iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, January 7, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[18]

Mak... betulke apa yang aku lihat ni?? dia menggosok-gosok matanya berkali-kali macam tak percaya, dipandang sekali lagi kearah sekujur tubuh yang berdiri tidak berapa jauh dari dirinya.. Wajah itu mengukir sebuah senyuman, wajah yang paling dikenalinya.. ah tetap manis seperti dulu, tiada yang kurang tiada yang berubah..

Dia meluru ke arah wanita itu...

"Mak... lamanya kita tak berjumpa..Ina rindu.." ungkapnya sambil memeluk tubuh itu.. terasa damai dalam dakapan insan yang paling dikasihinya itu. Lama sungguh tak merasai perasaan ini.. tapi kenapa mak hanya diam? tiada apakah kata yang perlu diucapkan kepada diri ini setelah lebih bertahun-tahun tidak bersua muka? diangkat wajahnya merenung raut tua milik wanita itu.

Terasa belakang tubuh di usap lembut, usapan kasih seorang wanita yang di panggil emak olehnya, penuh sayang penuh kelembutan sehingga membuatkan dirinya rasa terbuai, asyik.. tak sangka dia dapat merasai sekali lagi perasaan ini, perasaan yang pernah hilang bertahun-tahun lamanya dulu semenjak emak pergi meninggalkan dirinya keseorangan.

"Ina anak mak sayang.." lembut sungguh suara yang terlahir dari wanita kesayangannya itu memanggil dirinya.

"Mak.."

"Ina jaga diri ya sayang.. mak tak boleh lama ni.." bisik wanita itu.

"Mak nak pergi ke mana? kan kita dah lama tak jumpa, Ina tak puas lagi jumpa mak, tak hilang lagi rasa rindu ni, tak puas lagi merasai dakapan mak.."

Wanita itu hanya menggeleng-gelengkan kepala, memeluk tubuhnya sekali lagi.. kali ini lebih erat dari tadi, sebuah kucupan lembut dihadiahkan ke dahinya.. syahdu rasanya.. pertemuan yang terlalu singkat di rasakannya.. seperti angin yang datang menyapa datang dan pergi dengan sekelip rasa..

"Ina jaga diri baik-baik ya nak, jangan lupa solat, jangan abaikan tanggungjawab sebagai hamba, jangan lawan cakap suami, jadi ibu yang baik ya sayang.. jangan abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri" bisik wanita itu lembut pada telinganya, tutur kata yang sentiasa tersusun seperti dulu juga memberinya nasihat.

"Mak.. mak.. jangan tinggalkan Ina mak, Ina nak ikut mak, Ina nak bersama dengan mak, macam dulu mak.." seperti anak kecil yang tak mahu melepaskan ibunya pergi begitulah lakunya..

"Tak sayang.. Ina punya hidup masih jauh, belum sampai masanya Ina ikut mak, kehidupan kita berbeza, tapi Ina jangan risau, mak sentiasa memerhatikan Ina, berdoa dari kejauhan ini, mengharapkan Ina bahagia dengan kehidupan Ina.." tenang wanita itu mengucapkan sambil jari-jemarinya lembut menyeka air mata yang mula gugur di pipinya.

"Tapi mak... hidup Ina tak gembira, Ina hanya nak hidup dengan mak.. itu saja.."

"Syii.. tak boleh sayang.. Ina kena ingat, setiap ujianNYA itu adalah hikmah, dan kita sebagai hamba perlu menerimanya dengan redha, dan sabar.. jangan lupa berdoa memohon kepadaNYA kekuatan menghadapi dugaanNYA... kalau Ina tak lupakan DIA, DIA juga tak akan melupakan Ina.." pesan wanita itu dan dia sedikit terdiam mendengarnya.

Tubuh wanita itu semakin kabur dari pandangan matanya, dan akhirnya menghilang pergi dari pandangan matanya membuatkan dirinya tersentak..

"Mak.. mak " mendayu-dayu dia memanggil wanita itu.. namun hampa dan akhirnya dia hanya mampu teresak-esak.. menangis hanya itu yang dapat dilakukannya.

