Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah...
“Riz..
oi.. kalau ya pun kau penat letih pergilah mandi dulu. Tukar baju tu kalau nak
tidur” Mirna mula membebel menegur perilaku temannya itu. Kurang senang. Nak marah rasa macam tak sampai hati sangat
pula, apatah lagi bila melihat wajah temannya itu jelas bergaris kepenatan. Jam
yang tergantung di dinding di ruang tamu dikerlingnya. Kesian.. memang patut
sangatlah dia penat dah pukul 9 malam rupanya. Haisy kerja apalah yang
dibuatnya sampai ke malam begini.
“Riz...
oit.. ya ALLAH perempuan ni!” Tubuh Nuriz digoyangkan perlahan namun tiada tindak
balas.. ZzzzZzzzZzzz.. Itu sajalah. Sekejap saja sudah tertidur di atas sofa
yang baru didudukinya tak sampai masa lima minit pun. Betul-betul keletihan
nampaknya temannya itu.
“Riz...”
Dia menyeru perlahan dengan lembut dengan sabar. Yalah orang kata tak baik
kejutkan orang yang sedang tidur dengan suara marah-marah. Karang tak pasal-pasal
lain pula jadinya.
“Hurm...” Kedengaran rengekan manja yang terlahir dari mulut temannya itu, mungkin marah lenanya diganggu.
“Hurm...” Kedengaran rengekan manja yang terlahir dari mulut temannya itu, mungkin marah lenanya diganggu.
“Bangunlah.. mandi, lepas tu kita makan malam
sama-sama. Penat tau aku masak kalau kau tak nak makan, lagipun aku pun belum
makan lagi sebab tunggu kau balik”
“Penatlah... Janganlah kacau aku ni Mir. Aku
nak tidur kejap saja ni hurm…”
“Aku
tahu kau penat tapi bangunlah. Pergi segarkan badan tuh.. Hisy ke kau nak aku
mandikan kau? Bukan susah jirus saja air dengan gayung biar sofa ni basah
sekali.” Ugut Mirna.. Ingin melihat reaksi Nuriz tapi nampaknya temannya
sedikit pun tidak gentar dengan ugutannya malah siap menarik bantal kecil yang
terdapat di situ untuk menutup wajahnya pula adalah.
Eh
eh kita cakap dengan dia lagi dia lagi tarik bantal, bertuah punya kawan. Sengaja
tau buat aku rasa macam nak marah dia ni. Sabar jelah ya wahai cik hati dengan
perangai si Nuriz ni.
“Riz!”
bantal yang berada di muka yang menutup wajah Nuriz ditariknya, dialihkan daripada
terus menutupi wajah temannya. Hisy memang jenis liat nak bangun kalau dah
dapat tidur.
“Hurm.. yelah-yelah aku bangunlah ni, kacau ajelah kau ni. Aku nak tidur lima minit pun tak dapat. Penatlah si Zariel tu buli aku teruk-teruk hari ni, lepas tu ditambah pula dengan perangai si Dorina yang menjengkelkan tu lagilah menambahkan penat aku ni. Eee... kalau boleh nak saja aku jodohkan kedua-duanya, memang nampak macam sesuai saja. Sorang dengan perangai busy bodynya dan seorang dengan perangai perasan bagusnya. Memang sepadan, macam pinang dibelah kapak.” Dia mengomel panjang dengan mata yang hanya separuh terbuka.
“Hurm.. yelah-yelah aku bangunlah ni, kacau ajelah kau ni. Aku nak tidur lima minit pun tak dapat. Penatlah si Zariel tu buli aku teruk-teruk hari ni, lepas tu ditambah pula dengan perangai si Dorina yang menjengkelkan tu lagilah menambahkan penat aku ni. Eee... kalau boleh nak saja aku jodohkan kedua-duanya, memang nampak macam sesuai saja. Sorang dengan perangai busy bodynya dan seorang dengan perangai perasan bagusnya. Memang sepadan, macam pinang dibelah kapak.” Dia mengomel panjang dengan mata yang hanya separuh terbuka.
“Tengok
tu kata tadi nak bangun dah tapi mata tu tetap juga pejam lagi. Nuriz!”
Nuriz
duduk perlahan, dengan rambut yang sedikit menutup wajahnya sebiji macam orang
yang kurang waras. Badan dahlah rasa penat tak bermaya, dalam fikiran pula cuma
inginkan rehat. Dia ingin tidur. Perlahan dia bangun ingin menuju ke biliknya. Tak
mahu berlengah-lengah lagi takut bertambah panjang pula leteran Mirna itu nanti.
