Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.
“Jauh
kau termenung Riz?”
“Hai
Mir.. Tak adalah.. aku berfikir.” Segaris senyuman dilemparkan kepada Mirna
yang melabuhkan duduk di tepinya.
“Lebih
kuranglah tu Riz. Macam berat je benda yang bermain dalam kepala otak kau tu
sampai aku boleh mendengar kau mengeluh berkali-kali. Tak nak share dengan aku ke?”
“Tak
ada apalah Mir, hal biasalah. Aku dengan dia.. so macam mana kehidupan kau sekarang? Tak nak cari teman serumah yang
baru ke? Atau ikut cara aku ni. Cari teman yang baru. Maksud aku berkahwin. Sekurangnya
ada juga yang tengok-tengokkan kau, jaga sakit pening kau tu.”
“Eheh..
mengarutlah kau Riz. Aku teman lelaki pun tak ada macam mana nak berkahwin? Huhu,
siapalah nak dekat aku ni. Dahlah tak kaya, rupa pun tak ada.”
“Alah
Mir merendah diri sangat kau tu. Orang yang tak ada teman lelaki pun boleh
berumahtangga kalau dah sampai serunya. Aku ni pun tak ada juga teman lelaki,
tapi tup-tup berkahwin juga. Jodoh tu, semuanya datang daripada ALLAH. Cuma
kadang-kadang ia datang pada kita dalam situasi yang kita sendiri tak mampu nak
jangka. Macam aku ni hah, datang mengejut. Hampir terloncat jugak jantung ni
bila dipaksa kahwin secara tiba-tiba.”
“Itu
kau Riz. Tapi jodoh kau tu nampaknya macam baik. Yalah walaupun nampak macam
dia tak sukakan kau, tapi dia tak pernah ambil kesempatan ke atas kau kan?”
“A’ah
baiklah sangat. Kau bukan satu rumah dengan dia cik Mirna oii. Aku ni yang
serumah. Dah naik lali dah dengan perangai dia yang tak semenggah tu. Sakit
hati. Benci aku bila teringatkan dia.” Beremosi nadanya. Marah hadir secara
tiba-tiba.
“Eh tak naklah bincang pasal hal ni.”
“Ewah
kau yang bangkitkan hal ni dulu Mir.”
“Hehehe
sorrylah aku tak sengaja. Kau tu yang
terlebih emo kalau aku sebut pasal
suami kesayangan kau tu. Eh kau dah siap ajar budak-budak tu math Riz? SPM
tinggal lagi beberapa bulan lagi kan, so macamana prestasi mereka?”
“Ok,
aku tengok mereka pun macam dah 50 peratus bersedia. Cuma tulah, ada
sikit-sikit yang kadang-kadang mereka ni macam blur.. tapi tak apa masih ada masa lagi. Aku pun tak nak push sangat budak-budak tu.. just buat mana yang termampu"
“Tulah
lagi nak dekat-dekat nak exam ni,
memang tak boleh buat mereka ni tertekan. Aku pun pening juga mengajar mereka
akaun ni. Kunci kira-kira, akaun untung rugi semua mereka tak mahir lagi. Imbangan
duga lagilah, debit, kredit mereka hentam saja letaknya. Dah aku ajar dah yang
debit balancenya didebitkan, yang
kredit di kreditkan.. yang basic
macam capital, dah banyak kali aku
kata tak ada yang debit, mereka debitkan juga. Hisy kadang-kadang hilang jugak
sabar aku ni, fikirkan adik saja. Nasib baik tak ada kak Uchi mereka yang ajar
kalau tak lagi teruk mereka kena leter.” Teringat tiba-tiba akan seorang teman mereka
membesar di Darul Qaseh, juga salah seorang tenaga pengajar sukarela di rumah
anak-anak yatim ini.
“A'ahlah..
lama tak dengar berita pasal dia, kak long dan Aurel.”
“Mereka
busy agaknya. Bengkel mereka semakin
mendapat sambutan dengarnya.”
“Wau
baguslah macam tu. Mereka dah jumpa arah sendiri nampaknya.”
