iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, January 4, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[17]

“Awak… saya nak tanya sikit ni boleh tak?” dia menyoal ambil menoleh memandang wajah Daniel yang hanya diam sedari tadi.. eleh.. konon fokuslah tu..

“Hurm kau nak tanya apa?” sekilas wajah Balqish di sisi di pandangnya sebelum matanya kembali menumpu pada jalan raya, fokus.. pandu cermat jiwa selamat.

“Awak ni playboy jugak ya? Girlfriend ramai” selamba tanpa berlapik hatta bertapis dia memuntahkan apa yang bermain dalam fikirannya.

Amboi dia ni, memang jenis yang tak sayang mulut tu…

“Uikk semenjak bila kau sibuk ambil tahu pasal aku ni Qish?” Hairan.. tak sangka juga ya..

“Tak ada maknanya saya nak ambil tahu pasal awak tu.. buang masa saya saja, cuma saya pelik semenjak kita kahwin ni dah dua orang perempuan yang berlainan wajah mengaku girlfriend awak saya jumpa… errr.. lepas ni ada yang lain lagi pula ke?”

Hai penat aku melayan kerenah teman-teman wanita dia, memang tak boleh di percayai ni, bukan calon suami yang baik pada gadis-gadis di luar sana ya.. eh.. eh.. aku ni kalau bukan calon suami yang baik pada gadis-gadis diluar bermakna dia ni bukan calon yang baik sebagai suami aku ni tapi… aku dan dia dah selamat pun bernikah… alahai baik buruk kena terimalah nampaknya.. uwaaa.. apalah malangnya nasib aku dapat suami playboy ni… huhu

“Kau menyindir aku ke Qish?” tu tak lain tak bukan nak cari pasal dengan akulah tu.. hai tak ada kerja sungguh dia ni..”

Mulutnya terkumat-kamit membebel, geram mendengar soalan yang terlontar dari bibir comel milik Balqish itu..

“Hai.. ada nada menyindir ke dalam soalan saya tu? Tu kan kenyataan kan?” siapa yang makan cili rasalah pedasnya, siapa yang makan cheese burger rasalah cheese nya.. eh Qish kau dah start melalut nih.

“Beginilah Qish.. kita kahwin bukan sebab kita bercinta, suka sama suka atau apa ke, kita kahwin sebab tanggungjawab so kau jaga hal kau, aku jaga hal aku, jangan sibuk-sibuk hal aku, aku tak suka…” hisy sibuk saja hal orang.. dia mendesis kurang senang.

“Saya bukan menyibuk atau menyindir ke apa.. saya Cuma bertanya saja, kalau awak tak suka cakaplah elok-elok, ni asyik nak marah-marah orang pulak, sikit-sikit sentap.. baby dengar tak elok tau..”

Eh eh.. orang tanya elok-elok dia jawab marah-marah pula, menyampah sungguh.. baik lepas ni jangan harap aku akan ambil tahu hal kau tau.. tak kuasa aku nak layan.

Wajahnya dipalingkan mengadap pemandangan di sepanjang tepi jalan, meluat rasanya ingin memandang wajah Daniel, nasib baik aku tolong kau, kalau tak mesti kau terkial-kial nak lepas diri dari Zila tu kan? Bukan nak ucap terima kasih pun..

Eh merajuk pula dia ni.. lantaklah.. malas aku nak pujuk nanti sejam dua nanti oklah tu, ujar hatinya yakin.

“Owh pandai kau cakap ek Qish, tak elok untuk baby ek? Habis yang merajuk muka masam macam cekodok terlebih minyak tu.. eloklah untuk baby ek? Cakap orang dia pun dua kali lima, empat darab lapan..”

Pantas wajah lelaki itu diperhatikan bila mendengar kata yang terlahir tadi.. wajah itu dijeling geram, rasa nak ketuk je bibir dia yang merah macam orang perempuan pakai gincu ni.. cakap main lepas je, dahlah entah apa-apa punya ayat, entah berapalah BM dia dapat waktu SPM dulu..

