iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, March 25, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[32]


"I tak percaya ini boleh berlaku dalam keluarga ni, belum pernah lagi benda ni terjadi dalam sejarah keturunan I yang sebelum-sebelum ni tau" sudah beberapa kali ayat itu diulangi, dia mundar mandir, masa dirasakan seolah-olah terlalu lambat berlalu.

"Sabar sayang, cuba you bawa bertenang, duduklah... dari tadi abang tengok asyik dok ke hulu ke hilir, bertambah serabut abang meihatnya adalah..." tegur Dato' Zakuan, mungkin sudah kehilangan sabar dengan tingkah Datin Adlyn itu.

"Macamana I nak sabar abang, anak kita tu dekat dalam sana tengah bertarung nyawa tau tak?, ya ALLAH apalah salah I ni sampai perlu di uji begini" dia menghempaskan punggungnya pada kerusi kosong yang terdapat bersebelahan dengan suaminya itu, air mata sudah mula berlumba-lumba turun daripada tubir matanya terus membasahi pipinya, hancur luluh terasa hatinya kini, mana taknya bila mengenangkan anak yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari sanggup meremuk redamkan jiwanya dengan laku yang tak pernah diduga oleh akal warasnya itu.

"syiii... tenang sayang, janganlah menangis macam ni, ini ujian ALLAH pada kita, mungkin ini peringatan buat kita, teguran kepada kita" Dato' Zakuan menarik tubuh Datin Adlyn rapat ke tubuhnya, mengusap lembut bahu isterinya itu, memujuk dengan bisikan lembut agar tangisan isterinya yang kuat memburai dapat di hentikan, agar hati isterinya yang sedang dirundung walang itu dapat dilegakan.

Ah mudahnya menjadi wanita, sungguh kadang-kadang terdetik juga rasa cemburu dalam jiwa lelakinya, yalah... bila marah, sedih atau pun gembira mereka tidak penah segan silu menitiskan air mata, tapi aku?? aku merasa sebak, kecewa dengan apa yang menimpa kini tapi langsung tak mampu menitiskan air mata, kenapa ya? egokah aku? duhai anak kenapalah kau begitu tega menduga rasa papa dan mama dengan lakumu yang sebegitu itu? tak kesiankah kau kepada kami ini? dia menggetap bibir, marah, kecewa, sedih, pilu dan segala macam rasa bertinidih-tindih dalam jiwanya sampai tak tahu nak di terjemahkan dalam perkataan kini.

Menggigil, menggeletar habis seluruh tubuh bila terkenangkan pengakuan yang terlahir daripada bibir pucat Suhail beberapa jam tadi, pandangannya terasa gelap tiba-tiba, dunia pula seolah-olah berhenti berputar, sungguh.... tak tahu ke mana harus disorokkan mukanya andai perilaku anaknya yang telah kecundang dengan tuntutan nafsu itu tersebar.. terasa wajahnya seperti telah dicontengkan oleh arang yang takkan mampu dibersihkan lagi.

"Siapa yang lakukan semua ni nak? cakap pada papa? papa mahu orang tu bertanggungjawab.." asaknya pada Suhail yang sedang dalam keadaan separuh sedar itu.

Suhail hanya mampu menggelang lemah... sungguh dia pun masih tak pasti siapa gerangan bapa kepada kandungannya itu.

"Cakap dengan mama lelaki mana yang buat Suhail sampai macam ni? mama nak jumpa lelaki itu, dia mesti bertanggungjawab.. dia tak boleh tinggalkan kamu macam tu saja..." bentak Datin Adlyn pula, geram melihat si anak hanya membisu, hatinya yakin, kuat menyatakan anaknya itu tidak bersalah, masakan anak sebaik Suhail sanggup membelakangkan dosa dan pahala demi nafsu...

"Betul kata mama tu, kalau Suhail tak cakap masakan kami akan tahu siapa yang perlu bertanggungjawab... cakaplah siapa dia orangnya?" pujuk Dato' Zakuan pula bia dilihatnya Suhail hanya membisu kala di soal oleh isterinya itu.

Suhail tetap juga diam, matanya pula terpejam dengan wajah yang berkerut menahan sakit yang semakin menekan.

"Siapa?"

Menggeleng.. sungguh dia tak tahu lelaki yang mana satu yang berjaya meninggalkan benih dalam rahimnya itu..

"Masakan kamu tak tahu..?"

