iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, January 11, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[19]


Apa yang aku nak masak untuk dia ni.. Daniel mula berkira-kira menu apa yang sesuai untuk Balqish.

Tangannya ligat menyelak helaian demi helaian buku masakan yang tersusun dihadapannya, dah hampir satu jam dia di situ, duduk mengadap buku-buku itu namun satu keputusan pun belum dapat di ambil olehnya..

Qish suka makan apa ya? selama ini memang dia tidak ambil tahu sangat apa kesukaan Balqish itu, baginya itu bukanlah urusan dia, dan juga bukanlah sesuatu yang penting baginya.

Agak-agaknya kan kalau aku masak nanti dia nak makan ke tak? yalah manalah tahu aku termasak makanan yang bukan menjadi kesukaan dia ke, isk..

Ah redah sajalah.. aku dah masak kira nasib baiklah tu.. dia nak makan ke tidak itu terpulang pada dialah.

Dia bangun daripada duduknya, menuju ke arah peti ais, sayur, ikan, ayam.. segalanya di keluarkan satu persatu diletakkan ke sinki.

Alahai macam mana nak siang ikan ni? nak kena buang kepala ke tidak? nak potong macam mana?, ayam ni pula macam mana caranya? nak kena buang kulit dia ke? hisy tak pernah-pernah seumur hayat aku ni buat kerja-kerja dapur ni, biasanya mummy yang buat tak pun tukang masak dekat rumah tu.. dia menggaru-garu kepala kebuntuan.

Aku nak tanya siapa ya.. Suraya.. ya hanya dia satu-satunya yang boleh membantu.. tapi perempuan tu mesti membebel panjang nanti..

Ah pedulilah.. nombor telefon teman Balqish itu di dailnya, tidak sabar menanti talian dijawab.. mana dia ni..

"Hello Su.."

"Hah awak nak apa? saya tengah busy ni, dalam office ni, nanti boss saya nampak mati saya.." soal Suraya kehairanan, nak apa pula lelaki itu pagi-pagi ni dahlah aku tengah sibuk dengan kerja yang menimbun ni atas meja ni sampai aku rasa tak cukup jari tangan ni, rasa nak guna jari kaki sekali kalau boleh untuk siapkannya..

"Suraya, I nak masak ni tapikan I buntu, so I call you sebab nak tanya youlah." terus di beritahunnya apa niat sebenar dia menelefon.

"Awak nak masak apa tu? apa yang membuntukan awak? eh bukan ke Qish kata dekat rumah tu banyak buku masakkan, apa kata awak rujuk sajalah dekat buku-buku tu kan senang.

"Itu saya tahulah Suraya cuma saya buntu, kalau kita siang ikan perlu ke kita buang kepalanya dan kalau kita siang ayam perlu ke buang kulitnya.."

"Uik itu pun tak tahu ek.. tulah lain kali intai-intai sikit kerja dekat dapur tu.. kalau siang ikan tak perlu nak buang kepala, awak just potong sikit muncung dia, dan ayam pula sukahati awaklah nak buang kulitnya atau tak, yalah setengah orang tak suka kulitnya sebab banyak lemak tapi setengah orang suka pula." panjang lebar Suraya memberitahu dan sempat juga di selitkan sedikit bebelan, hai kalau dah di namakan perempuan begitulah gayanya kan.

"Thanks Suraya, err Balqish suka makan apa ya?" dia bertanya cuba menyelidiki yalah Suraya mesti tahu apa kesukaan Balqish, kata mereka kawan baik.

"Entah.. saya rasa dia suka makan megi goreng dulu sebab itu saja yang dia tahu nak masak kalau dia tinggal seorang diri.."

"Oh..." tapi tak akan aku nak masak megi goreng kot untuk dia, mana elok untuk kesihatan makanan tu dahlah tak ada khasiat langsung.

"Ha.. satu saya ingat, Qish tak suka makan masakan yang pedas sebab dia tak tahan pedas.." ya itu yang dia ingat, kalau Balqish makan makanan pedas, secara automatik temannya akan berulang alik ke tandas.. perutnya tidak mampu menampung kepedasan.

Oh patutlah dia tak pernah masakkan aku yang pedas-pedas selama ini, tak tahan pedas rupanya.. ceh sebijik macam budak-budak.. hatinya berbisik perlahan.

"Awak ada apa-apa lagi nak tanya saya ni ke? kalau tak saya nak letak phone ni, yelah nanti karang bos saya nampak dia kata saya curi tulang pula bergayut waktu kerja.." memanglah bossnya bukan dari seorang yang pemarah tapi atas dasar hormat seorang pekerja kepada bossnya dia rasa tidak sepatutnya melakukan itu.

