Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.
Menyampah,
benci, menyampah. Hatinya berdongkol geram. Benci sebab bayangan apa yang
dilihatnya tentang lelaki itu asyik sangat terlayar diingatannya. Entah kenapa
terasa terlalu sukar dinyahkan daripada memori ingatannya. Menyampah sebab 2,3
hari ni lelaki itu asyik sahaja mengekori dirinya seolah menagih perhatian daripadanya
dan bertambah lagi rasa menyampahnya bila pagi tadi sewaktu mereka, dia,
Zariel, papa dan mama mentuanya berkumpul bersama untuk bersarapan tiba-tiba
Dato' Wan Nazri mengusulkan cadangan yang tak masuk dek akal fikiran warasnya
dan tak mampu diterima dek jiwanya dengan tenang.
“Kamu
berdua ni baru saja berumahtangga, tak ada rancangngan ke nak pergi bercuti mana-mana
ke Zariel, Nuriz?”
“Nak
pergi bercuti ke mana papa? Riel sibuk dan si Riz ni lagilah sibuk, betul tak
yang?” Sengaja disikunya pinggang Nuriz yang konon-kononnya enak menikmati roti
bakar disebelahnya itu
Opecutt!
Tersentak sedikit Nuriz. Chis dia ni, memang nak kena ni. Nuriz membebel dalam
hati. Ada-ada saja benda yang menyakitkan hati aku ni dia nak buat.
“Riz
punya busy boleh di postpone papa, tapi abang ni punya busy saja yang melampau-lampau
mengalahkan perdana menteri. Bukan Riz tak ajak, tapi dia yang tak nak,
kononnya kos mahallah, harga minyak naiklah... lagi satu dia kata bercuti dekat
rumah saja sudah memadai, tapi sebenarnya dia kedekut hakikatnya. Macamlah papa
tak tau, abang ni bila dengan saya ni mesti banyak sangat berkiranya.”
Nuriz
menjeling ke arah Wan Nazariel. Sengaja, ingin melihat reaksi lelaki itu.
Bagaimana agaknya lelaki itu bila melihat keberanian dia mencipta alasan.
Wow.. minah ni macam dah hafal skrip pulak dia ya. Sesedap hati pula tu kata aku ni kedekut. Depan ahli keluarga aku pula tu. Sengaja betul dia ni. Tak apa-tak apa hari ni hari kau, hari aku nanti taulah. Siaplah kau. Sampai tak mampu berkata-kata nanti aku balas balik.
Wow.. minah ni macam dah hafal skrip pulak dia ya. Sesedap hati pula tu kata aku ni kedekut. Depan ahli keluarga aku pula tu. Sengaja betul dia ni. Tak apa-tak apa hari ni hari kau, hari aku nanti taulah. Siaplah kau. Sampai tak mampu berkata-kata nanti aku balas balik.
“Kos
mahal?? Kamu ni Zariel, nak pergi bercuti dengan isteri pun berkira juga ke?”
Dato' Wan Nazri menggelengkan
kepala. Kedekut betul anak aku ni.
Wan
Nazariel diam, tengok tak pasal-pasal aku juga yang dipersalahkan dalam hal
ini. Tak aci sungguh.
“Semalam
papa dah bincang dengan mama Jac kamu tu. Papa setuju nak sponsor kamu berdua
pergi honeymoon, sebut saja ke mana
kamu nak pergi. Semua papa akan tanggung. Betul tak mama?”
“Ha'ah...
nanti Zariel tak payahlah pening-peningkan kepala fikirkan pasal kosnya.”
What???
Sponsor pergi bercuti? Berbulan madu? Ghost!
Mereka ni dah betul-betul tak ada kerja lain ke nak dibuat selain daripada
merancangkan benda ni? Mengarut sungguh! Nuriz menggerutu dalam hati. Matanya pantas
memberikan isyarat kepada lelaki itu agar lelaki itu menolak tawaran
keluarganya.
“Ke
mana papa?” Sengaja buat-buat tak nampak isyarat Nuriz itu. Ambik kau tadi kau
kenakan aku, sekarang giliran aku pula.
