Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.
“Ehem...”
Maria berdehem, konon-kononnya membetulkan suaranya ke tone normal, namun hakikatnya dia sedang menahan dirinya dari
terkejut. Ya sangat terkejut bila melihat Nuriz berpapasan tiba dengan Wan
Nazariel di pejabat itu bebarapa minit tadi, satu kereta lagi. Hampir terlepas
jatuh fail yang sedang berada di tangannya itu..
Isk
mereka berdua ni memang ada apa-apa ke? Hati mula berkata-kata.. tertanya-tertanya.
Segala macam persoalan mula muncul di benaknya, bermain di mindanya.
“Hah
Maria, kenapa?” soal Wan Nazariel hairan melihat raut wajah Maria yang
berkerut-kerut penuh dengan riak terkejut.
“Err
tak ada apa-apa boss.” Sejak bila Boss dengan si Nuriz ni serasi bersama? Pelik
betul perangai mereka berdua ni. Sukar nak dijangka. Hisy tak tercapai dek akal
betullah kalau aku nak fikir.
“Masuk
bilik I”
“OK.”
Dia membuntuti langkah Wan Nazariel. Sempat juga dia mengerling pada Nuriz yang
hanya membisu tanpa suara sedari tadi.
“Apa
agenda I hari ni?”
“Hari
ni cuma ada satu meeting, kejap lagi
dalam jam sepuluh pagi client kita
dari Meet Holding akan datang untuk bincang pasal kontrak syarikat kita dengan
dia. Hah lagi satu I dah letak beberapa fail untuk projek kita di Sri Hartamas
dekat atas meja you. Nanti boss semak ya? Kalau ada yang tak kena beritahu I.”
Wan
Nazariel kelihatannya begitu fokus mendengar apa yang disampaikan oleh Maria
itu. Satu yang dia kagum tentang sikap lelaki itu ialah. Lelaki itu sangat
teliti dengan kerja-kerjanya.
Nuriz melabuhkan punggungnya pada sofa yang terdapat dalam bilik lelaki itu. Bosan.. mata pula terasa berat semacam. Yalah tadi selepas sarapan dia telah menelan beberapa biji ubat penahan sakit, untuk persediaan. Takut-takut lukanya berdenyut kembali dan pastinya akan mengganggu tugas-tugasnya nanti.
Nuriz melabuhkan punggungnya pada sofa yang terdapat dalam bilik lelaki itu. Bosan.. mata pula terasa berat semacam. Yalah tadi selepas sarapan dia telah menelan beberapa biji ubat penahan sakit, untuk persediaan. Takut-takut lukanya berdenyut kembali dan pastinya akan mengganggu tugas-tugasnya nanti.
Lelaki
itu memang kaki sibuk, dia mendengus. Menyampah kadang-kadang dengan perangai
lelaki itu yang secara automatiknya bertukar 360 darjah bila berhadapan dengan
keluarganya. Ceh tu kes takut kena marahlah tu. Kalau tak suka buatlah cara tak
suka, tak perlulah nak hipokrit sampai macam tu sekali.
“Kau
tak payah pergi kerjalah hari ni.” Tegur Wan Nazariel bila melihat Nuriz yang
sedang bersiap-siap dihadapan cermin.
“Kenapa
pula? Kalau saya duduk rumah saja. Gaji kena potong pula.. makin lambatlah saya
nak langsaikan hutang saya pada awak tu, silap-silap tiga bulan jadi empat
bulan pula nanti. Siapa yang susah? Saya juga…”
“Ok
jugak tu.. banyaklah masa aku untuk buli kau.”
“Amboi
banyak lawa awak punya perangai. Dahlah tepi.. saya dah lambat ni.” Dia ingin
keluar daripada bilik itu tapi nampaknya laluannya terhalang dek tubuh lelaki
itu.
“Tak
payah pergi kerja aku kata.”
“Eeeiiii
awak ni kenapa?”
