Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.
Kenapa
mereka berdua tak datang serentak ya? Dia duduk termenung di mejanya. Duduk
sambil menongkat dagunya berfikir. Semenjak kejadian beberapa hari lepas,
langsung dia tak dapat melihat rupa jejaka pujaan hatinya. Bercuti panjang
nampaknya. Bila soalan diajukan pada setiausaha lelaki itu, hanya jungkitan
bahu saja yang dia dapat sebagai jawapan kepada soalanya.
-Tulah
kau, buat lagi benda bodoh tu, aku rasa mereka berdua tentu tengah seronok
mengulit bahagia sekarang ni. Engkau apa dapat? Menganga sajalah nampaknya
dapat hampas! Hati kecil mengejek jahat.
-Ah diamlah kau, kau apa tau tentang mereka?
Kau ingat Wan Nazariel tu suka ke dengan perempuan tu? Daripada renungan
matanya aku dah tau dia bencikan perempuan tu tau. Perempuan tu bukan taste dia, tak layak pun dengan dia.
Kalau nak dibandingan dengan aku ni, aku ni yang lebih layak daripada dia.
-
Eleh, jangan perasanlah lebihlah. Kau sebenarnya dah susah hati. Rancangan
bodoh kau tu akhirnya memakan diri. Mereka dapat bersatu kau dapat apa?
“Arghhhh
diam! Mereka tak akan dapat bahagia selagi aku ada di sini, hidup di sini!”
Bentak dia kuat. Tangannya menghentak meja kuat. Marahnya menghambur keluar.
Marah! Pada hati kecil yang nakal membakar amarahnya.
“Eh
you kenapa ni Doryn?? Terpekik siang-siang buta seorang diri, mengigau ke apa?”
Maria menegur kehairanan. Seram pula rasanya. Takut Dorina tersampuk hantu
siang. Kalau betul pasti haru harinya yang sememangnya sudah haru biru semenjak
bossnya si Wan Nazariel mengambil cuti kecemasan.
“Err
tak ada apa-apa cik Maria.” Merah wajahnya menahan malu ditegur dek kerana
keterlanjuran tingkah lakunya tanpa sedar tadi.
“Ha
baguslah kalau tak apa-apa, I pun risau gak ni tengok you terbentak-bentak
seorang diri mengigau ke apa? Buat kerja awak tu. Telefon di atas meja tu I
dengar berdering-dering dari tadi, kenapa you tak sambut? Ke you tak dengar?
Dari tadi meracau apa entah fikiran tu, sampai tak dengar telefon tu berdering
ke apa?” Bebel Maria perlahan. Dia yang sememangnya anti dengan perangai Dorina
itu sempat mengambil kesempatan menyindir gadis itu sekali. Entah gadis lagi
entah tidak. Tiap-tiap minggu aku tengok berlainan lelaki yang selalu jemput
dia keluar makan. Haisyh.
“Eh
ada bunyi ke tadi? Kenapa I tak dengar apa-apa pun?” Soal Dorina terpinga-pinga.
“Macam
mana nak dengar kalau dah fikiran tu duduk mengarut saja.” Sindir Maria sinis.
Maria
menggeleng-gelengkan kepala. Entah kenapa dia langsung tak berkenan dengan
perangai ‘rakan sepejabatnya’ yang nan seorang ni. Dari mula gadis itu masuk
bertugas dia langsung tahu dia memang tak boleh ‘masuk’ dengan perangai gadis
itu.
“Errr
cik Maria…”
Mati
langkahnya bila Dorina memanggilnya. Lambat-lambat dia memusingkan tubuhnya ke
arah gadis itu.
“Ya?”
Soalnya sambil menjungkitkan keningnya.
“Errr…
boss cuti sampai bila ek? Errr you tau tak kenapa dia cuti? Eh perasan tak
semenjak boss cuti, Nuriz pun cuti sekali, agaknya kenapa ya?” Sudah mula
bermukadimah menyebar gossip dan mengorek rahsia kut-kut Maria tahu
sebab-musabab mengapa Wan Nazariel dan Nuriz bercuti serentak walaupun
hakikatnya dia sudah tahu sebabnya cuma… dia akan lebih berpuas hati kalau
dapat mengetahui cerita yang lebih sahih!.
“Oh…
Dorynn… I ni cuma setiausaha Encik Zariel saja, bukan isterinya atau kekasihnya
yang boleh tau sebab-sebab apa yang sebenarnya dia bercuti. Lagipun ni kan company dia, suka hati dialah nak cuti
berapa lama pun. Eh yang you sibukkan kenapa Dorynn? Mendatangkan masalah ke
kalau dia tak masuk office? You bayar
gaji dia ke? Lagi satu, you jangan gatal mulut nak gosipkan dia dengan si Nuriz
pula ya, mungkin kebetulan saja yang mereka cuti serentak. You macam tak tau
pula yang Encik Zariel dengan Nuriz bukannya boleh berjumpa. Macam anjing dan
kucing saja. Ada saja benda nak digaduhkan.”
“Eh
I bukannya nak bergosiplah cik Maria. Cuma…”
“Cuma
apa Dorynn?”
“I
bukan apa cik Maria, cuma risau, takut boss kita tu sakit teruk ke. Kalau ya
boss kita tu sakit teruk, bolehlah I datang melawat dia, tolong jagakan dia
sekali ke..”
“Tak
perlulah you nak risaukan boss tu. Boss kita tu bukannya budak kecik lagi nak
dirisaukan pun. Eh lagipun dia ada keluarga yang boleh jaga dia kalau pun betul
dia tak sihat ke.” Risau konon, eleh macamlah aku tak tau yang kau tu dah sasau
sebab dah lama tak nampak Encik Zariel tu. Eh satu office taulah kau tu ada
hati dengan boss tu. Maria mencebik bibir, jelik dengan perangai gadis
dihadapannya itu.
“Er
excuse me…” Tak tahan dileteri Maria,
Dorina berdiri tiba-tiba.
“Hah
you nak ke mana pula tu Dorynn?” Soal Maria hairan. Tak akan kena leter sedikit
dah merajuk, biasanya minah ni telinga tebal.
“I
mau pergi ladies kejap, cair dah make-up I ni dengar you berleter cik
Maria. So nak kena touch up balik.” Ujarnya
melenggang-lengguk berjalan meninggalkan Maria yang masih tegak berdiri tidak
jauh daripadanya tadi.
8 comments:
Jahat betul Dorynn ni...-_-#
Hehe konflik tu noratiza :-)
cepatlah sambung lagi...
@Anor~ salam... hehe sabar ye :)
salam dek,cepat lh sambung dek pastu panjang lh cikit ye dek...........dek kalu bleh buat lh Nuriz tk layan ngan Fiqril,biar lh Nuriz ajar cikit kt Fiqril tu.sedeh lh dek ngan nasib Nuriz tu........best sesangat lh cite ne.cepat smbg ye dek............
maap ye dek nuril akak tersalah nama bukan nye FIQRIL tp Zariel.pembetulan ZARIEL.....maap sangat.....
Salam kak rihan... hehe nda apa-apa. Saya faham banyak sangat nama watak-watak kan dalam novel ni sampai ada yang tersilap tulis. Tak apa-apa sentiasa dimaafkan. Terima kasih kakrihan sudi baca karya yang tak seberapa ni :)
Nak sambung..lagi..kesian dgn nuriz...
Post a Comment