iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, September 23, 2013

Novel : Kau Yang Tak Diundang [Bab1]

Benci-benci membenih kasih. 
Marah-marah membaja sayang.


Kringggggggggggg!!! Jam loceng yang berada di atas meja berbunyi kuat bermakna waktu sudah tepat jam 1 tengah hari.  Pen Parker yang berada di celah jari jemarinya diletakkan perlahan di atas meja. Kerta-kertas yang berselerakan disusun rapi dan diletakkan di bahagian sudut kiri mejanya yang terdapat sebuah tray di situ. Dia bangun perlahan, sambil tangan dipanjangkan mencapai bungkusan beg kertas yang diletakkan di meja kecil di belakangnya. Dia berjalan melenggang kangkung menuju ke pantry. Satu gelas kaca berwarna putih jernih dicapai. Thermos yang terletak di sudut cabinet itu dicapai. Separuh air panas, separuh air sejuk, dicampurkan jadilah air suam. Rutin tengah hari dia ialah meminum air suam sambil menjamah bekalan makanan yang dibawa dari rumah. Lebih bersih, lebih selamat dan yang penting kesihatannya pun turut terjamin.

Dia ingat lagi pada hari pertama dia masuk berkerja kira-kira 6 tahun lalu. Dia telah menikmati makan tengah hari di sebuah restoren berdekatan dengan pejabatnya, dan akibatnya dia terpaksa ambil MC lebih daripada 3 hari. Langsung tak boleh bangun, keracunan makanan kata sang doktor atau dengan kata lainnya food poisoning. Adeysss fobia.

“Aduh sengalnya pinggang aku ni!”

Leila Suria yang sedang tunduk menikmati bekalan makanannya tersedak dikejutkan dengan satu suara garau yang muncul secara tiba-tiba. Urhgghh siapa pula yang mengganggu waktu makan tengah hari ni aku ni. Aku ingat semua makhluk yang ada dekat pejabat ni semua dah keluar makan rupanya masih ada satu lagi yang tertinggal. Bunyi pintu peti ais yang dihempas kuat hampir meluruhkan jantungnya. Dia mengusap dadanya sambil mulut terkumat kamit membebel tanpa suara. Marah bila ketenangannya diganggu.

Rio Alami Raqly mencapai satu tin coca cola yang sememangnya tersedia ada di dalam peti sejuk itu. Krak! Bunyi tutupnya dibuka kedengaran kuat. Dia meneguk rakus isinya. Cuaca matahari yang hangat terik di luar membuatkan dia berasa cepat dahaga.

“Erkkk!” Dia sendawa kuat. Tin yang sudah kosong isinya dilambung tinggi dan ditendang menuju ke arah bakul sampah yang terdapat di situ namun sayang tendangannya tersasar dan tin itu tergolek jatuh ke lantai.

Rio memusingkan tubuh menuju ke arah pintu pantry, mula melangkah keluar sedikit pun tak mengambil endah tentang tin yang tergolek di atas lantai itu.

Hello, menjaga kebersihan tu tanggungjawab manusia, hanya bukan manusia saja yang suka buang sampah merata-rata ni dan tak tahu menjaga kebersihan.” Leila Suria yang dari tadi memerhatikan perbuatan lelaki itu mula bersuara bila melihat sepah yang ditinggalkan oleh lelaki itu. Kurang senang dengan perbuatan lelaki itu.

Rio buat tak dengar saja teguran gadis itu. Dia mula bersiul-siul kecil sambil meneruskan langkahnya.

Hello I’m talking to you… eh lupa pula, you kan bukan manusia tu yang tak faham apa manusia lain cakap. Kalau manusia dia akan ikut peraturan, sukakan kekemasan, kebersihan dan bla… bla..” Leila Suria mula membebel.

Eh-eh lebih-lebih pula perempuan ni. Hati mula berdetik geram. Rio mula rasa panas perasaannya.