Tetap diam membeku, tiada jawapan yang lahir dari bibir pucat itu..

"Jangan sampai sabar papa hilang Suhail?"

Ah entah kenapa otaknya seolah terhenti, tak mampu berfungsi... agaknya mungkin sebab kesakitan yang terlalu menekan sehingga dia hilang punca.. segala ingatan jadi kabur..

"Siapa lelaki itu?" agak keras kali ini nadanya...

"Di...di..." dia tergagap-gagap..

"Di.. di.. tu siapa? " sergah Datin Adlyn semakin hilang sabar..

"Di.. di.. dia Daniel mama.."

"What??? biar benar? mama tak percaya?" bentak Datin Adlyn kuat.. pengakuan si anak di rasakan tak mampu diterima dek akal fikiran warasnya, masakan anak teman baiknya itu sanggup merosakkan anak gadisnya itu.

"Lynn.. habis tu you nak kata anak kita reka ceritalah ya? I tengok budak Daniel tu sosial juga apa.. perempuan pun keliling pinggang dan tak mustahillah apa yang Suhail kata tu benar.." sokong Dato' Zakuan pada pengakuan anaknya itu.

"Kalau benar budak tu yang lakukan pada anak kita, I nak dia bertanggungjawab, I tak nak dia lepas tangan macam tu saja, apa dia ingat anak kita ni tak ada nilai ke apa?, senang-senang usik anak orang lepas tu tinggal macam tu saja..." dia menggetap bibir geram.. rasa hati mahu pecah menahan amarah yang membara secara tiba-tiba, rasa seperti dikhianati juga pun ada..

"I nak call dia sekarang, I nak dia bertanggungjawab atau I bawak kes ni ke muka pengadilan biar dia meringkuk dalam penjara, apa dia ingat anak kita ni anak patung ke.."

Pintu yang dikuak secara tiba-tiba dari arah dalam membuatkan dia tersentak, segala lamunan tentang peristiwa beberapa jam tadi pecah bertaburan.. Bingkas dia bangun mendapatkan Doktor wanita separuh usia yang memakai tag nama Majidah itu..

"Doktor bagaimana keadaan dia ?" tak sabar-sabar dia bertanya.. ingin mengetahui keadaan sebenar anak tersayang.. gerun hatinya bila melihat wajah kusam doktor itu sebaik keluar dari bilik itu... Ya ALLAH harap-harap tiadalah perkara buruk terjadi pada anak ku itu.

"Hurmm... keadaan Puan Suhail masih lemah, dia masih belum sedar, dia kehilangan banyak darah dan kami juga minta maaf sebab tak dapat menyelamatkan kandungan dia.."

Suhail kehilangan kandungannya?? Dato' Zakuan terpempan, dia tak tahu apa perasaannya kini? gembirakah? atau pun sedih? gembira cucu yang tak diundang telah pergi atau... sedih entahlah dia sendiri tak pasti.

"Boleh kami tengok keadaan dia doktor?" Soal Datin Adlyn tak sabar-sabar..

"Boleh... tapi jangan lama-lama, saya mahu dia berehat secukup-cukupnya.. oh ya Datin, kalau boleh saya ingin berjumpa suami dia, ada banyak perkara yang saya ingin bincangkan dengan dia.. mana ya suami dia agaknya?

"Suami..?"

"Ya suami dia..." Doktor Majidah kehairanan bila melihat perubahan wajah Datin Adlyn itu, pelik masakan suami anak sendiri pun tak tahu.. atau.... hatinya mula membuat telahan yang kurang baik..

"Suami dia err... suami dia... ha... tu pun suami dia.." berubah sedikit riak keruh di wajah Datin Adlyn bila terlihat kelibat Daniel berpapasan dengan Puan Sri Nuha menghampiri mereka..

Daniel kehairanan, dia perasan bila melihat beberapa pasang mata tajam merenung langkahnya, eh mereka ni tak pernah nampak aku ke apa? pandang macam nak telan orang.. apa dia orang ingat aku ni betul-betul dah rosakkan anak dara mereka ke? eh tolong sikit eh, bagi free pun belum tentu aku nak perempuan tu, dahlah sosial mengalahkan aku yang lelaki ni, ni dah termengandung ni senang-senang saja petik nama aku, isk aku sentuh dia pun tak pernah inikan pula nak buat benda tu pada dia..

