iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Tuesday, December 3, 2013

Novel : Kau Yang Tak Diundang[15]

Benci-benci membenih kasih,
Marah-marah membaja sayang...

What? Kau biar betul Leila?” Serentak Regina Ray dan Rabiah menjerit sambil mulut melopong.

“Betullah. Tak ada yang tak betulnya aku ni. Sudah tutup mulut korang tu, karang masuk lalat pula. Tak pasal-pasal kena taun nanti.”

Kalau mereka pun tak mampu nak percaya dengan apa yang aku ceritakan ni apatah lagi aku yang bersemuka sendiri dengan kisah aku ni. Haisy semalaman aku duk berfikir aku ni sedang bermimpi atau berada di realitinya ni?

“I tahu ia macam tergesa-gesa Leila.”

Leila Suria terkejut. Wajah separuh usia lelaki di hadapannya dipandangnya lama. Apa yang tergesa-gesanya? Aku makan gelojoh sangat ke tadi sampai dia tegur aku kata aku tergesa-gesa? Soalnya pada diri sendiri meminta kepastian.

“Tapi I buat begini atas sebab permintaan you juga hari tu.”

Sorry tuan, apa ya yang tuan maksudkan ni? Saya tak faham.” Soalnya sedikit keliru. Sungguh dia blur sekarang ni.

Tuan Rolland ni macam baca skrip saja. Eh dia tengah praktis nak pergi ujibakat lakonan ke dengan aku ni?

“Leila…”

Lelaki itu menyeru namanya sebelum berhenti dan tangannya menyeluk ke dalam saku bajunya untuk mengeluarkan sesuatu.

Leila Suria menelan air liur. Dia kenal apa yang diletakkan di hadapannya. Sebentuk cincin!

“Leila sebelum tu you tolong I boleh.”

“Apa dia tuan?” Sangkanya mereka akan terus pergi makan sementalah perutnya sudah berkeroncong minta diisi.

“Temankan I ambil barang untuk I punya kawan.”

Tubuhnya disorong masuk ke dalam kedai barang kemas di Pavilion itu. Uikh ni mesti kawan perempuan punya ni. Kalau tak, tak akanlah masuk ke tempat begini.

“Kawan I badan dia besar-besar macam you, tinggi pun lebih kurang, saiz jari pun lebih kurang tu yang dah terlanjur ke sini ni I nak minta tolong you sekalilah.”

“Errr tuan nak saya buat apa?”

“Hari tu I tempah cincin di sini. I rasa dah siap kut. You boleh tolong cubakan bagi pihak dia. I mahu tahu ia muat ke tak. Kalau tak muat boleh buat lain.”

“Barang yang I tempah tu dah siap?” Soal lelaki itu ramah kepada pelayan yang terdapat di situ.

“Dah siap tuan…” Balas pelayan itu ramah siap dengan senyuman manis lagi. Begitulah cara nak memikat pelanggan ya tak. Kalau muka masam mencuka mesti pelanggan pun nak tengok tak sudi. Sudahnya pelanggan cabut lari dan tak adalah rezeki.

Satu kotak kecil berwarna perak dihulurkan cermat kepada Rolland Fiqry dan lelaki itu menyambutnya. Kotak kecil dibukanya. Terserlah sebentuk cincin emas putih yang ringkas rekaannya tetapi menarik minat mata untuk terus memandang. Cincin itu diambil dan dihulurkan kepada Leila Suria yang hanya diam memerhati.

“Cubakanlah untuk kawan I tu.”

Leila Suria hanya menuruti, menyambut dan terus menyarung ke jari manisnya. Ajaib! Elok muat terletak. Seolah cincin itu dibuat khas untuk dirinya. Bisik hatinya sedikit perasan.

Lebar senyuman majikannya itu bila melihat cincin yang serasi di jari manisnya itu. Leila Suria yang perasan akan bahasa wajah lelaki itu buru-buru meleraikan cincin di jari manisnya. Uikh jangan nak perasan. Mesti Tuan Rolland tu tengah membayangkan kekasih dia yang sedang pakai cincin tu.

“Leila Suria Binti Muhammad Salleh.” Lelaki separuh usia itu menyeru namanya.

Buru-buru dia menoktahkan lamunannya, kembali kepada suasana di mana dia berada kini. Bukan di kedai barang kemas itu lagi. Pantas mata dibawa untuk memandang wajah lelaki itu. Menagih penjelasan daripada lelaki itu.

“Saya sedang buat seperti apa yang awak beritahu saya hari tu.”

“Hah?” Bulat matanya. Beritahu? Bila? Dia keliru. Aku ada suruh dia buat apa-apa ke sebelum ni?

Lelaki itu menyeluk tangan ke dalam saku bajunya. Mengeluarkan sekeping kertas kecil berwarna kuning. Diletakkan ke atas meja. Disorongkan ke arah Leila Suria.

Kertas tu, aku kenal kertas tu. Lambat-lambat dia mencapai kertas kecil itu.