Tak sanggup dia nak mendengarnya.
“Oitt Riz kau nak pergi mana pula tu? Bukan main lagi laju menonongnya tu.”
“Oitt Riz kau nak pergi mana pula tu? Bukan main lagi laju menonongnya tu.”
“Pergi
bilik akulah, nak mandi.” Dia menjawab malas. Dah tahu lagi nak tanya. Sajalah
tu kan.
“Oh
pergi bilik engkau? Nak mandi ya? Bilik kau sanalah, tu bilik aku. Hisy tu
mamai lagilah tu.” Mirna menegur bila melihat temannya ingin memulas tombol
pintu biliknya.
“Oh
salah ya? Patutlah aku rasa macam lain macam saja jalannya ni.”
Menggeleng
mendengar jawapan yang terkeluar dari temannya itu. Macam-macam hal dia ni
tau.. Selalu saja macam tu dia ni. Ada-ada saja yang membuatkan hati aku
tercuit.
“Lar..
yang tenung saja nasi tu kenapa? Kau ingat nasi tu akan bergerak masuk ke dalam
mulut kau sendiri ke?” Tegur Mirna perlahan hairan melihat wajah kuyu Nuriz
yang hanya merenung pinggan nasi miliknya tanpa menjamahnya langsung.
“Tak ada seleralah Mir, aku mengantuklah. Letih segala bagai rasa dah badan aku ni. Kau pun tahu kan aku kalau dah mengantuk memang macam ni, akan terus hilang selera makan.”
“Aku
tahulah kau mengantuk tapi makanlah sikit sedap tau lauk aku masak ni, rugi
kalau tak jamah. Lagipun kalau biar perut tu kosong nanti gastrik kau datang
pula. Lagi cari nahas tau. Mana pula aku nak carikan teksi untuk kau
tengah-tengah malam ni nanti kalau kau dah start
guling-guling menangis sebab diserang sakit perut tu. Kan ke haru?” Mirna
memujuk.
“Yelah
aku makanlah ni..” Dia menyuap perlahan nasi ke dalam mulut. Tak bersemangat
macam gaya orang putus cinta pun ada lakunya itu.Terpaksa juga memaksa dirinya
untuk menjamah makanan itu walaupun seleranya tiada. Biasanya begitulah.. bila
kepenatan menguasai diri.
“Banyak sangat ke kerja kau kena buat sampai pukul sembilan malam baru sampai rumah ni?”
“Banyak jugalah Mir, aku kena kerah kemas bilik dokumen sampai siap. Aku tak fahamlah, punyalah ramai staff yang ada aku juga yang nak disuruhnya. Tu si Dorina yang duk menempel kat dia macam parasit tu tak mahu pula disuruhnya. Dah tu banyak pula songehnya, itu tak kena ini tak sempurnalah. Sakit hati aku ni tau. Sebab sabar sajalah aku masih bertahan, kalau tak dah lama aku cabut tak pun aku ketuk-ketuk mulut si Wan Nazariel tu biar bisu terus.”
“Tahan sajalah diri kau tu sikit Riz. Belajar bersabar dengan kerenah dia tu. Tak lama kan.. untuk 3 bulan saja pun, kau jangan fikirkan sangat nanti kau yang jadi biul dibuatnya.”
“Banyak sangat ke kerja kau kena buat sampai pukul sembilan malam baru sampai rumah ni?”
“Banyak jugalah Mir, aku kena kerah kemas bilik dokumen sampai siap. Aku tak fahamlah, punyalah ramai staff yang ada aku juga yang nak disuruhnya. Tu si Dorina yang duk menempel kat dia macam parasit tu tak mahu pula disuruhnya. Dah tu banyak pula songehnya, itu tak kena ini tak sempurnalah. Sakit hati aku ni tau. Sebab sabar sajalah aku masih bertahan, kalau tak dah lama aku cabut tak pun aku ketuk-ketuk mulut si Wan Nazariel tu biar bisu terus.”
“Tahan sajalah diri kau tu sikit Riz. Belajar bersabar dengan kerenah dia tu. Tak lama kan.. untuk 3 bulan saja pun, kau jangan fikirkan sangat nanti kau yang jadi biul dibuatnya.”