"Doktor Majidah nak jumpa kamu, dia ada benda nak bincang dengan kamu katanya.." beritahu Dato' Zakuan sebaik saja dia menghampiri mereka..

Daniel terpinga-pinga.. nak jumpa aku? buat apa? apa halnya pula?..

"Mari encik..." Doktor wanita itu memberi isyarat mata padanya seolah bertanya siapa namanya..

"Daniel.."

"Mari encik Daniel... kita ke bilik saya.. ada sesuatu yang ingin saya perkatakan dengan awak.."

"Err... ta.. tapi saya.. bu.."

"Pergilah Daniel.." arah Puan Sri Nuha.. dirinya sendiri pun masih seolah tak berapa nak percaya dengan apa yang terjadi..

"Tapi mummy.. Niel.."

"Tak apalah.. pergi saja Niel, dengar apa yang doktor tu nak kata.."

Dengan langkah yang memberat dia mengekori langkah doktor wanita itu.. hai bala.. bala... tak satu, satu yang menimpa hidup aku ni, apalah malang sangat nasib aku ni, baru saja nak belajar untuk mengecap bahagia..

Puan Sri Nuha hanya menghantar langkah Daniel dengan ekor matanya sahaja.. hai tak tahulah macamana nak beritahu suaminya tentang perkara ini, tentu Tan Sri Darwish akan mengamuk sakan.. silap-silap haribulan anak itu akan dihalau keluar dari rumah.. jauh di sudut hati timbul pula belas kepada Balqish.. kesian anak masih lagi kecil Daniel dah mula buat perangai.. Niel.. Niel.. mummy tak tahu ke manalah kamu letakkan akal fikiran tu.. Balqish tu mummy tengok dah cukup baik dah buat kamu, kenapalah kamu buat perangai macam ni pula... tak fahamlah mummy dengan kamu ni.

"Macamana keadaan Suhail?" digagahi juga mulutnya untuk bertanya.

"Masih belum sedar kata doktor tadi.."

"Macamana sampai boleh jadi macam tu?" dalam gundah hendak juga dia mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.

"Entahlah.. I pun tahu sebenarnya apa yang terjadi, pembantu rumah I yang jumpa dia pengsan dekat dalam biliknya.. entahlah I pun masih keliru sebenarnya, macam masih tak percaya pun ada juga.."

*********

Balqish termenung sendirian didalam bilik tidur.. puas sudah tubuhnya dikalih ke kiri dan ke kanan, namun matanya masih lagi segar, degil untuk terlena..

Hai tadi bukan main lagi mengantuknya.. ni tak nak pula tidurnya.. dia mengomel geram..

Agaknya apa yang tejadi sebenarnya? sampai emak mentuanya dan Danielnya juga bergegas keluar... Danielnya?? eh macam pelik saja.. hehe dia tergelak dengan bisikan nakal hati kecilnya itu sendiri.

Rasa ingin tahu membuak-buak dalam dirinya, penting sangatkah apa yang diberitahu oleh si pemanggil itu sampaikan tak sempat hendak menunggu hari siang untuk mereka pergi? apa pula kaitannya dengan Daniel? kenapalah pula lelaki itu melenting marah secara tiba-tiba tadi? kenapa mereka merahsiakan daripada aku? isk ni yang buatkan aku bertambah tertanya-tanya ni?

Jam yang tergantung di dinding di perhatikannya, sudah hampir 2 jam mereka pergi.. hii risau juga.. bermacam-macam andaian mula timbul di benaknya.. semuanya yang kurang enak pula tu.. ya ALLAH minta dijauhkan oleh ALLAH segala malapetaka..

Ah agaknya tiada kena mengena dengan kau kot Qish.. dah kau jangan nak menyibuk dengan benda yang bukan urusan kau.. tegur hati kecilnya..

Ya memang bukan urusan aku, tapi aku rasa tak sedap hatilah.. takut sesuatu yang tak baik terjadi pada mereka.. terutama Daniel, kesian anak aku nanti.

Tak ada apa-apalah.. mereka baik-baik saja.. dah-dah tadi kata mengantuk.. tidurlah Qish oi.. dah nak subuh dah ni, ..