“R, 
Saya lamar awak jadi suami saya,
Kalau benar awak dambakan saya,
Marilah bersua muka,
Hantarkan rombongan meminang ke rumah saya,
Buktikan perasaan awak benar belaka. 
Leila Suria."

Terkumat-kamit dia membaca isi kertas itu. Berubah wajahnya kala itu. Terasa hangat kulit wajahnya. Memang tak salah lagi. Itu memang tulisan tangannya dan nota itu memang dari dirinya. Sahih seratus peratus! Jangan-jangan… hah biar betul! Bulat matanya secara tiba-tiba. Dia terlopong beberapa saat, terpaku seketika tubuhnya sebelum tangannya kembali berfungsi menutup mulutnya. Bimbang pula ada cicak sesat terlanding nanti di dalam mulutnya. Haru biru pula jadinya.

“Leila, I melamar you ni. Sudi tak you jadi isteri I?” Soal lelaki itu sekali lagi.

Leila Suria kelu. Tak tahu nak jawab apa. Tak pernah dia menjangka yang ‘R’nya itu adalah big bossnya sendiri.

“I tahu cara I ni tak sama macam dalam nota you tu kan? You suruh I bawa rombongan melamar dan sekarang ni pula I melamar you sendiri seorang diri tapi I rasa ni bukanlah menjadi kesalahan atau asbab untuk you menolak I. I ikhlas dari hati nakkan you Leila.”

“Jadi kau jawab apa Leila?” Soal Rabiah bila melihat Leila Suria agak lama terdiam untuk kembali menyambung ceritanya.

“Aku… aku…” Merah wajahnya. Sungguh bila diingatkan kembali peristiwa itu membuatkan dirinya tak tentu arah. Entah apa kuasa yang telah menyinggah pada dirinya waktu itu entah. Dengan selamba macam orang mengantuk disorong bantal dia menjawab.

I sudi tuan.” Tiga patah kata keramat itu meluncur laju beberapa saat selepas pertanyaan lelaki itu.

“Haha aku dah agak dah. Kau mesti jawab macam tu punya. Kaukan tengah terdesak nak berkahwin sebelum kena paksa kahwin dengan calon pilihan mak kau tu.” Selamba Regina menuturkan sedikit pun tak ambil peduli raut wajah Leila Suria yang sudah bertukar warna macam warna merah traffic light tu.

“Tapikan Gina, sampai sekarang aku masih tak percaya aku dilamar oleh Tuan Rolland kita tu.”

“Apa pula panggil dia tuan? Panggil abang Rollandlah. Diakan dah nak jadi suami kau apa tak lama lagi.” Rabiah menegur siap bagi cadangan panggilan yang sesuai lagi.

“Woi Abby…”

“Betul apa cakap Abby tu. Nak marah buat apa Leila. Kenalah praktis awal-awal supaya nanti dah kahwin tak adalah kau tersasul-sasul.” Regina laju memotong cakap Leila Suria itu malah siap menyokong cadangan Rabiah sekali.

“Ah sudah kau orang. Jangan nak melebih. Dengar dek dia nanti malu aku. Nampak sangat aku yang tersua-sua tau.”

******

“Kau kalau ajak aku keluar semata-mata nak tunjukkan muka stress macam bini kena culik dengan alien tu baik tak payah Rio. Buang masa aku saja tau. Baik aku duduk rumah temankan si Nancy darling aku tu. Ada juga faedahnya.” Kryll Moses membebel. Mula bosan dengan kerenah sepupunya itu.

“Tolong aku Kryll.”

“Apa lagi yang tak kena dengan kau ni semenjak dua menjak ni Rio. Tak fahamlah aku dengan kau ni.”

Nak minta tolong tapi kok diam saja dari tadi. Saja nak buat orang suspenlah tu. Macam apa saja perangainya.

“Bagi aku cadangan macam mana nak batalkan perkahwinan papa tu.”

“Hah? Kau biar betul Rio? Aku ingatkan hari tu kau hanya main-main.”

“Bila masa pula aku main-main Kryll? Aku serius tahap nyawa di hujung mata pedang dah ni tau.”

“Kau redha jelah perkahwinan uncle tu Rio oi.”

Entah apa masalahnya si Rio ni. Papanya tu bukannya tak mampu untuk berkahwin lagi. Masakan takut tergugat. Macam budak-budak betullah dia ni. Tak matang!

“Tak boleh! Masakan kau sanggup tengok aku hidup terbuang selepas ni Kryll?”

“Rio, Rio aku tak sangka kau ni macam ni. Apalah nak kau takutkan. Masakan uncle sanggup buang satu-satunya zuriatnya? Kau harta yang paling bernilai antara hartanya yang sedia ada tau.”

