun hatinya bila melihat wajah kusam doktor itu sebaik keluar dari bilik itu... Ya ALLAH harap-harap tiadalah perkara buruk terjadi pada anak ku itu.

"Hurmm... keadaan Puan Suhail masih lemah, dia masih belum sedar, dia kehilangan banyak darah dan kami juga minta maaf sebab tak dapat menyelamatkan kandungan dia.."

Suhail kehilangan kandungannya?? Dato' Zakuan terpempan, dia tak tahu apa perasaannya kini? gembirakah? atau pun sedih? gembira cucu yang tak diundang telah pergi atau... sedih entahlah dia sendiri tak pasti.

"Boleh kami tengok keadaan dia doktor?" Soal Datin Adlyn tak sabar-sabar..

"Boleh... tapi jangan lama-lama, saya mahu dia berehat secukup-cukupnya.. oh ya Datin, kalau boleh saya ingin berjumpa suami dia, ada banyak perkara yang saya ingin bincangkan dengan dia.. mana ya suami dia agaknya?

"Suami..?"

"Ya suami dia..." Doktor Majidah kehairanan bila melihat perubahan wajah Datin Adlyn itu, pelik masakan suami anak sendiri pun tak tahu.. atau.... hatinya mula membuat telahan yang kurang baik..

"Suami dia err... suami dia... ha... tu pun suami dia.." berubah sedikit riak keruh di wajah Datin Adlyn bila terlihat kelibat Daniel berpapasan dengan Puan Sri Nuha menghampiri mereka..

Daniel kehairanan, dia perasan bila melihat beberapa pasang mata tajam merenung langkahnya, eh mereka ni tak pernah nampak aku ke apa? pandang macam nak telan orang.. apa dia orang ingat aku ni betul-betul dah rosakkan anak dara mereka ke? eh tolong sikit eh, bagi free pun belum tentu aku nak perempuan tu, dahlah sosial mengalahkan aku yang lelaki ni, ni dah termengandung ni senang-senang saja petik nama aku, isk aku sentuh dia pun tak pernah inikan pula nak buat benda tu pada dia..

"Doktor Majidah nak jumpa kamu, dia ada benda nak bincang dengan kamu katanya.." beritahu Dato' Zakuan sebaik saja dia menghampiri mereka..

Daniel terpinga-pinga.. nak jumpa aku? buat apa? apa halnya pula?..

"Mari encik..." Doktor wanita itu memberi isyarat mata padanya seolah bertanya siapa namanya..

"Daniel.."

"Mari encik Daniel... kita ke bilik saya.. ada sesuatu yang ingin saya perkatakan dengan awak.."

"Err... ta.. tapi saya.. bu.."

"Pergilah Daniel.." arah Puan Sri Nuha.. dirinya sendiri pun masih seolah tak berapa nak percaya dengan apa yang terjadi..

"Tapi mummy.. Niel.."

"Tak apalah.. pergi saja Niel, dengar apa yang doktor tu nak kata.."

Dengan langkah yang memberat dia mengekori langkah doktor wanita itu.. hai bala.. bala... tak satu, satu yang menimpa hidup aku ni, apalah malang sangat nasib aku ni, baru saja nak belajar untuk mengecap bahagia..

Puan Sri Nuha hanya menghantar langkah Daniel dengan ekor matanya sahaja.. hai tak tahulah macamana nak beritahu suaminya tentang perkara ini, tentu Tan Sri Darwish akan mengamuk sakan.. silap-silap haribulan anak itu akan dihalau keluar dari rumah.. jauh di sudut hati timbul pula belas kepada Balqish.. kesian anak masih lagi kecil Daniel dah mula buat perangai.. Niel.. Niel.. mummy tak tahu ke manalah kamu letakkan akal fikiran tu.. Balqish tu mummy tengok dah cukup baik dah buat kamu, kenapalah kamu buat perangai macam ni pula... tak fahamlah mummy dengan kamu ni.

"Macamana keadaan Suhail?" digagahi juga mulutnya untuk bertanya.

"Masih belum sedar kata doktor tadi.."

"Macamana sampai boleh jadi macam tu?" dalam gundah hendak juga dia mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.

"Entahlah.. I pun tahu sebenarnya apa yang terjadi, pembantu rumah I yang jumpa dia pengsan dekat dalam biliknya.. entahlah I pun masih keliru sebenarnya, macam masih tak percaya pun ada juga.."

*********

Balqish termenung sendirian didalam bilik tidur.. puas sudah tubuhnya dikalih ke kiri dan ke kanan, namun matanya masih lagi segar, degil untuk terlena..

Hai tadi bukan main lagi mengantuknya.. ni tak nak pula tidurnya.. dia mengomel geram..

Agaknya apa yang tejadi sebenarnya? sampai emak mentuanya dan Danielnya juga bergegas keluar... Danielnya?? eh macam pelik saja.. hehe dia tergelak dengan bisikan nakal hati kecilnya itu sendiri.

Rasa ingin tahu membuak-buak dalam dirinya, penting sangatkah apa yang diberitahu oleh si pemanggil itu sampaikan tak sempat hendak menunggu hari siang untuk mereka pergi? apa pula kaitannya dengan Daniel? kenapalah pula lelaki itu melenting marah secara tiba-tiba tadi? kenapa mereka merahsiakan daripada aku? isk ni yang buatkan aku bertambah tertanya-tanya ni?

Jam yang tergantung di dinding di perhatikannya, sudah hampir 2 jam mereka pergi.. hii risau juga.. bermacam-macam andaian mula timbul di benaknya.. semuanya yang kurang enak pula tu.. ya ALLAH minta dijauhkan oleh ALLAH segala malapetaka..

Ah agaknya tiada kena mengena dengan kau kot Qish.. dah kau jangan nak menyibuk dengan benda yang bukan urusan kau.. tegur hati kecilnya..

Ya memang bukan urusan aku, tapi aku rasa tak sedap hatilah.. takut sesuatu yang tak baik terjadi pada mereka.. terutama Daniel, kesian anak aku nanti.

Tak ada apa-apalah.. mereka baik-baik saja.. dah-dah tadi kata mengantuk.. tidurlah Qish oi.. dah nak subuh dah ni, ..

Yalah aku nak tidurlah ni.. Balqish memejamkan matanya, memaksa dirinya untuk lena.. namun baru beberapa minit memejamkan mata, telinganya pula menangkap bunyi tangisan Batrisyia memecah sunyi pagi.. cepat-cepat matanya dibuka kembali, pantas dia bangun untuk mendapatkan bayinya itu.. tak mahu tangisan si kecil itu berpanjangan dan mengejutkan penghuni lain yang sedang enak diulit lena.

"Sayang anak mama lapar ya? nak susu ya?" Batrisyia diambil dan di bawa ke dalam pelukannya.. punggung anak kecil itu ditepuknya perlahan.

"Papa tak ada.. Risyia temankan mamalah ya, tidur dengan mama.." bisiknya perlahan, macamlah anak itu faham saja gayanya.

Kadang-kadang, andai dirinya dalam keadaan bersendirian sering kali fikirannya menerawang mengingati peristiwa yang berlaku dalam hidupnya.. macam tak percaya dalam usianya sekarang dia telah punya cahaya mata, punya suami.. ingatannya pula secara tiba-tiba terputar pada perbualannya dengan Suraya beberapa bulan yang lalu.

"Qish agak-agaknya aku dengan kau siapa yang kahwin dulu ya?" Soal Suraya sambil menjungkitkan kedua keningnya, nakal sungguh kelihatannya raut wajah temannya nan satu itu.

"Tentulah kau dulu Su, kau kan dah bertunang.. aku ni calon pun tak ada lagi.." pantas dia menjawab tanpa sedikit pun berfikir panjang.. yalah kan ke Su yang dah ada calon, siap dah bertunang lagi, dan beberapa bulan lagi pula bakal mendirikan rumah tangga.