"Tak ada dah rasanya.. ok terima kasih banyak-banyak, nanti kalau ada masalah I call lagi.."

"OK bye.." terus talian di matikan dan dia kembali meneruskan kerja-kerjanya.

"Balqish mana Suraya?" soal Haizam yang entah dari mana munculnya.

Uikk kuss semangat, dah lama ke dia terpacak dekat belakang aku tadi? mesti dia dengar apa yang aku bualkan tadi..

"Err.. Balqish MC hari ni Encik, dia tak sihat..."

"MC? tak Sihat? kenapa?" Hairan semalam tengok sihat saja, ceria sepanjang hari menyiapkan kerja-kerjanya, tapi hari ni.. isy ada sesuatu yang tak elok berlaku kepadanya ke? hatinya mula digamit risau, perasaan ingin tahu mula mebuak-buak dalam dirinya, wajah Suraya direnungnya inginkan penjelasan.

"Ye boss, dia tergelincir dekat dapur rumah dia, now kena tahan dekat hospital.. " jelas Suraya.

Kena tahan? macam teruk saja nampaknya..

"Kalau macam tu tengahari nanti awak temankan saya ya Suraya, saya nak pergi melawat dia.." putusnya.. risau bila memikirkan apa yang menimpa kepada Balqish.

Suraya hanya menganggukkan kepalanya mendengar pemintaan bossnya itu.

Sementara itu di rumah Daniel, dapur yang tak serupa dapur jadinya..

Adeys.. beberapa kali dia mengaduh akibat terkena percikan minyak panas gorengan ayam.. huisy susah juga ya memasak ni.. dia mendengus..

Hisy siapa pula yang call ni? tiba-tiba telefon bimbitnya yang diletakkan diruang tamunya berbunyi minta diangkat, pada mulanya dia hanya ingin membiarkan tapi bila difikirkan takut ada panggilan penting bergegas dia mendapatkannya.

Ceh salah nombor rupanya, dahlah banyak tanya pula tu, aku dah banyak kali kata salah nombor, boleh dia tanya lagi, Daniel membebel perlahan, geram dengan pemanggil yang telah mengganggu kerjanya tadi dan membuatkan dia terkejar-kejar..

Eh bau apa ni..? tiba-tiba hidungnya tercium bau yang seakan sesuatu yang hangit, kembang kempis hidungnya..

Alamak... ayam aku..!! bergegas dia berlari pula menuju ke dapur.

Menepuk dahi sendiri bila dia melihat ayam yang digoreng telah bertukar warna kehitaman.. alahai rentung sudah..


********

"Daniel mana Zairyn?" soal Tan Sri Darwish.. kehairanan bila melihat jam di tangan sudah menginjak jam sebelas pagi namun biliknya masih kosong, kelibatnya masih tak kelihatan. Hai pagi-pagi lagi dah hilang.. budak bertuah.

"Entahlah Tan Sri, tadi encik Daniel ada telefon dia kata mungkin dia tak masuk hari ni, ada hal peribadi sikit.." Zairyn memberitahu.

"Hal peribadi? hal apa? penting sangat ke halnya tu sampai tak masuk pejabat?" soal Tan Sri Darwish ingin tahu..

"Entahlah Tan Sri, tak pula di cakapnya hal apa.." Zairyn mengangkat bahu, manalah aku tahu dia tak bagitahu takkan aku sibuk-sibuk nak tanya, nanti karang dikatanya aku busy body. Aku ni setiausahanya di pejabat saja bukan di rumah sekali.

"Oh hari ini dia tak ada meeting dengan client ke?"

"Tak ada pula, hari ni memang jadual dia agak freen Tan Sri.." isk awatlah banyak tanya pula Tan Sri ni hari ni, kalau nak tau sangat ke mana anak dia pergi apa kata call saja Encik Daniel tu, hisy macamlah aku jaga dia 24 jam sampai semua hal tentang dia aku tahu..

Hairan hal peribadi apa agaknya yang diuruskan oleh si Niel ni, nak kata ada isteri belum lagi, ni mesti hal gaduh dengan girlfriend ni.. ya tak lain tak bukanlah tu.. girlfriend keliling pinggang tulah jadinya, Tan Sri Darwish meneka-neka dalam hatinya.

Hai nampaknya tak jadilah nak pergi rumah dia hari ni, teringat pula akan hasrat Puan Sri Nuha yang ingin membuat kejutan kepada anak tunggalnya itu, yalah buatnya kalau pergi nanti rumahnya tak ada orang, bukan ke sia-sia, nampaknya lain kalilah.. bisik hatinya.