“Ah kau cakap senanglah. Tak kena dengan kau. Sekarang memanglah aku ni satu-satunya zuriat yang dia ada tapi pada masa akan datang siapa tau? Aku rasa papa mampulah untuk ada anak lagi. Lagi-lagi kalau dengan perempuan muda macam tu. Heys geli aku nak panggil dia emak kalau dia jadi dengan papa. Tua berapa tahun saja pula tu dari aku ni.” Terangkat-angkat bahunya siap-siap tubuh menggigil-gigil lagi macam dirinya betul-betul geli dengan apa yang bakal berlaku.

“Tua beberapa tahun saja dengan kau? Eh cun ke dia sampai uncle terpikat habis dengan dia?” Menarik pula bila mendengar cerita si Rio ni. Macam buat aku nak tahu dengan lebih mendalam.

“Bolehlah… sedap mata memandang.”

Eh ya ke sedap mata memandang? Kejap kasi aku ingat balik muka minah stone bajet bagus tu.

“Mungkin pada kau hanya sedap mata memandang tapi pada uncle memang dah cun habis sampai dia jatuh cinta terus tu.”

“Oh ya bila uncle cakap dia nak kahwin dengan perempuan tu?” Sambungnya lagi bila melihat yang Rio hanya membisu tenggelam dengan dunianya sendiri saja tanpa sedikit pun membalas kataa-katanya.

Next month!” pendek jawapannya.

Next month? Hurmmm ada masa lagi ni.”

“Ada masa lagi for what Kryll? Ni pun aku dah tahap nyawa-nyawa ikan tau.”

“Ala rileklah kau ni Rio. Gelabah biawak sangat apa hal?” Eh ada ke peribahasa gelabah biawak? Ah lantaklah hentamlah labu sekarang ni bukannya kelas peribahasa pun.

“Banyaklah kau punya rileks. Bukan jadi pada kau senanglah kau cakap. Cuba uncle Noah yang cakap macam tu dekat kau mesti kau rasa macam nak terjun bangunan KLCC punya. Macamlah aku tak tahu perangai kau yang akal pendek tu.”

“Ha!Ha!Ha! Libatkan daddy aku pula. Aku ada cara ni Rio.”

“Hah apa dia?” Laju dia bertanya.

“Alah macam yang aku cakap dekat kau hari tu.”

“Cakap dengan aku hari tu? Weh yang mana satu ni?”

“Alah kau ni cepat sangatlah lupanya.”

“Oiii dalam keadaan darurat macam ni memang haruslah aku lupa segala benda.”

“Kau cakap kau tak sanggup beribu tirikan? Kau cakap perempuan tu pun muda sangatkan? Kau cakap dia pun cuma tua beberapa tahun daripada kau kan? Kau cakap…”

“Woiiii chop! Chop! Chop! Apa benda panjang sangat mukadimah kau ni? Cakap terus saja tak boleh ke?”

“Weh kau ni cuba belajar bersabar? Meh sini aku nak bisik dekat telinga kau tu.” Kepala sepupunya ditarik supaya dekat dengan mulutnya.

“Perlu ke berbisik macam ni dah macam pasangan tak normal sedang bercinta saja?”

“Syiii diam jangan nak membebel, kau dengar sini baik-baik apa aku nak cakap ni….” Dia berbisik.

“Hah! What! Kau biar betul Kryll?”

“Apa pula tak betulnya, betul apa aku cakap tu. Bernas apa cadangan aku ni. Ni saja satu-satunya cara untuk uncle membatalkan niat tu. Kau mahu ke tak mahu? Kau lelaki apa, bukan masalah pun kalau kau buat macam tu. Lepas tu kalau dah kau tak suka kau blahlah. Semua tu tak penting sekarang ni. Apa yang penting ialah membatalkan hasrat uncle tu supaya kedudukan kau di sisi dia tak tergugat.” Panjang lebar dia menegakkan ideanya itu siap mengenyitkan matanya kepada sepupunya seolah yakin sangat yang ideanya itu kuat untuk berjaya.

“Err… aku… aku…”

“Aku tak suruh kau ikut kalau kau rasa berat hati, cuma aku nak kau fikir dulu sebelum buat keputusan. Fikirkan sebaik-baiknya anggap saja ini antara hidup dan mati kau faham?”

“Ok nanti aku cuba.” Lemah nadanya.

“Sudahlah jangan kau nak buat muka macam buah pelam kena lenyek dengan tayar kereta ya. Jom makan. Aku lapar ni dari tadi duk asyik bebelkan kau.”

“Aku tak ada selera.” Sungguh seleranya segan semenjak dia mengetahui keadaan yang sebenarnya.

“Oiii kau ni apa hal? Esok belum akhir dunia lagilah. Baik kau makan selagi kau mampu. Orang dekat Africa tu kebuluran sebab tak ada makanan dan kau dekat sini pula makanan dah terhidang di depan mata pun kau tak nak jamah. Membazir saja. Tuhan marah tau. Nanti dia tarik balik nikmat yang ada tu baru padan dengan muka kau tu.

“Yalah-yalah aku makanlah. Semenjak bila kau bertukar profession jadi ustaz ni? Bingit telinga aku dengar kau menceramah ni.”



No comments: