Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin & Nuril Razi, dan penulis langsung tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, kecuali pada blog laman Penulisan2u. Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah anda dapat MEMADAMKAN daripada blog anda, sebelum saya mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah anda berikan.

Sahabat (^.^)

iklaneka

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 2 ]

>> Monday, October 26, 2009



Huargghhh.. hari yang memenatkan... rasa nak muntah lewah dah aku ni..dari tadi duduk mengadap, membaca fail company ni, padahal satu hapa pun aku tak faham apa ke bendanya ni isk.. kan ke best kalau waktu macam ni aku tengah pergi keluar jalan-jalan dengan Sally tak pun keluar tengok wayang dengan Zila, dan lagi baik kalau waktu ni aku dapat melayan kerenah Nita yang manja tu...huihui..

"Niel ni mummy kenalkan kamu Datin Adlynn, Dato' Zakuan dan yang bertudung ayu tu anak dia Suhail Munirah.. hah apa lagi tegur-tegur lah mereka tu.." arah Puan Sri Nuha.

"hello Dato', Datin.. hai...you..." isk like kampung girl jea budak perempuan ni dahlah pakai baju kurung siang-siang hari tudung pulak gila labuh, isk dia tak panas ke apa.. Daniel memandang gadis itu penuh jelak..

"hello je kamu cakap, kot ia pun bagi lah salam ke, kamu bukannya masih kat US yang bila jumpa orang just say hello, hi isk...mudah sangat terikut dengan budaya luar.."

Leww... tu pun salah ke?? urghh.. saja jea nak malukan aku mummy ni.. sungut hatinya..

"err maaf mummy, Assalamualaikum Dato', Datin, cik Suhail.." cuba dimaniskan wajahnya seboleh mungkin, walaupun hatinya mula terbakar dek leteran mummynya tadi.

"Hah kan elok begitu, pegilah ajak Suhail tu borak-borak.." suruh daddynya pula.

Nak ajak budak tu borak??? daddy ngan mummy ni saja jea komplot nak kenakan aku lah tu, no way, apa jadi pun aku takkan pilih minah ni, manalah layak dia dengan aku, dahlah skema gila macam perempuan melayu terakhir je, isk geli pulak urat perut aku ni.

Penghabisannya, hanya tinggal mereka berdua di ruang tamu rumah mewah itu, daddy, mummy dan kedua orang tua Suhail entah ke mana dah menghilang, entah bincang pasal apa dia pun malas nak ambil tahu... hanya sepi yang mengisi ruang antara mereka, yelah sepatah ditanya sepatah dijawab, suasana penuh dingin macam ais je.. ini ke yang mummy nak jadikan calon buat aku?? alamat mati beku jelah aku gamaknya.. alahai..

"Encik Daniel, hello Encik Daniel..." isk mamat ni orang panggil bukan nak menyahut, nak kata tertidur mata celik jea.. tidur dalam celik ke apa.. Zairyn melambai-lambaikan tangan pada wajah lelaki itu..

Ini ke anak kesayangan Tan Sri yang bakal jadi boss aku ni, alahai pakaian dah kemas dah, tapi tingkahnya mak ai.. kalaulah mak aku nampak memang terkeluar dari list sebagai menantu pilihan, dengan gaya duduk yang terlebih "cantik".. meja tu tempat untuk buat kerja bukannya tempat letak kaki... belajar tinggi-tinggi, itu pun tak tau, bebel Zairyn dalam hati...

"Encik oiiiii... are you there..." sambil melambai-lambai tangannya sekali lagi dihadapan wajah Daniel, hey geram dah aku ni...

"Hah?? nak apa?..awak ni tak reti nak ketuk pintu ke sebelum masuk??" dia membebel..kacaulah, kan dah lamunanku terhenti.

Aik marahkan kita pulak, dia tu yang asyik sangat layan blues sampai aku yang dah terpacak begitu lama di sini pun dia buat dont know jea, hisy tak boleh jadi ni...