Yalah aku nak tidurlah ni.. Balqish memejamkan matanya, memaksa dirinya untuk lena.. namun baru beberapa minit memejamkan mata, telinganya pula menangkap bunyi tangisan Batrisyia memecah sunyi pagi.. cepat-cepat matanya dibuka kembali, pantas dia bangun untuk mendapatkan bayinya itu.. tak mahu tangisan si kecil itu berpanjangan dan mengejutkan penghuni lain yang sedang enak diulit lena.

"Sayang anak mama lapar ya? nak susu ya?" Batrisyia diambil dan di bawa ke dalam pelukannya.. punggung anak kecil itu ditepuknya perlahan.

"Papa tak ada.. Risyia temankan mamalah ya, tidur dengan mama.." bisiknya perlahan, macamlah anak itu faham saja gayanya.

Kadang-kadang, andai dirinya dalam keadaan bersendirian sering kali fikirannya menerawang mengingati peristiwa yang berlaku dalam hidupnya.. macam tak percaya dalam usianya sekarang dia telah punya cahaya mata, punya suami.. ingatannya pula secara tiba-tiba terputar pada perbualannya dengan Suraya beberapa bulan yang lalu.

"Qish agak-agaknya aku dengan kau siapa yang kahwin dulu ya?" Soal Suraya sambil menjungkitkan kedua keningnya, nakal sungguh kelihatannya raut wajah temannya nan satu itu.

"Tentulah kau dulu Su, kau kan dah bertunang.. aku ni calon pun tak ada lagi.." pantas dia menjawab tanpa sedikit pun berfikir panjang.. yalah kan ke Su yang dah ada calon, siap dah bertunang lagi, dan beberapa bulan lagi pula bakal mendirikan rumah tangga.

"Eh ada pulak.. aku ni dah bertunang tak semestinya kahwin dulu daripada kau tau.. entah-entah kau dulu tak? mana tau jumpa putera turun dari kayangan, terus tertarik... hai dapatlah aku timang anak buah cepat-cepat.."

"Adoi..!!"

"Padan muka.. kau ni memang tak boleh bagi peluang, suka sangat mengarut.. apa kau ingat kau sedang berhikayat ke? ingat cerita epik ke apa? boleh pula putera turun dari kayangan.. tulah banyak sangat baca cerita mengarut... kan otak tu pun dah merapu-rapu.." Balqish membebel geram..

"Alah aku gurau saja pun tak boleh ke? sakitlah kau cubit.." Suraya menggosok-gosok perlahan lengannya yang telah sedikit memerah dek cubitan Balqish itu.

"Padan muka.."

"Tak apa, kalau makbul apa yang aku cakap ni baru padan muka kau, waktu tu mesti baru kau ingat apa yang aku cakapkan ni.."

Ah memang makbul pun apa yang kau katakan tu Su, bezanya dia bukan putera kayangan, tak sangka kan.. tahun lepas aku sendiri tahun ni aku dah tak sendiri lagi.. malah dah bertiga pun.. kuasa ALLAH, takdirNYA memang kadang-kadang tak mampu aku nak duga, namun kini aku belajar untuk menjadi seorang yang redha dengan segala yang berlaku, aku percaya yang segala yang menimpa ini mesti ada hikmahnya.

Balqish tersenyum sendiri.. dah lama rupanya dia dan Daniel bersama.. sedar tak sedar dah banyak rupanya benda yang mereka kongsi bersama, dan dia sendiri sudah belajar untuk mengenali lelaki itu, belajar menghormati lelaki itu, yalah dah ada anak masakan dia masih dengan perangai dulu.. kekalkah agaknya hubungan yang termeterai tanpa rela antara kami ni? Ya ALLAH... aku mahu hubungan ini hingga ke akhir hayatku.. cukuplah hanya dia menjadi suami aku.. hanya dia.. aku tak mahu yang lain.. sungguh dalam hatiku telah pun rela cinta dia bertamu bersatu dengan perasaan ku ini..

Dia menepuk perlahan tubuh Batrisyia, matanya kini juga sudah mula memberat dan akhirnya dia mula terlena, lena bermimpikan keindahan yang mereka berdua bakal kecapi.. langsung tak menduga yang ada gumpalan awan mendung bakal berarak meladeni hubungan cinta mereka yang baru saja bertunas bercambah...


************

"Benda ni mengarut mummy, benda yang paling gila yang Niel rasakan.. Niel tak nak buat apa yang mummy sarankan.. kenapa pula Niel pula kena cuci sisa orang lain?"

