Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah...
“Dorynn…”
Dorina yang sedang asyik menempek
bedak padat ke mukanya tersentak bila ditegur oleh suara garau yang sering
menjadi igauan tidur malamnya. Semerta wajahnya yang sudah dua kali lima dengan
wajah pelakon opera cina itu tersenyum lebar. Menayangkan barisan giginya.
Matanya yang memberat dek tampalan bulu mata palsu terkedip-kedip mengalahkan
kucing betina gatal.
“Ada apa Encik Zariel?” Lembut
berlagu dia menjawab.
Wan Nazariel menelan air liur kelat.
Kegelian melihat aksi pekerjanya itu namun lain pula yang difahami oleh Dorina.
Barangkali lelaki itu gubra dan tertawan
dengan dirinya. Itu yang sampai terkelu lidah sebegitu.
“Err I rasa.. I..”
“Kenapa Encik Zariel?” Bertambah
melebar senyuman di wajahnya. Sangkanya mungkin lelaki itu ingin mengajak dia
makan malam sekali sebelum menghantarnya pulang ke rumah. Itu yang sampai
tergagap-gagap ingin bercakap, takut perlawaannya ditolak barangkali.
Perasannya seratus peratus yakin. Yakin telah berjaya menawan hati lelaki itu.
Sementalah sebelum ini dia tak pernah nampak lelaki itu keluar berpacaran
ataupun ada gadis-gadis yang datang menjenguk menagihkan cinta daripada lelaki
itu selain dirinya.
“I tak dapat tumpangkan you balik
hari ini, dengan erti kata lain you balik naik teksi sajalah ya Dorynn. I kena staylah, over time maybe. Kerja banyak tak siap lagi ni.” Lega, sekali nafas
dia memberi tahu.
Sebenarnya dalam hati sudah tak
mampu untuk menyabarkan diri untuk lagi berlama memandang wajah gadis itu.
Kenapalah selama ini aku tak sedar yang aku ada pekerja gatal macam ni.
“Whatttt?”
Terjerit kecil Dorina serentak wajah gadis itu berubah mencuka. Habis segala
impianku musnah!
“Sorrylah
Dorynn, maybe next time ok I
tumpangkan you.” Cuba memujuk konon-kononnya.
“Tak apalah Encik Zariel orang tak
sudi, siapalah I kan?” Ada nada rajuk kedengarannya. Sengaja dibuat-buat. Kenapalah
kau tak jadi pelakon saja Dorynn, boleh juga menang award.
Serba salah Wan Nazariel.
“Ni sebab budak Nuriz yang tak tahu
buat kerja tu ke?”
“Tak adalah Dorynn, sebab Maria cuti
jadi kerja I bertambah dan tak ada siapa boleh buatkan.”
Bertambah panas hatinya bila
mendengar Wan Nazariel menafikan Nuriz sebagai penyebab kerjanya yang
bertimbun.
“Encik Zariel nak I tolong sekali
ke? I boleh temankan you di office
ni, boleh urutkan tengkuk you kalau you terasa lenguh, boleh buatkan you air
kalau you rasa dahaga.” Dia menawarkan diri. Serentak berdiri dengan kasut
tumit setinggi 5 incinya mendekati Wan Nazariel. Hampir sama tinggi dan tanpa
merasa malu mengusap dada bidang lelaki itu.
“Uiih Dorynn apa ni? Orang nampak
tak manislah. You baliklah Dorynn tak perlu temankan I, Nuriz pun ada sekali.
Dia boleh buatkan air untuk I kalau I dahaga” Laju dia menepis tangan Dorina
itu. Urghh macam ular sawa menjalar tak dapat dikawal.
Teringat dulu sewaktu mula-mula
Dorina masuk kerja. Dia ada menyuruh gadis itu menyediakan air untuknya dan
hasilnya……… dia mungkin akan menjadi pesakit diabetes pertama dalam sejarah
keluarganya. Manis mengalahkan lori gula tumpah dan cair mengalahkan pokok kopi
sudah pupus di muka bumi. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Alah Encik Zariel ni, dengan I pun
nak jual mahal..”