"Encik saya dah ketuk pintu tadi, banyak kali tapi encik tak jawab apa-apa pun, jadi saya masuklah, then saya pun dah lama berdiri depan encik tapi encik macam tak berapa nak nampak je dengan saya yang besar ni..isk.."

"Ye ke?? tapi kenapa saya macam tak dengar jea? apa-apa jelah.. hah nak apa ni nak jumpa saya?"

"Tan Sri nak jumpa encik kat bilik dia.."

Hai apa lagilah daddy ni.. bosanlah asyik-asyik nak kena mengadap dia jea.. keluhnya perlahan.

"Ok cakap dengan dia 5 minit lagi saya datang.."

************

Laparnya perut....adui..duii lambat pulak masa ni berlalu, perut dah start keluar bunyik muzik-muzik ni... ha tulah tadi bangun lewat lagikan, padan muka kat diri sendiri..huhuhu..

"Kau ni kenapa Qish cemberut semacam jea muka tu? kau tertelan asam jawa ke apa?" hairan betul tadi bukan main jea cerianya, ni dah masam kelat pulak.. Suraya menjadi pelik.

"Aku lapar.." hanya dua patah kata yang keluar dari bibirnya sebagai jawapannya.

Pukkk.... Suraya menepuk dahinya sendiri, hanya sebab lapar jea, aku ingatkan sakit ke apa ke, merisaukan hati dan isi perut aku jelah budak ni..

"La... sebab lapar jea, tulah lain kali breakfast dulu sebelum kerja, tak adalah lapar, kan breakfast tu penting... kalau tak sempat minum milo pun dah cukup..isk" bebel Suraya, selalu macam tu, ambil mudah jea semua perkara, sakit nanti kan susah.. bebelnya dalam hati.

"Aku ader cookies kau nak tak?" Suraya bertanya..

"Nak...nak.." huh tu dia terus bersinar terus matanya, macam budak-budak dapat gula-gula dah.. alahai kawan aku yang seorang ni..

"Makan pelan-pelanlah.. isk macam tak makan setahun.."

"Sedaplah...hehehe" sambil tersengih menayang gigi.

"Ye aku tau benda tu sedap, tengoklah siapa yang buat kan...tapi makanlah slow-slow karang tercekik karang satu hal pulak...isk Qish buatnya waktu kau tengah makan macam ni punya gayalahkan, lepas tu si Encik Haizam pujaan hati kau tu lalu, kan ke hancur imej gadis sopan tak berapa nak ayu kau tu kat depan dia nanti.." bebel Suraya..

"Hah! mana dia? mana dia?" melilau matanya ke kiri dan kanan mencari kelibat lelaki itu..

"Mana dia ada.. kan aku kata buatnya..." sengaja di tekankan perkataan "buatnya", bukan dia tak tahu yang temannya itu menaruh minat pada Financing Manager mereka yang muda belia lagi kacak hensem bergaya itu bak kata si Balqishlah... aku tengok mamat tu biasa jea.. pandangan orang lain-lainkan.

"Lah kau ni saja jea kan kenakan aku..huh .."

Ekekekekeke... Suraya hanya tertawa seronok..

**********

"Niel 2 minggu lagi daddy nak kamu ke Johor, ada meeting dengan client kita dari Singapore, daddy nak kamu bersedia dari sekarang jangan nak bawak imej kurang baik kamu dekat sana nanti tau.. " Tan Sri Darwish memberitahu...

"Ala daddy ni, dua minggu lagi saya nak pergi Sabah lah.. nak jumpa kawan-kawan kat sana.." daddy ni suka jea buat plan tak beritahu aku..

"Tak adanya nak jumpa kawan ke apa ke, mana yang penting? jumpa kawan ke meeting dengan client? apa kawan tu boleh bagi kamu duit ke?"

