Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang bercambah.
“Riz.. we need to talk, please….” Penat mengejar akhirnya Wan Nazariel merayu. Buang malu buang
ego, supaya Nuriz tak menyebarkan apa yang dilihatnya itu kepada keluarganya
terutamanya kepada Dato’ Wan Nazri, papanya itu.
“Nak
cakap apa lagi. Rimaslah awak ni, jangan kacau saya lagi boleh tak?”
Kenapalah
lelaki ini asyik nak menempel dengan aku saja hari ni. Mana aku pergi dekat
dalam rumah ni, dekat setiap ceruk mesti ada dia. Macam magnet pula, melekat
dan menempel.
“Aku
nak cakap apa yang kau lihat semalam tu tak seperti apa yang kau fikirkan.
Faham?”
“Seperti
yang saya fikirkan? Hey sejak bila awak tahu baca fikiran orang ni?” Dia
mencebik bibir, sengaja buat-buat tidak faham akan maksud yang cuba nak
disampaikan oleh lelaki itu.
“Weh
aku serius ni. Tak ada mood nak
main-main tau.”
“Eleh
ingat saya ada mood ke nak main-main
dengan awak juga? Bila saya tengok muka awak saja mood saya terus hilang. Dahlah jangan ganggu saya lagi boleh tak?”
Dia
bangun, boringlah, memeningkan kepala
saja kerenah dia ni.
“Riz..”
“Apa lagi ni?” Mula bosan.
“Apa lagi ni?” Mula bosan.
“Yang
semalam tu..” Dia menelan air liur kesat. Err macam mana nak cerita letak duduk
perkara sebenarnya ni.
“OK-OK
saya tahu awak risau saya cakap dengan orang pasal tu kan? Jangan risau saya
tak akan ceritakan pada siapa-siapa pun..”
Kalau
itu yang lelaki itu hendak daripadanya. Dia akan lakukan, simpan rahsia lelaki
itu. Apa kata orang nantikan kalau hal ini tersebar.
“Oi!
Apa benda yang kau mengarut tu?”
“Habis
tu awak nak apa dari saya..”
Cakap
berbelit-belit macam ular kena palu, macam manalah aku nak faham mamat ni.
“Aku
nak cakap, aku tak buat apa-apa dengan Eric.”
“Tak
buat apa-apa? Dalam keadaan macam tu? Heh budak kecik bolehlah awak tipu, tapi
bukan saya, tak apa awak jangan risau.. saya faham.”
Tak
buat apa-apa konon, dalam keadaan bertuala, kalau tak buat apa-apa kenapa dia tindih
lelaki tu macam. Arghhh apa yang aku fikirkan ni.
Aku
dah agak dah perempuan ni mesti tak akan percaya. Wan Nazariel mendengus, nak
guna ayat apa lagi agaknya supaya gadis itu faham.
“Aku
dah agak dah kau mesti fikirkan macam tu punya, padahal semalam tu aku hanya
bergurau dengan Eric tu. Kebetulan aku baru lepas mandi, tu yang bertuala
sahaja.”
“Alah
yang awak bersusah payah terangkan pada saya kenapa?”
“Aku
nak betulkan perspektif tak betul yang bermain dalam kepala otak kau tu.”
“OK-OK
kalau awak nak saya percayakan awak? Jawapannya saya percaya cerita awak tu.”
Rimas dah aku dengan dia ni. Jawab saja yang aku percaya. Habis cerita.
Rimas dah aku dengan dia ni. Jawab saja yang aku percaya. Habis cerita.
“Dah
jangan kacau saya lagi. Saya bosanlah tengok muka awak.” Dia berlalu, berharap
agar lelaki itu tidak mengekori langkahnya lagi.
“Riz..”
“Apa kenalah dengan mereka berdua ni Cinta?” Dato' Wan Nazri menyoal kehairanan. Dari tadi dia melihat anaknya, Wan Nazariel asyik mengikuti langkah Nuriz, dan Nuriz pula dilihatnya asyik cuba menjauh saja. Macam budak-budak betul perangai masing-masing.
