iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Wednesday, December 16, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 12 ]


Zila merengus geram, hai manalah dia ni, call tak berangkat, mesej pun tak berbalas.. Hairan sungguh kenapa akhir-akhir ini Daniel jarang berhubung dengan aku ek? aku ada buat salah dengan dia ke? ke atau dia dah mula nak beralih arah, dah temui perempuan yang lebih lawa dari aku ke? mungkin.. boleh jadi begitu, yalah mamat tu bukannya betul sangat, kaki perempuan, pantang nampak gadis cantik semua nak di tacklenya.

Butang-butang di telefon bimbitnya di tekan geram, nombor lelaki itu didail sekali lagi tapi seperti tadi tidak berjawab semuanya terus ke peti simpanan suara. Hisy geramnya.

Ah susah sangat aku pergi saja ke rumah dia, bukannya aku tak biasa ke rumah dia, entah-entah masih tidur lagi yalah awal pagi ni, si Daniel tu bukannya jenis yang reti bangun awal walaupun pada hari kerja, maklumlah kerja syarikat bapa sendiri, ikut sukahati dialah nak datang pukul berapa, huh tak berdisiplin langsung.

Kunci kereta dicapainya terus menuju ke sebuah kereta BMW miliknya hadiah dari salah seorang bekas kekasihnya dulu. Hidup ini senang kalau pandai jaga wajah tempek saja make up tebal-tebal sure lelaki spesis berhidung belang mula cair dengan kita, heh lelaki stock buat sara diri untuk hidup mewah.

*****

Bunyi loceng pintu utama yang ditekan berkali-kali mengganggu lenanya.. hisy siapa pulaklah yang datang mengacau pagi-pagi ni.. ingat MC hari ni bolehlah bangun lambat sedikit.. dia mendengus, dengan mata yang masih terpejam berat untuk dibukakan dia duduk, tangannya pula menggaru-garu kepalanya yang tidak berapa gatal itu... orang tengah sedap-sedap mimpi hisy potong sajalah... Mamat ni pun satu tidur mati ke apa, punyalah kuat bunyi loceng tu dia boleh buat tak tahu saja..

"Sebentar..." dia menjerit meminta tetamu yang tak diundang itu menunggu seketika.

Setelah melihat wajahnya di cermin sepintas lalu, barulah dia menuju ke pintu utama membukanya dan memberi laluan kepada tetamu yang tidak diundang yang dikira semakin tidak sabar menunggu itu.

"Huh bukak pintu pun lembab... orang gaji apa kau ni?" Zila menengking geram, orang dahlah tengah panas hati dia saja lagi nak terhegeh-hegeh nak bagi aku tambah mengamuk ke apa.. dasar orang gaji, lembab macam labi-labi.. dia membebel geram dalam hati sambil merenung wajah Balqish yang masih terpisat-pisat. Orang gaji dari manalah yang si Daniel dapat ni, bangun pun meninggi hari macam Daniel juga.. hisy sesuai sangatlah tu.

Hoh....! aku dipanggilnya orang gaji?? banyak lawa mulut perempuan ni, langsung tak ada insurans, jangan salahkan aku kalau kau bisu lepas ni tau.. pagi-pagi lagi dah terpacak dekat rumah orang lelaki, lepas tu pakai baju tak cukup kain pula tu.. hai perempuan jenis apalah yang diminat si Daniel ni.. tak ada mata langsung nak menilai mana yang elok mana yang kurang, main tangkap muat saja.. dia mencebik menyampah, meluat semuanya ada ketika memandang tetamunya itu.

"Huh tepilah aku nak masuk.. Mana Daniel?" tanpa diajak tanpa dipelawa Zila terus melangkah masuk sedikit merempuh tubuhnya.. hampir terdorong.. Matanya melilau mencari kelibat Daniel.

Cit kurang asam jawa sungguh ini perempuan, entah adab dari manalah yang dia bawa ni.. harap muka saja lawa.. eh tapi lawa kalau setakat tempek make up buat apa, bukannya asli pun kena air habis luntur..

"Errr.. maaf cik.. tuan Daniel lagi tidur di kamar.." heh alang-alang kau panggil aku orang gajikan, boleh tahan juga aku cakap indonesia tak sia-sia aku tengok sinetron hari-hari.

"Ha... kalau begitu aku ke bilik dia sajalah.. alah aku dah biasa.." ujar Zila terus berlalu..

