iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Friday, February 5, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[25]

"Hurm... macamana...? kau suka tak rumah ni?" soalnya bila dilihatnya Balqish hanya mendiamkan diri sedari tadi, matanya melilau ke sana-sini... agaknya terpegun melihat segala hiasan, perabot yang terdapat di dalam rumah agam itu.

Dia mengangguk... huiii lawanya... semua hiasan bermotifkan kayu jati... mesti mahal ni... kalau aku kerja sepuluh tahun pun belum tentu aku mampu membeli perabot-perabot yang terdapat di sini.. bisik hati kecilnya.

"Lawanya... eh betul ke kita nak tinggal dekat sini awak? tak apa ke? kawan awak tu tak kisah ke?"

"Betullah... ingat aku main-main ke... tak apa.. dia yang suruh aku jaga rumah ni, alah lagi pun bukan kita nak tinggal terus di sini pun... nanti kalau kita dah beli rumah yang lain kita pindahlah.."

"Owh... eh saya nak pergi tengok kawasan sekeliling pula..."

"Jom..." selamba tangan Balqish di tariknya.. sedikit pun tidak menghiraukan Balqish yang telah bertukar rona di wajahnya..

Hisy menyampah tau dengan dia ni, orang baru nak bersendirian... dahlah semenjak dua menjak ni perangai dia pelik.. buang tebiat ke apa... Balqish mengomel dalam diam...

"Lepaslah... hisy tak malu betul pegang-pegang tangan orang... saman karang baru tau.."

"Hekeleh... kau ingat saman kau tu boleh laku ke dekat mahkamah tu....??" terkekeh Daniel mendengar kata Balqish itu... memang selalunya begitulah, tak dia yang memulakan pasti Balqish yang memulakan pula...

Wah lebatnya buah pelam dekat pokok ni... heii tak sangka cantik juga pemandangan dekat belakang rumah ni... tiba-tiba tekaknya terasa terliur.. di ruang mindanya terbayang keenakan buah pelam muda.... lagi-lagi kalau di cicah dengan kicap dan ditambah dengan sedikit gula... slurpp... enaknya...

"Awak...." lembut memanggil siap dengan jelingan manja menggoda, kot mana tau lelaki itu akan terlembut hati dengan pemintaannya nanti.

"Nak apa?? ni kenapa tiba-tiba panggil orang dengan lemah lembut ni?? adalah tu yang kau nak dari aku ni kan?"

Dia ni bukannya boleh di percayai sangat... ada sajalah tu yang dirancangnya dalam kepala otaknya tu..

"Boleh tak kalau saya nak makan buah pelam tu?" lembut dia bertanya...

"Tak boleh...!" tegas Daniel menjawab..

"Alah... tapi baby ni yang nak makan... dia siap bisik dengan saya lagi kata... mama-mama.. baby teringin sangat nak makan buah pelam tu... alah bolehlah awaknya.."

"Amboi pandai kau mereka ayat ya.. tak boleh ok... jangan nak ngada-ngada.. nanti baby sakit perut dekat dalam tu kan susah..."

"Alah.. sikit pun jadilah.. awak sampai hati ke tengok saya kempunan nanti.."

"Tak... dah jom masuk dalam... hari dah nak senja ni.. tak elok senja duduk luar ni..." dia perasan perubahan wajah milik Balqish itu... ah... nanti kalau aku bagi apa yang dia nak... kalau jadi sesuatu aku juga yang susah..hisy...

"Huh sampai hati awak... huhuhu... uwa....uwa..." dekat situ juga air matanya tumpah, kecewa kehendaknya tak dipenuhi....

Alahai... ni yang aku lemah kalau dia dah menangis ni, kenapalah perempuan ni cepat sangat mengeluarkan air mata dan kenapalah lelaki ini cepat sangatlah lemahnya bila melihat air mata perempuan ni...

"Yalah-yalah... tapi sikit saja tau..." dahlah pokoknya agak tinggi, galah pula tak ada... hai terpaksalah juga aku panjatnya.

"Yeah... terima kasih..." dia melonjak sedikit, gembira...

Hisy dahlah pokoknya tinggi... nampak gayanya kenalah aku panjat juga pokok ni... Daniel mendongak memandang ke arah pokok pelam yang tumbuh meninggi dengan buahnya yang lebat bergayutan ini.

Sebiji buah pelam berjaya di petiknya.. lalu dia kembali ingin turun daripada pokok itu.. sebelah tangan memang buah itu dan sebelah tangan lagi memeluk batang pokok itu... namun entah macamana.. pegangan tangannya terlepas lalu dia gagal mengimbangi badannya... bukkkk!! tubuhnya jatuh terlentang di atas rumput... lalu mencetuskan tawa daripada Balqish... amboi bukan main seronok dia ketawakan aku... hai nasiblah badan.. kerana sebiji pelam aku yang jatuh... nasib baik tak tinggi sangat..