“Yup..
alhamdulillah syukur. Aku gembira dengar mereka dah berjaya. Sekurang-kurangnya
golongan macam kita ni dapat membuktikan kita mampu berjaya atas usaha kita
sendiri kan?”
Ingat
lagi pada zaman kanak-kanak mereka. Mereka berdua sering terpinggir didalam
kelas, dipandang hina, sebabnya hanya kerana mereka tak punya keluarga, mereka
tak ada pakaian yang mahal, alat tulis yang cantik dan berbelanja mewah untuk pergi
ke sekolah.
“Riz
kau datang sini, suami kau tahu ke? Ke kau main cabut je tadi?”
“Amboi
Mir... main cabut apanya? Teruk aku kena soal dengan dia tadi waktu aku nak
minta izin ke sini. Huh mengalahkan polis pencen dia tu.”
Teringat
tadi...
“Kau
nak pergi mana ni? Awal pagi dah bersiap, ni dengan jantan mana pula kau nak dating?” Seperti selalu terlalu sukar
untuk mendengar ungkapan indah yang keluar daripada mulut lelaki itu. Semuanya
yang ala-ala mengguris hati sahaja bila mendengarnya.
“Saya
nak keluar dengan Mirnalah. Awak ni cuba jangan nak bersangka buruk dengan
orang boleh tak?” Pagi-pagi lagi dah buat dosa. Hisy dia ni.
“Amboi
pandai nak nasihat orang k? Aku memang sentiasa bersangka buruk dengan kau,
tapi dengan orang lain tak ok. Kau nak tau apa sebabnya? Sebab kau memang tak
boleh dipercayai. Banyak sangat agenda yang tersembunyinya.”
“Eleh..
ingat awak tu boleh dipercayai sangatlah ek? Saya keluar dengan Mirna, bukannya
dengan lelaki lain pun, ke awak cemburu ni? Kalau cemburu katakana jelah. Jangan
nak malu-malu dengan saya ni.” Sengaja dia menjungkitkan keningnya ala-ala muka
nakal untuk menambahkan bengang lelaki itu. Hehe…
“Aku???
Cemburu? Weh tolong sikit. Jangan perasan ok. Aku tak kisah kau nak keluar dengan
siapa pun, tapi ingat, kalau apa-apa jadi pada kau, macam kau terlanjur lepas
tu mengandung, jangan suruh aku bertanggungjawab pula nanti.”
“Woit!
Ingat saya ni perempuan murah sangat ke? Jaga sikit mulut awak tu tau. Nanti
orang makan nasi awak makan cili pula.”
“Haha
marah nampak, kalau tak betul kenapa marah pula hurm?” Lagi bertambah lebar
senyuman di wajah lelaki itu bila melihat kemarahan mula bertanda di wajah
Nuriz.
Isk
mamat ni memang kena cili juga akhirnya mulut dia ni nanti. Tak ada insuran
sungguh. Cakap ikut sedap hati dia saja.
“Dahlah
malas layan awak. Saya pergi dulu.” Hui karang lama-lama aku melayan dia ni
mahu bertanda 5 jari dekat pipi dia tu karang. Tak pasal-pasal keluarga dia
cakap aku ni isteri derhaka dan panas baran. Marah sikit mulalah nak naik
tangan.
“Malas
nak layan atau kau nak mengelak? Alah malu-malu pula dengan aku ni. Oh ya lagi
satu, kalau kau nak aku tunaikan tanggungjawab yang tu. Aku boleh tunaikan. Yalah
sekurang-kurangnya aku boleh bantu kurangkan dosa kau tu melakukan maksiat.”
“Aww...
awak...!! Eeeii geramnya! Tak ingin saya bersama dengan awaklah. Awak tu kan
nafsu tak normal.” Nuriz menggetap bibir. Tanganya serentak dipanjangkan
mencapai sebiji bantal kecil yang berada hampir disisinya, terus dibalingnya ke
arah lelaki itu dengan harapan mengenai lelaki itu tapi sayang lelaki itu lebih
pantas untuk mengelaknya.
