iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Wednesday, November 28, 2012

Novel : Tiga Bulan [21]

Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.


Menyampah, benci, menyampah. Hatinya berdongkol geram. Benci sebab bayangan apa yang dilihatnya tentang lelaki itu asyik sangat terlayar diingatannya. Entah kenapa terasa terlalu sukar dinyahkan daripada memori ingatannya. Menyampah sebab 2,3 hari ni lelaki itu asyik sahaja mengekori dirinya seolah menagih perhatian daripadanya dan bertambah lagi rasa menyampahnya bila pagi tadi sewaktu mereka, dia, Zariel, papa dan mama mentuanya berkumpul bersama untuk bersarapan tiba-tiba Dato' Wan Nazri mengusulkan cadangan yang tak masuk dek akal fikiran warasnya dan tak mampu diterima dek jiwanya dengan tenang.

“Kamu berdua ni baru saja berumahtangga, tak ada rancangngan ke nak pergi bercuti mana-mana ke Zariel, Nuriz?”

“Nak pergi bercuti ke mana papa? Riel sibuk dan si Riz ni lagilah sibuk, betul tak yang?” Sengaja disikunya pinggang Nuriz yang konon-kononnya enak menikmati roti bakar disebelahnya itu

Opecutt! Tersentak sedikit Nuriz. Chis dia ni, memang nak kena ni. Nuriz membebel dalam hati. Ada-ada saja benda yang menyakitkan hati aku ni dia nak buat.

“Riz punya busy boleh di postpone papa, tapi abang ni punya busy saja yang melampau-lampau mengalahkan perdana menteri. Bukan Riz tak ajak, tapi dia yang tak nak, kononnya kos mahallah, harga minyak naiklah... lagi satu dia kata bercuti dekat rumah saja sudah memadai, tapi sebenarnya dia kedekut hakikatnya. Macamlah papa tak tau, abang ni bila dengan saya ni mesti banyak sangat berkiranya.”

Nuriz menjeling ke arah Wan Nazariel. Sengaja, ingin melihat reaksi lelaki itu. Bagaimana agaknya lelaki itu bila melihat keberanian dia mencipta alasan.

            Wow.. minah ni macam dah hafal skrip pulak dia ya. Sesedap hati pula tu kata aku ni kedekut. Depan ahli keluarga aku pula tu. Sengaja betul dia ni. Tak apa-tak apa hari ni hari kau, hari aku nanti taulah. Siaplah kau. Sampai tak mampu berkata-kata nanti aku balas balik.

“Kos mahal?? Kamu ni Zariel, nak pergi bercuti dengan isteri pun berkira juga ke?” Dato'      Wan Nazri menggelengkan kepala. Kedekut betul anak aku ni.

Wan Nazariel diam, tengok tak pasal-pasal aku juga yang dipersalahkan dalam hal ini. Tak aci sungguh.

“Semalam papa dah bincang dengan mama Jac kamu tu. Papa setuju nak sponsor kamu berdua pergi honeymoon, sebut saja ke mana kamu nak pergi. Semua papa akan tanggung. Betul tak mama?”

“Ha'ah... nanti Zariel tak payahlah pening-peningkan kepala fikirkan pasal kosnya.”

What??? Sponsor pergi bercuti? Berbulan madu? Ghost! Mereka ni dah betul-betul tak ada kerja lain ke nak dibuat selain daripada merancangkan benda ni? Mengarut sungguh! Nuriz menggerutu dalam hati. Matanya pantas memberikan isyarat kepada lelaki itu agar lelaki itu menolak tawaran keluarganya.

“Ke mana papa?” Sengaja buat-buat tak nampak isyarat Nuriz itu. Ambik kau tadi kau kenakan aku, sekarang giliran aku pula.

Hampeh dia ni, mesti saja nak kenakan akukan? Nuriz mengeluh. Selera untuk menikmati sarapan paginya terus mati. Tumpul.

“Ke mana-mana saja yang kamu rasa nak pergi.” Lebar senyuman di wajahnya mendengar soalan Wan Nazariel itu. Tak sangka pula anak itu akan bersetuju, selalunya mereka jarang sependapat.

“Ok nanti Riel fikirkan. Kena bincang dulu dengan Nuriz ni.” Hampir tergelak melihat wajah suram Nuriz yang diam tanpa suara di sebelahnya itu. Heh tadi bukan main lagi dia petah bersuara, sekarang membisu seribu bahasa.

“Ok ambillah masa kamu.” Kalau rancangan ini menjadi, mungkin rancangan untuk merapatkan mereka berdua hampir berjaya.

“Abang kita dah lambat ni.”

“Kami pergi dululah papa, mama.”