"Awak tak apa-apa?" Balqish pantas mendapatkan Daniel yang masih terlentang itu... bimbang pula kalau-kalau lelaki itu tercedera ke apa..

"Tak... aku ok.."

"Mendengar jawapan daripada lelaki itu membuatkan dia menarik nafas sedikit lega... terus buah pelam yang jatuh bergolek d atas tanah itu diambilnya.. di bawa masuk ke dalam rumah.. dalam fikirannya sudah mula berkira-kira apa yang akan dilakukan dengan buah pelam nan sebiji itu, langsung tidak menghiraukan diri Daniel itu lagi..

Hai buah itu juga yang di ambilnya.. aku ni di biarkan macam tu saja.. macam tak wujud saja depan mata dia.. kot iya pun tolonglah aku ni bangun dulu ke, ucap terima kasih ke.. ni tidak.. blah macam tu saja.. dahlah sebab dialah sampai aku terjatuh tergolek ni... Qish... Qish.. Daniel mengomel perlahan.. matanya tak lepas-lepas memerhati langkah kaki Balqish yang melenggang sehinggalah hilang kelibatnya di sebalik pintu... gembiralah tu.. kehendaknya sudah di penuhi..

*********

Aduhh... sakitnya kepala... sampai nak buka mata pun tak mampu rasanya.. Suhail mengerang dalam biliknya sendirian.. kedua ibu bapanya sudah dua minggu tiada di rumah.. masing-masing keluar menunaikan umrah untuk kali ke berapa dia pun sudah tak ingat..

"Makcik...oh makcik..." dia memanggil pembantu rumahnya..

"Ya Cik Muda, ada apa yang perlu makcik buat..?" soal Makcik seraya muncul dari sebalik pintu biliknya.. eh Cik Muda ni.. sepertinya kurang sihat saja keadaannya..

"Makcik tolong picitkan kepala saya ni.. sakit sangat rasanya.." pintanya..

"Baik Cik Muda.." perlahan tangan Makcik menyentuh kepalanya.. memicit dengan perlahan..

"Aduh... badan cik panas sangat ni, sepertinya sedang demam panas.. makcik telefonkan doktor ya? biar dia tengok bagaimana keadaan Cik Muda ni.."

"Tak usahlah mak cik, saya tak apa-apa, demam biasa saja ni, bukan teruk sangat pun.. lagi pun lepas saya makan ubat dan tidur nanti eloklah ni.." pantas dia menggelengkan kepalanya, membantah cadangan makcikitu.

Jauh di sudut hatinya dia sebenarnya risau.. takut apa yang di agakkan oleh hatinya menjadi kenyataan dan terbongkar pula jika di panggil doktor untuk merawatnya... dahlah haidnya tidak datang-datang lagi untuk bulan ini... dia memejamkan mata.. mengerutkan dahinya menahan kesakitan yang berdenyut-denyut di kepalanya.. kalaulah itu menjadi kenyataan.. apalah yang perlu aku lakukan? gugurkan lagi? entahlah.. mungkin akan membahayakan nyawa aku.. kalau aku terus simpan... siapa pula yang perlu aku pertanggungjawabkan? masalahnya sudikah lelaki-lelaki yang pernah aku tiduri itu bertanggungjawab? mana satukah pulanya bapa kepada bayi ini nanti?

Silap dia juga.. langsung tak berhati-hati.. kalau berdasarkan pengalamannya pada kandungan yang lepas-lepas.. memang betullah dia sedang hamil.. mungkin masih awal, dua minggu.. tiga minggu ataupun sebulan.. memang dia ingat lagi waktu kehamilan yang pertama dulu badannya jadi lemah tak bermaya, langsung tak berdaya melakukan apa-apa kerja pun.. dan sekarang keadaannya sama, saling tak beza seperti dulu...

Suhail mengeluh...

"Cik sakit sangat ke?" soal makcik bila mendengar keluhan yang terlahir dari cik mudanya itu.

"Err... agak jugalah makcik.., makcik boleh tolong ambilkan saya air kosong... air yang dekat atas meja tu dah habislah pula.. tak larat pula saya nak ambilnya sendiri..

"Baik.. sebentar ya cik.."

Hai aku kena cari jalan juga macamana nak selesaikan masalah aku ni kalau telahan aku ni benar...

"Makcik.. kalau ada siapa-siapa yang telefon, atau datang cari saya, katakan saya tak mahu di ganggu ya...? saya nak rehat.. " arahnya bila terlihat makcik yang kembali sambil menatang sebiji dulang membawa air yang di pesannya.

"Baik Cik.. cik kalau nak apa-apa panggil makcik ya, makcik ada di dalam bilik makcik.."

