iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Tuesday, November 24, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 6 ]



"Qish oh Qish, sudah-sudahlah tu oi main hujan tu.. nanti demamkan susah, tak dapat pergi kerja.. isk"

Suraya yang sedari tadi memerhati tingkah sahabatnya mula membebel bimbang, hai dia ni kan, macam orang duduk kat gurun sahara saja tau, macam tak pernah jumpa hujan, pantang ada peluang mesti nak main hujan, ke mak dia dulu lahirkan dia waktu hujan turun, isk pening kepala aku dengan perangainya, bukan main suka dengan hujan, matanya masih tak lepas memandang ke arah tingkah sahabatnya itu, memerhati Balqish yang nampak riang sekali, menari entah apa-apa rentaknya pun dia tak tau. Ceh kalau hujan bukan main suka, tapi bila ada petir dialah yang paling penakut sekali... isy tak faham aku budak ni.

Pulang dari pejabat tadi, hampir separuh jalan, hujan pula turun, pada mulanya agak renyai-renyai tapi semakin lama semakin lebat, dan Balqish sampai sahaja di perkarangan rumah sewa mereka, terus sahaja meredah hujan lebat itu, tak peduli jiran-jiran yang melihat perlakuannya, dia membiarkan tubuhnya dibasahi air hujan itu, membiarkan air matanya mengalir bersama hujan yang turun itu. Dia tidak mahu Suraya sedar akan kesedihannya, dia tidak mahu Suraya melihat dia menangis.

Memang dari pejabat tadi dia menahan air matanya dari terus tumpah . Sebabnya hanya satu, Haizam, ya Haizam lelaki yang berjaya mencuri hatinya dan berjaya meremukkan hatinya tadi, dia memang diibaratkan bertepuk sebelah tangan saja tapi dia tidak peduli, kalau hati dah sedih buat apa nak disimpankan? lama-lama sendiri yang sakitkan? kalau rasa-rasa nak menangis buat apa nak tahankan? menangis sajalah, biar terkeluar sekali luka yang ditanggung, biar hilang sekali sakit yang ditahan bersama air mata itu, biar pergi sekali kecewa yang dipendamkan. Dia menangis sepuas-puasnya hatinya tanpa esakan tanpa bunyi hanya air mata bisu yang mengalir lebat selebat hujan yang sedang turun kini.

Lama dia berkelakuan begitu, sehinggalah tubuhnya terasa sedikit menggigil, barulah dia masuk kedalam rumah, dan Suraya apa lagi, seronok membebeli dirinya, katanya mengalahkan anak jiran, dirinya itu, mereka pun tak tahu main hujan dan dia hanya tersenyum menayang gigi, cuba menyembunyikan rasa gundah hatinya yang berlagu sendu kini.

****************

Dia termenung panjang, masih memikirkan hala tuju hubungannya dengan Sally, ikutkan rasa hatinya memangnya dia sudah tawar hati dengan gadis itu semenjak peristiwa itu, tentang lepas laku gadis itu, fikirnya andainya dia memaafkan gadis itu menerima gadis itu kembali, hubungan mereka mungkin boleh belangsung seperti biasa, seperti sedia kala, tapi terus terang dia tidak mampu, dia tidak mahu menipu perasaannya, menipu hatinya, dia tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit, menipu dirinya dan menipu Sally.

Mujurlah Syeryle ke luar negara kerana memenuhi tuntutan kerjanya, kalau tidak mungkin hidupnya bertambah kucar-kacir dengan perangai gadis itu pula, pening-pening-pening, inilah risikonya kalau nak jadi mat romeo Niel, heh tahan sajalah kan, hidup tanpa perempuan ni macam tak ada makna saja rasanya tau, sebab mereka ni kaum yang paling beremosi, bila emosi mereka memuncak, macam-macam hal boleh jadi.

