iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, December 31, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[16]


"Balik nanti jangan keluar lambat-lambat tau, aku tunggu kau dekat tempat biasa.." sempat dia memesan pada Balqish tatkala isterinya itu melangkah keluar dari perut kereta. Hari ini mereka berkongsi kereta sekali lagi sebab petang nanti mereka berjanji akan keluar bersama.

"Yea boss..!" dia menjawab ringkas siap buat tabik hormat lagi, berapa kali nak ulang da.. penat tau dari tadi asyik dengar perkara yang sama saja..

Langkah kaki diatur sedikit laju menuju ke arah Suraya, bila dia melihat kelibat temannya itu baru hendak melangkah ke pintu masuk menuju ke arah lif.. ingin bersaing sekalilah tu..

"Qish.. jangan nak lari-lari macam budak-budak, jatuh nanti karang kan susah.." terdengar Daniel memberi pesanan, eh.. tak jalan lagi ke dia ni.. terus mati langkahnya.

Dia menoleh, terus menayangkan gigi, tersengih... hanya itu yang mampu dilakukan sedar akan kesilapan dirinya.. sorry anak mama, mama tak sengaja.. dia berbisik perlahan..

Daniel menggelengkan-gelengkan kepalanya, hai selalu macam tu, dah besar-besar pun perangai macam budak-budak, manalah aku ni tak bising, ye lah dah tau diri tu mengandung cubalah jadi orang yang berhati-hati sedikit.. selalu nak kena ada orang yang ingatkan dia.. cuai.. apa-apa jadi nanti kan payah..

"Kenapa dengan si Daniel tu Qish? masam, berkerut saja rupanya aku tengok.. kau buat dia marah ke?"soal Suraya sebaik saja mereka berpapasan.

"Entah.. biasalah mamat tu Su, ada sajalah yang dia tak berkenan dengan aku ni.." dia menjawab acuh tak acuh.. malas menceritakan sebab musababnya, yalah nanti tak pasal-pasal Suraya tumpang sekaki meleterinya, macamlah dia tak tahu sangat perangai temannya itu.

"Mesti kau ada buat sesuatu yang dia tak suka kan?" Suraya menekan lagi.. tak puas hati selagi temannya tak berterus terang..

"Yelah.. aku akui memang salah aku, aku terlupa diri sekejap tadi, aku berlari sikit depan dia tadi, bukannya lari betul-betul, lari anak saja, tu pun dia nak marah, takut aku jatuhlah katanya.. hisy risau tak bertempat tau dia tu sampai kadang-kadang melemaskan aku ni.."

"Eh.. eh betul apa yang dia buat tu, dia risau kan kau, nampak sangat dia ambil berat tentang diri kau.."

"Tengok kau pun sebelahkan dia, hisy sejak bila kau jadi penyokong dia ni?" dia memasamkan wajah tidak gemar temannya itu menyebelahi Daniel, saya tak suka tau orang sokong awak tu, pada saya, awak tu macam Hitler, huh segalanya serba tak kena, awak sajalah yang betul, itu tak kena.. ini tak sesuai.. sakit hati tau.. dia bermonolog sendirian..

"Aku bukannya nak sokong siapa-siapalah Qish, benda betul takkan aku nak bangkangkan.. ish kau ni kan semenjak mengandung sensitif sangat, dah jangan nak tarik muka pula, esok baby tu keluar muka berkerut saja kan haru.. hah senyum sikit..."

Huh tak jadi nak tarik muka, terus sebuah senyuman berbunga di wajahnya, hai takut juga kalau betul yang Suraya kata tu berlaku.. yalah siapa suka kalau babynya asyik berkerut wajah saja bila lahir nanti.

"Hah kan lawa begitu, kau tahu tak Qish, terus terang aku cakap, yang muka kau langsung tak cun kalau kau masam muka.. hehehe" sengaja mengusik.

