Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah...
Dia
hanya memeluk tubuh berdiri di hujung katil, memandang kosong pada tubuh Nuriz
yang terbaring tak sedarkan diri di atas katil hospital itu. Matanya tertancap
pada lebam biru yang terkesan di bahagian leher gadis itu. Kesan cengkaman
tangannya jelas meninggalkan tanda, dia mengeluh. Nasib ajal belum mahu
mengkehendaki dia, kalau tidak sia-sia saja aku mati di tali gantung. Itulah
akibatnya kalau amarah mula merajai hati. Bila diingatkan kembali macam tidak
percaya dengan apa yang dia telah lakukan. Tak sangka dia telah hilang kawalan
sampai begitu sekali.
“Dahlah
tu, kamu berdiri pandang dia macam tu, macamlah dia akan sedar. Eh kamu tak nak
balik lagi ke Zariel? Papa dah letih sangat dah ni. Semua gara-gara kamulah
bikin ribut di pagi-pagi buta.” Sungguh bagi Dato' Wan Nazri dia memang
memerlukan rehat waktu ini.
“Papa
baliklah dulu kalau dah letih, Zariel nak tunggu dia sedar. Ada benda nak
bincang dengan dia.” Banyak rasanya perkara yang bermain-main dalam dirinya dan
selagi tidak diluahkan selagi itulah dirinya rasa tak tenteram.
“Nanti-nantilah
Zariel kalau nak bincang dengan dia pun. Takkan kamu tak kesiankan dia, biarkan
dia berehat dulu. Kamu pun masih tak stabil emosinya. Dahlah tadi kamu nyaris membunuh
dia. Papa takut kalau-kalau lepas ni kamu betul-betul bunuh dia pula. Kita
balik dulu ya.. berehat dulu. Nanti kamu dah tenang sikit barulah boleh datang berbincang
dengan dia.”
“Tapi
papa Zariel rasa tak tenang selagi belum bercakap, dapat berbincang dengan dia.”
“Itu
papa tahu, tapi kamu tengoklah keadaan dia, belum tentu dia akan sedar dalam
masa yang terdekat ni.”
Wan
Nazariel diam. Ada benar juga kata-kata papanya itu, lagipun doktor sendiri dah
memberitahunya tadi yang Nuriz tidak akan sedar dalam masa beberapa jam
terdekat ni sebab telah diberikan suntikan untuk merehatkan dirinya.
“Lagi
pun cuba kamu tengok keadaan kamu sekarang ni. Tak terurus dengan rambut kusut
masai baju berkedut seribu. Ada baiknya kamu balik dulu dan kemaskan diri kamu
tu.” Sambungnya lagi bila melihat agak lama anaknya terdiam seolah memikirkan
sesuatu.
“Zariel
balik tumpang papalah ya?” terpujuk juga dengan kata-kata papanya itu. Sesungguhnya
baru kini dia terasa teramat letih, banyak perkara yang tak diduga yang berlaku
dalam beberapa jam ini betul-betul menyesakkan otaknya sehingga dia rasa dia
kehilangan daya dan semangatnya.
“Kereta
kamu mana?”
“Kereta
tinggal dekat pejabat.. nanti papa tinggalkan Zariel dekat office tu.. Zariel nak ambil kereta dan barang-barang Zariel.” Teringat
pula akan briefcasenya yang tak
sempat dicapai ketika dia dibawa terus ke pejabat agama tadi.
“Nanti-nanti
sajalah ambil kereta dengan barang kamu tu. Kita terus balik rumah sajalah. Kamu
tu dah letih, larat ke nak memandu nanti?”
Dia
terdiam.. akur... Ada benar juga kata papanya itu, dalam keadaan sekarang ni
belum tentu dia mampu memandu secara berhemah.
***Assalamualaikum warahmatullah... ini adalah bab yang pendek***
4 comments:
Kenapa bab kali ni pendek sgt....
tak puaslh Nuril... nak lagi dn
lagi....
Nak lagi...#^_^
alahai..ciput nye..tak puas bace..
p/s : bile novel ni nak kuar??tak sabar nak beli..:)
@Anor ~ Salam, a'ah memang pendek, sebab ikut manuskripnya. Saya dah masukkan bab baru, jemput baca eh :)
@Anon ~ Ok jemput baca bab baru.
@Nurul Asliza ~ Salam, hehe jemput baca bab seterusnya ek. Saya belum dapat tarikh tepatnya bila berada di pasaran. Mungkin hujung tahun ni atau awal tahun depan :)
Post a Comment