“Kalau betul orang tu manusia, dia tak akan hanya pandai cakap saja. Tolonglah sekali bersihkan sampah tu. Lagi dapat pahala apa! Eh I rasa you sesuailah dengan jawatan cleaner office ni daripada jawatan Senior Account dekat office ni”

Amboi pandainya dia cakap pasal pahala. Tak pasal-pasal jadi kerja orang pula nak bersihkan sampah dia. Spoil mood makan tengah hari aku sajalah. Hati berdetak geram. Bekas makanannya ditolak ke tepi. Dia mula ingin bangun. Selera makannya kini mati bila diganggu dengan kehadiran lelaki itu yang tidak diundang, ditambah pula dengan perangai tak beradab yang ditonjolkan oleh lelaki itu. Betul-betul mencukupkan sebab untuk dia tidak terus menikmati makan tengah harinya. Ceh!

“Encik Rio Alami Raqly, kalau tak mahu dicakap orang, jangan pandai menyepahkan barang! Dah saya ada kerja lain daripada kutip tin yang encik sendiri sepahkan tu. Kalau tak sengaja tu boleh juga dimaafkan, ini sengaja!” Bukan dia jenis yang suka membebel tapi memang sangat menjadi kebencian buat dirinya melakukan kerja orang lain lagi-lagi kalau kerja yang langsung tak memberi faedah pada dirinya.

“Lerr…” Kelu lidah Rio bila mendengar bebelan gadis itu.

Hah memang patut pun gadis tu digelar minah batu oleh perkerja lelaki di pejabatnya. Memang tak ada reaksi, marah ke tak ke senada saja rupanya. Serius semedang agaknya memang muka dia spesis tak pandai senyum. Tapi dengan lelaki saja, dengan perkerja perempuan tau pula gadis itu melemparkan senyuman.

******

“Rio masuk bilik papa!” Serius muka Tuan Rolland Fiqry Abdullah mengarahkannya kala itu. Tangannya laju menarik telinga kanan Rio seperti anak kecil yang dihukum bila membuat nakal.

“Aduh papa apa ni buat Rio macam ni? Malulah semua staf tengok!” Dia menjerit kesakitan. Terkejut dengan tindakan tidak diduga yang dilakukan oleh papanya itu

“Malu kamu saja yang kamu tau ya? Malu papa ni macam mana? Hati papa yang panas ni kamu tak tau pula. Perasaan papa yang sedang huru hara ni kamu tak nak ambil kira?”

Apa kena pula papanya ni hari ni? Angin tak ada ribut pun tak ada kat luar tu tau-tau berangin pula papa di dalam office ni hari ni. Glup! Jangan-jangan papa dah tau apa yang aku buat hari tu. Alamak macam mana ni? Kalau papa tau mesti ada yang bagi tahu. Siapakah yang tergamak? Dia menelan air liur kesat. Peluh renik mula membasahi dahinya bila memikirkan hukuman yang bakal diberikan oleh papanya nanti. Aduh memang mati aku hari ini.

Pap!!! Sebuah fail dilemparkan kasar ke atas meja di hadapannya. Rio hanya berdiri tegak memerhatikannya. Buntang matanya bila melihat fail itu. Dia kenal fail itu!

“Bertuah punya anak, papa beria-ia ingat segala isi dalam fail ni benar, rupa-rupanya semua bohong belaka!” Piatan telinga bertambah dikuatkan.

“Aduiiiii papa… a… auwww putuslah telinga Rio nanti.” Tangan papanya dipegang. Kononnya ingin menghentikan piatan tangan papanya.

“Rasakan hah rasakan.” Tuan Rolland Fiqry mendengus kasar.

Sungguh sakit hatinya bila berjaya membongkar pembohongan Rio kepadanya. Mati-mati dia meletakkan seratus peratus kepercayaannya kepada anak itu tapi sayang kepercayaannya diambil mudah. Dia ditipu oleh si anak dalam tak sedar. Anak bertuah!