“Dorynn jaga diri you, jangan sampai
you nampak murah di mata I. I tak suka perempuan murahan.” Bidasnya. Mula
meluat dengan perangai Dorina itu. Tanpa pamitan dia melangkah pergi. Sungguh!
Hatinya kurang berkenan dengan tingkah Dorina itu. Semua perempuan sama sahaja
ke? Pantang diberi muka, mulalah melebih mengadanya.
Dorina menggetap bibir memerhati
langkah panjang lelaki itu. Tak sangka Wan Nazariel lebih menghargai kehadiran
Nuriz daripada kehadirannya.Panas dadanya, panas juga hatinya. Terbakar! Marah
membuak-buak dalam dadanya. Tak guna! Tak guna punya Nuriz! Dorina membentak
geram. Sangkanya kerana Nurizlah impian untuk pulang bersama Wan Nazariel
berkecai. Hari ini dirasakan sebagai hari yang paling membahagiakan dalam
hidupnya. Gembira tidak terkira bila buat pertama kalinya dia mendapat peluang
untuk pulang berdua bersama dengan Wan Nazariel. Majikan yang sering dipuja dan
sentiasa hadir dalam mimpi malamnya. Tak sangka kegembiraan tidak kekal lama,
hanya beberapa jam sahaja kegembiraan itu dan berakhir dalam sekelip mata.
******
Lagi-lagi aku, asyik-asyik aku, segalanya
akulah. Hisy kalau begitu serupa kau gajikan aku sorang saja sebagai staff kau
tu. Nuriz membebel perlahan, dari tadi hatinya panas mengenangkan perlakuan Wan
Nazariel terhadap dirinya itu. Hisy ini dah dikira penganiayaan ni, cuba
pembaca bayangkan.. tea lady aku,
kerja store pun aku yang kena buat,
jadi minah dispatch pun aku. Pembaca
rasa patut ke tak patut beliau buat aku macam ni? Tak patut kan? Dia
menggeleng-gelengkan kepalanya.
Punyalah banyak spelling error, mereka ni buat kerja asal siap saja ke? Kalau ya
pun nak hantar pada boss, sila-silalah
semak dulu ejaannya sebelum nak hantar. Ini tak main hantar saja, lepas tu siapa
yang susah? Aku juga, aku juga yang jadi mangsa keadaan nak kena betulkan balik
ejaannya. Baguslah sangatkan, boss pun tak betul jadi staff-staffnya pun tak
betul juga.
Adeyss.. pinau dah biji mata aku mengadap
benda alah ni. Jam di tangan diperhatikan lagi untuk ke sekelian kalinya. Alahai
dah dekat 5.30 petang. Nampak gayanya balik malam lagilah aku nampaknya hari
ni. Kesianlah si Mirna kena makan seorang diri lagilah hari ni.
Jahat punya Wan Nazariel, bukan main
seronok dia membuli aku ni, mentang-mentanglah hanya tiga bulan saja, memang
dia kenakan aku cukup-cukup. Apa dia ingat aku ni mesin ke? Hisy, mesin pun
tahu nak berhenti rehat dan rasa penat tau bila tiba masanya. Bila teringatkan
lelaki itu saja, entah kenapa hati aku jadi panas tiba-tiba, fail-fail yang bersusun
menimbun di sisi dikerlingnya. Dia mendengus geram lagi dan lagi.
“Bye
Nuriz, kesiannya you kena over time
hari ni..” Ucap Dorina diiringi ketawa kecil mengejek. Seperti selalu ada saja
benda yang menyakitkan hatinya akan
dibuat oleh Dorina. Entah kenapa senyuman Dorina itu nampak lain daripada yang
sebelumnya. Seolah terselit sesuatu yang sukar dirungkai. Apa ya? Hati berdetik
gundah tiba-tiba, bukannya terbit marah seperti selalunya. Pelik…
******
Tie
yang terikat kemas di lehernya dirungkaikan kasar, terasa rimas pula kala ini.
