Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.
“Aku
terima nikahnya Nuriz Binti Abdullah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai.”
Serentak,
terasa kepala dihempap oleh bebanan batu-bata
bertan-tan beratnya tatkala dia mendengar ungkapan sah yang dilafazkan oleh
saksi-saksi yang berada di majlis pernikahan mereka itu.
Wahai
diri tenanglah, wahai jiwa sabarlah menghadapi segala bentuk ujian dariNYA ini,
wahai perasaan kuatlah, jangan mudah mengalah dengan ujian yang kecil ini. Bisik
hatinya perlahan memujuk dirinya sendiri.
Dunianya,
segalanya kini terasa seperti kosong. Dia menadah tangan mengaminkan doa tika
kadi membacakannya namun fikirannya melayang-layang jauh entah ke mana, hanya
jasad saja yang masih berada di situ. Tinggal tanpa semangatnya.
Segalanya
asing di sini. Dia tak kenal siapa-siapa, dia perasan banyak mata yang asing
asyik tidak jemu-jemu merenung dirinya, mungkin menaakul sikapnya, kelakuannya
dan segalanya tentangnya sehinggakan dia merasakan sangat rimas. Ikutkan kata
hatinya sudah lama dia berlalu meninggalkan majlis ini, namun apakan dayanya
ini majlis untuk dirinya. Mesti keadaan menjadi ribut, kalut andai dia
menghilangkan diri. Dia masih lagi rasional tak mahu memanjangkan lagi masalah
yang sememangnya masih tak berpenghujung. Masih tak nampak jalan penamatnya.
“Mir...
aku takut.” Tangan Mirna yang setia berada disisinya digenggam erat.
“Jangan
takut Riz, aku ada sentiasa di sini. Kan aku dah janji akan temankan kau,
menyokong kau walau apa pun yang terjadi pada kau. Ingat aku anggap kau bukan
saja kawan aku tapi saudara aku dunia akhirat.”
Nuriz
diam, tubir mata bergenang lagi. Hai kenapalah aku jadi sangat mudah terusik
sejak akhir-akhir ni? Tak sangka banyak betul stok air mata dalam badan aku ni,
yalah dah banyak sangat rasanya aku menangis tapi kenapa airnya tak pernah nak
kering-kering juga pun?
“Syii..
jangan menangis ok. Tu tengok, semua orang tengah pandang kau.” Bisik Mirna
perlahan di telinganya. Cuba memujuk.
Nuriz
mengangkat perlahan wajahnya, untuk melihat keadaan sekeliling dan tanpa diduga
oleh hati dan perasaannya, dia berlaga pandangan dengan Wan Nazariel. Tajam
sekali pandangan lelaki itu padanya, seolah pandangan lelaki itu mampu menikam
tembus pada hati, jantung dan dadanya. Dia menelan air liur. Terasa pahit
berpasir.
“Riz..
Zariel nak datang tu untuk batal air sembahyang, kau tenang ya. Jangan tunjuk
sangat muka kau yang tengah sedih tu.”
Nuriz
membetulkan duduknya. Segalanya serba pantas, perkenalan dalam masa yang
singkat bertemu dalam keadaan yang tak dijangka, bertekak sentiasa dan
berselisih pendapat selalu akhirnya mereka bersatu juga bersama, dalam keadaan masing-masing
tak pernah redha.
“Riz kau tak nak sambut ke tangan dia tu?” Tegur Mirna perlahan bila melihat Nuriz hanya duduk diam kaku tanpa sedikit pun menggerakkan tangannya untuk menyambut tangan yang sekian lama dihulurkan oleh Wan Nazariel itu.
“Riz kau tak nak sambut ke tangan dia tu?” Tegur Mirna perlahan bila melihat Nuriz hanya duduk diam kaku tanpa sedikit pun menggerakkan tangannya untuk menyambut tangan yang sekian lama dihulurkan oleh Wan Nazariel itu.
Nuriz
tersentak. Cepat-cepat dia menyambut tangan lelaki itu, digenggam perlahan
sebelum dia tunduk untuk mengucup tangan lelaki itu. Ah air muka lelaki itu dan
keluarganya tetap mesti dijaga. Al-maklumlah mereka tu orang kenamaan, mesti
akan menjadi buah mulut orang nanti andai mereka melihat kepincangan yang berlaku
pada majlis ini nanti.