Zairyn hanya memerhatikan saja tingkah Tan Sri Darwish yang terdiam seolah memikirkan sesuatu.. ah biarlah bukan urusan aku tak perlu nak sibuk-sibuk hal orang.

******

Langkah kakinya terhenti tiba-tiba dihadapan pintu wad itu bila telinganya mendengar suara wanita dan lelaki berbual-bual berselang-seli. Hairan, siapa pula yang datang ni... perlahan-lahan di dekatkan wajahnya pada pintu yang sedikit rengang.. Dari situ dia nampak ada seorang lelaki.. sedang membelakangi pintu dan sedang bercakap dengan Balqish.. siapa ya lelaki itu??

Amboi bukan main mesranya dia... Daniel mengetap bibir geram.. bertambah geram bila melihat ada sejambak bunga yang berada di tangan Balqish.. tu tak lain tak bukan pemberian lelaki itulah tu... dia mendengus, entah apalah niat lelaki itu... jangan-jangan dia ada hati dengan Balqish tak, tak pun dia tu boyfriend Balqish, yalah manalah tau kan sebab sebelum-sebelum ni aku mana tau status si Balqish tu sewaktu belum berkahwin, mana tau kekasih orang ke.. hatinya mula meneka-neka.. eh kenapa pula aku runsing-runsing ni.. isy cuba menafikan gelodak hatinya kala itu...

Pintu ditolak perlahan dan dia melangkah masuk, nanti kau....

"Hai sayang.. macam mana rasa sekarang ni? dah kurang?" soal Daniel sengaja menekankan perkataan sayang di hadapan lelaki itu, kalau tak silap aku ni lelaki yang aku jumpa waktu di klinik masa Qish pengsan hari tu, ya lelaki yang sentiasa mencurigai hatinya dengan renungan hati itu, hatinya kuat menyatakan yang lelaki itu punya perasaan pada Balqish.

Balqish terkejut.. uik mimpi apa dia ni sampai panggil aku sayang ni? pelik.. ke sengaja nak menunjuk depan Encik Haizam yang dia lelaki baik.. isk pelik pelik pelik... kadang-kadang dia sendiri pun sukar untuk menduga perangai Daniel itu, berubah-ubah tak tentu masa.

"Hurmm.. saya dah rasa ok sikit.. eh lupa nak kenalkan ni boss saya Encik Haizam, mungkin awak pernah jumpa dia dulu.."

"A'ah.. abang pernah jumpa dia dulu waktu Qish pengsan dulu.." mereka berjabat salam, bertukar senyuman.

Abang?? isk.. dah bahasa diri abang pula, tadi panggil aku sayang.. macam-macamlah dia ni.. apa-apa sajalah.. sukahati kaulah Daniel tak kuasa aku nak pening-pening fikirkan perangai kau tu.

"Awak masak apa tu? macam sedap saja baunya.." terus dia mengajukan tanya, menutup rasa hairan yang mula bertandang menyesakkan benaknya.

"Qish nak makan? meh abang suapkan.. mesti lapar kan dari semalam tak makan apa-apa kan.." dia duduk di kerusi yang terdapat pada sisi katil itu, tangan lincah membuka bekas nasi yang dibawa olehnya.. alamak lupa bawak sudu pula.. dia mengeluh.. tulah terkocoh-kocoh sangat tadi sampai semua tertinggal.. tak apalah guna tangan sajalah.

"Untung awak ya Balqish dapat suami yang penyayang macam Encik Daniel ni.. " Haizam yang sedari tadi memerhati tingkah mereka berdua, bersuara.

Yalah untung Encik Haizam oii.. dia memang macam ni, tapi dekat depan orang lain saja, tu tak lain tak bukan mesti ada motif tersembunyi tu, jawab Balqish namun hanya mampu terluah dalam hatinya saja.

Suraya yang hanya diam berdiri didalam bilik itu juga sudah naik hairan dengan tingkah laku suami kepada teman baiknya itu, nak bersuara serasa seperti tidak patut kiranya.. perati sajalah drama dua tiga babak depan mata ni.. isyh..

Dia mengunyah perlahan nasi yang disuapkan kepadanya.. sup ayam dengan sayur goreng.. boleh tahan cuma sayur terlebih masin dan sup pula terkurang garam.. hurm best juga sakit ni ya, dapat juga aku merasa air tangan lelaki ini, aku hanya main-main saja waktu suruh dia masak tu, hai tak sia-sia aku buat drama air mata.. Balqish tersenyum dalam hati.

