Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.
“Aku
tak fahamlah. Punyalah banyak tempat yang papa tawarkan, Australia, Korea,
Bali, Tailand, China.. tapi alih-alih kau pilih Pulau Perhentian juga. Entah
apa-apalah kau punya cita rasa ni aku pun tak taulah. Betul-betul menolak
tuah.”
“Alah
awak ni, kalau tak suka hari tu kenapa tak cakap awal-awal dengan papa awak. Ceh
depan papa diam saja. Lepas tu sekarang banyak bunyi pula dia, lagipun kan
cantik tempat tu. Awak ni lain kali buka sikit mata tu, bukan negara luar saja
ada tempat yang cantik dan menarik. Dekat negara kita ni pun ada tau.” Dia
membidas kata-kata lelaki itu.
“Bukan
tak suka, tapi tak berkenan, orang kalau nak bercuti biarlah jauh-jauh sikit,
barulah ada feel.”
“A'ah
banyaklah awak punya feel.”
“Betul
apa aku cakap ni.”
“Huh
betul apanya kalau pergi bercuti dengan awak, pergilah jauh mana pun, tempat
cantik segala bagai, tetap tak ada feelnya..
Bosan tau tak? Hai kan elok kalau awak tak ada, dapatlah saya bercuti dengan
tenang.”
“Amboi
banyak comel kau cakap macam tu ek? Bosan konon, habis tu kenapa sudi ikut
saranan papa tu?” Cakap bosan konon, tapi dalam hati suka sangat. Itulah dia
orang perempuan, mulut cakap lain, hati kata lain.
“Saya
kesian dengan papa tulah.”
“Kesian
dengan papa? Ke kau nak tunjuk diri kau baik depan keluarga aku?” Sinis lelaki
itu menyindir dirinya.
Tak
ada maknanya aku nak tunjuk baik ke apa ke. Lagipun betul apa yang aku cakap
tu, yalah punyalah beria sangat Dato' Wan Nazri tu, siap ambilkan kami dia
punya pamphleted segala bagai lagi,
takkan aku dengan muka selamba tanpa perasaan bersalah menolaknya pula dengan
berkata,
“Tak
apalah papa, terima kasih sajalah”
Atau
pun..
“Sorry
papa kami tak dapat terima tawaran papa tu, saya dan Zariel sibuk sangat-sangat.”
Tak
pun aku cakap macam ni..
“Papa
dan mama sajalah pergi bercuti, mana tau kut-kut boleh dapat baby lagi..”
Err...
tapi aku rasa alasan yang last tu
macam tak patut saja kalau nak cakap, memang sengaja cari nahaslah kalau jawab
macam tu... Adeys.
Mesti
hampa hati orang tua tu nanti. Mesti dia ingat kami sebagai anak menantu dia,
tak menghargai dia, tu pun kau tak boleh nak fikir ke Encik Wan Nazariel oiii??
Belajar tinggi-tinggi, benda simple
macam tu pun tak boleh nak fikir ke dia ni.. jerit hatinya.
“Apasal
diam pula kau ni Nuriz? Dah tak ada idea nak membalas dah ke dengan aku ni? Ke
kau akui yang apa yang aku kata ni semuanya benar-benar belaka?”
Eh
eh pelik pula bila dengar dia panggil nama aku. Biasanya main woi-woi saja
mamat senget ni.
“Tak
ada apa-apa nak cakap dah. Suka hatilah awak nak kata saya apa ke. Karang kalau
saya cakap nanti buat kering air liur saja. Awak tu dengan saya mana pernah nak
setuju dengan apa yang saya perkatakan. Bagi awak apa yang saya cakap, apa yang
saya buat hanya lakonankan? Saya ni kan memang pandai berpura-pura, bukannya
jenis yang jujur macam orang lain.” Dia menjawab dengan nada bergumam,
hakikatnya dia sudah malas melayan celoteh lelaki itu, semua yang keluar
daripada mulut lelaki itu mesti saja menyakitkan hatinya yang mendengar,
agaknya lelaki itu memang tak reti mengeluarkan kata-kata yang baik untuk
dirinya.
Telinga
pun sudah naik lali mendengar leteran lelaki itu sepanjang perjalanan ke sini.
Sudahnya dia menyumbatkan telinganya denga earphone,
nyaman sikit rasanya. Baik aku dengar lagu daripada dengar mamat ni membebel, kalau
suara sedap tak apa juga.
“Oii..
orang cakap dengan dia, dia buat-buat tidur pula.” Wan Nazariel membebel geram,
cermin mata hitam yang tersangkut di telinga Nuriz ditariknya. Ingatkan gadis
itu sengaja buat-buat tidur, tapi sebenarnya memang Nuriz sudah terlena..
terlentok kepala itu.