"Eh ada pulak.. aku ni dah bertunang tak semestinya kahwin dulu daripada kau tau.. entah-entah kau dulu tak? mana tau jumpa putera turun dari kayangan, terus tertarik... hai dapatlah aku timang anak buah cepat-cepat.."

"Adoi..!!"

"Padan muka.. kau ni memang tak boleh bagi peluang, suka sangat mengarut.. apa kau ingat kau sedang berhikayat ke? ingat cerita epik ke apa? boleh pula putera turun dari kayangan.. tulah banyak sangat baca cerita mengarut... kan otak tu pun dah merapu-rapu.." Balqish membebel geram..

"Alah aku gurau saja pun tak boleh ke? sakitlah kau cubit.." Suraya menggosok-gosok perlahan lengannya yang telah sedikit memerah dek cubitan Balqish itu.

"Padan muka.."

"Tak apa, kalau makbul apa yang aku cakap ni baru padan muka kau, waktu tu mesti baru kau ingat apa yang aku cakapkan ni.."

Ah memang makbul pun apa yang kau katakan tu Su, bezanya dia bukan putera kayangan, tak sangka kan.. tahun lepas aku sendiri tahun ni aku dah tak sendiri lagi.. malah dah bertiga pun.. kuasa ALLAH, takdirNYA memang kadang-kadang tak mampu aku nak duga, namun kini aku belajar untuk menjadi seorang yang redha dengan segala yang berlaku, aku percaya yang segala yang menimpa ini mesti ada hikmahnya.

Balqish tersenyum sendiri.. dah lama rupanya dia dan Daniel bersama.. sedar tak sedar dah banyak rupanya benda yang mereka kongsi bersama, dan dia sendiri sudah belajar untuk mengenali lelaki itu, belajar menghormati lelaki itu, yalah dah ada anak masakan dia masih dengan perangai dulu.. kekalkah agaknya hubungan yang termeterai tanpa rela antara kami ni? Ya ALLAH... aku mahu hubungan ini hingga ke akhir hayatku.. cukuplah hanya dia menjadi suami aku.. hanya dia.. aku tak mahu yang lain.. sungguh dalam hatiku telah pun rela cinta dia bertamu bersatu dengan perasaan ku ini..

Dia menepuk perlahan tubuh Batrisyia, matanya kini juga sudah mula memberat dan akhirnya dia mula terlena, lena bermimpikan keindahan yang mereka berdua bakal kecapi.. langsung tak menduga yang ada gumpalan awan mendung bakal berarak meladeni hubungan cinta mereka yang baru saja bertunas bercambah...


************

"Benda ni mengarut mummy, benda yang paling gila yang Niel rasakan.. Niel tak nak buat apa yang mummy sarankan.. kenapa pula Niel pula kena cuci sisa orang lain?"

Tak pasal-pasal kena leter dengan Doktor Majidah tadi.. tak pasal-pasal kena cop sebagai suami yang tak ambil berat tentang keadaan si isteri... huh menyusahkan sungguh! tak guna punya Suhail..

"Habis kalau bukan kamu punya kerja siapa lagi? dari dulu lagi mummy selalu tegur tentang kehidupan terlebih sosial kamu tu... tengok apa yang kamu buat? kamu saja nak kecewakan mummy kan? sampai hati kan kamu sanggup buat mummy ni..."

"Manalah Niel tau, mummy tanyalah Suhail sendiri, dia yang lebih tahu... eiii Niel tak fahamlah kenapa Niel mesti terlibat dalam masalah ni.. mummy ingat Niel sanggup ke buat semua benda ni? kalau dulu mungkin ya tapi sekarang takkan sekali-kali, Niel dah ada Qish, dah ada Batrisyia Niel takkan rosakkan masa depan mereka demi nafsu macam ni mummy, percayalah Niel tak buat semua tu." panjang lebar dia membela dirinya, berharap sangat Puan Sri Nuha percayakannya.. sungguh semenjak dia mengetahui Balqish berbadan dua dulu lagi dia telah berazam mengikis segala tingkah laku buruk yang yang sekian lama bersarang dalam dirinya.... segala tabiat keluar malam, bertukar pasangan, melepak di kelab malam semuanya telah ditinggalkan.. tekadnya cuma satu ingin menjadi insan yang lebih bertanggungjawab... dan dia berjaya... namun nampaknya ada pula yang iri hati, sanggup menabur fitnah kepadanya kononnya dia melakukan perkara yang dia sendiri tak lakukan...

Ah Suhail memang sengaja... nasib baik kau tengah terlantar.. kalau tidak memang dah lama pecah bibir kau tu dek penampar aku ni... dia menggetap bibir.. menggeletar seluruh tubuh dirasakannya menahan marah yang semakin membuak-buak...

"Siapa Qish dan siapa pula Batrisyia ni?" soal Datin Adlyn kehairanan bila mendengar nama 2 orang perempuan meluncur dari bibir Daniel, sebelum-sebelum ni tak pernah dengar pun nama-nama itu..

Puan Sri Nuha dan Daniel berpandangan sesama sendiri..

"Err... Qish dan Batrisyia.. mereka tu... mereka.." tergagap Puan Sri Nuha ingin memberitahu.. mesti mereka pelik, yalah belum pernah dia memberitahu kenalannya tentang perkahwinan Daniel..

"Beritahu sajalah kepada mereka mummy, biar mereka semua tahu mummy... tak perlu nak sembunyikan apa-apa lagi.."

"Mereka tu siapa Nuha?" soal Dato' Zakuan mula kurang sabar... hairan melihat Puan Sri Nuha sedikit gelabah bila disoalkan tentang nama yang di sebut oleh Daniel itu.

"Qish itu isteri saya, dan Batrisyia pula anak kami yang baru dilahirkan.." tenang Daniel memberitahu..

"Apa??? kamu dah kahwin Daniel?? benarkah ini Nuha? atau hanya sekadar alasan Daniel untuk lari daripada tanggungjawab?" soal Datin Adlyn masih tak percaya, yalah mana tau Daniel sengaja mencipta alasan untuk mengelak daripada kena menikahi Suhail pula.

"Ya benar Lyn.. I mintak maaf, I pun baru tahu.. "

"Tak ada maknanya saya nak bohong pada Datin.. lagi pun saya tak bersalah kenapa pula saya kena takut dan mencipta pula alasan.. tak logiklah.."

"Kalau kamu tak bersalah kenapa nama kamu yang Suhail sebutkan sebelum dia pengsan tadi??"

"Manalah saya tau Dato"

"Kamu jangan nak berdalih Daniel"

"Berdalih apanya Dato' dah memang saya tak tahu apa-apa ni.. Suhail yang lebih tahu, Dato' tanyalah dia apa yang sebenarnya bermain di kepala otak dia tu.." Daniel mendengus, semakin geram.. huh tulah dia perempuan.. dah terkantoi pandai pula gelabah.. lepas tu sedap-sedap saja tuduh-tuduh orang lain, nak tutup kesilapan sendiri orang lain yang jadi mangsa..

"Mummy jom balik.. buang masa saja datang sini.."

Serba salah Puan Sri Nuha mendengar ajakan Daniel itu.. tersepit... hai sini anak, sana kenalan.. mana satulah yang kena didahulukan ni.

"Mummy, kalau mummy tak nak balik, biar Niel balik sorang.." ugutnya bila melihat Puan Sri Nuha masih lagi tidak berganjak..

"Nantilah Niel.. kita tunggu Suhail sedar.. lepas tu kita bincanglah tentang masalah tu.. cari jalan penyelesaian yang terbaik.. kamu tak perlulah mengamuk macam ni kalau betul kamu tak bersalah.. marah bukan penyelesaian kepada masalah kamu tu, cuba kawal sikit baran kamu tu.." pujuk Puan Sri Nuha lembut.. tak mahu lagi menambahkan kekusutan dalam jiwa anaknya itu..

Arghhh... termakan juga dia dengan kata-kata mummynya itu... kau nak masalah ni cepat selesai atau lambat Niel? tentulah aku nak ia cepat selesai.. kurang sedikit rasa serabut yang menyesakkan kepala otak aku ni... kalau nak cepat... baik kau tunggu dan bersabar sedikit... dia mula bersoal jawab dengan hati kecilnya..

