iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Wednesday, December 23, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[14]

Haizam merenung wajah Balqish yang asyik saja menunduk mengadap komputer di meja kerjanya dari sebalik cermin dibiliknya itu, sesekali dia menggelengkan kepala hairan dengan perasaan sendiri.. kenapa akhir-akhir ni aku asyik teringatkan dia daripada teringatkan Yasmin ha? kenapa aku rasa sedikit gembira kalau dapat tengok wajahnya dan rasa kehilangan kalau dia tiada? pelik perasaan aku ni.. Aku dah jatuh cinta dekat dia ke? betul ke kata Yasmin yang dia juga ada hati dengan aku? tapi.. bukankah dia telah bersuami, kenapa aku nak bercinta dengan isteri orang pula?

+ Isk Haizam kau kena ingat sikit yang Balqish tu milik orang dan sudah berpunya jangan nak cari masalah pula.

- Aku tahu dia dah bersuami tapi kenapa perasaan aku lain bila bersamanya seperti ada sesuatu yang menarik bila berdua dengan dia, dia boleh buat aku ketawa.

+ Baik kau buang jauh-jauh perasaan kau tu sebelum kau terluka, dia dah kahwin lagipun dia tengah mengandung pun, takkan kau sanggup nak hancurkan rumah tangganya.

- Aku taulah dia dah mengandung, tapi kenapa dia nampak tak bahagia pun akhir-akhir ni selalusangat termenung macam ada masalah jiwa, jangan-jangan dia tak cintakan suami dia tu.

+ Mengarutlah kau.. kalau tak cinta kenapa boleh bersama..

- Manalah aku tau, jangan-jangan mereka kahwin segera, siapa tau kena tangkap basah ke, kalau dia tak bahagia dengan suaminya, kenapa mereka tak berpisah saja? oh mungkin sebab ada anak dalam kandungannya tu yang mengikat mereka kot. Aku sanggup terima dia kalau dia berpisah dengan suaminya.

+ Astaghfirullahalazim.. apa benda yang kau melalut ni.

Dia meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya, cuba membuang bicara jahatnya, berperang dengan perasaan sendiri tak sangka sampi begitu jauh sekali fikiran jahatnya itu. Pandangannya dituju kearah Balqish dan tak sangka dalam masa yang sama pekerjanya itu mengangkat wajahnya mereka bertembung mata agak lama mungkin masing-masing terkejut sebelum Balqish menghadiahkan sebuah senyuman.

Ah manisnya senyuman dia, akhir-akhir ni wajah dia nampak berseri-seri mungkin penangan pembawakan budak.. bisik hatinya.

Hisy jangan dilayan perasaan kau yang tak betul ni Haizam, ingat kau kan dah ada Yasmin dia tu setia menanti kau tau.. Telefon bimbitnya dicapai, nombor gadis itu terus di dailnya, malas melayan perasaannya yang sedikit bergolak itu.. Dia sendiri pun tidak berapa nak faham dengan perasaan sendiri.

"Hello sayang..." berbunga senyuman diwajahnya bila terdengar suara manja Yasmin menjawab panggilannya.


*********

Dia memegang perutnya yang terasa sedikit pedih, kandungan yang sudah menginjak ke usia tiga bulan, bebannya mula terasa.. dan yang pasti dia selalu kelaparan, selera makannya juga bertambah. Isk anak mama lapar ya... dia berbisik perlahan.. laci meja kerjanya di tarik.. terpandang satu bar coklat, dia tersenyum, lalu dicapainya, bungkusannya dibuka dan dia terus menikmatinya.. hurm dia bukannya penggemar coklat pun, tapi semenjak hamil dia memang sentiasa kepinginkan coklat, memang pelik tapi tidak memperdulikan.

"Awak.. oh awak.. bangunlah.." dia mengejutkan Daniel yang sedang asyik dibuai lena, tubuh lelaki itu digoyangnya perlahan.