Memang
itulah yang cuba dilakukan kini bersabar, memang baginya tiga bulan tu bukanlah
tempoh yang lama mana pun. Pejam celik pejam celik mesti masa dah berlalu...
tapi bukanlah lama masa itu andai si Wan Nazariel itu tiada, tak wujud dalam
hidupnya dan mengucar-kacirkan hari-harinya. Tiga bulan dengan kerenah Wan
Nazariel yang sukar dijangka, dan ditambah sekali dengan kerenah receptionist lelaki itu sekali. Memang
mencukupkan perasa hari-harinya yang penuh dengan tekanan itu. Fikirkan yang
dia tak mahu menambahkan lagi masalahlah dia cuba menahan dirinya yang sudah
tercabar kesabarannya daripada mengambil tindakan kepada Dorina itu yang
kadang-kadang seolah sudah terlebih sudu daripada kuahnya.
******
“Tersenyum-senyum sorang-sorang ni kenapa Riel? Kau dah jatuh cinta ke apa? Dah dapat puteri idaman hati?” soal Eric sambil menepuk bahu temannya itu. Hairan, ceria benar wajah temannya itu lebih daripada hari yang biasa.
“Tersenyum-senyum sorang-sorang ni kenapa Riel? Kau dah jatuh cinta ke apa? Dah dapat puteri idaman hati?” soal Eric sambil menepuk bahu temannya itu. Hairan, ceria benar wajah temannya itu lebih daripada hari yang biasa.
Terkejut.. terus wajah temannya itu
dipandangnya geram. Selalu sangat macam tu perangainya datang tak berbunyi
tau-tau dah ada di sisi.. Eric Adlan sahabat sepermainan dari kecil, anak
kacukan cina melayu hanya tersengih nakal bila melihat yang dirinya
sedikit terkejut.
“Mana
ada Eric, kau ni ada-ada sajalah, suka sangat serkap jarang dengan aku ni. Mana
kawan-kawan kita yang lain tak nampak muka pun masing-masing?” Dia bertanya
bila melihat hanya Eric sahaja yang ada, mana pula perginya teman mereka yang
lagi dua orang itu.
“Dia orang lambat sikit.. biasalah budak berdua tu, janji mana pernahnya nak tepat. Ni cuba cerita sikit apa yang buat kau tersenyum-senyum sampai ke telinga ni? Rasanya jarang aku tengok kau berpelakuan macam ni kecuali ketika kau sedang kena penyakit angaulah kut sebab aku tak pernah nampak kau angau sebelum ni.”
“Dia orang lambat sikit.. biasalah budak berdua tu, janji mana pernahnya nak tepat. Ni cuba cerita sikit apa yang buat kau tersenyum-senyum sampai ke telinga ni? Rasanya jarang aku tengok kau berpelakuan macam ni kecuali ketika kau sedang kena penyakit angaulah kut sebab aku tak pernah nampak kau angau sebelum ni.”
“Heh..
mengarutlah kau ni Ric, aku cuma teringat staff baru yang aku ceritakan dekat
kau hari tu.”
“Budak
dispacth tu? Kenapa dengan dia? Dia ada
buat hal lagi ke dengan kau?”
“Tak
adalah buat hal, cuma aku rasa seronoklah dapat kenakan dia tu. Aku suruh dia
buat itu dan ini. Aku tahu dia bengang gila dengan aku dan nak memberontak tapi
kau taulah diakan dah tandatangani syarat-syarat aku tu jadi terpaksalah dia
mengikut saja tanpa rela dengan arahan aku ni.”
“Kau
ni teruklah Riel dari zaman sekolah sampai dah bekerja perangai suka membuli
kau tak pernah-pernah nak berubah. Bawa-bawalah jadi matang sikit Riel. Sedar
sikit yang diri kau tu dah berumur, bukan lagi masih belasan tahun yang perlu
berdendam kerana hal-hal kecil.”
Teringat
zaman sekolah mereka dahulu, masalah yang sengaja dicipta untuk keseronokkan mereka
sehingga memaksa campur tangan Dato' Wan Nazri untuk menyelesaikannya dek
kerana tertangkapnya temannya itu oleh cikgu disiplin ketika sedang asyik membuli
seorang pelajar yang agak lurus bendul di dalam tandas sekolah mereka. Dia
bernasib baik sebab papanya antara penyumbang terbesar tabung PIBG sekolah itu,
jadi dengan pengaruh papanya jugalah dia tak perlu digantung sekolah dan
dihukum. Akhirnya kes itu tutup senyap begitu sahaja.