"Ok kita tunggu sampai Suhail sedar... lepas tu kita berbincang dan balik.." dia membuat keputusan.

Puan Sri Nuha hanya mengangguk.. sedikit lega hatinya bila melihat Daniel sudi bertolak ansur.

"Niel nak keluar sekejap.. sesak rasanya di sini.. kalau dia dah sedar mummy panggil Niel ok.."

Monday, March 15, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[31]

"Saya nak tengok history channellah awak" Balqish menegur bila melihat Daniel menukar saluran yang sedang di tonton olehnya, suka-suka dia saja tau.

"Alah abang nak tengok Star movielah" balas Daniel acuh tak acuh, sedikit pun tidak mengalihkan pandangannya daripada kaca televisyen, khusyuk menonton.

"Lagipun rancangan yang Qish tengok tu buat abang mengantuk saja.. "

"Tak nak, tukar balik, nak tengok yang tadi juga, movie ni tak bestlah, dahlah sikit-sikit menangis saja wataknya, lepas tu lawan-lawan macam apa-apa entah, tak real pulak lakonannya, entah apa-apalah punya cerita pun nak tengok.." dicubanya mencapai remote control yang berada berhampiran dengan lelaki itu namun Daniel lebih pantas mengambil remote control itu dengan tangan kanannya lalu di sembunyikan pada belakang badannya.

"Awak ni nak tengok star movie ke apa movie ke pergilah tengok dekat tingkat atas tu, jangan kacau saya dekat sini.." Balqish masih lagi tidak putus asa, isk dia ni suka sangat buat kacau tau... dia mengomel geram.

"Tak naklah.. tingkat atas tak ada Qish temankan abang, lagipun tak seronok tengok tv sorang-sorang.." dia menjawab selamba.

"Mengadalah tu, bagi sini remote tu..." dia meminta namun tiada balasan, melihat reaksi begitu, Balqish mengambil keputusan untuk mengambilnya sendiri dari lelaki itu, hisy cakap macam cakap dengan dinding, saja nak buat aku benganglah tu.

"Eii gelilah, apa ni raba-raba abang.."

"Mana ada orang raba dia, perasan, cepatlah bagi remote control tu pada saya boleh tak?"

"Ambillah sendiri kalau dapat.."

Geram dengan jawapan lelaki itu, Balqish menolak kuat tubuh sasa itu, padan muka siapa suruh cari pasal dulu..

"Aduh sakitlah.. main kasar nampak.."

"Mana ada main kasar, eleh tolak sikit pun dah sakit ke?, siapa suruh main-main lagi, orang minta elok-elok tak nak bagi, rasakanlah.."

"Yelah-yelah.. nah ambillah.." Daniel menghulurkan remote control kepadanya dan Balqish tanpa was-was terus memanjangkan tangannya untuk mengambil huluran lelaki itu, tak sedar akan kenakalan yang terlakar di riak wajah lelaki itu untuk mengenakan dirinya.

"Bukk...!" Balqish tersungkur di dada bidang lelaki itu bila Daniel menyentap kembali remote control yang baru sedikit di capainya.

Daniel ketawa kuat bila melihat keadaan Balqish tika itu, gembira dapat mengenakan Balqish kala itu.

Cis, bertuah punya suami, dia kenakan aku rupanya ya.. tak apa.. kau tengok macam mana aku kenakan kau pulak.. hehe

"Qish oh Qish.." Hairan bila Balqish hanya diam sedikit pun tidak bergerak langsung untuk beralih daripada dadanya.

Ah sudah kenapa pula dia ni? Daniel mula cuak, tubuh Balqish digoyangkannya perlahan namun tetap kaku tiada reaksi. Isk takkan boleh pengsan kot.

"Qish.. janganlah macam ni, abang gurau saja tadi.." pipi Balqish di tepuknya perlahan, Alahai macamana ni, kalau mummy tau mesti dia bebelkan aku tujuh hari tujuh malam tanpa henti ni.. dia mula kalut, hatinya yakin menyatakan yang Balqish telah terpengsan dek kerana perbuatannya. Teringat pula akan mummynya.. hatinya bertambah kecut.

"Kamu ni, ada ke usik isteri sampai pengsan, akal letak dekat mana?.."

atau pun begini..

"Suami apalah kamu ni sampai pengsan Balqish dibuatnya.. bla.. bla.. pot.. pet.. pot.. pet.."

Danieil menggelengkan kepalanya, cuba menepis banyangan negatif yang mula terlayar diruang matanya, ah.. tak boleh jadi ni, mummy tak boleh tau hal ini, dia bingkas bangun, ingin menuju ke dapur.. mengambil segelas air untuk direnjis bagi menyedarkan Balqish daripada pengsan kononnya.. namun baru dua tiga langkah, telinganya menangkap sesuatu bunyi, bunyi seperti orang sedang menahan tawa.. lama dia mengamati.. jangan-jangan.. cepat-cepat dipalingkan tubuhnya untuk melihat apa yang sebenarnya terjadi, dan terbeliak besar matanya apabila melihat Balqish sedang bersandar santai pada sofa siap menayangkan remote control yang berada di tangannya.

"Wekkk dah terkena.. yeay saya menang.."

"Tak aci kenakan abang.."

"Itu namanya strategi.. yeah i am genius.."

Geram dengan reaksi Balqish itu, Daniel cuba merampas kembali remote control yang berada di tangan Balqish itu.. dan tanpa sengaja..

Cup..! bibir Daniel terkena pada wajah Balqish.. masing terus kaku, dunia seolah terhenti saat itu, masing-masing terdiam dengan keadaan tak diduga itu.. wajah Balqish memerah kala itu, dada terasa ingin pecah dengan getaran yang tak terkawal..

"Err... aww.. awak ambillah remote ni.." tak tentu arah jadinya, tak senang duduk malu untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

"Tak apalah, abang dah tak nak tengok movie tu, movie kita ni lagi best.." Daniel mengusik sambil mengenyitkan mata kepada Balqish.

Ya ALLAH, jantung aku ni macam nak meloncat keluar dari dada dah kala ini, hai kenapalah dia ni boleh merubah jadi ala-ala mat romeo pula ni isk..

"Aaa.. tak apalah, saya dan mengantuk ni, saya nak naik tidur dululah.." dia pura-pura menguap dan cepat-cepat berdiri ingin berlalu ke tingkat atas.

"Qish.." terasa tangannya di tarik perlahan, Daniel memusingkan tubuh Balqish mengadapnya..

"Good night sayang..." sebuah kucupan lembut di hadiahkan ke dahi Balqish, syahdunya perasaan ini kala ni, jantung rasa bagai nak luruh.. ah adakah aku sedang bermimpi?? tolonglah sedarkan aku..

"Hai tak tidur lagi ke kamu berdua ni? kot iya pun nak manja-manja pergilah masuk dalam bilik.." tegur Puan Sri Nuha yang muncul secara tiba-tiba di kaki tangga.

"Er.. eh mummy kenapa tak tidur lagi?" tanya mereka serentak, wajah Balqish merah menyala malu mengenangkan yang Puan Sri Nuha mungkin menyaksikan apa yang telah berlaku di antara mereka.

"Nak tidur apanya, dah kamu berdua tu perangai mengalahkan budak-budak, hai dan jadi mak bapak orang pun tak matang-matang lagi.. suara kamu berdua tu sampai ke tingkat atas dengarnya tau, saja nak bagi Batrisyia terkejut ke apa?" leter Puan Sri Nuha dengan perangai anak dan menantunya itu, pening, entah bilalah budak berdua ni nak matang..

"Aerr.. ni semua abanglah punya pasal, kacau Qish nak tengok tv.." Balqish menudingkan jarinya pada Daniel, dialah punca segalanya.. mengacau saja taunya.. dahlah... dia.. err.. ya ALLAH malunya mummy lihatkah tadi peristiwa itu, kulit wajah rasa bertambah panas.