Hurm sunyi sepi office ni, agaknya
semua dah balik kut. Wan Nazariel mengurut belakang tengkuknya yang terasa sedikit lenguh dengan tangan
kanannya, yalah seharian duduk mengadap skrin komputernya, mata juga sudah mula
terasa pedih. Semuanya gara-gara Maria yang bercuti, kalau ada setiausahanya
itu, tiadalah dia sesibuk seperti hari ni dan perlu pulang selambat hari ni.
Habis segala jadual temujanjinya bersama-sama teman-temannya yang tiga orang
itu terpaksa dibatalkan.
Dia berdiri perlahan, agak-agaknya si Nuriz tu buat ke tidak apa yang aku suruh ni? Teringat pula pada Nuriz, lampu di luar masih terang petanda masih ada penghuni selain daripada dirinya. Perlahan-lahan dia mendekati pintu bilik itu. Dari sebalik pintu dia dapat melihat batang tubuh Nuriz yang sedang asyik tunduk tekun meneliti sebuah fail. Amboi khusyuknya dia.. Wan Nazariel tersengih kecil melihat gelagat gadis itu yang nampak bersungguh-sunguh cuba menyiapkan kerja yang disuruh olehnya pagi tadi. Terusik melihat reaksi Nuriz itu, yang sesekali wajahnya berkerut, sesekali pula mulutnya terkumat-kamit dengan kepala menggeleng-geleng seolah tidak berpuas hati. Haisy macam-macam reaksi dia ni.
Dia berdiri perlahan, agak-agaknya si Nuriz tu buat ke tidak apa yang aku suruh ni? Teringat pula pada Nuriz, lampu di luar masih terang petanda masih ada penghuni selain daripada dirinya. Perlahan-lahan dia mendekati pintu bilik itu. Dari sebalik pintu dia dapat melihat batang tubuh Nuriz yang sedang asyik tunduk tekun meneliti sebuah fail. Amboi khusyuknya dia.. Wan Nazariel tersengih kecil melihat gelagat gadis itu yang nampak bersungguh-sunguh cuba menyiapkan kerja yang disuruh olehnya pagi tadi. Terusik melihat reaksi Nuriz itu, yang sesekali wajahnya berkerut, sesekali pula mulutnya terkumat-kamit dengan kepala menggeleng-geleng seolah tidak berpuas hati. Haisy macam-macam reaksi dia ni.
Tup..!! Tiba-tiba terasa sekeliling
gelap gelita tanpa cahaya. Terkaku sesaat dia ditempatnya.
Eh boleh pula tiba-tiba nak black out ni. Aduhai Wan Nazariel tersentak.
Eh boleh pula tiba-tiba nak black out ni. Aduhai Wan Nazariel tersentak.
“Huarghh.. emak!!!” Kedengaran suara
Nuriz terjerit kecil, mungkin terkejut seperti dirinya.
Eh kenapa pula aku panggil emak ni. Aku mana ada emak. Nuriz mengomel sendiri.
Tangan terawang-awang. Berjalan dalam gelap memang menyukarkan. Mana pula arah yang betul menuju ke pantry ni. Yalah mana tau ada lilin spare ke yang terdapat di situ. Minta-minta sekejap sajalah black outnya, dahlah aku dekat tingkat 21 ni, mau semput aku kalau turun guna tangga kalau bekalan elektrik tak pulih nanti.
Eh kenapa pula aku panggil emak ni. Aku mana ada emak. Nuriz mengomel sendiri.
Tangan terawang-awang. Berjalan dalam gelap memang menyukarkan. Mana pula arah yang betul menuju ke pantry ni. Yalah mana tau ada lilin spare ke yang terdapat di situ. Minta-minta sekejap sajalah black outnya, dahlah aku dekat tingkat 21 ni, mau semput aku kalau turun guna tangga kalau bekalan elektrik tak pulih nanti.