“Mana
ada aku buli dia Eric, aku buat macam tu sebab nak bagi pengajaran dekat dia. Salah
dia juga kan? Siapa suruh dia nak tunjuk lagak sangat dengan aku hari tu. Cuba
kalau dia cakap dengan aku baik-baik hari tu, tunjuk sikit adab dengan aku ni sure aku kira halal saja kos excident tu”
“Yalah
kau, macam-macamkan. Ada saja akalnya kalau dalam bab-bab nak mengenakan orang
ni.. Eh cun sangat ke wajah minah tu sampai kau tak nak lepaskan dia begitu saja?"
Cun?
Tergambar wajah Nuriz diingatannya secara tiba-tiba. Rasanya bukan sebab cun.
“Tak
adalah cun mana, biasa saja.. bukan taste
kaulah Eric. Dia bukannya jenis lemah lembut punya orang. Jenis gaya macam
minah-minah yang agak nakal, kau bayangkan first
day dia datang office dia dah
buat hal. Menyakitkan mata aku dengan pakaian entah apa jenisnya. Lepas tu
tambah pula dengan mulut dia yang lazer
tu memang mencabar sungguh.”
“Wow
dari apa yang kau ceritakan, macam menarik minat aku saja nak kenal dengan dia lebih dekat. Eh bawaklah aku jumpa dia. Aku
suka juga dengan orang pandai melawan ni.”
“Kau
nak buat apa Eric? Nak masukkan dalam koleksi teman wanita kau ke? Aku rasa dia
tak sesuailah untuk kau. Lupakan sajalah niat hati kau tu ya? Carilah perempuan
lain.”
Nuriz
jika dibandingkan dengan teman wanita Eric yang lain macam langit dan bumi,
bukan sebab dia tak cantik ke apa. Gadis itu agak lasak sikit perangainya,
kalau tak lasak masakan malam-malam pun berani pulang bersendirian dengan
motosikalnya. Hujan panas pun sanggup dia redah asalkan semua kerjanya selesai,
memang seorang yang agak menarik sebenarnya.
“Mana kau tau aku tak sesuai kenal dengan dia Riel? Eh belum cuba belum tau, orang macam tu sekali dia bergaya terserlah segalanya. Ke kau cemburu tu yang kau kata tak sesuai dengan aku??” Sengaja ingin memprovokasi untuk melihat reaksi Wan Nazariel tapi wajah lelaki itu tetap seperti biasa malah hanya memandang wajahnya dengan senyuman sinis.
“Mana kau tau aku tak sesuai kenal dengan dia Riel? Eh belum cuba belum tau, orang macam tu sekali dia bergaya terserlah segalanya. Ke kau cemburu tu yang kau kata tak sesuai dengan aku??” Sengaja ingin memprovokasi untuk melihat reaksi Wan Nazariel tapi wajah lelaki itu tetap seperti biasa malah hanya memandang wajahnya dengan senyuman sinis.
“Suka
hati kaulah Eric.. Kau buatlah apa yang kau rasa patut bagi kau buat, aku tak
kisah, sikit pun tak hairan sebenarnya. Perempuan macam tu ramai lagi dekat
luar tu malah aku boleh dapat yang lebih baik dari minah tu. Lebih ayu dan
lemah lembut daripada dia tu. Perempuan kasar hanya lelaki buta saja yang
sanggup jadi pasangan hidup dengannya. Dan lelaki buta itu pastilah bukan aku,
tapi kalau kau, mungkin pula ya. Aku siap akan sponsor majlis kau kalau kau
berjaya tackle si Nuriz tu. Haha…”
Sempat mengejek sinis kepada sahabatnya itu.
Eric
hanya tersenyum mendengarnya sedikit pun tak terasa marah dengan ejekan Wan
Nazariel itu kepadanya. Ya memang dia akui Wan Nazariel punya segalanya, wang,
rupa dan kerjaya tapi dia lupa yang semua tu takkan mampu membeli sebuah cinta
ataupun sebuah keikhlasan, kebahagian, kasih sayang dan yang paling utama rasa
CINTA yang datang daripada hati yang tulus. Menerima kekurangan pada
pasangannya dengan hati yang terbuka tanpa rasa hampa.
“Dahlah malas aku nak bertekak dengan kau ni Riel. Kau tu selalu nak menang saja dengan aku nikan? Tu ha budak berdua tu dah sampai pun, kita nak ke mana pula hari ni?”