"Apa pulak, Qish yang kacau abang.."

"Dah-dah sama saja kamu berdua ni, tak fahamlah mummy dengan kamu berdua ni, kenapalah kebudak-budakkan sangat.. "

Mereka berdua hanya tunduk memandang ke lantai mendengar leteran Puan Sri Nuha itu, sedar akan kesilapan yang dilakukan oleh masing-masing..

"Dah-dah pergi masuk bilik, matikan tv tu, dah tengah malam pun masih lagi tak sedar.. mummy nak ke dapur, nak minum dahaga pula rasanya.."

Melihat Puan Sri Nuha yang telah menghilang di sebalik dapur... Balqish terus berpaling mengadap Daniel, memandang geram pada wajah lelaki itu sambil memeluk tubuh.

"Ni semua awak punya pasallah tau, buat malu saya saja.."

"Mana pulak, abang tak buat apa-apa pun.." Daniel mengangkat bahu, seolah tiada apa kesalahan yang telah di lakukan olehnya.

"Eeeiiii... geramnya cakap dengan awak ni.." dia menghentakkan kakinya kuat ke lantai.

"Kenapa pulanya?"

"Yelah... yang awak pergi err tu saya kenapa?"

"Tu... tu.. tu apa?, bahasa alien ke?" sengaja buat-buat tak faham, mahu mendengar perkara yang sebenarnya keluar dari mulut Balqish.

"Alah buat-buat tak faham pula.." isk dia ni tak faham atau saja nak mengusik aku? bencilah dia ni.

"Apanya??" alah nak cakap pun malu-malu ke, bukannya aku buat benda tak elok pun tadi.. hihi.

Ya ALLAH bahasa apakah lagi yang perlu aku gunakan ni?

"Yang awak pergi kiss saya kenapa??" cepat-cepat di paling wajahnya mengadap ke dinding bila habis saja dia berkata, malu bertentang mata, tak sanggup oii..

"Oh yang tu.. saja jea, buat bekal untuk isteri abang malam ni, biar tidurnya lena tak mengigaukan abang.. hehe" Daniel tertawa mengusik.

"Huh miang.." Balqish mencebik, geli mendengarnya pun ada juga..

"Suami awak juga..."

"Eeii.. makin lama makin tak fahamlah layan dia ni.. dahlah saya nak naik tidur.."

"Jom.. abang pun dah mengantuk jugak ni.." tangan Balqish di capainya kononnya ingin beriringan ke bilik tidur.

"Janganlah.. tak malu ke pegang-pegang tangan orang.." Balqish menarik tangannya dari pegangan tangan lelaki itu, boleh migrain aku melayan dia ni.

"Hisy tak habis lagi ke budak berdua ni?" tegur Puan Sri Nuha yang baru muncul kembali dari arah dapur, dia hanya mampu menggelengkan kepala, baguslah dua-dua kebudak-budakkan, tak tahulah macamanalah mereka menguruskan rumahtangga sebelum ni.. heyy tak faham..

"Err dah habis dah ni mummy.. kami nak naik tidur.. good night mummy.."

"Ok good night too.." balas Puan Sri Nuha.

Mereka berdua beriringan memanjat anak tangga, namun baru 2 anak tangga didaki, langkah kaki terhenti dengan deringan telefon rumah yang minta di angkat, uikk siapa pula yang telefon tengah-tengah malam begini? Daniel dan Balqish berpandangan, baru saja ingin berpatah balik untuk menjawab panggilan tersebut, Puan Sri Nuha telah menjawabnya terlebih dahulu, dan mereka berdua hanya diam mendengar perbualan Puan Sri Nuha itu, takut manalah tahu ada berita buruk yang ingin di sampaikan.

"Hello... Puan Sri Nuha bercakap.."

"Owh Lyn.. ada apa telefon I tengah-tengah malam ni?, macam ada hal penting saja kedengaranya, eh cemas saja nada suara you ni kenapa?"

"Daniel?... ada.. kenapa?"

"Wh... what.. is it true?? cuba ulang balik apa yang you cakap tadi, I kurang jelas" ada nada getar terkeluar dari mulut wanita separuh umur itu.

Hairan.. apa yang terjadi kenapa mummy begitu cemas? berita buruk apakah yang baru mummy terima? Daniel menelan air liur terasa berpasir..

"Ok... ok.. nanti I ke sana, you tenang ok..."

Wajah keruh Puan Sri Nuha ketika menamatkan perbualan di telefon seolah-olah menggambarkan ada sesuatu yang tak kena, Balqish melangkah merapati mummy mertuanya, ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.

"Pergi masuk bilik kamu Balqish.. mummy ada benda nak cakap dengan Daniel.." arah Puan Sri Nuha tiba-tiba.

Balqish terkejut, hal apakah agaknya ya sampai perlu dirahsiakan daripada aku?? hatinya mula tertanya-tanya, namun dia tetap akur dengan arahan itu, sayup-sayup di pendengarannya dia mendengar.

"Daniel mari sini, mummy ada benda nak bincang dengan kamu.."

Itu saja perbualan antara mummy dan anak yang sempat ditangkap oleh pendengaran Balqish, selebihnya mereka hanya bercakap dalam nada berbisik, Balqish perlahan-lahan merapatkan daun pintu biliknya..

"Whatttt!!! Niel tak buatlah semua benda tu mummy! benda tu mengarut..!"

Balqish yang baru saja merebahkan tubuhnya di atas katil tersentak, terkejut bila tiba-tiba mendengar suara Daniel melengking kuat, macam marah saja nadanya, bertambah lagi persoalan di benaknya, kenapa Daniel begitu marah?? apa yang sebenarnya berlaku ni? ada siapa-siapa yang boleh bagitahu aku tak?..............

Monday, March 8, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[30]

Dia melangkah keluar dari Diaz Florist dengan senyuman tak hilang bergayut di bibir.. riang ria sungguh rasa hatinya kala ini, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum-sebelum ini.. bunga mawar lapan kuntum yang baru dibelinya sebentar dan kini berada di tangannya di pandangnya puas.. hai agaknya dia faham ke tak simbolik di sebalik bunga lapan kuntum ini? 143 = I love you dan 1 + 4 + 3 = 8.. ah biarlah dia faham atau tak, itu tak penting, yang pentingnya sekarang aku cintakan dia, dan nak terus hidup bersama dia dan meneruskan perkahwinan ini..

Akhir-akhir ini hidupnya di rasakan agak bahagia, hidup terasa macam telah lengkap, Daniel tersenyum lagi.. langsung tak ambil peduli pandangan orang-orang yang berada di sekelilingnya yang semestinya pelik melihat tingkah lakunya, ada yang berbisik sesama sendiri bila memandang dirinya.

"Sewel agaknya dia tu.." mungkin barangkali itu yang mereka katakan kepadanya..

Ah pedulilah, mereka mana tau apa yang aku rasa saat dan tika ini, agaknya bagaimana rupa Balqish bila menerima pemberiannya ini? terimakah dia atau menolak? atau... mesti dia akan kata, seperti biasa ayat lazimnya..

" Eh awak ni mamai lagi ke apa?"

Atau...

"Awak ni buang tebiat ya??"

Daniel menggeleng-gelengkan kepala.. isk cuba jangan fikir bukan-bukan Niel.. apalah kau ni.. hati kecilnya menegur.. menepis segala asakan mengarut yang mula bertamu dalam benaknya.

Pintu kereta dibukanya, dan jambangan bunga mawar itu diletak penuh hati-hati dikerusi sebelah tempat duduk pemandu.. tersenyum lagi bila memandang jambangan bunga mawar itu, hai agaknya memang macam ni kot orang yang dilamun cinta, di mana-mana mesti akan terpandangkan wajah orang yang di cintai.. angau sungguh dah aku ni nampaknya..