“Suka hati sayalah, nak masam ke, berkerut ke apa ke.. saya tak ganggu awak pun..”

Sudahnya perjalanan menuju ke rumah akhirnya hanya di selubungi sunyi sepi.. masing-masing lebih selesa berbicara dengan hati sendiri berperang dengan perasaan sendiri..

“Hah dah sampai pun.. kau tak nak keluar ke? Ke nak aku dukungkan masuk bawak masuk dalam rumah?” setelah melihat Balqish hanya membatu di tempat duduknya akhirnya Daniel terpaksa bersuara.

Ha.. dah sampai.. eh tak perasan aku, tulah siapa suruh asyik sangat melayan perasaan tadi.. dia bangun, tali pinggang keledar dirungkaikan, beg tangan dicapai dan dia melangkah keluar dari kereta tanpa sedikit pun berpaling memandang wajah Daniel.. huh benci..

Amboi.. macam puan besar, sungut Daniel sambil mencekak pinggang melihat Balqish melangkah dengan lenggang lenggoknya tanpa sedikit pun membantunya mengangkat barang-barang yang di beli sebentar tadi di bonet. Hai sabar sajalah..

Tak sedar sebenarnya di sebalik tirai, Balqish mengintai memerhati tingkah Daniel yang terkial-kial mengangkat barang-barang membawa kedalam rumah mereka.. kekeke padan muka.

Hah hari ni nak masak apa ya? Teringat pula masakan apa yang perlu di hidangkan untuk makan malam mereka nanti.. semenjak Daniel membelikannya buku masakan dia sudah mula rajin menyediakan masakan tapi…

“Apa ni Qish.. kari cair.. tak letak santan ke apa?” komen Daniel lagak seperti juri professional saja gayanya.

Kira baik jugalah kari ada rasa kari walaupun cair.. dari aku buat kari warna biru macam drama Kasut Tumit Tinggi dekat astro tu.. hisy tak reti berterima kasih sungguh.. aku dah penat-penat masak tu makan sajalah jangan banyak songeh.

Ada lagi…

“Qish.. ni tom yam ke kuah rebus je? Apasal tawar hambar saja langsung tak rasa masamnya?”

“Qish kau masak nasi ke masak bubur nih? Lembik terlebih air nasi kau ni.. kau tak tengok ke sukatan dekat rice cooker tu? Bla.. bla.. pot pet pot pet..”

Hai sakit hati juga bila teringatkan kritikan yang terlahir dari mulut lelaki itu ketika pertama kali dia menghidangkan masakannya pada lelaki itu.. memang lelaki tu sepsis yang lepas cakap.. rasa tak nak masak lagi pun ada juga, tapi.. putus asa bukan caranya, tak apa tak apa.. satu hari nanti aku akan buktikan aku pun boleh jadi pandai memasak macam tukang masak yang handal dekat luar sana tu..

“Oit yang kau tercegat dekat situ macam patung tak siap kenapa?” teguran Daniel menyentakkan dirinya, tak sedar bila lelaki itu melangkah masuk.

“Dari tercegat macam tu baik kau tolong aku angkat barang-barang ni.. ada juga faedahnya..” terkial-kial melangkah dengan barang-barang penuh di tangan.

“Angkatlah sendiri.. malaslah layan awak, saya nak pergi mandi..”

Selamba dia berlalu menuju ke arah biliknya sedikit pun tidak tergerak untuk membatu suaminya itu.. biar dia buat sendiri dia juga kata kena jaga hal masing-masing jangan masuk campur hal dia.. so hari ni jangan harap aku akan ambil tahu hal dia.. eh betul ke Qish?? Soal hati kecilnya.. entah…

Tercengang Daniel dengan gelagat Balqish itu.. wah serius dia marah aku ni.. dia menggeleng-gelengkan kepala, tulah siapa suruh dia sibuk-sibuk tadi kan aku dah marah, aku memang tak suka kalau orang menyibuk urusan aku.. Tengoklah berapa lama dia nak marah tu.. mesti tak lama mana tu aku yakin sangat dengan perangai Balqish ni.

