Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.
Nuriz membuka mata perlahan-lahan,
kepala terasa memberat dengan kesakitan yang teramat sangat. Tak pernah-pernah
dia merasai kesakitan seperti ini. Dia mengeluh, mengerang perlahan tanpa
sedar. Tanganya meraba ke dahi. Terasa kesat. Eh aku ni kenapa? Dia mula
hairan. Pelik bin ajaib sungguh, rasanya tadi aku pergi ke bilik air tapi
kenapa... sekarang aku berada di sini pula? Atas katil pula tu, ke... aku hanya
sedang bermimpi dan bangun ke bilik air sedangkan hakikatnya aku hanya
berbaring lena di sini?
Tapi.... kenapa dahi aku bertampal?
Isk.. a..auwww!!! Dia terjerit kecil dek sentuhan tangannya sendiri. Awat sakit
bebenor ni? Aku jatuh ke? Terhantuk dekat mana pula tadi? Tapi bila? Eiie
kenapa otak aku ni macam tak mampu nak mencerna apa-apa? Langsung kosong tak
ingat apa-apa.
Eh... kejap-kejap... rasanya belum
pernah aku pakai pakaian tidur ni. Ini gaun tidur yang dihadiahkan oleh Mirna..
Konon kata kawannya itu teringin melihat dirinya menjadi sedikit keperempuanan,
tapi bila masanya aku sarungkan ke tubuh aku ni?? Kenapa aku tak ingat
langsung??? Arghh apa yang terjadi pada aku ni? Ke aku yang sarungkan sendiri?
Tidur then bangun mengigau tukar
pakaian?? Hurm... agak logik juga di situ. Dia mula membuat kesimpulan untuk
menyedapkan hatinya sendiri. Malas nak memberatkan kepala otaknya yang memang
telah sedia sakit untuk terus berfikir perkara yang dia sendiri tak mampu nak
fikirkan itu. Karang bertambah sakit pula.. nanti siapa yang susah?? Aku dan
diri aku juga.
Jam yang tergantung di dinding
dikerling sekali lalu. Hurm baru pukul 8 pagi... Bisik hatinya. Hah 8 pagi!!! Eh
alamaknya aku kena kerja hari ni. Bingkas dia bangun, rasa sakit kepala yang
berdenyut tadi terus hilang terbang melayang entah ke mana. Dia mula kelam
kabut. Dalam kalut-kalut itu entah macam mana kakinya tersepak bantal yang
bertaburan di atas katil. Hampir tersungkur dia namun nasib baik dia berjaya
mengimbangkan badannya. Huh bersepahnya bilik ni macam kapal karam. Mesti si
Wan Nazariel tu bising nanti.. Ah lantaklah balik nanti aku kemaslah. Siapa
suruh dia tak kejutkan aku? Dasar pentingkan diri punya spesis.. Nanti kalau
aku lewat tau pula kau membebel, pot pet pot pet.. bla... bla... macam burung
murai tercabut ekor.. Huh benci aku.
Tak sampai 10 minit dia berada dalam
bilik air dia dah keluar kembali. Huhu apalah nasib aku ni, dengan baju yang
tak sempat bergosok lagi.. Ah lantaklah.. tibai sajalah pakai apa-apa pun, dia
menyelongkar beg pakaiannya. Sehelai seluar jeans dan t-shirt lengan panjang
dikeluarkan. Nasiblah.. aku dah lambat ni. Ini kira dalam daruratlah aku ni. Kalau
dah dalam darurat maksudnya mestilah dimaafkan.
Nuriz menilik wajahnya ala kadar di
hadapan cermin. Beg galasnya terus dicapai, badan masih lagi terasa seram
sejuknya. Demam masih lagi terasa bersisa tapi dia tetap cuba gagahkan dirinya.
Huh kalau aku cuti lama-lama nanti, gaji kena potong pula. Kalau macam tu
gayanya sampai habis tiga bulan pun belum tentu aku mampu membayar hutang aku
dengan mamat tu. Teringat tiba-tiba pada perjanjian yang telah dimeterai
beberapa minggu yang lalu.
Isk mana pula kunci skuter aku ni? Dia
tercari-cari.
Rasanya hari tu aku letak atas meja
ni, ke aku yang salah ingat? Letak di tempat lain, tapi cari dekat tempat
lain... Matanya melilau ke segenap ruang penjuru bilik itu.
Hisy waktu nak cepat macam ni mesti
ada saja benda yang nak berlaku.. Melambatkan masa aku je. Dia mengomel
sendirian.
Adoi.. apa ni!! Dia
terloncat-loncat, ibu jarinya terasa sakit, tersepak sesuatu yang berbonjol
yang tersembunyi di bawah permaidani.
Apa ke benda pula ni? Tangannya
menyelak permaidani yang terhampar di atas lantai itu. Eh.. kunci skuter akulah.
Hatinya berbisik girang. Bagus-bagus, tak sia-sia kaki aku sakit tadi. Dia
tersenyum lebar melihat benda yang dicari sudah pun ditemui.
Kunci skuter kesayangannya itu
dilambung-lambungnya. Sementara sebelah tangannya lagi pula dipanjangkan untuk
memulas tombol pintu biliknya, namun belum sempat pintu itu dibuka olehnya
pintu itu telah dibuka daripada arah luar dan Nuriz langsung tak dapat menghentikan
langkahnya.... terus...
Bukkk...!
“Aduh!!” Dia terjerit kecil, kesakitan. Mana taknya dahinya telah terhantuk pada dagu Wan Nazariel.
“Aduh!!” Dia terjerit kecil, kesakitan. Mana taknya dahinya telah terhantuk pada dagu Wan Nazariel.
Kerasnya dagu dia, isk batu ke
apa... Nuriz merungut perlahan.
“Uikk awal kau bangun. Nak pergi
mana pula ni?” Soal Wan Nazariel hairan sambil merenung ke arah Nuriz yang
sedang menekapkan tangannya ke dahinya sendiri.
Isk rasanya macam dah berdarah balik
ni, bisik hatinya.
“Awal apanya tuan oi.. Tengok jam tu
dah pukul berapa? Kan dah pukul 8 lebih dah.” Dia menjuihkan bibirnya ke arah
jam yang tergantung di dinding di dalam bilik itu. Aaa... errr kenapa dari tadi
jam 8 tak bergerak-gerak? Alamak jam tu mati ke? Eh kenapa aku tak perasan dari
tadi??
Mamai ke apa minah ni? Ke... buang
tebiat.. kena serang dek demam terus jadi tak betul.
“Huh meh sini kau.” Lelaki itu
menarik tangannya agar menghampirinya dan dengan selamba lelaki itu menyentuh
dahi Nuriz dengan belakang tangannya. Hurm panasnya dah kurang dah, tak macam
yang semalam-semalamnya. Isk mengigau ke dia ni? Kalau tak silap aku tadi waktu
dekat dalam bilik kerja tadi jam baru nak pukul 6 pagi. Dia yang tertidur
beberapa jam di bilik kerjanya tadi dek keletihan kerana menyiapkan
kerja-kerjanya.
“Oi kau ni dah terjaga ke atau masih
tidur? Tidur dalam celik?” Lelaki itu menyoal dengan mimik muka berkerut-kerut.
Tu tak lain tak bukan mengata aku
dalam hatilah tu. Bisik hati kecil Nuriz.
Nuriz diam... aduh, luka di dahi
terasa berdenyut tiba-tiba. Mungkin kerana terhantuk seketika tadi. Huh keras
sungguh dagu orang tua ni. Malu usah katalah. Tulah kau Riz lain kali tengok
jam betul-betul. Dah lewat konon.. Ini dah terlebih awal pula adalah.
“Tepi sikit tangan kau tu... biar
aku tengok luka tu.”
Nuriz hanya menuruti, mengikut saja
arahan lelaki itu. Mengalihkan letak tangannya. Isy mamat ni, kut ya pun nak
tengok-tengokkan, janganlah rapat sangat wajah kau tu ke muka aku. Sampai aku
boleh terasa hembusan nafasanya. Malu aku oi. Rasa muka ni dah tukar warna dah
ni. Mesti dah jadi warna merah. Dia cuba menjarakkan tubuhnya daripada lelaki
itu.
“Isy cubalah duduk diam-diam sikit
kau ni.” Tegur Wan Nazariel.