Ops!
Alamak dia betul-betul tidurlah. Cis tak aci betullah, aku penat-penat memandu,
dia sedap-sedap saja tidur.
******
Sakitnya tengkuk ni, Nuriz mengeluh. Mungkin akibat semalam dia tidur terlentok di dalam kereta. Hai 4 hari 3 malam di sini bersama mamat tu pula, rasa macam tak termampu nak diharungi. Kenapalah papa suruh kami bercuti lama-lama? Ini pun pakej yang paling singkat yang dipilihnya.
Sakitnya tengkuk ni, Nuriz mengeluh. Mungkin akibat semalam dia tidur terlentok di dalam kereta. Hai 4 hari 3 malam di sini bersama mamat tu pula, rasa macam tak termampu nak diharungi. Kenapalah papa suruh kami bercuti lama-lama? Ini pun pakej yang paling singkat yang dipilihnya.
Puas
juga dia memberi alasan itu dan ini pada Dato' Wan Nazri. Kata mereka banyak
kerjalah. Hakikatnya, dia cuba mengelakkan daripada menghabiskan masa dengan
lelaki itu. Yalah nak menghabiskan masa sehari bersama lelaki itu terasa
terlalu sukar, inikan selama empat hari tanpa kehadiran siapa-siapa pula tu. Macam
kau pandang aku, aku pandang kau dan daripada aku mengadap muka dia ni baik aku
pergi tengok laut, lagi tenang jiwa kusut aku ni.
Dia
memandang segenap ruang kamar bulan madu itu. Semuanya nampak indah, cantik
dekorasi susun atur letak perabotnya, cuma... Huh.. matanya jatuh pada sekujur
tubuh yang masih berselubung itu. Isk, tidur macam apa entah. Orang tua-tua kata
tidur lepas subuh, rezeki susah nak masuk.
Nak
buat apa ya hari ni? Ha... nak pergi breakfast
dululah. Perut pun dah menyanyi rentak zapin ni, tapi... nak kejutkan mamat tu
ke tak payah? Ah lantak dialah siapa suruh tidur tak bangun-bangun. Kalau dia
nak makan nanti pandai-pandai dia sendirilah. Dia dah besar, bukannya budak
kecil lagi.
Dia
bangun, sedikit terjingkit-jingkit jalannya, tak mahu disedari oleh lelaki itu.
“Oii
kau nak ke mana tu?”
Alahai
mamat ni, dia ni sebenarnya tidur ke tak? Aku bergerak punyalah senyap pun dia
boleh sedar, lecehlah.
“Err..
saya..”
“Saya-
saya apa? Nak pergi menggatal ek?”
Lelaki
itu duduk dengan mata yang separa layu, tertutup.
Huh
tu dia. Rambut dia serabai mengalahkan orang tak bersikat seminggu. Hilang terus
gaya smart dia dekat office tu, kalaulah aku dapat snap gambar dia waktu ni kan best, lepas tu boleh upload dekat facebook, biar staff-staff kat pejabat tu dapat tengok muka sebenar
mamat ni waktu baru bangun tidur ekekeke. Akal jahat tiba-tiba merencana
rancangan nakal.
“Oii
yang kau tersengih-sengih tu kenapa? Ni aku tanya ni kau nak ke mana tu?”
Hisy
dia ni bangun tidur tak basuh muka pun lagi. Lepas tu terus marah-marah orang.
Nuriz mencebik bibir mengata di dalam hati.
“Saya
nak keluarlah, breakfast, lapar. Nak
tunggu awak tu, alamatnya boleh mati kelaparan saya ni nanti.”
“Oh
nak pergi breakfast ek? Ke kau nak
melencong tempat lain?”
“Eeeii
awak ni kenapa?? Cuba jangan nak bersangka buruk dengan saya ni.”
“Suka
hati akulah, dah tunggu aku mandi dulu kalau nak pergi makan.”
Lah
dia ni, semenjak bila pula jadi busy body
ni? Semenjak bila pula tau nak mengekor ke mana aku pergi ni? Hissyyh rasa dah
mati selera aku macam ni.
“Tunggu
aku tau. Jangan kau lari pula.” Berpesan lagi sebelum memasuki bilik air.
Taulah..
“Riz...”
Hai apa lagi mamat ni, baru berapa minit dalam tu dah terjerit-jerit panggil orang.
“Riz...”
Hai apa lagi mamat ni, baru berapa minit dalam tu dah terjerit-jerit panggil orang.
“Ya,
saya ada lagilah dekat sini, saya tak lari pun.” Dia menjawab malas.