Tak pasal-pasal kena leter dengan Doktor Majidah tadi.. tak pasal-pasal kena cop sebagai suami yang tak ambil berat tentang keadaan si isteri... huh menyusahkan sungguh! tak guna punya Suhail..

"Habis kalau bukan kamu punya kerja siapa lagi? dari dulu lagi mummy selalu tegur tentang kehidupan terlebih sosial kamu tu... tengok apa yang kamu buat? kamu saja nak kecewakan mummy kan? sampai hati kan kamu sanggup buat mummy ni..."

"Manalah Niel tau, mummy tanyalah Suhail sendiri, dia yang lebih tahu... eiii Niel tak fahamlah kenapa Niel mesti terlibat dalam masalah ni.. mummy ingat Niel sanggup ke buat semua benda ni? kalau dulu mungkin ya tapi sekarang takkan sekali-kali, Niel dah ada Qish, dah ada Batrisyia Niel takkan rosakkan masa depan mereka demi nafsu macam ni mummy, percayalah Niel tak buat semua tu." panjang lebar dia membela dirinya, berharap sangat Puan Sri Nuha percayakannya.. sungguh semenjak dia mengetahui Balqish berbadan dua dulu lagi dia telah berazam mengikis segala tingkah laku buruk yang yang sekian lama bersarang dalam dirinya.... segala tabiat keluar malam, bertukar pasangan, melepak di kelab malam semuanya telah ditinggalkan.. tekadnya cuma satu ingin menjadi insan yang lebih bertanggungjawab... dan dia berjaya... namun nampaknya ada pula yang iri hati, sanggup menabur fitnah kepadanya kononnya dia melakukan perkara yang dia sendiri tak lakukan...

Ah Suhail memang sengaja... nasib baik kau tengah terlantar.. kalau tidak memang dah lama pecah bibir kau tu dek penampar aku ni... dia menggetap bibir.. menggeletar seluruh tubuh dirasakannya menahan marah yang semakin membuak-buak...

"Siapa Qish dan siapa pula Batrisyia ni?" soal Datin Adlyn kehairanan bila mendengar nama 2 orang perempuan meluncur dari bibir Daniel, sebelum-sebelum ni tak pernah dengar pun nama-nama itu..

Puan Sri Nuha dan Daniel berpandangan sesama sendiri..

"Err... Qish dan Batrisyia.. mereka tu... mereka.." tergagap Puan Sri Nuha ingin memberitahu.. mesti mereka pelik, yalah belum pernah dia memberitahu kenalannya tentang perkahwinan Daniel..

"Beritahu sajalah kepada mereka mummy, biar mereka semua tahu mummy... tak perlu nak sembunyikan apa-apa lagi.."

"Mereka tu siapa Nuha?" soal Dato' Zakuan mula kurang sabar... hairan melihat Puan Sri Nuha sedikit gelabah bila disoalkan tentang nama yang di sebut oleh Daniel itu.

"Qish itu isteri saya, dan Batrisyia pula anak kami yang baru dilahirkan.." tenang Daniel memberitahu..

"Apa??? kamu dah kahwin Daniel?? benarkah ini Nuha? atau hanya sekadar alasan Daniel untuk lari daripada tanggungjawab?" soal Datin Adlyn masih tak percaya, yalah mana tau Daniel sengaja mencipta alasan untuk mengelak daripada kena menikahi Suhail pula.

"Ya benar Lyn.. I mintak maaf, I pun baru tahu.. "

"Tak ada maknanya saya nak bohong pada Datin.. lagi pun saya tak bersalah kenapa pula saya kena takut dan mencipta pula alasan.. tak logiklah.."

"Kalau kamu tak bersalah kenapa nama kamu yang Suhail sebutkan sebelum dia pengsan tadi??"

"Manalah saya tau Dato"

"Kamu jangan nak berdalih Daniel"

"Berdalih apanya Dato' dah memang saya tak tahu apa-apa ni.. Suhail yang lebih tahu, Dato' tanyalah dia apa yang sebenarnya bermain di kepala otak dia tu.." Daniel mendengus, semakin geram.. huh tulah dia perempuan.. dah terkantoi pandai pula gelabah.. lepas tu sedap-sedap saja tuduh-tuduh orang lain, nak tutup kesilapan sendiri orang lain yang jadi mangsa..

"Mummy jom balik.. buang masa saja datang sini.."

