Nuriz
menghempas kuat fail yang sedari tadi berada dalam pegangannya ke atas meja
yang terdapat di situ. Bibirnya terkumat kamit membebel dalam senyap, geram
usah katalah, hanya Tuhan saja yang tahu. Bengang lagilah. Huh sebiji dia buat
aku ni macam orang suruhan dia, suruh buat itu dan ini. Nuriz mengeluh geram. Nasib
baik depan staff yang lain, kalau tidak jangan haraplah aku nak ikut apa yang
kau suruh buat tu. Dirinya terasa jengkel bila mengenangkan kerenah Wan
Nazariel itu, betul-betul menguji kesabaran dirinya.
Pagi
tadi..
“Eh
kamu tak pergi sekali ke dengan Zariel ke office
tu? Bukan kamu berdua satu tempat kerja ke?” Tegur Dato' Wan Nazri bila melihat
anak dan menantunya, masing-masing dengan haluan yang berbeza. Seorang menuju
ke arah keretanya dan seorang lagi dengan motosikalnya. Hisy buat malu saja
kalau tau dek orang menantu aku ni pergi kerja dengan motor cabuk saja.
“Err...
Zariel dah ajak dah pergi sama-sama, tapi Nuriz tu yang degil. Ada saja
alasannya, dia kata takut Zariel ada meeting
luar, nanti tak pasal-pasal dia kena menunggu.” Selamba dia memberi alasan
sambil matanya mencuri pandang pada Nuriz. Ingin melihat apa reaksi gadis itu
andai mendengarnya.
Wowwww...
bernasnya jawapan kau tu Inche Zariel, balik-balik aku juga yang kau
persalahkan. Suka sangat main petik-petik nama orang. Entah bila ke masanya
entah dia pelawa aku naik kereta dia sekali tadi ke tempat kerja. Huh kalau dia
pelawa pun aku tak inginlah.
“Eh
tak apalah papa, lagi pun Riz tak sedia lagilah kalau staff-staff tu tahu tentang kami ni.” Dimaniskan wajahnya ketika
memberitahu apa alasannya.
“Suka
hati kamu berdualah kalau macam tu, papa tak nak komen apa-apa. Papa tak boleh
nak masuk campur.”
“Err
Zariel pergi dulu pa, takut lewat pula sampainya nanti.”
“Riz
pergi dulu.” Tangan bapa mentua segeranya diraih. Di kucup penuh hormat sebelum
berlalu.
Hai nak bersama dengan lelaki itu lima minit pun aku dah terasa teramatlah lamanya dan lambatnya sungguh masa itu berlalu ni nak pula pergi pejabat satu kereta, mahu sewel aku jadinya. Nuriz menarik nafanya lega bila melihat kereta lelaki itu mula menghilang dari pandangan matanya. Dia mula menghidupkan enjin motosikalnya. Minta-minta hari ini si Zariel tu tak adalah terperap dekat office dia tu, kalau ada pun mesti asyik nak menyerabutkan otak aku saja.
Hai nak bersama dengan lelaki itu lima minit pun aku dah terasa teramatlah lamanya dan lambatnya sungguh masa itu berlalu ni nak pula pergi pejabat satu kereta, mahu sewel aku jadinya. Nuriz menarik nafanya lega bila melihat kereta lelaki itu mula menghilang dari pandangan matanya. Dia mula menghidupkan enjin motosikalnya. Minta-minta hari ini si Zariel tu tak adalah terperap dekat office dia tu, kalau ada pun mesti asyik nak menyerabutkan otak aku saja.
“Hah
sampai pun kau, ingatkan dah melencong ke mana tadi.”
Tersentak
Nuriz bila di tegur secara tiba-tiba, isk nak apa lagi dia ni? Tadi dah jumpa
dekat rumah takkan sekarang ni dah rindu dekat aku kut. Isk aku mengarut apa
ni. Ini mesti adalah yang dia nak suruh aku buat ni. Aku baru saja sampai,
motor pun tak sempat nak tongkatkan lagi dia dah muncul. Heeii rimaslah dengan
dia ni, mana-mana mesti nampak muka dia saja.
“Ye
Tuan Zariel, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Serentak dengan wajahnya yang
sengaja di maniskan dia bertanya. Wah pandai betul aku ni berdrama, tergelak
dengan telatah diri sendiri.. Terasa diri macam hipokrit pula.
“Bawak
beg aku ni ke atas, aku nak pergi breakfast
kejap.” seraya menghulurkan briefcasenya kepada Nuriz.
“Eh
bukan tadi awak dah breakfast dekat
rumah ke” Kuat makan jugalah dia ni. Badan saja nampak kurus, tapi selera macam
bapak gajah.
“Eeeii
banyak soallah kau ni, suka hati akulah nak breakfast
berapa kali. Dah-dah ambil beg aku ni, lepas tu kemaskan meja aku sekali nanti.
