Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang mula bercambah.
Dia
tersenyum sambil meletakkan ganggang telefon yang berada ditangannya. Hatinya
puas membayangkan apa yang bakalan terjadi nanti. Segalanya berjalan seperti
apa yang dirancangnya. Dalam mindanya sudah mula terbayangkan bermacam perkara.
Semuanya yang menyenangkan hati, yang boleh membuatkan dia tersenyum sepanjang
hari. Itu pasti sekali.
Rasakan
kau. Biar kau kenal apa itu erti derita. Kau mahu bermain dengan apikan?
Sekarang rasakan sakitnya bila api itu memamah diri kau sendiri. Entah kenapa
hatinya terasa riang sehingga tawanya tak mampu ditahan. Dia ketawa sendirian
tanpa sedikit mempedulikan mata yang lalu lalang memerhatikan tingkahnya.
Biarlah orang nak kata dia tak betul ke apa ke? Yang pasti hatinya sangat
gembira… sehingga tak mampu diluahkan dengan kata.
Buang
tebiatkan? Sanggup keluar meredah malam yang gelap gelita untuk ‘mengintai’
perilaku si jejaka kesayangannya. Panas hatinya bila melihat kereta si jejaka
dan motor si gadis masih terparkir di tempat yang sama walaupun jam sudah
melepasi angka 3 pagi. Dengan hati yang membara marah, langkah kakinya
dipanjangkan menujuk ke pondok telefon awam untuk membuat satu panggilan yang
bagi dirinya sangat ‘berharga’. Teramat berharga. Satu panggilan telefon yang
akan mengubah segala-galanya. Satu panggilan telefon yang akan membuatkan dia tersenyum
sepanjang waktu. Satu panggilan telefon yang akan meninggalkan kenangan manis
kepada dirinya.
Hilang
rasa letih bila agendanya dapat dilaksanakan. Hati siapa tak panas, baru
pertama kali ingin berasa indahnya berdua dengan lelaki itu, ada pula yang
mengacaunya dan pengacaunya perlu dibalas balik. Dibalas dengan berkali ganda
kesakitan biar rasa sakit hatinya dapat disembuhkan.
******
“What the hell are you doing huh??” Merah padam wajah Dato' Wan Nazri
menahan geram dengan apa yang telah dilakukan oleh anak lelakinya itu. Dari
kecil bawak ke besar tak habis-habis bawa masalah. Dia mendengus geram
mengekang amarah yang semakin membuak-buak. Hei ikutkan hati memang teruk si
budak Zariel ni aku kerjakan. Berita yang diterima sebentar tadi memang
menyegarkan terus dirinya di awal-awal pagi begini. Nasib juga dia tiada
penyakit jantung, kalau ada mungkin dia menjadi arwah di saat ini dek lantaran
terlalu terkejut menerima berita ‘baik’ yang dibawakan oleh si anak.
“Dahlah
you, cool down. Benda dah jadi..
kalau you nak marah, pukul si Zariel ni sampai berdarah pun tak guna tau.” Pujuk
Datin Jacinta sambil mengusap lembut belakang suaminya itu, menenangkannya.
“Huh.. you cakap senanglah Jacinta, sebab dia bukan anak you. Dia tu anak I tau, apa I nak jawab nanti kalau kawan-kawan business I dapat tahu? Mana I nak sorok muka ni..? I malu tau tak?” Keluhnya kesal.
“Huh.. you cakap senanglah Jacinta, sebab dia bukan anak you. Dia tu anak I tau, apa I nak jawab nanti kalau kawan-kawan business I dapat tahu? Mana I nak sorok muka ni..? I malu tau tak?” Keluhnya kesal.
“Hei..
apa ni? Berapa kali I nak kata, anak you kan anak I juga. Apa kata kita dengar
dulu apa yang Zariel nak katakana tu, mungkin betul kes ni satu kesilapan.”
Wajah
anak tirinya yang muram itu direnungnya belas, sungguh dia tahu anak itu
membencinya namun tidak pernah sekali terlintas dihatinya untuk membenci anak itu,
dicuba sedaya upaya mungkin mencurahkan kasih sayang kepada anak itu semenjak
lebih 10 tahun dulu.
“Papa...
ini semua satu kesilapan, salah faham, Zariel tak bersalah, Zariel tak buat apa-apa
pun.”