"Nanti cik.. Tuan Daniel bilang dia enggak mahu diganggu.. biar saya yang beritahu dia ya? lagian moodnya kurang baik.." belum sempat tetamunya kata apa, dia terus bingkas menuju ke bilik lelaki itu, sebelum tawanya yang ditahan hampir terburai... huh jangan harap aku akan membenarkan sebarang maksiat berlaku di rumah ni walaupun ini bukan rumah aku pun, aku tak mahu menanggung dosa subahat tau.

Tombol pintu bilik lelaki itu dipulas geram.. huh naik patah jari aku ni mengetuk pintu, dia ni tidur mati sungguh.. dia bersungut geram.

Ya ALLAH.. ni bilik ke sarang tikus, tidur buas mengalahkan budak-budak dengan bantalnya tergolek-golek atas lantai.

"Awak.. oh awaknya.. "

"Ermmm.." dia menggeliat.. siap tarik lagi kain selimut biar tutup seluruh tubuh..

"Eh.. eh lagi kita kejut dia lagi dia tarik selimut.. aku cepuk juga dia ni dengan bantal ni karang.." ditariknya geran selimut milik lelaki itu.. huh dah nak jadi papa orang pun perangai macam budak-budak.

"Bangunlah awaknya oi.. awak ada tetamu tu.."

"Hurmm aku mengantuk ni, kau suruh sajalah dia datang lain kali.." matanya dipejam kembali terus.. krohh.. krohhh...ZzzzZZzz..

Hampeh.. oh tak nak bangun ya... ok sekejap ya.. matanya di jeling kiri kanan, ternampak senaskah majalah, hehehe.. jaga kau ek.. majalah itu dicapainya dan digulungnya kemudian didekatkan kepada telinga lelaki itu..

"Awakkkkkknyaaaaaaa....... bangunlah...!!!" kejut elok-elok tak nak dengar sekarang rasakan jeritan suaraku yang lemak lagi merdu ini..

Daniel terus terduduk.. bingit telinganya, matanya yang tadi berat tertutup kini terbuka luas, sambil mengosok-gosok telinganya yang masih berdesing, mulutnya membebel geram.

"Qish.. kau ni memang sengajakan nak buat aku marahkan pagi-pagi ni.." dia mendengus geram..

"Dah saya kejut awak elok-elok lagi awak tarik selimut adalah, so terpaksalah saya guna cara begitu, lain kali orang kejut terus bangun, tu ha... girlfriend awak datang tu, dah lama tunggu dekat bawah tu, saya rasakan muncung dia tu dah boleh buat tempat untuk menyangkut baju awak yang bersepah-sepah tu.." teringat pada wajah Zila yang masam mencuka bila disuruh menunggu sementara dia memanggil Daniel tadi.

"Qish aku nak tanya sikitlah.." tiba-tiba terlintas dihati ingin mengusik Balqish..

"Apa dia?" hairan tiba-tiba nak tanya aku.

"Kau ni keturunan murai ke hah? mulut tu kan macam murai, tak henti-henti nak berkicau, pot pet pot pet, macam mak nenek pun ada juga.."

"Heh awak ni kan, saya rasa memang masih mamai lagi ni, awak nak saya jiruskan awak dengan air pula ke? manusia dengan murai pun tak pandai beza, rabun ke apa? hah kalau rabun pakailah spek mata.. hisy" saja nak kenakan akulah tu.. kita tengok siapa yang terkena balik.

Erkk.. aku yang terkena balik, Daniel terkedu..

"Dah-dah tak nak bertekak dengan kau, aku nak tukar baju ni, baik kau keluar dari bilik aku ni.. oh ya nanti kalau kau rajin kau kemaskan bilik aku ni ek.."

"Amboi banyak lawa muka awak, ingat saya orang gaji awak ke apa? dahlah kawan awak tadi kata saya ni orang gaji awak, ada ke patut saya yang comel, cun ni dikatakan orang gaji.. tak ada mata ke apa entah "

"Hah.. dia panggil kau orang gaji?? hehehe memang patut pun.. " Daniel tertawa terbahak-bahak menggelakkan dia.

Ceh tak guna, bukan nak bela kita, lagi dia gelakkan aku adalah..

"Dahlah.. tak nak kawan awak.. menyampah.. pergilah layan girlfriend awak minah saleh celup tepung tu.."

"Aikkk.. marah ke? tulah lain kali sebelum nak jumpa tetamu, sila-silalah sikat rambut anda tu, kalau tak, tak pasal-pasal anda akan dikatakan pembantu dirumah saya ni merangkap orang gaji aku.. padan muka kau.."