“Luka kau berdarah baliklah.” Beritahu
lelaki itu.
“Hah berdarah?”
“Yalah.. tengok ni..”
“Err... tak.. tak.. na..” tak sempat
menghalang lelaki itu telah mengunjukkan plaster yang ditakungi darah
kepadanya.
Pandangan terasa berpinar-pinar
tiba-tiba, dia memang takutkan darah sebenarnya dan tanpa dapat dikawal
tangannya tiba-tiba menggenggam lengan sasa milik Wan Nazariel itu. Terasa
sekelilingnya seperti berpusing-pusing.
“Lah pulak kau ni kenapa?” Soalnya
kehairanan... Isk main wayang ke apa perempuan ni? Tadi elok saja.
“Err saya tak boleh tengok darahlah.”
“Hah?.. Ganas-ganas macam kau ni pun
takutkan darah ke? Eh hari tu masa excident
dengan aku kau tak pula nak pengsan, bukan kau cedera juga ke waktu tu?” Soal
lelaki itu sambil memapahnya dirinya menuju ke arah sofa yang terdapat dalam
bilik itu.
Isk banyak tanyalah dia ni...
“Duduk sini.. aku pergi ambil first aid kejap.”
******
“Maria... boss mana? Lama dah rasanya I tak nampak muka dia dekat pejabat kita ni? Maklumlah I pun baru balik daripada outstation. Banyak benda nak bincang dengan dia tu.” Darius HR Manager di situ, berusia lewat 30-an tiba-tiba menjenggulkan kepalanya di pintu bilik Wan Nazariel. Maria yang sedah sibuk mengemaskan bilik yang sedikit berhabuk itu tersentak.. terkejut ditegur tiba-tiba.
“Maria... boss mana? Lama dah rasanya I tak nampak muka dia dekat pejabat kita ni? Maklumlah I pun baru balik daripada outstation. Banyak benda nak bincang dengan dia tu.” Darius HR Manager di situ, berusia lewat 30-an tiba-tiba menjenggulkan kepalanya di pintu bilik Wan Nazariel. Maria yang sedah sibuk mengemaskan bilik yang sedikit berhabuk itu tersentak.. terkejut ditegur tiba-tiba.
“You ni kan Dar, kut ya pun ketuklah
pintu di dulu, or bagi salam ke baru
nak tanya I terkejut tau tak? Nasib baik I tak ada lemah jantung.” Maria
membebel geram tidak berpuas hati dengan perbuatan lelaki itu.
“Hehe, sorry. I nak cepat tadi.. boss mana? Dari tadi I tak nampak muka
dia.”
“Boss cuti hari ni, tak taulah
kenapa. Dia tak cakap apa-apa pula... Eh you ada apa hal cari dia?”
“Hah cuti? Dia tak sihat ke apa? I dahlah
ada hal sikit nak bincang dengan dia ni.”
“Entah, suara dia waktu call tadi macam suara orang sihat saja..
alah adalah tu yang dia nak selesaikan tu.. you ada apa-apa mesej ke nak I sampaikan
pada dia?”
“Tak apalah Maria.. bukannya penting
mana pun. Hurm budak dispatch tu
mana? I ada surat penting nak suruh dia hantarkan ni.”
“Budak tu pun cuti jugalah Dar.. dah
dua hari dah.”
“Hah cuti juga? Isk berjanji ke apa
mereka berdua ni? Seorang mc, seorang pula cuti.” Darius menggumam perlahan...
tapi dapat didengar juga oleh Maria.
“Eh mengarutlah you ni Dar,
kebetulan je kot.. si Nuriz tu demam katanya, dan boss pulak ada hal peribadi.”
“Boss
cuti, dan Nuriz pun cuti sekali tak akan pula kebetulan pula cik Maria oi?
Lepas tu selalu pula tu, kalau Nuriz tak datang mesti boss tak datang sekali,
tak akan kebetulan berkali-kali pula? Kalau sekali tu mungkin betul juga
kebetulannya. Orang tak cukup umur pun boleh fikir hal macam ni.” Dorina yang muncul
entah dari mana terus menyampuk perbualan mereka berdua. Memang jenis suka
pasang telinga dengar perbualan orang agaknya dia ni.
