iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, September 26, 2013

Novel : Kau Yang Tak Diundang [Bab2]

Benci-benci membenih kasih,
Marah-marah membaja sayang...


Suasana di restoran mewah itu sungguh santai. Tenang dengan bunyi melodi yang terhasil dari gesekan biola yang dimainkan di suatu sudut penjuru restoran itu. Betul-betul sungguh mengasyikkan. Betul-betul mewujudkan suasana romantik. Mereka menjamu selera sambil berbalas-balas pandangan mata. Menjeling , melirik manja dan tersenyum mesra.

“Kenapa you pandang I macam tak pernah tengok I sebelum ni Zaf?” Lily Serina menegur. Semenjak dari tadi dia mula perasan yang mata jejaka yang duduk berhadapan dengannya itu tak henti-henti melirik kepada dirinya.

“Tak ada apa-apa… You nampak anggun hari ni Erin.” Lelaki itu menjawab sambil memuji.

Kembang hati Lily Serina mendengar pujian yang meluncur daripada mulut jejaka kesayangannya itu.

“Jadi selama ni I tak anggunlah di mata you?” Dia menyoal manja.

“Tak juga, selama ni pun memang anggun tapi hari ini… betul-betul anggun.”

“Oh ya? Tapi…”

Krak! Kunyahannya terhenti serentak dengan katanya yang mati. Dia seperti tergigitkan sesuatu benda yang keras yang berada di dalam pencuci mulut berbentuk ais krim yang dipesannya itu.

“Apa ni? Batu ke apa yang mereka letak di dalam ais krim I ni.” Dia mula membebel, wajahnya yang tadi penuh dengan senyuman bertukar bengang. Bendasing yang berada di dalam mulutnya ditarik keluar.

Buntang matanya melihat benda yang disangka ‘batu’ yang berada di celah dua jari jemarinya itu.

Zaf?” Wajah jejaka di hadapannya yang sedang asyik merenung wajahnya dengan penuh minat itu dipandangnya…. Menagih penjelasan daripada lelaki itu.

“Erin, kita kahwin ya?” Balas lelaki itu sambil mengenyitkan mata kepadanya yang mula blur.

What?” Soalnya macam tak percaya.

Zafri dilihatnya berdiri dan tiba-tiba berlutut di hadapannya.

“Lily Serina Binti Muhammad Salleh sudi tak you jadi isteri I? I Meor Zafri Meor Zahin berjanji akan jaga you seperti I jaga diri I jika you sudi terima lamaran I ni.”

“I… I… Eh I tak mimpikan Zaf?” Dia cubit pipinya sendiri. Sakit!

“Tak sayang…” Cincinya yang berada dalam genggaman tangan Lily Serina itu diambilnya lalu terus disarungkan ke jari manis gadis itu walaupun Lily Serina belum memberikan jawapan pada lamarannya.

“Errr… I tak tahu nak jawab apa.” Dia terdiam. Blank!

“Orang tua-tua kata kalau perempuan diam tandanya dia setuju tu encik.” Seorang pelayan yang muncul secara tiba-tiba entah dari mana berbisik perlahan kepada Zafri dan membuatkan lelaki itu teranguk dengan diiringi senyum yang melebar di wajahnya.

“Jadi you terima lamaran I ni Erin?” Soalnya lagi. Mengharap yang jawapannya adalah positif.

Lily Serina dengan wajahnya yang sudah bertukar warna kemerah-merahan kerana malu dirinya menjadi tumpuan pandangan mata mereka di sekeliling akhirnya mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan-lahan.

“Yes! I sudah jangka you terima lamaran I sayang. I love you! Yeah.” Begitu teruja melahirkan rasa gembiranya sehingga tanpa sedar lelaki itu melompat bersorak kegembiraan.

Ruang restoran mewah itu yang tadinya menjadi sepi bertukar hingar bingar dengan bunyi tepukan dan sorakan pengunjung yang memberi sokongan kepada pasangan itu.

“I tak tak tahu… You betul-betul buat I terkejut. You tak pernah pun mention yang you nak melamar I.” Lily Serina sebak. Tubir mata terasa bergenang secara tiba-tiba.

“I saja nak buat kejutan dengan you dan nampaknya kejutan I berjaya. Terima kasih sayang sudi terima I. Nanti bolehlah bawa keluarga I jumpa ibu bapa you. Boleh kita bincang majlis kita ni. I kalau boleh nak cepat-cepat nikah dengan you. You tau, I dah macam orang gila bayang tau. Siang malam selalu teringatkan you sampai tidur pun asyik teringatkan you. Dah macam orang tak betul pun ya juga. Hebat sungguh penangan cinta you. I tak dapat bayangkan kalau you tolak lamaran I tadi. Mesti I rasa nak bunuh diri kalau you tolak I tadi.”

Semenjak dua menjak ini dia dapat rasakan kasih sayangnya terhadap gadis itu begitu membuak-buak. Sehingga setiap masa dia mendambakan kehadiran gadis itu di sisinya.