Daniel memandu sambil melayani perasaannya.. tak sedar kereta yang di pandu semakin perlahan dan berada di lorong yang tak sepatutnya, dan dia hanya tersedar bila keretanya di hon oleh seorang pemandu, cepat-cepat dia mengangkat tangan pertanda memohon maaf atas kelalaiannya tadi.. fuh nasib baik tak excident tadi.. fokus Niel fokus.. dia mengingatkan dirinya sendiri.

Haisy semakin hari semakin teruk aku ni, malu aku kalau orang tahu yang aku ni tengah angaukan isteri sendiri.. apa nak buat tak sempat bercinta dah kena bernikah.. so sekarang dah terjatuh cinta pula..


*********

"Sayang, you ada risik-risik ke masalah anak kita tu? I risaulah tengok anak kita tu, semenjak akhir-akhir ni selalu sangat berkurung dalam biliknya, bila di tanya jawabnya mesti tak ada apa-apa... " Soal Dato' Zakuan sambil memandang terus pada wajah isterinya itu, yalah manalah tahu isterinya tahu sesuatu yang dia sendiri tak tahu ke.

"Entahlah bang, I ada juga tanya dia, tapi Suhail tu diam saja tak nak jawab apa-apa, dia cuma kata dia letih tak mahu diganggu, itu sajalah yang dikatakannya.."

Risau siapa yang tidak risau bila satu-satunya anak yang ada, yang sentiasa menceriakan rumah dengan tawa manja, kini berubah laku jadi seorang yang pemurung seolah menyimpan sesuatu rahsia yang berat, seolah memendam suatu masalah yang tiada jalan penyelesaiannya.

"Puas juga I fikirkan apa yang bermain dalam fikiran anak kita tu.. tapi semuanya buntu, I ada juga risik-risik dekat pejabat dia tu, kot dia ada masalah dengan staf-staf ke, tapi semuanya kata ok.. tak ada apa-apa masalah, berjalan lancar kata mereka.. huish bila di fikirkan memang merunsingkan kepala otak I ni.."

"Eh abang ni janganlah runsingkan sangat fikiran tu, abang tu bukannya boleh stress sangat, nanti darah tingginya naik, nanti Suhail yang tak ada apa-apa, abang pula yang masuk hospital pula.. kan dah haru jadinya.." Datin Adlyn mengusap perlahan bahu suaminya, mencuba menenangkan rasa walang yang mula merajai hati Dato' Zakuan itu.

"Mana abang tak risau yang, Suhail tu satu-satunya anak yang kita ada.. sakit dia, sakitlah kita juga, menangis dia, menangislah kita juga.. abang tak nak tengok dia terus-terusan murung macam tu, abang tak sanggup..." dia menggeleng-gelengkan kepala, menggetap bibir.. rasa sebak hadir secara tiba-tiba.

"Dahlah bang, anak kita tu tak ada apa-apalah, mungkin betul kot kata dia yang dia letih.. yalah murung-murung pun dia, muram-muram pun dia, yang tengok selera makan dia ada saja, malah semakin bertambah-tambah lagi pula.."

Teringat pula sewaktu di meja makan, Suhail sentiasa berselera menikmati makanan yang di hidangkan..

"Alah mana tau itu semua untuk mengaburi mata kita saja, dia tak nak kita risaukan dia.."

"Eh.. abang ni, banyak fikir yang bukan-bukanlah, kalau dia tak berselera masakan boleh habiskan nasi sepinggan, malah kadang tu bertambah lagi.. cubalah fikir positif sikit.." kurang senang dengan kata suaminya itu.

"Yalah saya bukan apa, mana saya tak runsing, sebelum-sebelum ni dia tak pernah buat perangai sebegini tau.."

"Alah adalah tu.. tak lama lagi oklah dia tu, dah-dahlah tu bang oi.. tu makan malam dah siap tu.. jom, saya dah lapar ni.."

"Yalah-yalah.. jomlah.. ha suruh Makcik panggilkan Suhail tu, ajak dia makan sekali.."

*********

"Hah kamu ni kenapa ni Niel terhendap-hendap macam perompak dekat dalam rumah sendiri ni?" soal Puan Sri Nuha, agak hairan sebenarnya, dari tadi dia memerhatikan tingkah laku Daniel itu.

Daniel tersentak, terkejut di sergah sebegitu secara tiba-tiba..

"Isk mummy ni, terkejut Niel tau.."

"Hah padanlah.. terhendap-hendap dari tadi tu kenapa? dah tak ada kerja lain ke? dahlah balik tak bagi salam, tau-tau dah terpacak dekat sini.."

"Lerr Niel dah bagi salamlah.. mummy yang tak dengar kot.."

"Yalah tu, kalau mummy tak dengar bagilah sekali lagi.."

"Ala.. mummy ni.. sengajalah.. ha.. assalamualaikum mummy.."

"Waalaikumussalam.. macam tak ikhlas saja bunyinya.."

"Ikhlaslah mummy.. err mummy Qish mana?" dia terjengah-jengah, dari tadi tak nampak pun kelibat isterinya itu di ruang matanya.

"Qish dalam biliklah... kamu ni baru sehari tak jumpa, gaya dah macam berbulan-bulan tak jumpa.." sindir Puan Sr Nuha.

"Mana adalah mummy, Niel biasa saja.. eh Niel nak naik dululah.."

Cepat-cepat dia memanjat anak tangga, tak sanggup mendengar apa yang bakalan keluar dari mulut mummynya itu.. ah angau pada isteri sendiri tak apa kot.. tak berdosa pun.

Tombol pintu bilik dipulas perlahan, tak mahu mengejutkan penghuninya.. tangan kiri di belakang menyembunyikan jambangan bunga supaya tak kelihatan, Balqish dilihatnya duduk di birai katil membelakangi pintu sambil memangku Batrisyia..

Daniel terjingkit-jingkit melangkah masuk... dengan penuh perlahan dia memanjat katil mendekati Balqish.

Wah khusyuknya dia, sampai aku datang pun dia tak perasan.. Daniel tersenyum nakal.

"Hai abang dah balik.." ucapnya sambil terus mengucup pipi Balqish membuatkan Balqish tersentak.. merah pipinya dek perbuatan yang tak di duga Daniel itu..

Cepat-cepat dia menutup dadanya yang sedikit terdedah, yalah Batrisyia tengah menyusukan.. cis kurang asam jawa punya Daniel.. suka-suka dia saja nak kiss-kiss orang, penyakit miang dia dah sampailah tu.. Balqish menggetap bibir.. wajah lelaki itu di renung geram.. hee rasa macam nak gigit-gigit je mamat ni..

"Kenapa pandang abang macam tu? handsome sangat ke abang hari ni sampai tak lepas-lepas pandang ni..."

Huh.. perasannya dia ni..

"Awak ni, suka kan masuk tak bagi salam lepas tu suka-suka je kiss orang,... buat terperanjat saya je tau, cuba bayangkan kalau saya ada lemah jantung, mesti saya dah lama "pergi" kan dek perbuatan awak ni.." dia membebel geram..

"Alah... kiss isteri sendiri tak apalah kot.. buatnya abang kiss orang lain macamana??" sengaja ingin menduga apa reaksi bila Balqish mendengarnya.

"Buatlah kalau awak rasa nak tidur dekat garaj kereta tu setiap mala... saya tak kisah.."

Papa ni memang suka buat mama marah tau... sayang mama kalau dah besar nanti jangan ikut perangai macam papa tu.. tak senonoh, buat menambah sakit kepala mama saja... dia berbisik perlahan pada Batrisyia yang berada di pangkuannya, macamlah anak itu faham saja gayanya.

"Eh, Qish marah ke? sorry ok lain kali tak buat lagi.. dah-dah tak elok buat muka masam ni, nanti cepat berkedut jadi macam nenek kebayan pula nanti.. senyum sikit ok..."

"Biarlah yang berkedut tu muka saya, bukan muka awak pun.. " dia yang suka tengok aku bermasam muka, suka sangat cari pasal dengan aku, kalau tak cari pasal sehari dengan aku, bukan Daniellah tu...

"Nah.."