“Haha
tak kena... Wekkk…! Oii-oii amboi sedap mengata aku tak normal ek? Nak bukti ke
yang aku ni normal ke tak? Mehlah aku boleh tunjukkan bukti yang aku ni lelaki
normal.” Seronok dia mengusik bila melihat balingan gadis itu tidak mengenainya
dan lagi bertambah seronok bila dia melihat wajah gadis itu yang sudah memerah.
Marah mungkin, ataupun malu atau kedua-duanya sekali barangkali. Padan muka,
tulah siapa suruh mengata aku macam tu, kan dah terdiam.
Huh
menyampah, macam budak-budak punya perangai. Nuriz mendengus geram. Baik aku
pergi sekarang, lagi lama aku dengan dia, boleh sakit jiwa aku dibuatnya.
“Riz..
Isk dia ni.. penat aku bercakap dengan kau, tapi kau tak dengar rupanya. Kau
termenung apa ni? Takkan dah teringatkan suami dekat rumah tu? Baru berapa jam
tak jumpa takkan dah rindu?” Mirna menegur bila melihat Nuriz seolah-olah tenggelam
dengan dunianya sendiri.
“Isk mana adalah Mir, daripada aku ingatkan lelaki tu, baik aku ingatkan kau. Ingatkan lelaki tu buat aku sakit hati saja.”
“Isk mana adalah Mir, daripada aku ingatkan lelaki tu, baik aku ingatkan kau. Ingatkan lelaki tu buat aku sakit hati saja.”
“Haha..
ingatkan aku buat apa?”
“Mir..
kau ingat tak dengan budak yang bernama Nini yang aku selalu ceritakan dulu?”
“Yup
ingat.. kenapa?”
“Aku
rasa aku nak bantu dialah.”
“Bantu
dia? Macam mana?”
“Aku
tengah fikir ni, mungkin aku patut minta pendapat umi kut.” Umi panggilan untuk
pengetua Darul Qaseh, Dato' Maria Mazidah.
“Hurm
ok gak tu. Bagi akulah kan, kita patut bawak Nini tu tinggal dekat sini. Sekurang-kurangnya
ada juga yang boleh tengok-tengokkan dia dan kakak dia tu, mungkin kita boleh
usahakan dapatkan kaki palsu untuk dia dan bagi dia rawatan kaunseling. Pulihkan
kembali semangat dia yang dah hilang tu.”
“Ok
juga cadangan kau tu Mir. Kalau dia dah sembuh nanti bolehlah dia jadi tenaga
pengajar dekat sini. Ajar budak-budak dekat sini, lagi pun dekat sini banyak
kemudahannya, tak perlulah dia tinggal di rumah macam tu lagi. Aku tengok kawasannya
pun macam tak terjamin keselamatannya. Sepanjang aku pergi ke sana, asyik
terserempak dengan warga asing saja, seram juga aku.”
Teringat
keletah Nini yang petah berbicara itu. Nini, kakak janji kakak akan bantu Nini.
Kakak tak akan benarkan Nini meminta sedekah, jadi pengemis lagi.
******
“Riel bangunlah.. Kau nak tidur sampai malam ke apa?” Eric bengang.
“Riel bangunlah.. Kau nak tidur sampai malam ke apa?” Eric bengang.
Sudah
hampir setengah jam dia menanti di ruang tamu, namun kelibat lelaki itu tidak
juga muncul sehingga dia mengambil keputusan untuk meminta izin daripada Datin
Jacinta dan Dato' Wan Nazri untuk menjengah sendiri temannya itu. Ceh penat
saja aku menunggu rupanya dia sedap tidur. Semalam bukan main beria lagi dia
berjanji.
“Bagilah
aku 5 minit lagi. Aku mengantuk ni, dahlah malam tadi tidur sekejap je.” Wan
Nazariel mengeluh. Isk baru nak bermanja-manja dengan bantal dan tilam, kenapalah
mesti ada yang mengacaunya. Terlupa akan janji yang dibuat sendiri semalam.