**********

“Susah betul nak jumpa anak kita ni akhir-akhir ni kan daddnya, dahlah balik sini pun susah, lepas tu kita ajak lunch sama pun tak dapat..” Puan Sri Nuha mengeluh.. terkilan juga rasanya siang tadi, yalah rasa hati sudah mula merindui anak itu tapi apa kan daya rezeki tidak menyebelahi.

“Hai nak buat macam mana mummy, dia sibuk dengan kerja dekat pejabat tu, sesekali memang kena keluar lunch, dinner dengan client, yalah hati client ni kena jaga juga mereka kan sumber rezeki syarikat tu..”

“Kalau susah-susah sangat nak jumpa dia biar mummy sajalah pergi rumah dia, boleh juga mummy masak, tolong-tolong dia kemas rumah ke, daddy kan tau anak bujang kita tu bukannya tahu berkemas sangat, barang pun aci campak saja..”

Rasanya tak salah kalau dia bertandang ke rumah anak itu, yalah kalau anak itu tiada masa untuk pulang ke villa ni, apalah salahnya pula kalau dia pula yang meluangkan masanya ke rumah anak itu.

“Sukati mummylah kalau begitu kehendak mummy, daddy ikut saja, tak kisah..”

“Hah kalau macam tu, dua tiga hari lagi kalau daddy free bolehlah kita ke sana, hah tak sabar mummy nak masakkan makanan kegemaran Niel tu..” ceria bercahaya wajah Puan Sri Nuha bila teringatkan anak tunggalnya itu, dialah racun dialah penawar.

“Mummy jangan lupa bagitahu Niel yang kita nak datang..”

“Mummy rasa kita tak payah bagitahu dialah daddy, kita datang saja rumah dia, buat surprise biar dia terkejut.. lagi pun kan kita ada kunci pendua rumah dia kan..”

“Apa-apalah mummy.. daddy bukan apa, tak naklah nanti kita dah sampai rumah, dia pula yang tak ada, nanti mummy pula yang kecewa..”

Terdiam Puan Sri Nuha mendengar kata suaminya itu, ya tak ya juga, kalau datang nak jumpa dia, tapi dianya tak ada lagi sia-sia kan… tapi aku nak buat surprise untuk anak itu.. macam mana ni ya..

“Alah tak apalah daddy, kita bermalam dekat rumah dialah kalau macam tu.. daddy nanti pastikanlah dia balik rumah dia..”

“Suka hati mummylah.. daddy tak kisah, daddy ikut saja…”

Puan Sri Nuha tersenyum mendengar kata Tan Sri Darwish itu, dia sedia maklum yang suaminya jarang hendak membantah apa yang di cakapnya.. beruntung sungguh bersuamikan Tan Sri Darwish ini, dahlah jenis yang tak tahu nak marah lepas tu pandai bertolak ansur, hai harap-harap Niel ikutlah perangai daddynya yang satu ini bila dia dah jadi suami orang nanti.. aman rumah tangga tak adalah nak bercakaran saja.

********

Hai manalah dia letak first aid ni.. Balqish tercari-cari ingin mencari pembalut luka, habis laci setiap cabinet dapur dibukanya di selongkar isinya. Entah macam mana ketika asyik menyiang sayur sawi, boleh pula tangannya dek hirisan pisau, walaupun lukanya tidak seteruk mana, tapi pedihnya tetap juga terasa, dia mendesis.. hendak bertanya pada Daniel, mungkin tidak sekali, perang dingin yang sedang berlangsung… hai ego kena gak jaga..

Matanya melilau ke arah sekeliling dapur mencari dimanakah letaknya kotak berwarna putih itu.. Hah tu pun dia.. kenapa aku tak perasan dari tadi ek? Hisy tingginya dia letak.. dia mendengus menjingkit kaki cuba mencapainya tapi tidak berjaya. Matanya mengerling pada kerusi yang terdapat pada meja makan itu. Alah susah guna kerusi sajalah..