“Tak
bersalah kamu kata? Habis apa yang mereka nampak?? Mereka kata mereka serbu
kamu ketika kamu tengah berpelukan dengan perempuan tu. Hisy.. papa tak
fahamlah dengan kamu, ikut sangat telunjuk nafsu dah kantoi pandai pula kamu
kata kamu tak buat apa-apa.”
“Betul
papa.. tolonglah percaya pada Zariel. Zariel cuma nak tolong perempuan tu dia
sakit, takkanlah Zariel nak biarkan dia macam tu sahaja..”
“Sakit
konon, habis apa kamu dengan dia buat tengah-tengah pagi dekat office tu?? Kerja?? Mustahilkan…”
“Papa..
tadi sebelumnya, berlaku black out
dekat office tu, kami terperangkap di
tingkat 21 beberapa jam lamanya, macam mana nak turun?” Wan Nazariel berharap
sangat-sangat papanya dapat mempercayai ceritanya. Memahami situasi sebenar
yang telah berlaku kepadanya.
“Ah
papa tak percaya, mana perempuan tu? Papa nak jumpa dia, papa nak jumpa
keluarga dia, papa nak kamu bertanggungjawab! Dah usik anak dara orang takkan
nak tinggal macam tu saja, papa tak pernah ajar kamu buat kerja separuh jalan.”
“Papa...
tolonglah faham. Ini semua kesilapan, Zariel takkan sesekali bersama perempuan
tu. Dia bukan calon yang sesuai untuk Zariel.” Dia merayu, memohon simpati.
“Bukan
calon sesuai ya? Pandaikan nak lepas diri kamu tu, kamu nak berita ‘gempak’
yang kamu buat tu terpampang dekat akhbar satu Malaysia ni? Kamu nak company kita lingkup sekali ke dek kerana
perbuatan kamu yang tak bermoral tu? Dah rosakkan anak orang lepas tu
tinggalkan macam tu sajakan! Cuba belajar bertanggungjawab sikit.” Bentak Dato’
Wan Nazri berang. Bertambah berang bila mendengar kata yang meluncur keluar
dari mulut si anak itu.
Sungguh memang itu saja jalan yang terbaik
buat anak itu dirasakannya kini. Tak ada yang lain lagi dah. Yalah
sebelum-sebelum ini pun belum pernah sekali pun dia nampak anaknya ada keluar berpacaran
dengan mana-mana perempuan. Nak kata tak ada rupa dan gaya.. rasanya semuanya
ada lengkap pada anak itu.
“Tak
saya tak akan kahwin dengan dia, atau mana-mana perempuan sekalipun. Perempuan
ni memang menyusahkan!!!” Akhirnya terhambur segala amarah yang dipendam selama
ini.
Terdiam
Dato' Wan Nazri dan Datin Jacinta mendengarnya, apa kena anak ini?? Tak normalkah sehingga
mengeluarkan kata-kata begitu.
“Hei
mana kamu tahu perempuan tu menyusahkan? Habis arwah ummi kamu tu bukan
perempuan? Cakap ikut sedap mulut saja”
“Ummi tu lain, jangan samakan perempuan lain dengan arwah ummi, ummi beribu kali lebih mulia daripada perempuan-perempuan yang ada dekat muka bumi ni.” Matanya merenung sinis kepada ibu tirinya itu. Entah kenapa dari dulu lagi dia tidak pernah redha dengan keputusan papa untuk mencari pengganti arwah umminya itu, sehingga kini dia masih merasakan Jacinta perampas. Ya perampas kasih sayang, perhatian papa daripadanya.
Agak
terguris hatinya mendengar kata anak tirinya itu. Tak sangka benda yang lain
yang jauh melangkaunya boleh mengheret sampai ke situasi ini. Dia tahu Wan
Nazariel tak pernah menyenangi kehadirannya. Dia sedar semua itu melalui
pandangan mata yang beku, dingin yang ditonjolkan oleh anak itu.
“Dahlah..
papa tak mahu kamu makin meleret jauh sehingga kepada perkara yang tak
sepatutnya pun kamu nak ungkit. Papa dah bincang dengan pegawai-pegawai tu,
mereka kata kamu boleh pilih sama ada kamu nak bertanggungjawab atau kamu nak
naik turun mahkamah untuk selesaikan kes kamu ni. Kalau naik turun mahkamah, papa
pasti kes kamu akan kecoh nanti tapi terpulanglah pada kamukan. Kamu yang akan
menanggungnya nanti, bukan papa atau mama Jac kamu.”
