Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah...
“ Cinta ni tersenyum-senyum seorang diri dari tadi ni
kenapa?” Hairan, ceria benar wajah isterinya pagi ini. Mimpi bermenantukan
puteri kayangan ke? Eh kejap, anak aku kan seorang saja, manakan bisa
bermenantu lagi, kecuali kalau anak aku tu beristeri dualah. Hisy yang satu tu
pun dah buat hidup dia tunggang terbalik, inikan pula nak buka cawangan lagi
satu. Aku yang lelaki ni pun tak yakin dengan kemampuan si Zariel tu, alahai.
“Tak adalah bang, Cinta cuma terkenang zaman kita baru-baru nak kenal dulu. Hai tak sangka kan, dah lama sangat zaman tu berlalu dan kita pun semakin tua. Abang pun dah semakin tak handsome..”
Dia mengekek ketawa mengusik si
suami. Jarang dapat bergurau senda sebegini bila anak tunggal suaminya ada di
rumah. Tak mahu menimbulkan kejengkelan di hati anak itu, perasaan anak itu
perlu dijaga juga. Sementalah anak itu macam tak berapa menyukai kehadiran
dirinya dalam hidup suaminya.
“Amboi sayang, nak kena tarik hidung
tu ya? Kata abang tak handsome lagi,
yang tak handsome nilah yang awak
peluk setiap malam tau.”
“Cinta gurau sajalah abang, bukan
selalu dapat usik abang macam ni, lagi-lagi kalau ada anak menantu kita, nanti
dikata apa oleh mereka.”
“Ya abang tahu sayang gurau-gurau,
tapi apa betul ke abang ni dah tak kacak dah? Err perlukah abang menggunakan
suntikan vitamin c, botox seperti artis-artis kita buat tu untuk kulit sentiasa
tegang nak nampak macam plastik?”
“Abang!!..” Hisy buat lawak pula
dia.
“Alah sayang, abang gurau saja..”
“Tau.”
“Dah tu kenapa tarik muka 14 pula?”
“Dah tu kenapa tarik muka 14 pula?”
“Saja…” Berlagu nadanya menjawab.
“Ke nak minta I pujuk ni?”
“Hurm.. abang rasakan mereka berdua
tu ada perkembangan tak sepanjang bercuti dekat sana tu? Agak-agaknya hubungan
mereka bertambah baik tak ya? Haisy teringin rasanya nak tengok mereka hidup
macam pasangan berkahwin yang lain.”
“Cinta rasa?”
“Eh abang ni, I tanya dia, dia tanya
kita balik.”
“Lah itu pun nak marah, sayang moody ni kenapa? period ya? Wah kalau macam tu adalah peluang kita nak dapat baby
lagi.”
“You!” Laju tangannya mencari paha
lelaki itu.
“Aa.. auww! Ampun sayang, abang gurau
sajalah, aduh pedih-pedih.” Dia mengaduh kesakitan sambil tangan tak
henti-henti menggosok paha yang menjadi mangsa tangan si isteri beberapa saat
tadi.
“Rasakan, kita cakap betul-betul dia
main-main pula. Abang dah lupa ke, kan I dah lama tak datang ‘tu’.. mengarut
saja fikir dia.”
“Taulah, tapi betul apa abang kata
ni, manalah taukan, kuasa ALLAH ni kadang-kadang kita tak boleh nak jangka.”
“Dah usia macam kita ni, biarlah
kita timang cucu pula daripada kita timang anak.”
“Haraplah hubungan budak berdua tu
jadi lebih baik lepas ni. Abang kalau boleh tak suka tengok mereka, seorang ke
hulu, seorang ke hilir, langsung tak ada kesepakatan macam suami isteri yang
lain.”
“Abang, you rasa apa yang Zariel cakap
dengan kita dulu betul ke?”
“Cakap dengan kita? Tentang perkara
apa ya?”
“Hai abang ni, cepat benar dia lupa
kan? Tentang hal malam tu, yang waktu dia tertangkap tu.”
“Ooo.. yang tu? Hurm abang pun ada terfikir
juga kadang-kadang kalau abang bersendirian. Yalah kalau daripada apa yang kita
lihat tentang hubungan mereka yang sekarang ni, memang dah membuktikan apa yang
terjadi malam tu memang satu kesilapan.”
“Ya, Cinta pun rasa begitu, kalau
betul mereka memang ada apa-apa sebelum ni, mesti hubungan mereka tidak
sedingin yang kita lihat dan kalau betul si Nuriz tu ada niat jahat, I tak
pernah nampak pun dia cuba menempel pada si Zariel tu, lagipun banyak barangan
berharga dekat dalam rumah ni, tapi tak ada satu yang hilang pun, kalau
betullah yang si Nuriz tu materialistikkan, gilakan harta yang macam si Zariel
kata tu.”
“Ya, mungkin andaian kita silap.
Nuriz pun mangsa keadaan seperti Zariel juga.”
“Saya rasa saya dah mula sayangkan
dialah bang.”
“Abang pun rasanya macam tu. Lagipun
kalau tak silap abang, daripada apa yang abang risik-risikkan pasal latar
belakang dia, dia memang anak yatim piatu. Tak ada keluarga. Jadi apa salahnya
kalau kita terima diri dia seadanya.”
“Abang, kita mungkin boleh terima
dia seadanya tapi masalahnya sekarang ni, anak you, si Zariel tu yang kena hidup
dengan Nuriz, bolehkah dia? Berpacaran pun kita tak pernah nampak sebelum ni,
tup-tup kena nikah ekpres, mana tak terkejut budak tu.”
“Alah Cinta, tak usah risaulah. Kalau
dah serumah, sebilik, mesti akan timbulnya perasaan sayang suatu hari nanti,
cuma bezanya lambat atau cepat saja. Kalau susah-susah kita guna saja bomoh. Ikat
hati mereka berdua tu. Habis cerita.”
“Eh.. eh abang ni. Cuba jangan guna
rancangan yang mengarut tu boleh tak? Hisy sejak bila pula suami I pandai guna
bomoh ni? Musykil betul.”
“Abang cuma cadangkan saja, tu pun
kalau Cinta tak sabarlah tengok mereka berbaik.”
“Tak payahlah bang, biar perasaan
yang wujud antara mereka tu asli, bukan buatan.”
“Betul juga, barulah kekal
berpanjangan kan? Abang tak mahu tengok anak menantu kita ni hidup bercerai
berai, kalau boleh.”
“Cinta pun, kalau boleh macam tu
juga bang. Rasanya semua orang akan mengharapkan perkahwinan anak mereka kekal
sepanjang hayat.”
***Assalamualaikum sayang-sayangku... Selamat tahun baru 2013***
5 comments:
best2... Selamat tahun baru jugak.. ♥
Best....tapi kenapa tak ada watak Nuriz dan Zariel?
Selamat tahun baru... <3
Hehe terima kasih, mereka bercuti untuk episode ni ^__^
dek nuril..mane depa pi hanimun neh...sampai tk dek mention name depa pun...ciput lh tk puas,,,,
hahaha...
Kak chez...
Suprise! ^__^
Post a Comment