Ceh ayat dia ni memang ayat budak-budak tak matang langsung, aku tak tahu macam manalah dia boleh jadi papa yang baik pada anak aku ni nanti.. hai pasrah redha sajalah aku. Err berapa ya umur dia?? aku lupalah.

*********

"Sayang....! uwekkk...!!" menyembur air nescafe 0 yang baru diteguknya itu, basah habis baju yang baru dibeli dari Italy itu, dan Daniel yang berada disisinya juga turut terkena tempiasnya.

"Uikk.. you ni kenapa? minum macam budak-budak ni.." Daniel bertanya hairan.

"You cubalah minum air yang maid you buatkan tu.. agaknya dia rabun kot, tak pun bingai.. garam dengan gula pun tak pandai nak bezakan.." dia mengesat mulutnya dengan tisu yang terdapat disitu, masih terasa kemasinan di tekaknya.

Balqish yang berada di sebalik dinding dapur terasa nak ketawa.. padan muka kau perempuan, kata orang rabun dia yang rabun tak sedar pula, .. I nak nescafe 0, tak mahu letak gula tau.. dia mencebik-cebik mengajuk gaya percakapan wanita itu tadi.. ya aku memang tak letak gula pun tapi aku letak garam... sebab kau tak kata pun tak mahu letak garamkan tadi.. kehkehkeh..

Hai si Balqish ni ada-ada sajalah benda yang nak dibuatnya.. tapi betul ke? atau si Zila saja-saja nak mengada-ngada dengan aku.. Daniel masih lagi separuh tak percaya dengan kata Zila itu.. ah susah-susah apa kata aku rasa sendiri air ni. Dicapainya cawan yang telah siap dituang air nescafe itu, dan perlahan-lahan di bawa ke mulutnya... diteguk lambat-lambat...

"Balqish!!!...." tu dia, dia ni nak bagi aku kena darah tinggi ke apa, kot iya pun tak sukakan si Zila ni datang, janganlah kenakan aku sekali.. Dia bingkas bangun mencari kelibat isteri tercinta.. ceh tercinta ke? buat aku bertambah pening kepala buat tekanan darah aku naik adalah.. oh God kenapalah aku mesti dapat dia ni sebagai isteri aku, lama-lama macam ni, boleh mental aku jadinya.

"Hai menung apa tu awak" tegur Balqish yang sedang berdiri disisinya sambil menghulur mug berisi air milo panas kepadanya ketika dia sedang asyik melayan mindanya walaupun matanya konon-konon mengahadap tv tapi sebenarnya perasaannya langsung tak fokus disitu.

Wajah itu dipandangnya, dilihatnya wajah itu sedikit pun tak terukir rasa bersalah.. hisy tak faham aku dengan dia ni.. lama matanya jatuh pada huluran mug tersebut.. berat hati ingin menerimanya takut perkara siang tadi berlaku lagi dan dia pasti teramat pasti selepas ini Zila pasti serik berkunjung ke sini lagi.

"Lah yang awak pandang saja kenapa? ambillah.. tak sudi ke? atau awak takut saya letak garam lagi macam siang tadi.."

"Hisy... mana ada aku takut.." cepat-cepat mug itu digapainya dari tangan Balqish.. heh sikit pun aku tak takut tau..

Siang tadi teruk Balqish dileterinya, dan yang pasti mulut comel itu ada sajalah jawapannya walaupun jawapan yang keluar dari bibirnya bukan jawapan yang bernas..

"Dia tak kata pun tak mahu letak garam awak, so saya letaklah garam.."

"Mana ada orang buat air letak garam.. isy kau ni tak fikir langsunglah.."

"Saya just nak kenakan dia saja, sebab dia panggil saya maid.. eh kenapa pulak awak beria-ria back up dia.." Balqish menyoal hairan.. sebab perempuan tu girlfriend dia kot tu yang dia marah benar.

"Kau nak kenakan dia tapi aku pun terkena sekali.. sengallah kau ni.."

"Oh patutlah awak marah ya? saya memang nak kenakan awak sekali sebab awak gelakkan saya tadi.." selamba dia menjawab, langsung tak ada rasa bersalah dalam nadanya.

"Tengok tu tadi kata nak kenakan dia, ni kau kata nak kenakan aku sekali, mana satu betul ni? cakap berbelit-belit macam ular sawa.."