“Apa kenalah dengan mereka berdua ni Cinta?” Dato' Wan Nazri menyoal kehairanan. Dari tadi dia melihat anaknya, Wan Nazariel asyik mengikuti langkah Nuriz, dan Nuriz pula dilihatnya asyik cuba menjauh saja. Macam budak-budak betul perangai masing-masing.
“Alah
bergaduhlah tu bang, biasalah orang dah berkahwin macam tulah.” Dia mengulum
senyum. Agak tercuit hati juga melihat telatah si anak dan si menantu itu.
Hai
entah apa-apalah budak-budak ni. Hurm bagus juga macam tu. Nampak macam ada
perubahan. Kalau sebelum ni masing-masing kaku, beku saja. Ni kalau dah
bergaduh maksudnya dah ada interaksi antara merekalah tapi apa yang mereka
berdua gaduhkan ni? Hairan juga. Tak dengar pula bunyi mereka bertekak. Sabtu
semalam Zariel keluar dengan kawan-kawannya, dan Nuriz macam biasa keluar seperti
hari-hari cuti yang lain tapi... Ya dia cuma nampak wajah keruh Nuriz sebaik
turun daripada biliknya dan wajah kusam Wan Nazariel sebelum melangkah keluar
dengan Eric, dan wajah Eric juga kelihatan seolah-olah sedang serba salah
saja.. kenapa? Apa yang terjadi sebenarnya? Dato’ Wan Nazri tertanya-tanya
dalam hati.
“Cinta
tau ke apa yang mereka gaduhkan tu?” Mula mengorek cerita. Mana tau kut-kut
isterinya tahu apa yang menjadi puncanya mereka jadi begitu.
“Entahlah
bang.. saya pun tak tahu apa puncanya. Tau-tau masing-masing buat muka cemberut
saja bila berselisih, yang si Zariel asyik nak mendekat, yang si Nuriz pula
asyik nak menjauh. Entah apa halnya I pun tak tahu.” Tau-tau saja dah jadi
macam tu. Hujung pangkalnya langsung dia tak tahu.
“Biarlah
mereka selesaikan hal mereka. Malas abang nak masuk campur dengan budak berdua
tu. Nanti kepala abang yang pening.”
“A'ah,
I pun nak tengok saja. Sejauh mana mereka berusaha nak perbaiki hubungan mereka
tu..”
“Jomlah
Cinta.”
“Nak
ke mana?” Datin Jacinta menyoal balik. Hairan bila Dato’ Wan Nazri menarik
tangannya secara tiba-tiba.
“Keluar,
duduk di taman. Rimas pula mata abang melihat tingkah mereka berdua ni. Nasib
baik anak seorang saja, tapi yang sorang ni pun dah cukup menyerabutkan keadaan
dengan perangai yang sukar nak dijangkanya.”
Datin
Jacinta hanya ketawa kecil mendengar suaminya mengeluh, dulu budak tu tak
berkahwin dia teringin sangat nak tengok budak tu berumahtangga, ni dah
berumahtangga, dia mengeluh pula.. abang.. abang.
“Ni
yang Cinta geleng-gelengkan kepala kenapa? Mengutuk I ke?”
“Isk
abang ni, mana ada, cuba jangan perasan. I fikirkan pasal anak menantu kita tu.”
Wajah suaminya yang dinikahi hampir 20 tahun dahulu direnungnya. Masih seperti
dahulu. Tak pernah berubah caranya. Manja dan sensitif, tapi dia senang dengan
perangai itu, mungkin dengan cara itulah yang sentiasa merapatkan mereka,
mengekalkan hubungan dan keharmonian rumahtangga mereka.
“Abang
terfikir sebenarnya Cinta.”
“Terfikir
tentang apa pula tu?” Serius benar saja nadanya.
“Hubungan
budak berdua tu kalau terus dingin macam tu, agaknya sampai ke bila pun kita
takkan dapat merasai gelaran datuk dan nenek.”
