iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, September 19, 2013

Novel : Kau Yang Tak Diundang [Prolog]




Suasana di sekeliling sungguh riuh rendah namun sedikit pun tidak mampu mempengaruhi perasaannya yang sedang dilanda ribut taufan puting beliung itu. Semuanya serba tak kena. Duduk tak tenang, berdiri lagilah tak tenang. Dia mula berjalan mundar mandir di sekeliling kamar bersaiz sederhana itu.

Hari ini dia nampak cantik berbusana warna purple lembut yang dibeli secara tergesa-gesa tak sampai seminggu yang lalu. Hisy ini semua gara-gara adik punya hal. Tak pasal-pasal aku juga yang terjebak sekali dengan masalah dia. Terkumat-kamit mulutnya marahkan si adik nan seorang itu.

“Huh aku tahulah kau tengah nervous, tapi cubalah bawa-bawa bertenang weh. Sakit mata aku ni tengok kau ke hulu hilir dah macam kucing hilang anak.” Temannya yang dari tadi hanya melihat segala tindakannya akhirnya bersuara selepas kehabisan sabar melihat segala tingkah lakunya.

“Macam mana aku nak tenang Abby? Err betul ke tindakan aku ni?” Dia bertanya kepada temannya, mempersoalkan keputusan yang diambilnya sendiri.

“Hurm kalau aku cakap tak betul pun masakan kau mahu batalkan keputusan kau tu? Kejap lagi rombongan pihak lelaki mesti sampai jadi baik kau duduk diam-diam sebelum make-up dekat muka tu habis luntur karang tak pasal-pasal jadi kerja pula nak touch up muka kau tu balik.”

“Macam mana aku nak duduk diam-diam sedangkan dada aku ni dah nak naik pecah menahan debar ni Abby.”

“Adik tolong pergi ambilkan kakak tu air.” Akhirnya temannya memberikan arahan kepada adiknya yang sedang duduk galak memerhatikan segala tindakan si kakak itu.

“Kau minum air ni tapi sebelum tu baca selawat ke atas nabi dulu moga-moga gemuruh kau tu hil…ang.” Segelas air putih dihulurkan kepadanya dan belum sempat temannya itu habis bicara gelas jernih itu sudah dibawa ke mulut dan isinya diteguk rakus.

“Ya ALLAH kau ni…” Temannya hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala dengan tindakannya.

“Rombongan lelaki dah sampai.”

Seorang wanita berusia pertengahan 50-an menjenggulkan kepalanya di pintu bilik memberi tahu akan kehadiran pihak lelaki.

“Hah dah sini, mari kau duduk sini diam-diam.” Arah temannya.

Hari ini majlis pertunangannya, esok pula hari pernikahanya. Segalanya terpaksa mengikut adat walaupun dilakukan dalam keadaan agak-agak terburu-buru. Haisy betul-betul ekspres. Tak pernah dalam hidup ini aku terfikir akan melalui majlis perkahwinan sebegini cepat dan pantas.

Dia bangun tiba-tiba meluru ke arah pintu bilik yang sedikit terbuka. Mengintai daripada pintu bilik untuk mencuri lihat keadaan pasangannya.

“Woiii sabarlah Leila oi, nanti-nanti kau mesti dapat juga jumpa dia.” Rabiah temannya menegur. Kurang senang melihat tindakannya.

Amboi ramai betul rombongannya, mengalahkan nak nikah hari ini pula. Bisik hatinya. Berkerut-kerut dahinya, meliar matanya mencari pasangannya.

Segaknya dia sedondon. Dalam tak sedar senyuman mula memekar di wajahnya.

“Lah yang kau tersengih-sengih kambing pula tiba-tiba ni kenapa?” Regina Ray menegur. Kena penyakit angau dah ke apa dia ni. Tadi bukan main lagi cemberut wajah tu.

“Suri pihak lelaki nak masuk sarung cincin bertunang ni. Kamu bersedia.” Wajah Mak Lydia yang muncul di pintu bilik mengheningkan suasana.

“Duduk elok-elok ya…” Arah Mak Lydia.

Seorang wanita cantik separuh usia melangkah masuk sambil tangan menatang sekotak baldu berwarna merah mendekati dirinya. Siapa mak cik ni? Dia tertanya-tanya dalam hati namun tangannya laju tunduk menyalami tangan wanita itu. Sempat matanya mencuri kelibat tubuh yang sedang berdiri di muka pintu memerhatikan dirinya. Lelaki berbaju sedondon dengannya itu nampak kacak dan lebih muda daripada usianya.

Dua bentuk cincin elok tersarung di jari manisnya. Satu tu cincin yang disarungkan sendiri oleh lelaki itu dulu dan satu lagi cincin yang baru disarungkan tadi. Flash kamera yang bertubi-tubi menyimbah ke mukanya menyebabkan perasaannya terlalu sukar digambarkan, berdebar gembira dan… Ya ALLAH andai dia jodohku aku redha dan terima diri dia seadanya. Doanya di dalam hati.

Rasanya ini jalan dia yang terbaik. Mungkin jodohnya itu hadir untuk dirinya dengan begini caranya dan dia kena menerimanya tanpa mempersoalkannya. Tak mengapalah andai ia kelihatan tergesa-gesa asalkan pengorbanan aku ni berbaloi untuk adik dan juga ibu ayah aku. Bisik hati kecilnya memujuk perasaannya yang masih sedikit berbelah bahagi.

“Raqly kirim salam dengan Suri. Dia balik dulu… dia jumpa kamu esok sajalah katanya.” Beritahu Mak Lydia setelah sekian lama melihat anak gadisnya itu asyik melayan menungannya.

Bilik yang sesak tadi kini mula reda dan anak itu nampaknya masih tak berganjak dari duduknya di katil itu. Entah apa yang difikirkan pun dia tak pasti.

Dia mengangkat muka. Raqly? Eh apa ke pelik namanya lain daripada nama yang selalu tu? Ke aku salah dengar? Ah mungkin aku salah dengar. Tulah asyik sangat mengelamun. Putus hatinya. Tak ada terniat untuk bertanya lagi supaya ibunya mengulang kembali kata-katanya itu.

“Baiklah ibu, Suri nak siap solat asar dulu ni. Nak masuk waktu dah.” Dia bangun.

Mak Lydia hanya memerhati tubuh anak gadisnya sehingga menghilang ke dalam bilik air kelibatnya. Kalau dia pilihan Suri, ibu redha sebab ibu yakin dia mampu membahagiakan Suri. Terkumat-kamit mulutnya mengungkapkannya walaupun tanpa sebarang suara yang kedengaran.

4 comments:

Unknown said...

terjatuh cinta cik nuril oiii!!!!! bila mau keluaq ni?? mak cik ni xsabaq dah!!! ahahhahaaaaa.....

Unknown said...

Hehehehe sabar eh adah... insya-ALLAH kalau tak ada aral tahun depan, tapi pen name tukar dah untuk novel yang ini... :D

Unknown said...

karya u mmg mengancam dek nuril...akk mmg amat2 suker criter nih...best

Unknown said...

Hehehe terima kasih kak norihan, akak antara pembaca yang sangat saya hormati...