********

"Awak buat apa sampai Qish boleh jatuh ni Daniel?" soal Suraya, tadi dia sedang asyik menonton rancangan kesukaannya ketika mendapat panggilan telefon lelaki itu, bila mendengar suara lelaki itu yang begitu kalut, cemas, dirinya mula diselubungi kerisauan dan sekarang apa yang dirisaukan betul-betul menjadi kenyataan.

"Mana ada saya buat apa-apa, awak jangan nak tuduh saya sembarangan.. " Daniel mengeluh, kita telefon dia sebab harap dia dapat membantu meredakan kerisauan aku ni.. ni tak sebaliknyalah pulak jadinya.

"Dah tu.. macam mana boleh jatuh??? ke awak pukul dia ya?" soal Suraya masih tak puas hati, risau, cemas, dan cuak segalanya ada menyebabkan dia tak senang duduk selagi tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.

"Huisy.. awak ingat saya ni kaki pukul ke? Qish terjatuh masa nak ambil barang dekat atas kabinet dapur tadi .." dia memberitahu, kesal juga bila mengingatkannya.

"Awak ni, dah tahu yang dia ni cuai sikit yang awak biar dia ambil barang tinggi-tinggi tu buat apa? dekat mana awak masa tu sampai biar dia sendiri macam tu.." geramnya, isteri seorang pun tak boleh nak jaga.. apa punya lelakilah ni, Suraya mendesis geram.

"Mana saya tau, saya dekat dalam bilik buat kerja.. " dia cuba mempertahankan diri, tak mahu terus dipersalahkan seratus peratus.

"Awak sepatutnya tolong dia buat kerja rumah, kenapa biarkan Qish buat sorang-sorang kan dia tengah mengandung.. hisy awak ni tak fikir ke?"

"Cik Suraya, tolonglah tolong jangan nak menyerabutkan otak saya ni, kalau saya tahu benda ni akan terjadi saya tak akan biarkan dia sorang-sorang tadi.. benda dah jadi.."

Apa dia ingat aku ni suka tengok si Qish tu cedera macam tu ke.. hey cubalah cakap tu biar pakai akal bukan main sembur saja salahkan orang.

"Benda dah jadi benda dah jadi.. tu sajalah yang awak tau.. hii geram tau tak dengan awak ni.." Suraya mendesis, kalau apa-apa jadi dekat Qish nanti aku memang tak akan maafkan kau langsung.

"Hisy.. boleh tak awak berhenti membebel, macam mak nenek tau tak.. rimas telinga saya
mendengarnya.."

"Saya geram tu sebab saya membebel.."

"Cik Suraya,... please , awak menyerabutkan lagi saya ni tau.. lagi pun tak guna kalau awak nak salahkan saya seratus peratus, benda dah berlaku.. ha.. tu pun doktor dah keluar.."

Mereka berdua serentak berpapasan menerpa ke arah seorang lelaki pertengahan usia yang memakai kot putih usia.

"Doktor macam mana keadaan dia?" soal Suraya tidak sabar.

"Doktor isteri saya tak apa-apa ke?" soal Daniel pula kalut.

"Sabar, isteri awak tak apa-apa, kandungan dia alhamdulillah masih selamat, cuma dia masih lagi dalam keadaan tak sedarkan diri lagi, mungkin sebab kehilangan agak banyak darah." terang doktor itu agak panjang lebar.

"Doktor boleh saya tengok dia?" Soal Suraya.

"Hurm... awak boleh tengok dia, tapi pastikan jangan mengganggu dia, dia memerlukan rehat.."

Wajah Suraya agak berseri bila mendengar keizinan yang diberi oleh doktor itu.

"Oh ya sebelum saya terlupa saya mahu berjumpa dengan Encik Daniel, awak mari ikut saya, ada sesuatu yang saya ingin bincangkan dengan encik, kita ke bilik saya ya.." ajak lelaki itu.

Daniel tersentak, adeys apa lagi yang doktor ni hendak daripada aku ni, ni mesti tak lain tak bukan nak beri aku ceramah free ni, malasnya..

