Sinopsis
Kau Yang Tak Diundang mengisahkan tentang seorang gadis yang berusia lewat 20-an bernama
Leila Suria yang tersepit antara keadaan. Disebabkan oleh syarat yang telah
digariskan oleh kedua ibu bapanya, adiknya Lily Serina hanya boleh berkahwin sekiranya
dia telah berumah tangga. Manakala teman lelaki adiknya itu hanya memberi
tempoh sebulan sahaja kepada dia atau hubungan cinta mereka terputus.
Atas
sebab terlalu kasihkan adiknya, Leila Suria dengan berat hatinya terpaksa
mencari calon suami buat dirinya sendiri. Kehadiran seorang peminat misteri
yang menggelarkan dirinya ‘R’ yang saban hari mengirimkan jambangan bunga
kepada Leila seolah membantu memudahkan jalannya untuk berkahwin. Tanpa
berfikir panjang Leila telah MELAMAR peminat misterinya itu untuk menjadi
suaminya.
Takdir
tuhan tiada siapa yang menduganya. Sesuatu telah berlaku pada hari
pernikahannya. Pengantin lelaki telah BERTUKAR! Dalam sekelip mata juga
kehidupannya yang tenang itu berubah. Ttunggang langgang dan haru biru!
“Hampir setahun lepas, seorang gadis
meminta kebenaran kepada orang tuanya untuk berumah tangga, namun sayang hasrat
yang disuarakan itu tidak dapat dilaksanakan dengan mudah kerana kedua orang
tuanya mengenakan satu syarat kepada dirinya. Si gadis itu punya seorang kakak,
dan kakaknya masih belum berumah tangga walaupun usianya semakin meningkat.
Kerana berpegang pada adat, yang muda tak boleh melangkaui yang tua jadi si
gadis itu perlu menunggu kakaknya berumah tangga dahulu barulah dia dapat
berumah tangga. Keadaan si gadis itu bertambah tersepit bila pihak lelakinya
hanya memberi tempoh sebulan sahaja untuk menunggu atau hubungannya terputus.
Dek kerana kasihkan adiknya itu, si kakak berusaha mencari abang ipar untuk
adiknya. Mungkin sebab niatnya ikhlas ALLAH permudahkan urusan si kakak. ALLAH
hadirkan seorang lelaki untuk melamar si kakak, dan si kakak mula lega bila
lelaki yang melamarnya ada lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Si kakak
ingat segalanya menjadi lancar sehinggalah hari penyatuannya tiba, entah di
mana silapnya pengantin lelaki sudah bertukar dan langsung mengubah
kehidupannya seratus peratus. Dek kerana kasihkan adik, hormatkan kedua ibu
bapanya si kakak cuba bertahan dengan perkahwinannya sehingga perasaan benci
bertukar sayang kepada suami tak dijangka itu namun sayang perasaan si kakak
itu langsung tak pernah dihargai oleh suaminya. You nak tahu siapa si kakak tu
Rio?”
*** Assalamualaikum warahmatullah kesayangan saya. Insya-ALLAH bermula hari ini saya akan mula memasukkan cerita ini di blog. Untuk pengetahuan semua, manuskrip novel ini sudah siap dan telah dihantar kepada penerbit. Dan insya-ALLAH kalau ada rezeki akan diterbitkan, tapi kalau sebaliknya, saya akan poskan keseluruhan 73 bab novel ini ke blog.
1 comment:
assalam,
nak tanya..novel ni dh ade kat market ke? saya dh baca sikit n eager nk beli novel ni..syiok la plak storyline dia..
novel 3 bulan pn dh beli..waiting for delivery..hehe..
i hearted ur writing..keep moving dear :)
Post a Comment