“Dahlah malas aku nak bertekak dengan kau ni Riel. Kau tu selalu nak menang saja dengan aku nikan? Tu ha budak berdua tu dah sampai pun, kita nak ke mana pula hari ni?”
Dari
kejauhan sudah nampak kelibat dua orang temannya Johan dan Izmi. Masing-masing
tersengih-sengih dengan mempamerkan muka yang tiada riak rasa bersalah langsung
walaupun telah lewat hampir setengah jam. Biasalah mereka berdua, tak boleh nak
cakap apa dah.
“Tempat
biasalah kita lepaklah Ric, macamlah kita ada port lain selain Bukit Bintang tu.”
*******
“Nuriz buatkan aku Nescafe.” Arahnya.
*******
“Nuriz buatkan aku Nescafe.” Arahnya.
Mengantuknyalah
mata ni, tulah malam tadi melepak lagi sampai pukul tiga pagi. Matanya masih
terasa kelat, berat dan memang perlu disegarkan dengan kafein.
“Tapi
tuan, tu bukan kerja yang saya perlu buat. Itukan kerja cik Maria” Apa dia
ingat aku pekerja am ke kat sini? Semua kerja nak aku yang kena buat? Kata hari
itu hanya jadi dispatch saja. Tak
kata pula kena jadi semua sekali dekat sini, dari jawatan tea lady sampai ke stor
keeper aku yang kena buat. Lebihlah tu kan nampaknya. Nampak benar aku
ditindas di sini. Cis!
“Buat
sajalah tanpa banyak bunyi tak boleh ke? Lagi pun si Maria EL hari ni, baby dia demam.. So kaulah yang kena take over
segala kerja dia termasuk buatkan aku air ni.”
Maria
cuti? Macam tak boleh nak suruh orang lain pula ke selain aku ni.. Itu si Dorina
penyambut tetamu tu tak boleh ke nak suruh dia saja yang buatkan? Lagipun aku
tengok dia tu banyak saja masa apa, duduk saja belek muka dan tempek bedak
mengadap cermin 24 jam kalau tak ada kerja tak mahu pula disuruhnya. Dia
menggetap bibir menahan geram. Tak apa tak apa.
Satu
sudu besar nescafe untuk secawan air yang saiz biasa. Nuriz tersenyum nakal. Nah
ambil kau, nak sangat kafeinkan, ni aku bagi kau hilang mengantuk terus biar
kau rasa.
“Nah
tuan ni airnya.” Hulurnya perlahan penuh dengan rasa sopan yang sengaja
dibuat-buatnya kepada lelaki itu yang agak tekun tunduk mengadap fail-fail yang
melambak di atas meja kerjanya itu..
“Letaklah
situ. Ha hari ni kau duduk office saja
tau. Buat kerja-kerja di pejabat ni gantikan tempat si Maria.” Arah lelaki itu
tanpa langsung pun memandang kea rah wajahnya.
“Tak
ada surat nak hantar ke hari ni boss?” Mesti sah bosan aku hari ni, kena duduk office, jadi mangsa bulilah aku dengan
dia hari ni. Hai apalah malang nasibku ini hari.
“Kenapa?
Kau tak suka duduk dalam pejabat ke? Oh aku tau.. kalau kena hantar surat
bolehlah kau melencong ke mana kau suka kan?” Sindir lelaki itu, seperti
selalunya.. dengan dirinya memang lelaki itu tidak pernah menggunakan bahasa
yang lembut. Dia sendiri pun tak tahu apa sebabnya lelaki itu terlalu berkasar
dengan dirinya itu. Mungkin sebab kemalangan itu puncanya. Tapi kalau
difikirkan sebelum kemalangan lagi lelaki itu dah berkasar dengannya. Peristiwa
yang berlaku beberapa hari lalu di KL Sentral menerjah ke ingatannya.
“Tak
adalah tuan. Saya mana tahu buat kerja office
ni. Nanti karang susahkan tuan pula”
“Hah
tau pun tak tau, jadi jangan nak buat hal. Kalau aku suruh tu ikut saja tanpa
banyak soal atau membantah. Cuba jadi macam si Dorina tu, langsung tak pernah
nak bantah cakap aku. Ikut saja apa yang aku suruh buat. Dah-dah.. kau pergi
keluar, bisinglah aku nak buat kerja pun tak tenang tau. Apa kata kau ambil
fail ni.. semak mana ejaan yang silap lepas tu kau betulkannya, type balik guna komputer. Buat dekat
meja Maria tu.”