Hampeh
dia ni, mesti saja nak kenakan akukan? Nuriz mengeluh. Selera untuk menikmati
sarapan paginya terus mati. Tumpul.
“Ke
mana-mana saja yang kamu rasa nak pergi.” Lebar senyuman di wajahnya mendengar
soalan Wan Nazariel itu. Tak sangka pula anak itu akan bersetuju, selalunya
mereka jarang sependapat.
“Ok
nanti Riel fikirkan. Kena bincang dulu dengan Nuriz ni.” Hampir tergelak
melihat wajah suram Nuriz yang diam tanpa suara di sebelahnya itu. Heh tadi
bukan main lagi dia petah bersuara, sekarang membisu seribu bahasa.
“Ok
ambillah masa kamu.” Kalau rancangan ini menjadi, mungkin rancangan untuk
merapatkan mereka berdua hampir berjaya.
“Abang
kita dah lambat ni.”
“Kami
pergi dululah papa, mama.”
“Hah
yang pagi-pagi dah muncung sedepa macam cencurut ni kenapa?” Maria menegur. Apalah
dia ni orang pagi-pagi banyakkan senyum biar rezeki tu senang nak masuk. Ini
tak.. kalau rezeki tu nak datang mesti terbantut siap patah balik lagi kalau
tengok muka dia macam ni.
“Err
tak ada apa-apalah cik Maria.” Kacaulah dia ni. Baru nak imagin aku tengah
belasah lelaki tu dengan kayu besbol. Benci lamunannya di ganggu.
“Gaduh
dengan buah hati ya Riz?”
“Buah
hati?? Ha'ahlah cik Maria.. mana tau ni.” Alang-alang dia dah tanya baik
mengaku saja.
“Gaduh pasal apa tu?”
“Gaduh pasal apa tu?”
“Entahlah
cik Maria. Kadang-kadang saya pun tak tahu macamana saya boleh bersama dengan
dia. Nak kata handsome langsung tak,
nak kata romantik lagilah tak ada maknanya. Perangai macam mafia adalah.” Memang
mamat tu spesis mafia pun, mafia kampung dusun. Huh, menyampah cakap dia saja
yang nak kena dengar. Cakap aku selalunya dia buat tak tahu saja.
“Perangai
macam mafia? Wah bahaya tu Nuriz.”
“Eleh
sesuailah tu Maria. Kalau perangai boyfriend
dia macam mafia, perangai dia pula macam gangster kampung pisang.”
Ha..
mesti ada saja dia ni untuk muncul dalam babak aku ni, lepas tu main menyampuk
saja apa yang orang cakap. Ke dia pasang alat pendengaran dekat seluruh office ni? Pantang nak kutuk dia, mesti
ada dia muncul.
“Ha'ahlah
baguslah tu, you all hari ni jangan
nak bergaduh depan I ya? I tengah pening kepala ni, karang bertambah lagi pula
kalau tengok korang bergaduh.” Cepat-cepat memberi amaran sebelum Wan Nazariel
dan Nuriz sama-sama berbalas suara didepannya.
“I tak kata apa-apa pun Maria, tapi you tengok Nuriz tu yang macam tak puas hati dengan I. Ha you tengok cara dia pandang I, macam nak telan I hidup-hidup saja.”
“I tak kata apa-apa pun Maria, tapi you tengok Nuriz tu yang macam tak puas hati dengan I. Ha you tengok cara dia pandang I, macam nak telan I hidup-hidup saja.”
“Uih
siapa nak telan dia entah. Bukannya sedap pun, sedikit orang tak berselera.”
Nuriz mencebik.
“Alah
tak nak mengaku pula dia. Dah tu kenapa kau pandang aku macam tu?”
“Taklah,
saya cuma nak kata ada nasi dekat tepi dagu awak tu.”
“Nasi??"
Bila masanya pula aku makan nasi ni? Musykil tapi jari tetap menurut ke arah
yang ditunjukkan oleh Nuriz itu.
“Mana?
Tak ada pun.”
“Bukan
dekat situlah.”