"Apanya kejutkan aku tengah-tengah pagi ni Qidh.." Daniel mengeluh hairan, jam loceng di atas mejanya dicapai dan diperhatinya, jarumnya baru menunjukkan pukul tiga lima minit pagi, aduy patutlah mata ni kelat semacam, awal lagi ni.

"Saya laparlah awak.. " dia mengadu buat muka muram.

"Lah lapar pun nak kejutkan aku, kau nak aku suapkan kau makan ke? pergilah makan kat dapur tu.." dia merengus, geram tidur diganggu, selimut ditarik kembali ingin kembali lena.

"Awak.."

Baru saja memejamkan ingin memejamkan mata, terdengar suara Balqish memanggilnya sayu, terus tak jadi ingin menyambung tidur.. Hisy ni yang aku lemah kalau dia buat macam ni.

"Kenapa ni Qish.." dia menyoal geram, sedikit membentak.

"Saya teringin nak makan nasi kandar.." dia menjawab.

"Tengah-tengah pagi ni mana nak cari benda tu Qish?" tadi tak nak cakap bila aku tanya nak apa-apa, ni alih-alih tengah-tengah pagi dia nak makan benda tu.

"Alah awak carilah, kesian anak kita ni kesian sangat nak makan benda tu.." dia menyambung sambil mengusap-ngusap perutnya.

"Hisy esok sajalah kita cari.." dia menjawab acuh tak acuh, malas melayan kerenah Balqish kala ini, sudahlah badannya penat dan dia sendiri memerlukan rehat, kini lenanya di ganggu pula.

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapinya ok, esok tengahari aku belikan untuk kau ok.. dah pergi tidur.. orang mengandung tak elok berjaga lewat-lewat.." tidak peduli apa yang ingin di katakan oleh Balqish itu.

"Tak apalah, kalau awak tak nak pergi belikan untuk saya, biar saya pergi beli sendiri.." agak perlahan suara Balqish memberitahu, sedih bila perasaannya tak dimengerti.. eh kenapa pula aku mesti berlebih-lebih rasa ni? dia bukannya cintakan aku jadi mesti dia tak peduli apa yang aku rasa ni pun.

"Apa-apalah Qish.. aku nak tidur ni.." dia memejamkan mata.. baru ingin terlelap baru dia teringat sesuatu..

"Wha... what!! kau nak pergi sendiri, sorang-sorang tengah pagi macam ni?? jangan nak mengada-ngada.. biar aku pergi carikan.." dia bingkas bangun, wajah Balqish direnungnya geram, hisy ada-ada sajalah ayat dia yang boleh buatkan aku ikut kehendak dia, dilihatnya wajah Balqish mula berbunga ceria semenjak mendengar kata putusnya.

"Saya nak ikut.."

"Jangan nak mengada-ngada, tunggu saja dekat rumah ni.." dia melarang.

"Ala..." mimik muka ceria sudah bertukar tonanya, muram.. keruh.. air mata bertakung tiba-tiba, rasa nak menangis.. kenapalah perasaan ni sensitif sangat sejak dua menjak ni.. Balqish mengeluh.

Daniel terdiam mendengarnya, hai tak bagi ikut pun nak mengangis, tak faham betul, kenapa orang mengandung ni sensitif sangat..

"Siaplah cepat, tadi kata nak ikut, pakai baju tebal sikit, sejuk dekat luar ni.." hendak tak hendak kena juga biarkan Balqish mengikutinya, kalau tidak mesti menangis perempuan itu, apatah lagi melihat air mata yang mula bertakung di tubir matanya yang menanti masa untuk gugur..

Terus ceria wajah itu mendengar katanya, dan Daniel hanya menggeleng-gelengkan kepala, tanda dia tidak faham, agaknya ni memang reaksi biasa orang mengandung kot, sentiasa beremosi dengan perangai-perangai yang tidak diduga, hari ni dia minta nasi kandar, lepas apalah pula yang dia nak pula.. hai sabarlah hati dengan kerenah dia ni, kalau tak diturutkan mesti dia pergi sendiri, kalau siang-siang hari aku tak kisah sangat tapi tengah-tengah pagi macam ni dahlah bahaya, banyak kes samun kereta, aku tak mahu menanggung risiko nanti tak pasal-pasal dileteri oleh si Suraya kawan dia yang banyak celoteh tu.