“Papa… putus telinga Rio nanti. Papa sudahlah… kalau putus telinga Rio ni nanti tak ada siapa nakkan Rio ni. Tak pasal-pasal anak papa ni jadi bujang terlajak karang.”

“Biar putus! Huh ada telinga pun bukannya kamu buat untuk mendengar. Cakap papa tu kamu ambil dengar sambil lewa saja. Nasib kamu saja seorang anak papa, kalau ada yang lain perangai macam kamu juga mahu gugur habis semua rambut papa ni. Botak!” Panjang lebar leteran Tuan Rolland Fiqry kali ini. Hilang sabar benar nampaknya.

“Alah papa ni, sebab Rio satu orang sahajalah anak papa baru Rio berani buat macam ni. Harta papa banyak tau, kalau Rio guna seorang sampai umur 200 tahun pun belum tentu habis harta tu. Bukannya boleh bawa mati pun kalau tak diguna. Membazir sajalah kalau ditinggalkan begitu sahaja.” Dia menjawab selamba sikit pun tak ada nada rasa bersalah.

“Hah tengok tu pandai lagi menjawab. Eiii geramnya tak tahulah papa apa nak jadi dengan kamu ni Rio. Nak kata kecil lagi dah besar, dah dewasa, dah 27 tahun pun umur kamu tu, tapi perangai masya-ALLAH tak semenggah dengan umur.”

“Alah papa ni, tak eloklah marah-marah. Nanti muka papa yang kacak tu berkedutlah. Tak laku dah. Macam mana nak cari mama baru untuk Rio?” Matanya dikenyit nakal kepada papanya. Bukan susah nak kendurkan marah papa.

“Ya ke muka papa dah berkedut? Alamak…” Wajah tegang tadi terus berubah seratus peratus. Kalut! Bimbang kata si anak adalah benar.

“Abby bawakan I cermin!” Terus diberikan arahan kepada setiausahanya, Rabiah yang sedang asyik tunduk konon-kononnya sedang tekun membuat kerja di mejanya. Macamlah dia tak tahu yang sebenarnya setiausahanya itu sedang seronok mencuri dengar akan bebelan dia kepada Rio.

Yes tuan!”

Rio mengulum senyum. Ha see…. Kan aku dah kata senang saja nak buat papa ni tak jadi marah. Sekejap saja dah lupa marah dia pada aku kalau dah mula risaukan kulit wajah dia tu. Bicaranya nakal di dalam hati.

Wajah lelaki pertengahan usia 50an itu direnungnya. Papa bukannya tua sangat pun. Memang kalau dilihat daripada raut wajahnya papa macam tak sama dengan usianya. Selalu kalau mereka berdua berjalan bergandingan ramai orang ingat mereka adik beradik, bukannya anak beranak. Mungkin sebab cara papa yang cerewet menjaga penampilannya. Papa, papa sibuk sangat jaga penampilan tapi bukannya ada girlfriend pun. Dia mengeleng-gelengkan kepala melihat aksi wajah Tuan Rolland Fiqry yang sudah berkerut seribu itu. Huh tu dia, gaya macam memikirkan masalah negara.

“Tuan ni cermin yang tuan minta tadi.” Lembut suara yang menegur dirinya yang sedang asyik memicit dahi kononnya sakit kepala memikirkan kedutan yang mula bermaharajalela di wajahnya.

Aik itu bukan suara si Abby. Pantas terhenti tangannya. Wajahnya diangkat. Terbeliak matanya bila melihat bukan Rabiah yang menghantarkan cermin tapi Leila Suria si gadis idamannya.

“Eh mana si Abby?” Soalnya berbasa basi. Hakikatnya dalam hati dia sangat gembira dengan kehadiran gadis itu. Hilang kalut, hilang resah melihat wajah tenang milik gadis di hadapannya.

“Abby tiba-tiba sakit perut tuan, tu yang dia suruh I bagikan ni pada you.”

“Oh thanks.” Tangannya dipanjangkan untuk mengambil cermin yang dihulurkan tapi tanpa disengaja tangannya mendarat di atas tangan gadis itu.

