iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Tuesday, January 19, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[21]

Aaaa... mimpi ngeri sudah jadi nyata.. gulp dia menelan air liurnya terasa kelat berpasir, peluh mula merembes di dahi.. entah kenapa secara tidak sedar tangannya menggenggam jari jemari milik Balqish.. urghh sejuknya tangan dia, macam ais.. kalau aku pun gerun maknanya dia lagilah kan.. macam mana ni.. aku tak bersedia lagi nak menempuh hal ini.

Kalau itu mummy dan daddy dia, bermaksud itu mummy dan daddy mentua aku.. tapi layakkah aku menjadi menantu mereka? sanggupkah mereka menerima aku ni? padankah aku dengan mereka? aku ni menantu yang tak diundang.. yang tak di alu-alukan dan yang tak di sedari akan kewujudannya.. yang tak ada apa-apa untuk di sandarkan.. darjat, pangkat harta.. semua tu manalah ada pada aku ni.. Ah aku tak kira walaupun apa pun terjadi aku tak mahu rahsia ini terbongkar.. wajah Daniel di sisi di renungnya dan dengan nada yang tegas dia menyatakan pendiriannya.

"Awak..saya tak kira walau apa pun yang terjadi saya tak mahu rahsia kita ni terbongkar, saya tak bersedia lagi nak bersemuka dengan family awak ni?"

"Kau ingat aku ni dah bersedia ke? aku pun tak jangka mereka akan datang ke sini cari aku semata-mata sebab aku tak datang pejabat tu.." hai akal tolonglah berkerja keras cari alasan yang munasabah sikit untuk aku ni.

"Cepatlah fikirkan jalan.. otak aku dah blank ni.." Daniel menggesa.. hisy ada juga aku undur kereta ni karang lepas tu cabut... tapi nampak macam tak patut saja kalau, macam aku ni anak yang kurang adab pula kelihatannya.

"Mana saya tau, otak saya pun dah macam tiba-tiba jadi beku saja ni.."

"Eh awak nak ke mana tu?" cepat dia menegur bila melihat Daniel mula menanggalkan tali pinggang keledarnya dan membuka pintu kereta.

"Aku nak keluarlah jumpa mummy dan daddy aku, takkan nak duduk saja dalam ni, aku rasa mereka pun pandang pelik saja dekat aku dari tadi.."

Dari dalam keretanya lagi dia sudah perasan riak perubahan di wajah kedua orang tuanya itu, pasti mereka tertanya-tanya siapakah perempuan yang sedang berada dengannya itu.

"Daniel.." dia menekankan suaranya walaupun masih dalam nada yang perlahan, terkawal.. memanggil lelaki itu agar tidak keluar dari perut kereta namun lelaki itu tidak mengendahkannya. Dilihat lelaki itu berjalan menuju ke arah pintu utama.. mendekati kedua orang tuanya..

"Hai mummy, daddy.." kedengaran Daniel menyapa kedua ibu bapanya.

Balqish di dalam kereta memandang penuh was-was, perlu ke aku duduk saja di sini atau keluar bertemu mereka? kalau mereka tanya aku nak jawab apa? tak senang duduk rasanya, punggung terasa panas.. tenang Qish.. tenang.. janganlah gelabah sangat.. kau kena tunjuk diri kau tak salah apa-apa, lagi pun memang kau tak buat salah pun apa yang kau nak risaukan, bisik hati kecilnya memberi semangat..

"Hai Niel.. manalah kamu pergi ni, daddy call tak berangkat.. rumah pula macam tongkang pecah.. apa nak jadilah dengan kamu ni.."

"Niel busy sikit daddy.. eh mummy dan daddy buat apa dekat sini? dah lama ke sampai?"

"Mummy saja datang sini, rindu dengan anak mummy sorang ni, Niel tu bukan nak jenguk-jenguk mummy.. dahlah telefon jarang nak diangkat jadi mummy datanglah ke sini jenguk kamu.. dari siang tadi mummy tunggu kamu.. dah siap masak pun.. rumah kamu pun mummy dengan daddy dah tolong kemaskan.."

"Terima kasihlah mummy, susah-susah saja.."

"Eh yang kita tercegat saja dekat sini kenapa? marilah kita masuk daddy dah lapar sangat ni dari tadi tunggu kamu.." Tan Sri Darwish memegang perutnya konon-kononnya lapar sangatlah perutnya.