Wan
Nazariel mengeluh. Bertanggungjawab umpama membawa diri ni ketempat hukuman
tali gantung dan memberi arahan kepada algojo untuk menjalankan hukuman itu ke
atas dirinya sendiri, tapi kalau sebaliknya.. aku terpaksa berdepan dengan
hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali.. dan yang paling teruk
reputasi aku yang baru ingin teguh tu mesti menyungkur jatuh. Dia menggetap
bibir. Tidak!!! Aku takkan biarkan ini semua berlaku pada aku! Tidak sama
sekali!
“Papa
nak jumpa perempuan tu. Mana dia?”
“Tapi
papa…”
Belum
sempat dia menghabiskan ayatnya, papanya sudah berlalu. Melangkah pergi. Arghhh...
apa yang aku nak lakukan ni? Aku buntu.. Apalah salah aku sampai aku perlu
dihukum sebegini. Cis perempuan tu memang sial, pembawa malang. Tak satu-satu
yang berlaku pada aku semenjak aku kenal dengan dia ni. Dia menghempaskan tubuh
sasanya pada kerusi yang terdapat di situ. Fikiran bercelaru. Penghawa dingin
pun sudah tidak terasa fungsinya, dia rasa panas... sangat panas! Perempuan tu
memang nak kena, mesti diajar sikit, biar dia tahu siapa aku! Bentak hatinya
keras.
*********
“Mir.. aku tak salah Mir. Semua ni satu kesilapan, kebetulan di tempat yang salah.”
Sebak rasanya mendengar kata Nuriz itu. Rasanya dah lebih dari sepuluh kali dia mendengar ayat itu, diulang dan terus diulang..lagi dan lagi semenjak dia sedar dari pengsannya tadi.
Ya ALLAH.. ujian apakah pula kali ini? Apa yang perlu aku lakukan untuk membantunya kali ini? Mirna sendiri buntu.. Wajah pucat Nuriz direnungnya belas. Kasihan dia, dahlah sakit, lepas tu benda ni pula yang terjadi, macam sudah jatuh ditimpa tangga pula sepertinya.
Sebentar tadi lebih kurang jam 4 pagi, ketika dia masih asyik diulit lena. Tertidur di sofa ketika menanti kepulangan Nuriz sebentar tadi dan tidurnya dikejutkan dengan panggilan telefon memberitahu tentang perkara yang tidak pernah diduga oleh akal fikiran warasnya. Sangkanya dia hanya bermimpi tapi bila dicubit pipinya.. terasa sakit.. sahih dia pasti tidak bermimpi. Terbuntang matanya. Terus segar jadinya. Hilang terus rasa mengantuk yang masih tinggal bersisa.
“Sabarlah Riz, aku percayakan kau. Kawan aku takkan melakukan benda yang bodoh macam tu kan?” Pujuknya. Jari jemarinya mengenggam erat jari jemari Nuriz. Cuba memberi semangat apatah lagi bila melihat wajah temannya seolah telah putus harapan. Pandangan mata yang kosong, tak seperti Nuriz yang dikenalinya sebelum-sebelum ni.
“Mir.. aku tak salah Mir. Semua ni satu kesilapan, kebetulan di tempat yang salah.”
Sebak rasanya mendengar kata Nuriz itu. Rasanya dah lebih dari sepuluh kali dia mendengar ayat itu, diulang dan terus diulang..lagi dan lagi semenjak dia sedar dari pengsannya tadi.
Ya ALLAH.. ujian apakah pula kali ini? Apa yang perlu aku lakukan untuk membantunya kali ini? Mirna sendiri buntu.. Wajah pucat Nuriz direnungnya belas. Kasihan dia, dahlah sakit, lepas tu benda ni pula yang terjadi, macam sudah jatuh ditimpa tangga pula sepertinya.
Sebentar tadi lebih kurang jam 4 pagi, ketika dia masih asyik diulit lena. Tertidur di sofa ketika menanti kepulangan Nuriz sebentar tadi dan tidurnya dikejutkan dengan panggilan telefon memberitahu tentang perkara yang tidak pernah diduga oleh akal fikiran warasnya. Sangkanya dia hanya bermimpi tapi bila dicubit pipinya.. terasa sakit.. sahih dia pasti tidak bermimpi. Terbuntang matanya. Terus segar jadinya. Hilang terus rasa mengantuk yang masih tinggal bersisa.
