Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah...
Dah
pukul berapa ni?? Kenapa aku boleh berada di sini pula, siap tidur lagi? Nuriz
terpinga-pinga, dipandangnya ke arah sekeliling. Eh kenapa dia pun turut ada
sekali dengan aku di sini?? Apa yang dia buat? Bertambah hairan bila melihat
susuk tubuh milik Wan Nazariel turut terbaring lena di sofa panjang yang
terdapat di situ.
Lama
dia terdiam, cuba diingati kembali apa yang terjadi beberapa jam yang lalu
sebenarnya sehingga membuatkan dirinya dan lelaki itu berada di sini. Ah...
baru teringat.. tadikan black out, tu
yang aku dan si Zariel ni ada dekat sini sementara menanti bekalan elektrik
pulih tak sangka pula aku boleh terlena dengan dia-dia sekali. Hisy nasib baik
tak jadi apa-apa tadi, patutlah juga badan aku berpeluh, panas tanpa penghawa
dingin tadi rupanya.
Jarum
jam di pergelangan tangannya menunjukkan ke angka 12 dan 3 bermaksud sudah pun
pukul 3 pagi... Heee lamanya, tak sangka.. Mesti Mirna risau ni, teringat pula
kepada temannya nan seorang yang berada di rumah. Dia menggeliat perlahan
mengendurkankan kembali urat tubuh yang terasa sedikit kejang, Lenguh.. yalah
tidur dalam keadaan duduk memang inilah akibatnya.
Huh...
amboi lenanya dia tidur, Nuriz menjeling ke arah Wan Nazariel yang kelihatan
begitu lena sekali tidurnya. Hai mimpikan apalah agaknya mamat sorang ni.
Aduhh..!
dia mengaduh tiba-tiba, perutnya terasa sedikit sakit, mula-mula agak tidak
terasa tapi lama kelamaan semakin menyucuk, tekak pula mula terasa mual, loya.
Ah sudah.. tolonglah jangan sakit sekarang, tunggulah aku sampai rumah dulu ke
kalau betul nak sakit.
Aku
nak balik terus ke atau nak kejutkan dia ni dulu?? Dia mula berkira-kira.. Ah
kejutkanlah, nanti karang tak pasal-pasal dia marahkan aku kalau aku tak
kejutkan. Dahlah dia tu jenis yang kuat membebel.. lepas tu ayat dia main lepas
saja langsung tak bertapis.
“Tuan!”
takut-takut dia menyentuh bahu milik lelaki itu, digoyangkannya perlahan pahu
lelaki itu.
“Hurm…”
jawab lelaki itu dengan nada yang bergumam.
“Bangunlah
tuan, dah pukul tiga pagi ni, takkan tuan nak tidur sini sampai ke siang kut.”
Wan
Nazariel dilihatnya duduk perlahan-lahan, menyandar dengan mata yang masih
terpejam-pejam.. mengantuk tak hilang lagilah tu.
“Tuan!”
Hisy lecehlah kejutkan dia ni, dahlah perut aku tengah sakit sangat ni. Kalau ikutkan
hati aku yang jahat ni, nak saja aku biarkan saja dia ni dekat office ni. Habis cerita. Nuriz menyungut
geram melihat kelakuan Wan Nazariel itu.
“Ummi!!”
“Oh
mak kau!” Terjerit Nuriz terkejut.
Tiba-tiba
dan tanpa di duga Wan Nazariel menerpa ke arahnya dan memeluk tubuhnya erat sehingga
membuatkan Nuriz terpempan, terpaku.
Eh
dia ni kenapa?? Mengigau ke apa? Siapa ummi?? Kekasih dia ke? Nuriz mula
tertanya-tanya, seboleh mungkin dia cuba melepaskan dirinya itu, namun hampa..
pelukan lelaki itu terlalu erat.
“Ummi..
lamanya tak jumpa.. Zariel rindukan ummi.” Bisik lelaki itu perlahan di
telinganya.
Er..
ada ke aku disangkanya ummi... sahih, sure,
pasti mamat ni mamai punyalah.
“Tuan
oh Tuan... awak mengigau ni.. yang sebenarnya saya bukan ummi awak..” Dia
meronta-ronta.
“Dah
berapa tahun kita tak jumpa ya ummi? Ummi tak rindukan Zariel ke?” Soalnya bila
ummi yang dipeluknya hanya beku langsung tidak membalas rangkulannya.