"Yalah tu ada-ada saja kau ni kan?, kau memang selalu begitu kalau tak mengusik aku memang tak sah, aku tahu kau saja cakap macam tu sebab nak suruh aku senyum.. malaslah nak layan kau ni.."

"Hehe tau tak apa Qish.."

"Selamat pagi mama", ucap Rizal dispacth yang entah dari mana munculnya membuatkan dia sedikit tersentak, hisy selalu begitu tau, suka sangat main-main muncul depan aku ni, dia merengus geram sambil mengurut dadanya sedikit terkejut..

"Selamat pagi Jal.. banyaklah mama kau.." dia membalas sambil menghadiahkan jelingan tajam, huh tak kuasa I nak melayannya.

"Alah itu pun nak marah.." Rizal mencebik melihat reaksi Balqish itu.

"Dahlah kau orang berdua ni oit.. tahu tak yang you all ni macam anjing dengan kucing, pantang berjumpa mesti ada saja yang nak di gaduhkan, hai cubalah satu hari tu berdamai sikit..." Suraya yang sedari tadi memerhati tingkah mereka mula bersuara bila melihat bunga-bunga pergaduhan yang mula terbit di antara mereka berdua, dia sudah masak sangat dengan perangai Rizal yang suka mengusik, dan perangai Balqish yang pantang di usik itu.. memang begitulah selalunya, dialah selalunya yang menjadi orang tengah.. nasib baik dua-dua dah jadi milik orang kalau tidak mahu saja aku kahwinkan saja mereka berdua ni, biar padan muka masing-masing.

"Mana aku tak geram tau Su, datang tanpa meninggalkan bunyi pastu tup-tup say morning dekat kita, nasib baik baby ni belum nak keluar lagi tau, kalau tak mesti aku dah terberanak aku dekat sini.." dia membebel geram sambil memandang ke arah wajah Rizal yang sedikit pun tak beriak rasa bersalah..

"Alahh... itu pun nak marah, biasa tak marah pun, kau ni sensitiflah Qish.. Oklah aku minta maaf, lain kali buat lagi... eh silap lain kali tak buat lagi.. hehehe"

"Tengok tu, macam tak ikhlas saja minta maaf.."

"Eh aku ihlas ni... minta maaf ok wahai tuan puteri Puan Qistina Balqish Binti err... apa ya nama ayah kau? aku lupa.."

"Dah dah kau orang berdua ni.. ish.."

"Yelah aku nak pergi beli breakfast ni.. kau orang berdua nak kirim apa-apa tak?" dia menyoal memandang wajah Suraya dan Balqish bergilir-gilir..

"No thanks, aku dah kenyang breakfast dengan tunang aku tadi.."

"Ha.. kau Qish??"

"Err.. aku.. err aku teringin nak makan roti telurlah, kau belikan untuk aku ek dua keping.." isy kecur pula air liur ni tiba-tiba, sedangkan tadi dia memang sudah bersarapan roti bakar dirumah bersama Daniel, memang begitulah selalunya, seleranya sentiasa ada terbuka semenjak dua menjak ni.. Hai mesti baby aku ni lahir montel sebab aku ni asyik nak makan saja.

"Ok, untuk kau sepuluh keping pun boleh, asalkan guna duit kau... haha.."

"Tengok tu... kedekut..."

Hanya tawa yang kedengaran dari mulut Rizal sebagai membalas reaksinya, begitulah selalunya, tak dia yang mengusik, Rizal pula yang mengusiknya kembali, tapi itulah yang menceriakan hari-harinya, dan selalunya suasana akan menjadi gamat andai mereka bertiga bertemu, Suraya dengan perangai sedikit keibuan yang sentiasa cuba mendamaikan mereka, dia dengan perangai sedikit keanak-anakannya dan Rizal biasalah dengan perangai kaki usiknya itu.