“Sabarlah Riz, aku percayakan kau. Kawan aku takkan melakukan benda yang bodoh macam tu kan?” Pujuknya. Jari jemarinya mengenggam erat jari jemari Nuriz. Cuba memberi semangat apatah lagi bila melihat wajah temannya seolah telah putus harapan. Pandangan mata yang kosong, tak seperti Nuriz yang dikenalinya sebelum-sebelum ni.
“Aku
tak sangka benda ni boleh jadi. Kami cuma berehat sementara menanti bekalan
elektrik bersambung kembali. Kalaulah aku tahu benda ni akan berlaku. Aku
sanggup turun guna tangga dari tunggu. Penat, letih, pengsan hatta mati pun tak
apa daripada aku kena tempuh perkara macam ni Mir. Katakan ini mimpi Mir,
katakan aku sedang bermimpi buruk Mir, tolonglah sedarkan aku Mir, mimpi ini
terlalu ngeri buatku.” Dia mengongoi pilu. Ya ALLAH aku tak kuat dengan ujianMu
kali ini.
“Riz
jangan cakap macam tu sayang, aku sayangkan kau lebih daripada sayang seorang
saudara. Kalau kau sedih aku pun turut rasa sedihnya. Kalau kau seksa, terluka
aku pun juga rasa sakit pedihnya. Tolong Riz.. kau tak perlu menyerah macam ni,
putus asa macam ni. Aku tau kau kuat. Kau mesti boleh lalui benda ni.” Sebak
rasanya mendengar bicara yang terlahir dari dua ulas bibir itu, menyucuk
sanubarinya. Dia tahu bila-bila masa saja air matanya akan gugur mengalir
dipipinya.
Akhirnya
tubuh yang masih terbaring lemah itu didakapnya. Hanya tangisan yang mengisi
ruang bilik itu kini. Memecah sepi. Riz kau kena kuat. Mesti ada hikmahnya, aku
sentiasa mendoakan kau.. Bisik hatinya perlahan.
Matanya
dipejamkan rapat. Mencuba mencari, mengutip kekuatan yang masih tinggal bersisa.
Dia tidak kisah menjadi hamba lelaki itu. Dibuli, disuruh melakukan itu dan ini
tapi untuk bersama dengan lelaki itu mustahil sama sekali. Dia tidak ingin, dia
tidak mahu... TIDAK!!
“Awak
ni Nuriz kan..?” Tegur satu suara yang agak garau.
Tersentak
mereka berdua, terus Mirna tegakkan duduknya kembali. Isy bila masa pula mereka
masuk ni. Tak dengar pun bunyi pintu dibuka, Mirna kehairanan memandang wajah
pasangan separuh usia yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Wajah yang
asing. Siapa pula mereka ni? Dia tertanya-tanya sendiri.
“Ya
dia ni Nuriz dan saya ni kawan dia Mirna”
“Saya
Dato' Wan Nazri dan ni isteri saya Datin Jacinta. Saya nak jumpa keluarga awak
Nuriz, kami nak bincangkan pasal pernikahan kamu berdua.”
“Nikah??”
Nuriz menelan air liur, kelat.. macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengarnya
tadi.
“Yalah..
nikah.. kamu dan anak saya akan bernikah. Takkan dah tertangkap pun tak nak
nikah lagi, nak tunggu perut tu besar baru nak kelam kabut menggelabah.” Sinis
nadanya yang kedengaran.
“Maaf
Dato'.. Nuriz cuma ada saya sebagai keluarganya, jadi Dato' bolehlah berbincang
dengan saya.” Potong Mirna. Tak mahu situasi yang dingin menjadi hangat.
“Oh..
saya dah ambil keputusan, kamu berdua akan bernikah pada jumaat depan, ini
untuk kebaikan kamu berdua juga..saya..”
“Err
Dato’.. saya rasa ini salah faham. Saya bagi pihak Nuriz yakin yang dia tak
lakukan seperti yang Dato’ fikirkan.” Lembut Mirna cuba berbincang. Memastikan
kesalahfahaman yang terbit dalam hati keluarga majikan Nuriz itu dapat
dijernihkan kembali.
“Cik
Mirna.. saya percaya kamu tak melihat bagaimana keadaan mereka ketika
tertangkap tadi. Walaupun saya tak ada di sana sewaktu kejadian tapi menurut
saksi keadaan mereka berdua mencurigakan. Berpelukan berduaan dalam tempat yang
sunyi tu dikatakan tak ada buat apa-apa ke? Orang buta pun tahu benda tu salah
Cik Mirna? Takkan kamu mahu membela seorang penzina?” Lancang semakin
kehilangan sabarnya Dato’ Wan Nazri bertutur.