“Yalah..
nanti kau jatuh, terpengsan dekat office
tu, mesti menyusahkan aku pula nak bawa kau pergi hospital.” Lelaki itu
membebel menerangkan sebabnya.
Nuriz
diam. Buat pekakkan telinga, malas mendengar bebelan lelaki itu. Takut dia
hilang sabar lalu menjawab segala kata lelaki itu dan penghabisannya mereka
akan bertikam lidah seperti yang selalunya.
“Dahlah
saya pergi dulu, jumpa dekat office
nanti.” Huh tak cukup-cukup ke lagi nak kurung aku dekat dalam bilik ni
semenjak beberapa hari lalu. Huh rimas.. kalau tambah satu hari lagi yakni hari
ni sahih aku akan mati kebosanan, Nuriz membebel dalam hati. Aku bukannya tenat
mana pun. Tu sajalah tu nak over acting
depan family dia. Nak tunjuk yang
konon-kononnya dia suami yang mithali.. huh mithali apa, mee tali adalah. Perangai
macam komunis.. Kuku besi betul.
“Hai
laju saja kamu menonong Nuriz.. Zariel mana? Tak pergi sekali ke?”
Terhenti
terus langkahnya.. Ah sudah.. apa alasan aku nak bagi pada mereka ni pula? Dia
berpaling cepat-cepat wajahnya digariskan dengan senyuman.
“Aaa...
Zariel kata dia lambat sikit mama. Dia suruh Riz pergi dulu.”
Muka
Datin Jacinta berkerut. Isk masakan isteri masih sakit disuruh pergi
sendirian... ke???
“Eh tak jadilah, abang dah siap ni.. Jom kita pergi sekali” Ujar Wan Nazariel yang muncul secara tiba-tiba terus memegang tangannya. Nuriz perasan riak wajahnya pasti sudah berubah namun tetap dicubakan untuk beriak selamba. Hampeh mamat ni suka-suka dia saja nak pegang tangan orang, dicubanya untuk melepaskan tangannya daripada genggaman tangan lelaki itu tetapi tidak berjaya. Malah pegangan tangan lelaki itu semakin kuat.
“Eh tak jadilah, abang dah siap ni.. Jom kita pergi sekali” Ujar Wan Nazariel yang muncul secara tiba-tiba terus memegang tangannya. Nuriz perasan riak wajahnya pasti sudah berubah namun tetap dicubakan untuk beriak selamba. Hampeh mamat ni suka-suka dia saja nak pegang tangan orang, dicubanya untuk melepaskan tangannya daripada genggaman tangan lelaki itu tetapi tidak berjaya. Malah pegangan tangan lelaki itu semakin kuat.
Lepaslah!!!
Jerit hatinya... Dahlah bahasa dirinya abang. Geli telinga aku mendengarnya.
“Hah
elok pun Zariel.. Mama baru nak suruh driver
kita hantarkan. Bahaya biar Riz pergi sendiri tunggang motosikal... dahlah
belum berapa sihat.. apa-apa jadikan payah.”
“Dia
degil nak pergi sendiri.. saya dah kata tunggu..tapi dia tak nak, tak sabar.”
Eiii
tengok dia buat drama lagi. Nuriz menggetap bibir. Eh aku sekeh juga mulut dia
ni karang...
Itulah
alkisahnya pagi tadi. Semua benda ada saja yang akan menyakitkan hatinya, Nuriz
merengus lagi. Tak peduli Wan Nazariel dan Maria yang masih berbual
entah-apa-apa-entah. Dia malas nak ambil tahu.
“Hah
dah tak reti keluar ke? Ke kau masih rasa diri tu puteri raja sampai nak tunggu
orang bukakan pintunya?” Tegur Wan Nazariel bila melihat Nuriz hanya pegun di
tempat duduknya. Apa dia ingat aku nak buat macam tadi ke? Tadi tu lainlah depan
papa dan mama.
