Ada rindu yang mengisi...
Dalam marah,
Ada sayang yang mula bercambah...
Tiga bulan bukannya
kontrak cinta, bukan juga sebuah kontrak perkahwinan, kerana dalam perkahwinan
tak pernah wujudnya istilah kontrak. Pertemuan tanpa diduga telah mengikat
mereka Wan Nazariel dan Nuriz untuk terus bersama. Kemalangan yang tanpa diduga
mengakibatkan Nuriz terikat untuk terus bekerja dengan lelaki itu selama 3
bulan untuk melangsaikan hutangnya kepada lelaki itu.
Nuriz : “Wait.. waitt.. saya mana ada duit sebanyak itu, kalau tiga puluh
ringgit adalah.”
Wan Nazariel : “Tiga puluh ringgit tu buat apa?
Kau ingat kereta aku ni kereta mainan ke hah? Aku tahu kau mesti tak mampu nak
bayar punya. Tulah lain kali jangan berlagak dengan aku ni. Oklah kalau macam
ni senang cerita kau kerja dengan aku untuk 3 bulan sebagai ganti rugi kereta
aku tu. Jadi budak hantar surat, kebetulan dispacth
kat opis aku tu pun baru aku
pecat.”
Dalam tiga bulan
kontrak bekerja dengan lelaki itu. Bermacam dugaan yang kena dilalui. Kena
menempuh kerenah Dorina si receptionist yang tergila-gilakan Wan Nazariel dan
terpaksa juga berdepan perangai Wan Nazariel yang sukar diduga itu. Pertukaran
status dirinya daripada ‘Cik’ kepada ‘Puan’ dalam keadaan tanpa dirancang
ditambah pula dengan kehadiran Zefrul Arham yang tergila-gilakan dia. Betul-betul
mengucar-kacirkan hidup Nuriz. Mujur juga ada sahabat baiknya Mirna yang sering
menjadi penguat semangatnya bila dia keputusan semangat.
Agak-agaknya berjayakah
Nuriz menghabiskan tempoh tiga bulan itu untuk melangsaikan hutangnya kepada
Wan Nazariel dalam keadaan kesabarannya sering diuji oleh kerenah lelaki itu?
1 comment:
citer ni dlm versi cetak ke?
Post a Comment