Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.
Azan
subuh yang kedengaran sayup-sayup dari surau berdekatan membangunkan dia dari lenanya.
Nuriz terpisat-pisat, sedikit terpinga-pinga, kenapa aku ada dekat sini? Ini
bukan bilik tidurnya, lama dia termenung memikirkannya. Oh lupa.. malam tadikan
aku dah selamat berhijrah ke fasa kehidupan yang baru. Aduh lenguhnya badan
aku, sepanjang malam tidur atas sofa. Dia menggeliat, mengendurkan kembali
urat-urat di tubuh yang dirasakan sedikit menegang.
Dia memanjangkan kepalanya melihat ke arah katil yang mengisi ruang utama bilik itu. Mak oi.. gaya dia tidur, kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas segala gaya pun ada. Hampir terkeluar biji mata dari soketnya bila melihat gaya Wan Nazariel tidur. Beberapa biji bantal kelihatan tergolek di atas lantai. Hai agaknya mamat ni mimpi pergi berperang kut. Nuriz menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dia memanjangkan kepalanya melihat ke arah katil yang mengisi ruang utama bilik itu. Mak oi.. gaya dia tidur, kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas segala gaya pun ada. Hampir terkeluar biji mata dari soketnya bila melihat gaya Wan Nazariel tidur. Beberapa biji bantal kelihatan tergolek di atas lantai. Hai agaknya mamat ni mimpi pergi berperang kut. Nuriz menggeleng-gelengkan kepalanya.
Jam
di dinding diperhatikannya, urghh baru
pukul 5.45 pagi. Perlahan-lahan dia bangun, melipat selimut yang digunakan tadi
dan terus mencapai tualanya yang tersangkut di penyidainya terus dia berlalu
melangkah menuju ke bilik air. Mandi lagi baik, lagipun tak elok melengah-lengahkan
solat dah masuk waktu pun ni. Bisik hatinya.
Usai
solat subuh.. dilihatnya Wan Nazariel masih juga lena seperti tadi. Hisy dia ni
tak reti-reti nak bangun solat subuh ke? Ke dia ni memang tak solat? Nuriz
memandang jengkel pada susuk tubuh yang masih diulit mimpi itu. Hisy tak boleh
tidak aku kena gerakkan dia juga, aku tak mahu dapat dosa sekali kalau biarkan
dia tidur macam tu saja, akhirnya dia membuat keputusan.
Errr
nak panggil apa ni ya? Boss? Tuan? Zariel? Abang atau??? Arghhh tibai sajalah.
“Err
Zariel oh Zariel.” Dia menyeru nama lelaki itu perlahan-lahan.
“Hurmm..
apanya kacau aku pagi-pagi buta ni?”
“Pagi-pagi
buta apanya, dah nak terang dah langit dekat luar tu, tak reti-reti nak bangun
solat subuh ke apa? Waktu tak menunggu awak tu tau?”
“Aku
letihlah.. jangan kacau aku boleh tak.” Marahnya sedikit berang.
“Letih
konon... eee.. akhirat nanti kalau di tanya kenapa tak solat takkan nak jawab
letih jugak?? Dah-dah bangun solat subuh, jangan nak lengah-lengah, tak elok
lengah-lengahkan solat, lagipun orang yang sentiasa tepati masa macam awak ni
mesti tak akan suka-suka melewat-lewatkan sesuatu benda yang penting kan?” Sengaja
dia menyindir lelaki itu. Memang lelaki itu di pejabat seorang yang sentiasa
menepati masa, jarang langsung lelaki itu melewati masa yang telah ditetapkan.
“Yelah
aku nak bangunlah ni, bisinglah kau ni macam mak nenek!”
Tersenyum
Nuriz bila melihat gelagat lelaki itu..
“Hai
macam tak ikhlas saja nak bangun, kita kalau nak bersolat ni hati kena ikhlas barulah
kita dapat keredhaanNya tau.”
“Taulah
aku... jangan nak tunjuk baik sangatlah kau tu.”
“Mana
ada nak tunjuk baik, sekadar mengingati. Nak terima atau tak terpulanglah, tak
paksa pun, lagi pun kan kubur kita lain-lain.” Sinis dia membalas.
Pagi-pagi
lagi dah cari gaduh. Lelaki egonya memang tinggi menggunung, kalau nak
dibandingkan ego tu dengan tinggi gunung Everest, rasanya ego tu lagi tinggi. Huh
malas aku nak layan dia ni.
“Eh
nak ke mana tu?” Soal Wan Nazariel bila melihat Nuriz ingin berlalu menuju ke
pintu.
“Turun
bawahlah.. buat apa yang patut. Lagipun saya malas nak tengok muka awak tu
dekat sini pagi-pagi. Buat hilang mood
orang saja.”
“Ha...
baguslah tu, apa kau ingat aku ni suka juga tengok muka kau tu? Dahlah kuat
membebel mengalahkan nenek tua.”
Eleh..
dia tu pun sama kuat membebel tak sedar diri agaknya. Kat pejabat tu kalau
boleh 24 jam dia nak bebelkan aku. Nuriz membebel dalam diam. Geram mendengar
kata-kata lelaki itu.
“Eh
sebelum kau turun tu, kemaskan katil aku ni dulu, kalau tak, tak guna aku
kahwin dengan kau kalau katil pun aku kena kemas sendiri.”
“Eee
tak suruh pun awak kahwin dengan saya ni. Huh pemalas sungguh dia ni, awak yang
tidur dekat situ awak boleh pula suruh orang lain yang kemaskan.” Dia ingat aku
ni orang gajinya kut.
“Apasal
pulak? Bukan itu memang tugas seorang perempuan, mengemas? Dah-dah sila buat
saja yang aku suruh ni, jangan nak banyak cakap.”
Eee...
geramnya aku dengan dia ni. Tengok tu buka baju main longgok saja atas lantai.
Geram sangat dah ni.Sambil
mengomel geram sambil tu dia mengemas apa yang patut, dia tak sedar yang Wan
Nazariel yang berada di sebalik pintu bilik air, sedang memegang perutnya menahan
tawa yang hampir terhambur. Hoho padan muka kau, kau ingat kau kahwin dengan
aku kau dapat hidup senang macam puteri raja ya? Jangan haraplah oi.
Langkah
kaki diaturkan menuruni anak tangga. Huiii besar juga rumah ni, macam istana,
agaknya rumah orang-orang kaya macam inilah kut gayanya. Usai berkemas didalam
bilik tadi dia terus keluar, melawati setiap ceruk banglo mewah ini. Sememangnya
dia tak mahu bersua dengan lelaki itu lagi kalau boleh.
Hari
ini hari sabtu. Hurm apa yang aku nak buat dekat tempat asing macam ni? Isyk..
dahlah aku tak kenal langsung mereka semua penghuni dalam rumah ni.. dia
mengeluh. Dia kini membawa diri ke ruang dapur pula. Hisy boring teramat
sangat.. mahu juga aku masak ni karang.
“Err
ada apa-apa yang boleh saya bantu tak bibik?” Soalnya pada orang gaji yang
kelihatannya sedang kalut menyediakan sarapan pagi.
“Ngak
usah non..nanti dimarahi oleh Datin." Tegah bibik bila melihat Nuriz
mencapai pinggan dan mangkuk dan di lap dengan kain bersih.
“Alah
bibik tak payah risaulah.. Tak ada apa punya.”
“Biarlah
bibik buat semua tu Nuriz.” Tegur satu suara.
Tersentak
dia.. lantas menoleh, terkejut melihat Datin Jacinta yang sedang berdiri di
muka pintu memerhatikannya.
“Err..”
Tak berani nak bantah apa-apa.
“Mari
kita ke depan.. boleh kita berbual-bualkan, lagipun mama belum sempat berbual
dengan Nuriz daripada semalam lagi.”
Nuriz
hanya mampu membuntuti langkah mama mentua tirinya itu.
“Ha..
eh yang berdiri saja tu kenapa? Duduklah.” Tegur Datin Jacinta bila melihat
Nuriz hanya tercegat berdiri di sebelah sofa.
“Awal
kamu bangun hari ni Nuriz? Zariel mana? Tak bangun lagi ke?”
“Dah
biasa bangun awal-awal mama, err Zariel dah bangun dah tadi waktu Nuriz turun
tadi. Tak tahulah pula kalau-kalau dia sambung tidur balik.”
Hurm
baik juga Datin Jacinta ni, aku ingat semua mak tiri ni macam yang dalam cerita
novel, garang.. jahat dan gila harta. Dia
mula menilai wanita awal 40-an yang duduk bersebelahan dengannya.
“Oh..
rumah ni, kalau waktu pagi-pagi macam ni memang sunyi sikit, maklumlah.. tak
ramai pun penghuninya.”
Nuriz
hanya mengangguk. Tak tahu sebenarnya nak bualkan apa. Masih lagi terasa asing
di tempat baru begini.
“Datin
sarapannya dah siap, nak makan sekarang ke?” Tegur bibik yang baru muncul dari
arah dapur itu.