"Senang cerita dua-dualah awak.." dia terus berlalu, namun sempat dia memberi isyarat ibu jari kepada lelaki itu.. padan muka..

"Dasar orang gaji tak tahu diuntung, lain yang disuruh, lain yang dibuat.." Zila yang baru muncul dari sebalik pintu dengan perasaan berang terus memarahinya, terus mati langkahnya.

"Siapa orang gaji di sini?" Balqish bertanya dengan senyuman mengejek. Tercengang Zila mendengar kata Balqish itu, langsung tiada pelat indonesianya seperti tadi.

"Lain kali sebelum kata orang tengok diri sendiri dulu.. sesedap saja panggil orang, orang gaji, apa awak dulu tak sekolah ke apa?"

"Argghh.. kau.. kau.. sengaja nak kenakan aku.. Daniel.. tak kan you nak diam saja.." siap hentak-hentak kaki lagi macam budak-budak minta gula-gula.

Alahai gediknya kau perempuan nak perhatian lah tu.. dia mencebik melihat tingkah Zila itu.

"Zila, I rasa baik you balik dululah, lagi pun you bukan ada hal penting pun nak jumpa I kan?"

"I tak nak balik selagi dia tidak minta maaf dengan I.." dia memeluk tubuh, yakin Daniel akan menyebelahi dirinya tika ini.

Daniel mula geram, wajah Balqish dan Zila dipandang bergilir-gilir, dua-dua ego.. menyusahkan aku saja.

"OK.. you jangan salahkan I ya lepas ni.." habis saja dia berkata terus saja dia menarik tangan Zila kasar, menuju ke pintu utama, orang cakap elok-elok tak nak dengar, dahlah datang tak berjemput, menghuru-harakan hidup aku saja taunya.

"Awak marah dekat saya ke?" dia bertanya bila melihat lelaki itu hanya diam tegak memandang skrin tv dihadapannya.

"Ok saya minta maaf, next time saya janji saya tak buat lagi.." siap angkat tangan macam orang nak baca ikrar pun ada rupanya.

Isy dia ni marah sangat ke dekat aku ni, dari tadi tak ucap sepatah pun.. dijeling sekilas kepada lelaki itu, tetap seperti tadi langsung tidak memandang ke arahnya.

"Awak.." takut-takut dia menyentuh tubuh itu, digoyangkan perlahan dan tiba-tiba kepala lelaki itu terlentuk ke bahunya.. grrr... aku cakap sendiri rupanya.. dia dah tidur siap berdengkur lagi.. tak senonoh punya perangai.. tak apa.. siap kau nanti..

Dia pantas berdiri, dan tubuh Daniel yang tersandar ke tubuhnya terus melurut jatuh terhentak pada sofa, dan mengejutkan tidurnya, dia terpinga-pinga.. adeih..

"Padan muka awak.. orang cakap dengan dia, dia sedap-sedap tidur.." suka sangat buat aku nak marah.. dia membebel geram sambil terus menuju ke biliknya.

Eh.. nasib dia dah tidur.. tak perlulah aku minum susu hari ni, dia tersenyum girang, merebahkan tubuhnya pada katilnya.. baru saja ingin melelapkan mata.. tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan di buka dari luar.. alah aku lupa kunci bilik lagi.. dia mengeluh kesal dengan kecuaiannya..

"Qish nah.. minum ni dulu baru tidur, jangan harap kau nak mengelat ya.." lelaki itu menghulur segelas susu kepadanya.

Lerrr......

7 comments:

sinichies_girl88 said...

heheehhe
sweet...
bila la qis n nil ni nak jtuh cnta...
tak sabar hehehe
nak lagi heheheheh

hana_aniz said...

hihihi..
nak yg romantik leh x kak nuril??
ngee~

Anonymous said...

bestnye..nak lg..

Anonymous said...

haah la betul kata hana..watla adegan romantis gitu, diorg kan dh kawin x salah kan..

Bae said...

i'm not romantic person, so cmner nak wat cite tu romantic ek hana_aniz?
alahai..
i'll try 4 de nxt chpter..
thanks2.. u all,
many thanks..
u all smgt sy utk terus mnulis..

rubisya said...

bestnye cite ni.. suke2.. lame lagi ker dorg nk jatuh hati.. daniel ngan qish ni cam xdak perasaan jer... waiting 4 the next n3..

keSENGALan teserlah.. said...

haha.seyes comey..
due2 kaut melawan..
membebel..
riuh rumah cmtuh..
haha..