“Hai kenapalah si Zariel ni buat company tinggi-tinggi, kan dah susah
kalau jadi macam ni.” Dia membebel perlahan dalam kekalutannya.
“Amboi... kau mengata aku ya? Ingat
aku tak dengar ke ha?” Tiba-tiba ada satu suara menegurnya dalam suasana gelap
itu. Membuatkan Nuriz terkejut. Peluh mula merembes keluar daripada tubuhnya.
Alamak! jangan-jangan.. office ni berhantu tak? Matilah aku hari
ini nampaknya. Darahnya terasa berderau dalam tubuh. Peluh mula merembes di
dahinya. Nuriz mula pucat dalam gelap itu. Jantung mula berdegup laju tak
keruan. Terbayang di ruang minda dia akan raut yang menakutkan seperti yang
selalu digambarkan di dalam drama atau filem-filem seram yang sering
ditanyangkan di kaca-kaca tv. Tak apa Nuriz, bawa bertenang. Baca ayatul kursi cepat.
Hati kecil berbisik.
“Mak...!!! Hantu... huhu tolonglah
jangan cekik saya. Saya muda lagi.. Kahwin pun belum lagi tau, kalau nak cekik
juga, cekiklah Wan Nazariel boss saya tu, dia jahat selalu buli saya dengan
kerja yang macam-macam.” Dia menjerit kuat. Terus dia bertempiaran lari.. tapi
terlanggar sesuatu, dan terus terjatuh.
“Aduhh..” Dua jeritan bergabung
menjadi satu. Agak kuat juga bunyinya bergema. Gamat seketika ruang yang
tadinya sunyi sepi. Nuriz terkaku. Takut menggerakkan tubuhnya yang terasa
seperti seolah tertindihkan sesuatu. Hangat dan agak keras rasanya. Dia menelan
air liur. Glup!
“Sakitnya.. kau ingat kau budak
kecik ke apa? Suka-suka landing atas
orang, dahlah mengutuk aku, lepas tu suka-suka saja panggil aku ni hantu!” Marah
Wan Nazariel geram. Sakit akibat terjatuh bila dirempuh tadi... tak pasal-pasal
tubuhnya menjadi tilam penyelamat untuk si gadis itu.
“Sorry
tuan. Saya ingat saya seorang saja yang tinggal. Itulah yang tuan main sergah
saja saya tadi kenapa? Kan dah kena panggil hantu tapi memang patut pun, tuan
tu bukannya baik sangat pun kan..?” Nasib aku jatuh atas dia. Kalau dia jatuh atas
aku tadi mesti sakit kan? Pasti pengsan dah aku tadi. Dalam tak sedar, sedikit
perasaan lega terbit dalam dirinya, lega sebab dirinya tidak keseorangan di
sini, lega sebab dirinya ditemani walaupun orang yang meneman itu adalah musuh
ketatnya sendiri. Ah dalam keadaan darurat macam ni kena lupakan seketika
persengketaan antara aku dan dia.
“Banyaklah kau punya sorry, eh kau tak reti nak bangun ke? Sampai
bila nak baring atas aku ni? Kalau badan tu ringan tak apa juga, ingat aku ni
tilam ke apa? Bangun cepat!”
Alamak.. eh eh aku terlupa. Cepat-cepat
dia bangun mengibas-ngibas tapak tangannya. Nasib baik black out, kalau tak mesti dia dah perasan perubahan dekat muka aku
ni, mesti dah jadi warna merah kulit wajah aku ni.Terasa ada kelebihan pula
dalam situasi gelap bergini kan? Hehehe...
Wan Nazariel mengusap perlahan kepalanya yang terasa sedikit sengal akibat terhentak pada lantai sebentar tadi. Ini semua gara-gara perempuan tak betul nilah. Hai aku tak fahamlah kenapa kalau ada dia dekat dengan aku ni, mesti ada saja benda yang tak kena berlaku. Malang betul! Memang pembawa malang agaknya perempuan ni.