"Kau makan coklat ke kau berangan apa ni Qish?" Suraya yang muncul tiba-tiba menegur dirinya hairan sehingga membuat di tersentak.

Hampir tersedak dirinya dibuatnya, wajah temannya itu ditenungnya geram, selalu kan begitu.. suka agaknya tengok aku ni terperanjat, dia mengomel geram dalam hatinya.

"Apasal pandang aku macam nak telan ni? i am sorry ok, aku dah panggil kau tapi kau buat tak dengar saja, janganlah marah aku pulak.." sedar kesalahan dirinya.

"Ya lah tu, kau memang selalu macam tu kan.." dia mencebik mendengar jawapan rakannya itu.

"Ni datang ke meja aku nak apa? kau nak sikit coklat ni?" dia menghulurkan coklat itu ke mulut temannya tapi ditolak perlahan oleh Suraya, gadis itu hanya menggeleng-gelengkan kepala, pertanda dia menolak.

"Tak ada maknanya isy.. ni bos panggil, dia tanya fail NA company kau letak dekat mana? dia kata kali terakhir kau yang gunakan?"

"Aik apasal pula dia tanya aku, macam dia tak boleh suruh setiausahanya cari sendiri saja.." hairan biasanya pandai cari sendiri.

"Entah manalah aku tau, kau pergilah tengok-tengokkan.." ujar Suraya sambil menjungkitkan bahunya pertanda dia tak tahu apa-apa.

Mendengar kata temannya itu dia terus bangun dari kerusinya, hai itu pun nak aku cari, apa setiausahanya makan gaji buta ke apa, fail yang sekeping tu pun tak pandai nak cari, dia membebel dalam hatinya, kakinya di atur menuju ke bilik lelaki itu, baru dua tiga langkah dia berhenti menoleh ke arah Suraya yang masih berdiri memerhatikannya dan menyoal..

"Err.. Su, bibir aku comot tak?? hehe.."

Suraya menggeleng sebagai jawapan, elok seperti biasa kelihatannya, hisy sempat lagi tu.. apa-apa sajalah kau ni Qish..

Dia memberhentikan atur langkahnya betul-betul dihadapan pintu bilik lelaki itu, dia menarik nafasnya perlahan, bersedia dengan sebarang kemungkinan.. manalah tahu lelaki itu mengamuk tiba-tiba.. orang kalau mencari sesuatu kalau tak jumpa ni biasanya mudah sangat melenting, dia mengetuk pintu sebelum memulas tombolnya perlahan, takut juga nak menampakkan wajah tapi sebaliknya pula bila lelaki itu melihat dirinya.

"Ha.. ada pun awak Qish.. awak letak mana fail NA company?" dia menyoal, agak gembira rasa hatinya melihat wajah Balqish yang muncul, dia tak tahu mengapa, tapi yang pasti wajah itu menghadirkan perasaan senang dalam dirinya.

"Saya rasa saya letakkan fail tu dekat tingkat yang atas sekali hari tu boss.." dia memang pasti di situlah dia menyimpannya.

"Awak pasti ke Balqish? saya dah cari banyak kali tapi rasanya tetap tak ada.." lelaki itu menyoalnya seolah sengaja menggoyahkan keyakinannya.

"Saya pastilah encik, ingatan saya belum pudar lagi tau.. biar saya carikan sekali lagi.."

Belum sempat lelaki itu berkata apa dia sudah memanjat kerusi yang terdapat di situ, jika dibandingkan ketinggiannya, jika dia berjingkit pun belum tentu dia mampu mencapai fail-fail di rak tiga itu, dan Haizam hanya memerhati.