Tengok
aku dah kata dah perangai dia cuma baik bila depan keluarga saja.
“Nak
keluarlah ni. Cuba jangan nak membebel je taunya.” Nuriz merengus.. Langsung
tak reti sabar mamat ni.
Wan
Nazariel hanya tersenyum sinis melihat perlakuan Nuriz itu. Membuatkan gadis
itu bengang adalah salah satu kewajipannya kini dan antara tugas-tugas harian
yang penting buat dirinya.
“Nuriz!”
“Nuriz!”
“Woitt
kau menung apa? Baru masuk kerja sekejap kau dah mengelamun. Ini jantan mana
pula yang kau ingatkan ni?” Sergah Wan Nazariel. Bengang panggilannya
berkali-kali namun tidak sekalipun gadis itu menyahut menjawab dirinya. Huh
badan saja di sini.. jiwanya entah melayang ke mana. Dasar perempuan.. Sehari
kalau tak buat aku bengang memang tak sah agaknya.
“Apanya awak ni, kat rumah membebel, kat sini pun nak membebel juga ke?” Mengalahkan orang perempuan betul perangai dia ni. Patut pun agaknya tak ada girlfriend.
“Apanya awak ni, kat rumah membebel, kat sini pun nak membebel juga ke?” Mengalahkan orang perempuan betul perangai dia ni. Patut pun agaknya tak ada girlfriend.
“Mana
aku tak membebel, kau tu yang suka buat aku nak marah.. Panggil sekali tak mahu
dengar... pot pet pot pet…”
Nuriz
mencebik.. Eleh alasanlah tu dan sebenarnya eh dah macam tajuk lagu pulanya dia
memang suka nak membebelkan aku. Mengaku sajalahkan.
“Alah..
awak cakap sajalah yang awak ada benda nak suruh saya buat. Tak payahlah nak
panjang-panjang mukadimahnya tu.” Malas nak memanjangkan lagi perbalahannya. Matanya
diliarkan ke sekitar ruang pejabat peribadi lelaki itu. Huh patut pun dia cakap
dengan aku serupa air teh tak pakai tapis, sebab tinggal kami berdua saja dalam
ni. Tak sedar pula bila masanya Maria berlalu keluar dari bilik itu. Itulah
syok sangat melayan blues.
“Hurm
pandai pun kau, kejap lagi aku ada meeting.
Kau duduk diam-diam dalam bilik ni jangan nak pergi mana-mana. Aku tak mahu
dahi kau tu bertampal lagi, nanti aku juga yang kena marah kalau apa-apa jadi,
bukannya kau.” Teringat peristiwa dia menjumpai Nuriz yang pengsan didalam
bilik air.. dan agak teruk juga dia dileteri bila hal itu diketahui oleh
papanya.
“Taulah..
saya bukannya budak kecik lagi.”
“Tau
pun kau bukan budak kecik, tapi lemahnya macam budak-budak tau tak.. kena hujan
sikit dah demam berhari-hari. Ni nanti kemaskan sikit bilik aku ni.”
“Ok..
err tak ada surat ke yang perlu dihantar hari ni boss?"
“Kenapa?
Kalau ada pun aku tak akan suruh kau buat, sebab aku dah suruh si Zaki yang
buat.”
“Owh..
jadi saya ta perlulah hantar surat lagi ya?”
“Tak..
untuk minggu ni saja, sebab kau tu tak sihat sangat, kiranya aku ni baik hati
jugalah kan.”
“Wah
sayang juga awak pada saya ye?”
“Ceh
tolonglah weh jangan perasan.” Wan Nazariel mencebik mendengar kata Nuriz itu.
Kelakar pula.. sayang?? Tolonglah jangan perasan.. perempuan, perempuan. Baru
kita ambil berat sikit mesti dia dah start
perasan.