“Ummi…”
wajah itu dikucupnya penuh kasih, di dahi dan di pipi dan dalam masa yang sama
Nuriz yang disangka umminya meronta-ronta kuat, menepis kucupan yang singgah merata-rata
di wajahnya.
Ya
ALLAH tolonglah aku ni... Macam manalah aku nak sedarkan dia ni. Masih tenggelam
dengan dunianya. Dah besar-besar pun tidur mengigau lagi.
Pang!!
Entah kenapa tangannya laju menampar wajah lelaki itu, tak tahu kuasa apa yang
mendorongnya. Namun agak berkesan kiranya cara yang menjadi pilihannya itu, lelaki
itu dilihatnya sedikit tersentak.
“Aduhh!!!”
Wan Nazariel mengaduh kesakitan dek penangan tangan kecilnya itu.
“Padan
muka.” Ucapnya sambil menjelirkan lidah laksana kanak-kanak umur 4 tahun
gayanya.
“Wehh...
apasal kau lempang aku tiba-tiba ni??” Marahnya geram.Suka hati saja nak tampar
orang.
“Siapa
suruh tuan mengigau peluk-peluk orang... gatal dan miang sungguh! Saja nak
ambil kesempatanlah tu. Huh!”
“Huh
siapa yang gatal? Siapa pula yang miang? Eh kenapa pula aku peluk kau ni? Kau
nak goda aku ya?”
“Amboi..
banyaklah saya nak goda tuan, tak kuasa tau. Orang nak kejutkan dia tidur boleh
pula dia peluk-peluk orang. Itulah tidur lagi tak baca bismillah kan dah
mengigau yang bukan-bukan.. macam budak kecil.” Dia menjawab geram sambil tangannya
sibuk mengesat wajahnya. Hisy geli-geliman rasanya kena cium pagi-pagi buta ni.
“Aku
mengigau?? Kau biar betul.”
“Betullah..
takkan saya yang mengigau pula kut.” Huh cakap orang tak nak percaya pula tu.
Betul ke aku mengigau? Macam tak percaya saja.. Eh bukan ke tadi memang aku nampak the real ummi tadi, tapi mana mungkin.. Betullah kut perempuan ni kata aku mengigau. Yalah ummikan dah lama pergi. Waktu aku usia 9 tahun lagi dia dah tinggalkan aku.. Dia menggelengkan kepala tak percaya dengan apa yang dilalui sebentar tadi. Dah lama arwah ummi pergi masakan dia boleh kembali dan berdiri dalam pelukan aku ni. Dia meraup wajahnya menggunakan kedua tapak tanganya. Wajah Nuriz dipandangnya tajam dan gadis itu hanya mencebik membalas pandangannya. Tu tak lain tak bukan dok seronok mengata akulah tu dalam hatinya. Mesti dia fikir macam-macam pasal aku ni. Mesti dia ingat aku nak ambil kesempatan pada dia ni.
Betul ke aku mengigau? Macam tak percaya saja.. Eh bukan ke tadi memang aku nampak the real ummi tadi, tapi mana mungkin.. Betullah kut perempuan ni kata aku mengigau. Yalah ummikan dah lama pergi. Waktu aku usia 9 tahun lagi dia dah tinggalkan aku.. Dia menggelengkan kepala tak percaya dengan apa yang dilalui sebentar tadi. Dah lama arwah ummi pergi masakan dia boleh kembali dan berdiri dalam pelukan aku ni. Dia meraup wajahnya menggunakan kedua tapak tanganya. Wajah Nuriz dipandangnya tajam dan gadis itu hanya mencebik membalas pandangannya. Tu tak lain tak bukan dok seronok mengata akulah tu dalam hatinya. Mesti dia fikir macam-macam pasal aku ni. Mesti dia ingat aku nak ambil kesempatan pada dia ni.
“Dahlah
tuan, saya nak balik rumah, yalah nanti esok kalau saya terdatang lewat nanti
tuan marah pula.”
“Siapa
suruh kau datang lewat.. memanglah aku marah nanti.” Selamba dia membalasnya.
Aduh! Sakit juga tamparan perempuan ni. Dia menggosok perlahan pada pipi kirinya
yang terasa sedikit pijar dan sengal.
Uwekk...
Nuriz menekup mulutnya cepat-cepat menahan isi perutnya yang tiba-tiba mahu terhambur
keluar.