Akhir-akhir ini mummynya begitu seronok mendesaknya menamatkan zaman bujangnya walaupun berkali dia menerangkan dia masih muda, tapi mummynya kata dia dengan daddynya dulu pun berkahwin muda, yelah mereka yang berkahwin muda takkan nak suruh aku jadi macam mereka? belum puas enjoy dah kena dukung anak, layan isteri, huarggh tak sanggup aku, banyak benda lagi yang boleh aku lakukan daripada menjadi seorang ketua keluarga, suami dan juga ayah....

"Niel, mummy rasa Suhail tu calon yang paling layak dengan kamu, jadi isteri kamu, bolehlah bantu hidup kamu yang sedikit terumbang ambing, kucar-kacir tak terurus tu.."

"Tapi mummy saya tak suka dia, saya tak cintakan dia macam mana nak jadikan dia isteri Niel? lagi pun saya dah ada pilihan hati saya sendiri"

"Alah...kamu ni, sekarang memanglah kamu tak sukakan dia, tak cintakan dia, tapi bila kamu dah hidup bersama nanti, dah saling kenal hati budi masing-masing, mummy yakin mesti kamu boleh terima dirinya, entah-entah nanti nak berenggang seminit pun tak boleh.. macam kami ni.."

"Bosanlah... mummy ni, kita dahlah tak kenal siapa dia tu sebenarnya, janganlah puji dia melambung sangat, kadang-kadang orang yang nampak baik sopan santun nilah yang paling bahaya tau daddy.."

"Habis kamu nak samakan Suhail tu dengan teman-teman wanita kamu yang lainlah ya? yang pakai baju serupa tak pakai baju ? isk.. apalah nak jadi dengan kamu ni, budak tu punyalah baik dengan daddy dan mummy, hormat dengan orang tua-tua, solat tak tinggal, menjaga pergaulan.. bla.. bla.. pot..pet..pot..pet..." Tan Sri Darwish pula menyambung bebelan mummynya, hisy 2x5 saja mereka ni, sama saja pemikirannya.

Alahai, yelah tu , kalau hati dah suka, semua nampak baik kan? nampak sempurna, puji pun melambung-lambung, dia mengomel bengang..

"Dahlah mummy, daddy, boringlah, balik-balik benda yang sama yang diulang, kalau macam nilah gayanya, malaslah Niel nak balik sini selalu.. bosan tau.." Kunci kereta di capainya, hai kita balik sini ingat nak legakan sikit sesak dalam kepala otak ni, tapi nampaknya bertambah sesak siap berserabut sekali.. tak faham aku dengan mereka ni, nak dilawan, mummy dengan daddy aku, nanti kata anak derhaka, jahat-jahat aku ni, orang tua aku adalah yang terlalu sensitif sekali, tak boleh buat main.. dia mendengus.

"Hah tengok tu, kita cakap sikit saja, mulalah bosan, tu nak kemana pulalah nak merewangnya tu..isk.. sabar sajalah dengan anak yang seorang ni, nasib satu saja tapi ini pun dah cukup memeningkan kepala siap migrain sekali, alahai.. anak.."

"Hah kamu jangan lupa, jumpa client kita di johor minggu ni, apa-apa nanti kamu tanya Zairyn, daddy dah suruh dia uruskan semuanya, jangan malukan daddy pulak nanti,"

"Yelah Niel tau tu, masih belum lupa lagi ingatan ni, berapa kali nak ingatkan.." jawabnya sambil jari menunjukkan kearah kepalanya.


***************

Achhoooo...!!! entah yang ke berapa kalinya dia bersin dia pun tak ingat, dia menggigil kesejukan.. itulah orang cakap tak mahu dengar, padan muka diri sendiri, bisiknya perlahan.. adeyy demam-demam macam ni rindu pula pada mak, dia mengeluh.

"Qish minum milo ni.." Suraya menghulurkan segelas milo panas kepadanya, wajahnya terlukis bimbang, tangannya dipanjangkan untuk mendemah dahi Balqish, panasnya... isy

" tulah cakap orang tak mau dengar, kan dah demam, degil begitulah" dia membebel perlahan.