"Ha jomlah kita masuk... eh.. nanti tadi terlupa pula.. kamu tak nak kenalkan kawan kamu tu pada mummy ke Daniel? tak akan nak biarkan dia duduk saja dalam kereta tu saja.."

Kawan...?? alamak asyik sangat berbual sampai terlupa aku pada Balqish.. dia mengerutkan wajah..

"Apa yang kamu tunggu lagi, pergilah panggil dia, ajak dia keluar, bolehlah kita makan malam sekali..

"Er.. ya ya mummy saya pergi ajak dia.." lambat-lambat dia menuju ke arah keretanya..

"Jom... jumpa mummy dan daddy aku.."

"Awak dah bagitahu mummy awak tentang kita ke?"

"Belum.. aku tak beranilah.."

"Habis kita nak jawab apa kalau mereka tanya?"

Daniel hanya mengangkat bahunya.. pertanda tak tahu nak jawab apa.. no idea!

"Eh eh angkat bahu pula.. tu kan family awak.. isk.. "

"La.. yang pergi berbisik-bisik dari tadi tu kenapa, kamu bincangkan apa ni? kalau ya pun nak berbincang marilah masuk ke dalam dulu.. " tegur Puan Sri Nuha yang hanya memerhati tingkah mereka berdua, entah apa masalahnya, seorang berkerut-kerut seorang berpeluh-peluh.. panas sangat ke cuaca hari ni sampai berpeluh tu.

"Err.. sorry mummy, dah cepatlah Qish jom keluar.."

"Saya takut..."

"Kau takutkan apa? aku kan ada.."

Dia serba salah.. berat rasa hatinya ingin keluar bersemuka dengan keluarga mentua segeranya itu.

"Cepatlah.. jangan sampai aku dukung kau depan mereka.." ugut Daniel geram pula dengan perangai Balqish yang berlengah-lengah tu..

Mendengar ugutan lelaki itu membuatkan dia cepat-cepat menanggalkan tali pinggang keledarnya.. tak mahu didukung di depan keluarga lelaki itu, dia tahu Daniel bukan jenis yang main-main dengan katanya, jika dia kata dia mahu lakukan maka dia akan lakukan.. mana dia hendak sorok mukannya andai Daniel mengotakan katanya nanti.

"Hah.. tau pun takut.." hehehe dia ketawa perlahan melihat kekalutan Balqish itu dan Balqish pula hanya menghadiahkan dia jelingan tajam sebagai membalas kata-katanya itu.

"Daniel tak nak kenalkan dekat daddy dan mummy ke siapa kawan Daniel ni?" soal Tan Sri Darwish yang sedari hanya diam menjadi pemerhati.. dalam hatinya memang telah timbul segala persoalan tentang siapa gerangan perempuan yang bersama anaknya itu, puas di tilik paras rupa, pakaian atas bawah, cuba di cam wajah itu manalah tahu mereka pernah jumpa di mana-mana ke tapi nampaknya tiada dalam ingatan maknanya memang tidak pernah.

"Err daddy, ni Niel kenalkan .. Balqish.. err Qistina Balqish... dia ni.. err.. dia.." dia apa ya..

"Dia apa Niel? tergagap-gagap pula dia.." sergah Puan Sri Nuha hairan dengan gelagat Daniel, susah sangat ke nak bagitahu siapa perempuan tu...

"Saya kawan Daniel Puan Sri.." tambah Balqish.. ah lantaklah.. alasan ini saja yang terlintas di dalam kepala aku sekarang ni..

"Owh kawan Daniel.. auntie ingat siapa tadi.. maklumlah Daniel ni ramai teman wanita, auntie ingat kamu pun termasuk dalam salah seorang darinya.."

Bukan teman wanita Puan Sri.. tapi saya ni isteri gelap dia.. tapi.. dia hanya mampu meluahkan dalam hati saja.. hai ingatkan cuma ada kekasih gelap saja macam lagu kumpulan Ungu tu.. tapi isteri gelap pun ada.. dunia, dunia dan akulah antara salah satu isteri gelap itu.. isk sempat lagi merapu otak ni..