*****

"Encik Daniel... " hisy dia buat lagi dengan perangai termenung melayan perasaannya, penat tau aku dok seru-seru nama dia ni, Zairyn mengeluh... hai kenapalah Tan Sri ada anak macam dia ni, kalau hari-hari macam ni susahlah.. jaga tapi macam tidur, sedar tapi macam tak sedar.. haisy aku simbah juga dia ni dengan air kopi ni karang..

"Ehem.. Encik Daniel.." dia berdehem menekan sedikit suaranya..

"Aa.. apa.. eh yang awak tercegat dekat pintu tu kenapa, masuklah.."

"Macam mana saya tak tercegat, saya dah ketuk pintu ni berkali-kali siap seru-seru tapi encik buat tak tahu saja, hai ikutkan hati saya tadi, kalau encik tak jawab juga panggilan saya ni, memang saya mandikan encik dengan air kopi ni.."

"Uikk janganlah sampai macam tu Zairyn, saya minta maaf ok, saya tak sengaja asyik sangat berfikir tadi.."

"Yalah tu berfikir, encik tu bukan betul jangan-jangan teringatkan girlfriend tak? macam saya tak tau yang girlfriend encik keliling pinggang.." dengan lelaki itu dia memang tidak pernah menapis katanya, sebab dia tahu lelaki itu jenis yang sporting.

A'ah.. bukan girlfriend yang aku teringatkan, tapi aku teringatkan isteri aku tu.. alahai kenapalah kau asyik mengganggu ketenangan hari-hariku ini Qish.. bisik hatinya.

"Tengok tu termenung lagi... haisy tak faham saya dengan encik ni, kalau dah betul angau baik kahwin saja, tak perlulah nak termenung sana termenung sini.. tak faham tak faham.." dia menggelengkan kepala tidak mengerti..

Nak kahwin apanya, memang aku ni dah kahwin.. alahai hanya termampu meluahkan kata dalam hatinya saja..

"Err ada apa-apa pesanan buat saya ke Zairyn?" soalnya segera menukar topik tak mahu terus melayan omelan wanita itu.

"Ha.. lupa pula saya, tadi Puan Sri call dia pesan, kejap lagi dia nak datang sini nak lunch sama-sama dengan encik dan Tan Sri.."

"Hah mummy nak datang? awak cakap apa tadi dengan dia.." alahai mummy datang tu mesti ada sajalah agendanya nanti, balik-balik suruh aku kahwin dengan si Suhail tu.. haiyss tak sanggup aku...

"Saya cakaplah encik ada, dan akan tempahkan meja untuk lunch nanti seperti selalunya.." dia menjawab lurus..

"La kenapa awak cakap macam tu, hisy saya tak sangguplah kena leter dengan mummy tu..."

"Manalah saya tau, saya hanya jalankan tugas.." dia mengangkat bahu.. lain kali cakap awal-awal kan senang..

"Tak apalah.. pergilah sambung buat kerja awak balik.."

Adeyy pening kepala aku, apa aku nak buat alasan nanti ek supaya tak perlu nak lunch bersama, aku bukannya apa aku tak larat nak melayan kata mummy tu.. hisy fikir... fikir.. sambil meletakkan tangannya kedagu..

Aha... alah aku cakap sajalah aku ada janji nak lunch dengan client.. habis cerita tak payah susah-susah hati... terus telefon bimbitnya di capai mendail nombor telefon bimbit mummynya..

********

"Aku tak sukalah warna dia ni Qish.." sungguh dia memang tak suka dengan pilihan wanita itu.

"Lah kenapa pula, kan comel apa baby kita pakai baju warna pink.. ni warna kesukaan saya tau.."

"Aku tak sukalah warna pink, aku lebih suka baby kita pakai baju warna biru.. lawa juga apa.."

Rasanya sudah hampir satu jam mereka menghabiskan masa ni butik baby itu tapi satu pun belum dapat mereka pilih, yalah bila seorang ni dah berkenan yang sorang pula tak bersetuju, rasanya sudah naik pening kepala pekerja butik itu melayan perangai mereka berdua.