“Tak
ada 5 minitnya. Cepatlah bangun, aku kira sampai tiga, kalau tak aku jirus kau
dengan air nanti. Dah dekat pukul 5 dah ni, janji nak main bowling kat One Utama, kawan-kawan kita dah bising dah dekat sana.
Lama sangat menunggu kau tu.”
“Alah
kau pergilah dulu, nanti aku datanglah. Macamlah aku tak biasa dekat sana tu.”
Dia bersuara dalam keadaan matanya yang masih terpejam rapat.
“Bukan
soal biasa atau tak biasalah Riel. Ni soal janjilah kawan. Kata semalam pukul 5
petang, ni lagi berapa minit pukul 5 pun kau masih tak berganjak dari katil.
Dah-dah cepat bangun.” Dia memaksa. Geram pun ya juga melihat temannya masih
liat untuk berganjak daripada tempat tidurnya.
“Aku
mengantuk lagilah.. letih.”
“Letih?
Kenapa? Kau overtime malam tadi?” Dia
mempamerkan riak nakal di wajahnya.
“Mana
ada.. kau ni mengarut sajalah.”
“Dah
tu kau buat apa lagi? Letih sangat saja gayanya hehe..” Bayangan nakal mula
terlayar dimatanya.
“Kau
jangan fikir bukan-bukan ok.” Marah, cepat-cepat dia bingkas. Duduk memandang
wajah Eric yang tersenyum penuh makna tersirat.
“Hahaha..
aku tak kata apa-apa ok!”
“Yelah
tapi muka jahat kau tu dah ceritakan segalanya tau.. Otak kuninglah.” dia mendengus.
“Dah
pergi mandi Riel. Cepat sikit bersiap tu tau.”
“Yalah..”
Wan Nazariel dilihatnya bangun mencapai tualanya, terus menuju ke bilik air.
Eric
menyandarkan tubuhnya pada sofa yang terdapat dalam bilik itu, bukan dia tidak
betah di sini. Dulu sebelum Wan Nazariel berumah tangga dia selalu bertandang,
sampai kadang-kadang andai dia keletihan tidak larat untuk memandu, dia akan
tumpang bermalam di sini. Pandangan matanya dililaukan ke arah sekeliling. Hurm
masih tetap sama seperti dulu.. tiada apa yang berubah hatta letak duduk
barang-barangnya pun, walaupun telah ada suri yang mendiami kamar ini.
Pandangan
matanya tiba-tiba jatuh ke arah sekeping kertas berwarna putih yang terhampar
dilantai. Kertas apa tu? Entah kenapa hatinya rasa tertarik untuk mengetahui
isi yang terkandung pada kertas itu.
Perlahan-lahan
dia berdiri, melangkah menuju ke arah sekeping kertas itu. Dia mencangkung,
mengutip kertas itu. Cepat-cepat kertas itu diterbalikkan. Sekeping foto
rupanya.
Hurm..
dia tidaklah secantik model tapi wajahnya comel. Tanpa menggunakan sebarang make-up. Kecantikan yang asli
barangkali, gambar Nuriz yang berada ditangannya ditatap lama. Hai kenapalah si
Zariel ni buta. Isteri dah comel macam ni pun buat tak tahu juga. Dia mengeluh,
tak faham dengan cita rasa temannya itu.
“Ric
kau tengok apa tu?”
Tersentak
bila ditegur secara tiba-tiba, cepat-cepat di sembunyikan tangannya di belakang
badan. Dia berdiri.
“Err
tak ada apa-apa.”
“Kau
sembunyikan apa dari aku tu?” Dia bertanya musykil.
“Tak
ada apalah. Kau tu cepat sikit bersiap. Terhegeh-hegeh mengalahkan perempuan
tua bersiapnya.”
“Jangan
tipu.. bak sini aku tengok apa benda tu.” Wan Nazariel mula menghampirinya,
Eric berundur sehingga dia tersekat dek katil.
“Mana
ada aku sorok apa-apa. Isk cepatlah bersiap pakai baju tu”
Tak
puas hati dengan jawapan Eric itu, Wan Nazariel cuba merampas apa yang
disorokkan oleh temannya itu dan akibatnya Eric terlentang di atas katil. Mereka
bergumpal seperti kanak-kanak dan serentak waktu itu juga pintu bilik telah dibuka
dari arah luar. Terjenggul wajah Nuriz.
