iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Wednesday, December 9, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 10 ]


"Daddy hairanlah mummy.." luah Tan Sri Darwish tatkala mereka berdua sedang menikmati minum petang di halaman villa milik mereka itu. Puan Sri Nuha terhenti mengunyah popia goreng dan pandangannya kini di fokuskan kepada suamiummunya itu.

"Hairan pasal apa tu daddy?"

"Yalah pasal anak kita si Daniel tulah yang oi, perangai dia banyak berubah kat pejabat tu, biasanya jarang nak datang kerja awal-awal pagi, kalau datang awal pun mukanya selalu macam orang tak cukup tidur je kadang tu gayanya, tapi akhir-akhir ni lain pulak, dia dah berubah ke? hairan pulak rasanya daddy ni"

"Alah dia nak berubahlah tu daddy, baguslah kalau begitu lagipun kan dia dah dewasa, agak-agaknya dia dah sedia nak pikul tanggungjawab kot" Gembira Puan Sri Nuha mendengar apa yang yang diberitahu oleh suaminya, hai nampak gayanya ada peluang aku nak dapat menantu ni, dalam fikirannya sudah mula merangka-rangka rancangan itu dan ini.

"Hah yang mummy tersenyum-senyum sampai ke telingan tiba-tiba tu kenapa?" hairan bila melihat wajah si isteri ceria bercahaya tiba-tiba, ni mesti ada apa-apa yang dirancangnya dalam kepalanya tu.

"Daddy, kalau mummy nak ajak Adlynn dan family dia makan malam kat rumah kita hujung minggu ni boleh tak? lagi pun Niel dah balik dari outstation dah waktu tu, bolehlah suruh mereka bawak anak mereka Suhail sekali..mummy suka betul kalau kita dapat jadikan Suhail tu menantu kita, jadi isteri Niel tu, lega hati ini kalau semuanya jadi apa yang mummy harapkan.."

"Mummy ni tak habis-habis dengan si Suhail tu, ada sajalah agendanya nak satukan Daniel dengan budak tu, entah anak kita tu setuju atau tak walaupun dia dah agak berubah waktu ni itu belum bermakna dia nak dengan budak tu, kahwin dengan Suhail tu, entah-entah dia dah ada pilihan hati dia sendiri, manalah kita taukan, budak-budak sekarang ni kadang-kadang dalam diam mereka lebih laju dari kita ni.."

"Alah daddy, kita cubalah dulu, mana tau menjadi.. kalau kita nak harapkan anak kita tu yang mulakan, entah perempuan manalah yang dipilihnya buat isteri, silap-silap perempuan kelab malam mana entah yang diambiknya buat bini.. dia tu bukannya betul sangat, asal jumpa yang dahi licin sikit mulalah terliur.."

"Lagipun kalau Niel jadi dengan Suhail, kita dapatlah rapatkan lagi hubungan keluarga kita dengan keluarga dia, abang dengan Zakuan kan kawan baik, dan mummy dengan Adlynn pun kawan rapat..hai kalaulah diaorang tu jadi bersama mesti cucu-cucu kita comel-comel nanti kan daddy? hai tak sabarnya mummy nak nanti hari tu tiba.." memang dia tak sabar membayangkan saat-saat itu tiba dalam hidupnya, rasanya dah cukup lengkap hidup ini kalau hari itu jadi kenyataan.. Puan Sri Nuha tersenyum lebar mengenangkan anganan sendiri.

"Wah..wah.. dah jauh mummy berfikir ni, daddy pun tak pernah terfikir sampai kesitu.." ketawa kecil Tan Sri Darwish mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

"Alah daddy ni jahatlah.. mummy cakap benda yang betul tau,.."

"Ok-ok, ha.. mummy jemputlah mereka datang hujung minggu ni, nanti daddy bagitau si Niel tuak supaya balik sini dan tak ada program lain.." tak mahu mengusik lagi, karang isterinya merajuk teruk nak memujuk, bukan dia tak tahu perangai isterinya yang manja teramat, jiwa sensitif pulak tu.. janganlah kau dapat isteri macam mummy kau ni Niel, penat nanti.. teringat pula pada si anak.


