iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, September 21, 2009

Cerpen : Cinta Itu Ketulusan Hati




Syyy... minah tu datang... terdengar suara bisikan, suasana hingar bingar dalam kelas hilang seketika, semua mata menuju ke arahnya tetapi dia tetap buat endah tak endah..

Ah pedulilah... aku bukannya kacau diorang pun, Seri Ayu Arlissa membebel dalam hati.

"Apa ke hal le nerdy girl tu, skirt kuning baju merah pastu kasut merah kuning dah akan-akan macam badut kat McD jea.. agak-agaknya dia couple dengan badut tu kot" kedengaran suara-suara sumbang mengutuknya di susuli gelak tawa besar dari mereka.

Dia dah lali sebenarnya dengan kutukan begitu, biarlah nanti mereka sudah penat mereka diamlah tu. Cermin mata berbingkai besar dibetul letak duduknya setelah dirasa agak melonggar ke pangkal hidung. Old skool! heh tapi dia suka sebabnya biarlah dia sendiri yang tahu..hehehe..


***********


"Apa kenalah anak daddy ni sebenarnya? kadang-kadang daddy tak fahamlah dengan perangai Lissa ni tau" Tengku Lutfi meleteri anak gadis tunggalnya.

"Ala daddy, Lissa selesa begini, lagi pun Lissa cuma pakai gitu waktu kat kolej jea, sebab Lissa nak duga budak-budak tu, dorang kawan dengan Lissa sebab diri Lissa sendiri ke atau sebaliknya" panjang lebar dia menjawab.

Tengku Lutfi hanya menggelengkan kepalanya tak tahu nak cakap apa lagi dah.. Siapa tak pening tengok anak gadis yang selama ni pandai bergaya berubah laku jadi selekeh macam budak tak cukup akal pun ada juga.. Adeyyy anak aku ni la kan.. dia mengeluh dalam hati. Sungguh kadang-kadang dia tak faham langsung perangai anaknya yang satu ni, nakal dan suka sangat menduga, agaknya terikut perangai bondanya lah tu. Nasib baik satu jea anak aku yang perangai macam ni.


**********


Seri Ayu Arlissa, comel namanya tapi sayang orangnya tak secomel namanya. Syed Aris Adrian mengeluh. Pertama kali mendengar nama itu dia rasa dia dah jatuh cinta, tapi bila bersua dengan pemilik nama tu dia rasa macam dah putus cinta.. Aduuuyy kenapalah mesti kau nerdy girl, yang punya nama seindah itu. Dia mengeluh dan terus mengeluh lagi.



Bukkkk!! terasa tubuhnya dilanggar serentak dengan itu dia terloncat-loncat kesakitan bila terasa kakinya di hentak sesuatu.

Ouchh.... dia terloncat-loncat... sakit!! apa taknya buku setebal encyclopedia yang menghempap kakinya..

Kemarahan menggelegak naik ke otak.. dah la aku tengah kecewa ni.. siap kau..

"Oitt buta ke apa hah? jalan mata taruk mana weh? melengking suaranya, marah yang terkumpul terlepas..

"Sorry, saya... saya....."

"Apa saya saya? kau gagap ke hah?"

"Err saya tak sengaja lar..." suara itu menjawab.

Syed Aris Adrian yang sedang tunduk mengurut kakinya mengangkat wajahnya perlahan bila terdengar suara lembut yang sedikit menggeletar macam budak nak menangis..

Terbuntang biji matanya.. Nerdy girl... macam tau-tau jea tengah fikir pasal kau.

Ditilik segenap wajah gadis di hadapannya, hurm.. cantik gak nerdy girl.. desis hatinya

Wajah Arlissa kemerah-merahan akibat ditenung sebegitu, pantas dia tunduk mengutip bukunya yang bertaburan dan pecutttt... larii...

Apahal lar mamat tu pandang aku gi tu? aku tak cukup mata ke? ke hidung aku takda? pantas dia meraba-raba wajahnya.. cukup semuanya Alhamdulillah.

Langkah kakinya di atur menuju ke kelas, boringnya kelas Law ni.. adeyss malas betul.. Pintu di tolak kuat, tapi......... sesuatu yang tak dijangka berlaku..

burss....!! habis mukanya dan seluruh tubuhnya kena simbah dengan tepung yang dicampur air dan diletakkan diatas pintu.. Arlissa tergamam…apakah ini..

mangkuk punya manusia…!! sumpah Arlissa dalam hati..