“Kau
jangan harap aku akan bagi kebahagiaan kepada kau.” Bisik lelaki itu keras
tetapi tetap dalam nada yang terkawal pada telinganya ketika lelaki itu tunduk
mengucup dahinya membuatkan Nuriz tersentak. Mereka berlaga pandangan dan dia
tahu mereka yang berada di sekeliling tidak sedar tentang perang dingin yang berlaku
diantara mereka berdua.
“Huh
jangan nak perasanlah, ingat saya ingin sangat ke nak bernikah dengan awak tu? Tolonglah.. saya cuma tak mahu kes kita
ni berlarutan ok.” Dia membalas juga dalam keadaan berbisik.
“Kau!!!”
Wan Nazariel menggetap bibir, geram dengan kelancangan mulut gadis dihadapannya
itu.
“Apa??
Ha cakaplah kenapa berhenti pula??” Sengaja lagi dia memprovokasi. Ingin
menguji sejauh mana lelaki itu mampu mengawal kemarahan dalam dirinya itu pada
waktu ini.
“Sudah-sudahlah
tu berbisik dari tadi. Hai kesian kami ni dari tadi asyik tengok drama sepasang
suami isteri meluahkan bicara cinta... romantik gitu.” Tegur seorang wanita
yang mungkin lingkungan 30-an usianya itu. Mungkin dalam kalangan keluaraga Wan
Nazariel barangkali.
Terhenti
terus pertengkaran senyap antara mereka. Gamat seketika suasana dengan tawa
nakal yang tercetus dek teguran wanita itu.
Wan
Nazariel tiba-tiba menghulurkan tangan kepadanya sehingga membuatkan dia
terpinga-pinga. Isk untuk apa huluran tangan tu? Dia hairan.. Aduhh, Mirna tiba
menyinggul bahunya. Apa dia ni singgul-singgul orang ni..?
“Oi
kau tak nak sambut tangan dia tu ke?”
“Hah??
Perlu ke?”
“Perlulah..
Apahallah kau ni lampi sangat semenjak dua tiga menjak ni Riz?”
Wajah
lelaki itu sudah mula berkerut, memerah kulit yang telah sedia putih itu. Mungkin
menahan amarah yang semakin membuak-buak dalam dirinya barangkali. Akhirnya
tangan lelaki itu disambut lambat-lambat. Mereka beriringan berjalan berpimpin
tangan menuju ke arah sanak-saudara, bersalam-salaman. bertukar senyuman,
walaupun sekadar senyuman palsu.
“Apasal
tangan kau sejuk sangat ni?” Soal lelaki itu perlahan.
“Err
mungkin sebab aircond tu rendah
sangat suhunya, tu yang sejuk.” Heyys banyak tanyalah lelaki ni.
“Yelah
tu... ke kau takut dengan aku sebenarnya?” Soal lelaki itu lagi siap menjungkitkan
kedua keningnya lagi.
“Takut???
Mana ada.. heh tak ada maknanya saya nak takut dengan awak tu.”
“Dah-dah
budak berdua ni memang tak menyempat-nyempat, kut iya pun nak berborak ke apa
ke, tunggulah dulu majlis ni selesai.” Tegur Dato' Wan Nazri yang semakin
hilang sabar melihat gelagat dan kerenah mereka berdua.
*******
Penatnya. Tak sangka pula aku dan mamat ni akan jadi suami isteri. Macam dalam mimpi pula rasanya. Eeii aku tak sukalah dengan dia ni. Sungguh.. aku tak dapat nak bayangkan kalau aku kena hidup berdua dengan dia. Nuriz mengeluh. Tubuhnya direbahkan ke atas katil mewah yang telah dihias indah itu. Dia berbaring telentang, baju kurung putih kain sutera yang dipakai pada majlis pernikahan tadi masih lagi melekat pada tubuhnya. Dia belum ada keinginan untuk menukar pakaiannya itu.
Bagaimana
agaknya hidup aku selepas ni? Sabarkah aku nanti dalam melayan kerenah dia yang
sentiasa menguji sabar aku ni, dia mengeluh. Sedangkan jumpa beberapa jam di
pejabat pun buatkan empangan sabarnya hampir pecah berderai, terlerai inikan
pula kena berjumpa dan bertemu setiap hari. Mahu hancur musnah lebur melerai.