Mereka beriringan berjalan menuju ke arah sebuah bilik.

"Silakan duduk encik Daniel, oh ya saya Doktor Naim, doktor yang merawat isteri encik"

Mereka berdua berjabat tangan, bertukar senyuman..

"Encik Daniel dari kecederaan yang isteri encik alami itu, saya andaikan beliau terjatuh dari tempat yang agak tinggi, boleh encik ceritakan apa yang sebenarnya terjadi?"

"Beginilah doktor, isteri saya sebenarnya terjatuh ketika mengambil barang dari atas kabinet dapur, mungkin dia tergelincir, saya pun tak pasti sebab saya di bilik kerja, sedar-sedar tengok dia dah terbaring.." dia berterus-terang tidak berniat menyembunyi apa-apa.

Hai doktor ni ingat aku ni pukul Qish ke apa? tanya macam-macam.. entah apa-apalah..

"Oh, lain kali saya nasihatkan encik agar pastikan puan Balqish dapat rehat secukupnya, jangan bagi dia buat kerja berat-berat, jangan biarkan dia ambil barang di tempat tinggi, ni pun kira nasib baik kandungan dia tak apa-apa, encik sebagai suami kenalah tolak ansur, tolong dia sekali sekala jangan asyik sibuk dengan kerja saja.." panjang lebar doktor itu memberi nasihat itu dan ini.

Dia hanya diam mendengar tidak terniat menyampuk atau apa, separuh dari dirinya meronta-ronta ingin keluar dari bilik ini, terasa sesak, melemaskan jiwa meronta ingin menjengah keadaan Balqish.. kepenatan emosi.

*********

"Mak.. mak.." mendayu-dayu dia memanggil..

"Qish.. oh Qish.. " Suraya menggerakkan perlahan tubuhnya, menyeru namanya sehingga dia membuka mata perlahan-lahan.

"Mak.." ditoleh ke arah sekeliling, tapi tiada dan akhirnya dia hampa.. ah aku hanya mimpi, mak dah lama pergi dan mustahil dia akan ada disini di sisi aku ni.

"Qish, alhamdulillah kau dah sedar.." jari jemarinya terasa digenggam erat.

"Su.. aku dekat mana ni? tadi aku mimpikan mak, aku rindukan dia.."

"Kau dekat hospital ni, kau jatuh.. kau ingat tak?"

"Aa.. aku jatuh??? Su anak aku?.." tiba-tiba dia teringatkan sesuatu, kalut..

"Jangan risau anak kau selamat, kau berehat ya Qish, doktor kata kau tak boleh banyak bergerak badan kau masih lemah..

"Daniel mana?" dia bertanya teringat pula pada lelaki itu.. tapi tak nampak pula kelibatnya di sini, ke mana pula dia menghilang? dia tertanya-tanya dalam hati.

"Daniel ada tadi.. ni dia.."

"Aku ada di sini.." tak sempat Suraya menghabiskan katanya, lelaki itu telah menjelma di sebalik pintu, melangkah perlahan mendekatinya. Suasana bisu menyelubungi seolah masing-masing kehabisan bicara.

"Aku keluar dululah Qish.." Suraya memohon diri, mungkin memberi laluan kepada mereka berdua, sedar diri itu tak sepatutnya berada di situ mengganggu bicara mereka.

"Awak... saya minta maaf.."

"Tak ada apa yang perlu kau minta maaf Qish, kau tak sengaja kan? lagi pun aku yang salah, kita tak sepatutnya berbalah kan? aku minta maaf.." ucapnya sambil menggenggam jari jemari kanan Balqish.

"Tahu tak apa, awak tu memang, semua nak menang, ha kali ni mengaku pun diri tu salah.." dengan nada perlahan dia menyuarakan rasa..

"Aik.. baru minta maaf dengan aku tu, nada macam tak puas hati saja.."

Tengah sakit-sakit pun suka juga cari pasal dia ni.. hisy tak faham.. sabar sajalah.

Balqish hanya tersenyum mendengar apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.. hai sedar tak sedar, pergaduhan dan perbalahan di antara kita semakin mendekatkan diri kita kan awak? bisik hatinya perlahan.