Entah siapa punya kerja.. Kelas menjadi gamat, dia ditertawakan... Rasa macam dirinya seorang badut sarkas yang sedang buat lawak tahap antarabangsa. Wajahnya memerah.

Lissa awak ok? tiba-tiba dia ditegur seseorang dari arah belakang, lembut suara itu, pantas dia menoleh. Arlissa hanya menggeleng.

"Mari". tangannya ditarik lembut,

"Biar saya tolong bersihkan awak" Nini Nahlia, rakan sekelasnya yang agak kampung sikit gayanya tapi orangnya baik hati...

"Kesian awak, awak banyak-banyak sabar ye wak, mereka tu memang gitu suka sangat buli orang" lembut suara gadis itu memberi nasihat, sambil jari-jemarinya ligat membersihkan rambut Arlissa yang dah bertukar putih akibat terpalit dek tepung-tepung itu tadi.

Ini pertama kali Arlissa berborak dengan gadis itu, biasanya hanya senyum jea yang menjadi bicara antara mereka jika berselisih.

"Thanks ya sebab tolong saya, sebab saya. awak terponteng kelas Law hari ni"

"takpa, saya pun memang tak berniat nak pergi kelas Law tu... boringlah.." Nini Nahlia menjawab sambil tersengih nakal.

"Ler.. sama la, saya pun tak suka kelas law pun" hehehe.... ada geng la aku lepas ni..

***********

Peristiwa siang tadi masih tergambar di ruang matanya. Adui kenapalah aku asyik teringatkan nerdy girl tu.. aku angau ke apa? hisy takkan lar mamat kacak macam aku ni ley terjatuh cinta dengan dak nerd tu.. arghh apa barang…! hatinya penuh ego menafikan

Tapikan kalau tengok dari dekat comey gak minah tu, ala zaman sekarang touch up sikit sure yang tak lawa jadi lawa.

Ah asyik teringatkan minah tu jea macam aku tak ada keja lain nak dibuat…pantas dia bangun capai kunci kereta yang terdapat di atas meja belajarnya dan berlalu.

Keluar lepak lagi best dari ingat dak nerd tu…

************

Arlisa tersenyum-senyum sendirian dalam kamarnya, peristiwa siang tadi mencuit hatinya, takpa hari ni hari korang, hari esok pon hari korang gak tapi tunggulah hari aku nanti korang akan tahu siapa aku… tapi ada hikmahnya peristiwa tu sebab dia dapat satu kawan baru.

Comel gak budak tu walaupun kampung girl, tapi takpa yang penting hati mau ikhlas ma...bisik hati kecilnya

Eh..eh jups siang tadi aku terlanggar satu mamat.. hurm ensem gak mamat tu tapi yang musykilnya apahal dia tenung muka aku lepas dia marah? pelik betul...

“Lissa…” terdengar namanya diseru, mematikan terus lamunannya.

Dia menoleh bila merasakan ada seseorang menghampirinya. Pantas bibirnya melebar senyum.

“Ada apa bonda?” lembut dia bertanya sambil matanya tak jemu-jemu merenung wajah wanita kesayangannya, lagipun dia pernah terbaca didalam sebuah buku agama, dia dah terlupa apa tajuk buku tu dan siapa penulisnya, menyatakan bahawa kalau kita merenung wajah bonda kita, kita akan dapat pahala, begitulah tingginya martabat seorang bonda, renung mukanya sahaja dah dapat pahala. Ah sempat lagi aku mengelamun…citt!

“Next week daddy dan bonda ingat nak buat majlis doa selamat dan makan-makan sikit, lagi pun next week kan hari ulang tahun perkahwinan daddy dan bonda yang ke 30, nanti Lissa ajaklah kawan-kawan Lissa datang ya?”

“Tengoklah bonda, Lissa mana ramai kawan kat kolej tu” Arlissa menjawab malas

“Lagi satu sebelum bonda lupa, Along dan angah Lissa pun balik next week, mereka dah janji nak raikan ulang tahun perkahwinan bonda dan daddy”

“Ha… sebelum bonda terlupa, bonda tak mau Lissa pakai pelik-pelik macam Lissa selalu buat waktu nak pergi kolej tu, memalukan bonda jea tau..”

“Yes bonda Lissa janji takkan pakai pelik-pelik,” janjinya sambil tangannya diletakkan di dahi laksana sedang membuat tabik hormat.