"Lecehlah awak ni.. itu tak berkenan, ini tak suka.. " Balqish menyungut.. bosan.. kehendaknya tak dipersetujui.

"Kau lagilah leceh, inilah kurang.. itulah tak sesuai.." hisy.. cerewet sungguh..

"Apa kata abang, dengan kakak pilih saja dua-dua warna, yelah mana tau nanti kalau dapat baby lelaki bolehlah pakaikan dengan warna biru, kalau dapat baby perempuan sesuailah pula dengan warna pink.." cadang pekerja di situ yang sedari tadi dia memerhati, mungkin sudah mula bosan melayan kerenah mereka..

Eh ya tak ya jugakan.. kenapa tak terfikir dari tadi kan.. hisy buat penat saja bertekak..

Setelah memilih beberapa pasang pakaian kanak-kanak yang mereka berkenan barulah mereka beredar, tersenyum pekerja-pekerja di situ melihat tingkah gelagat mereka berdua, mungkin itu pemandangan yang biasa bagi mereka untuk mereka-mereka yang bakal menimang cahaya mata.

"Hai sayang.... " tiba-tiba ada suara halus lemak merdu ala-ala gedik menegur langkah mereka, tersentak sehingga menghentikan langkah mereka..

Hisy macam mana pula aku boleh terserempak dengan minah ni pula, Daniel mendesis geram.. ni karang mesti dia buat drama ala-ala gedik santai karang..

"Hai.. you buat apa dekat sini..?" dia membalas, menyoal sekadar mengambil hati..

Balqish memandang wajah wanita itu, macam pernah kulihat dia ni.. tapi di mana ya? ahh.. ni perempuan yang aku pernah bertekak di kedai buku hari tu kan? yang perangainya mengada-ngada tu.. aha.. siaplah kau hari ni aku akan balas balik... biar kau bertambah bengang.. bisik hati kecilnya nakal..

"I pun macam you lah.. jalan-jalan, shopping-shopping.." jawabnya manja dan tanpa segan silu memaut lengan sasa milik Daniel tanpa sedikit menghiraukan kehadiran Balqish di sisinya..

"Sayang.. kenapa you dah lama tak contact I? kenapa you dah lama ajak I keluar macam selalu tu??" soalnya sambil mula melentokkan kepalanya manja ke bahu milik lelaki itu.

Amboi... ni dah lebih perempuan ni.. dah naik juling siap nak terkeluar biji mata aku ni tengok perangai tak berkhemah perempuan ni, hai si Daniel ni tak ada mata ke? perempuan macam ni pun nak dilayannya.. kalau aku jadi dia dah lama aku tepis biar jatuh terus tersungkur dekat sini.

"Err.. sorry Syeryle I busy sikit akhir-akhir ni.." dengan tangannya cuba menolak kepala gadis itu dari terus melentok bersandar di bahunya, tak selesa di perlakukan begitu dan rimas dengan pandangan mereka yang lalu lalang.. mesti mereka fikir drama apakah yang cuba dilakonkan oleh mereka bertiga.. isy bikin kacau saja.

"Abang... siapa dia ni??" soal Balqish setelah sekian lama dia menjadi pemerhati, sengaja ditekannya perkataan abang tadi agar perempuan itu sedar akan kehadirannya.. sengaja dia mendekatkan tubuhnya merangkul pinggang Daniel... biar minah tu sedar diri sikit.. hihi

Uikk Qish panggil aku abang? eh.. eh tak pernah-pernah sebelum ni, dia cemburu ke? dia kehairanan..

"Sayang siapa dia ni?" soal Syeryle pula sebelum sempat Daniel menjawab soalan Balqish tadi..

