iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, December 10, 2012

Novel : Tiga Bulan [22]

Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.


“Aku tak fahamlah. Punyalah banyak tempat yang papa tawarkan, Australia, Korea, Bali, Tailand, China.. tapi alih-alih kau pilih Pulau Perhentian juga. Entah apa-apalah kau punya cita rasa ni aku pun tak taulah. Betul-betul menolak tuah.”

“Alah awak ni, kalau tak suka hari tu kenapa tak cakap awal-awal dengan papa awak. Ceh depan papa diam saja. Lepas tu sekarang banyak bunyi pula dia, lagipun kan cantik tempat tu. Awak ni lain kali buka sikit mata tu, bukan negara luar saja ada tempat yang cantik dan menarik. Dekat negara kita ni pun ada tau.” Dia membidas kata-kata lelaki itu.

“Bukan tak suka, tapi tak berkenan, orang kalau nak bercuti biarlah jauh-jauh sikit, barulah ada feel.”

“A'ah banyaklah awak punya feel.

“Betul apa aku cakap ni.”

“Huh betul apanya kalau pergi bercuti dengan awak, pergilah jauh mana pun, tempat cantik segala bagai, tetap tak ada feelnya.. Bosan tau tak? Hai kan elok kalau awak tak ada, dapatlah saya bercuti dengan tenang.”

“Amboi banyak comel kau cakap macam tu ek? Bosan konon, habis tu kenapa sudi ikut saranan papa tu?” Cakap bosan konon, tapi dalam hati suka sangat. Itulah dia orang perempuan, mulut cakap lain, hati kata lain.

“Saya kesian dengan papa tulah.”

“Kesian dengan papa? Ke kau nak tunjuk diri kau baik depan keluarga aku?” Sinis lelaki itu menyindir dirinya.

Tak ada maknanya aku nak tunjuk baik ke apa ke. Lagipun betul apa yang aku cakap tu, yalah punyalah beria sangat Dato' Wan Nazri tu, siap ambilkan kami dia punya pamphleted segala bagai lagi, takkan aku dengan muka selamba tanpa perasaan bersalah menolaknya pula dengan berkata,

“Tak apalah papa, terima kasih sajalah”

Atau pun..

“Sorry papa kami tak dapat terima tawaran papa tu, saya dan Zariel sibuk sangat-sangat.”

Tak pun aku cakap macam ni..

“Papa dan mama sajalah pergi bercuti, mana tau kut-kut boleh dapat baby lagi..”

Err... tapi aku rasa alasan yang last tu macam tak patut saja kalau nak cakap, memang sengaja cari nahaslah kalau jawab macam tu... Adeys.

Mesti hampa hati orang tua tu nanti. Mesti dia ingat kami sebagai anak menantu dia, tak menghargai dia, tu pun kau tak boleh nak fikir ke Encik Wan Nazariel oiii?? Belajar tinggi-tinggi, benda simple macam tu pun tak boleh nak fikir ke dia ni.. jerit hatinya.

“Apasal diam pula kau ni Nuriz? Dah tak ada idea nak membalas dah ke dengan aku ni? Ke kau akui yang apa yang aku kata ni semuanya benar-benar belaka?”

Eh eh pelik pula bila dengar dia panggil nama aku. Biasanya main woi-woi saja mamat senget ni.

“Tak ada apa-apa nak cakap dah. Suka hatilah awak nak kata saya apa ke. Karang kalau saya cakap nanti buat kering air liur saja. Awak tu dengan saya mana pernah nak setuju dengan apa yang saya perkatakan. Bagi awak apa yang saya cakap, apa yang saya buat hanya lakonankan? Saya ni kan memang pandai berpura-pura, bukannya jenis yang jujur macam orang lain.” Dia menjawab dengan nada bergumam, hakikatnya dia sudah malas melayan celoteh lelaki itu, semua yang keluar daripada mulut lelaki itu mesti saja menyakitkan hatinya yang mendengar, agaknya lelaki itu memang tak reti mengeluarkan kata-kata yang baik untuk dirinya.

Telinga pun sudah naik lali mendengar leteran lelaki itu sepanjang perjalanan ke sini. Sudahnya dia menyumbatkan telinganya denga earphone, nyaman sikit rasanya. Baik aku dengar lagu daripada dengar mamat ni membebel, kalau suara sedap tak apa juga.

