Suasana di
sekeliling sungguh riuh rendah namun sedikit pun tidak mampu mempengaruhi
perasaannya yang sedang dilanda ribut taufan puting beliung itu. Semuanya serba
tak kena. Duduk tak tenang, berdiri lagilah tak tenang. Dia mula berjalan
mundar mandir di sekeliling kamar bersaiz sederhana itu.
Hari ini
dia nampak cantik berbusana warna purple lembut
yang dibeli secara tergesa-gesa tak sampai seminggu yang lalu. Hisy ini semua
gara-gara adik punya hal. Tak pasal-pasal aku juga yang terjebak sekali dengan
masalah dia. Terkumat-kamit mulutnya marahkan si adik nan seorang itu.
“Huh aku
tahulah kau tengah nervous, tapi
cubalah bawa-bawa bertenang weh. Sakit mata aku ni tengok kau ke hulu hilir dah
macam kucing hilang anak.” Temannya yang dari tadi hanya melihat segala
tindakannya akhirnya bersuara selepas kehabisan sabar melihat segala tingkah
lakunya.
“Macam
mana aku nak tenang Abby? Err betul ke tindakan aku ni?” Dia bertanya kepada
temannya, mempersoalkan keputusan yang diambilnya sendiri.
“Hurm kalau
aku cakap tak betul pun masakan kau mahu batalkan keputusan kau tu? Kejap lagi
rombongan pihak lelaki mesti sampai jadi baik kau duduk diam-diam sebelum make-up dekat
muka tu habis luntur karang tak pasal-pasal jadi kerja pula nak touch up muka kau
tu balik.”
“Macam
mana aku nak duduk diam-diam sedangkan dada aku ni dah nak naik pecah menahan
debar ni Abby.”
“Adik
tolong pergi ambilkan kakak tu air.” Akhirnya temannya memberikan arahan kepada
adiknya yang sedang duduk galak memerhatikan segala tindakan si kakak itu.
“Kau minum
air ni tapi sebelum tu baca selawat ke atas nabi dulu moga-moga gemuruh kau tu
hil…ang.” Segelas air putih dihulurkan kepadanya dan belum sempat temannya itu
habis bicara gelas jernih itu sudah dibawa ke mulut dan isinya diteguk rakus.
“Ya ALLAH
kau ni…” Temannya hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala dengan tindakannya.
“Rombongan
lelaki dah sampai.”
Seorang
wanita berusia pertengahan 50-an menjenggulkan kepalanya di pintu bilik memberi
tahu akan kehadiran pihak lelaki.
“Hah dah
sini, mari kau duduk sini diam-diam.” Arah temannya.
Hari ini
majlis pertunangannya, esok pula hari pernikahanya. Segalanya terpaksa mengikut
adat walaupun dilakukan dalam keadaan agak-agak terburu-buru. Haisy betul-betul
ekspres. Tak pernah dalam hidup ini aku terfikir akan melalui majlis
perkahwinan sebegini cepat dan pantas.
Dia bangun
tiba-tiba meluru ke arah pintu bilik yang sedikit terbuka. Mengintai daripada
pintu bilik untuk mencuri lihat keadaan pasangannya.
“Woiii
sabarlah Leila oi, nanti-nanti kau mesti dapat juga jumpa dia.” Rabiah temannya
menegur. Kurang senang melihat tindakannya.
Amboi
ramai betul rombongannya, mengalahkan nak nikah hari ini pula. Bisik hatinya.
Berkerut-kerut dahinya, meliar matanya mencari pasangannya.
Segaknya
dia sedondon. Dalam tak sedar senyuman mula memekar di wajahnya.
“Lah yang
kau tersengih-sengih kambing pula tiba-tiba ni kenapa?” Regina Ray menegur.
Kena penyakit angau dah ke apa dia ni. Tadi bukan main lagi cemberut wajah tu.
“Suri
pihak lelaki nak masuk sarung cincin bertunang ni. Kamu bersedia.” Wajah Mak
Lydia yang muncul di pintu bilik mengheningkan suasana.
“Duduk
elok-elok ya…” Arah Mak Lydia.
Seorang
wanita cantik separuh usia melangkah masuk sambil tangan menatang sekotak baldu
berwarna merah mendekati dirinya. Siapa mak cik ni? Dia tertanya-tanya dalam
hati namun tangannya laju tunduk menyalami tangan wanita itu. Sempat matanya
mencuri kelibat tubuh yang sedang berdiri di muka pintu memerhatikan dirinya.
Lelaki berbaju sedondon dengannya itu nampak kacak dan lebih muda daripada
usianya.
Dua bentuk
cincin elok tersarung di jari manisnya. Satu tu cincin yang disarungkan sendiri
oleh lelaki itu dulu dan satu lagi cincin yang baru disarungkan tadi. Flash kamera
yang bertubi-tubi menyimbah ke mukanya menyebabkan perasaannya terlalu sukar
digambarkan, berdebar gembira dan… Ya ALLAH andai dia jodohku aku redha dan
terima diri dia seadanya. Doanya di dalam hati.
Rasanya
ini jalan dia yang terbaik. Mungkin jodohnya itu hadir untuk dirinya dengan begini
caranya dan dia kena menerimanya tanpa mempersoalkannya. Tak mengapalah andai
ia kelihatan tergesa-gesa asalkan pengorbanan aku ni berbaloi untuk adik dan
juga ibu ayah aku. Bisik hati kecilnya memujuk perasaannya yang masih sedikit
berbelah bahagi.
“Raqly
kirim salam dengan Suri. Dia balik dulu… dia jumpa kamu esok sajalah katanya.”
Beritahu Mak Lydia setelah sekian lama melihat anak gadisnya itu asyik melayan
menungannya.
Bilik yang
sesak tadi kini mula reda dan anak itu nampaknya masih tak berganjak dari
duduknya di katil itu. Entah apa yang difikirkan pun dia tak pasti.
Dia
mengangkat muka. Raqly? Eh apa ke pelik namanya lain daripada nama yang selalu
tu? Ke aku salah dengar? Ah mungkin aku salah dengar. Tulah asyik sangat
mengelamun. Putus hatinya. Tak ada terniat untuk bertanya lagi supaya ibunya
mengulang kembali kata-katanya itu.
“Baiklah
ibu, Suri nak siap solat asar dulu ni. Nak masuk waktu dah.” Dia bangun.
Mak Lydia
hanya memerhati tubuh anak gadisnya sehingga menghilang ke dalam bilik air
kelibatnya. Kalau dia pilihan Suri, ibu redha sebab ibu yakin dia mampu
membahagiakan Suri. Terkumat-kamit mulutnya mengungkapkannya walaupun tanpa
sebarang suara yang kedengaran.
4 comments:
terjatuh cinta cik nuril oiii!!!!! bila mau keluaq ni?? mak cik ni xsabaq dah!!! ahahhahaaaaa.....
Hehehehe sabar eh adah... insya-ALLAH kalau tak ada aral tahun depan, tapi pen name tukar dah untuk novel yang ini... :D
karya u mmg mengancam dek nuril...akk mmg amat2 suker criter nih...best
Hehehe terima kasih kak norihan, akak antara pembaca yang sangat saya hormati...
Post a Comment