“Assalamualaikum..
saya dah bal...” Terus termati katanya di situ juga bila melihat Wan Nazariel
yang hanya memakai tuala paras lutut sedang menindih seorang lelaki. Terbuntang
kedua biji matanya.
Gulp!
Nuriz menelan air liur kesat. Ap.. apa yang mereka sedang lakukan? Wajahnya
memerah serta merta. Malu melihat aksi si suami yang dia sendiri tak mengerti
maksudnya.
“Adoii..
tengok ni kau punya pasallah Riel.” Jerit Eric agak kuat memecahkan suasan yang
menjadi sepi secara tiba-tiba itu.
“Err
aw.. awal kau balik Riz?”
“Lah
awak yang suruh saya balik jam 5 petangkan?”
“Ooh..”
Dia tergagap-gagap sambil tangan menggaru-garu kepalanya yang sememangnya tidak
gatal itu. Tak senang duduk pun ya juga. Hati kuat mengatakan yang pasti Nuriz
salah memahami apa yang dilihatnya sebentar tadi.
“Apa
yang awak buat tadi? Saya mengganggu ke?”
“Riz,
err itu tak seperti apa yang kau fahami.”
“Saya
tak cakap apa-apa pun. Err saya turun dululah, awak nampak sedang sibuk tu” Cepat-cepat
dia memusingkan tubuhnya. Fikiran rasa berkecamuk, bermacam-macam bercampur
aduk..
Jadi betullah yang selama ini aku fikirkan yang mamat tu sememangnya tak normal. Oh My God! Dia menyandarkan tubuhnya lesu pada pintu bilik. Menarik nafas panjang sebelum melangkah turun. Tak apa Riz tenang... kau kena cool.
Jadi betullah yang selama ini aku fikirkan yang mamat tu sememangnya tak normal. Oh My God! Dia menyandarkan tubuhnya lesu pada pintu bilik. Menarik nafas panjang sebelum melangkah turun. Tak apa Riz tenang... kau kena cool.
Sementara
itu..
“Habislah
aku Ric, mesti dia fikir apa yang dia anggap pasal aku selama ni betul” Wan
Nazariel menggaru-garu rambutnya yang masih basah itu..
“Haha,
padanlah dengan muka kau tu. Siapa suruh kau tindih aku tu tadi. Over act sangat.”
“Mana
aku ingat dia nak balik waktu macam ni. Lagipun siapa suruh kau sorokkan benda
tu daripada aku. Macamlah aku marah pun kalau aku tau.”
Nak
cakap apa ya dengan si Nuriz ni. Adoi masalah betullah.
“Oit
menung apa lagi, cepatlah siap!”
“Yalah..”
Kusut. Ikutkan hati mahu saja dia membatalkan janji yang telah dibuat untuk
menyelesaikan masalah yang baru timbul ini.
7 comments:
haha...terkantoi riel dgn nuriz..nuriz dh ingt x normal..
hahahaha akhirnya ....
lawak betul la nuriz dah syak yang; riel + eric = abnormal, kihkihkih ...tp nak lagi ...(isk isk isk apala saya nie makin lama makin tamak hehehe)apa apa pun waiting for next n3 --- nak lagi
Best...#^_^
hehe..abis lah ariel nuriz dh tengok depan mata aksi .....dgn eric.memang sah abnormal.hilang lh macho u ariel dimata nuriz.pe kata bukti kan jer kat wife tu,sape ariel.....
Thanks for the entry Nuril! Best tapi mcm tak cukup panjang la...lepas ni cepat2 sambung OK. So Ariel, you owe Riz an explanation ok, tapi pls cakap la lemah lembut sikit. Prove it to her that you're NORMAL! good luck!
Cpt la upload next n3...windu ar nak baca cite ni
Tolong la update cite ni, cik nuril. Tak larat la nak tunggu lagi...tertnya2 apa jadi lps ni....tolong la update...tolong! !!!!
Post a Comment