“Oii.. orang cakap dengan dia, dia buat-buat tidur pula.” Wan Nazariel membebel geram, cermin mata hitam yang tersangkut di telinga Nuriz ditariknya. Ingatkan gadis itu sengaja buat-buat tidur, tapi sebenarnya memang Nuriz sudah terlena.. terlentok kepala itu.

Ops! Alamak dia betul-betul tidurlah. Cis tak aci betullah, aku penat-penat memandu, dia sedap-sedap saja tidur.

******

            Sakitnya tengkuk ni, Nuriz mengeluh. Mungkin akibat semalam dia tidur terlentok di dalam kereta. Hai 4 hari 3 malam di sini bersama mamat tu pula, rasa macam tak termampu nak diharungi. Kenapalah papa suruh kami bercuti lama-lama? Ini pun pakej yang paling singkat yang dipilihnya.

Puas juga dia memberi alasan itu dan ini pada Dato' Wan Nazri. Kata mereka banyak kerjalah. Hakikatnya, dia cuba mengelakkan daripada menghabiskan masa dengan lelaki itu. Yalah nak menghabiskan masa sehari bersama lelaki itu terasa terlalu sukar, inikan selama empat hari tanpa kehadiran siapa-siapa pula tu. Macam kau pandang aku, aku pandang kau dan daripada aku mengadap muka dia ni baik aku pergi tengok laut, lagi tenang jiwa kusut aku ni.

Dia memandang segenap ruang kamar bulan madu itu. Semuanya nampak indah, cantik dekorasi susun atur letak perabotnya, cuma... Huh.. matanya jatuh pada sekujur tubuh yang masih berselubung itu. Isk, tidur macam apa entah. Orang tua-tua kata tidur lepas subuh, rezeki susah nak masuk.

Nak buat apa ya hari ni? Ha... nak pergi breakfast dululah. Perut pun dah menyanyi rentak zapin ni, tapi... nak kejutkan mamat tu ke tak payah? Ah lantak dialah siapa suruh tidur tak bangun-bangun. Kalau dia nak makan nanti pandai-pandai dia sendirilah. Dia dah besar, bukannya budak kecil lagi.

Dia bangun, sedikit terjingkit-jingkit jalannya, tak mahu disedari oleh lelaki itu.

“Oii kau nak ke mana tu?”

Alahai mamat ni, dia ni sebenarnya tidur ke tak? Aku bergerak punyalah senyap pun dia boleh sedar, lecehlah.

“Err.. saya..”

“Saya- saya apa? Nak pergi menggatal ek?”

Lelaki itu duduk dengan mata yang separa layu, tertutup.

Huh tu dia. Rambut dia serabai mengalahkan orang tak bersikat seminggu. Hilang terus gaya smart dia dekat office tu, kalaulah aku dapat snap gambar dia waktu ni kan best, lepas tu boleh upload dekat facebook, biar staff-staff kat pejabat tu dapat tengok muka sebenar mamat ni waktu baru bangun tidur ekekeke. Akal jahat tiba-tiba merencana rancangan nakal.

“Oii yang kau tersengih-sengih tu kenapa? Ni aku tanya ni kau nak ke mana tu?”

Hisy dia ni bangun tidur tak basuh muka pun lagi. Lepas tu terus marah-marah orang. Nuriz mencebik bibir mengata di dalam hati.

“Saya nak keluarlah, breakfast, lapar. Nak tunggu awak tu, alamatnya boleh mati kelaparan saya ni nanti.”

“Oh nak pergi breakfast ek? Ke kau nak melencong tempat lain?”

“Eeeii awak ni kenapa?? Cuba jangan nak bersangka buruk dengan saya ni.”

“Suka hati akulah, dah tunggu aku mandi dulu kalau nak pergi makan.”

Lah dia ni, semenjak bila pula jadi busy body ni? Semenjak bila pula tau nak mengekor ke mana aku pergi ni? Hissyyh rasa dah mati selera aku macam ni.

“Tunggu aku tau. Jangan kau lari pula.” Berpesan lagi sebelum memasuki bilik air.

Taulah..

            “Riz...”

            Hai apa lagi mamat ni, baru berapa minit dalam tu dah terjerit-jerit panggil orang.

“Ya, saya ada lagilah dekat sini, saya tak lari pun.” Dia menjawab malas.

“Bukanlah.”

“Habis tu awak nak apa? Nak saya mandikan ke?”