“Ya
bik.. nak makan sekarang.”
“Nuriz
pergi panggil Zariel tu, ajak dia turun sarapan sekali.”
Nuriz
diam mendengar arahan itu. Namun dia tetap bangun juga lambat-lambat, melangkah
menuju ke bilik atas. Isk tak sukalah asyik nak mengadap muka lelaki ni. Menyampah
tau, dia mengomel perlahan.
Langkah
kakinya terhenti di muka pintu bilik. Baru saja tangannya diangkat untuk
mengetuk pintu, pintu bilik telah pun dibuka dari arah dalam. Terjenggul wajah
Wan Nazariel di muka pintu.
“Hah
kau nak apa?”
“Mama
awak ajak breakfastlah. Hisy pagi-pagi
lagi dah marah-marah. Nanti rezeki susah nak masuklah.”
Selamba,
langsung tak menghiraukan perasaan lelaki itu, dia meluahkan apa yang terlintas
di hatinya.
“Dia
bukan mama akulah.. dia mama tiri aku saja tau!” Lelaki itu memperbetulkan
kata-kata Nuriz yang dirasakan tidak betul dipendengarannya.
Eleh
samalah tu. Dia ni semua orang dia tak suka, ke dia ni tak sukakan perempuan?
Adakah dia tidak normal? Yalah sepanjang di pejabat dia tak pernah nampak lelaki
itu keluar berpacaran. Eh apa yang kau merapu ni Riz. Tak baik buruk sangka, dosa..
cepat-cepat dia menepis andaian buruk yang mula terbit di dalam hatinya.
“Oii
yang kau tercegat saja dekat situ kenapa? Tak tau nak turun ke? Kau tu bukannya
tuan puteri dalam rumah ni yang perlu di jemput... cepatlah.”
“Yalah
awak turunlah dulu. Saya tak suruh pun tunggu saya ni.”
******
“Kau ok ke ni Riz? Dari tadi aku tengok asyik termenung saja kenapa? Zariel pukul kau ke? Ke dia ada hina kau macam-macam?” Tegur Mirna. Sedari tadi dilihatnya Nuriz lebih banyak mendiamkan diri. Tidak seperti selalu, ceria dan rancak dengan cerita-ceritanya sambil melayan kerenah penghuni Darul Qaseh.
“Kau ok ke ni Riz? Dari tadi aku tengok asyik termenung saja kenapa? Zariel pukul kau ke? Ke dia ada hina kau macam-macam?” Tegur Mirna. Sedari tadi dilihatnya Nuriz lebih banyak mendiamkan diri. Tidak seperti selalu, ceria dan rancak dengan cerita-ceritanya sambil melayan kerenah penghuni Darul Qaseh.
“Aku
ok, cuma..” Lata-katanya terhenti di situ.
“Cuma
apa Riz?” Soal Mirna tidak sabar.
“Cuma
aku masih lagi macam tak percaya apa yang telah berlaku dalam hidup aku ni. Aku
masih rasa yang aku ni sedang bermimpi sahaja.”
“Riz
kau kena belajar terima hakikat, kau kena mengaku yang benda ini memang terjadi
benar dalam hidup kau.”
“Entahlah
Mir. Aku tahu aku ni hina di mata dia. Aku tahu dia benci aku, dia anggap aku
ni sial, pembawa malang dalam hidup dia dan dia sangat bencikan aku Mir.” Masih
terngiang-ngiang jelas kata-kata lelaki itu. Masih pijar rasanya di telinganya,
pahit untuk ditelan dan pahit juga untuk terus dikemam.
“Bersabarlah
Riz, dia tengah marah, memanglah dia cakap macam tu.”
“Sampai
bila aku mampu bersabar Mir? Aku ni insan biasa, setiap perasaan tu mesti ada
hadnya.”
“Dah
tu kau nak buat apa Riz? Aku rasa bersabar ni sajelah jalan terbaik buat kau
sekarang ni.”
“Aku
nak pergi, jauh dari sini. Jauh dari dia dan semua. Aku nak mulakan hidup baru.
Aku dah fikir masak-masak Mir. Aku sanggup terima apa jua akibatnya yang
mendatang nanti.” putusnya.
“Riz melarikan diri takkan dapat selesaikan masalah kau tu. Macam apa yang aku cakapkan dulu, kau tak ingat ke? Takkan kau nak biarkan masalah kau tergantung selamanya macam tu. Riz fikir dulu baik buruk keputusan kau ni.”