Suhail hanya mengangguk.. matanya dipejamkan, konon-konon mahu lenalah tu.. namun sebenarnya dia tidak ingin diganggu dan terusan di asak soalan oleh pembantu rumahnya bertanya itu dan ini.. dia hanya kembali mencelikkan mata bila di rasakan makcik sudah beredar dari biliknya..

*******

"Qish... hujung minggu ni kita pindah terus dekat rumah tu ya.. kau jangan lupa kemaskan barang-barang kau.. bawa apa yang patut saja.. barang baby pun bawa sekali tau.."

"Awak dah fikir masak-masak ke ni nak pindah situ?"

"Yup... aku dah fikir dah.. lagi pun ni untuk kebaikan kita juga kan.."

"Eh lupalah... awak kandungan saya ni dah lapan bulan.. tapi katil untuk baby, kereta sorong baby kita belum beli lagilah.." baru dia teringat yang persiapan untuk si kecil belum sempurna lagi.

"Ha'ahlah... aku pun terlupa.. nasib baik kau ingatkan.. tak apalah.. nanti kita belilah.. "

Tengok tu, semua nak aku ingatkan.. pelupa sungguh mamat ni kan.. Balqish menggeleng-gelengkan kepalanya...

"Eh Qish sebelum aku terlupa.. minggu depan aku nak kena outstation dalam beberapa hari.."

"Awak nak outstation dekat mana tu?"

"Entahlah aku tak pasti lagi... lagi satu aku dah cari driver untuk kau.. Pak Damin namanya, taklah susah kalau-kalau kau nak pergi mana-mana nanti sepanjang aku tak ada.."

Eh baiknya hati dia siap sediakan aku driver lagi... eh orang gaji tak ada ke awak??? soalnya namun hanya terluah dalam hatinya saja... Qish, Qish orang dah bagi driver kau minta pula maid.. tak bersyukurlah kau ni... tegur hati kecilnya... eh bukan aku minta betul-betullah, aku gurau saja...

"Ha lagi satu.. sepanjang aku tak ada, jangan nak buat apa-apa yang tidak-tidak, dan yang paling utama jangan curi-curi makan buah pelam muda belakang rumah tu.. kalau aku dapat tau kau curi-curi makan siap kau..."

"Yes boss...!!" alah.. bukan dia ada pun... kalau aku teringin sangat aku makanlah sikit...

"Jangan nak yes boss saja... kau tu bukannya boleh di percayai sangat..."

"Yelah.. saya tak makanlah.. kecuali kalau saya teringin sangat... ehehe.." dia membuat memek muka nakal..

"Tengok, aku dah agak dah... tak apa.. nanti aku pagarkan pokok tu biar kau tak boleh dekat.."

"Uik... hai sampai macam tu sekali?? sampainya hati awak.."

"Yalah itu untuk kebaikan kau dan baby jugakan.."

Yelah tu... Hitler memang begitukan.. semua nak kena dengar cakap dia saja.. harap muka saja handsome.. tapi perangai dia kejam ya amat.. eh handsome ke dia?? handsome jugalah.. tapi tak boleh puji depan dia, nanti dia perasan pula.. dia tersengih-sengih sendirian dengan monolognya itu.

"Ha tu tersengih-sengih tu adalah tu kan.." sergah Daniel geram.. kita bercakap dengan dia boleh pula dia tersengih macam perempuan tiga suku saja gayanya..

"La awak ni... saya sengih pun tak boleh ke? kalau saya masam nanti awak kata baby keluar nanti muka masam.. dia saya sengih biar baby keluar tersengih ceria.. comel macam saya ni.."

"Apa-apalah Qish.. kau kan banyak yang tersirat dalam hati kau tu... suka sangat mengata aku.."

"Isy.. tak baik tau awak ni tuduh saya macam tu..." tapi memang betul pun... hehe..

7 comments:

Hana_aniz said...

suhail pregnant??
abis la..
mesti nk tuduh daniel nnt..

::cHeeSeCaKe:: said...

suhail tu yg mak daniel nk jd kan menantu..
biar btul..
cute la balqish ni..
caringnye daniel ni..suke2..

raNt|ng pUtEh said...

switt la daniel n qish nih..
smbg2

Zati said...

so sweet..suka2
minta2 suhail 2 xsuruh daniel jd pak sanggup..ksian kat qish...

epy elina said...

hoohohho...
sweet la crt ni...
hrp2 xada apa2 brlaku ngn qis sms ktiadaan daniel...

nik suriyani said...

salam nuril..
mmg makin bes..!!
tp suhil 2..ade la 2 nnt dia wat kaco...
hmmm,nak apy ending...:)

nurhakim said...

best...
cpat2 smbng tau.