******

Sudah 3 minggu usia perkahwinan mereka bermaksud sudah sebulan lebih peristiwa hitam itu berlalu, dirasakan tiada yang banyak berbeza tentang dirinya, dia masih seperti dulu, pergi kerja sendiri, memandu wolkwagen kesayangannya, tiada apa yang berubah, masih berkongsi menyewa dengan Suraya. Dan lelaki itu... ya lelaki yang berjaya membuatkan hidupnya kelam kabut, kucar kacir kini sudah 8 hari berada diluar negara, rasanya hari ni lelaki tu pulang, biarlah... dia tak suruh aku menjemputnya, pandai-pandailah dia nak balik sendiri.

"Balqish..." hisy dia ni sedar ke tidak, tidur ke apa, tapi mata celik je.. Haizam kehairanan rasanya suara aku dah cukup kuat tadi, dia mengomel geram.

"Balqish.. awak di situ atau dah terbang di mana-mana.." suaranya dikuatkan lagi volumenya sehingga Suraya yang berada di mejanya pun turut mengangkat wajah berkerut hairan. Apa kena dengan si Qish ni, tadi dekat rumah elok je cerianya. Dia bangun dari duduknya berjalan menghampiri temannya itu.

"Qish oh Qish" bahu temannya itu ditepuknya perlahan, entah fikir apalah ni.. hisy.

"Ha...aa ada apa Su.. terkejut aku tau, kot ia pun bagilah salam dulu ke, say hello ke, apa ke ni tak tiba-tiba saja terus tepuk bahu aku ni.." hisy terkejut aku, dia mengurut dadanya.

"Banyak kau punya terkejut, engkau ni angau ke apa dekat laki kau tu?? sampai tiba-tiba dah macam orang separa tak betul" soal Suraya perlahan di telinga Balqish, hisy semenjak kahwin asyik termenung sana termenung sini.

"Apa benda kau mengarut ni Su, tak ada maknanya aku nak fikir pasal dia, ha kau nak apa ni datang kat tempat aku, kacau jelah.. hisy.."

"Eleh mengarut konon, nak coverlah tu.. ngehehehe kalau kau tak ingatkan dia abis tu kau ingatkan apa sampai Encik Haizam panggil kau banyak kali pun kau buat tak dengar saja??" soal Suraya mula mengorek rahsia membuatkan Balqish terpinga-pinga, eh ada ke Encik Haizam panggil aku tadi?? kenapa macam aku tak dengar apa-apa, biar betul!

"Hah bos ada panggil aku ke? kenapa macam aku tak dengar apa-apa tadi Su?, ke... eh kau saja nak kenakan aku ek?" Budak Suraya ni bukannya betul sangat ada saja caranya nak kenakan aku ni, kalau tak mengusik aku satu hari tak sah bagi dia.

"Oitt tak ada maknanya aku nak kenakan kau, tu kau tengok tu Encik Haizam dah siao=p bercekak pinggang kat depan pintu bilik dia tu, bengang agaknya panggil kau dari tadi tapi kau buat bodoh je.. ayoo aku tak tahu dia nak mengamuk tu" sengaja dia membuat mimik muka untuk menambahkan kerisauan dalam diri Balqish itu.


Balqish terkejut, pantas pandangan matanya dihalakan kearah yang ditunjukkan oleh Suraya, gulp matilah aku apa yang dia nak dari aku ni..pantas dia bangun menuju ke arah bilik pejabat lelaki itu.

Hehehe padan muka, tulah aku cakap betul-betul ada pula kata aku main-main, ha taupun menggelabah.. Suraya mengomel perlahan.

"Hai cik Balqish, awak ni kenapa saya panggil dari tadi langsung tak dengar, berapa lama tak servis telinga tu?" Haizam bertanya, huh nasib baik aku ni masih sabar kalau tak mahu aku guna mic biar satu office eh bukan biar satu bangunan ni dengar yang aku ni panggil dia.