Eh.. ops terlepas, wajahnya merona merah, malu dengan kata-kata sendiri. Hisy mulut aku ni karang aku cili juga.

“Hah?? Apa dia Riz? Tak jelaslah, boleh ulang sekali lagi ke?” Ada nada ketawa di sebalik kata-kata lelaki itu.

“Err tak ada apa-apalah.”

“Tapi ok juga kalau kau nak mandikan aku... hahaa.”

“Eii please.. jangan nak mengarut ok.”

“Siapa yang mengarut? Bukan ke kau yang offer tadi?” Dia yang cakap tadi, lepas tu kata aku mengarut. Tak patut sungguh perempuan ni.

“Dah-dah cepatlah mandi.”

“Aku dah siap dah lama tadi.”

“Dah tu kenapa tak keluar-keluar lagi? Nak bertapa terus dalam tu ek?”

“Bukanlah...”

            “Habis tu apa pula awak ni..” Mula bosan melayan kerenah lelaki itu.

“Aku terlupa bawak tualalah tadi.”

“Hah?? Padan muka, tulah membebel lagi.” tuala pun boleh lupa, apalah pakcik ni.

“Dah tu yang kau membebel lagi kenapa? Cepatlah hulurkan tuala dekat aku ni, dah sejuk dah dekat dalam ni.”

“Ambillah sendiri.” Dia membalas acuh tak acuh. Huh mintak tolong dengan orang pun nak marah-marah, tak ada sivik betullah dia ni.

“Ok-Ok kau yang suruh aku buat macam tu, jangan salahkan aku tau.”

Alamak aku gurau sajalah, takkan dia nak keluar macam tu saja.

Bunyi keriut pintu bilik air yang di buka dari dalam membuatkan Nuriz cepat-cepat berpaling. Huh tak senonoh betul dia ni, tak sempat nak kata apa. Tak sanggup nak melihat keadaan di luar jangkanya..

“Lah yang pandang arah sana tu kenapa? Tadi bukan main galak lagi dia menjawab.” Sejuk terasa sentuhan tangan lelaki itu dilehernya, menyebabkan dia kegelian dan meremangkan bulu romanya. Hampehlah mamat ni.

“Eii awak ni pergilah pakai baju tu dulu sebelum nak kacau orang.”

“Oi yang kau pejam mata kenapa...??”

“Awak tu...” Dia memuncungkan mulutnya.

“Seksi...” Dia menyambung lagi katanya yang terhenti.

“Hello tolong sikit ya? Tak ada maknanya aku nak keluar dalam keadaan tak sepatutnya. Aku gurau sajalah tadi. kuikuikui.. Tulah tadi tunjuk berani sangat dengan aku, sekarang dia pula yang takut.”

“Amboi, dia kenakan aku rupanya.” Nuriz menggetap bibir geram. Matanya dibuka cepat-cepat, menjeling geram pada lelaki itu.

“Huisy seksi jelingan kau tu?” Masih juga dalam mood mengusik seperti tadi.

"Cepatlah siap, terhegeh-hegeh macam orang perempuanlah.."

Sudahnya waktu sarapan mereka hanya diisi suasana sepi, seorang memandang ke sana, seorang memandang ke sini. Perang dingin diisytiharkan oleh Nuriz, pedulilah lelaki itu nak kata apa, yang penting dia puas bila melihat wajah bosan lelaki itu, bila dia tidak melayan celoteh lelaki itu..

***Assalamualaikum sayang-sayang saya... Entry pendek je ni. Opss jangan marah eh, nanti tak comel dah semua.***

8 comments:

fara said...

Adoyai...pendek nye n3 kali nih. Jgn kata x puas baca, rindu pn lom terubat lg. More please, cik nuril comey!

Unknown said...

cepatlah sambung ya tq..

Unknown said...

ala dek...nape ciput sngt..tk dan pape pun...

Nuril Bahanudin said...

Hehehe nanti hari jumaat saya upload new entry ya sayang-sayang...
Terima kasih atas kesudian membaca dan memberikan komen ya.

Ruunna Qizbal said...

best2... smbng lgi

fara said...

Upload la lg. Ari2 jengah kt blog ni. Rindu sesgt kt couple ni. Bila nak tgk si hubby praktis mesra2 n ngorat si wifey?

fara said...

Cpt ar sambg lg cik nuril...x tertanggung rindu kt couple ni!!!

fara said...

Cpt ar sambg lg cik nuril...x tertanggung rindu kt couple ni!!!