Aku nak bila aku naik nanti semua dah siap, kalau tak siap kau.”
“Yelah
tuan.” Amboi gila kuasa sungguh. Semua aku nak kena buatkan untuk dia. Nuriz
mencebik-cebik mengajuk cara lelaki itu mengarahnya sebentar tadi.
“Hah
yang kau tercegat lagi tu kenapa?”
“Ya
saya naik office dulu tuan.” Ceh suka
hati akulah nak tercegat ke apa, bisinglah dia ni.
“Eh
lagi satu, nanti kau cari fail dari Megat Bhd, aku nak fail tu ada atas meja
waktu aku masuk nanti.”
“Yes
bos!”
“Hah
lagi satu..”
Apa
lagilah dia ni? Berapa banyak lagi satulah dia ni.
“Apa
dianya lagi tuan?”
“Jangan
curi tulang.” Pesan lelaki itu.
“Ye,
lagi pun mana ada tulang nak dicuri, isk.” Dia menggetap bibir geram dengan
ragam lelaki itu yang merimaskannya dirasakan, merosakkan mood aku saja
pagi-pagi ni dia ni.
“Buat
lawak pulak kau.”
Malas
melayan kerenah lelaki itu, Nuriz terus melangkah laju meninggalkan lelaki itu,
banyak lagi benda yang aku kena buat daripada melayan kau. Kalau tak siap nanti
kau jugak yang marah, bisik hatinya..
“Encik
Zariel!!! Rindunya, lamanya you cuti, langsung tak ingatkan I. Sampai hati
you..”
Langkah
Nuriz terhenti bila mendengar suara manja ala-ala gedik menjerit lantang
menegur ‘suaminya’ itu. Segera berpaling. Hampir terkeluar biji matanya bila
melihat tangan Dorina seperti ular melingkar di tangan Wan Nazariel. Isk
perempuan gila ni memang tak ada rasa malu. Dia mengangkat bahu sebelum kembali
meneruskan langkahnya. Tak kuasa nak mengambil tahu urusan Dorina dan Wan
Nazariel itu.
“You
tau tak Encik Zariel, sepanjang you cuti I langsung tak ada selera makan tau.
Tengok sekarang I dah kurus.”
“Dorynn..
please you boleh tak jangan rapat
sangat dengan I. I rimas.”
“Alah
Encik Zariel ni, rapat bukannya you luak apa pun. I rindu you tau. Eh you tak
rindukan I ke?”
“Tak.”
Sepatah dia menjawab. Langkah kakinya laju dipanjangkan meninggalkan gadis itu.
“Euuww…
sampai hati you tak rindukan I” Dorina menghentakkan kakinya mengejar langkah
Wan Nazariel itu. Bergema kawasan itu dek hentakan kasut tumit tingginya itu.
“Dah
kita memang tak ada apa-apa, buat apa pula I nak rindukan you Dorynn?”
“Memanglah
kita tak ada apa-apa, tapi selepas ni kita mesti akan ada apa-apa, I rasakan
Encik Zariel I dah jatuh cinta dengan you, sebelum ni memang I tak rasa apa-apa
tapi semenjak you tak masuk office hati I jadi tak ketentuan. Makan tak
kenyang, tidur tak lena dan mandi pun tak basah tau.”
“Dah-dah
Dorynn you jangan nak mengarut ok. Untuk pengetahuan you, I tak ada perasaan
langsung dengan you dan tak akan ada. I layan you seperti I layan staf I yang
lain. Tak lebih dan tak kurang. You jangan perasan lain pula ok.”
“Tapi
Encik Zariel…” Terus bertukar mendung wajahnya yang bercahaya tadi.
“Tak
ada tapinya Dorynn. Dah pergi masuk office buat kerja you. I nak pergi breakfast sekejap.”
“Eh
I pun tak breakfast lagi. I join you breakfast sekali boleh? You belanja I ya?”
Sekejapan wajah yang mendung tadi bertukar cerah kembali. Seolah kata Wan
Nazariel tadi cuma bak angin lalu saja. Langsung tak meninggalkan apa-apa kesan
kepada empunya diri yang ditujukan.
Wan
Nazariel mendengus geram. Tak tau nak kata apa lagi dengan perangai tak faham
bahasa Dorina itu. Sudahnya dia terpaksa turutkan perangai gadis itu.
******
Lebatnya hujan hari ni, nak balik macam mana ni, dah hampir satu jam waktu pejabat habis berlalu namun dia masih lagi di sini terperangkap sedangkan hari semakin berganjak senja. Ruang pejabat juga sudah lama sunyi, kesemua penghuninya sudah lama pulang ke rumah masing-masing, mungkin masing-masing sudah enak bersantai. Aku juga yang masih di sini. Nuriz memeluk tubuh, sejuk-sejuk macam ni perut terasa lapar pula. Dia mengeluh perlahan. Ah baik aku ke pantri, sejuk-sejuk macam ni minum milo panas best juga.. lagipun rasanya biskut yang aku beli hari tu masih ada lagi.