“Hah yang pagi-pagi dah muncung sedepa macam cencurut ni kenapa?” Maria menegur. Apalah dia ni orang pagi-pagi banyakkan senyum biar rezeki tu senang nak masuk. Ini tak.. kalau rezeki tu nak datang mesti terbantut siap patah balik lagi kalau tengok muka dia macam ni.

“Err tak ada apa-apalah cik Maria.” Kacaulah dia ni. Baru nak imagin aku tengah belasah lelaki tu dengan kayu besbol. Benci lamunannya di ganggu.

“Gaduh dengan buah hati ya Riz?”

“Buah hati?? Ha'ahlah cik Maria.. mana tau ni.” Alang-alang dia dah tanya baik mengaku saja.

            “Gaduh pasal apa tu?”

“Entahlah cik Maria. Kadang-kadang saya pun tak tahu macamana saya boleh bersama dengan dia. Nak kata handsome langsung tak, nak kata romantik lagilah tak ada maknanya. Perangai macam mafia adalah.” Memang mamat tu spesis mafia pun, mafia kampung dusun. Huh, menyampah cakap dia saja yang nak kena dengar. Cakap aku selalunya dia buat tak tahu saja.

“Perangai macam mafia? Wah bahaya tu Nuriz.”

“Eleh sesuailah tu Maria. Kalau perangai boyfriend dia macam mafia, perangai dia pula macam gangster kampung pisang.”


Ha.. mesti ada saja dia ni untuk muncul dalam babak aku ni, lepas tu main menyampuk saja apa yang orang cakap. Ke dia pasang alat pendengaran dekat seluruh office ni? Pantang nak kutuk dia, mesti ada dia muncul.

“Ha'ahlah baguslah tu, you all hari ni jangan nak bergaduh depan I ya? I tengah pening kepala ni, karang bertambah lagi pula kalau tengok korang bergaduh.” Cepat-cepat memberi amaran sebelum Wan Nazariel dan Nuriz sama-sama berbalas suara didepannya.

            “I tak kata apa-apa pun Maria, tapi you tengok Nuriz tu yang macam tak puas hati dengan I. Ha you tengok cara dia pandang I, macam nak telan I hidup-hidup saja.”

“Uih siapa nak telan dia entah. Bukannya sedap pun, sedikit orang tak berselera.” Nuriz mencebik.

“Alah tak nak mengaku pula dia. Dah tu kenapa kau pandang aku macam tu?”

“Taklah, saya cuma nak kata ada nasi dekat tepi dagu awak tu.”

“Nasi??" Bila masanya pula aku makan nasi ni? Musykil tapi jari tetap menurut ke arah yang ditunjukkan oleh Nuriz itu.

“Mana? Tak ada pun.”

“Bukan dekat situlah.”

“Habis tu dekat mana? Dah habis semua muka ni aku rasa.” Ke dia saja nak main-mainkan aku ni.

“Dekat kedai makan bawah tulah. Haha awak dah terkena, padan muka, menyibuk lagi hal orang.”

Kurang asam dia ni! Kenakan aku rupanya, apalah bendul sangat aku ni... aduiii.. ya ALLAH geramnya.

“NURIZ!!!!”

            Maria sudah terkekeh ketawa. Tak mampu untuk mengawal dirinya lagi. Haduiii terburai juga isi perut aku ni nanti karang. Tak tahan betul dengan mereka berdua ni. Macam anjing dengan kucing. Bergaduh saja setiap masa.

“Err I nak pergi ladies kejap.” Baik aku cabut sebelum lelaki itu mengamuk.

Tak sempat nak kata apa, gadis itu sudah hilang daripada pandangan matanya. Liciknya dia.

            “Maria, cakap dengan dia, I nak jumpa pukul 10 nanti.”

“Baik boss.”

“Dah-dah pergi buat kerja you.”

Ai..ai boss

******

            “Riz..”

            “Hurm apa? Ceria saja suara kau kenapa Mir? Nak kahwin ke?” Pagi-pagi lagi, belum pun panas punggungnya duduk dikerusinya, telefon bimbitnya sudah berdering meminta perhatian.

“Uish kau ni Riz, ke situ pula dia, tak ada benda lain ke nak fikir selain kahwin tu?”

“Habis tu apa? Yalah suara kau ceria semacam saja aku dengar.. menang loteri ke? Eh silap itu haram dalam islam...”

“Eeeii dia ni macam mana aku nak cakap kalau sepatah aku cakap, berjuta patah kau balas.”

            “Hehe.. ops sorry. Ok-Ok cakaplah apa halnya?”

“Aku ada good news untuk kau tau.”

“Apa dia?” Rasa teruja ingin tahu hadir secara tiba-tiba.

“Umi, dia dah luluskan permohonan kau pasal Nini dengan kakak dia tu.”