“Mengarutlah
you Dorynn.. Cuba jangan buruk sangka dengan mereka berdua tu.”
“Manalah
I ada buruk sangka cik Maria. I cakap benda yang betul. Orang yang tak pandai
atau dengan bahasa kasarnya orang yang bodoh saja yang tak boleh agak yang
mereka tu ada apa-apa. Tak akan pula kebetulan.”
“Entah-entah mereka merancang. Eh
budak tu sendiri ke beri tahu you yang dia cuti?”
“Taklah.. Encik Zariel yang call I kata si Nuriz tu cuti. Tak
sihat.. I pun malas nak tanya panjang-panjang, karang I banyak tanya nanti
dikatanya I ni ‘busy body’ pula.”
Sengaja dikuatkan perkataan ‘busy body’
itu menyindir Dorina, tapi nampaknya tidak sedikit pun sindiran sinisnya itu
memberikan kesan. Gadis itu tetap dengan muka biasanya. Ah orang macam dia ni
manalah perasan dengan bahasa kiasan ni. Dia nak kena guna bahasa straight to the point barulah tersentak
sedar.
“Hah... see... kan I dah kata dah.” Darius menjerit kecil secara tiba-tiba.
“Oii Dar.. you jangan nak bergosip
boleh tak?” Huh lelaki sekarang ni memang pandai buat gosip. Entah apa-apalah
dia ni, taulah awak tu memang lembut sikit gayanya. Janganlah kepoh sangat
mengalahkan perempuan.
“Mengarut apanya Mar oi? Cuba you
fikir logik sikit, kalau mereka tak ada apa-apa, masakan boss dengan budak tu,
siapa namanya? Ha si Nuriz tu cuti serentak, lepas tu bukan dia yang cakapkan
sendiri pula tu. Betul juga kata si Dorynn ni kan, tak akan pula kebetulan yang
berlaku berkali-kali.”
“Ya tak ya juga ek..” Masuk juga ke
dalam otaknya apa yang dikatakan oleh Darius itu.
Dia akui yang Wan Nazariel tu pun
gayanya macam suka sangat dengan si Nuriz tu, suka yang macam mana dia sendiri
tak pasti tapi lelaki itu memang suka Nuriz ada di depan matanya. Pantang budak
tu hilang dari pandangan matanya mesti..
“Maria, Nuriz mana?”
Lepas tu...
“Maria suruh Nuriz masuk bilik I..”
Atau...
“Nuriz.. pergi buat itu, siapkan ini, susun itu.”
“Nuriz.. pergi buat itu, siapkan ini, susun itu.”
Huh segalanya Nurizlah... sampaikan
Maria rasa yang syarikat mereka macam dah kepupusan staff.
“Hah yang you menggelengkan kepala
kenapa Maria?”
“Tak adalah Dar... cuma... ah tak
ada apa-apalah. Dah pergi masuk bilik you.. I nak siapkan kerja I ni. Ha Dorynn
pergi balik ke tempat you, jangan sibuk pula nak bergosip. Syarikat bayar you
untuk berkerja bukan untuk bergosip.”
6 comments:
Thanks for the n3 Nuril..tapi kenapa mcm pendek je? Anyway sejuk jugak hati ni bila Zariel ambik berat pasal Riz....cuma hopefully lepas ni Zareil akan lebih caring lagi kat Riz sampai dia x sedar dia dah jatuh cinta kat isteri sendiri!
me kasih dek,epy dapat gak akak melepas kan rindu dendam kat nuriz...hehe!dah terlerai ke batu konkrit kat ati mamat tu dek!!oh!so hapening lh kalu zariel leh je trima nuriz as his wife!!!!!!!!!!!!n dek Nuril sape ye ! yg tukar kan baju nuriz tu???akak nak g dek..........
Haih penyibuk betul lah si Dorynn tu.... :(
Tq utk n3 ni..tp rasa x puaslah! Sian Nuriz.. :(
Rindu kat mereka berdua ni.. tak sabar nak baca yg seterusnya .. mmg air tgn nuril sts wat k.yus tertunggu2
huhuhu bila nak sambung ...windu ....
Post a Comment