“Eleh
gurau saja pun nak marah. Kalau dengan awak. Tak sayang pun tak apa. Tak rugi
apa-apa pun sebab saya tau awak tu lelaki yang 'bengkok' tak normal” Err...
agak-agak akulah, sebab gaya dia macam tak suka perempuan saja, dengan mama
tirinya pun dia buat acuh tak acuh saja.
“What??? 'Bengkok' apa benda tu?” Pelik selama ni tak pernah dengar istilah bengkok-bengkok ni. Apa dia ingat aku ni seperti jalan ke, ada istilah bengkang-bengkoknya.
“What??? 'Bengkok' apa benda tu?” Pelik selama ni tak pernah dengar istilah bengkok-bengkok ni. Apa dia ingat aku ni seperti jalan ke, ada istilah bengkang-bengkoknya.
“Larhh
tu pun tak tahu ke? Kan awak tu tak suka perempuan, tu sebab asyik berkasar
saja dengan perempuan terutama dengan saya ni."
“Helllo.. kau ada bukti ke nak kata aku
ni gay?” Huh saja nak cari pasal
dengan aku dia ni. Tak padan dengan dahi tu yang masih bertampal, dadanya sudah
mula turun naik. Menahan sabar yang semakin menipis.
“Saya
tak kata pun yang awak tu gay. Saya
cuma kata yang awak tu tak sukakan perempuan, homoseksual, buktinya ada apa,
awak tu bila dengan perempuan asyik nak marah sajakan.”
“Tak
suka perempuan dengan gay samalah tu.
Oii singkat betullah akal kau ni. Apa kau ingat aku marah sikit maksudnya aku
memang tak suka perempuan? Selama ni kau ada nampak ke yang aku ni ada 'teman
lelaki' kalau ya aku seperti yang kau cakapkan?”
“Dah
tu kenapa awak tak ada girlfriend
sampai sekarang ni kalau betul awak ni normal?”
“Suka
hati akulah nak ada girlfriend ke
tidak. Kau siapa nak sibuk-sibukkan urusan aku ni? Karang kalau aku ada girlfriend kau pula yang menangis
guling-guling sebab frust! Macamlah
aku tak tak tahu yang kau tu ada hati dengan aku ni.” Hisy penyibuk punya
perempuan. Inilah salah satu sebab yang aku tak berkenan dengan orang perempuan
ni. Penyibuk tak bertempat, hal sendiri tak terjaga dah sibuk nak jaga hal
orang lain..
“Hello tolong jangan perasan ok? Orang
buta saja yang boleh jatuh hati dengan awak tu. Perangai macam komunis, perasan
diri tu handsome pula. Ceh! Hah dan
lagi satu saya ni isteri awak, tentu-tentunya saya kena ambil tahu serba
sedikit tentang awak.” Selamba Nuriz menjawab.. Dah kau sendiri yang tanya
siapa aku ni kan.
“Amboi
bukan main sedap mulut kau mengata aku ya? Eh kau tu cuma isteri dalam kertas
saja tau. Jangan nak perasan lebih-lebih ok!”
“OK
kalau macam tu kata awak, apa kata awak lepaskan saya. Senang sikit, saya pun
tak adalah perlu nak menyibuk segala urusan awak tu lagi.”
“Lepaskan
kau?” Sinis wajahnya bila mendengar permintaan gadis itu.
“Ha'ah..
kita boleh teruskan kehidupan kita masing-masing selepas ni.”
“Dalam
mimpi bolehlah aku lepaskan kau.. dahlah malaslah layan kau.”
“Awak
ni memang macam budak-budak tau tak? Dah tahu tak suka kenapa nak simpan lagi
kan? baik lepaskan saja. Kurang sikit masalah tu.”
“Pandailah
kau nak bercakap ya? Siapa kata aku ada masalah? Masalah aku akan selesai kalau
tengok kau menderita, sebab semenjak aku berjumpa dengan kau, hidup aku jadi
tunggang langgang dan berubah seratus peratus kerana kau faham tak? Kau memang
pembawa malang agaknya. Semua orang yang bersama dengan kau mesti kena tempias
malang kau tu kan? Suwey!”
