Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.
“Kau
nak termenung sampai bila Riz? Dahlah cukuplah menangis tu. Aku tahu dugaan
yang kau tanggung kali ni berat tapi kau kena belajar menerimanya. Mesti kau
rasa dunia ni macam tak adil kan? Kejam kerana menduga kau dengan
bermacam-macam.” Semenjak pulang dari hospital semalam hanya itulah yang
dilakukan oleh Nuriz.. termenung, menangis, termenung menangis.. hanya dua
perkara.
Sebentar
tadi keluarga Wan Nazariel ada datang bertandang dan nampaknya keputusan mereka
adalah nekad untuk menyatukan mereka berdua. Mirna sendiri pun tak mampu nak
kata apa, terpaksa akur bagi pihak perempuan.
“Aku
nak bersendirian Mir…” memang dia mahu bersendirian. Perlu masa untuk diri sendiri.
Perlukan waktu untuk menyembuhkan luka yang menggaris dalam jiwanya.
“Aku
tak mahu kau jadi macam ni. Hilang semangat macam orang putus harapan. Jalan
hidup kau masih jauh, kalau kau hanya duduk meratapi nasib kau sampai ke
bilanya takkan sudah. Kau kena bangun balik, buktikan kat mamat tu yang kau
sikit pun tak terbeban dengan dugaan kali ini.”
“Macam
mana aku tak jadi macam ni Mir? Dia tuduh aku saja-saja buat pengsan sebab nak
perangkap dia. Sumpah demi ALLAH, walaupun aku tak suka dia tapi dalam hati ni
tak pernah terniat pun nak kenakan dia sampai macam tu sekali…” masih
tengiang-ngiang lagi kemarahan lelaki itu yang dihamburkan kepadanya sebaik dia
sedar dari pengsannya.
“Perempuan
sundal!! tak habis-habis nak menyusahkan. Hei aku tak tahulah kenapa kau ni
sial sangat hah? Tak sampai sebulan aku jumpa kau dah macam-macam benda berlaku
dekat aku ni!” Bentak lelaki itu kasar, sikit pun tidak ada belas dengan
keadaannya yang sedang terlantar tidak bermaya.
“Hei
nasib baiklah papa aku halang semalam kalau tak dah lama agaknya kau mampus aku
kerjakan. Hisy kecik-kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang saja!”
Nuriz
hanya diam sungguh dia langsung tak mampu untuk mempertahankan diri, pengsan
kemudian diserbu. Hai macam dah dirancangkan saja, dan yang menjadi tertuduh
adalah dia, dirinya. Siapalah dia untuk mengatakan tidak, mesti lelaki itu takkan menerima bulat-bulat apa
jua yang cuba dikatakan olehnya.
Matanya
dipejamkan rapat... Sehina itukah dia di mata lelaki itu? Sehingga sebegitu sekali
tohmahan yang dilemparkan oleh lelaki itu kepadanya. Sungguh setiap kali dia
teringatkan kembali kata-kata lelaki itu air matanya pasti melimpah kembali,
bertakung di tubir mata dan akhirnya pasti berjuraian jatuh di pipinya. Dia teresak-esak
akhirnya. Pilu mengenangkan kembali hala tuju nasib dirinya itu.
“Sabar
Riz…” Mirna merangkul erat tubuh temannya erat, cuba menenangkan gadis itu yang
nampak benar berat penanggungannya.
Tiba-tiba
Nuriz menolak tubuhnya, tersentak Mirna bila melihat gadis itu yang bangun
tiba-tiba. Seolah-olah telah mendapat semangat yang baru. Nuriz dilihatnya menuju
kearah almari pakaiannya. Beg pakaiannya dikeluarkan dari dalam almari.
“Eh
kau nak ke mana ni Riz?” Dia menyoal hairan.
“Aku
nak pergi.. aku nak keluar dari sini, pergi jauh daripada lelaki itu.”
“Jangan
Riz, tolonglah jangan bertindak terburu-buru.. Cuba bawa bertenang sikit. Jangan
ikutkan sangat hati kau yang tengah berserabut tu.”