"Eeeii apa ni?" angin tidak ribut pun tidak, tup-tup bagi aku bunga.. mengigau ke apa dia ni.. isk.

"Ni bungalah..." isk dah tau saja lagi nak tanya-tanya.

"Er banyaknya, kenapa sampai lapan kuntum?" hairan apa simbolik lapan kuntum ni?

"Saja.. suka tak?"

"Er... terima kasih.. susah-susah saja bagi bunga ni.."

"Kasihmu ku terima.."

Pulak.. ke situ pulak mamat ni.. isk semakin hari semakin tak faham dengan perangai dia ni, terutama dengan perangai terlebih romantik dia ni.

"Er kenapa awak bagi saya bunga ni?"

"Saja.. sebelum ni abang tak pernah bagi Qish apa-apa pun.. kenapa tak suka ke?"

"Eh taklah.. cuma.. lain kali tak payahlah susah-susah beri saya bunga, membazir saja.. tapi kalau nak bagi juga.. bagilah kapal terbang ke, helikopter ke, kondominium sebijik ke... barulah tak membazir.. malah berbaloi-baloi.." dia mengusik..

"Amboi.. berbaloi pada Qish.. tapi buat abang papa kedana adalah.. sajalah tu kan.." pipi Balqish di cubit perlahan.

"Ahaahaha.." Balqish tertawa seronok dapat mengenakan lelaki itu, dia hanya membiarkan saja tangan lelaki itu mencubit pipinya, ingin menepis tak boleh kerana kedua tangannya memangku Batrisyia..

Daniel tersenyum, bahagia rasanya, belum pernah rasanya dia merasai perasaan sebegini andai mereka berdua bersama, perasaan gembira yang terlalu sukar di gambarkan.. ya semoga kebahagiaan ini kekal mengiringi hari-hari yang mereka bakal lalui.

"Eii pergi mandilah.. busuk-busuk terus duduk dekat orang.." Balqish menutup hidungnya dengan tangannya kononnya Daniel berbaulah tu.

"Mana ada busuk, abang wangilah.."

"Pergilah mandi cepat, lepas tu temankan saya makan.. lapar ni.."

"Eh tak makan lagi ke?" hairan.. masakan Balqish tak makan lagi, sedangkan waktu sudah hampir ke jam sembilan malam.

"Belumlah.. tadi kenyang lagi.." dia memberi alasan, namun hakikatnya dia sengaja menanti lelaki itu pulang, ingin makan malam bersama-sama.

"Kalau lapar pergilah makan dulu.. abang mandi lama tau.."

"Alah tak seronoklah makan sorang-sorang.. cepatlah pergi mandi tu.. saya tunggu ni.." di tolak perlahan tubuh Daniel yang masih lagi tak mahu beralih duduk di birai katil sedari tadi.

"Yalah-yalah.." dia bangun malas mencapai tuala yang tergantung di dinding menuju ke bilik air.

"10 minit saja tau.."

"Ya.. abang taulah.."

Eleh entah ya entah tidak dia ni, macamlah kita tak tau perangai dia, kalau dah duduk dalam bilik air, lama mengalahkan tuan puteri yang bersiram..

**********

"Dato'!... Datin!!.." tergopoh gapah Makcik menuruni anak tangga mendapatkan kedua orang majikannya itu.

"Ada apa ni Makcik?" soal Dato' Zakuan hairan.

"Cik Suhail.."

"Kenapa dengan Suhail.." tak sempat Makcik menghabiskan ayatnya Datin Adlyn telah memotong cakapnya.

"Cik Suhail pengsan didalam bilik air di biliknya.."

"Hah pengsan!!! kenapa??" serentak Dato' Zakuan dan Datin Adlynn berkata, terkejut.. wajah mereka berdua pucat serta merta.

Tadi, bila di suruh untuk memanggil Suhail, Makcik terus mengetuk pintu biliknya, namun bila hampir sepuluh minit ketukan dan panggilannya tidak di sahut, Makcik memulas tombol pintu bilik itu dan masuk untuk mengintai keadaan Cik Mudanya itu, ruang bilik kelihatan kosong namun... dia terdengar bunyi paip air yang terbuka dari bilik air, dan perlahan-lahan dia menolak pintu bilik air yang sedikit renggang apabila panggilannya tidak dijawab, dan bertambah terkejut bila melihat tubuh Suhail yang terbaring lemah tak bermaya dengan darah yang mengalir banyak memenuhi ruang di atas lantai bilik air itu.

Tuhan tolonglah selamatkan Cik Suhail, walau pun aku sendiri tak pasti apa yang sebenarnya berlaku kini, doa Makcik didalam hati.

Mereka berdua bergegas memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas untuk melihat keadaan sebenar Suhail.. apa yang berlaku, kenapa sampai Suhail pengsan ni, berbagai persoalan mula timbul pada diri masing-masing.

"Makcik tolong call ambulance..!" arah Dato' Zakuan.

"Suhailllll... Ya ALLAH anak mama ni kenapa" Datin Adlyn terus menerpa ke arah Suhail yang terbaring kaku tak sedarkan diri itu, kepala anak itu dipangkunya.

Hanya tuhan saja yang tahu betapa risaunya perasaannya kala ini, tak dapat di gambarkan melalui kata-kata..

"Suhail... bangun nak.." dia mengusap lembut ubun-ubun anaknya itu, wajah anak itu pucat lesi..

"Yang.. biar abang bawak turun Suhail ke bawah dulu.."

Tubuh Suhail diangkat perlahan dibawa penuh hati-hati menuju ke tingkat bawah .

"Isk mana ambulance ni lambat benar pulanya.."

Hampir sepuluh minit menanti, namun ambulance yang di panggil tak juga kunjung tiba..

"Ah abang dah tak boleh sabar ni.. kalau macam ni baik kita bawa sendiri Suhail ni ke hospital.." Dato' Zakuan membuat keputusan.. nyawa Suhail amat penting sekarang ini.

"Mama..." Suhail mula tersedar dari pengsannya memanggil perlahan mamanya, wajahnya berkerut-kerut seolah menahan kesakitan yang teramat sangat.

"Sabar ya sayang.. kejap lagi kita sampai ke hospital.." sedaya upaya dia cuba menahan air matanya daripada mengalir jatuh, dia tak mahu menangis didepan anak itu..

"Maafkan Suhail.." luahnya perlahan tersekat-sekat.

"Syii... Suhail tak salah apa-apa.."

"Suhail berdosa dengan mama dan papa.."

"Suhail jangan banyak cakap, Suhail rehat ya, apa pun yang Suhail dah lakukan, papa dan mama sentiasa maafkan Suhail... "

Datin Adlyn tidak tahu untuk apa Suhail memohon maaf... malah dia tidak ingin tahu apa sebabnya, kerana itu bukan perkara utama kini.. yang penting sekarang ialah mereka mesti sampai segera ke hospital dan Suhail perlu diberi rawatan secepat mungkin..

Monday, March 1, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[29]

"Qish..." kejut Daniel perlahan.

"Hurmmm..." dia menjawab dalam nada bergumam.

"Bangunlah... baby kita menangis tu.." kejut Daniel, juga dalam keadaan mata yang masih tertutup juga..

"Hurmm malam ni kan giliran awak yang bangun jaga dia.."

"Aku mengantuklah, letih sangat rasanya, tak laratlah nak bangun..." Daniel memberi alasan, sememangnya ada benarnya juga.. siang tadi dia sibuk bertemu pelanggan di tiga tempat yang berbeza, terkejar-kejar memandu mengejar masa memang memenatkan dirinya.

"Tak kira.. awak punya turn.. kan kita dah ada jadual sendiri, dan kita pun dah bersetuju, lagi pun semalam dah giliran saya jadi hari ni awaklah pulak.." dia ingat dia seorang saja yang mengantuk ke? dahlah tadi dia yang tidur lebig awal dari aku.