“Habis
tu dekat mana? Dah habis semua muka ni aku rasa.” Ke dia saja nak main-mainkan
aku ni.
“Dekat
kedai makan bawah tulah. Haha awak dah terkena, padan muka, menyibuk lagi hal
orang.”
Kurang
asam dia ni! Kenakan aku rupanya, apalah bendul sangat aku ni... aduiii.. ya ALLAH
geramnya.
“NURIZ!!!!”
Maria sudah terkekeh ketawa. Tak mampu untuk mengawal dirinya lagi. Haduiii terburai juga isi perut aku ni nanti karang. Tak tahan betul dengan mereka berdua ni. Macam anjing dengan kucing. Bergaduh saja setiap masa.
Maria sudah terkekeh ketawa. Tak mampu untuk mengawal dirinya lagi. Haduiii terburai juga isi perut aku ni nanti karang. Tak tahan betul dengan mereka berdua ni. Macam anjing dengan kucing. Bergaduh saja setiap masa.
“Err
I nak pergi ladies kejap.” Baik aku
cabut sebelum lelaki itu mengamuk.
Tak
sempat nak kata apa, gadis itu sudah hilang daripada pandangan matanya. Liciknya
dia.
“Maria, cakap dengan dia, I nak jumpa pukul 10 nanti.”
“Maria, cakap dengan dia, I nak jumpa pukul 10 nanti.”
“Baik
boss.”
“Dah-dah
pergi buat kerja you.”
“Ai..ai boss”
******
“Riz..”
“Hurm apa? Ceria saja suara kau kenapa Mir? Nak kahwin ke?” Pagi-pagi lagi, belum pun panas punggungnya duduk dikerusinya, telefon bimbitnya sudah berdering meminta perhatian.
“Riz..”
“Hurm apa? Ceria saja suara kau kenapa Mir? Nak kahwin ke?” Pagi-pagi lagi, belum pun panas punggungnya duduk dikerusinya, telefon bimbitnya sudah berdering meminta perhatian.
“Uish
kau ni Riz, ke situ pula dia, tak ada benda lain ke nak fikir selain kahwin
tu?”
“Habis
tu apa? Yalah suara kau ceria semacam saja aku dengar.. menang loteri ke? Eh silap
itu haram dalam islam...”
“Eeeii
dia ni macam mana aku nak cakap kalau sepatah aku cakap, berjuta patah kau balas.”
“Hehe.. ops sorry. Ok-Ok cakaplah apa halnya?”
“Hehe.. ops sorry. Ok-Ok cakaplah apa halnya?”
“Aku
ada good news untuk kau tau.”
“Apa
dia?” Rasa teruja ingin tahu hadir secara tiba-tiba.
“Umi,
dia dah luluskan permohonan kau pasal Nini dengan kakak dia tu.”
“Ya
ke? Alhamdulillah.. syukur. Jadi kita dah dapatlah peruntukkan untuk membiayai
pembelian kaki palsu kakak Nini tu?”
“Yup..”
“Ya ALLAH Mir, kalau kau ada depan aku ni mesti kau dapat tengok betapa gembiranya aku. Tak sabar rasanya nak jumpa Nini lepas aku balik kerja nanti, mesti dia seronok.”
“Ya ALLAH Mir, kalau kau ada depan aku ni mesti kau dapat tengok betapa gembiranya aku. Tak sabar rasanya nak jumpa Nini lepas aku balik kerja nanti, mesti dia seronok.”
“Ha..
lagi satu sebelum aku terlupa, Umi kata nak jumpa mereka dan dia nak kalau
boleh biar Nini tinggal di Darul Qaseh. Sekurang-kurangnya ada orang yang jaga
dia masa kakak dia dirawat nanti.”
“Aku
memang rancang macam tu pun sebenarnya, thanks
Mir.”
“OK,
aku nak sambung kerja ni Riz. Nanti bila-bila aku call kau lagi ek?”
“OK
thanks again.”
Senyumannya
masih tak pudar walaupun setelah hampir 5 minit dia menamatkan perbualan dengan
Mirna. Ini berita yang amat baik buatnya. Sekurang-kurangnya walaupun dia tak
mampu membantu dengan wang ringgit, tapi dia mampu membantu dengan mengusahakan
sesuatu yang bermanfaat buat Nini dan kakaknya.