“Riz melarikan diri takkan dapat selesaikan masalah kau tu. Macam apa yang aku cakapkan dulu, kau tak ingat ke? Takkan kau nak biarkan masalah kau tergantung selamanya macam tu. Riz fikir dulu baik buruk keputusan kau ni.”
“Entahlah
Mir.. ni saja jalan yang dapat aku fikirkan. Kalaulah kau berada disituasi aku
ni apa yang akan kau lakukan agaknya kan? Aku tak tahu apa dosa yang aku telah
lakukan kepada lelaki itu sampai dia membenci aku sebegitu sekali. Setiap kata
yang keluar dari mulutnya mesti kedengaran amat berbisa di telinganya”. Dia
menggetap bibir, rasa sebak hadir menyesak dadanya tiba-tiba.
“Kau
nak ke mana ni pagi-pagi lagi dah bersiap?” Tegur Wan Nazariel bila melihat
yang Nuriz sudah menukar pakaiannya, t-shirt berlengan pendek sudah bertukar ke
yang berlengan panjang.
“Saya nak keluar, ada janji dengan kawan.”
“Saya nak keluar, ada janji dengan kawan.”
Kelakar
bukan? Semalam baru saja mereka melangsungkan pernikahan, namun hari ini
masing-masing dah ada aktiviti sendiri. Tak macam pasangan lain yang pasti
sedang hangat memadu kasih di waktu-waktu begini.
“Ada
janji dengan kawan konon, eleh tu nak pergi menggatallah tu. Tu dengan jantan
manalah pula tu. Macamlah aku tak tahu perempuan macam kau ni. Perempuan
murahan.” Mencebik dia, sengaja ingin menyakiti Nuriz.
“Suka
hati awaklah nak kata apa, saya tak kisah. Saya malas nak bertekak dengan awak,
lagipun buang masa saya saja, bukannya ada faedah pun... saya pergi dulu.” Sungguh
dia letih. Selagi dia mampu bersabar dia akan cuba bersabar dengan lelaki itu.
“Riz..
isk menung pula dia.” Mirna menyentuh perlahan jari jemari temannya itu.
“Aaa...
er sorry kau cakap apa tadi Mir?”
“Aku
cakap jom pergi lunch. Budak-budak
dah tunggu dekat dewan tu. Apa pun yang berlaku pada kau, hidup tetap mesti
diteruskan. Kau kena buktikan pada dia yang kau tidak serapuh yang disangka. Jangan
kau seorang saja yang makan hati dan dia pula bahagia dengan hidup dia
seolah-olah tiada apa yang berlaku.. I
know you can do it Riz.”
"Thanks Mir.. kau sentiasa ada dengan aku
waktu aku perlukan kau."
Kadang-kadang
dia memang akui dia sungguh bertuah punya sahabat sebaik Mirna. Tak pernah
sesekali meninggalkan dia sendirian sewaktu dia kelelahan dengan dugaan-dugaan
hidup yang datang bertimpa-timpa kepadanya.
“Tak
ada hal. Kau kawan aku. Kita kawan dunia akhirat Riz. Aku tetap akan sentiasa
ada untuk kau selagi nyawa masih bersama aku.”
“Jomlah...
perut aku dah berbunyi dah ni.”
Mirna
menarik tangannya. Lambat-lambat dia bangun dari kerusi batu yang terdapat di
halaman rumah Darul Qaseh itu. Seleranya tumpul, namun demi Mirna dia akur. Ah
buat apa aku fikirkan pasal lelaki itu andai dia sedikit pun langsung tak mahu
nak fikirkan tentang aku ni. Buang masa aku saja, lagi pun dia ingat dia tu siapa?
Dia tak tahu ke dia tu langsung tak penting dalam hidup aku tau, lagi dia
menghuru harakan aku adalah dengan kehadiran dia tu.
*** Assalamualaikum warahmatullah, minta maaf kepada semua yang ternanti-nantikan entry yang seterusnya, terlalu diulit kesibukan sehingga saya tak ada masa untuk menjenguk blog-blog sendiri. Entry ini khas untuk Kak Norihan dan semua pembaca setia yang sudi meluangkan masa mengunjungi blog buruk ini. Jutaan terima kasih ^^***
3 comments:
à khirnye..keluar jugak bab 13..lame dah tunggu..tak sabar tunggu sambungannye..
p/s : slamat hari raya nuril...:)
Kesian dekat Riz dapat lelaki macam tu...:(
Sabar bebanyak ye Riz.....ini semua dugaan. Lama2 nanti si Zariel tu mesti lembut hati, cuma bagi dia masa utk 'repair' hati dia yg mcm batu tu.....
Post a Comment