"Hai saya Balqish.. isteri Daniel.." ujarnya sambil menghulurkan tangan kononnya untuk berjabat salam. Tapi salam yang dihulurkan sedikit pun tidak bersambut malah gadis hanya mencebik memandangnya.. ala ingat aku ingin sangat ke salam tangan kau tu? dasar tak tahu adab.. tahu tak kalau kita berjabat salam akan menggugurkan dosa-dosa kecil kita..

"Daniel apa semuanya ni?" Syeryle memandang wajah lelaki itu inginkan penjelasan..

"Kenapa pula Syeryle? betullah she is my wife.. dan kami bakal menimang cahayamata yang pertama kan sayang??" ucapnya seraya membalas rangkulan tangan Balqish itu, sengaja..

"Sampai hati you buat I macam ni kan?" lirih pula nadanya yang kedengaran.

Hisy tulah dia perempuan, ingat kita rapat dengan dia bermaksud kita cintakan dia, suka sangat meletakkan anganan tu terlalu tinggi..

"Dahla Syeryle I memang tak ada perasaan dengan you, perasaan I hanya pada wife I saja.. I harap lepas ni you tak payah cari I lagi.. you cantik lawa, mesti you akan dapat yang lebih kacak dari ni.."

"Tapi... you tak boleh buat I macam ni, perempuan ni tak layak untuk you, dahlah tak cantik.. I lagi cantik dari dia.."

"Eh siapa you untuk menilai kecantikan isteri I ni..."

"Dahlah abang... jomlah kita pergi.. tak payah layan perempuan ni.." ujar Balqish bila mendengar suara Daniel yang sudah sedikit meninggi, ditariknya tangan lelaki itu pergi jauh dari Syeryle, meninggalkan gadis itu terkulat-kulat sendirian di situ..

"Daniel..!" terdengar jeritan panggilan Syeryle tapi dia langsung tak mempedulikannya.

"Qish sampai bila nak pegang tangan aku ni?" soalnya setelah agak lama dan agak jauh mereka berjalan..

Tersentak Balqish.. serta merta dia melepaskan tautan jemari mereka..

"Ops sorry awak..."

"Qish aku sukalah kau panggil aku abang tadi... sedap saja kedengaran dekat telinga aku ni.."

Memerah wajahnya mendengar kata-kata yang terlahir dari bibir Daniel itu..

"Hah jangan nak perasan ok.. saya panggil begitu sebab nak bagi perempuan tu sedar diri.."

"Qish kau cemburu ya tadi?" soalnya dengan senyuman nakal, sengaja mengusik.

"Mana ada.." dia menjawab, rasanya wajah dah bertambah merah lagi.. tak tahu nak sorok mana mendengar soalan lelaki itu..

"Ala.. kalau kau cemburu katakan saja.. malu-malu pulak.."

"Mengadalah awak ni.. perasan sangat, tak ada masa saya nak cemburu dengan awak, dahlah malas layan awak, saya nak pergi makan, kesian baby dah lapar.." ujarnya terus melajukan langkah meninggalkan lelaki itu.. hai dalam hati rasa nak pecah membendung rasa.. hisy cemburukah aku ni?? entahlah aku sendiri pun tak faham dengan rasa aku ni.

"Qish oittt.. tunggu aku.."

Hai macam-macam sungguh perangai mereka berdua ni, tak macam orang yang dah dewasa kelihatannya...

4 comments:

Hana_aniz said...

sambung cepat2 ye kak nuril!

::cHeeSeCaKe:: said...

best2..
smbung lg..
bile la daniel nk gtau famili die..?
mummy daniel xsuke ker ek??

sinichies_girl88 said...

bestnya...
ermm kan bes klu qis paggil daniel
'abang'..
hehehe...
panggil la...panggil la...
hheehhe
sambung lagi...
:)

Nuril Bahanudin said...

Saya tgh cubalah ni buat si Balqish panggil si Daniel ni abang..
Fhm2 sajalah si balqish ni degil sikit orgnya..

Thanks hana_aniz, thanks cheesecake n sinichies_girl 4 leaving the commnt..
-salam~