iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Wednesday, September 18, 2013

Mempekenalkan Novel : Kau Yang Tak Diundang [Sinopsis]



Sinopsis

Kau Yang Tak Diundang mengisahkan tentang seorang gadis yang berusia lewat 20-an bernama Leila Suria yang tersepit antara keadaan. Disebabkan oleh syarat yang telah digariskan oleh kedua ibu bapanya, adiknya Lily Serina hanya boleh berkahwin sekiranya dia telah berumah tangga. Manakala teman lelaki adiknya itu hanya memberi tempoh sebulan sahaja kepada dia atau hubungan cinta mereka terputus.

Atas sebab terlalu kasihkan adiknya, Leila Suria dengan berat hatinya terpaksa mencari calon suami buat dirinya sendiri. Kehadiran seorang peminat misteri yang menggelarkan dirinya ‘R’ yang saban hari mengirimkan jambangan bunga kepada Leila seolah membantu memudahkan jalannya untuk berkahwin. Tanpa berfikir panjang Leila telah MELAMAR peminat misterinya itu untuk menjadi suaminya.

Takdir tuhan tiada siapa yang menduganya. Sesuatu telah berlaku pada hari pernikahannya. Pengantin lelaki telah BERTUKAR! Dalam sekelip mata juga kehidupannya yang tenang itu berubah. Ttunggang langgang dan haru biru!

“Hampir setahun lepas, seorang gadis meminta kebenaran kepada orang tuanya untuk berumah tangga, namun sayang hasrat yang disuarakan itu tidak dapat dilaksanakan dengan mudah kerana kedua orang tuanya mengenakan satu syarat kepada dirinya. Si gadis itu punya seorang kakak, dan kakaknya masih belum berumah tangga walaupun usianya semakin meningkat. Kerana berpegang pada adat, yang muda tak boleh melangkaui yang tua jadi si gadis itu perlu menunggu kakaknya berumah tangga dahulu barulah dia dapat berumah tangga. Keadaan si gadis itu bertambah tersepit bila pihak lelakinya hanya memberi tempoh sebulan sahaja untuk menunggu atau hubungannya terputus. Dek kerana kasihkan adiknya itu, si kakak berusaha mencari abang ipar untuk adiknya. Mungkin sebab niatnya ikhlas ALLAH permudahkan urusan si kakak. ALLAH hadirkan seorang lelaki untuk melamar si kakak, dan si kakak mula lega bila lelaki yang melamarnya ada lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Si kakak ingat segalanya menjadi lancar sehinggalah hari penyatuannya tiba, entah di mana silapnya pengantin lelaki sudah bertukar dan langsung mengubah kehidupannya seratus peratus. Dek kerana kasihkan adik, hormatkan kedua ibu bapanya si kakak cuba bertahan dengan perkahwinannya sehingga perasaan benci bertukar sayang kepada suami tak dijangka itu namun sayang perasaan si kakak itu langsung tak pernah dihargai oleh suaminya. You nak tahu siapa si kakak tu Rio?”

*** Assalamualaikum warahmatullah kesayangan saya. Insya-ALLAH bermula hari ini saya akan mula memasukkan cerita ini di blog. Untuk pengetahuan semua, manuskrip novel ini sudah siap dan telah dihantar kepada penerbit. Dan insya-ALLAH kalau ada rezeki akan diterbitkan, tapi kalau sebaliknya, saya akan poskan keseluruhan 73 bab novel ini ke blog.

1 comment:

Suziey Ahmad said...

assalam,

nak tanya..novel ni dh ade kat market ke? saya dh baca sikit n eager nk beli novel ni..syiok la plak storyline dia..

novel 3 bulan pn dh beli..waiting for delivery..hehe..

i hearted ur writing..keep moving dear :)