Datin
Jacinta diam. Ya tak ya juga, kalau dah seorang ke hulu seorang ke hilir bilalah
masanya mereka nak bersama?
“Jadi
apa rancangan abang sebenarnya?”
“Hurm
I rasa kita perlu buat rancangan untuk pulihkan hubungan mereka ni.”
“Pulihkan
hubungan mereka? Abang ada cara ke?”
Semenjak
bila pula suami aku ni jadi perancang perkahwinan ni merangkap kepada kaunselor
rumahtangga ni. Hairannya aku.
“Kita
suruh budak berdua tu bercuti. Mana tahu dengan cara tu dapat merapatkan
hubungan mereka ke.”
“Pergi
bercuti? Maksudnya abang nak suruh mereka pergi berbulan madulah ya? Ok juga
tu.. tapi ke mana?”
“Mana-mana
yang mereka nak pergilah. Abang akan tanggung segala perbelanjaan mereka tu
nanti.”
“Hurm
boleh ke menjadi ke rancangan kita ni?”
“Insya-ALLAH
menjadi. Belum cuba belum tahu kan hasilnya.”
Ya
sekurang-kurangnya mereka dah berusaha untuk membantu. Menjadi atau tidak hubungan
mereka tu belakang cerita. Kalau menjadi, syukur alhamdulillah, kalau tak
menjadi, mereka boleh usahakan plan
lain.
“Nanti
I tanya kawan I yang buat travel tu.
Dia mungkin ada pakej-pakej yang menarik untuk pasangan yang baru berkahwin
ni.”
“Haa...
ok juga tu Cinta. Cakap saja berapa harganya abang tak kisah. Ditanggung
beres.”
Kalaulah
rancangan ini menjadi, hasrat untuk menambahkan lagi bilangan ahli keluarganya
pasti akan tercapai. Sesungguhnya itu memang impiannya. Umur pada tahap ini
memang sepatutnya dia sudah menimang cucu. Dia tersenyum sendiri..
“OK..
ha abang, hampir terlupa. Nak ingatkan abang yang malam ni lepas maghrib nanti
ada kenduri kesyukuran dekat rumah Datin Normah tu.”
“Oh
kenduri kesyukuran pasal anak dia berjaya selamat pulang dari US kan? Abang pun
hampir terlupa, nasib baik Cinta ingatkan balik.”
“A'ah..
I tau you mesti lupa punya.”
“Nanti
kita pergilah. Lepas maghribkan?”
“Tak nak ajak budak berdua tu sekali ke?”
“Ajaklah.
Cakap dengan mereka, wajib pergi!”
“OK
I pergi beritahu mereka sekarang.” Datin Jacinta berdiri. Baik cakap dengan
mereka sekarang. Tak adalah kelam kabut jadinya nanti.
“Adoi
sakitlah! Apa awak ni?” Tiba-tiba terdengar jeritan Nuriz yang agak kuat
memecahkan sepi rumah mewah itu membuatkan mereka berdua serentak berpandangan.
Isk apa lagilah budak berdua ni. Bergegas mereka berdua melangkah masuk ke
dalam rumah itu, ingin melihat apa yang terjadi.
“Padan
muka, aku yang besar ni pun kau tak nampak ke?” Sebenarnya dia yang sengaja
melanggar tubuh Nuriz sewaktu menuruni anak tangga tadi. Tulah siapa suruh sombong
sangat tak nak pandang aku.
Melayang
tubuhnya dek hentaman kuat tubuh sasa itu dan nasib juga lelaki itu sempat memaut
tubuhnya kalau tak mungkin sekarang ni dia terpaksa dikejarkan ke ICU, sudahnya
mereka bertentang mata. Tajam renungan mata Nuriz dan lelaki itu siap
mengenyitkan matanya nakal mengusik. Kurang ajar dia ni! Sengaja nak kenakan
aku. Nuriz menggetap bibirnya geram menahan marah yang mula menular dalam diri.