"Hurm sedap tak abang masak?" soal Daniel kurang sabar, bila melihat Balqish yang begitu enak menikmati makanannya.

Balqish hanya mengangguk menjawab soalannya, sedikit pun tidak bersuara...

Jam dipergelangan tangannya di perhati sekali lalu, eh boss ni tak nak gerak ke? waktu break dah habis ni.. Suraya berdehem perlahan memberi isyarat kepada Haizam dengan lirikan matanya.

"Hurm.. Balqish waktu lunch pun dah nak habis, I beransur dululah ya, jaga kesihatan tu ya, jangan lupa makan ubat dan jangan buat kerja berat-berat.." pesannya.

Eh lelaki ni, yang dia sibuk-sibuk ingatkan itu dan ini pada Balqish kenapa? macamlah aku ni tak ada nak jaga dia... hatinya mengomel kurang senang dengan kata-kata yang terlahir dari mulut lelaki itu.

"Jangan risau Encik Haizam, Balqish masih ada saya untuk menjaga dia.." balas Daniel sinis, sengaja buat begitu agar lelaki itu sedar yang dirinya masih mampu menggalas tanggungjawab menjaga Balqish.

"Ok Qish, aku balik office dululah.. nanti ada masa aku datang lagi.. lagipun aku tak naklah kacau korang berdua..." sengaja mengusik sempat dia mengenyitkan matanya kepada temannya itu dan dilihatnya wajah Balqish sedikit memerah mendengar katanya.

Suasana kembali sepi dan hanya bunyi kipas yang berputar di siling sahaja yang kedengaran..

"Thanks.." terharu pula dengan layanan lelaki itu kepadanya hari ni.

"Awak tak makan sekali?" soal Balqish bila melihat lelaki itu hanya menyuapi dirinya dan bukan pada dirinya sendiri..

"Tak.. aku rasa kenyang lagi.."

Tengok.. kan dah berubah intonasi suaranya.. aku dah agak dah dia ni..

"Eh apa kena ya awak ni?"

"Kenapa pula?" soal Daniel kembali, sengaja buat-buat tidak mengerti..

"Ya lah tadi depan mereka bukan main romantik lagi awak, siap sayang abang.. "

"Saja.... aku tak suka cara lelaki tu pandang kau, kau tau tak.. macam lelaki gatal, dengan isteri orang pun nak miang-miang.." Daniel merengus geram bila teringatkan renungan mata Haizam itu.

Balqish terdiam mendengar jawapan yang keluar dari mulut Daniel itu.. namun hanya seketika sebelum wajahnya mengukir senyum secara tiba-tiba.. ada sesuatu yang mencuit hatinya..

"Awak cemburu ya..."

"Mana ada.. tak ada masa aku nak cemburu dengan kau.." pantas dia memotong cakap Balqish tak mahu Balqish terus menekan dirinya sehingga tak mampu membendung rasa hatinya nanti.

"Habis kalau tak cemburu kenapa pula boleh berubah tiba-tiba bila berdepan dengan Encik Haizam tadi?"

"Jadi kau sukalah aku panggil kau sayang dan aku bahasakan diri aku abang?... aku tak kisah kalau kau nak.." sengaja dia beralih topik..

"Eh please... tak ingin saya nak panggil awak macam tu tau.. dah saya tak nak layan awak mengarut.. saya nak minum, dahaga.."

"Ambillah sendiri.. kan dekat saja dengan kau tu.. dahlah aku nak pergi cuci tangan ni.."

Tercengang mendengar jawapan dari Daniel itu.. Ceh.. ingat kita ingin sangat ke nak manja-manja dengan dia.. bohlayanlah... dia menggetap bibir geram, dengan penuh berhati-hati dia mencapai gelas yang telah berisi air diatas meja kecil disisinya lalu di bawa ke mulut dan di teguk perlahan... kesian anak mama.. dahaga ya..

Cemburukah aku ni?? entahlah kadang-kadang aku keliru dengan rasa hatiku sendiri ni.. Daniel mengeluh perlahan..

4 comments:

Anonymous said...

Waaa...
cepat2 sambung..

NIZAZZZ said...

cepat la sambung yeee bestnya....

Nuril Bahanudin said...

Hi anonymous.. hai nizazz..
thanks leave kumen..
Sya cuba wat new ntry spt mungkin..
salam~

sinichies_girl88 said...

wah sudah ada rasa nmpaknya niel tu...
ermmm cpt2 buat entry y niel tul2 syg kat qis huhuhhuh..
nk lagi..
sambung cpat2 erk...
:)