“So awak ingat awak tu pembawa untunglah
dalam hidup saya ek? Kalau awak menjadi pemandu berhemah, saya tak perlu
kemalangan dengan awak, berjumpa dengan awak dan terpaksa hidup bersama dengan
awak, ceh! Budjet dia saja yang
sempurna.”
Pandai
saja mengata orang diri dia tu pun dua kali lima juga. Hari-hari yang aku lalui
dengan dia ibarat mimpi ngeri yang muncul dalam setiap lenaku. Tak sedar diri
sungguh.
“Dahlah..
malas layan kau. Aku nak keluar.”
Lelaki
itu bangun dari duduknya, terus melangkah menuju ke pintu.. Huh dah habis
idealah tu nak berbalah dengan aku ni. Nuriz menghantar langkah lelaki itu
dengan ekor matanya. Lelaki ego tinggi melangit. Kau tunggulah satu hari nanti
aku akan buat kau sukakan aku, waktu tu baru kau tau siapa aku. Dia menggetap
bibir.
******
'Isteri'? Isk... betul ke apa yang aku dengar? Maria menggigit hujung pensil yang berada ditanganya. Kalau tak betul.. maknanya aku mungkin ada masalah pendengaran, ke aku sedang mamai ni? Bila mamai semuanya jadi mengarut dan apa yang aku dengar semuanya jadi merapu. Eh nak mamai apanya ni? Aku rasa diri aku segar saja ni. Dia menampar perlahan wajahnya sendiri, sakit.. namun masih tak puas hati lagi lalu dia mencubit pula tangannya sendiri.. Ouch! Oh memang sakit... nampaknya sungguh aku tak bermimpi.
'Isteri'? Isk... betul ke apa yang aku dengar? Maria menggigit hujung pensil yang berada ditanganya. Kalau tak betul.. maknanya aku mungkin ada masalah pendengaran, ke aku sedang mamai ni? Bila mamai semuanya jadi mengarut dan apa yang aku dengar semuanya jadi merapu. Eh nak mamai apanya ni? Aku rasa diri aku segar saja ni. Dia menampar perlahan wajahnya sendiri, sakit.. namun masih tak puas hati lagi lalu dia mencubit pula tangannya sendiri.. Ouch! Oh memang sakit... nampaknya sungguh aku tak bermimpi.
Kalau
betul yang aku dengar, maknanya Nuriz tu puan bosslah dekat sini. Heiii
patutlah aku rasa yang mereka berdua ni memang macam ada apa-apa tapi bukan
macam lagi dah memang ya pun... tapi kenapa mereka nak sembunyi-sembunyikan? Peliknya...
Tadi
dia tidak sengaja terdengar perbualan Nuriz dan Wan Nazariel ketika dia
berpatah balik. Kononnya ingin mengambil buku nota kecil miliknya yang
tertinggal di bilik lelaki itu, baru tangannya diangkat ingin mengetuk pintu
bilik itu, perbuatannya telah terhenti kaku sebaik saja dia mendengar pebalahan
antara mereka berdua. Mati terus niatnya.. terus dia kembali ke arah mejanya
dengan kepala yang sarat dengan segala macam persoalan. Aduii pening kepala I
kalau macam ni..
“Hah
Maria.. you tak breakfast lagi ke?”
“Eh
boss.. kenapa pula tanya I begitu?” Isk dia ni muncul tiba-tiba lepas tu terus
tanya aku ni dah breakfast ke belum..
ke dia nak belanja aku breakfast.
“Tak
adalah I tengok you tu macam lapar sangat je sampai pensil tu pun habis you
gigit-gigit.” Macam tak ada benda lain nak digigit. Macam-macam perangai
staff-staff aku ni.