**********

"Su... macamana ni, family Daniel datang sini.." dia berbisik perlahan tak mahu mereka menyedari situasinya.. sebentar tadi dia meminta kebenaran untuk ke bilik air seketika..

"Hah family dia datang? habis mereka macamana? mereka dah tahu pasal kau dan Daniel ke? mereka marah kau? mereka halau kau?", kalut dia bertanya, risau pula kalau-kalau Balqish di marahi.

"Su.. yang kau lebih kalut mengalahkan aku ni kenapa? mereka belum tahu apa-apa lagi.. aku cakap aku kawan Daniel.. kau tahu apa mummy dia cakap dengan aku tadi? dia ingat aku ni termasuk salah satu teman wanita si Daniel tu..

"Hai family dia pun tahu dia playboy kan? kesian kau jadi isteri playboy..hehe"

"Su.. aku tak ada masa nak dengar kau mengarut.. kalau kau nak melawak pun lain kalilah.. ni aku nak tumpang tidur rumah kau malam ni boleh tak? family Daniel bermalam di sini hari ni.."

"Aik kenapa pula nak tidur sini? dekat rumah kau tak cukup bilik ke apa?"

"Bukanlah.. aku cakap aku kawan Daniel, so takkan nak bermalam rumah dia pula? fikir logik lah sikit Su oi.. tapi.. kalau kau tak sudi tak apalah.. aku cari jelah hotel murah.. tidur satu malam.." sengaja dia buat nada begitu, ingin menduga temannya itu.

"Oi aku tak cakap pula tak boleh.. datanglah.. kau boleh tidur sini berapa hari kau suka.. nak tinggal sini terus pun tak apa.. lagi aku suka.."

"Ha.. ni yang aku sayang dekat kau ni.. eh Su.. nanti kita sambung lagi ya.. dah lama aku dekat dalam toilet ni, nanti mereka risau pula, nanti aku nak ke sana aku call kau ya.."

"OK-OK.. eh kau nak datang sini naik apa? drive sendiri? bahayalah malam-malam macam ni, aku jemput kaulah ek..?"

"Kau tak payah risaulah Su.. tak perlulah susah-susah nak jemput aku, nanti pandai-pandailah aku, naik teksi ke, tak pun suruh si Daniel tu hantar.. Ok Su bye.."

********

"Kamu ok ke Balqish? auntie tengok muka kamu berkerut-kerut saja dari tadi kenapa? tak sihat?"

"Err.. tak ada apalah auntie.. biasalah awal-awal mengandung macam nilah, memang rasa tak selesa sikit" dia mengukir senyuman cuba menutup rasa gundah yang membadai di jiwanya.

"Ni Daniel kata, suami kamu tiba-tiba kena outstation, tu yang dia kena tolong jemput kamu di hospital, betul ke?"

Suami aku outstation?? amboi pandai dia buat skripkan.. dia menjeling wajah Daniel yang berada di sisi Tan Sri Darwish.. nampaknya lelaki itu sedang menahan diri daripada tertawa.. jahatnya dia... kesian mummynya kena tipu dalam tak sedar..

"A'ah.. auntie.. abang tu memang macam tu, tapi apa nak buat dah kerja dia macam tu.. dah nasib terimalah seadanya.." tengok.. ingat kau seorang saja pandai berlakon? aku pun boleh juga apa..

"Kesian kamu, dahlah tak sihat lepas tu suami pula tiada disisi.. ni malam ni kamu bermalam di mana?"

"Tulah saya ingat nak balik rumah sendiri sekejap lagi.. kalau tak keberatan nak minta Daniel tolong hantarkan.."

Dari ekor matanya dapat dilihat perubahan pada wajah Daniel, nampak sangat lelaki itu kurang senang dengan apa yang baru dikatakannya sebentar tadi, tiba-tiba telefon bimbitnya yang berada dengannya bergegar pertanda ada mesej masuk..

[Daniel] Kau nak bermalam dekat rumah siapa?

Huih pantasnya dia hantar mesej, wajah lelaki itu di renungnya.

[Balqish] rumah Surayalah..

Dia membalas..

[Daniel] Jangan nak mengada-ngada..

Eh marah pula.. suka hati akulah.. dia menggetap bibir memandang ke arah Daniel..