“Happy nampak?”
Ceh
dia ni lagi. Nak apa pula lagi. Nuriz mengeluh, terus sirna senyuman yang masih
bergayut dibibirnya.
“Yess, tuan besar, nak saya buat apa
pula?”
“Hah
bagus pun kau tanya.”
“Kau
nampak bilik stor tu tak?” Jari tangannya di udingkan ke arah salah sebuah
bilik yang tertulis perkataan 'STOR' itu.
“Nampak.”
“Hah
meh sini ikut aku.”
Uishh
dia nak buat apa pula ni ajak aku ke situ.
“Cepatlah..
apa yang kau fikirkan lagi tu?”
“Hah
kau nampak tak kertas yang bertaburan atas lantai ni?”
Mak
aih rasanya hari tu baru saja aku kemas, kenapa aku rasa macam ada orang yang
saja sepah-sepahkannya?
“Hari tu kertas-kertas ni elok tersusun.. tapi entah macamana aku tertolakkannya sewaktu tengah cari barang dekat dalam ni, so aku nak kau susun balik kertas-kertas ni, ikut tahun-tahunnya, lepas tu ikat elok-elok supaya tak bertabur balik.”
“Hari tu kertas-kertas ni elok tersusun.. tapi entah macamana aku tertolakkannya sewaktu tengah cari barang dekat dalam ni, so aku nak kau susun balik kertas-kertas ni, ikut tahun-tahunnya, lepas tu ikat elok-elok supaya tak bertabur balik.”
Amboi
bukan main dia ni. Dia yang buat lepas tu suruh orang lain pula yang kemaskan.
Banyak cantik perangai macam ni.
“Siapkan
hari ni juga.”
“Kalau
tak sempat boss?”
“Buat
sampai siap juga.”
“Tak
bolehlah. Hari ni saya ada hallah petang nanti.”
“Hal
apa? Kenapa kau tak cakap dengan aku tadi dekat rumah? Kau nak dating ya? Cancel jelah dating tu,
hari lain pun boleh dating.”
Tengok
suka hati saja dia ni nak buat keputusan. Dia mencerun geram memandang lelaki
itu. Rasa nak tarik mulut lelaki tu, lepas tu ikat biar jadi simpul. Ikut sedap
mulut dia saja nak arah itu dan ini.
“Kenapa?
Tak puas hati dengan aku?”
“Ceraikan
sayalah.”
“What??? Kurang jelaslah ulang balik apa
kau cakap tu?”
“Saya
kata awak lepaskanlah saya ni. Senang kita nak corak hidup kita sendiri. Lagipun
ia membantu saya mengurangkan dosa asyik melawan awak saja.”
“Ha
tau pun berdosa lawan cakap suami. Kita bincang hal tu lain hari, lain masa,
lain tahun dan lain tempat. Aku sibuk ni. Baik kau siapkan apa yang aku suruh.”
Lelaki itu mula berlalu.
Berani
dah dia minta benda tu dari aku. Wan Nazariel mengetap bibir menahan geram.
Kalau
tak suka aku kenapa masih nak simpan? Apa dia ingat aku ni anak patung ke? Tak
ada perasaan. Nuriz hanya mampu melihat langkah lelaki itu dengan hati yang
sebal.
5 comments:
terima kasih Ruuna...
betul riz...kalu tk sudi lepas kn jer zariel...wat ape nk simpan utk tambah dosa masing2 jer...so jgn lh jd kn perkhawinan medan membalas dendam riel..bercinta pd yg sudi berkasih pd yg memberi so kalu dh tk ujud dua2 tuh lepas kn riel....cian pd gadis sebaik nuriz diperlaku kn tuh!jgn sampai hati nuriz kering dh lh riel sat jiwa plak yg marana...
best :) gaduh jer kejenyer...
Best...rindu kt couple nih...cepat ar update cik penulis!
It has been 2 weeks...x de n3 baru ke
Post a Comment