“Eh
kau ni kenapa pula?? Takkan aku baru peluk sikit kau dah termengandung pula ni,
pelik sungguh.” Dia menyoal lurus. Hairan pun ya juga.
Nuriz
hanya menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. Aduhai perut janganlah buat hal
sekarang ni. Tunggulah aku sampai rumah dulu kalau ya pun nak sakit. Berpeluh-peluh
dahinya menahan kesakitan yang mula menekan tubuhnya.
“Weh
kau OK ke tidak ni?” Soalnya bila melihat langkah kaki Nuriz yang sudah sedikit
terhuyung-hayang.
“Saya OKlah tuan, tak usah risau.. nak balik dululah.” Kepala sudah mula terasa sakit, pandangannya juga dirasakan semakin berbalam dengan langkah kaki yang semakin terasa di awang-awangan. Inilah akibatnya kalau dia terlewat makan. Dunia dirasakan semakin sepi dan akhirnya dia rebah, melonglai namun belum sempat tubuhnya jatuh menghempas ke lantai, Wan Nazariel dapat menyambutnya dan dalam sayup-sayup dia dapat mendengar pintu bilik itu dibuka kasar dari arah luar.
“Saya OKlah tuan, tak usah risau.. nak balik dululah.” Kepala sudah mula terasa sakit, pandangannya juga dirasakan semakin berbalam dengan langkah kaki yang semakin terasa di awang-awangan. Inilah akibatnya kalau dia terlewat makan. Dunia dirasakan semakin sepi dan akhirnya dia rebah, melonglai namun belum sempat tubuhnya jatuh menghempas ke lantai, Wan Nazariel dapat menyambutnya dan dalam sayup-sayup dia dapat mendengar pintu bilik itu dibuka kasar dari arah luar.
“Jangan
bergerak, tunjukkan kad pengenalan anda... Anda berdua didapati dalam keadaan
mencurigakan.” Sergah satu suara garau yang semakin perlahan di pendengarannya.
“Kami
tak buat apa-apa pun tuan.” Jawab Wan Nazariel kepada lelaki yang berkopiah
itu, dan mereka semua yang berada di situ memandang tajam ke arahnya bila
mendengar jawapannya. Pandangan yang tidak puas hati bila mendengar jawapan
darinya.
“Tak
buat apa-apa kamu kata?” Sindir salah seorang dari mereka.
“Habis
tu apa? Berpelukan tu tak buat apa-apa ke? Atau kamu berdua betul suami isteri?
Kalau betul dah nikah tunjukkan sijil nikah kamu berdua?” Soal lelaki separuh
umur itu siap menjengilkan matanya lagi.
Wan
Nazariel tersentak dengan sergahan itu terus dilepaskan rangkulannya pada tubuh
Nuriz yang sudah tak sedarkan diri itu. Tindakan reflex dan terhentak tubuh itu jatuh ke lantai.
“Saya
cuma nak tolong dia saja tuan, dia sakit.” Terketar-ketar dia memberitahu. Dikelilingi
oleh beberapa manusia yang merenung tajam ke arah dirinya memang terus
membuatkan dirinya jadi tak tentu arah, seolah dirinya bersalah. Gulp... dia
menelan air liur. Terasa seperti berpasir, kesat.
“Tolong???
Boleh pula kebetulan sakit ya? Nak kata buat kerja, kerja apa yang ada
awal-awal pagi ni, lepas tu berdua-duaan pula tu. Kalau ya pun tak dapat nak
kawal nafsu tu bernikah sajalah kalau mampu. Haisy dah-dah.. Tak usah nak
berlakon lagi, pura-pura pengsan pula kawan kamu tu. Hai saya dah jumpa banyak
pasangan macam kamu ni, ditangkap berdua-duaan, lepas tu bila ditanya kata pula
tak buat apa-apa. Tak malu ke dengan malaikat di bahu kiri dan kanan kamu tu? Tak
malu ke kepada DIA yang sentiasa melihat setiap tingkah dan perbuatan kamu tu?”
Panjang lebar lelaki itu berceramah.
“Tapi
tuan...”
“Dah-dah
tak ada tapi-tapinya, mari ikut kami, apa-apa nanti boleh cerita di sana. Bawa
kawan kamu tu sekali.”
2 comments:
hehehehee...aduiiiii kantoi kalwat la plak....
kena baca dari awal ni...
Post a Comment