“Ouch sakitlah bonda,” terjerit dia bila pipinya di cubit

“Padan muka, bonda cakap betul-betul Lissa main-main lagi”

“oklah bonda nak masuk tido ni.. good night sayang” dahinya dikucup dan Arlissa membalas dengan mengucup tangan bondanya.

“Good night t0o bonda, assalamualaikum”

“waalaikumussalam wbt” lampu bilik dipadamkan


********************

Nini Nahlia berjalan perlahan-lahan melewati kawasan taman menuju ke dewan kuliahnya. Tiba –tiba dirinya ditegur dari arah belakang,

“Hai cik adik sorang je ke” terdengar suara garau menyapanya pantas dirinya menoleh, terkejut nyaris tercium wajah pemilik suara garau itu yang dirasakan terlalu hampir.

“Johan, apa awak nak ni?” siapa tak kenal Johan Johari, anak kepada Dato’ Jamil Johari. Pelajar nakal yang selalu membuat onar tapi tak dapat diambil apa-apa tindakan oleh lembaga disiplin sebab bapanya antara pemegang saham terbesar di kolej mereka.

“Budak kampung ni mesti barang baik ni bos” terdengar suara yang lain pula menyampuk.

“Saya hanya nak temankan cik adik jea, bahaya seorang gadis berjalan sorang-sorang, kena culik nanti siapa susah? Mereka dan keluarga mereka juga” serentak habis bicara lelaki itu, ketawa besar meletus antara mereka .

Wajah Nini Nahlia dah bertukar pucat. Ya ALLAH tolong lah hambamu. Dia cuba menjarakkan tubuhnya dari Johan tapi tangannya pantas disambar.

Dia meronta-ronta, tapi tetap tak dapat melepaskan diri. Dahla kawasan ni sunyi, kalau aku jerit pun entah ada yang dengar atau tak.. Aduii macam mana ni. Dalam keadaan genting begitu, kakinya entah macam mana lebih pantas dari akalnya memijak kaki Johan, Kebetulan hari ni dia memakai kasut tumit tinggi, sebab ada presentation nanti. Johan terhencut mengaduh kesakitan,

“Kurang ajar kau perempuan”, serentak tangannya melayang mengenai pipi Nini Nahlia.

“Kau yang paksa aku berkasar, dasar perempuan kampung” Nini Nahlia terjelepok ke atas rumput, pandangan berpinar dan terasa sesuatu yang hangat mengalir di bibir dan hidungnya.

Johan pantas menolak tubuh Nini Nahlia, terlentang gadis itu, pantas ditindih tubuh gadis itu. Nini Nahlia tak berdaya melawan, hanya mampu memejamkan mata tak sanggup memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini.

“Johan apa yang kau buat ni hah, oh God kurang ajar kau..!” serentak tubuh Johan ditolak kasar. Syed Aris Adrian yang tak tahu dari mana munculnya merenung garang wajah Johan.

“Kau tak malu ke hah? Buat benda gitu pada seorang yang lemah, kau ni memang hampas punya jantan lar” Bengangnya sampai tahap maksimum. Johan merenung tajam wajah Adrian

“Wei mat gua tak kacau lu yang lu kecoh apa hal? Nak tunjuk hero la tu”

“Baik kau blah sebelum kaki aku naik kat muka kau…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya Johan dah meluru ke arahnya. Apa lagi bergelutlah mereka, tapi Adrian bukan calang-calang orangnya, dia pemegang tali pinggang hitam dalam taekwondo.

Akhirnya Johan terlentang dengan hidung berdarah

“Ini untuk perempuan yang engkau belasah tadi” kata Adrian sambil berdiri.

“Awak tak apa-apa?” dia menghampiri Nini Nahlia pantas tangan dihulurkan untuk membantu gadis itu. Mari saya bawa awak ke klinik.

“Nini…” Ya ALLAH apa yang terjadi ni? Arlissa yang entah dari mana munculnya terkejut melihat wajah pucat Nini Nahlia. Pantas tangannya mengeluarkan tisu yang sentiasa ada didalam handbagnya, dilap perlahan pada hidung dan bibir Nini.

“Apa yang terjadi sebenarnya ni” matanya beralih kepada Adrian inginkan penjelasan.

“Panjang ceritanya…apa kata kita bawak kawan awak ke klinik dulu..”