"Err maaf encik, saya tak dengar tadi.." sebelum lelaki ni mula marah baik mintak maaf cepat-cepat, wajah lelaki itu direnung konon-kononnya buat muka kesian biar lelaki tu tak jadi nak marah.

"Awak fikir apa Balqish? akhir-akhir ni saya tengok awak lain macam je? tak ceria macam selalu, awak ada masalah ke? kalau awak rasa tak ada orang yang awak nak kongsikan awak boleh kongsikan dengan saya, yelah manalah tau saya boleh tolong awak ke" hairan juga dengan staff yang satu ni, biasanya celoteh dia dah cukup menghuru harakan department ni..

"Err tak ada apa-apalah encik, saya ok je ni, kalau masalah tu insyaALLAH saya masih lagi boleh selesaikan sendiri.. ada apa encik panggil saya ni?" cepat-cepat dia mengalihkan topik sebelum dirinya menjadi topik utama perbualan mereka.

"Ops hampir saya terlupa, hujung minggu depan company kita nak buat perlawanan persahabatan setiap department, alah seperti biasa kita lawan bowling, tempatnya di One Utama, nanti awak uruskan berapa banyak kos perbelanjaan kita,"

"Ok boss, beres.." dalam otaknya sudah mula berkira-kira dengan apa yang perlu dibuatnya nanti.

Haizam hanya memerhati, tersenyum.. satu yang disukai tengang perangai Balqish ialah gadis itu sentiasa komited dengan kerjanya dan punya keyakinan diri. Harap semuanya berjalan lancar nanti.

"Oh ya Balqish, awak juga boleh bincang dengan saya kalau awak ada apa-apa lagi nak tambah tentang program kita ni.."

Dia hanya mengangguk pantas,

"Saya mintak diri dulu encik, apa-apa hal nanti saya bincang dengan encik"

"Lagi satu sebelum terlupa, t-shirt saya dah suruh Suraya uruskan nanti awak boleh tanya dekat dia tentang perkembangannya.."

"Ok.." kakinya di atur keluar dari pejabat lelakinya, namun dia tak sedar lelaki itu masih lagi tak lepas-lepas memerhatikan segala tingkahnya.

Hai kenapalah awak ni Balqish, sakit ke? muka nampak macam tak bermaya saja, atau aku bagi kau terkanan kerja teruk sangat. Diam saja akhir-akhir ini, ada masalah, gaduh dengan kekasih hati mungkin.. tapi siapa kekasihnya? aku tak pernah nampak pun sebelum-sebelum ni? dia mengeluh hairan.. hisy yang aku ni risaukan dia lebih-lebih kenapa? dia cuma staff aku bukannya kekasih aku pun.

*****

Sampai juga aku.. sakitnya pinggang aku ni, flight lama sangat.. dia menggeliat membetulkan urat-urat pinggang yang dirasakan sedikit menegang itu. Lapar pulak perut ni, hai mana pulak si Raimond ni, aku suruh jemput pukul berapa ni batang hidung pun tak nampak-nampak dari tadi. Matanya melilau ke kiri dan kanan mencari kelibat wajah yang dicari tapi tiada. Haisy ke mana pulak perginya dia ni, susah betullahh nak tepat pada waktu, kalau macam nilah gayanya lebih baik aku naik cab saja.. dia mendengus, bagasinya disorong laju di tengah kesibukan manusia yang masing-masing ada arah yang ingin dituju.

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari arah belakang.. dia tersentak sedikit terkejut.

"Sorry bro, aku lambat, huhu jalan jam tadi.."

"Iyalah kau, ada sajalah alasannya macam aku tak tahu pula yang kau tu selalu lambat, dahlah jomlah cepat, perut aku dah lapar sangat ni siap keluar bunyi-bunyi lagi dah ni.." bagasinya dihulur kearah Raimond..

"Bawak.. hukuman kau sebab kau lambat.. hehe.."

"Aik boleh pulak gitu, aku tak sengaja tau, kira ok jugak aku datang ni walaupun lambat sikit.."

"Tak ada.. bawak sajalah, banyak bunyilah kau ni.. er bak sini kunci kereta, aku nak drive.." pintanya kepada temannya, banyak tanya sungguh dia ni.