“Habis
kau nak aku tunggu, tinggal di sini, pasrah menerima apa yang diaturkan dan
berkahwin dengan lelaki yang tak boleh terima diri aku ni? Mir kau tak berada
di tempat aku sekarang ni. Kau tak rasa apa yang aku tanggung ni. Berat, sakit
kalau ikutkan nafsu aku yang membabi buta ni, memang dah lama aku bunuh diri
ni. Aku lebih rela mati dari hidup dengan lelaki tu.”
“Ya
ALLAH Riz.. sampai macam tu sekali kau fikir. Bawa mengucap Riz, cuba kau buat
solat istikharah minta pertunjuk dariNYA. Kau mesti ingat yang DIA takkan menduga
hambaNYA lebih daripada apa yang mampu ditanggung oleh hambaNYA. Fikirkan balik
apa yang aku kata ni. Cuba ajarkan hati kau jadi redha Riz. Percayalah kau akan
rasa tenang bila hati kau redha, kau akan berasa lapang bila kau terima
ujianNYA dengan berlapang dada. Tentu semuanya akan ada hikmahnya yang
tersendiri Riz. Kalau pun kau lari jauh belum tentu-tentunya masalah kau
selesai. Lagi bertambah adalah, lambat laun masalah yang kau cuba tinggalkan tu
akan dapat kejar kau balik Riz. Kau kena berani menghadapi kenyataan. Melarikan
diri bukan jalan penyelesaian yang baik..."
Nuriz
diam, dugaanMU kali ni memang kurasakan seperti ku tak mampu menanggungnya ya
ALLAH. Berat seolah tak termampu digalas oleh bahuku ini. Sukar, seolah tak
berdaya jiwa ini menanggungnya. Tolong kuatkan semangatku ALLAH, tenangkan
jiwaku TUHAN.
“Mir tolong Mir, tolong bagi semangat kau kepadaku Mir.. aku tak kuat, aku tak tahu nak buat apa sekarang Mir, semua nampak serabut. Sampaikan aku dah tak boleh nak bezakan mana yang rasional mana yang tak.” Akhirnya itu yang terkeluar daripada dua ulas bibirnya setelah agak lama mengunci mulutnya. Berdialog dalam hatinya sendiri.
“Mir tolong Mir, tolong bagi semangat kau kepadaku Mir.. aku tak kuat, aku tak tahu nak buat apa sekarang Mir, semua nampak serabut. Sampaikan aku dah tak boleh nak bezakan mana yang rasional mana yang tak.” Akhirnya itu yang terkeluar daripada dua ulas bibirnya setelah agak lama mengunci mulutnya. Berdialog dalam hatinya sendiri.
Sebak
Mirna mendengar pemintaan temannya itu, nampak sangat memerlukan dirinya kala
ini disisinya.
“Insya-ALLAH
Riz, aku akan sentiasa ada di sisi kau. Kau janganlah risau aku sentiasa ada
untuk kau, selalu ada…”
Mereka
berdua akhirnya berpelukan kembali, hinggalah Nuriz terlena dibahunya. Nampak
berat benar yang ditanggung oleh temannya kali.. Ya jelas sekali terpapar di
raut wajah temannya itu gundah dan resah yang bertanda. Semoga DIA sentiasa disisimu
membantu kau keluar daripada lorong liku ini. Aku percaya pasti ada jalan
penyelesaiannya. Jalan penyelesaian yang terbaik yang mampu membuatkan kau
tersenyum bahagia. Kau bersabarlah sedikit Riz. Pasti ada kemanisan di
penghujung yang pahit nanti.
***Assalamualaikum warahmatullah... insya-ALLAH selepas habis novel ini saya akan postkan kembali Novel : Dendam Cinta Semalam. Mungkin sudah ada yang lupa tapi tak apa, saya akan postkan kembali dari permulaannya***
2 comments:
sedeh nye dek ngan nasib Nuriz.geram tul ngan Zariel tu mcm perasan bagus je........tp akak suke sngt ngan nov ne,best n menarik.cepat2 smbg ye dek.akak tk sabar nk tahu ape sudah nye hari2 Nuriz pas brgelar isteri pd Zariel yg perasan bagus tu.thank ye dek......so xcited n terharu sesangat.
Best...#^_^
Post a Comment