*****************

Peristiwa itu bagaikan sesuatu hikmah bagi mereka, Hubungan mereka bertiga menjadi rapat seperti ada keserasian antara mereka . Tapi mereka tetap tak dapat lari dari kutukan-kutukan insan-insan yang tak pernah senang melihat orang lain gembira. Siapa tak pelik meihat seorang mamat kacak dikelilingi oleh 2 gadis yang sorang nerd gila skema, dan seorang lagi minah kampung yang 24 jam pakai baju kurung.

“Ad, Nini, ahad ni rumah Lissa ada makan-makan sikit jadi Lissa jemput korang datang ek” Arlissa tiba-tiba teringatkan pesan bondanya. Tika itu mereka bertiga sedang asyik membincangkan pasal projek kumpulan mereka.

“Boleh gak, kebetulan I free ahad tu, nanti bolehlah I kenal dengan keluarga bakal mertua” bersahaja jawapan Adrian, sengaja menyakat gadis itu kononnya tapi dalam hati memang itu niatnya, sebab dia dah jatuh cinta.

Nerdy girl I luv u… jerit hatinya

“Nanti Adrian jemput Nini yea?, pantas dia mengeluarkan bicara cuba menyembunyikan kekalutan hatinya. Memang dia pun ada perasaan pada lelaki itu.


*****************

Hari ini, hari yang paling sibuk buat Arlissa, tak menang tangan melayan tetamu keluarganya, Selepas bacaan doa selamat, mereka mengadakan jamuan menjemput kenalan keluarganya. Arlissa tercari-cari kelibat teman-temannya.

“Mana dorang ni takkan tak datang kot” dia mengomel sendirian. Malam ini dia hanya memakai kebaya potongan bentuk badan warna merah lembut, dan kepalanya pula dililit dengan selendang putih berbunga merah lembut. Nampak ringkas dan ayu. Takda lagi cermin mata berbingkai besar, semuanya dah bertukar pada kanta matanya. Tak sedar ada mata yang memerhatinya dari kejauhan.

Uikk tu nerdy girl ke? Lawanya dia.. Adrian hampir terkaku, matanya tak lepas-lepas memandang gadis itu.

“Adrian cepatlah, kita dah lewat ni, yang awak tercegat-cegat tu kenapa?” Nini Nahlia kehairanan pantas dia memandang arah yang ditenung oleh lelaki itu

Owh patutlah tak lepas pandang, ceh mamat ni.. Nini berlalu meninggalkan lelaki itu sendirian, berbanding aku dan Lissa, jauh panggang dari api rasanya, ucapnya dalam hati, sungguh semenjak peristiwa Adrian menjadi hero hari itu, ada sesuatu perasaan yang wujud untuk lelaki itu… ah lupakan aje semua tu, tengok dia bahagia dah cukup gembira buat aku, putusnya… langkah kakinya diatur menghampiri Arlissa, sebuah senyuman yang manis di ukirkan pada bibirnya, mencuba menceriakan wajahnya sendiri..

“Lissa…” Dia menoleh, kelihatan Nini Nahlia menghampirinya. “Aik Nini datang sorang jea ke? Mana Adrian”

“Assalamualaikum….Lissa”

Arlissa memusingkan badan kearah suara yang member salam, serentak pandangan mereka bertamu.

“Waalaikumussalam wbt” hanya itu yang mampu terlahir dari bibirnya.Lidahnya kaku apabila melihat Adrian berdiri tegak di hadapannya, segak berbaju melayu merah lembut ...

Uii kacaknya dia, macam berjanji jea… sempat lagi hatinya berkata-kata. Hanya pandangan mata yang menjadi penghubung bicara mereka seketika.

“Ehem…. Ehemm…” terdengar deheman dari Nini Nahlia.

“Cis kacau daun lah Nini ni, baru nak feeling”

“Korang kalau nak main tenung-tenung, jeling-jeling, feeling-feeling, ape-ape ke, tu nanti-nantilah dulu..perut Nini dah bergendang ni” Nini Nahlia menayangkan muka selamba sambil menepuk perutnya, sedikit pun tak ada rasa bersalah “mengacau daun" teman-temannya ekekeke….

“Opss lupa, jmputlah makan dulu Nini, Adrian”

*************

Nini Nahlia khusyuk berdiri di beranda rumahnya sambil memeluk tubuh, memerhati tingkah suaminya yang asyik melayan kerenah Puteri Mawar Syuhada yang galak bermain.. sesekali dia tergelak kecil melihat suaminya yang agak mengah melayan kenakalan si kecil itu..

Dia bahagia kini, berada di samping insan-insan yang sangat disayanginya... dia bersyukur dengan kehidupan yang di kurniakan padanya kini..

Beberapa tahun dahulu ada 2 gadis remaja bersama seorang pemuda, bersatu janji, yang apa pun terjadi, berpisah mereka tidak sekali.. ikatan itu suci buat Nini, Adrian dan Arlissa.. Beberapa tahun dahulu ke tiga-tiga remaja itu masih tercari-cari manakah hala tuju hidup mereka dan hari ini mereka semua telah menemuinya walaupun terselit takdir yang perit, mereka tetap redha dan tabah...

Jam di pergelangan di dikerling, di lihat jarumnya menunjukkan 5.30 petang... ah masa untuk mandikan "dia".. kakinya di atur masuk... ada tugas yang menantinya...

**************

Lissa ketawa riang, seronok sekali, dua insan kesayangannya membuat kejutan pada hari lahirnya yang ke 21, inilah sambutan yang paling seronok yang dirasakan sepanjang hayatnya..

"Thanks Adrian, thanks Nini... tak sangka you all susah payah sambut birthday Lissa.. " ucapnya gembira, dengan senyum riang masih tak lekang dari bibirnya...

"Takda apa-apalah Lissa, kita kan kawan, apa terjadi pun tetap kawan sampai akhir hayat...ingat ni ok..." Ujar Nini sambil memeluk tubuh Lissa...

Memang.. semenjak bermacam-macam peristiwa yang dilalui mereka... hubungan persahabatan mereka menjadi erat, orang-orang di sekeliling juga telah sedia maklum tentang persahabatan mereka bertiga, kini tiada lagi yang memandang pelik kepada mereka...

"Lissa... ni untuk you.." ujar Adrian yang sedari tadi memerhati tingkah dua temannya itu, dia menghulurkan sesuatu, yang berbalut cantik..

Lambat-lambat Arlissa mengambilnya...

"Bukalah..." arah lelaki itu...

Arlissa membuka lambat-lambat bungkusan itu... terdapat seutas rantai emas putih berloketkan bentuk hati... cantik... hanya itu yang mampu diungkapkan olehnya hatinya... eh ade sekeping cd terselit sekali di situ...dia memandang kearah Adrian, tertanya-tanya apakah isi cd tersebut...

"Cepatlah pasang... boleh kita tengok sama-sama.." tiba-tiba Nini yang dari tadi memerhati bersuara, tidak sabar ingin melihat kandungan cd tersebut..

Arlissa memandang Adrian dan lelaki itu hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Nini..


Nini Nahlia tersentak tatkala terdengar tangisan Mawar Syuhada, ah terpecah segala lamunannya, habis bertebangan...

"Kenapa tu bang?" dia bertanya pada suaminya..

"Entahlah sayang, mungkin Mawar mahukan ibunya kot..." jawab suaminya sambil menghulurkan anak kecil itu kepadanya.

"Anak mama kenapa ni...." pujuknya pada anak kecil itu... dia menepuk-nepuk perlahan belakang anak kecil itu, sehinggalah anak itu terlentok lena pada bahunya...

Suaminya itu hanya memerhati tindakannya... sebelum berlalu ke tingkat atas...
"Abang nak jengah "dia" kejap..." ujar suaminya.

***********

3 tahun menyulam cinta, mengenali hati budi masing-masing, akhirnya hubungan mereka disambungkan dengan ikatan yang sah, ikatan pernikahan...

Seri Ayu Arlissa tampak begitu sepadan berdiri di sisi Syed Aris Adrian, sama padan sama lawa, ibarat pinang dibelah dua... Nini Nahlia sebagai pengapit tidak kurang cantiknya pada hari itu..

Inilah hari yang ditunggu-tunggu...

"Tahniah Lissa, Adrian, moga kekal ke akhir hayat..." itulah ucapan tahniah yang tak putus-putus diterima daripada tetamu-tetamunya...

Mereka hanya mampu memberi senyuman sebagai jawapan, keletihan melayan tetamu yang ramai...

"Nini, walaupun status aku dan Adrian dah berbeza, aku harap persahabatan kita tetap kekal macam dulu, walau apa pun terjadi..." pohon Arlissa pada sahabat baiknya itu.

"Yup Lissa, aku akan sentiasa seperti dulu dan insyaALLAH aku akan terus jaga persahabatan kita ni... agar tak pincang dan lari rentaknya..." balas Nini Nahlia, memang azam dia begitu... menjaga, dan menyemai persahabatan mereka bertiga..

Lama……… ditatap temannya yang masih lena dalam peraduannya, entahkan bila akan sedar dia sendiri pun tak pasti, tapi yang pasti janjinya masih dipegang utuh seperti apa yang diucap beberapa tahun yang lalu…….

*************

Wajah lelaki itu kelihatan tenang, memerhati si isteri yang masih lagi lena dalam peraduannya.. 2 tahun berlalu, tapi belum ada tanda-tanda isterinya mahu bangun dari lena yang panjang. Dia ingat lagi tarikh keramat itu, kira-kira setahun selepas perkahwinan mereka.. Pagi itu, dia memang tak sempat menghantar isterinya seperti kebiasaannya semenjak 2 minggu lalu kerana kebetulan dia ada mesyuarat penting di pejabatnya, manakala kereta yang biasa digunakan oleh isterinya telah rosak, maka mereka berkongsi kereta dan isterinya kena menghantar dia ke pejabat dulu…

“Kenapa pandang abang macam tu?” dia menyoal, perasan sedari tadi isterinya asyik memandang wajahnya, merenung wajahnya..

Isterinya hanya menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum manis, semenjak berbadan dua, memang isterinya terlalu sensitive, perkara kecil pun kadang-kadang rajuknya memakan hari. Hai apa nak buat, sayang isteri, layan jelah…

“Abang nampak hensem hari ni…ekekeke..” usik isterinya.

“Uikk… selama ni abang tak hensem ke?” dia bertanya, hairan dengan perangai isterinya untuk hari ini, pembawakan budak ke? Isk….isk…isk… tukas hatinya..

“Tak…” selamba isterinya menjawab.

“Uik…” tercengang dia mendengar jawapan isterinya itu, seketika terdengar gelak manja isterinya…

“Owh… nakal, saja nak kenakan abang…” dia bengang, hidung mancung isterinya di tarik, terus bertukar merah warnanya..

“Janganlah…” isterinya menepis tangannya… Nampak manja dan ceria tak seperti hari-hari yang lalu semenjak berbadan dua, pantang di usik sikit mulalah sensitif, dan rajuknya bertandang……

Ah… keluhan nafas berat dilepaskan, andainya ku tahu hari tu punca segala, rela aku hilang duit berjuta, asalkan diri kau tak derita sayangku.. Dia tunduk perlahan, mengusap lembut wajah kesayangannya itu, jari-jemari kaku itu digenggam perlahan, di bawa ke mulut dan dikucup lembut.

“Bangunlah sayangku… anak kita pun dah besar dan rindu belaian ibunya…” dia tunduk, sebak, mengenangkan derita isterinya, lama dia begitu, sehinggalah dia terasa ada tangan mengusap lembut belakangnya, dia menoleh.. berdiri seorang wanita sambil mendukung puterinya, di bibir wanita itu terukir sebuah senyum… luntur segala gundah melihat senyuman wanita itu, pantas dia memeluk tubuh wanita itu bersama anak itu sekali, merekalah sumber kekuatannya kini…

***************

Dia memegang perutnya yang sedang sarat itu, sesekali dia terasa tendangan si kecil dari dalam perutnya.. Aduyy sayang, jangalah nakal sangat, tak kesian ke pada ibu..? dia berbisik perlahan sambil tangannya mengusap-ngusap perutnya yang terasa sedikit senak…

Dia gembira, tanda kasih pada suaminya kini membesar dengan sihat dalam rahimnya malah menanti detik untuk lahir kini… syukur tuhan atas kurniaanMu..

Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi minta di jawab… aduyyy mana pulak handfree ni… dia kalut, tangannya menggagau-gagau dalam handbagnya, dalam masa yang sama matanya tidak memberi fokus pada pemanduannya.. dan seorang anak kecil yang entah dari mana munculnya tiba-tiba melintas, dia kalut, dalam cubaan untuk mengelak, keretanya menghentam pembahagi jalan, dan menyebabkan kepalanya terhantuk kuat pada stereng kereta… selepas itu pandangannya terus gelap, dunianya terasa terhenti terus………

Nini Nahlia menangis teresak-esak, dari tadi semenjak dia menerima panggilan telefon dari seseorang mood dia terus berubah , dari ceria menjadi sedih… patutlah semalam kau beria-ria pesan kat aku, patutlah semalam kau terlalu lain, patutlah semalam kau terlalu mesra……

Segalanya berubah dalam sekelip mata, dalam tak dijangka segala bahagia, gembira seolah di ragut pergi bersama sebuah kabar bernada duka…

“Ya ALLAH selamatkan dia, selamatkan dia…. Aku tak mahu kehilangan dia…” doanya dalam hati… air mata yang sedari tadi bergenang akhirnya tumpah mengalir di pipinya…

Masih terngiang-ngiang suara sahabatnya itu semalam…

“Hullo Nini……….” Nada ceria sekali suara Arlissa di talian, membuatkan hatinya turut berbunga riang…

“Lissa, yup, awat ceria sangat? Baby sihat?” dia menyoal..

“Sihat jea Alhamdulillah, ceria sebab dapat bercakap dengan kau…ehehehe, baby makin nakal ler….asyik nak menendang jea, agaknya terkenan dengan WWE yang ayahnya dok layan tu kot….” Sempat lagi berlawak dalam jawapannya…

“Wow, syukur dengar kau sihat, sorrylah aku busy sikit akhir-akhir ni, tak dapat nak call kau kerap sangat macam selalu…errr aku ada kerja ni,anway nanti aku free aku singgah rumah kau ek..?” terburu-buru Nini melayan temannya itu, memang kerja pejabatnya menimbun sedikit…

“Ok Nini see ya, eh lupa nak pesan sikit ni, kalau apa-apa jadi pada aku, aku mintak tolong kau sangat-sangat, tolong tengok-tengokkan Adrian and baby aku ni….”

Lain macam sekali nada suara Arlissa di pendengarannya membuatkan dia terkelu… kenapa pulak si Lissa ni, isy tak sedap hati aku ni, desis hatinya…

“Uikk kau kenapa ni Lissa,tetiba mengarut, takkan ada apa-apa jadi kat kau k,… jangan risau aku sentiasa ada kat sisi kau walau apa pun yang berlaku…”

“yelah, kan aku cakap, “kalau”….”

“Takda “kalau-kalau”…” tegasnya…

“Oklah… buatlah kerja kau tu, aku tak nak ganggu…bye assalamualaikum…” putus Arlissa…

Nini Nahlia hanya mengeleng-geleng kepala, dia meraup wajahnya sambil melepaskan nafas berat… agaknya kau dah jangka benda ni akan terjadi Lissa? Ya ALLAH tolong selamatkan dia…

Memang semenjak kemalangan itu, dia yang menjaga anak temannya itu, anak yang dilahirkan secara pembedahan demi nyawa ibunya dan nyawa anak itu sendiri, dan demi amanah itu, dia rela korbankan segalanya, dialah juga yang memberi semangat pada Syed Aris Adrian… dan akhirnya kini 2 tahun berlalu, Lissa masih tetap kaku, kerana kecederaan di kepala akibat hentakan yang kuat…

*************

Seri Ayu Arlissa… tenang di situ, menghirup udara segar, tempat ini aman, tanpa kesedihan dan sengketa, tempat ini aman tanpa lara dan duka, Cuma……. Tempat ini tiada insan-insan kesayangan aku… dia mengeluh, melepaskan nafas yang sedikit kuat… arhhgg… aku nak balik… agaknya dah berapa lama aku di sini yea?? Dia menyoal pada dirinya sendiri… entah kenapa kerinduan pada insan-insan yang disayangi makin meluap-luap terutama pada hari ini.

“Seri… kamu mahu pulang” tiba-tiba dirinya di soal oleh salah seorang wanita yang selama ini menjaganya sepanjang dia di situ…

“Ye… saya rindukan mereka..” jawabnya perlahan.

“Baguslah… kalau kamu mahu pulang, lagi pun dah lama kamu di sini.. tempat kamu juga bukan di sini” jawab wanita itu.

Dia mengangguk perlahan… selepas itu, dia rasa mengantuk tiba-tiba, dan perlahan-lahan dia terlena…………….

***************

“Abang tolong jaga Mawar sekejap, saya ada kerja sedikit ni…” pinta Nini pada Adrian, memang dia agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja di dapur dan sikecil itu pun sama turut ingin menyibukkan diri juga…

“Uihh anak ayah ni kacau mama pulak ye…babab karang…” Adrian mengambil Mawar dari tangan Nini Nahlia…

Beberapa bulan lalu, setelah dipersetujui oleh kedua belah pihak, mereka berdua disatukan, memang ini jalan yang terbaik, sementelah Nini terlalu kerap berkunjung menjengan Arlissa dan membantu dia menjaga Mawar, memang mereka tak melakukan apa-apa yang tak elok, tapi pandangan orang lain mungkin berbeza..