Daniel masih lagi memejamkan mata.. tangisan Batrisyia yang semakin kuat itu langsung tak di hiraukan.. bantal yang ada di capai untuk menutup telinganya dan dia kembali ZzzzZzzzz... kembali menyambung lena.. hisyhhh bertuah punya laki.. Balqish mendengus.. hendak tak hendak dia kena bangun juga untuk mendapatkan Batrisyia.. dia tak mahu dileteri oleh Puan Sri Nuha andai tangisan si kecil itu berlarutan.. takut menyedarkan wanita itu.. mesti panjang bebelannya nanti.. hai tak sanggup aku..

Malas-malas dia bangun...

Iskkk kesian anak mama ni... lapar ya... papa tu memang, kalau dapat tidur semua benda dia lupa.. anak itu di ambilnya, didukung dan di tepuk perlahan tubuhnya.. biar tangisannya terhenti..

Langkah kakinya diatur menuju ke ruang bawah rumah banglo itu, rimas pula berada dalam bilik ni, rasanya semua penghuni rumah ini sedang asyik lena diulit mimpi..

Sudah hampir 3 minggu di sini, nampaknya semuanya melayan dia dengan baik, .. hai mintaknya semuanya bukan hanya sementaralah, harap-harap mereka terima aku bukan hanya sebab anak ini saja, aku nak mereka terima aku sebagai diri aku seadanya..

Dan sepanjang tiga minggu jugalah dia dan Daniel terpaksa berkongsi bilik bersama-sama.. mula-mula memang dia rasa lemas, di mana-mana saja langkahnya ada saja lelaki itu kelihatan di ruang matanya..

"Mummy dah kemaskan bilik kamu tu Niel, daddy pun letakkan kelengkapan baby tu sikit-sikit... nanti bolehlah isteri kamu tidur di situ.." beritahu Puan Sri Nuha tanpa mengesan langsung akan kepincangan yang melanda rumah tangga anak dan menantunya itu.

Tidur sebilik??? gulp.. mereka berpandangan... biar betul.. tapi.. kalau tak tidur sebilik mesti mereka hairan.. silap-silap mereka tahu keadaan sebenarnya.

"Hah kenapa? apa pasal kamu berdua berkerut-kerut muka tu?" hairan melihat tingkah anak dan menantu.

"Err tak ada apa-apalah mummy..." jawab mereka serentak.

"Alah Qish kau jangan risaulah.. nanti aku tidur dekat sofa.. " bisik Daniel padanya, macam tau-tau saja apa yang sedang bermain di benaknya itu..

"Maunya saya tak risau, awak tu bukannya betul sangat.."

"Eh.. eh sedap kau kata aku tak betul ek? aku tahulah kau kan masih dalam pantang, takkan aku nak redah jugak, aku masih waras tau.."

Amboi selamba badak dia sajakan cakap macam tu.. serentak rasa wajahnya panas secara tiba-tiba.. malu mendengar kata-kata yang dilepaskan oleh lelaki itu.. tak senonohlah dia ni.

"Hisy kamu ni Niel, apalah yang kamu usik isteri kamu tu sampai merah muka dia? suka sangat mengusik..."

Wekkk.. padan muka kena tegur dengan mummy... ejek hatinya.. seronok juga kadang-kadang tu berada di sini, sebabnya lelaki itu kurang ada peluang untuk membulinya sesuka hatinya lagi.. hai rasa macam ada saja orang yang membelai dirinya.. mummy memang sporting tapi.... kadang-kadang rimas juga, dirinya langsung tak boleh nak bergerak walau sedikit pun..

"Qish ni mummy tengok asyik ke hulu ke hilir saja.. risau mummy tengok, awak tu dahlah dalam pantang lagi, cubalah duduk diam saja, karang apa-apa jadi nanti kan susah.."

Err... lerr takkan aku nak duduk saja, dah naik kematu dah punggung aku ni asyik duduk dari tadi seharian.. hanya mampu meluah dalam hati, takut kalau dia menjawab nanti dituduh pula kurang ajar.. tak mahu mencalarkan hubungan yang sedia maklum baru saja bertunas mesra.

"Kan dah kena tegur, tulah kau siapa suruh tak reti duduk diam... padan muka.. ekeke.."

Amboi seronok dia gelakkan aku, jelingan tajam di hadiahkan kepada lelaki itu, dan dengan geram tangannya di panjangkan untuk mencubit paha lelaki itu.. ambik kau.. rasakan..

"Aduh... sakitlah.. sejak bila kau pandai cubit-cubit orang ni?"

"Sejak tadi.. siapa suruh mulut tu tak ada insuran.. "

"Kau ni kan.."

"Apa lagilah kamu berdua ni? peninglah mummy dengan daddy tengok perangai kamu ni.. macam budak-budak tau tak.."

"Alah kami gurau sajalah mummy.." tak jadi nak mengenakan Balqish kembali.

"Qish... malam nanti boleh tak aku tidur atas katil? badan aku dah sengal-sengallah asyik tidur di sofa saja setiap malam.."

"Hai hari tu kata tak apa kalau -kalau awak tidur situ, ni baru masuk nak masuk seminggu dah mengeluh.. eh apa kata kita balik sajalah ke rumah kita tu, tak perlulah kita nak kongsi-kongsi bilik macam ni.. nak tak?" cadangnya, bukan apa ini untuk kebaikan mereka sendiri juga..

"Huisshhh kau nak bagi mummy tu mengamuk ke apa, kan mummy dah kata kau kena berpantang di sini, kau tak kenal lagi mummy aku tu, cakap dia bukan boleh di bantah tau, nanti tak pasal-pasal dia merajuk dengan aku nanti... "

"Tak apalah Qish kalau tak boleh.. aku boleh tidur dekat sofa tu, saja tanya kau kot-kot aku ada peluang.." sambungnya lemah, saja mahu memancing perasaan Balqish sebenarnya, teringin juga ingin tahu reaksi wanita itu terhadapnya.

Alahai ni yang lemah ni, kenapalah aku ni cepat cair kalau dengar nadanya macam tu.. Balqish diam mula berfikir.. ah biarkan sajalah.. tak apa kot.

"Ok awak boleh tidur atas katil tu.. tapi tengah-tengah kita letak bantal ok, awak tak boleh lebih dari bantal tu, kalau lebih siap awak tau..!!"

"Ya aku janji.. takkan lebih waktu aku tengah sedar... tapi kalau dalam waktu aku tak sedar tu... boleh di maafkan kan? kira halal sajalah.." siap angkat kening lagi mengusik Balqish.. seronok sebenarnya dapat mengusik wanita itu, kini baru dia sedar, antara aktiviti wajibnya dalam kehidupan sehariannya kini ialah mengusik isterinya itu, isteri yang tidak di duga kehadirannya dalam hidupnya namun kini dia sudah mampu menerima kehadiran wanita itu didepan matanya.

Ceh tengok tu, belum-belum lagi dia dah planning yang tak betul.. miang sungguh suamiku ini..

"Kalau awak lebih-lebih saya jerit je, biar mummy dan daddy awak tahu perangai sebenar anaknya ni.. baru padan dengan muka awak.."

"Kau menungkan apa ni Qish?" soal Daniel yang muncul tiba-tiba dengan menatang 2 mug berisi air coklat panas di tangannya..

Balqish tersentak, terkejut, lamunannya tentang peristiwa-peristiwa beberapa minggu lalu yang terlayar diingatannya terus pecah berderai.. cepat-cepat dia menutup dadanya yang sedikit terdedah, Batrisyia yang didalam dakapannya sudah mula terlena, sudah kenyang barangkali si kecil itu.

Eh bila masa pula lelaki ni turun? kenapa aku tak dengar apa-apa pun? tadi bukan main lagi dia tidur siap tutup muka dengan bantal lagi waktu suruh tengokkan Batrisyia menangis .. ni boleh pulak dia terpacak tercegat dekat sini siap buatkan air lagi..

"Aikk kenapa pula awak ni ada dekat sini? tadi saya suruh bangun tak nak pula bangun, mengantuklah, letih sangatlah kononnya..."