“Tidak
papa!!, Zariel tak mahu nikah dengan dia.
Zariel tak kenal dia, tak cinta dia!” Sampuk Wan Nazariel yang baru saja
merempuh masuk tiba-tiba. Bulat matanya menala ke arah Nuriz.
Huh
apa kau ingat aku ni yang tergedik-gedik ke nak nikah dengan kau?? Boleh
jalanlah oi.. nasib aku tengah tak berdaya ni tau, kalau tidak depan-depan mak
ayah kau juga aku kerate kau 14. Nuriz mencebik geram..
“Jangan
nak mengada, papa dah buat keputusan dan kamu tak ada hak nak bantah keputusan
ni. Faham!” Tegas Dato' Wan Nazri memberi kata putus langsung tidak memberi
sebarang pilihan..
“Tapi
papa... argh... kau.. kau!” Tiba-tiba Wan Nazariel seperti dirasuk meluru ke
arah Nuriz yang terlantar di katil itu. Tanpa diduga tangannya terus mencekik
leher gadis itu.
“Mampus
kau! Hidup menyusahkan aku saja.” Pekiknya.
Suasana
menjadi kalut tiba-tiba, Mirna berusaha keras meleraikan cekikan pada leher
Nuriz yang semakin tercungap-cungap itu.
“Zariel!”
Panggil Dato' Wan Nazri lantang cuba menegah.. Ya anak itu mesti disedarkan..
Nuriz
semakin lemah. Dua ulas bibirnya semakin membiru pucat. Nafasnya pula dirasakan
terlalu sukar untuk ditarik. Ya ALLAH.. jika ini akhirnya aku pasrah. Matanya
terpejam perlahan dengan ombak didada yang semakin perlahan.
“Ya
ALLAH Zariel kamu nak bunuh dia ke nak?” Pekik Datin Jacinta.
Pang..!
sekuat hati dengan sisa tenaga tuanya, Dato’ Wan Nazri menampar wajah anak
lelakinya itu, serentak cekikan dileher Nuriz dilepaskan.
“Istighfar
Zariel, ingat ALLAH.. jangan ikutkan kata hati kamu tu.”
“Riz..
Riz!!!” Panggil Mirna sambil mengoyangkan tubuh Nuriz yang diam dengan mata
rapat terpejam di pembaringannya.
“Riz..
bangun Riz.. Jangan takutkan aku macam ni.. tolonglah.” Mirna semakin resah. Darah merah mengalir dari hidung dan bila melihat bibir temannya yang membiru
pucat lagilah dia takut. Air matanya mula mengalir lagi. Fikirannya mula berkecamuk.
“Nurse..!!! Doctor!!” Jeritnya sekuat
hati.. Kau tak boleh mati Riz, kau tak boleh tinggalkan aku.
“Tengok
apa kamu dah buat ni Zariel? Kamu nak jadi pembunuh pula ke sekarang ni? Puas
hati kamu?” Soal Dato' Wan Nazri bila dia hanya melihat anak itu hanya
mendiamkan dengan wajah yang keruh sedari tadi. Doktor masih lagi bertungkus
lumus mencuba menyelamatkan nyawa Nuriz.
“Maafkan
Riel papa.. Riel tak sedar apa yang Riel buat tadi” Lemah.. kesal segalanya
ada, tapi segalanya telah terlanjur laku. Dia sendiri pun tak percaya dia sanggup
mencekik gadis itu sebentar tadi.
4 comments:
zariel.... terima j la dah ketentuan...ciaq nuriz
Tak sangka Zariel marah sampai sanggup mencekik Nuriz...-_-#
Harap Nuriz selamat & Zariel menyesal dengan tindakan dia sendiri... -_-
Kesian dgn Nuriz sampai hati si
Zariel cekik Nuriz, cpt sambung ye.
Assalamualaikum ~
Kak nzlyna'im : susah kut nak terima apa yang hadir secara mendadakkan? Apa-apa pun ikuti sambungan bab seterusnya untuk tahu apa yang terjadi pada budak dua orang ni :D
Nuratiza : Orang kalau dah tengah marah gitulah. Lupakan rasional. Apa pun ikuti bab seterusnya untuk ketehaui apa yang terjadi pada pasangan ini. Terima Kasih :D
Anor : Dah sambung dah. Jemput baca ya.. terima kasih :)
Post a Comment