Balqish tersenyum mendengarnya, hai macam orang tualah dia ni, membebel sajalah.. tiba-tiba dia rasa sayu pula..

"Qish kita pergi kliniklah ek?" pujuknya lagi masih tak putus asa, macamlah dia tak tahu yang temannya itu takut dengan klinik, bau ubat pun dah rasa nak muntah..

"Tak naklah, aku ok ni kejap lagi oklah.. bangun tidur nanti sure aku rasa sihat.. don't worry ok, kau pergilah tidur, dah lewat ni, esokkan kerja, nanti lewat pula bangunnya.." dia tak mahu membimbangkan Suraya dengan keadaannya kini

"Kau ni degillah Qish, hisy badan kau panas sangat ni,.."

"Please Su, aku nak rehat.. tolong jangan paksa aku, kalau kau sayangkan aku," pohonnya, memang dia rasa lemah, segalanya sakit, kepala rasa nak pecah..huhuhu mak saya rindu mak.. air mata bergenang tiba-tiba, hai time sakit macam ni memang manja, sikit-sikit air mata nak tumpah..

Kalau dulu waktu-waktu demam begini, maklah yang paling risau, paling bimbang dan yang paling dia ingat setiap kali dia tersentak terjaga dari lenanya dek kerana kepanasan yang membahang, mak mesti ada sentiasa disisinya menjaganya, dia tau walau penat macam mana pun, mak mesti sedaya upaya cuba menyembuhkan demamnya, dengan air yang telah didoakan oleh datuknya, air itulah yang disapu ketubuhnya untuk menghilangkan panas badannya, kini.... tiada lagi mak, tiada lagi air jampian datuknya... yang ada cuma Suraya temannya yang sedang digayut risau....

"Qish kau menangis?? kau sakit sangat ke? kita pergi klinik ya? aku boleh call tunang aku, minta tolong dia hantarkan, mahu?" dia risau, melihat air matanya temannya mengalir, sungguh belum pernah sepanjang mereka berteman dia melihat Balqish menangis, sebab temannya itu tabah orangnya...

"Tak... aku ok, tak payah susahkan dia Su, dah lewat malam ni..." dia mengeleng lemah.. terasa jari jemarinya digenggam oleh Suraya, gadis itu masih lagi setia disisinya, sekali-sekali mengelap tubuhnya dengan tuala basah, mengurangkan kepanasannya..... dia tidak tahu sampai bila sehinggalah dia terlena pun gadis itu masih lagi setia berada disisinya.. terima kasih teman..


*************

Hingar bingar suasana tika ini, dengan bunyi muzik berdentam dentum... dia pun tak tahu kenapa dia mesti berada disitu.. dia hairan kenapa bila rasa serabut, tempat nilah yang mesti dicari? sedangkan bukannya ada ketenangan di sini, yang ada bau hapak asap rokok dan bau air kencing syaitan... pelik sungguh manusia ni kan? sering kali mengambil jalan mudah untuk melupakan masalah sendiri.

Dia mengeluh, gelas yang telah berisi semula diteguk airnya, sekali nafas isinya kering, dia tak ingat ini kali yang keberapa, yang penting segala resahnya hilang. Badan mula rasa melayang, perasaan tiba-tiba rasa ingin menari... dia menari macam orang kurang waras, berdiri pun tidak stabil...ah... siapa peduli tentang semua ini? yang penting kita enjoy dan lupakan segala masalah...betul tak? aku muda lagi, tak perlu nak fikir halal haramnya, nanti dah tua aku buat amal banyak-banyak...errr tapi sempatkah aku tua kalau dengan gaya hidup begini?? entahlah..lantaklah.. Niel kau ni dah hilang akal ke? asyik fikir bukan-bukan saja..