Lama dia mencari sehinggalah dia terpandang fail itu yang sedikit tersorok, hah itu pun dia.. riang rasa hatinya bila apa yang dicari berjaya di temui, aku dah kata dah..

"Ni pun failnya boss," dia menghulurkan fail itu kepada Haizam yang setia menanti dari tadi, terlalu gembira sampai terlupa menjaga imbangannya, dia tergelincir..

"Aaa.." dia terjerit, matanya terpejam tak sanggup membayangkan kesakitan yang bakal dirasainya bila tubuhnya terhempas nanti.

Terasa tubuhnya seperti di sambut oleh seseorang, bila dia membuka mata saja, terus merona merah wajahnya, apa taknya dirinya berada dalam dakapan Haizam, terkelu lidah rasanya bila ingin berbicara, lama mereka terkaku seolah dunia terhenti berputar..berdegup kencang rasanya jantungnya dikala ini, tidak pernah terjangka akan berada serapat ini pada lelaki yang pernah dipujannya suatu ketika dulu..

"Aa.. awak tak apa-apa Balqish?" soalnya agak tergagap, rasa begitu indah bila mendakap seseorang yang kita sukai, begitulah keadaan yang dirasakan oleh Haizam kini.

"Err... saya tak apa-apa.. nasib baik encik ada, kalau tak kesian baby ni.." kalaulah aku benar-benar terjatuh tadi mesti aku akan kehilangan baby ni, maafkan saya awak.. saya cuai lagi.. rasa bersalah pada Daniel.

"Lain kali hati-hati," dia memberi nasihat, tak mahu apa-apa yang tak elok terjadi pada gadis itu, cukuplah sekali melihat Balqish terkulai tak sedarkan diri hari tu, dia tak mahu keadaan yang sama berulang kembali.

Rasa serba tidak kena bila memandang wajah Haizam, ialah lelaki itu lelaki yang pernah di minati dan sebentar tadi mereka berada dekat sangat antara satu sama lain sehingga wangian milik lelaki itu pun dapat dihidunya... Qish ingat sikit kau tu dah bersuami, dan dah nak jadi mama.. hati kecilnya mengingati dirinya, dia beristighfar panjang.. kelalaian hampir merajai hatinya.

"Errr kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dululah encik.." terus dia berpaling, malu ingin bertentang mata dengan lelaki itu.

Haizam hanya mengangguk memerhati langkah Balqish sehingga hilang di sebalik pintu.. kenapalah perasaan ini hadir setelah kau menjadi milik orang Qish? dia mengeluh perlahan.. seolah masih terbau-bau di rongga hidungnya haruman rambut milik Balqish itu.. dia akui dirinya sedikit terbuai perasaannya seketika tadi..

Balqish bersandar perlahan pada pintu pejabat milik lelaki itu, menarik nafas seketika mencuba menenangkan perasaannya yang sedikit menggelodak.. fuuu... tarik nafas.. hembus... fuuu..

9 comments:

hana_aniz said...

haa... sudah..
haizam da minat kt qish..
tp daniel bkn kesah pn kn??
hihihihi...
nak lagi!

Anonymous said...

nk lagi... tp xmo la sik cite sal haizam.. nk citer sal daniel n qisy...

Anonymous said...

best....la cepat sambung ya plzzz

Anonymous said...

best....la cepat sambung ya plzzz

Sha said...

wuhuu...
ala npe plk la c haizam nih bley ske kt qish tme qish dh jdik mlik org??awl2 lu xmo lk d lyn prsn 2..huhu..
smbg2...

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..daniel da ade pesaing..
best2..

Anonymous said...

nuril, ley xkurangkan part imbas kembali? cam x syok la.. kan lg best kalo menda 2 terus2 berlaku dari imbas kembali kan?

Anonymous said...

wow... semakin menarik... uci... teruskan usaha anda... novel ni dh masuk penulisan2u ke?

NuRiL Bahanudin said...

Dah masuk ke penulisan2u..
tp bru sampai chapter 1..
x antar lgi mmndgkn pnulisan2u pu dlm proses kemas kini..