"Dah lama dah.. kau yang asyik sangat termenung layan perasaan sampai aku turun tadi pun kau tak perasan.."

Dia diam, iskkk asyik sangatkah aku tadi? agaknya macamana muka aku tadi? adakah sekejap berkerut? ataupun sekejap tersenyum? mesti dia ingat aku dah tak betulkan..

"Qish..." Daniel memandang wajah Balqish yang sedang meneguk air milo yang di berikannya tadi..

"Hurm.. ada apa?"

"Kita ni sampai bila nak macam ni ya? takkan selamanya nak guna bahasa kau dan aku ni? kau tak teringin ke nak panggil aku dengan panggilan yang sepatutnya?"

Eh dia ni kenapa buang tabiat ke apa? mengigau ke atau pun demam? tak pernah-pernah sebelum ni dia cakap pasal ni... Balqish hairan.. cepat-cepat tangannya dipanjangkan menyentuh dahi lelaki itu.. eh tak panas pun..

"Qish aku serious ni.."

"Eh saya tak cakap pun awak main-main.."

Bertuah sungguh dia ni, dia tak nampak ke muka aku yang serious ni, ke dia ingat aku ni mengigau.. kenapalah aku boleh dapat perempuan macam ni sebagai isteri? betul-betul menguji kesabaran aku ni.

"Awak yang mulakan dulu.. lagi pun awak yang gunakan bahasa aku dan kau ni.. saya tidak pun.."

"Qish... aku.. errr ab... abang rasa kita kena tukar panggilan antara kita ni, yalah mesti anak kita akan hairan dan pelik kalau dia dengar panggilan antara papa dan mama tak seperti papa dan mama orang lain bila dia dah besar nantikan..?"

Abang??? heee.. rasa macam gatal saja telinga aku mendengarnya.. tapi macam best pula.. hehehe.. mentel kau Qish.. monolog hatinya.

"Bolehkan Qish?" dia bertanya lagi.. bila melihat Balqish hanya mendiamkan diri.

"Err tengoklah macamana, nanti saya fikirkan.."

Agaknya apa yang dia maksudkan dengan anak kita bila dah besar nanti? adakah dia membayangkan yang perkahwinan ini akan berkekalan? hingga ke bila-bila? hatinya mula tertanya-tanya.. hai kenapalah sukar sangat aku nak faham perasaan lelaki dihadapanku ini? misteri-misteri.

"Saya nak naik dululah dah mengantuk .. kesian anak kita ni, mesti tak selesa tidur atas riba ni.." sengaja dia beraksi konon-kononnya sedang menguap menahan rasa mengantuk yang hadir.. hakikatnya entahlah.. dadanya rasa seperti mahu pecah dengan seribu macam persoalan..

Daniel hanya memerhati langkah Balqish yang berlalu.. Hai Qish.. agaknya kau rasa tak nada getaran hati aku ni bila berhadapan dengan kau? Qish aku rasa aku dah mula tersukakan kau.. dah mula rasakan yang aku perlukan kau dalam hidup aku ni, dan aku tak dapat nak bayangkan andai hariku tanpa kehadiran kau ... agaknya inikan yang patut di panggil takdir? sampaikan kadang-kadang aku sendiri sukar nak mengerti perasaanku ini sendiri, aduiii pelik namun inilah hakikatnya rasa hati aku ni.. Mummy Niel dah jatuh cinta............ jerit hatinya lantang menggegar segenap urat nadinya.


********

"Kenapa mama tengok sejak dua menjak ni anak mama macam tak bersemangat saja? anak mama tak sihat ke? atau ada masalah? nak kongsikan dengan mama?" tegur Datin Adlynn dia, perasan perubahan yang agak ketara pada Suhail sekembalinya dia dari menunaikan umrah, anak itu semakin kurang bercakap, lebih banyak menghabiskan masa mengasingkan diri di dalam kamarnya saja.

"Ehh tak ada apa-apalah mama, Suhail cuma agak penat.. kerja menimbun di pejabat tu nak kena selesaikan.. maklumlah dah hujung-hujung tahun macam ni banyak akaun yang nak kena close.."

"Suhail... kerja tu kerja juga.. tapi kesihatan kena jaga juga, papa tak mahu anak gadis kesayangan papa ni jatuh sakit pula, badan kita ni bukannya mesin, mesin pun tahu juga rosak kalau di gunakan secara berterusan tau.. sesekali kena jugak bawa berehat.. Suhail ada nak pergi bercuti ke mana-mana tak? papa boleh sponsor kan.." sampuk Dato' Zakuan yang muncul tiba-tiba dari arah bilik bacaannya.

Dia hanya menggeleng.. ah papa dan mama, kalaulah kalian tahu yang aku sedang resah mencari jalan untuk menutupi kandungan yang semakin membesar kian hari ini... bercuti takkan mampu selesaikan masalah Suhail ni papa.. bercuti takkan mampu menyembunyikan kandungan Suhail ni papa.. hanya satu yang mampu selesaikan masalah Suhail ni.. kahwinkan Suhail papa.. Kahwinkan Suhail dengan Daniel seperti yang papa dan mama inginkan tu, seperti papa dan mama harapkan dan rancangkan itu... beritahunya... namun hanya mampu terluah dalam hati.

"Betul Suhail tak mahu? tawaran papa hanya sekali saja, lain kali dah tak ada dah.. limited tau.." sengaja berkata begitu, ingin membuat anak itu tersenyum.. yalah lama benar dia tidak melihat senyuman manis yang sentiasa meniti di wajah anak itu semenjak dua menjak ini.

"Tak apalah papa, terima kasih sajalah.."

"Isy rugilah Suhail tolak... tapi bagus juga.. jimat duit papa.."

"Alah Suhail tahu, papa tu tak ikhlas, kan mama kan?" suasana ceria mula berputik menceriakan malam suram rumah itu yang sepi sebelum ini.

"Alah papa kamu tu.. macam kamu tak faham pula perangai dia.."

"Eh... eh mana aci ni.. dua lawan satu.. mestilah satu yang kalah.."

"Mama.. mama ada masak apa-apa tak? Suhail lapar lagilah.." perutnya terasa lapar tiba-tiba, semenjak hamil, inilah yang dirasakan.. seleranya semakin bertambah.. kalau dulu dia memang tidak gemar makan di waktu malam.. jaga badan kononnya, takut gemuk.. tapi sekarang...

Datin Adlynn terdiam.. kehairanan.. wajah anak gadisnya di renungnya.. hai rasanya baru sebentar anak itu makan, kini dia lapar lagi?

"Err mama ada beli kek coklat siang tadi.. mama letak dalam peti ais tu.. pergilah tengok.."

Agaknya Suhail stress sangat di pejabat kot.. tu yang dia jadi macam tu.. mudah rasa lapar, alah normallah tu, setiap orang melepaskan tekanan dengan cara mereka tersendiri, tak ada apalah yang perlu nak dirisaukan.. bisik hatinya, untuk menyedapkan perasaannya sendiri.

Nuril tulis : Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah.. ai dah rse sihat sepenuhnya selepas lebih seminggu kehilangan enrgy utk menulis.. sowy wat anda tertunggu-tunggu.. :D~ thanks kepada smua yg tak jemu-jemu mengikuti KRCIB ni.. kepada bdk2 shekolah/student yang mengunjungi blog ini.. gud luck yang ader xm tuh.. jangan dok ralit sangat bace novel sampai pljaran di abaikan.. jangan dok ralit sangat bace novel sampai solat di lewat-lewatkan.. ngehehe.. rindu zmn study.. masyeh smua, aki, kaklong, jijah, sally, bella, nurul nuha, nik, zulaifah harun, kak lyz, ctiey,haida, ayang, addeen, arissa, am, iffahniza, hana aniz, cheesecake, ranting putih, ana, ayu, zue isma... dan ramai lagi... rsenya tak ckup nak tulis.. anda nadi saya utk meneruskan novel ni.. huihui.. gud luck dalam apa jua yg anda lakukan.. ~