"Awak tu lain kali kalau saya dekat dapur bawak-bawaklah ringan tangan tu tolong saya.. lagi satu janganlah letak barang tu tinggi-tinggi, saya ni dahlah rendah.."

"OK-OK.. lain kali kalau aku rajin aku tolonglah.. lagi pun memasak memang kerja orang perempuan.. eh eh kau buat kerja sambil berangankan aku yang handsome ni kan? tu sebab sampai terluka jari.." duganya nakal, sengaja mengusik, sehari tidak mengusik Balqish, di rasakan harinya seolah tak lengkap.

"Tengok awak baru minta maaf dengan saya, awak dah cari pasal lagi.." wajahnya dikerutkan masam.. entah kenapa ada rasa bahagia pula yang hadir dalam pada dia menidakkannya.

Badan masih terasa sedikit lemah lesu tak bermaya.. dia teringat pula tentang sesuatu.. wajahnya berkerut tiba-tiba.. perubahan wajahnya di kesan oleh lelaki itu..

"Hah.. kenapa? sakit ke? aku panggil doktor ya" kalut dia bangun, rasa risau bertamu tiba-tiba, bimbang pula kalau apa-apa yang tak di ingini terjadi.

"Awak.." terhenti langkahnya.. berpaling dan melihat wajah Balqish terukir senyuman nakal.

"Saya rasa baby kita ni lapar.. yalah kan saya tak siap masak, jadi tak sempat nak makan.." dia memberitahu, memang perut terasa pedih.. rasanya sepanjang malam dia tidak menjamah apa-apa lagi.

Lah.. sebab lapar saja, hisy saja nak kenakan aku, aku ingatkan apalah tadi..

"Aku ingat apalah tadi.. ok tunggu sekejap ye aku pergi belikan makanan.. kau nak makan apa?"

"Saya nak makan apa yang awak masak.."

"Alahai Qish.. tak ada benda lain ke yang kau nak makan, aku manalah reti masak.." dia ni suka tau buli aku macam-macam..

"Saya tak kira, kalau awak tak masak saya tak mahu makan.." wajah sudah berkerut.. ingatkan sakit-sakit macam ni dapatlah manja-manja sikit.. ni tak.. huhu tiba-tiba rasa air mata mula bertakung di kelopak mata.. nak menangis..

"Ok.. aku masak, tapi tak sedap jangan komplen tau.." tak sampai hati pula ingin menolak apatah lagi melihat wajah Balqish yang mula mencebik ingin menangis itu..

"Yeayy.. terima kasih awak.."

Ha.. tulah dianya.. pantang ada peluang seronok dia kenakan aku kan..

10 comments:

LyzX said...

hahahahaha... daniel nk masak? hancur la dapur tu...

akira_bita said...

hahahah!!! comey je tgk dorg berdua ni... daniel tu walaupun beraku kau.. tapi xnmpak pun dia kasar.... hahaha

Sha said...

phewww!
seb bek kndgn okeyh..
pe la agknye yg niel nk msk??
smbg2..

rubisya said...

lame2, cite ni makin best la.. smbg2..

Nuril Bahanudin said...

Salam~
Wah kak lyzx...masyeh2..:D
Masyeh.. bbyk akira bita, ranting puteh, rubisya n smua yg mmbacenya..
:)~

hana_aniz said...

cute2!! hahahaha...

the sedo gang said...

c0mey2...
swit gtuhs...
nk ag!nk ag!
nex..nex...
har3...

::cHeeSeCaKe:: said...

hahaha..lawakla qish ni..
mcm2..daniel ni sbnrnye caring..
tp ego nk mmpus..

cikgulizz said...

salam..hi writer..baru jumpa blog ni..best arr...tgh marathon ni..x abis lagi..daniel ni mmg playboy..tido ngan pompuan..tapi romantiknyer dia ngan qish...suker3x...ok nak sambung baca...

faiicie said...

hahahaha...comelllllll...
suami msk kn tuk isteri...
bkn slalu kan...hehe