Wan Nazariel mengusap perlahan kepalanya yang terasa sedikit sengal akibat terhentak pada lantai sebentar tadi. Ini semua gara-gara perempuan tak betul nilah. Hai aku tak fahamlah kenapa kalau ada dia dekat dengan aku ni, mesti ada saja benda yang tak kena berlaku. Malang betul! Memang pembawa malang agaknya perempuan ni.
"Tuan ni tak bayar bil elekrik
ke apa sampai boleh black out office
kita ni?"
"Eh tolong sikit, aku bayar
tau.. Kau ingat aku tak mampu ke kalau setakat nak bayar bil?"
“Kalau bayar, dah tu kenapa boleh pulak black out pula? Ni macam mana saya nak balik rumah ni? Dahlah tinggi nak turun lif pula tak ada, tak akan nak turun guna tangga? Lepas tu gelap pulak tu. Buat seram saja, buat susah orang saja.” Nuriz membebel panjang tak puas hati.
“Kalau bayar, dah tu kenapa boleh pulak black out pula? Ni macam mana saya nak balik rumah ni? Dahlah tinggi nak turun lif pula tak ada, tak akan nak turun guna tangga? Lepas tu gelap pulak tu. Buat seram saja, buat susah orang saja.” Nuriz membebel panjang tak puas hati.
“Manalah aku tau, dah nak black out jangan nak salahkan aku pula
ya dalam hal ni. Aku pun tak jangka tau. Alah kalau tak nak guna tangga, kau
tunggu sajalah sampai dia ok balik”
“Nak tunggu sampai bila? Buatnya tak
ok sampai esok pagi macam mana?” Dahlah perut aku lapar ni, tengah hari tadi
makan sikit saja gara-gara kau, kalau gastrik aku datang nanti kan ke haru..
“Kalau tak ok juga, kau tidur
sajalah dekat sini diam-diam, jangan banyak bunyi kau ni.” Wan Nazariel berdiri
dalam gelap, mengibas tangannya yang terasa sedikit berdebu. Kotor terkena
lantai sebentar tadi
"Eh tuan nak ke mana pula
tu?" Soal Nuriz bila dia perasaan ada bunyi pergerakan.
"Aku nak ke bilik tetamu, nak
tidur! Daripada layan kau bercakap buat aku sakit kepala saja tau." Baik
melelapkan mata seketika sementara kena menanti bekalan elektrik kembali pulih
seperti sediakala.
"Aa... jangan tinggalkan saya,
saya nak ikut!" Dia memang agak takut dengan keadaan yang gelap. Cepat dia
bingkas menerpa ke arah lelaki itu. Bimbang ditinggalkan sendirian.
"Buk..!!"
"Aduhh.."Nuriz menjerit kuat. Terlanggar lagi buat kali keduanya dalam masa tak sampai setengah jam.
"Aduhh.."Nuriz menjerit kuat. Terlanggar lagi buat kali keduanya dalam masa tak sampai setengah jam.
"Eh kau ni kenapa Nuriz? Cuba
bawa bertenang sikit" Marah Wan Nazariel. Hisy perempuan macam tulah dia,
kalut tak bertempat.
"Sorry tuan.."
"Sorry-sorry dan sorry
lagi, itu sajalah yang kau tahu kan? Heh penakut juga kau ni kan? Nampak saja berani..
tapi penakut… apalah!"
Amboi seronok mengutuk nampak…?
Macam sengajalah tu nak menyakitkan hati aku ni.
“Mana ada saya penakut” Laju dia
menyangkal.
“Hah tak nak mengaku konon. Ha kalau
berani kenapa nak berkepit dengan aku saja ni?”
"Mana ada nak berkepit? Saya
cuma tak mahu tinggal seorang dalam gelap ni, bahaya tau macam-macam boleh terjadi
dalam keadaan begini."