“Hisy apa cakap macam tu. I sayangkan you Zaf, masakan I akan tolak lamaran daripada lelaki yang I sayang.”

Sungguh semenjak dia mengenali lelaki itu, perangai playgirlnya juga sudah mula terhakis dalam dirinya. Semua lelaki yang selalu berdampingan dengan dirinya juga telah dijauhi atau dengan kata lainnya telah dia tinggalkan. Dia belajar menjadi setia!

“I harap keluarga you sudi terima diri I sebagai pendamping you.”

“Eh apa pula yang you cakap macam tu. I yang sepatutnya cakap macam tu. Keluarga I ni orang kampung saja. Bapa I persara kerajaan, emak I suri rumah sepenuh masa. Kalau bandingkan dengan keluarga you dah macam langit dengan bumi dah. Jauh sangat jurangnya. Sudi ke keluarga you terima I ni?” Lily Serina bertanya.

Dia tahu latar belakang Meor Zafri tapi tak banyak. Lelaki itu bukan seperti dirinya. Lelaki itu anak hartawan. Lelaki itu lahir di atas longgokkan emas, tidak seperti dirinya lahir daripada keluarga biasa-biasa, dibesarkan dengan suasana kampung, cuma disebabkan dirinya pandai bergaul, gaya dia berfesyen juga tidak seperti anak kampung lain. Itu saja dan hakikatnya semoden mana dia bergaya dia tetap anak kampung yang tiada apa-apa untuk dipertaruhkan untuk memenangi hati keluarga lelaki itu.

“Alah you jangan risaulah Erin. Keluarga I tak cerewet. Mereka terima saja siapa pilihan I asalkan I suka sudahlah. Lagipun father I dah lama meninggal. I anak tunggal. Mother I pula asyik tak sihat saja.”

“Oh you tak pernah bercerita dengan I pun yang mak you tak sihat.”

Selama ini lelaki itu jarang bercerita tentang latar belakang keluarganya. Bukan tidak ditanya namun lelaki itu sering mengelak bila disoal. Dia yang sedar dia tiada apa-apa hak ke atas lelaki itu lagi akhirnya menurutkan saja rentak lelaki itu.

“I tak mahu menyusahkan you.”

“Zafri I tak rasa susah pun, malah I rasa gembira dan rasa lebih dihargai sebab you sudi berkongsi rasa peribadi dengan I. Berjanji dengan I lepas ni you tak akan rahsiakan apa-apa lagi dengan I ya? Kitakan bakal hidup bersama, kalau boleh biarlah kita kongsi susah senang bersama.”

“Ok I janji.” Jawab lelaki itu pendek sambil menghadiahkan senyum manisnya. Terserlah lesung pipit yang terdapat di kedua belah pipinya itu.

“Hah macam nilah bakal suami I.” Lily Serina mencuit sedikit dagu lelaki itu.

“So bila I boleh jumpa keluarga you Erin?”

“Amboi macam tak sabarnya gaya you.”

“Mestilah. I dah tak sabar nak hidup dengan you tau.”

“Bila I dah jumpa your mumlah Zaf. I nak juga kenal dengan bakal mentua I.”

“Ok esok I bawa you jumpa mother I.” Putus lelaki itu.

“Wow cepatnya.” Lily Serina sedikit terkejut.

“Haha kenapa pula Erin?”

“Errr tiba-tiba I rasa seram sejuk. Berdebar-debar.”

“Jangan risau. Mother I tak makan manusia.”

“Memanglah… tapi I tetap seram sejuklah. Nak jumpa bakal mak mentualah katakan.”

“Tak ada apalah, atau….”

“Atau apa Zafri?”

“You nak jumpa lepas ni ok juga. Mother I free hari ni.”

“Zafri!” Terbeliak matanya dan lelaki itu hanya ketawa besar bila melihat reaksinya. Bahagia menerjah segenap perasaannya walaupun seperti terlalu mendadak tapi entah mengapa dia merasakan yang dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Isteri kepada lelaki yang berada di sisinya itu.

Agaknya bagaimana nanti penerimaan kedua orang tuaku kalau mendengar berita ini? Setujukah mereka dengan lelaki pilihan aku ni? Ada halangan tak mereka? Bagaimana pula nanti dengan kakak? Tak kisahkah dia kalau aku melangkaui dia? Mendahului dia?

“Eh you diam ni kenapa pula?”

“Tak ada apalah Zaf, tiba-tiba I rasa sangat nervous sampai tak tahu nak kata apa-apa. Kelu dah lidah ni.”

“Alah tak ada apalah you jangan risaulah…”

2 comments:

norihan mohd yusof said...

seram plak nk ngadap bakal mak mertua...dah siap sedia ker erin...tk sangka plak si erin nih upa2 nyer bekas playgirl...hehe ingt zaf yg playboy...hehe

adah firaisaa said...

lagi sis. hhehhehe.. kite ni malu kan asyik mintak je.. ahha.. tp xpuas la sis.. ehheehhe.. rse kejap jo. ekekekkeke....