“Masalahnya
saya bukanlah Dorina, perkerja terbaik tuan tu.” Eleh dia ni yang tak tahu,
yang si Dorina tu selalu buat-buat rajin di depan dia saja. Nak ambil perhatian
memang begitu. Hipokrit!
“Ah
apa-apalah kau nak cakap. Yang penting aku nak kau buat apa yang aku suruh kau
buat tadi” Tangannya dipanjangkan mencapai cawan yang berisi Nescafe yang
dibuat oleh Nuriz itu dan terus dibawa ke mulutnya, diteguk isinya rakus.
Berkerut wajahnya seketika.
Mak
aihhh pahitnya, hampir hendak tersembur air itu dari mulutnya tapi memandangkan
egonya masih menggunung, air mukanya tetap kena dijaga. Apatah lagi dilihatnya
mata Nuriz masih lagi tetap melirik mencuri memandang ke arah dirinya. Digagahkan
juga dirinya untuk meneguk air itu sehingga kosong cawannya. Dalam hati beribu
sumpah seranah dihadiahkan kepada Nuriz dek kerana keberanian gadis itu
mengenakan dirinya dalam diam. Tak guna!
“Hurm
sedap air kau buat ni ya? Aku tak pernah rasa air sesedap ini sebelum ni tau.”
Dia menyindir memandang wajah Nuriz yang sedikit pun tiada tergambar riak rasa
bersalah.
“Sedap
ke? Terima kasih tuan sebab memuji saya. Lain kali saya buatkan lagi untuk tuan ya?” Dia tersenyum girang sengaja
untuk menambahkan lagi kepanasan hati lelaki itu. Air macam tu pun dia kata
sedap. Sahih tak ada deria rasa dia ni. Macamlah aku tak tahu yang kau cover diri dari nak tersembur tadi tu
kan. Ahaha... budak kecik bolehlah kau tipu, tapi bukan akulah.
“Dah- dah kau ambil fail ni lepas tu pergi buat kerja. Sebelum habis waktu pejabat aku nak semua mesti dah siap ada dekat atas meja aku okay, kalau tak kau kena over time nanti”
“Dah- dah kau ambil fail ni lepas tu pergi buat kerja. Sebelum habis waktu pejabat aku nak semua mesti dah siap ada dekat atas meja aku okay, kalau tak kau kena over time nanti”
“Ya
tuan..” Huh banyak macam ni manalah sempat nak siapkan hari ni. Sengajalah tu.
Hisy menyampah betullah aku dengan dia ni.
“Encik
Zaariieel….” Dorina yang muncul tiba-tiba mematikan langkahnya.
Alahai
apa pula mina opera ni nak? Nuriz mencebik geli mendengar gaya manja tak asli
daripada Dorina itu. Selalu sahaja begitu. Pantang aku berdua dengan si Zariel
ni mesti dia muncul menyelit. Sahih mengendap saja kerjanya tu.
“Ada
apa Dorynn?” Sengaja melembutkan suara di hadapan Nuriz.
“Balik
nanti boleh tolong hantarkan I tak? Kereta I rosaklah hari ni, masuk workshop”
“Ok,
I pun sehala dengan jalan rumah you, so
tak ada masalah Dorynn.”
Euww…
baguslah, sesuailah mereka ni. Seorang muka dah macam patung opera klasik. Seorang
pula muka macam kayu pintu. Nuriz mengeleng-gelengkan kepalanya sebelum
melajukan langkah. Tak sanggup menonton drama sebabak tanpa skrip yang berlaku di
depan matanya itu.
***Saya tukar cover baru, sebab nak bagi dia lebih segar...***
5 comments:
bile cinta bakal berputih dugaan datang melanda
nak lagi, kesian dgn Nuriz teruk
betul dibuli oleh Riel, siapa pula
yg kan backup si Nuriz ni ye...
hati kering betullah si Riel ni
ye sampai begiotu sekali dibulinya
Nuriz.
sorang mcm opera cina, sorang mcm kayu pintu..
ki ki ki..mmg padan
sorang mcm opera cina, sorang mcm kayu pintu..
ki ki ki..mmg padan
@~Salam Nzlyna'im... dalam cinta tak selalunya mesti sering bahagia.. apa pun terima kasih sudi baca.
@~Salam Anor....
tu kena baca episode seterusnya sampai penamat. Apa jadi dengan budak berdua ni.. hehe ^^
@~Salam che`leen...
hahaha berjodoh ke tak mereka berdua tu agaknya ya? :)
Post a Comment