Pintu
bilik dikuak dari luar agak kasar. Tanpa salam diberi hingga membuatkan Nuriz sedikit
tersentak. Hisy siapa pula ni? Takkan pula Mirna, mustahil... Mirna dah lama balik
sebaik saja majlis selesai sebentar tadi walaupun puas dipujuk agak gadis itu
tinggal bermalam di sini untuk menemani dirinya.
Bulat
matanya bila melihat kelibat Wan Nazariel melangkah masuk. Hamboi masamnya muka
dia macam baru lepas tertelan sekilo asam jawa saja gayanya.
Cepat-cepat
tubuhnya dialihkan, kini berbaring di tengah-tengah katil pula siap mendepakan
kedua tangannya lagi. Yalah dia tak mahu lelaki itu berkongsi katil dengannya.
“Amboi
seronok nampak landing atas katil
aku.?”
“Eh
katil awak ke? Tak nampak pun tanda namanya.” Dia menoleh kiri dan kanan. Siap
selak-selak lagi cadar tilam kononnya untuk mencari kut ada nama lelaki itu tertera
di mana-mana, tak ada pun. Dia mencebik.
“Malas
nak layan kau.”
Wan
Nazariel dilihatnya berjalan menuju ke arah almari pakaiannya, dengan selamba
tanpa sedikit berselindung dia menanggalkan baju melayunya.
“Eeeiii..
tak malulah awak ni, pergilah masuk bilik air kalau nak tukar baju pun."
Nuriz menegur geram. Tak senonoh punya perangai dia ni.
“Eh
suka hati akulah.. bilik aku, yang kau pergi tengok kenapa? Gatallah tu.”
Ewah-ewah
aku pula yang dikatanya gatal. Tak betul, betul dia ni! Dia memejamkan matanya
rapat-rapat.
“Tepilah
sikit.” Terasa tubuhnya ditolak sedikit kuat.
“Hei
awak ni kenapa?” Nuriz membentak marah.
“Aku
nak tidurlah, yang kau buat katil tu macam hak milik kau seorang diri saja tu kenapa?”
Marah lelaki itu.
Nuriz
diam, namun dia tetap membatukan dirinya. Tidak berganjak dari pembaringannya,
tak mahu berkongsi dengan lelaki itu.
Berang
dengan kedegilan yang dipamerkan oleh Nuriz itu, Wan Nazariel menolak gadis itu
sekuat hatinya.
Bukkk!!!...
“Aduh
sakitah!” Nuriz mengaduh kesakitan sebaik saja dia jatuh bergolek ke lantai.
“Padan muka, cakap elok-elok tak nak dengar.” Balas lelaki itu selamba sedikit pun tiada nada rasa bersalah.
“Padan muka, cakap elok-elok tak nak dengar.” Balas lelaki itu selamba sedikit pun tiada nada rasa bersalah.
Cakap
elok-elok?? Hai bila ke masanya dia cakap elok-elok dengan aku? Rasanya mana
pernah pun selama ni. Nuriz menggetap bibir geram memandang lelaki itu yang
sudah mula menyelesakan dirinya di atas katil.
“Kau
kalau nak tidur nanti jangan lupa offkan
lampu. Aku tak suka tidur dalam keadaan terang. Tak lena tidur aku nanti.” Pesan
lelaki itu.
Tak
guna punya lelaki, tak gentleman
sungguh. Isk aku nak tidur mana pula malam ni?? Memanglah dekat sini banyak
bilik, tapi aku tak beranilah nak pandai-pandai sendiri. Karang apa pula kata
keluarga dia.
Ah
tidur atas sofa sajalah. Dia membuat keputusan, tak ingin aku nak tidur sekatil
dengan lelaki tu... Buatnya dia mengigau entah apa-apa macam hari tu nanti..
kan ke haru biru jadinya.
5 comments:
Best...#^_^
terima kasih Nuratiza.. selamat menjalani ibadah puasa :D
best....rilex Nurin ajar cikit mamat sombong tu,biar die betul2 angau kt Nurin........
tak cukup...nak lagi...huhuhu..geram betol ngan zariel tu..
nape senyap je dek?bile nak sambung ne?ari 2 akak buka blog adk tp still tk sambung...........napeeee dek.sambung lh cepat ye dek.
Post a Comment