“A'ah.. macam-macam alasan kan? Kalau
takut mengaku sajalah, kalau dah namanya perempuan, macam tulah.. lagi nak
menafikan pula” Kedengaran mengejek nadanya, mungkin sengaja untuk memprovokasi
dirinya.
Sabarlah Nuriz. Gelap-gelap macam ni
syaitan suka, terutama dengan orang yang mudah tewas dengan emosi ni.. Istighfar
banyak-banyak ok.. Hati kecilnya berbisik memujuk diri sendiri
“Suka hatilah tuan nak kata apa..
malas saya nak bergaduh”
Eh... tiba-tiba dia teringatkan
sesuatu.. Macam mana ni? Teringat pula telefon bimbitnya yang telah kehabisan
bateri. Itulah semalam lupa lagi nak cas.. mesti Mirna ternanti-nantikan aku
ni. Kesian dia.
******
Mana pula si Riz ni, dahlah call dia semuanya masuk voice mail, hatinya mula risau, apatah lagi bila mengerling jam yang tergantung di dinding jarumnya telah menunjukkan pukul 11 malam.
Mana pula si Riz ni, dahlah call dia semuanya masuk voice mail, hatinya mula risau, apatah lagi bila mengerling jam yang tergantung di dinding jarumnya telah menunjukkan pukul 11 malam.
Hai duduk tak senang, berdiri tak
tenang, biasanya memang Nuriz akan menghubunginya, tapi kali ni... diam..
sepi.. Kalau handphonenya habis
bateri takkan dia tak boleh menggunakan telefon pejabatnya pula untuk hubungi
aku.
Ha.. apa kata aku cuba hubungi office dia, teringat Nuriz pernah memberikan
nombor pejabatnya untuk dihubungi kalau ada apa-apa yang berlaku. 03-22200112..
Butang telefon bimbitnya di tekan mendail nombor tersebut. Lama dia menanti..
tetap hampa.. panggilan tidak tersambung.
Hatinya
mula digayut resah. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Nak kata over time macam tak logik saja. Dah
dekat tengah malam ni.. Hisy aku nak hubungi siapa lagi ya? Kawan-kawan dia
manalah aku kenal. Pejabat dia aku tak tahu dekat mana, kalau tahu pun macamlah
aku dapat pergi ke sana, malam-malam macam ni dahlah susah nak dapat teksi,
lagipun bahaya.
Riz.. Riz.. manalah pergi kau ni. Ya
Allah, lindungilah sahabatku ini dari segala mara bahaya, hanya kepadaMu aku
memohon.Tanganya mula menyelak-nyelak lembaran demi lembaran buku telefon yang
berada di tangannya, manalah tahu terjumpa nombor-nombor yang boleh di hubungi.
Matanya tiba-tiba tertancap pada sekeping kertas yang terselit di buku telefon
itu, kertas yang tertera.
Wan Nazariel Bin Dato' Wan Nazri
Managing Director
Naz Holding Sdn Bhd
019-2231980/012-2231980
Managing Director
Naz Holding Sdn Bhd
019-2231980/012-2231980
Ha.. apa kata aku try hubungi dia ni, manalah tahu Riz ada
dengan dia. Nombor yang tertera itu didailnya.. tapi keputusannya.. hampa. Semua
panggilan menuju ke voice mail.. Huh
tak guna sertakan nombor telefon, kalau call
pun tak dapat. Nak kata dah tidur, macam pelik saja kalau orang lelaki tidur
awal.
Hai ke manalah kau ni Riz, aku harap
kau tak apa-apa. Mirna berdoa perlahan dalam hatinya. Tubuhnya disandarkan pada
sofa yang terdapat di ruang tamu, sesekali kepalanya menjengah ke luar setiap
kali mendengar bunyi motosikal yang lalu, namun Nuriz tetap tidak juga pulang..
Matanya sudah mula memberat, sehingga tak sedar bila dia mula terlena... di
atas sofa, dengan lampu terang benderang terpasang.
2 comments:
Nak lagi!!
Tak sbr nak taw pe jadi slnjutnya
Post a Comment