Serba salah Puan Sri Nuha mendengar ajakan Daniel itu.. tersepit... hai sini anak, sana kenalan.. mana satulah yang kena didahulukan ni.

"Mummy, kalau mummy tak nak balik, biar Niel balik sorang.." ugutnya bila melihat Puan Sri Nuha masih lagi tidak berganjak..

"Nantilah Niel.. kita tunggu Suhail sedar.. lepas tu kita bincanglah tentang masalah tu.. cari jalan penyelesaian yang terbaik.. kamu tak perlulah mengamuk macam ni kalau betul kamu tak bersalah.. marah bukan penyelesaian kepada masalah kamu tu, cuba kawal sikit baran kamu tu.." pujuk Puan Sri Nuha lembut.. tak mahu lagi menambahkan kekusutan dalam jiwa anaknya itu..

Arghhh... termakan juga dia dengan kata-kata mummynya itu... kau nak masalah ni cepat selesai atau lambat Niel? tentulah aku nak ia cepat selesai.. kurang sedikit rasa serabut yang menyesakkan kepala otak aku ni... kalau nak cepat... baik kau tunggu dan bersabar sedikit... dia mula bersoal jawab dengan hati kecilnya..

"Ok kita tunggu sampai Suhail sedar... lepas tu kita berbincang dan balik.." dia membuat keputusan.

Puan Sri Nuha hanya mengangguk.. sedikit lega hatinya bila melihat Daniel sudi bertolak ansur.

"Niel nak keluar sekejap.. sesak rasanya di sini.. kalau dia dah sedar mummy panggil Niel ok.."

13 comments:

iffahnazifa said...

OMG, jgn la cmni.
Tkut nya..ape yg bakal t'jadi lps nih..?Jgn la gnggu kebahagiaan Qish & Daniel..huhu

Sha said...

mengong la suhail 2..
arrgghhh geram2..
jgn la niel kne pkse kwin ngn suhail..xrelaaaaa...
plzzzz...
[emo tlbey..hoho]

Sandy said...

arrrggg tunjukkanlaa kebenaran...
x sanggup rasenye kalo daniel uh terpakse jdie pak sanggup...
kecian kat balqish ngan batrisya uhh
bawu jjeee nak bahagie...huhuhu

Anonymous said...

konflik dh dtg...neil pertahankan diri tau jgn tergugat dgn pujuk rayu suhail n mummy heheheh...emo sudah

cikgulizz said...

ish..suhail ni..kaco betulla..nasib kandungan dia gugur..apasal depa x buat DNA test?? kan senang...suhail tu mcm x insaf jer...hiii..geramnyer..cepat2 new n3..

epy elina said...

hohoho...
suhail ni senggal la...
adakah ptut sruh daniel brtngjwb...
sah la prgai mcm palesit....
x nak r daniel kawen ngn suhail...
daniel ngn qis x stat lg brcnta...
kcian dorng....

Unknown said...

jahat suhail,,,

nti mesti suhail berlakon2 dpn mak ayah dia kate daniel yg bertanggungjawab,,,

eeeiiiii geram nyer,,,
suke kacau kebahagiaan org laen,,,

Unknown said...

salam....
tidakkkkkkkkk.....
jgn lh mcm 2...taknk lh sbb mulut c suhail 2 daniel kena kahwin lg...
tak nk.......
anyway...thanx 4 new n3....

Nuril Bahanudin said...

Assalamualaikum kwn2 smua...
Apa khabar anda smua? hrp smuanya sihat walafiat insyaALLAH..
Thanks yg mmbace, mngomen mmberi pndangan..
Lumrah khidupan...
Yang hidup ni kdg2 bkn utk ktwa shaja, sskali kita kna menangis juga kan.. baru hidup kita seimbang..

p/s : bbrapa hari mnyibukkan diri.. nmun otak ttp x dpt lari dri bfikir tntg novel KRCIB ini.. alhmdulillah sy tlh dpt mmbygkan tntg pnamatnya... walaupun masih jauh pjlanan novel ini~

::cHeeSeCaKe:: said...

terukla suhail ni..
sesuke ati je bg name daniel..
erm..
kagum ngn daniel..
berani sgt mpertahankan hak die..

Anonymous said...

Best2..
Sambung cpt!

faiicie said...

kesian Niel...tak psal2 kena fitnah ngn pompuan mcm 2...eeeeeeee...
jgn la mrk kena paksa kwin...tak mau2!!!

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com