Dia menari, bertukar-tukar pasangan ikut mana yang dia suka, heh rasa seronok yang mula terbit ditambah pula dengan mabuk yang mula menguasai diri... dia lupa segalanya, rasa malu, moraliti segalanya terbang melayang, dengan siapa saja dia rasa ingin berkucupan, semuanya di diredahnya, memang patut pun islam menghalang arak itu, sebab araklah boleh menjatuhkan gahnya martabat seseorang tu, seperti dia, yang layu dengan pelukan syaitan, lupa segala ajaran mummy dan daddy, lenyap segalanya dek asakan nafsu, nikmat yang sementara...

"Hidup ni sekejap saja, rugi kalau kita biarkan ia berlalu dengan begitu saja, betul tak kawan..." Raimon Tan temannya berbisik ke telinganya, dan dia yang separa mabuk hanya menganggukkan kepala ketawa terbahak-bahak, seronok...dengan sebotol arak di tangannya... Daniel, Daniel....

*************

"Selamat pagi...apa kau rasa sekarang ni?" ucap Suraya kepadanya seraya dia membuka matanya, kepala masih terasa berat.. dia terpinga-pinga, pukul berapa sekarang ni ek? soal hatinya, gosh...!! aku ada meeting pagi ni, dia bingkas bangun tapi terbaring semula seketika kemudian akibat dihalang oleh Suraya...

"Kau nak ke mana ni Qish? aku dah apply kan cuti untuk kau.." beritahu temannya, dan dia yang masih agak mamai hanya memandang temannya terkebil-kebil..

"Are you alright Balqish???" soal Suraya sambil melambai-lambai tangannya ke wajah Balqish, hisy risau pulak aku tengok dia ni.. terping-pinga, terkebil-kebil macam orang hilang ingatan isk..

"Aaa...aku ok... eh..kau tak pergi kerja ke Su? dah pukul berapa ni?.." dia bertanya hairan, dilihatnya di luar matahari sudah agak tinggi, tapi Suraya temannya itu masih lagi belum bersiap untuk ke pejabat.

"Aku cuti hari ni, nak jaga kau," selamba saja wajahnya memberitahu.

"Hah...aku dah ok ni Su, aku susahkan kau lagi..." dia mengeluh, kesal dengan keadaan dirinya itu..

"Alah...rileklah tak ada susahnya, kita kan kawan, kawan bukan waktu senang saja tau, waktu susah pun mesti sama-sama, dah pergi mandi, aku dah siapkan air panas untuk kau, lepas tu kita breakfast ek..."

"alahai ni yang buat aku touching ni dengan ayat-ayat kau ni Su, huhu... nanti kalau kau dah berkahwin, siapalah yang jadi teman aku ni..." bergenang pula air mata ni..isy..dia menggetap bibir.

"Dah-dah... jangan nak hujan pagi ni, errr... malam tadi kau tidur meracau, mungkin panas sangat kot, risau aku..."

"Meracau? aku cakap apa Su?" hairan...rasanya aku tidur dengan tenang malam tadi..dia menggaru-garu kepalanya yang tak berapa nak gatal itu.

"Entahlah... macam kau panggil seseorang.. tapi tak jelas sangatlah...eh..eh dah pergi mandi.. busuklah..." ujar Suraya seraya menutup hidung mengusik dirinya.. Balqish tertawa kecil dengan usikan temannya itu, agak-agaknya ada tak kawan yang sebaik kau selepas ni Su?? soal hatinya..

4 comments:

Sha said...

wohoo..
smbg la lagi..ngeEe..
xpuas plk bc evn dh ckp pnjg..

hana_aniz said...

curious la..
cm ne balgish leh terlibat dgn daniel nnt??
tangkap basah?

Nuril Bahanudin said...

ngeh3...
sabar ek hana..
dah dekat dah tu..
thanks sya[E] sllu mnjgh n v komen..

Anonymous said...

Besh2,=)'