Lebatnya hujan hari ni, nak balik macam mana ni, dah hampir satu jam waktu pejabat habis berlalu namun dia masih lagi di sini terperangkap sedangkan hari semakin berganjak senja. Ruang pejabat juga sudah lama sunyi, kesemua penghuninya sudah lama pulang ke rumah masing-masing, mungkin masing-masing sudah enak bersantai. Aku juga yang masih di sini. Nuriz memeluk tubuh, sejuk-sejuk macam ni perut terasa lapar pula. Dia mengeluh perlahan. Ah baik aku ke pantri, sejuk-sejuk macam ni minum milo panas best juga.. lagipun rasanya biskut yang aku beli hari tu masih ada lagi.
Huh
seram juga office ni kalau tinggal
sorang-sorang. Lambat lagi ke hujan nak berhenti ni. Hari dah nak gelap ni,
nanti sampai rumah mesti si Zariel tu membebel tak henti-henti. Dia bukannya
kisah masalah aku ni. Apa yang dia tau aku kena sentiasa ada pada masa yang dia
tetapkan.
Nuriz mengeluh, dah hampir 2 jam dia terperangkap bersendirian... Tidak bergerak.
Nuriz mengeluh, dah hampir 2 jam dia terperangkap bersendirian... Tidak bergerak.
Eh
bukan aku ada bawak baju hujan spare
ke? Tiba-tiba teringat pula akan baju hujan yang diletakkan di bawah seat motornya. Heii kenapalah aku boleh
tak ingat dari tadi.
Hujan
yang mula reda dan berbekalkan baju hujannya dia mengambil keputusan untuk
pulang... namun baru saja dia ingin menghidupkan enjin motosikalnya, matanya
tiba-tiba tertancap pada sekujur tubuh yang sedang menggigil kesejukan tidak
jauh dari situ. Lama dia mengamati tubuh itu, cuba mengamati dia manakah dia
pernah berjumpa dengan pemilik tubuh itu.
Eh itu budak yang aku jumpa dekat kedai makan hari tu kan? Apa yang dia buat dekat sini? Kenapa dia tak balik lagi? Dekat mana rumah dia? Atau dia tak ada rumah?
Eh itu budak yang aku jumpa dekat kedai makan hari tu kan? Apa yang dia buat dekat sini? Kenapa dia tak balik lagi? Dekat mana rumah dia? Atau dia tak ada rumah?
Hatinya
digamit rasa ingin tahu dan selebihnya perasaannya diselaputi rasa belas. Perlahan-lahan
dia menapak menghampiri kanak-kanak tersebut. Tak peduli dengan tubuhnya yang
di timpa hujan.
“Adik...”
Tegurnya perlahan, namun reaksi yang
kanak-kanak itu berikan amatlah luar biasa.
Kanak-kanak itu memandangnya dengan pandangan yang takut-takut, ibaratkan dirinya sesuatu yang menggerunkan. Wajahnya diukir senyuman...
Kanak-kanak itu memandangnya dengan pandangan yang takut-takut, ibaratkan dirinya sesuatu yang menggerunkan. Wajahnya diukir senyuman...
Kesiannya
dia. Mesti dia sejuk, dengan tangan yang memutih dan bibir yang pucat membiru.
Tak tahu berapa dia di dalam hujan, cepat-cepat sweater yang tersarung ditubuhnya di tanggalkan, lalu di balut kepada
tubuh kanak-kanak itu.
“Mari
kakak hantarkan adik balik, rumah adik dekat mana?” Dia bertanya lembut.
Tetap
diam. Kanak-kanak itu hanya membisu. Seolah takut dengan dirinya.
“Jangan
takut... kakak tak akan apa-apakan adik,
nama adik siapa?” Dia faham. Kanak-kanak itu mestilah curiga dengan
dirinya, yalah orang yang tidak dikenali tiba-tiba berbuat baik kepada kita.
“Nini...”
Sepatah kanak-kanak itu menjawab.
“Oh...
sedap nama adik. Akak, kak Riz. Adik tinggal di mana? Mari akak hantarkan balik
ya?”
******
Hisy manalah pergi perempuan ni, dah pukul berapa tak balik-balik lagi. Wan Nazariel mundar-mandir didalam bilik sambil membebel perlahan. Hatinya terasa membengkak, marah akan kelewatan Nuriz.
Hisy manalah pergi perempuan ni, dah pukul berapa tak balik-balik lagi. Wan Nazariel mundar-mandir didalam bilik sambil membebel perlahan. Hatinya terasa membengkak, marah akan kelewatan Nuriz.