“Bukanlah.”
“Habis
tu awak nak apa? Nak saya mandikan ke?”
Eh..
ops terlepas, wajahnya merona merah, malu dengan kata-kata sendiri. Hisy mulut
aku ni karang aku cili juga.
“Hah??
Apa dia Riz? Tak jelaslah, boleh ulang sekali lagi ke?” Ada nada ketawa di
sebalik kata-kata lelaki itu.
“Err
tak ada apa-apalah.”
“Tapi
ok juga kalau kau nak mandikan aku... hahaa.”
“Eii
please.. jangan nak mengarut ok.”
“Siapa
yang mengarut? Bukan ke kau yang offer
tadi?” Dia yang cakap tadi, lepas tu kata aku mengarut. Tak patut sungguh
perempuan ni.
“Dah-dah
cepatlah mandi.”
“Aku
dah siap dah lama tadi.”
“Dah
tu kenapa tak keluar-keluar lagi? Nak bertapa terus dalam tu ek?”
“Bukanlah...”
“Habis tu apa pula awak ni..” Mula bosan melayan kerenah lelaki itu.
“Habis tu apa pula awak ni..” Mula bosan melayan kerenah lelaki itu.
“Aku
terlupa bawak tualalah tadi.”
“Hah??
Padan muka, tulah membebel lagi.” tuala pun boleh lupa, apalah pakcik ni.
“Dah
tu yang kau membebel lagi kenapa? Cepatlah hulurkan tuala dekat aku ni, dah
sejuk dah dekat dalam ni.”
“Ambillah
sendiri.” Dia membalas acuh tak acuh. Huh mintak tolong dengan orang pun nak
marah-marah, tak ada sivik betullah dia ni.
“Ok-Ok
kau yang suruh aku buat macam tu, jangan salahkan aku tau.”
Alamak
aku gurau sajalah, takkan dia nak keluar macam tu saja.
Bunyi
keriut pintu bilik air yang di buka dari dalam membuatkan Nuriz cepat-cepat
berpaling. Huh tak senonoh betul dia ni, tak sempat nak kata apa. Tak sanggup
nak melihat keadaan di luar jangkanya..
“Lah
yang pandang arah sana tu kenapa? Tadi bukan main galak lagi dia menjawab.” Sejuk
terasa sentuhan tangan lelaki itu dilehernya, menyebabkan dia kegelian dan
meremangkan bulu romanya. Hampehlah mamat ni.
“Eii
awak ni pergilah pakai baju tu dulu sebelum nak kacau orang.”
“Oi
yang kau pejam mata kenapa...??”
“Awak
tu...” Dia memuncungkan mulutnya.
“Seksi...”
Dia menyambung lagi katanya yang terhenti.
“Hello
tolong sikit ya? Tak ada maknanya aku nak keluar dalam keadaan tak sepatutnya.
Aku gurau sajalah tadi. kuikuikui.. Tulah tadi tunjuk berani sangat dengan aku,
sekarang dia pula yang takut.”
“Amboi,
dia kenakan aku rupanya.” Nuriz menggetap bibir geram. Matanya dibuka
cepat-cepat, menjeling geram pada lelaki itu.
“Huisy
seksi jelingan kau tu?” Masih juga dalam mood
mengusik seperti tadi.
"Cepatlah
siap, terhegeh-hegeh macam orang perempuanlah.."
Sudahnya
waktu sarapan mereka hanya diisi suasana sepi, seorang memandang ke sana,
seorang memandang ke sini. Perang dingin diisytiharkan oleh Nuriz, pedulilah
lelaki itu nak kata apa, yang penting dia puas bila melihat wajah bosan lelaki
itu, bila dia tidak melayan celoteh lelaki itu..
***Assalamualaikum sayang-sayang saya... Entry pendek je ni. Opss jangan marah eh, nanti tak comel dah semua.***
8 comments:
Adoyai...pendek nye n3 kali nih. Jgn kata x puas baca, rindu pn lom terubat lg. More please, cik nuril comey!
cepatlah sambung ya tq..
ala dek...nape ciput sngt..tk dan pape pun...
Hehehe nanti hari jumaat saya upload new entry ya sayang-sayang...
Terima kasih atas kesudian membaca dan memberikan komen ya.
best2... smbng lgi
Upload la lg. Ari2 jengah kt blog ni. Rindu sesgt kt couple ni. Bila nak tgk si hubby praktis mesra2 n ngorat si wifey?
Cpt ar sambg lg cik nuril...x tertanggung rindu kt couple ni!!!
Cpt ar sambg lg cik nuril...x tertanggung rindu kt couple ni!!!
Post a Comment