iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Tuesday, January 1, 2013

Novel : Tiga Bulan [23]

Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah...


“ Cinta ni tersenyum-senyum seorang diri dari tadi ni kenapa?” Hairan, ceria benar wajah isterinya pagi ini. Mimpi bermenantukan puteri kayangan ke? Eh kejap, anak aku kan seorang saja, manakan bisa bermenantu lagi, kecuali kalau anak aku tu beristeri dualah. Hisy yang satu tu pun dah buat hidup dia tunggang terbalik, inikan pula nak buka cawangan lagi satu. Aku yang lelaki ni pun tak yakin dengan kemampuan si Zariel tu, alahai.

            “Tak adalah bang, Cinta cuma terkenang zaman kita baru-baru nak kenal dulu. Hai tak sangka kan, dah lama sangat zaman tu berlalu dan kita pun semakin tua. Abang pun dah semakin tak handsome..”

Dia mengekek ketawa mengusik si suami. Jarang dapat bergurau senda sebegini bila anak tunggal suaminya ada di rumah. Tak mahu menimbulkan kejengkelan di hati anak itu, perasaan anak itu perlu dijaga juga. Sementalah anak itu macam tak berapa menyukai kehadiran dirinya dalam hidup suaminya.

“Amboi sayang, nak kena tarik hidung tu ya? Kata abang tak handsome lagi, yang tak handsome nilah yang awak peluk setiap malam tau.”

“Cinta gurau sajalah abang, bukan selalu dapat usik abang macam ni, lagi-lagi kalau ada anak menantu kita, nanti dikata apa oleh mereka.”

“Ya abang tahu sayang gurau-gurau, tapi apa betul ke abang ni dah tak kacak dah? Err perlukah abang menggunakan suntikan vitamin c, botox seperti artis-artis kita buat tu untuk kulit sentiasa tegang nak nampak macam plastik?”

“Abang!!..” Hisy buat lawak pula dia.

“Alah sayang, abang gurau saja..”

“Tau.”

            “Dah tu kenapa tarik muka 14 pula?”

“Saja…” Berlagu nadanya menjawab.

“Ke nak minta I pujuk ni?”

“Hurm.. abang rasakan mereka berdua tu ada perkembangan tak sepanjang bercuti dekat sana tu? Agak-agaknya hubungan mereka bertambah baik tak ya? Haisy teringin rasanya nak tengok mereka hidup macam pasangan berkahwin yang lain.”

“Cinta rasa?”

“Eh abang ni, I tanya dia, dia tanya kita balik.”

“Lah itu pun nak marah, sayang moody ni kenapa? period ya? Wah kalau macam tu adalah peluang kita nak dapat baby lagi.”

“You!” Laju tangannya mencari paha lelaki itu.

“Aa.. auww! Ampun sayang, abang gurau sajalah, aduh pedih-pedih.” Dia mengaduh kesakitan sambil tangan tak henti-henti menggosok paha yang menjadi mangsa tangan si isteri beberapa saat tadi.

“Rasakan, kita cakap betul-betul dia main-main pula. Abang dah lupa ke, kan I dah lama tak datang ‘tu’.. mengarut saja fikir dia.”

“Taulah, tapi betul apa abang kata ni, manalah taukan, kuasa ALLAH ni kadang-kadang kita tak boleh nak jangka.”

“Dah usia macam kita ni, biarlah kita timang cucu pula daripada kita timang anak.”

“Haraplah hubungan budak berdua tu jadi lebih baik lepas ni. Abang kalau boleh tak suka tengok mereka, seorang ke hulu, seorang ke hilir, langsung tak ada kesepakatan macam suami isteri yang lain.”

“Abang, you rasa apa yang Zariel cakap dengan kita dulu betul ke?”

“Cakap dengan kita? Tentang perkara apa ya?”

“Hai abang ni, cepat benar dia lupa kan? Tentang hal malam tu, yang waktu dia tertangkap tu.”

“Ooo.. yang tu? Hurm abang pun ada terfikir juga kadang-kadang kalau abang bersendirian. Yalah kalau daripada apa yang kita lihat tentang hubungan mereka yang sekarang ni, memang dah membuktikan apa yang terjadi malam tu memang satu kesilapan.”

“Ya, Cinta pun rasa begitu, kalau betul mereka memang ada apa-apa sebelum ni, mesti hubungan mereka tidak sedingin yang kita lihat dan kalau betul si Nuriz tu ada niat jahat, I tak pernah nampak pun dia cuba menempel pada si Zariel tu, lagipun banyak barangan berharga dekat dalam rumah ni, tapi tak ada satu yang hilang pun, kalau betullah yang si Nuriz tu materialistikkan, gilakan harta yang macam si Zariel kata tu.”

“Ya, mungkin andaian kita silap. Nuriz pun mangsa keadaan seperti Zariel juga.”

“Saya rasa saya dah mula sayangkan dialah bang.”

“Abang pun rasanya macam tu. Lagipun kalau tak silap abang, daripada apa yang abang risik-risikkan pasal latar belakang dia, dia memang anak yatim piatu. Tak ada keluarga. Jadi apa salahnya kalau kita terima diri dia seadanya.”

“Abang, kita mungkin boleh terima dia seadanya tapi masalahnya sekarang ni, anak you, si Zariel tu yang kena hidup dengan Nuriz, bolehkah dia? Berpacaran pun kita tak pernah nampak sebelum ni, tup-tup kena nikah ekpres, mana tak terkejut budak tu.”

“Alah Cinta, tak usah risaulah. Kalau dah serumah, sebilik, mesti akan timbulnya perasaan sayang suatu hari nanti, cuma bezanya lambat atau cepat saja. Kalau susah-susah kita guna saja bomoh. Ikat hati mereka berdua tu. Habis cerita.”

“Eh.. eh abang ni. Cuba jangan guna rancangan yang mengarut tu boleh tak? Hisy sejak bila pula suami I pandai guna bomoh ni? Musykil betul.”

“Abang cuma cadangkan saja, tu pun kalau Cinta tak sabarlah tengok mereka berbaik.”

“Tak payahlah bang, biar perasaan yang wujud antara mereka tu asli, bukan buatan.”

“Betul juga, barulah kekal berpanjangan kan? Abang tak mahu tengok anak menantu kita ni hidup bercerai berai, kalau boleh.”

“Cinta pun, kalau boleh macam tu juga bang. Rasanya semua orang akan mengharapkan perkahwinan anak mereka kekal sepanjang hayat.”

***Assalamualaikum sayang-sayangku... Selamat tahun baru 2013***

5 comments:

Ruunna Qizbal said...

best2... Selamat tahun baru jugak.. ♥

NurAtiZa said...

Best....tapi kenapa tak ada watak Nuriz dan Zariel?
Selamat tahun baru... <3

Nuril Bahanudin said...

Hehe terima kasih, mereka bercuti untuk episode ni ^__^

Unknown said...

dek nuril..mane depa pi hanimun neh...sampai tk dek mention name depa pun...ciput lh tk puas,,,,

Nuril Bahanudin said...

hahaha...
Kak chez...
Suprise! ^__^