Sebuah kerusi ditarik mendekati cabinet dapur.. dipanjatnya dan dengan mudah dia menggapai fisrst aid itu.. ha.. dapat pun, dia tersenyum kecil, namun entah mengapa dia terpijak kain batiknya sendiri ketika dia mahu turun dan akhirnya dia tergelincir.. terhentak jatuh dan sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.. berkerut wajahnya.. dia cuba berdiri tapi pinggang terasa sakit, sengal.. ya ALLAH selamatkan anak aku ni.. baru dia teringat akan kandungannya, perasaan takut datang menerjah secara tiba-tiba.. teringatkan pula akan Daniel..

“Awak…!!” dia menjeri melaung memanggil Daniel..

Sepi.. tiada sahutan.. mungkin lelaki itu tidak mendengar akan panggilannya itu..

“Awak…!!!!” kali ini dengan lebih kuat dengan sisa-sisa tenaga yang masih ada..

Daniel yang sedang mengadap laptopnya sedikit tersentak, dengar macam si Qish panggil aku… betul ke? Hai apa dia nak dengan aku? Takkan nak berdamai.. ke perasaan aku saja.. dia terdiam cuba mengamati kalau ada lagi panggilan yang kedengaran.

“Awak..!” mendayu pula kedengarannya, lirih pun ada juga nadanya..

Daniel bingkas bangun dari duduknya, hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap..

“Ya ALLAH apa kena dengan kau ni Qish?” dia terkejut.. pantas menerpa ke arah tubuh Balqish.

“Sa.. saya jatuh..” tersekat-sekat dengan nada takut-takut dia memberitahu.. berkerut wajahnya berpeluh-peluh menahan sakit yang mula menekan dalam dirinya.

“Macam mana boleh jatuh ni Qish..” ..

“Sa.. saya nak ambil first aid.. awak letak tinggi sangat, jari saya terluka tadi..”

“Kenapa tak suruh aku yang ambilkan, kau kan tengah mengandung, tengok kan dah jatuh..”

“Aw.. awak juga yang kata kita buat hal kita sendiri.. tu yang tak panggil awak..” lemah dia menjawab.

Ya.. ALLAH apalah lurus sangat perempuan ni, kesal pula bila mengingatkan apa yang diungkap tadi.

“Mari aku bawak kau ke hospital..” tubuh kecil itu diraih.. dicempung.. kain yang dipakai terasa basah.. pantas dia melihat tangannya.

“Ya ALLAH.. darah..” pucat wajahnya memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi..

Wajah Balqish yang semakin pucat di renungnya, kalut dia mencapai wallet dan kunci keretanya.. bertahan Qish.. kau mesti selamat anak kita mesti selamat.. bisiknya perlahan bila melihat mata Balqish yang semakin layu..

Maafkan saya awak saya tak sengaja.. hanya itu yang mampu dibisikkan itupun hanya dalam hatinya, sebelum pandangannya mula gelap, akhirnya dia terkulai tak sedarkan diri.

Ya ALLAH, aku tak pernah berdoa padaMu, tapi untuk pertama kalinya, aku mohon tolong selamatkan dia, dan anakku ini..

6 comments:

LyzX said...

wow... semakin menarik... bgs... btl2 boleh buat org tertanya-tanya...

Anonymous said...

bestnya....sian balqish...
harap2 kandungannya tak apa2..
dan harap2 mummy niel dapat terima qish seadanya...sambung cepat2 ye

sinichies_girl88 said...

wah sweetnya...
tak nak ah baby tu mati..
biar ah qis ngn baby selamat...
plz...
nak diaorang kekal hingga ending...
masuk n3 cpat2 erk..
:)

raNt|ng pUtEh said...

aaa mak niel nk dtg..
cane la nti reaksi de..
hope prntz niel bley time qish 2..
xnk ape2 brlaku pd kndgn qish..
smbg lagi cpt2 eyh..cite makin menarik

Anonymous said...

slamatkn la balqis n baby die...

::cHeeSeCaKe:: said...

hope balqish n baby die selamat..
best!