"Oii mana boleh tu kereta baru aku, biar aku yang drive sendiri.." tak sempat Raimond nak kata apa, kunci keretanya sudah berada di tangan temannya itu. Hai kawan punya hal kenalah bagi jugak..

"So macam mana kau dengan wife kau?" Raimond bertanya tiba-tiba ketika dia sedang asyik menikmati makan tengaharinya itu.

Lagi-lagi hal perempuan tu jugak nak dibangkitkan, dia meneruskan suapanya malas melayan pertanyaan temannya itu.

"Eii aku tanya ni kau boleh pulak buat tak dengar je.."

"Kau nak tahu pasal apa Ray? kitaorang ok, macam dululah jugak, dia dengan life dia aku dengan life akulah, sendiri-sendiri tak masuk campur urusan masing-masing.." dia menjawab acuh tak acuh.

"Ni kau balik hari ni dia tahu tak?"

"Entah.. hari tu aku ada juga kata yang aku balik hari ni, tak taulah kalau dia ingat ke tidak, ah lantaklah lagi pun kami bukan kahwin atas dasar cinta ke apa, tugas aku hanya nikahi dia, itu saja, hidup aku urusan aku, dia tak perlu tahu pun tak apa rasanya, bukannya penting buat dia pun."

"Boleh pulak macam tu ek? kalau kau tak sukakan dia kau ceraikan dia, selesai satu masalah dan hidup kau akan bebas macam dulu balik, tak serabut macam ni.." dia memberi cadangan, yalah kalau tak cinta kenapa mesti hidup bersama, itukan hipokrit namanya.

"Dia tak pernah pun mintak aku lepaskan dia macam mana aku nak lepaskan dia, aku nikan ada ego, lagi pun siapa yang mulakan dulu semua ni kan? dia juga kan..?"

"Payahlah kau ni, penuh sangat dengan egonya, itulah inilah.. tapi kau kena ingat kalau mummy kau tahu lagi haru jadinya nanti, waktu barulah kau terfikir betapa bernasnya cadangan aku ni"

"Alah itu pandai-pandailah aku uruskan.. kau jangan risaulah ya.. kalau apa-apa jadi pun aku tak akan libatkan nama kau nanti sama sekali.." telefon bimbitnya berbunyi tiba-tiba mematikan bicaranya. Siapa pulak yang call ni, kacaulah.. nombor yang tertera di skrinnya di perhatinya.. Hisy daddy ni macam tau-tau saja aku dah sampai Malaysia, apalah yang dia nak dari aku ni..

"Hello.." dia menjawab.

"Hello, hah kamu dah sampai ke tu Niel?"

"Baru je ni daddy, tengah lunch.. ada apa daddy call ni? macam ada hal mustahak je?" dia menyoal

"Tak adalah yang penting sangat, hujung minggu ni jangan ke mana-mana, balik sini, mummy nak buat makan-makan, jemput kawan dia datang sekali.."

"Alah lecehlah mummy ni, tengoklah macam mana, kalau tak ada hal Niel balik sana, lagi pun kalau Niel tak ada pun tak apa kan?"

"Jangan nak mengada, kalau kamu nak tengok mummy kamu tu tarik muka 14 kamu buatlah perangai.." Tan Sri Darwish memberi amaran.

"Tengoklah nanti.. ok ek daddy.." terus memutuskan talian, lagi lama mereka berbual lagi panjang pula yang keluar dari mulut daddynya nanti.

Dia melepaskan keluhan berat, hai entah apa pulalah yang dirancang oleh mummy kali ni, hatinya berat menyatakan ada sesuatu agenda yang cuba dilakukan oleh mummynya itu kali ini. hisy..

4 comments:

Kiara said...

best,,
continue ye =)

hana_aniz said...

tak saba tggu daniel dgn balqish bercinta..
huhuhu..

Sha said...

nk lagi...heee...
nk tau sal qish n niel plk..

suriyani said...

salam nuril..
telmbt lak kali ni..
pe2 pn mmg bes la..!!
keep on writing..