“Ya ke? Alhamdulillah.. syukur. Jadi kita dah dapatlah peruntukkan untuk membiayai pembelian kaki palsu kakak Nini tu?”

“Yup..”

            “Ya ALLAH Mir, kalau kau ada depan aku ni mesti kau dapat tengok betapa gembiranya aku. Tak sabar rasanya nak jumpa Nini lepas aku balik kerja nanti, mesti dia seronok.”

“Ha.. lagi satu sebelum aku terlupa, Umi kata nak jumpa mereka dan dia nak kalau boleh biar Nini tinggal di Darul Qaseh. Sekurang-kurangnya ada orang yang jaga dia masa kakak dia dirawat nanti.”

“Aku memang rancang macam tu pun sebenarnya, thanks Mir.”

“OK, aku nak sambung kerja ni Riz. Nanti bila-bila aku call kau lagi ek?”

“OK thanks again.”

Senyumannya masih tak pudar walaupun setelah hampir 5 minit dia menamatkan perbualan dengan Mirna. Ini berita yang amat baik buatnya. Sekurang-kurangnya walaupun dia tak mampu membantu dengan wang ringgit, tapi dia mampu membantu dengan mengusahakan sesuatu yang bermanfaat buat Nini dan kakaknya.

Happy nampak?”

Ceh dia ni lagi. Nak apa pula lagi. Nuriz mengeluh, terus sirna senyuman yang masih bergayut dibibirnya.

Yess, tuan besar, nak saya buat apa pula?”

“Hah bagus pun kau tanya.”

“Kau nampak bilik stor tu tak?” Jari tangannya di udingkan ke arah salah sebuah bilik yang tertulis perkataan 'STOR' itu.

“Nampak.”

“Hah meh sini ikut aku.”

Uishh dia nak buat apa pula ni ajak aku ke situ.

“Cepatlah.. apa yang kau fikirkan lagi tu?”

“Hah kau nampak tak kertas yang bertaburan atas lantai ni?”

Mak aih rasanya hari tu baru saja aku kemas, kenapa aku rasa macam ada orang yang saja sepah-sepahkannya?

            “Hari tu kertas-kertas ni elok tersusun.. tapi entah macamana aku tertolakkannya sewaktu tengah cari barang dekat dalam ni, so aku nak kau susun balik kertas-kertas ni, ikut tahun-tahunnya, lepas tu ikat elok-elok supaya tak bertabur balik.”

Amboi bukan main dia ni. Dia yang buat lepas tu suruh orang lain pula yang kemaskan. Banyak cantik perangai macam ni.

“Siapkan hari ni juga.”

“Kalau tak sempat boss?”

“Buat sampai siap juga.”

“Tak bolehlah. Hari ni saya ada hallah petang nanti.”

“Hal apa? Kenapa kau tak cakap dengan aku tadi dekat rumah? Kau nak dating ya? Cancel jelah dating tu, hari lain pun boleh dating.”

Tengok suka hati saja dia ni nak buat keputusan. Dia mencerun geram memandang lelaki itu. Rasa nak tarik mulut lelaki tu, lepas tu ikat biar jadi simpul. Ikut sedap mulut dia saja nak arah itu dan ini.

“Kenapa? Tak puas hati dengan aku?”

“Ceraikan sayalah.”

What??? Kurang jelaslah ulang balik apa kau cakap tu?”

“Saya kata awak lepaskanlah saya ni. Senang kita nak corak hidup kita sendiri. Lagipun ia membantu saya mengurangkan dosa asyik melawan awak saja.”

“Ha tau pun berdosa lawan cakap suami. Kita bincang hal tu lain hari, lain masa, lain tahun dan lain tempat. Aku sibuk ni. Baik kau siapkan apa yang aku suruh.” Lelaki itu mula berlalu.

Berani dah dia minta benda tu dari aku. Wan Nazariel mengetap bibir menahan geram.

Kalau tak suka aku kenapa masih nak simpan? Apa dia ingat aku ni anak patung ke? Tak ada perasaan. Nuriz hanya mampu melihat langkah lelaki itu dengan hati yang sebal.

5 comments:

Nuril Bahanudin said...

terima kasih Ruuna...

Unknown said...

betul riz...kalu tk sudi lepas kn jer zariel...wat ape nk simpan utk tambah dosa masing2 jer...so jgn lh jd kn perkhawinan medan membalas dendam riel..bercinta pd yg sudi berkasih pd yg memberi so kalu dh tk ujud dua2 tuh lepas kn riel....cian pd gadis sebaik nuriz diperlaku kn tuh!jgn sampai hati nuriz kering dh lh riel sat jiwa plak yg marana...

Zakiah Halim said...

best :) gaduh jer kejenyer...

fara said...

Best...rindu kt couple nih...cepat ar update cik penulis!

fara said...

It has been 2 weeks...x de n3 baru ke