“Err
tak adalah boss.. ni habbit I.” Tersipu-sipu
dia memberi alasan. Memang begitu tabiatnya andai dia sedang berfikir,
menggigit pensil ataupun pen. Hisy tak senonoh perangai aku ni.
“Oh.. I ingatkan you memang lapar sangat tadi.”
“Oh.. I ingatkan you memang lapar sangat tadi.”
“Tak
adalah.. Eh bos nak suruh I buatkan apa-apa ke?”
“Taklah
Maria.. I saja je jenguk you. Lagipun I nak tengok staff-staff yang lain juga.
Sudah berapa hari I tak masuk office
ni. Semenjak jaga si Nur... ehh tak ada apa-apalah.” Kacam mana aku boleh nak
terlepas cakap ni. Nasib baik tak terkeluar, kalau tak sia-sia saja terbongkar
rahsia aku.
Apa
boss?? Teruskan lagi, tapi hanya mampu terdetik di dalam hatinya itu sahaja. Karang
aku tanya lebih-lebih nanti mahu kena pecat pula, tak pasal-pasal je kan jadi
penanam anggur yang berjaya.. tapi..
“Err
I pergi dululah. Nanti pukul sepuluh ingatkan I tau pasal meeting tu.” Cepat-cepat dia berlalu. Takut kalau dia berlama lagi
dia terlepas bicara lagi seperti tadi. Nyaris terbongkar segalanya. Dia
sememangnya tidak bersedia apa-apa langsung.
Maria
hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat lelaki itu meninggalkan dirinya
tergesa-gesa. Heissyh tak faham aku dengan boss aku yang sorang ni. Siapa Nur?
agaknya Nur itu Nuriz barangkali. Tak sangka aku memang mereka ada apa-apa,
tapi kenapa mereka rahsiakan hubungan baik itu? Peliknya... ah lantaklah.. yang
aku sibuk dok fikirkan hal mereka kenapa? Hisy tolonglah jangan jadi busy body cik Maria oii, tegur hati
kecilnya kurang senang...
10 comments:
Asyik gaduh jer ni.... Nak tenguk tindakbalas wan kalau,ada lelaki lain cuba usya nuriz... Ada cemburu tak? Nuriz dah bosan dgn cara wan tu, dah start minta dilepaskan. Wan nimtak faham2 ker?
Ish geram lak aku ngn wan nazariel ni. ego!! Nuriez lak xmo ngalah. elok la sama2 ego
Hehehe...
Sabar-sabar... anon ya :)
hehe ...cikit g terbabas,abis pecah rahsia u zariel!nape ye zariel terlebih poyo,asal celik je mata,sah2 nk cari pasal ngan nuriz...dah macam israel ngan palestin tk pernah nk berdamai!!!try lah buka mata ati tu,jgn dah terlepas baru terase.....me kasih ye dek,,,teramat amat akak nunggu dek!reda cikit rindu kat nuriz...thank n luv u dek....
iskk..nuriz nih agak keras hati jugak ek..kata2 WNazariel x berbekas langsung..ayik gadoh jek..gadoh2 manja ke tuh...
Terima kasih kak chez, i love you tooo.. Semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH
Gaduh-gaduh ego namanya wida. Terima kasih ^^
Geram betul dgn c Wan ni... Tp c Nuriz pun sama, kuat mnjawap!!
hehehe nampak nya dah tambah lagi sorg yg tahu wan & nuriz dah kawen ...kalau la nuriz tahu time dia pengsan kat bilik air tue wan nazariel yang tukarkan baju dier... apa jadik agak nyer ... ??? waiting for the next entry... & hope that there is more story about wan & nuriz than others supporting character....hehehe
Hahaha ngamlah mereka tu kak norbiha. Seorang ego seorang kuat menjawab. Memang tunggang terbaliklah rumah tangga yang muda tu. Terima kasih untuk komen :)
Aida, suka saya baca komen awak tu. Terima kasih :)
buy xanax no prescription xanax 4h2 - xanax information
Post a Comment