Terasa terhenti putaran dunia seketika. Dia terpana, Leila Suria terpempan.

Hamboiihhh papa ni, dia nak buat filem kuch kuch hota hai ke dengan minah stone ni? Bukan main lagi senyum lebar macam kerang dah lama terendam dalam akuarium.

“Ehem! Ehem!” Dia berdehem keras. Sengaja.

“Ops sorry Leila, I tak sengaja.” Laju dia menarik tangannya. Baru sedar akan keterlanjuran perbuatannya.

“Errr ta… tak apa. Saya minta diri dulu ya tuan.” Malunya bila diri menjadi bahan perhatian dua beranak itu. Kalut dia meminta diri.

“Papa ni, ada ke pandang anak dara orang sampai macam tu. Gaya macam nak telan terus saja minah tu.”

“Uikh mana ada. Perasaan kamu sajalah. Papa biasa saja.”

“Eleh tak mengaku pula dia. Papa suka dia ya?” Dia berserkap jarang. Macam dia tak sedar akan lain benar layanan papanya dengan Leila Suria. Papa sentiasa berlembut dengan gadis itu. Semua kerja gadis itu juga selalu tip top di depan mata papa. Semuanya terbaik bak kata papa dan yang paling dia tak boleh tahan bila papa sentiasa membandingkan dia dengan gadis itu. Huh lagi-lagi Leila Suria. Entah apa yang bagusnya dengan dia ni entah.

“Huh jangan kamu mengarutlah Rio.”

“Alah papa ni malu-malu pula nak mengaku dengan Rio ni.”

“Sudah, jangan kamu nak melebih ya.” Marah bila digiat walaupun dalam hati dia sangat suka mendengar kata-kata anak bujangnya itu.

“Alah papa ni, dengan Rio pun nak selindungkan lagi.”

“Sudah-sudah, malas papa nak layan kamu mengarut Rio. Jangan nak ubah topik sekarang ni ya. Cakap dengan papa mana duit-duit tu pergi?”

“Duit apa papa?” Aduiii ingatkan dia dah lupa sekali boleh pula dia ingat balik.

“Duit yang kamu laburkan kononnya untuk projek baru syarikat kita tulah.”

“Errr…. Aaa…”

“Jawablah papa tanya ni, yang kamu tergagap-gagap pula kenapa ni?”

“Errr papa, haa… tiba-tiba Rio rasa sakit perutlah. Rio pergi toilet kejap.”

Belum sempat Rolland Fiqry kata apa dia dah berdesup keluar. Bergegas! Takut langkahnya dikejar.

“Rio!!!” Bergema lantang namanya dipanggil, namun dia buat-buat tak dengar saja sebelum mencapai kunci Pagani Zonda hitamnya yang terletak di atas mejanya. Kena melarikan diri secepat mungkin sebelum putus telinganya dipiat sekali lagi oleh papa. Haiyaarrkkk!!!

“Apa yang korang tengok? Pergi sambung kerja!” Herdiknya kuat bila perasan banyak mata yang sedang memandang ke arahnya.

Semua stafnya masing-masing menikus, menunduk kembali menghadap kerja di meja masing-masing. Siapa tak kenal dengan perangai anak majikannya. Panas baran tak bertempat.

Leila Suria hanya tersenyum sumbing mendengar herdikan itu. Dalam hati dia ketawa besar. Hilang sakit hatinya mengenangkan perbuatan lelaki itu tengah hari tadi bila melihat lelaki itu dimarahi oleh majikannya. Kesian-kesian dah besar-besar pun kena piat telinga dengan papanya. Buat malu saja, depan public pula tu.



1 comment:

Unknown said...

ala~~~!!! lagi la~~ lagi la~~ lagi la!!!!! kak Nuril!!!!!! huwaaa!!!!!!! kang kena piat tlinge mcm rio tu jgk bru tau. hahahhahahha....