"Eh tak payahlah balik Balqish, kamu bermalam saja di sini, esok auntie suruh Daniel hantar kan kamu balik, bahaya kamu bermalam seorang diri ni, kalau apa-apa jadi kan susah lagi-lagi kamu dalam keadaan macam ni.."

Terkaku jari-jemarinya yang lincah menekan butang-butang telefonnya untuk membalas mesej Daniel itu, ada senyuman yang tersungging di bibir lelaki itu.. seronoklah tu.. nanti kau.. jaga.. kakinya yang berada di bawah meja memijak kaki milik lelaki itu sekuat hati..

"Aduh..!!"

"Apa kena kamu ni Niel?," soal Tan Sri Darwish yang sedikit terkejut dengan tingkah Daniel yang menjerit tiba-tiba.

"Err tak ada apa-apa daddy.. tangan Niel tiba-tiba tercucuk tulang ikan ni.." memang nak kena Balqish ni.. tak apa ada masa nanti siaplah kau.

Padan muka.. Balqish tergelak kecil mendengar alasan yang di berikan oleh lelaki itu..

"Err.. kalau macam tu yang auntie kata, saya ikut sajalah kalau auntie rasa saya ni tak menyusahkan.." hai nampaknya kena call Su ni, beritahu dia yang aku tak jadi nak tumpang tidur.

"Tak ada yang susahnya.."

"Balqish tahu tak tadi, waktu mula-mula uncle nampak Balqish, uncle ingat Balqish ni isteri si Niel ni, yalah mana tau dia nikah senyap-senyap tanpa beritahu kami.."

Gulp.. hampir tercekik dia mendengar kata-kata Tan Sri Darwish itu.. kami memang suami isteri pun Tan Sri.. seperti biasa dia hanya mampu meluahkan di dalam hati saja.

"Kenapa uncle cakap macam tu.."

"Tak adalah, uncle nampak kamu dengan Daniel tadi macam sesuai jadi pasangan.. ah perasaan uncle saja.. lupakan apa yang uncle mengarut ni.."

Terdiam seketika mendengarnya..

"Hisy daddy ni mengarutlah, dengar dek suami dia mesti dia kecil hati nanti.."

"Betul apa daddy cakap.. hai kadang-kadang daddy cemburu tengok kawan-kawan daddy semua dah merasa menimang cucu, nak menunggu kamu tu macam kempunan saja daddy ni.. " lirih pula kedengaran nadanya.

Tan Sri tak kempunan.. nilah cucu Tan Sri sebenarnya, itupun kalau Tan Sri sudi terimanya, bisik hati kecilnya.

"Tulah Niel ni, mummy suruh kahwin tak mahu, tu anak auntie Adlynn kamu tu, si Suhail tu lawa budaknya, baik pula budi pekertinya, apa lagilah yang kamu nak tunggu? tak ada duit? mummy dan daddy boleh sponsor cakap saja nak berapa.."

"Mummy, daddy boleh tak kalau sesekali kita berjumpa, kita stop bincang pasal kahwin-kahwin ni, Niel rimaslah.."

"Rimas konon, yang kamu tu ke hulu ke hilir mengusung anak dara orang ni, ingat mummy tak rimas melihatnya.."

Tolonglah jangan mula, dia mendesis perlahan.. rasa kurang senang bila mummynya sudah mengeluarkan topik yang terlalu biasa di pendengarannya.. Balqish di hadapannya di renungnya, kelihatan sedang bermain-main dengan nasi dalam pinggannya..

Kenapa agaknya? dia terasa ke mendengar kata mummy tu suruh aku berkahwin? atau... ke dia tengah tahan gelak sebab tengok aku ni dah besar panjang pun kena leter.. mereka berlaga pandangan dan kelihatan ada senyuman mengejek terbit di wajah itu.. sahih Balqish tengah mentertawakan dirinya di dalam hatinya itu.

"Hah Daniel, si Zairyn kata kamu MC sebab kucing kamu masuk wad? musykil daddy tau, sejak bilanya kamu suka membela kucing?"

"Aa.. lama dah daddy.. kucing tu.. kucing tu masih lagi kena tahan.. dia kena selesema.. kena kuarantin lah kiranya daddy.." huhuhu alang-alang dah daddy tanya.. terpaksa jugalah bohong.. bohong sunat tak apa kot.. eh ada ke bohon sunat? tu semua bidaah nak menghalalkan cara saja.. isk.