Kakinya laju memijak kaki lelaki itu kuat. Beberapa kali dan dia dapat melihat perubahan
di wajah lelaki itu. Merah mukanya, dah mula marah barang kali. Nasiblah, siapa
suruh cari pasal dulukan tadi dengan aku.
Isk
aku lepas juga tubuh perempuan ni karang. Kau ingat kaki aku tu kayu ke? Tak
ada rasa, sakitlah!! Wan Nazariel mendesis geram.
“Apa
lagilah kamu berdua ni? Sudah-sudahlah bergaduh tu. Dah waktu senja ni. Tak
elok tahu tak?” Tegur Dato Wan Nazri agak keras membuatkan pasangan muda itu
tersentak.
“Mana
ada kami bergaduh papa, Zariel cuma nak tolong perempuan ni dari tersungkur
dekat tangga ni, tapi dia ni sombong sangat.” Bila masa papanya tercegat di situ
pun dia sendiri tak perasan.
Tolong
aku konon. Ceh tunjuk baiklah tu, padahal dialah punya angkaranya, penyebab
utamanya. Saja je.. chit!
“Iyalah
tu. Ingat papa tak tahu kamu berdua tu tengah bergaduh ke? Tengok muka masing-masing
pun papa dah tahu. Papa ni bukannya budak-budak pun kalau ya kamu nak ‘kencing’
papa ni. Papa lebih dahulu rasa asam garam hidup berumahtangga ni tau.”
“Err
mana ada papa.”
“Dah-dah
papa tak mahu dengar apa-apa lagi. Pergi bersiap. Lepas maghrib nanti kita ke
rumah Datin Normah. Ada kenduri dekat rumah dia.”
“Tapi
papa.”
“No excuse.. wajib pergi.”
Alah
papa ni kacaulah. Nak kena pergi rumah kenduri pula. Orang baru nak melepak
dekat rumah malam-malam ni nak rehat-rehatkan diri.
“Dah
pergi naik bilik kamu. Jangan pula kamu sambung lagi bergaduh dalam bilik tu.
Macam budak-budak.”
“Baik
papa.” Err dengan papa memang dia langsung tak berani untuk membantah.
“Weh
nanti gosokkan baju aku tau.” Sempat dia memerintah pada Nuriz yang hanya diam
membatu disisinya yang masih mempamerkan riak tidak puas hati diwajahnya.
Tengok
tu, belum apa-apa lagi dah suruh-suruh orang. Berlagak boss saja dia ni, taulah
dekat office tu dia boss.
“Gosoklah
sendiri, baju awakkan? Bukannya baju saya pun.”
“Oii
buat sajalah apa aku suruh, nak jadi derhaka ek?”
Eh-eh
sejak bila dia pandai bab-bab derhaka ni? Eii geramnya dengan perangai tak
cukup akal mamat ni. Makin lama makin menipis sabar aku ni. Silap-silap malam
ni ada yang makan malam dengan tangan karang.
***Assalamualaikum sayang-sayang semua... hanya tinggal sedikit bab saja Tiga Bulan akan dipostkan ke blog ini. Terima kasih tak terhingga atas semua kesudian meluangkan masa membaca karya yang tak seberapa ini. Maaf sering buat sayang-sayang semua tertunggu-tunggu bab terbaru. Saya kesibukan sedikit dengan projek manuskrip terbaru sampai terlupa nak post entry di sini. Hurmmm lama tak jenguk blog sendiri sekali tengok banyak spammer. Nampaknya saya terpaksa block anonymous...***
4 comments:
Tqvm 4 the n3 tp sikit sgt ar...x puas baca
bile lh depa neh nk jd suami isteri yg real ne dek!rindu kat nuriz...terubat gak rindu neh tp tk puas g dek nuril nk g.......hihi dh teruja na akak nk nengok suami isteri neh berbahgia...pape pn tq dek nuril bab ade nyer n3 neh.......
best sngat2
Best novel 3bulan nie.. Agak2nya bila novel ni nak dipublish ye ? eheh :)
Post a Comment