Isk daddy ni kesitu pulak.. duit bukan boleh bawak mati pun.. eh sejak bila pulak aku pandai ingat hal berkaitan mati-mati ni..isk..

"Saya taulah daddy duit tu penting, nanti saya bincang balik dengan kawan.." Huh hancur dah plan aku nak pergi bercuti dengan Syeryle.. alamat mengamuk sakanlah minah tu nanti, macamlah aku tak faham sangat perangai dia..

**********

Adeyss sakit dah tengkuk ni.. dari tadi duduk mengadap skrin komputer ni, Encik Haizam nilah kan, suka bagi kerja last minit, lepas tu siap suruh submit esok sebelum pukul 9 lagi, apa dia ingat robot mesin taip ke.. nasib baik I sayang you Encik Haizam, kalau tak lama dah I resign tak larat nak layan kerenah you yang menjengkelkan itu... isk Qish apa ke benda yang kau mengarut ni.. dah lewat dah ni, kau tak isyak lagi... cepat-cepat hati kecilnya mengingatkannya menarik kembali dirinya ke alam nyata.

Hurm 9 pm dah.. patutlah sunyi sepi dah pejabat ni, alahai aku balik lewat lagi..keluh hatinya.. tak apa - tak apa nak cari rezeki yang halal tak boleh mengeluh nanti rezeki tak berkat, teringat pula pesan arwah datuknya dulu..

*********

"Orang dah lambat ni dia boleh pulak berhenti kat tengah jalan.." hon kereta ditekan berkali-kali geram, macam manalah aku boleh lupa yang aku ada janji dengan Nita ni... telefon bimbit dah berkali-kali berdering dengan nama Nita yang tertera di skrin..

Alahai time-time macam nilah dia nak terbehenti enjinnya... Balqish mengeluh, berkali-kali dia cuba menghidupkan enjin kereta wolkwagen kesayangannya tapi tak juga berjaya.. hurm nampak gayanya terpaksalah aku... lengan bajunya di sinsing hingga ke paras siku, pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar... Mengangkat tangan pada semua kereta yang terhenti dek kerana keretanya buat hal.. memohon maaf..

"Hoi cepatlah alihkan tukun kau tu..menyusahkan orang jea.." terdengar suara sumbang yang memekik kearahnya.

Berdesing telinganya, tukun dipanggilnya kereta aku, kereta dengan tukun apa serupa ke? kurang asam boi punya orang, marah dah ni.. dia menggetap bibir, di tenung sekilas pada orang yang memekik kearahnya tadi, sayang muka jea hensem tapi mereng...huh..

"Lain kali simpan jea tukun kau tu kat muzium, ada jugak faedahnya dari kau bawak ke tengah jalan then berhenti kan dah menyusahkan orang jea.." sambung suara itu lagi.

Dia malas melayan, karang aku layan orang mereng tau mahu aku bersilat karang isk tak pasal-pasal, perlahan kaki diatur, bahagian enjin kereta dibuka, dia mula memeriksa apa yang patut.. hampir sepuluh minit.. dia kembali masuk ke dalam perut kereta... enjin kereta dihidupkan..dan alhamdulillah dia berjaya.. perjalanan di teruskan...

Tukun pun tukunlah, dia tak tahu bertapa berharganya kereta ni pada aku.. bisiknya perlahan.

4 comments:

Anonymous October 28, 2009 at 1:35 AM  

Best2..
Cpt cntinue..

-iQa-

Hana_aniz November 1, 2009 at 2:58 PM  

best!! nk tau cm ne pertemuan daniel dgn qish.. hihihi

cinta terindah March 29, 2010 at 11:17 PM  

tukun 2 apa??

Anonymous May 18, 2010 at 4:28 PM  

pandai plak pompuan ni baiki krte yek..

  © Blogger templates Freelance by Nuril Bahanudin 29.05.2011

Back to TOP