Aku yang sakit masuk wad dikatanya kucing... bertuah punya Daniel.. heii kalau kau ada dekat dengan aku ni memang aku dah cubit-cubit kau dah.. geram.. geram tau tak.. suka-suka dia sajalahkan.. tak apa Balqish sabar ya.. jangan ikut sangat marah tu.

********

Boringnya.. apa aku nak buat dalam bilik ni.. baru pukul 10 malam, awal lagi untuk melelapkan mata.. biasa waktu-waktu macam ni dia masih lagi asyik menonton televisyen.

"Hah Balqish, kamu pergilah berehat.. tak elok orang mengandung ni tidur lewat-lewat malam.." tegur Puan Sri Nuha bila melihat dirinya masih lagi di ruang tamu menjadi pendengar setia mereka berbual anak beranak.

Dan di sebabkan itulah kini dia berada didalam biliknya.. kebosanan.. sebentar tadi dia baru selesai berbual dengan Suraya di telefon memberitahu dia tidak jadi untuk datang menumpang tidur.. handphone yang berada di tangannya tiba-tiba bergegar, dan bila dilihat terdapat mesej dari Daniel tertera di situ, hai nak apa lagilah dia ni..

[Daniel] kau dah tidur ke?

Hai duduk serumah pun nak bermesej-mesej.. hilang akal betul mamat ni malam ni..

[Balqish] Dah tidur dah.. ni sy mengigau bls msj awk.. eh awk nak apa ni?

Terus butang send ditekan.. semakin hari perangai dia ni semakin memeningkan kepala aku..

[Daniel] xda apa.. saja kacau kau.. aku x blh tidurlah.. eh kau dah minum susu blm ni?

Lah.. dia ni.. tak boleh ke kalau satu hari aku tak perlu minum susu tu.. tak sukalah... mengeluh dia membaca mesej dari lelaki itu.

[Balqish] Hari ni sy x mau minum.. dahlah sy nak tidur, slmt mlm.

[Daniel] Jgn nak mengada.. 5 minit lagi aku ketuk pntu blk, kau kena minum, tu utk kshtan kau & bb juga.

Tengok tu.. orang tak mahu mesti nak juga paksa-paksa.. dasar Hitler sungguh dia ni.. semuanya nak guna kuasa veto.. hai nasiblah aku bersuamikan dia dan nasiblah anak aku berpapakan dia.. jangan ikut perangai macam papa tu sudahlah ya baby.. papa tu suka paksa mama.. kesian dekat mama ni.. bisiknya perlahan sambil mengusap perutnya penuh kasih.

11 comments:

nik suriyani said...

salam nuril..
da lame x on9,sekali 0n je..bc tros meneros..hihihi..
mmg bes la nuril..
thniah2..cepat cntinue ye..
keep on writing..

Hana_aniz said...

huhuhu... parents daniel sporting la..
nape tak bgtau je??
huhuhu...

akak said...

alah..bocorkan je lah rahsia gembira tuh.. hahaha

epy elina said...

btul2..
napa x mgaku jer yg balqis 2 mngdungkan anak daniel...
best2x...

raNt|ng pUtEh said...

waa..best2..
sportg prntz niel..
ble nk bgtau prkre sbnr nih??
xsbrnnye..
hope prntz niel bley time..
smbg2..

Nuril Bahanudin said...

Salam smua..
Hai nik, ke mana mghilang.. sy tcri-cri juga klibat anda..
Masyeh..
masyeh hana_aniz,
masyeh akak,
masyeh epy_elina,
masyeh ranting puteh,
masyeh smua..
~:D

aqilah said...

lawak tul la daniel dgn balqis ni. apapun, akak follow...............

Nuril Bahanudin said...

Salam kak aqilah..
Mekasih..:)~

::cHeeSeCaKe:: said...

best2..klaka la dorang ni..
cmne la reaksi mama & papa daniel klu tau perkara sbnr..??

sinichies_girl88 said...

ala knpa la tak bagitau terus y diaorg ni suami isteri
huk huk huk...
ermm mntak2 la kantoi lpas ni pastu
family niel l3h terma qis ni heheh
sambung2...
:)

rubisya said...

ala.. nape xkantoi..