Ni
entah-entah tengah berdating dengan
jantan manalah ni. Hampir setiap lima
minit masa berlalu, dia pasti mengerling jam yang tergantung di dinding
biliknya.
Betullah
perempuan ni, baru beberapa hari duduk di sini dah pandai buat perangai. Dia
menggetap bibir. Siap nanti kalau balik nanti taulah macamana aku nak ajarkannya.
Baik
aku turun bawah. Tengok tv atau buat apa saja, duduk dalam bilik ni buat aku
rasa nak marah saja. Dia mengambil keputusan. Geram dengan Nuriz usah katalah.
entah ke mana perempuan itu pergi dia pun tak tahu. Tak reti nak beritahu ke
kalau pergi ke mana-mana? macam dia tak ada no
phone aku pula.
“Hah
Riel... Dah pukul berapa ni? Mana isteri kamu tak balik-balik lagi ni?" Tegur
papanya yang sedang duduk bersantai di sofa sambil menonton berita di TV3 jam 8
malam.
“Riz
balik lambat sikit katanya papa, ada kerja sikit yang perlu di siapkan
katanya.” Dia memberi alasan.
“Kerja?
Kamu bagi dia banyak sangat kerja ke sampai hari dah gelap pun tak siap lagi? Hesy
dahlah hari hujan, bahaya pula tu naik motor waktu hujan dengan keadaan gelap
macam ni.”
Hujan? Macam mana aku boleh lupa ni. Dah hujan mestilah perempuan tu terkandas, macam mana aku boleh terlupa dia menepuk dahinya perlahan.
Hujan? Macam mana aku boleh lupa ni. Dah hujan mestilah perempuan tu terkandas, macam mana aku boleh terlupa dia menepuk dahinya perlahan.
“Hah
yang kamu tepuk dahi tu kenapa?”
“Errr
tak ada apa-apa papa, tiba-tiba kepala terasa sengal.”
Dah
tahu hujan lebat kenapa perempuan tu tak nak tumpang aku balik tadi. Itulah ego
sangat. Biar dia rasa, bermalam dekat office
sorang-sorang. Wah bestnya malam
ni aku tidur sendirian dekat dalam bilik tu. Dia tersenyum sumbing, mesti perempuan
tu menangis gelabah punya.
Baru saja ingin tersenyum mengenangkan perkara yang bakalan terjadi. Telinganya menangkap deruman enjin skuter yang semakin mendekat memasuki kawasan halaman banglo mewah itu.
Baru saja ingin tersenyum mengenangkan perkara yang bakalan terjadi. Telinganya menangkap deruman enjin skuter yang semakin mendekat memasuki kawasan halaman banglo mewah itu.
Ceh
baru saja sebut dia dah balik dah...
Hachhooo..!!
Dia terbersin kuat. Badan sudah mula menggigil dek kerana kesejukan yang
teramat sangat. Nuriz perlahan-lahan menolak pintu utama. Matanya berlaga
dengan mata Wan Nazariel yang tajam merenungnya. Ah pedulilah lelaki itu nak
marah ke apa, aku bukan buat salah apa-apa pun. Dia melangkah selamba melepasi
lelaki itu. Tiada mood untuk bertegur
sapa dengan lelaki itu.
*** Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat-sahabat pembaca sekalian, Maaf bukan sengaja tak mau naikkan entry baru cuma saya nak bagi laluan untuk sahabat-sahabat menelaah KCIB special entry dulu... Terima kasih sebab setia berkunjung di blog buruk ini. Entry istimewa untuk Kak Chez, semoga cepat sembuh, untuk semua pembaca setia, norliza, silent reader semua... Sayang kalian semua ***
9 comments:
Best....#^_^
Siapa budak yang Nuriz jumpa tu???
Menyampah dengan Zariel!!!!
Hehehe nuratiza, terima kasih sudi membaca :-)
Cepatlh sambung lagi walaupun cite
ni rasanya diulang semulakan? tapi
rasanya sekerat jalan sj citenya.
memang lama betul tunggu cite ni
ingatkan dh stop tapi akhirnya
ada semula. tk kasih ye Sha...
Nak lgi.....
Cite nie best...
Cpt laa smbg....
me kacih dek ilang gak rindu akak kat Nuriz..tp geram nye kat Wan Nazariel makin melampau lah perangai ego die dek......cian kat Nuriz tak sudah2 kena buli ngan mamat poyo tu.....pape pun dek me kacih ye!tapi cam tak puas nak g leh nuril...hehehe sambung laju2 ye dek.
bila agknya nk di cetak? dh lma tnggu..hehehe
sian nuriz... :'(
Cepat2 sambung ye...anyway crite ni akan jadi full novel or mini novel?
sambung laju laju
Post a Comment