“Meh kita jengah ibu…” dia mendukung si kecil ke bilik peraduan ibunya… Memang kebiasaannya begitu, bila ada masa terluang sering dia membawa anaknya itu kebilik Arlissa, mengajar anaknya berbual dengan ibunya.

“Sayang… anak kita dah besar, dah nakal, dah pandai kacau mamanya juga…” dia membisik perlahan, jemari kaku Arlissa di genggamnya perlahan.. diletaknya si kecil itu di birai katil, dibiarkan anak itu bermain-main di situ, dia mahu anak itu kenal siapa ibunya walaupun si kecil itu belum tau apa-apa…

Sayang, bilalah sayang nak bangun ni, sayang tak kesian ke pada abang? Dah lama tunggu sayang bangun, sayang seronok yea usik abang macam ni? Biar abang ternanti-nanti sayang… sampai hati sayang… ada rajuk dalam nadanya kini, memang dia rasa sayu, sebak, sedih segalanya ada…

Jari-jemari yang berada dalam genggamannya terasa bergerak-gerak perlahan membuatkan dia sedikit tersentak… Adrian terkaku, melihat kelopak mata Arlissa bergerak-gerak seolah mahu terbuka.. Ya ALLAh mimpikah aku?? Dia memejamkan mata beberapa kali, seolah tak percaya apa yang terhidang di depan matanya kini. Ya ini benar!! Arlissa dah terjaga, Arlissa dah membuka matanya..

“Ya ALLAH, sayang..” pantas dikucup lembut bebarapa kali jemari Arlissa yang sememangnya sedia ada dalam genggaman tangannya..

************

Nini menolak perlahan-lahan kerusi roda yang diduduki Arlissa menggelilingi Tasik Titiwangsa itu, sudah 2 minggu dia sedar, cuma kakinya belum kuat untuk berjalan, mungkin akibat terlalu lama terlantar sehingga dia perlu belajar berjalan kembali..

Syukur yang teramat, itu yang mampu Nini dan Adrian ungkapkan, sebab Arlissa menerima dengan terbuka pernikahan mereka berdua, dan apa yang paling seronok walaupun dia tak pernah menjaga dan membelai anaknya, Mawar, tapi sikecil itu tetap selamba mahu bemesra dengannya, tidak sedikit pun kekok.

“Lissa thanks sebab sudi terima Nini dalam hidup Lissa dan Adrian..” ucap Nini.

“Lissa yang sepatutnya ucapkan terima kasih kat Nini, yelah sepanjang Lissa koma, Nini yang banyak korbankan masa untuk jaga Lissa, Mawar dan bagi semangat kat abang, kalaulah Nini takda, Lissa tak tau apa yang akan jadi terutama pada abang.. Terima kasih Nini, Ninilah teman Lissa dunia akhirat, lepas ni kalau Lissa dah sihat, Nini bolehlah rehat dan lahirkan baby untuk abang pula…” Berselit gurauan bicaranya kali ini, sempat juga dia mengenyit mata pada suaminya yang sedang mendukung Mawar.

“Lissa ni ke situ pulak dia, ada je nak usik Nini, hisy perangai tak berubah-ubah..” Nini Nahlia pura-pura memasamkan muka..

“Eh eh… marah pulak kita cakap, betulkan apa yang Lissa cakap tu kan bang?

“Yup betul tu sayang, eh Nini nak anak berapa orang yea??” Adrian pun turut sekali mengusik Nini yang semakin memerah wajahnya.

Semoga segala kebahagian sentiasa mengiringi langkah mereka, itulah doa mereka bertiga di dalam hati kini..

5 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaaaaa....
tak sgke...
kawan jd madu..
huhu...
cite nieh syahdu btol..
besh2..

Anonymous said...

walaupun cerita ni sweet.berapa kerat yg sanggup bermadu
walau betapa rapat sekali pun..
hehe..realitinya kita tak tahu..
apa2 pun cerita yg menarik.

Unknown said...

tak suka laa.... tapi ada part syok sikit citer ni😥 part nini kahwin ngan adrian tu spoil ler. takpe cuba lagi memang boleh punya! 😊

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Unknown said...

Best2 😁😀 saya suka berusaha lagi ye